™ kaasii peecaahhh laaa...® |
Dakwaan Umno BN ibarat sampah hanyir, busuk - Nik Aziz Posted: 01 Dec 2010 11:59 PM PST KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan Umno yang memanipulasi kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ibarat sampah busuk berbau hanyir. Beliau berkata, propaganda yang dimainkan media milik Umno itu menunjukkan mereka berhadapan situasi tenat dan tidak ada harapan untuk dipulihkan lagi. "Permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno? 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulupun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin". Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno," katanya dalam kenyataan media kepada Keadilan Daily hari ini. Sin Chew Daily pada 27 November lalu memutarbelit kenyataan Anwar dengan menyiarkan tajuk laporan wawancara bersama Anwar "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM" manakala Utusan Malaysia keesokannya turut menyiarkan laporan yang sama. Menurut Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan mengadakan sebarang perbincangan mengenai perkara ini. "Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. "Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya. Mengulas lanjut, Nik Aziz turut mengingatkan rakyat di negara ini khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya. "Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? "Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya. Apa yang penting menurut Nik Aziz adalah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin. "Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. "YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" kata Nik Aziz. Tegas Menteri Besar itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. "Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. "Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya.
|
SAMM ajak semua bersama dalam Pesta Merah 5 dis ini Posted: 01 Dec 2010 11:21 PM PST Solidariti anak muda malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda non structural yg yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan YAB Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap DYMM SPB YG Dipertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda tuanku dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan KL. Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEO nya TanSri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat. Bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi Air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat. Himpunan aman merupakan hak rakyat. Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis. SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. Sekurangnya 50 org 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini. Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan bersih,kesas dll. Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka. Samm menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri. Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua ADUN tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat. Difahamkan kerajaan negeri sudah berhubung dengan pihak istana. Acara 5 Dis 12tgh itu ialah praktik membesarkan institusi beraja, rakyat mengadap raja mengadu masalah... Siapa yg mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka. SAMM juga merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong ke atas keperihatinan baginda menerima rakyat mengadap. Begitulah seharusnya hubungan raja dan rakyat. Ingat ketika Malayan Union dipaksa kpd bumi ini yang bakal menelan kuasa raja, rakyat bangkit membela.. Maka sewajarnya bila rakyat derita pertahan hak air sebagai hak asas semua pintu istana yang terbuka amat bermakna. Kesudian tuanku mencemar duli membuka pagar istana utk rakyat mohon mengadap amat dihargai dan sama sekali menghapuskan pandangan persepsi negatif bahawa raja melayu merupakan institusi yang tidak bermaya. PDRM dipercayai akan bertindak lebih waras lagi terutama selepas keputusan mahkamah tinggi Kuala lumpur yang membebaskan tertuduh himpunan bersih dengan kenyataan hakim yang menyatakan masjid negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul. Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah,belon merah,payung merah pendek kata serba merah. Jumpa di sana. che'GuBard Penyelaras/pengasas SAMM 1 Dis 2010 |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan