Khamis, 23 Disember 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Keyakinan rakyat meningkat

Posted: 23 Dec 2010 07:00 AM PST


Ha.. ha.. ha.. Muhyiddin Yassin kata Pakatan Rakyat Selangor gentar dengan populariti 1Malaysia.

Assalamu'alaikum Mr TPM 1Malaysia... siapa yang gentar dan siapa yang terketar?? Cer baca survey di bawah ni.

Hello... hello.... Yang GENTAR sebenarnya ialah kerajaan yang Mr TPM dan Mr PM sedang terajui. Kerajaan apa, ekk??

Ha.. ha.. ha... UMNO/Barisan Nasional!!

Mana tak gentar... Silap hari bulan, bukan saja Selangor kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat tetapi Putrajaya pun terlepas dan bertukar tangan.

Ha.. ha.. ha.. Habis berkecai tulang puak-puak malaon ni mempertahannya. Berkecai dan berderai!!

SHAH ALAM 23 DIS : Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihanraya Umum diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Kira-kira 57 peratus dari 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan Rakyat adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya.

Sokongan dari masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan dari masyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.

Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.

Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasikerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakindengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angka ini jauh mengatasi 22 peratus responden yang berpendapat sebaliknya.

Tinjauan ini dijalankan atas permintaan Kerajaan Negeri Selangor, melibatkan pengundi berumur 21 ke atas melalui temubual telefon dari 27Julai hingga 23 Ogos.

Tinjauan yang sama juga mendapati Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus menghampakan pengundi-pengundi Selangor.

Kira-kira 49 peratus percaya rasuah di peringkat kerajaan persekutuanterus meningkat manakala 15 peratus percaya tidak ada perubahan sejak Najib mengambil-alih kuasa.

[sumber]

Lawak: Berguling dan terkencing!!

Posted: 23 Dec 2010 05:37 AM PST


What??
Kerajaan Selangor gentar??
Gentar... populariti 1Malaysia??

Kah.. Kah... Kah...

Lawak.. Lawak... Lawak...

Lawak of The Year!!
From...
Raja Lawak Terulung Negara!!

Helo bro...
1Malaysia is a disaster.
Satu bencana....
Retorik yang backfire
Kononnyer empunya idea.

1Malaysia, popular??
Ha.. ha.. ha.. Gilerr!!


Whatever ler...
Suka hati kamu ler!!

Kah... kah.. kah...

[Baca sini]

Satu liabiliti

Posted: 23 Dec 2010 04:05 AM PST


Laki bini ini... menjadi satu liabiliti.
Liabiliti yang patut dinyahpergi
Perginya laki bini ini, negara tak rugi
Kurang kos yang terpaksa dibebani

Tanggung laki bini ini...
Juta- juta wang rakyat dibaziri
Si laki, asyik-asyik ke luar negeri
Si bini, buat program untuk syok sendiri

RM4.5 juta saja untuk si bini
RM9 juta pulak untuk si laki
Kemudian hari, tak tau ler berapa lagi
Wang rakyat yang mereka nak joli

Itu sebab mereka ini liabiliti...
Liabiliti yang mesti dinyahpergi
Kita lakukan dalam PRU13 nanti
Biar mereka mampuih pi!!

[sumber dari sini dan sini]

Jangan bimbang, boleh percaya punya.

Posted: 23 Dec 2010 02:15 AM PST


Sepanjang minggu ini, sibuk sekali hinggakan nak update blog pun tak berapa nak ada masa. Semalam dan hari ini pergi ke Ipoh kerana ada urusan.

Tengah hari tadi, lunch di Restoren Tasik Raban dekat Stadium Perak. Fuuhhh.... ramai sungguh orang di situ. Dalam ramai-ramai tu, aku rasa aku cam sorang manusia ni. Tak silap aku dia ialah MB Mahkamah Perak, si Zambry. Aku tak kuasa nak tengok lama-lama... meluat, but I think it's him having lunch there. Aaahh, mampuih pi la...

Selesai urusan, balik dan sampai ke rumah kira-kira pukul 5.00 petang. Gilerr... Penat ya amat. Rehat sekejap dan terus buka lap top dan surf internet, nak tinjau berita terkini. Haaa.... satu berita menarik hati.

Wong Chuan How, pembantu kepada exco kerajaan Selangor telah dibicarakan atas dakwaan pecah amanah melibatkan RM5,000 telah dibebaskan oleh mahkamah.

Ini satu berita baik kerana ia akan melibatkan integriti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Nampak gayanya percubaan puak-puak malaon untuk mencemarkan imej DAP khususnya dan Pakatan Rakyat amnya telah tidak kesampaian.

Ha ha ha ... Sori ler beb!!

Ini satu lagi indikator kepada rakyat Selangor bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sebuah kerajaan yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan, jika dibandingkan dengan kerajaan UMNO/BN.... kerajaan kekupang seduit tak berguna.

Kerajaan Pakatan Rakyat ialah pilihan yang terbaik buat kita semua. Anda tidak akan menyesal... wa cakap lu orang!!

Dis 23, 10 11:58am

Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Wong Chuan How, pembantu kepada exco kerajaan Selangor atas dakwaan pecah amanah melibatkan RM5,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah.

Ini merupakan kali kelima Wong dibebaskan daripada tuduhan berkaitan salah guna dana kerajaan negeri untuk ADUN.

"Saya puas hati dengan keputusan ini. Saya tiada niat jahat. Saya tiada niat untuk menipu sesiapa," kata Wong kepada pemberita selepas itu.

Wong didakwa pecah amanah melibatkan cek RM5,000 sebagai kos mengadakan pertemuan dengan persatuan penduduk di anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di pejabat daerah Sepang pada 19 Februari tahun lalu.

[sumber]

Tiada ulasan: