Sabtu, 18 Disember 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Siapa dalam barisan MPP PKR

Posted: 18 Dec 2010 12:00 AM PST


Azmin dilantik pengarah pilihan raya PKR, Jui Meng antara naib presiden

December 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Datuk Seri Chua Jui Meng merupakan antara tiga naib presiden lantikan diumumkan oleh Parti Keadilan Nasional (PKR) hari ini susulan pemilihan parti itu bulan lalu.

Dua lagi naib presiden lantikan ialah peguam dan aktivis N Surendran dan Baru Bian yang kini merupakan Pengerusi PKR Sarawak.

Sementara parti mengekalkan Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agung dua calon pemimpin pusat baru-baru ini, yang mempertikaikan proses pemilihan langsung julung kali diadakan — Badrul Hisham Shaharin dan Mustaffa Kamil Ayub juga diberikan jawatan lantikan.

Badrul dilantik sebagai timbalan setiausaha agung manakala Mustaffa sebagai anggota Biro Politik PKR.

Turut dilantik sebagai timbalan setiausaha agung ialah T Kumar, Steven Chong dan Darrel Iking.

Dr Mohd Nur Manuty pula dilantik sebagai ketua penerangan manakala pembantu Anwar Rafizi Ramli pula dilantik sebagai pengarah strategi.

Turut dilantik menganggotai Biro Politik ialah bekas timbalan presiden Dr Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Xavier Jayakumar, R Sivarasa dan Tan Eee Que

[sumber]

Sapa-sapa yang tak dilantik... jangan pulak merajuk. Jawatan tak penting... perjuangan yang lebih penting.

Beza kita dengan mereka

Posted: 17 Dec 2010 11:14 PM PST


Telus!! Tarak sembunyi punya. Tarak tipu punya.

Itulah bezanya kita dengan mereka.

Itulah kita Pakatan Rakyat!!


SHAH ALAM 17 DIS: Siasatan audit yang dilakukan terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS dan Yayasan Selangor telah siapkan dan diserah kepada Kerajaan Negeri, semalam.

Semakan audit terhadap PKNS dijalankan oleh Jabatan Audit Negara cawangan Selangor manakala semakan audit Yayasan Selangor dilakukan Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri sedang meneliti laporan ini secara terperinci termasuk syor- syor yang dicadangkan oleh Jabatan Audit Negara cawangan Selangor dan Bahagian Audit Dalaman Kerajaan Negeri sebelum tindakan susulan diambil.

"Laporan Audit PKNS dan Yayasan Selangor akan diedarkan pada 5 Januari 2011," kata kenyataan itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan semakan audit dilakukan terhadap PKNS dan Yayasan Selangor berikutan dakwaan beberapa pihak kononnya berlaku penyelewengan dalam pengurusan pentadbiran PKNS dan Yayasan Selangor.

[sumber]

Tiada ulasan: