Sabtu, 18 Disember 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BOM 4C DARI CHEGUBARD AMAT MEMBAHAYAKAN PKR?

Posted: 17 Dec 2010 04:09 PM PST

Calon ketua pemuda PKR yang tewas, Badrul Hisham Shaharin hari ini mengulangi kesetiaannya kepada parti dan memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim.

KELAKU BURUK: MP SEGAMBUT DIDENDA RM500 KAH KAH KAH...

Posted: 17 Dec 2010 10:26 AM PST

DAP telah mengenakan hukuman denda yang ringan iaitu sebanyak RM500 ke atas setiausaha Wilayah Persekutuan Lim Lip Eng berhubung kelakukannya ketika kongres DAP Selanhgor pada 28 November lalu.

tan kok waiMenurut pengerusi jawatankuasa disiplin DAP, Tan Kok Wai (kanan), berkata hukuman ringan diambil kerana Lim telah dengan segera memohon maaf selepas kejadian itu.

Tan juga berkata jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Lim ke atas surat tunjuk sebab yang dikelaurkan pada 29 November lalu yang dijawab olehnya dalam masa sehari sahaja.

NONENamun, kata Tan, jawatankuasa memutuskan untuk mengeluarkan surat amaran kepada Lim yang juga ahli parlimen Segambut berhubung kejadian itu.

Ketika dihubungi, Lim berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi.

Lim diberikan tempoh 14 hari bagi menjelaskan denda itu yang akan dibayar kepada parti.

Semasa pemilihan pemimpin pada kongres DAP Selangor, ketika undi sedang dikira, Lim menjerit "Teresa (Kok)! Awak menang!".

Pengerusi kongres kemudiannya terus mengarahkan supaya Lim diiringi ke luar dari dewan.

Apabila, keputusan rasmi diumumkan, Lim yang berjaya menyelinap masuk ke dewan sekali lagi menjerit keriangan tanpa henti apabila pasukan yang disokongnya menang. Beliau sekali lagi diusir keluar

Tiada ulasan: