Khamis, 16 Disember 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Mulianya hati seorang Tok Guru

Posted: 16 Dec 2010 06:04 AM PST


Bersyukur dia kepada Allah SWT kerana terselamat daripada api fitnah. SPRM semalam telah membersihkan nama Tok Guru Nik Aziz daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Hari ini, beliau telah bermurah hati dan menunjukkan rasa syukurnya kepada Allah SWT dengan mendermakan 1/3 daripada wang simpanannya kepada PAS untuk memantapkan gerakan daulah Islamiyah.

Beliau yakin.... selagi kita berjuang atas landasan yang benar, Allah akan sentiasa bersama kita.

Tok Guru juga tidak akan mangambil apa-apa tindakan balas terhadap 'orang' yang cuba memporakperandakan kerajaan PAS Kelantan. Beliau cuma berdoa semoga 'orang itu' insaf dan kesal akan perbuatannya itu.

Aaaa... dengor tu!! Jangan asyik nak menyusahkan orang jer. Sedar-sedarlah diri tu sikit. Dah... gi main jauh-jauh. Jangan nak menyibuk lagi.

Sejuuuk hati.... melihat peribadi Tok Guru kita ni. Coool dan mulianya hati dia.

Versi penuhnya di sini

PKR bakal dilanda gempa bumi??

Posted: 16 Dec 2010 02:30 AM PST


Satu lagi agenda untuk bikin PKR pening kepala adalah apabila berita tersebar di Mstar, kononnya..... ada 5 MP-nya bakal keluar untuk bersama KITA.

Ha.. ha.. ha.. ada pulak orang bertanya pada aku, apa mereka pun nak ikut kamikazee sama ke??

Aku kata... entahler. Suka hati mereka ler. Mampuih pi.

Tetapi, yang orang tergedik-gedik nak tahu ialah kalau betul, siapa mereka agaknya??

Gobala?? Gwo Berne Loh?? Tian Chua?? Sivarasa?? Fuziah Salleh?? Nurul Izzah?? Manickavasagam??

Aha, jeng.. jeng... jeng...

Apa-apa pun, berita ini cuma berita khabar angin. Angin pulak tu datang secara tetiba jer... Sepoi-sepoi bahasa jer...

Wallahualam... Kita tunggulah 19 Disember ni. Bom akan meletup atau tidak. Siapa yang mengebom dan siapa yang kena bom. Tunggu...

[sumber]

PRK lagi??

Posted: 16 Dec 2010 01:14 AM PST


Akan ber-RAYA lagi ke kita??
Yaahooo!! Balik kampung aku!!
Balik ber-raya ke Tenang, Segamat Johor.

Ceritanya di sini.

Mereka jadi korban lembu

Posted: 15 Dec 2010 11:20 PM PST


Parlimen dicabul dan demokrasi dirogol apabila ia menggantung 4 orang MP pembangkang termasuk Ketuanya Anwar Ibrahim digantung 6 bulan.

Satu tindakan bacul dan pengecut untuk membantu UMNO/BN yang semakin lemah. Aha... membantu UMNO/BN untuk terus melakukan kerosakan kepada sistem pemerintahan negara yang membawa kesengsaraan kepada rakyat.

Parlimen sudah menjadi 'Parlimen Lembu'. Dan hari ini... bapak lembu dengan sokongan lembu-lembu yang lain telah menggantung Anwar, Karpal, Sivarasa serta Azmin selama 6 bulan.

Ha.. ha.. ha.. keputusan gila yang dibuat oleh lembu-lembu gila. Satu lagi titik hitam bagi demokrasi di negara ini. Fuuhhh dah banyak sangat titik-titik hitamnya, Demokrasi di Malaysia dah tercemar teruk dan hampir dah nak terbarai.

Siapa punya kerja?? Kerajaan UMNO/BN!!

Tapi puak-puak ego tinggi ini dengan angkuh akan berkata demokrasi masih subur. Ya ler tu... Banyak ler ngko punyer subur. Demokrasi ala-UMNO ciptaan ngko ada ler. Haprak punyer demokrasi...

KUALA LUMPUR 16 DIS : Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul penggantungan selama enam bulan ke atas ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Sewaktu usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu dibahaskan, semua ahli parlimen bertindak memulaukannya dengan dengan keluar dewan.

Terdahulu usul penggantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibahaskan sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ahli parlimen pembangkang.

"Kita akan teruskan dan membuang undi, tanpa membahaskan usul ini," kata Pandikar disambut laungan setuju dari wakil-wakil rakyat BN dan menyaksikan semua ahli parlimen pembangkang keluar dewan.

Ahli parlimen BN kemudiannya berbahas sama-sendiri, menghamburkan kecaman terhadap Pakatan Rakyat dan melontar retorik untuk disambut satu sama-lain.

[sumber]

Lawak release tension dari Tukar Tiub

Posted: 15 Dec 2010 09:30 PM PST


Zaid buat parti KITA
Jeffery buat parti KAMI
Berman Angkap buat parti KAZEE

TT sarankan...
Mereka bergabung membentuk
Parti KITA KAMIKAZEE!!

Kah... Kah.. Kah... Kah...

Lawak... Lawak... Lawak...

Thank you Tukar Tiub
Bikin gua ketawa guling-guling!!

Parti KITA KAMI KAZEE....

Kah... Kah.. Kah.. Kah...

Lawak release tension!!

.

Heret kuda tunggangan UMNO ke Mahkamah

Posted: 15 Dec 2010 08:44 PM PST


Salah guna kuasa!! Heret dia ke mahkamah!!
Ya... heret kuda tunggangan UMNO/BN ke mahkamah!!
Tak der maruah!! Letak Jawatan!!


KUALA LUMPUR, Dec 16 — Pakatan Rakyat (PR) MPs said today they plan court action against the Dewan Rakyat Speaker after Datuk Seri Anwar Ibrahim and three opposition lawmakers were suspended for six months.

Karpal Singh said PR will be seeking a judicial review over what he said was the abuse of power by Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia and the decision to suspend.

He also urged the Speaker to step down as "he no longer has the moral authority".

[sumber]

Berita sudah diduga

Posted: 15 Dec 2010 08:21 PM PST


Apo nak dikato, berita sudah didugo.

Inilah dia Malaysia kito!!

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Parlimen pagi ini menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan tanpa membahaskan sama sekali laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan kelmarin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Tiada perbahasan diadakan berhubung usul menggantung Anwar selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin mendakwa pembangkang bertindak tidak sopan, menunjukkan mereka tiada berhasrat untuk membahaskan usul tersebut.

[sumber]

Batu api

Posted: 15 Dec 2010 07:32 PM PST


Mereka yang ikut sedap mulut menuduh tokoh-tokoh pemimpin pembangkang sebagai anti-Islam dan menyokong pluralisme agama adalah kangkung-kangkung yang digulai oleh UMNO untuk kepentingan mereka.

Semua tuduhan-tuduhan tersebut mempunyai agenda politik untuk discredit para pemimpin Pakatan Rakyat. Ia bertujuan agar bangsa Melayu yang beragama Islam menolak mereka dalam PRU 13 yang akan datang. Kononnya, mereka ini membahayakan keduduakn agama Islam.

Mereka ini cuba memanipulasi pemikiran rakyat, dengan menggunakan golongan yang berpendidikan tinggi dalam bidang pendidikan. Paling getik lagi adalah apabila puak-puak perasan pandai dan perasan hebat ini, mendapat sokongan daripada daripada IKIM.

Ha.. ha.. ha.. IKIM?? Lawak-lawak.... Badut yang berperanan cuba memberi kefahaman kepada kita tentang Islam?? Terima kasih jer lah.... Thanks but no thanks. Aku lebih selesa menerima pandangan dan nasihat daripada orang seperti Tok Guru Nik Aziz daripada hangpa.

Satu cadangan... Adalah lebih baik hangpa pi concentrate pada puak-puak UMNO/UPCO tu. Biaq depa betoi-betoi pasai Islam. Jadikan itu target utama hangpa. Jangan dok menyokong membabi buta. Nawaitu hangpa tu terpesong... Nak ampu 'boss' hangpa yang lebih, pembangkang hangpa jadikan sasaran.

Nasib baik la ada juga hamba Allah yang paham dan berani bersuara. Aha... dengaq nasihat Mufti Perlis ni.

"Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecap beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

"Dalam perkara ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak terkecuali menerima kritikan apabila menyertai satu majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan," katanya lagi.

"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya.

Kata Juanda, rakyat perlu membezakan antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme.

Haaaa... hangpa dengaq tu!! Jangan sengaja main sentimen agama untuk meraih sokongan. Sebagai sebuah negara yang bermasyarakat plural, kena jaga keharmonian kaum serta keamanan negara. Jangan amalkan budaya ala-Taliban, ekk. Dan... jangan jadi tali barut kerajaan.

Bagi mereka yang ada Phd ni... dan yang perasan hebat ni, dengar apa kata Mufti kita.

"Tidak sepatutnya mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini," katanya.

Malah menurut Juanda, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak di kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

[Baca sepenuhnya di sini]

Malang sekali, puak-puak yang ada Phd dan yang bergelar Dr ini, berlagak tak seperti yang sepatutnya. Itu sebab, puak-puak Phd jenis ini dipanggil kangkung!! Belajar tinggi dan dah sampai ke ceiling tetapi mentaliti masih kangkung dan hati penuh dengan perasaan hasad dengki terhadap mereka yang tak sehaluan dan sebulu.

Nah... ambik sekupang ni dan pi dok diam-diam bagi kuliah dekat tempat hangpa mengajaq. Jangan dok sibok buat kerja tak berfaedah dengan cuba jadi batu api dengan meniupkan sentimen agama yang hanya akan memecahbelahkan masyarakat.

Syyuuhhhh!!! Syyuuuhhh!!!

Pakatan Rakyat Terbukti Boleh!!

Posted: 15 Dec 2010 04:00 PM PST


Tahniah rakyat Selangor. Anda telah membuat pilihan yang bijak dan tepat apabila memangkah Pakatan Rakyat dalm PRU13 dulu.

Siapa kata Pakatan Rakyat tidak boleh mentadbir??

Kalau dapat pujian daripada Ketua Juru Audit Negara bermakan ok sesangat ler tu. Pelaburan dalam dan luar meningkat. Pendapatan negeri bertambah. Kebajikan rakyat dibela. Pentadbirannya cekap, telus dan bertanggung jawab. Para pemimpinnya efisyen, berdedikasi, komited serta amanah. Kadar salah laku dan penyelewengan hampir tiada atau belum ada lagi dakwaan dan tuduhan yang terbukti. Banyaknya fitnah semata-mata.

Bukti terkini, bertapa cekapnya pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah berita ini. Selangor kini menjadi pilihan para pelabur dalam dan luar untuk melaburkan duit mereka. Yaahhooo!! Selangor ialah destinasi para pelabur.

Dis 15, 10 6:23pm

Prestasi pelaburan negeri Selangor dari Januari hingga September lalu, sangat baik dan memberangsangkan dengan jumlah pelaburan yang diluluskan berjumlah RM6.533 billion. Jumlah pelaburan sepanjang tempoh tersebut, melebihi nilai pelaburan yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2009, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, sebanyak RM2.757 billion atau 42 peratus merupakan pelaburan tempatan manakala 58 peratus atau RM3.775 billion adalah pelaburan asing.

Jumlah pelaburan tersebut melibatkan 245 projek yang telah diluluskan, yang mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 38 peratus atau 154 projek adalah projek baru dengan nilai pelaburan melebihi RM2.519 bilion.

Manakala 91 projek atau 62 peratus merupakan projek pembesaran dan pelbagaian dengan nilai pelaburan melebihi RM4.013 bilion.

"Dengan jumlah pelaburan ini, Selangor mendahului negeri lain di Malaysia dan telah menyumbang sebanyak 31 peratus jumlah keseluruhan pelaburan negara diikuti Johor dan Pulau Pinang," katanya.

Pelabur Jepun penyumbang terbesar dengan pelaburan melebihi RM1.884 bilion, diikuti Cayman Islands dengan RM531.6 juta dan Singapura melebihi RM393.664 juta.

[Seterusnya di sini]

Hello... rakyat Selangor apa anda mahu lagi?? Inilah kerajaan yang boleh anda sandarkan harapan dan kepercayaan setakat ini untuk Selangor yang lebih makmur dan sejahtera.

Nak harapkan UMNO?? Hampir 50 tahun mereka mentadbir Selangor.... yang kenyang dan gemuk ialah para pemimpinnya. Rakyat marhaen... pi mai pi mai tang tu jugak.

Jadi... tak rugi apa-apa jika anda terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri Selangor Darul Ehsan. Pakatan Rakyat Boleh!!

Tiada ulasan: