Khamis, 16 Disember 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


MP Pakatan 'Bodoh dan Gila'

Posted: 16 Dec 2010 07:23 AM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'Bodoh dan Gila'

Bodoh kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah..

Gila kerana tahu mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat tetapi hendak mengheret Mahkamah juga..

Aku tambah sikit lagi.. Bodoh juga kerana tahu itu adalah perangkap BN untuk mendapatkan majoriti2/3 tapi masuk perangkap juga.


Nazri: MP Pakatan 'bodoh dan gila'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.


"Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya," katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

"Ini adalah kedaulatan Parlimen dan supremasi Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

"Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga," kata Nazri sambil ketawa.

Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Nazri juga menafikan dakwaan pembangkang, kononnya beliau mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanapa perdebatan.

"Saya tidak beri arahan. Speaker telah peruntukkan dua jam dan saya kata saya mahu bacakan usul saya dahulu, itu sahaja.

"Apa yang mereka perkatakan tidak ada kena mengena dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Jadi saya mempunyai hak kerana ia usul saya dan saya mahu ia dibentangkanj.

"Saya cuma beritahu speaker saya mahu baca usul kerana ia dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Mereka sepatut membantah tetapi tidak berbuat demikian," katanya.


Malaysiakini

Kekecohan Dalam Dewan Adalah Angkara Anwar - KJ

Posted: 16 Dec 2010 04:24 AM PST

"Ia adalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian daripada ditumpukan kepada pembohongan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh)," kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

Hmmm... betoika??

Kekecohan Dalam Dewan Adalah Angkara Anwar - KJ

KUALA LUMPUR: Kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat apabila Barisan Nasional (BN) membentangkan usul untuk mengantung Ketua Pembangkang selama enam bulan kerana menyamakan konsep 1Malaysia dengan idea negara Israel adalah disebabkan keengganan Pakatan Rakyat (PR) untuk membahaskan isu tersebut secara terbuka.

"Ia adalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian daripada ditumpukan kepada pembohongan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh)," kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).


"Malah ia disengajakan untuk mengalih perhatian tentang pembohongannya (Anwar) mengenai Apco dan juga untuk mengambarkan yang beliau telah menjadi mangsa," tambah Khairy lagi ketika ditemui para pemberita di Lobi Parlimen, Khamis.

Khairy seterusnya berkata, peristiwa tersebut dan tingkah laku ketua pembangkang itu adalah hari hitam dalam sejarah parlimen.

"Kami dari Barisan Nasional telah bersedia untuk membahaskan isu tersebut secara terbuka agar semua pihak dapat berhujah. Malangnya pihak pembangkang enggan membahaskan usul tersebut secara kondusif. Sebaliknya mereka keluar beramai-ramai meninggalkan dewan," ujar beliau.

Oleh yang demikian kata Khairy, adalah tidak benar Barisan tidak mahu membahaskan isu tersebut dan hendak mengasak usul itu agar ia terus diluluskan tanpa bahas.

"Keadilan hakiki sebenarnya telah diberikan kepada Anwar dalam proses untuk melaksanakan usul itu tetapi beliau telah melengah-lengahkan isu ini kemudian cuba untuk menyekatnya dan selepas itu cuba untuk menyalahgunakan keseluruhan proses tersebut dengan cara keluar meninggalkan dewan," ujar Khairy lagi.

Mengenai teguran Karpal bahawa pengantungan tersebut hanya akan mencetuskan suasana tidak produktif kepada Barisan, Khairy menegaskan: "Jika mereka fikir tindakan ini akan memberi keuntungan politik kepada mereka, tak payahlah komplen. Apa yang kita lakukan adalah betul."

Sementara itu, P.Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, tindakan beberapa ahli parlimen dari barisan pembangkang mengangkat poster atau pelekat di dalam Dewan adalah satu tindakan menghina yang boleh dikenakan tindakan.


mStar

Teluk Kumbar : Melayu Bakal Terpinggir lagi?

Posted: 16 Dec 2010 02:57 AM PST

Siapa sebenarnya yang mahukan rumah-rumah penduduk Kampung Teluk Kumbar di Pulau Pinang ini dirobohkan disebalik KL Metro Land Development Sdn Bhd ?

Tindakan mereka untuk dilihat begitu tergesa-gesa mahu meroboh rumah di Kampung Teluk Kumbar itu tanpa perundingan susulan dengan penduduk kampong terbabit .


Guan Eng dan Penduduk Kampung Teluk Kumbar Di Komtar

Pihak pemaju itu juga dikatakan begitu berani sekali memaksa, mengancam dan mengugut penduduk terbabit supaya berpindah keluar dari kampung tersebut tanpa meneruskan perbincangan, seolah-oleh mereka mempunyai kuasa..


Kenapa mereka begitu tergesa-gesa dan kelihatan begitu berani sekali meneruskan projek mereka sedangkan kelulusan bagi projek mereka itu masih belum diberikan oleh pihak MPPP? Tidakkah syarikat ini bimbang bahawa permohonan mereka berkemungkinan tidak akan diluluskan sekiranya ia terus berdegil tidak pedulikan kerajaan negeri?

Adakah ini agenda bagi menimbulkan isu "Melayu Pulau Pinang" terpinggir lagi di Pulau Mutiara ini ??





Berikut adalah teks ucapan Guan Eng dalam Mesyuarat Dengan 50 Penduduk Kampung Teluk Kumbar Di Komtar, George Town Pada jam 9 Malam 15 Disember 2010.

Kerajaan negeri memandang serius dan berat usaha pemilik tanah Kampung Teluk Kumbar, KL Metro Land Development Sdn Bhd berdegil untuk memaksa pindah penduduk tanpa meneruskan perbincangan dengan penduduk dalam suasana elok tanpa ancaman dan ugutan. Pada masa yang sama, kerajaan negeri hairan mengapa syarikat tersebut bertindak begitu berani dengan tidak mahu mengambilkira pandangan kerajaan negeri.

Sekiranya syarikat ini mahu teruskan pembangunan, maka ia harus dapat pelan kebenaran merancang dan adalah jelas bahawa tidak ada sebarang pelan kebenaran merancang diluluskan oleh MPPP. Syarikat itu telah mengumumkan hendak bina hotel dan telah buat permohonan kepada MPPP pada tahun lepas. Tidak ada sebarang kelulusan diberikan oleh MPPP. Tidakkah syarikat ini bimbang bahawa permohonan mereka berkemungkinan tidak akan diluluskan sekiranya ia terus berdegil tidak pedulikan kerajaan negeri?

Sungguhpun pemilik tanah telah perolehi perintah mahkamah, ia mesti mendapat restu MPPP sekiranya mereka mahu jalankan tindakan roboh rumah. MPPP pun telah sampaikan kepada syarikat tersebut bahawa selagi pelan kebenaran merancang tidak diluluskan maka syarikat tidak boleh ambil sebarang tindakan roboh.

Usaha meroboh rumah Kampung Teluk Kumbar oleh pemilik tanah KL Metro Land Development Sdn Bhd menimbulkan soalan samada ia adalah syarikat pemaju yang tulin dan bukannya bermotif lain untuk sengaja susahkan rakyat dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Akan tetapi, syarikat pemaju masih beriak-riak nak teruskan tindakan dan menakutkan penduduk akan datang minggu depan. Adakah ini tingkah-laku seorang peniaga yang waras?

Biasanya pemaju bukan sahaja tidak mahu menyusahkan malah menyakitkan hati kerajaan negeri pun tidak. Akan tetapi syarikat pemaju ini bertindak begitu berani sehingga menimbulkan tanda-tanya di sebalik niat dia berniaga atau motif lain kerana penuh dengan Datuk-datuk di belakang syarikat ini memandangkan bahawa ia bukannya syarikat Pulau Pinang tetapi daripada KL. Kerajaan negeri telah menghalang pemaju daripada jalankan tindakan roboh sebelum ini, dan selagi pelan kebenaran merancang tidak diluluskan oleh MPPP, akan terus menghalang daripadanya menjalankan tindakan roboh.

Kerajaan negeri bersedia menunggu Pengerusi KL Metro Land Development Sdn Bhd, Dato' Haji Mat Hassan Esa untuk datang berjumpa dan membincangkan perkara ini dengan kerajaan negeri.


LIM GUAN ENG

Kontraktor UMNO Dayus, Lembik dan juga Bodoh - Guan Eng (Video)

Posted: 16 Dec 2010 01:10 AM PST



Berita berkaitan sila baca di (SINI)

Najib! ANAK Bertanya Siapa Pengkhianat Bangsa sebenarnya?

Posted: 15 Dec 2010 11:42 PM PST

Berikut adalah beberapa soalan dari Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Saudara Mazlan Aliman yang di e-mailkan dalam bentuk Kenyataan Media ditujukan kepada Najib Tun Razak yang memerlukan penjelasan atau jawapan dari Najib dengan pertanyaan SIAPA PENGKHIANAT BANGSA?

Diharap Najib sudilah meluangkan masa untuk menjawabnya..


KENYATAAN MEDIA: SIAPA PENGKHIANAT BANGSA?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.


Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Tun Abd Razak adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk orang melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini? Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin
Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri
kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan?

Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya?
Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata- mata menyahut seruan Tun Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secara persendirian?

Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit! Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar(getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain? Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba' 6.25%? Apakah hukumnya riba' itu?

1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampas an sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka?

Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya? Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat?

Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu? Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda?

Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya?

Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat
ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990?

Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal
penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat?

Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?

Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka?

Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Saya dan rakan-rakan yang berjuang untuk kepentingan warga Felda tidak pernah gentar dan takut seperti dakwaan Perdana Menteri. Siapa yang sebenarnya takut?

Kenapa cabaran debat saya kepada Datuk Ahmad Maslan ditolak?

Kalau memang Datuk Ahmad Maslan 'jantan'; saya mengulangi cabaran debat dan bersedia bila-bila masa. Hatta berdebat di Dewan Felda pun saya sedia!!!

MAZLAN BIN ALIMAN
Presiden
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)
13 disember 2010

Anwar dan rakan-rakan digantung tanpa dibahas...

Posted: 15 Dec 2010 10:48 PM PST

Anwar digantung tanpa dipanggil bela diri? eh.. serupa dengan berita ni la.. cuba korang baca berita di ( SINI )

Anwar dan rakan-rakan digantung tanpa dibahas

KUALA LUMPUR: Usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat diluluskan tanpa dibahas setelah MP Pakatan bertindak keluar dewan sebagai tanda protes terhadap tindakan Speaker Pandikar Amin Mulia.

Sebelum itu, situasi di Dewan Rakyat menjadi kecoh ketika usul menggantung Anwar dibentangkan.

Usul yang dibentang oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Abdul Aziz dikritik hebat oleh pembangkang.

Apabila speaker membenarkan Nazri membentangkan usul tersebut, MP pembangkang bangun memprotes usul tersebut. Mereka menjerit, "APCO! APCO! APCO!" Mereka juga dilihat mengangkat kad yang tertulis, "Kangaroo" dan "Kangaroo Court".


Bagaimanapun Nazri yang tidak peduli dengan tindakan pembangkang meneruskan pembentangan usul tersebut bagi menggantung MP Permatang Pauh dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan.

Kucar kacir di Parlimen

Suasana menjadi kucar-kacir setelah Anwar memulakan ucapan di mana beliau mempertahankan dirinya. Blok pembangkang menjerit dan memekik setelah sesi soal jawab yang berlangsung selama sejam tamat pukul 11 pagi.

Pandikar Amin menolak usul yang mahukannya berundur dan meneruskan usul penggantungan.

Usul penggantungan Anwar timbul setelah siasatan disiplin mendapati beliau bersalah atas dakwaan memperdaya ahli dewan berhubung kontroversi yang melibatkan slogan perpaduan negara. Beliau disyorkan digantung selama enam bulan.

Dewan akan turut mendengar satu lagi usul untuk menggantung tiga lagi MP Pakatan selama 6 bulan atas kesalahan penghinaan dewan kerana mengkritik siasatan terhadap Anwar.

Menurut kenyataan di dalam laman web parlimen, kerajaan mendakwa ketiga-tiga mereka "menyalahguna hak dan keistimewaan mereka sebagai MP dan menghina Parlimen".

Penggantungan keempat-empat mereka akan menjangkaui tempoh masa di mana pilihan raya akan diadakan meskipun ia tidak perlu diadakan sehingga tahun 2013.

BN memperoleh majoriti dua per tiga

Anwar didapati bersalah berbohong kepada Dewan apabila beliau mengaitkan ilham 1Malaysia Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan kempen Satu Israel.

Beliau turut menuduh Apco Worldwide, sebuah firma perhubungan awam yang diupah oleh pentadbiran Najib mempunyai hubungan dengan negara Zionis. Syarikat tersebut telah menafikan tuduhan ini.

Tiga MP Pakatan berkenaan Azmin Ali (PKR-Gombak) R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) akan turut digantung kerana membocorkan butiran terperinci siasatan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan mengenai Anwar.

Penggantungan keempat-empat MP ini akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana BN akan memperoleh kembali majoriti dua pertiga di dewan.

Parti pemerintah BN kehilangan majoriti dua per tiga di Parlimen setelah pilihan raya umum (PRU) pada Mac 8, 2008. Ia turut kehilangan lima kerajaan negeri, lantas mewujudkan lanskap politik baru di Malaysia.

Kini terdapat 222 kerusi parlimen ekoran dari PRU 2008. BN memperoleh 137 kerusi berbanding 76 kerusi Pakatan. Parti Progresif Sabah mempunyai dua kerusi dan Parti Sosialis Malaysia, satu. Baki enam kerusi diwakili ahli-ahli Bebas yang mesra BN.

Penggantungan empat MP ini akan menyebabkan pembangkang mempunyai 72 kerusi sahaja, kurang dua kerusi untuk menidakkan majoriti dua per tiga BN.

Menurut beberapa pemimpin pembangkang, majoriti dua per tiga diperlukan oleh kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya.


Free Malaysia Today

Jawapan Guan Eng kepada YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang

Posted: 15 Dec 2010 09:01 PM PST

Sebelum itu.. pada 29 Nov lalu Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar oleh Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Setelah mendedahkan segala butiran secara terperinci, Guan Eng menasihatkan Mohamad Fadzil supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang. Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihanraya akan datang kalau nak jadi orang politik.



Kenyataan Akhbar
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Kontraktor Melayu Dapat 100% Daripada Projek Jabatan Pengairan & Saliran(JPS) Dan 98% Nilai Projek Jabatan Kerja Negeri(JKR) Yang Di bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Photobucket

Ini dengan sekaligus mematahkan fitnah jahat pemimpin UMNO dan juga sekutu UMNO seperti Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan. Datuk Mohamad telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil..

Datuk Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

Angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor UMNO seperti Datuk Mohamad Fadzil hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri PR semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti yang dulu. Atas kepentingan politik sempit UMNO dan BN, mereka sedia menabur fitnah kerana tidak dapat kontrak dulu sebagai kroni UMNO. Kalau Datuk Mohamad seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta
maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Urustadbir CAT yang cekap akauntable dan telus telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka. Urustadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka. Yang tak mampu saing hanya kontraktor UMNO yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik UMNO dan hidup sebagai kontraktor kroni.

Ini telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini. Demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit dengan kontraktor kroni UMNO, maka arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti dan rapi sekiranya kontraktor UMNO ini membida projek.

Saya ingin menasihatkan Datuk Mohamad Fadzil supaya janganlah berpura- pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang. Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihanraya besar kalau nak jadi orang politik.

Sekiranya Datuk Mohamad tidak mahu letak jawatan, beliau harus mengakui salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana menabur fitnah yang tidak berasas. Macam mana kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan persatuan sedemikian yang dipimpin oleh seorang kroni UMNO yang begitu tebal sekali yang menabur fitnah melulu?

Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu. Utusan Malaysia dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Sudah sampai masanya kita jangan lihat daripada sudut perkauman tetapi professionalism dan kemampuan yang boleh martabatkan kita semua.

LIM GUAN ENG

Dokumen asal sila lihat di SINI

Berita Berkaitan..

BUKIT MERTAJAM 29 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

''Kalau Guan Eng mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan besar projek yang diterima kontraktor bumiputera, sila nyatakan sekali nilai projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar pengagihan projek yang dibuat.

''Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek kerajaan negeri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam kenyataannya kepada portal berita propembangkang Malaysiakini hari ini menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila lebih 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Guan Eng dipetik sebagai berkata, UMNO melalui lidahnya, Utusan Malaysia sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Mohamed Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang berkata, tiada gunanya Guan Eng memberikan statistik dalam bentuk peratus jika ia hanya projek-projek mini kepada kontraktor kelas F yang hampir 100 peratus dimiliki bumiputera.

''Kita sudah nyatakan sebelum ini, kalau Guan Eng ikhlas, kita minta beliau dedahkan nilai serta siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek berkenaan tetapi sehingga hari ini kerajaan negeri tidak dedahkan.

''Kerajaan negeri menggambarkan kontraktor bukan bumiputera memperoleh tender yang sedikit tetapi ia benar dari segi peratusan tapi kita juga mahu tahu nilai projek yang mereka perolehi, barulah kita dapat gambaran sebenar," katanya.

Malah katanya, kontraktor bukan bumiputera juga mendapat faedah daripada projek yang ditawarkan kepada kontraktor Melayu memandangkan pasaran bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan besi didominasi oleh mereka.

Utusan Malaysia

Najib!! Tolong jelaskan Perkara ini..

Posted: 15 Dec 2010 08:05 PM PST

Berikut adalah beberapa isu yang dibentangkan oleh Dr Tan Kee Kwong mengenai Felda yang perlukan penjelasan dari Najib.. Jelaskanlah kalau berani..


Dear Najib,

Salam. I read with great interest today papers about your comments. In it your were quoted that those who talk bad about Felda & called it bankrupt are to be regarded as traitors to the Nation.

The sad truth is that after you took charge of Felda in 2005. you turned what was a very succesfull organisation into a financial nightmare. In fact you are the traitor who has stolen the poor peneroka's money.

I am sure you know that for the next General Election, Felda schemes their votes determine about 60 Federal Parliament Seats. From my feedback, many of the peneroka are boiling mad.

They have been exploited & taken for a ride.

If what you say is true & ALL the peneroka are so happy with the UMNO/BN government, why the sudden interest in the welfare of the peneroka. why the many cash handouts?

Please explain the following..


1. In 2001, the cash reserves of Felda was RM4.5 billion with ZERO borrowing.

Recently your Deputy Minister replied that the cash reserves has plunged to RM1.2billion. This is despite the fact that for the past 3 years, the CPO price has been very high. If you have looked after Felda properly the cash reseves should now be at least RM8 billion.

2. New Felda HQ in KLCC.

Said to cost RM662 million, Explain how this six star building is going to help the poor peneroka, many of whom only get nett RM500 per month. Why a huge deposit of
RM235 million paid even before construction started? Why the decision was made at a secret meeting in your DPM's office in Putrajaya without the knowledge or approval of the Felda board? Recently Ahmad Maslan siad this is a very good investment as it has already made paper profit of RM300 million. Pray how did he come to this conclusion when the building is not even finished or sold!

3. Felda Global Ventures.

We know that Felda has invested at least RM3 billion on these projects. We also know that since day one it has been losing money, in fact it has lost RM300 million. Twin Rivers Project in USA, invested RM500 million Cattle rearing project invested RM600 million Since you say we are traitors, tell us in detail what has happened .The peneroka in Felda Keratong near Segamat are laughing, the imported cattle for the cattle project have to be kept in an air conditioned room 24 hours a day!

4. Why the need to borrow from EPF?

Before you started on Felda Global Ventures. Felda never borrowed from EPF.Is this borrowing secure? To all the EPF contributors beware, your money is used to finance many of these dubious schemes which Najib started

5. Skim Tabung tanam semula

In August this year I visited a Felda scheme near Kemaman Talked to a peneroka who wants to sue Felda. He has been contributing to this fund for psat 17 years & has accumulated RM17,000. However when he replanted his old oil trees, he did not use the fund but used his own money instead. It has been 3 years now tried to get his OWN money back, but the Felda administration has refused so far.Wonder why, if Felda is so well run & cash rich why can't even pay this poor peneroka a paltry sum?

6. Felda settlers to camp outside Felda HQ.

In October this year, there was a report that many settlers were not happy with Felda for refusing to settle their replanting payments. So this case i quoted above is widespread & happening in many. many schemes round the country.

7. Oil palm fruit sent to Mill

In Felda Kemahang, Kelantan. Felda lost the case as it was proved that Felda was not paying the proper amount sent to mill. It was a landmark case. On appeal Felda lost the case. Soon after that you visited a scheme near Bahau. Instead of respecting the court's decision you made a silly remark like Felda will engage the best lawyers & fight all the remaining cases in court. Good for you, you will make mare peneroka angry with you!

I DARE YOU!!!

1. Subject the whole of Felda to an independant audit & publish the findings.
2. Felda has 43 subsidiaries, publish all their annual reports & subject them to an audit as well


From the desk of Dr Tan Kee Kwong.

Macam Kat Perak saja Dewan Rakyat hari ni..

Posted: 15 Dec 2010 07:43 PM PST



Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.


Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG

11.29am: Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.

Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya "undur diri" kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.

Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana "kepentingan lain".

11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan "Apco-Umno" semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.

Azmin terus bangkit lagi dan berkata, "Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!"

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit "Apco-Umno" berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.


Malaysiakini

Gantung Anwar enam bulan satu ‘tragedi’, kata TG Hj Hadi

Posted: 15 Dec 2010 07:34 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan keputusan Parlimen yang dijadual akan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan adalah satu "tragedi" dan "kesilapan besar" yang memalukan.

Hadi berkata jika benar hukuman itu dikenakan ke atas Anwar pagi ini, ia akan memberikan gambaran buruk di kalangan rakyat.

"PAS membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambil tindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen.


"Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ia adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

"Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen ke taraf antarabangsa tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini." katanya.

Dalam laporan yang dibentangkan di Parlimen kelmarin, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesyorkan agar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ekoran dakwaannya mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel.

Usul menggantung Anwar akan dibahaskan oleh anggota Dewan Rakyat hari ini, yang akan memutuskan sama ada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu diterima atau sebaliknya.

Datuk Seri Nazri Aziz pada 22 April lepas telah mengemukakan usul untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran kenyataan yang dibuatnya itu yang mengaitkan firma perhubungan awam APCO Worldwide yang dilantik oleh kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jawatankuasa bersetuju bahawa dakwaan Anwar itu adalah tidak benar.

Menurut Hadi, penafian hak ke atas Anwar yang juga Penasihat PKR untuk membela diri dalam isu itu merupakan satu kesilapan besar.

"Ia merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman.

"Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan.

"Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat daripada pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil," katanya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang meminta agar kesilapan yang berlaku dalam kes itu diperbetulkan segera supaya terus dihormati rakyat di negara ini.

"PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," katanya.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dianggotai oleh Pandikar Amin, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar terhadap APCO itu.

Karpal dan Sivarasa bagaimanapun menarik diri daripada keanggotaan jawatankuasa itu setelah kalah dalam undi belah bahagi dalam jawatankuasa itu untuk meneruskan pertimbangan kes tersebut berdasarkan surat penjelasan daripada APCO dan Hansard Dewan Rakyat.


The Malaysian Insider

AES dilaksana setelah pindaan diluluskan Parlimen

Posted: 15 Dec 2010 07:16 PM PST

Ini adalah antara contoh apa yang boleh dilaksanakan UMNO/BN bila mereka mendapat kembali majoriti 2/3 dalam Parlimen..

Parlimen lulus pindaan bolehkan AES kontroversi dilaksana

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, yang antara lain akan membolehkan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) bagi membanteras pemanduan berbahaya, dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (Span).

Bagaimanapun, rang undang-undang itu terpaksa melalui proses undi belah bahagian pada bacaan kedua yang menyaksikan 70 menyokong, manakala 40 lagi menentang.


Ini kerana majoriti anggota Parlimen, terutama pembangkang mendesak supaya rang undang-undang itu ditarik balik kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan AES.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.

Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.

Isu itu dibangkitkan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) ketika sesi perbahasan yang menggesa timbalan menteri berkenaan mendedahkan hasil bakal diperoleh syarikat pelaksana sistem AES.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut membangkitkan persoalan yang serupa kerana menyifatkan perkara itu penting diketahui rakyat.

"Apa yang Wangsa Maju (Wee) kata itu saya juga mahu tanya... rakyat bayar, potongan yang diberi kepada syarikat ini, rakyat yang diperas, syarikat ini esok makan darah rakyat, dia kembung perut tetapi rakyat menderita," katanya.

Asakan Wee dan Mohamad itu menyebabkan Abdul Rahim agak beremosi dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana syarikat pengendali AES.

"Saya tidak ada kepentingan dalam syarikat-syarikat ini... kepentingan saya ialah kepentingan negara dan rakyat," katanya.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa AES hanya akan ditempatkan di lokasi hitam yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Beliau berkata kewujudan AES akan melindungi pemandu berhemah dan patuh kepada undang-undang jalan raya selain mengenal pasti pesalah tegar yang sering melanggar peraturan.

"Kita juga berharap untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya... kini ada 300,000 kanak-kanak yang menjadi yatim piatu gara-gara kemalangan jalan raya ini," katanya yang menambah sistem penguatkuasaan yang dilaksanakan pada masa ini tidak lagi sesuai kerana membuka banyak ruang untuk perlakuan rasuah.

Beliau berkata sistem AES telahpun dilaksanakan di beberapa negara termasuk Vietnam, Kemboja, Thailand dan Singapura.

Selain rang undang-undang itu, persidangan Dewan Rakyat semalam turut meluluskan Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010, Rang

Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010, Rang Undang-Undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010, Rang Undang-Undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010.


Bernama

Budak Terlampau.. Gempar aksi panas 2 beradik.

Posted: 15 Dec 2010 05:36 PM PST

Apa nak jadi ni??


BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.


Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

"Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

"Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini," katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

"Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.

"Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa," katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi 'wabak' yang sukar dikawal.


myMetro

Jet Bawa Ali Rustam Ditahan Di Indonesia

Posted: 15 Dec 2010 05:25 PM PST



KUALA LUMPUR: Tindakan Tentera Nasional Indonesia (TNI) menahan pesawat sewa khas membawa rombongan kerajaan negeri Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, kelmarin bukan kerana tidak mendapat kebenaran menggunakan ruang udara negara jiran itu.

Sebaliknya, pesawat milik Heritage Airlines, BAE 146-200 itu ditahan kerana kegagalan ejen dilantik menyiapkan permit mendarat di lapangan terbang itu, untuk mengisi minyak ketika dalam penerbangan pulang dari Dili, Timor Leste.


Ketika ditahan, pesawat itu membawa rombongan 82 orang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan dalam perjalanan pulang selepas mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Timor Leste atas jemputan Presiden Jose Ramos Horta.

Pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam, jam 6 petang kelmarin. Akibat penahanan itu, ia hanya tiba di sini jam 2.15 pagi semalam.

Ketua Canseri Kedutaan Malaysia di Jakarta, Raja Reza Raja Zaib Shah yang dihubungi semalam mengesahkan penahanan itu, namun urusan mendapatkan kebenaran pesawat meninggalkan Indonesia diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Luar Indonesia dan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI).

Tiada ulasan: