Rabu, 22 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Menteri Umno rogol amah warga Indon ... Depa tutup kes - Inilah kerajaan kita sekarang

Posted: 22 Dec 2010 09:35 PM PST

Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan. Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat. Kini, bekas menteri itu kembali aktif apabila dilantik sebagai seorang pengerusi kepada sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini. Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya. Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. (AK)

Payudara Lady Gaga diraba peminat

Posted: 22 Dec 2010 06:07 PM PST


Lady Gaga diraba peminat

BIARPUN sudah biasa dengan pakaian seksi, masih ada lagi peminat penyanyi Lady Gaga yang mengambil peluang untuk meraba payudara penyanyi berimej pelik ini.

Ketika sesi bertemu peminat di Paris, Gaga telah diraba oleh seorang peminat perempuan.

Bagaimanapun Gaga yang menyedari perkara tersebut hanya berkelakuan seperti biasa tanpa menjejaskan emosinya yang ketika itu sedang melayan peminatnya.

Pada hari tersebut Gaga tampil dengan mengayakan gaun yang mempamerkan bahagian dadanya. Dia diserbu peminat sebaik sahaja keluar dari hotel penginapannya.

Biarpun cuba bersembunyi dengan memakai cermin mata hitam, namun dia masih dikenali dengan penampilannya yang unik.- mStar

Nasib baik tengah haid, kalau tidak ...

Posted: 22 Dec 2010 05:08 PM PST

Selamat dari diperkosa kerana haid

KUALA LUMPUR: Disebabkan datang bulan, seorang wanita berusia awal 30-an terselamat daripada dirogol seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pemandu teksi berusia lewat 30-an terbabit memberhentikan kenderaannya di lorong belakang sebuah bangunan dan cuba merogol mangsa.
Menurut sumber, mangsa tidak menaruh syak kepada suspek berikutan suspek mendakwa akan menggunakan jalan pintas untuk menghantarnya ke rumah di Pandan Indah kerana ketika itu jalan utama terlalu sesak.

"Sebaik suspek memberhentikan kenderaannya, dia menoleh ke tempat duduk belakang sebelum mula menggoda mangsa.

"Suspek mendakwa tidak mengenakan caj sekiranya mangsa bersetuju melayaninya," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut mempertahankan diri menyebabkan suspek lebih agresif dan cuba menanggalkan pakaian mangsa.

"Lelaki terbabit mula hilang selera apabila dia mendapati mangsa datang bulan. Namun, bagi melepaskan geramnya, suspek mencabul mangsa.

"Selepas itu, suspek mengarahkan mangsa keluar daripada kenderaannya dan mengugut mangsa supaya merahsiakan perkara terbabit.

"Suspek memecut kenderaan meninggalkan mangsa di kawasan kejadian," katanya.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut -myMetro

Selangor bantah nuklear

Posted: 22 Dec 2010 10:24 AM PST

Kini sudah jelas bahawa Perdana Menteri Najib Razak berhasrat memaksa rakyat Malaysia menerima projek tenaga nuklear beliau. Sepertimana projek Empangan Bakun diteruskan walaupun ditolak oleh rakyat, pendirian Najib membuktikan bahawa cara angkuh Barisan Nasional masih tidak berubah. Kedua-dua projek tersebut juga mempunyai persamaan yang lain, iaitu mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar di Malaysia.

Apabila rancangan nuklear Najib (gambar kiri) mula-mula dicadang pada Oktober 2008, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyuarakan bantahan terhadap tenaga nuklear di negeri ini. Kami ingin menyatakan pendirian kami sekali lagi. Tiada rakyat Malaysia yang perlu didedahkan kepada bahaya sebegini. Bukan sahaja di Selangor, tetapi seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kami mendesak negara Malaysia kekal sebagai Zon Bebas Nuklear.

Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk mengurus dengan selamat teknologi sebahaya ini. Sejarah kejadian seperti keruntuhan stadium, empangan bermasalah dan projek-projek kroni yang melampu tinggi kosnya jelas menunjukkan bahawa projek nuklear ini akan membawa akibat teruk.

Lebih-lebih lagi, Najib kurang jujur kepada rakyat mengenai rancangan nuklear ini.

Beliau telah berjanji dalam blog beliau pada awal tahun ini, bahawa satu kajian menyeluruh akan dijalankan sebelum projek nuklear ini diteruskan. Teknologi-teknologi hijau seperti tenaga angin, suria dan biomass sepatutnya dikaji bersama.

Di manakah kajian tersebut? Lebih membimbangkan lagi, kini projek nuklear Najib ini digandakan menjadi dua stesen penjanakuasa nuclear setelah dimasukkan ke dalam Rancangan Transformasi Ekonomi (ETP) beliau.

Apakah alasan untuk keputusan ini? Siapakah yang akan untung? Rakyat berhak mendapat jawapan.

Malangnya, Menteri Tenaga Peter Chin hanya mengumumkan lebih kempen perhubungan awam untuk memperdayakan rakyat. Ini bukan pentadbiran yang bertanggungjawab dan telus.

Pentadbiran Najib tidak ada rancangan jangka panjang yang selamat untuk membuang sisa-sisa nuklear yang toksik. Sebenarnya, tiada negara di dunia yang ada penyelesaian kepada masalah ini. Negeri manakah di Malaysia yang akan dijadikan tapak pembuangan sisa-sisa nuklear? Kerajaan Negeri Selangor akan berjuang untuk melindungi negeri dan rakyat kami dari sisa-sisa nuklear.

Isu-isu keselamatan negara dan kedamaian antarabangsa juga perlu dipertimbangkan. Perlindungan stesen-stesen penjanakuasa nuklear ini dari unsur-unsur pengganas tidak pernah dibangunkan oleh pihak Barisan Nasional. Bolehkah kita menghalang bahan nuklear dari dicuri dan dijual apabila enjin kapal terbang kita pernah dicuri sebelum dijumpai di Uruguay?

Negara Malaysia bakal menjadi pengeluar panel solar ketiga besar di dunia. Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Bahru telah dibaca di Parlimen baru-baru ini. Macam manakah projek yang berisiko tinggi ini dipertimbangkan sedangkan kita mempunyai pilihan yang lain?

Menyelesaikan masalah tenaga Malaysia bukan sekadar membina stesen penjanakuasa. Ini hanya menguntungkan pemilik stesen-stesen tersebut. Pengurusan tenaga secara bertanggungjawab memerlukan penggunaan tenaga dengan lebih cekap, mengurangkan subsidi melampau yang diberi kepada penjana tenaga bebas (IPP), dan memastikan sambungan kepada masyarakat-masyarakat luar bandar yang terpinggir, khususnya Orang Asli dan Sabah dan Sarawak. Penggunaan sumber tenaga yang hijau juga penting untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

Kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya:

* Membuat kajian menyeluruh bagi menyelesaikan masalah tenaga Malaysia secara menyeluruh, melibatkan kesemua pihak yang terlibat, bukan sahaja Tenaga Nasional dan penyokong nuklear;

* Menerbitkan keputusan kajian tersebut untuk semua;

* Mengadakan perbincangan bersama rakyat, badan-badan bukan kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan;

* Membuat keputusan yang telus setelah menimbang baik-buruk. Malangnya, keputusan meneruskan projek nuklear ini dibuat secara tertutup, dan janji kosong kajian menyeluruh tidak ditunaikan.

Keputusan untuk bergantung pada tenaga nuklear amat tidak bertanggungjawab dan membazirkan, sedangkan tiada usaha untuk membetulkan kelemahan sektor tenaga elektrik di Malaysia. Jika Barisan Nasional tidak dapat menyelesaikan masalah Malaysia secara bertanggungjawab, rakyat perlu menolak mereka melalui peti undi.

Kami menyeru Najib supaya:

* Menerbitkan kajian menyeluruh yang kononnya dijalankan, ataupun memberi penjelasan mengapa kajian tidak pernah dibuat;

* Menjelaskan di mana sumber RM21.3 billion untuk dua stesen penjanakuasa nuklear ini.

**Kenyataan media daripada Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor

Malaysia berada di bawah radar pemantauan Imigresen New Zealand - WikiLeaks

Posted: 22 Dec 2010 07:41 AM PST

Oleh Staf FMT

Kuala Lumpur: Menurut laman web pendedah WikiLeaks, Malaysia berada di bawah radar pemantauan pihak imigresen New Zealand kerana isu pendatang tanpa izin sejak tahun 2006 setelah 20 orang ditahan semasa penyiasatan selama sembilan bulan.

Ia melaporkan bahawa satu dokumen sulit berkaitan rancangan kerajaan menangani pemerdagangan manusia mengenal pasti Malaysia, Hong Kong dan Korea Selatan sebagai 'tapak panas' pendatang.

"Dalam kes Malaysia, imigresen New Zealand mengenalpasti pendatang secara berkesan menerusi serbuan ke tempat-tempat pelacuran meskipun pendatang berjaya melepasi kawalan sempadan di Malaysia.

"Kerajaan New Zealand akan meneruskan pemantauan ke atas status visa perjalanan percuma dan membatalkannya jika perlu sekiranya kaedah ini lebih berkesan untuk mengawal kemasukan pendatang dari negara tersebut," laporan itu dipetik berkata.

Laporan WikiLeaks ini yang dipaparkan di portal berita nzherald.com dan menambah bahawa meskipun New Zealand mempunyai 'sedikit masalah atau tiada masalah' berhubung pemerdagangan manusia, ia akan terus memantau semua perjalanan yang 'disyaki'.

Laporan yang memperincikan isu ini turut menyatakan bahawa di antara Jun 2006 dan Mac 2007, seramai 20 pendatang keluar dari Malaysia berjaya menembusi sistem Pemprosesan Penumpang Lanjutan New Zealand (APP).

APP memerlukan syarikat penerbangan untuk mengenalpasti penumpang yang mungkin cuba memasukki New Zealand secara haram sebelum menaiki pesawat penerbangan antarabangsa.

Menurut laporan itu, pemantauan pendatang yang berpotensi dan mangsa pemerdagangan manusia berterusan setelah menumpang di New Zealand serta melepasi pihak imigresen dan kastam negara itu.

Laporan itu mendakwa bahawa siasatan dijalankan oleh pihak imigresen, visa, kawalan sempadan, dan pegawai dari agen penguatkuasaan lain.

Laporan itu juga menyebut bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang New Zealand telah menjalankan 1,300 siasatan untuk mengenalpasti pendatang termasuk mangsa pemerdagangan manusia.

Meskipun tiada kes pemerdagangan, mereka terjumpa 18 pendatang Hong Kong, seorang dari Korea Selatan dan 20 dari Malaysia..

"Meskipun bilangan pendatang adalah kecil berbanding bilangan kemasukan visa secara percuma, kerajaan New Zealand mengakui keperluan untuk mencegah penyalahgunaannya secara besar-besaran," tambah laporan tersebut. - FMT

PAS bidas Najib

Posted: 22 Dec 2010 01:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.

"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.

"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.

"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat yakin berkemampuan melaksanakan janji 100 hari Pakatan memerintah negara kerana ianya telah dibuat melalui kajian terperinci melibatkan tenaga pakar pelbagai bidang.

Keyakinan itu juga jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN.

Perkara tersebut tegasnya telah berjaya dibuktikan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak ketika Pakatan memerintah negeri itu.

"Di Kedah, ketelusan pengurusan kewangan negeri menyebabkan hasil balak meningkat daripada RM7 juta zaman BN kepada RM35 juta dibawah pemerintahan Pakatan.

"Di Pulau Pinang, bajet negeri berlebih sebanyak RM77 juta pada tahun 2009 dan RM88 juta pada tahun 2008 dalam keadaan negeri dibawah BN difisit teruk dalam perbelanjaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ujarnya lagi, rakyat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat.

"Antaranya usaha kita untuk menghapus Felda Plantation bagi melibatkan peneroka dikalangan generasi kedua Felda memang sesuatu yang mampu dilakukan. Selagi Umno BN memerintah, ianya memang tidak boleh dilaksanakan.

"Rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan kepada Pakatan, kerana mereka tetap diberi hak untuk mengubah kerajaan dimasa akan datang, sekiranya janji Pakatan tidak ditunaikan," katanya. - HD

Pembunuhan Sosilawati : Rumah, pejabat tertuduh utama disita

Posted: 22 Dec 2010 01:35 AM PST


KUALA LUMPUR: Polis mendapat perintah mahkamah untuk menyita rumah dan pejabat peguam N Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, berkuat kuasa 16 Disember lalu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata, perintah yang diperoleh oleh Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Keganasan Bukit Aman itu, bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung satu laporan polis di Teluk Panglima Garang membabitkan kes pengubahan wang haram.
Menurut kenyataan itu, Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk melaksanakan tindakan penyitaan terhadap satu unit rumah teres dua tingkat dan satu unit bangunan pejabat tiga tingkat, kedua-duanya terletak di Banting, Selangor.
Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 19, R. Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di satu kawasan di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, pada 30 Ogos lalu.

Kes itu akan didengar semula pada 27 Januari tahun depan. - BERNAMA

Jom Pi Penang .. Konvoi Anak Muda

Posted: 22 Dec 2010 01:12 AM PST

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan United Sharks dan DACS Shah Alam dengan kerjasama AMK Rembau, AMK Pulau Pinang dan dengan sokongan Yayasan Aman juga Unit Ehsan Pulau Pinang akan mengadakan Konvoi Anak Muda (Reformasi) Malaysia. 24 - 26 Disember dari Rembau ke Permatang Pauh.

Satu sidang media telah diadakan pada 18 Disember 2010, jam 3 petang di Restoran Sup Utara Power di Shah Alam. Seramai hampir 80 orang anak muda dari perbagai kelab motor hadir. Selain che'GuBard, YB ir Khalid Samad, wakil YB Rodziah, Setiausaha United Sharks dan Pengerusi DACS Shah Alam juga telah hadir dan bercakap. Kemeriahan sidang media akan memberi gambaran kemeriahan program yang akan berlansung.

Tentatif program ialah jam 6.00 petang anak muda akan mula berkumpul di Dataran Senawang untuk memulakan Konvoi. Selepas solat Maghrib dan taklimat kira - kira sebelum jam 8malam akan bertolak ke hentian pertama di PJS. che'GuBard akan bersama dengan pasukan konvoi dan pelepasan dijangka akan dibuat bersama oleh YB Antony Loke dan YB Taufek Abd Ghani.

Di Petaling Jaya Selatan akan berlansung malam anak muda bermotorsikal anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Destinasi Anak Muda (DAM) akan dilancarkan Perlancaran Kelab Motor DAM. Majlis akan berlansung jam 8.30 malam di Pejabat ADUN Taman Medan. Dijangka hadir malam tersebut ialah YB Nurul Izzah, YB Haniza disamping persembahan MEL Wings dan Blank GAMMA. Kumpulan konvoi bermotorsikal bersama che'GuBard dijangka akan sampai sekitar 9.30 malam. Selepas berehat dan Pelancaran Kelab Motor DAM konvoi dijangka dilepaskan semula sekitar jam 10.30 malam.

Serentak dengan itu konvoi DACS dari Shah Alam akan bertolak dan akan bergabung di hentian R & R Sungai Buloh. Di sini dijadualkan peserta akan dipecah-pecahkan dalam kumpulan 30 - 50 motorsikal bagi kelancaran dan keselamatan konvoi.

Di hentian Tapah dan Sungai Perak Konvoi ini akan disertai peserta dari Perak. Sekitar jam 5.30 pagi dijangka Konvoi dijadualkan sampai di Perkarangan Yayasan Aman, Penanti.Di utara serentak dengan itu dengan kerjasama SAMM dan AMK Pulau Pinang akan berlansung EXPO ANAK MUDA pada 24-26 Disember 2010 di tapak Expo Seberang Jaya selain perbagai aktiviti masyarakat dan sukan bersama penduduk tempatan.

Kumpulan anak muda yang dijangka sekitar 500 orang ini akan dipecahkan separuh akan ke Yayasan Aman, Merbok, Kedah untuk bersama dengan aktiviti masyarakat bersama ikon juara cub prix Asia, Yaser Said.
Program konvoi motorsikal ini dijangkakan akan disertai oleh 500 anak muda dan malam kemuncak 25 Disember, 9mlm di Tapak Expo Seberang jaya dijangka tidak kurang dari 1000 anak muda akan berkumpul. Program ini akan men jadi program anak muda terbesar dengan imej reformasi.

Tujuan SAMM melalui program ini ialah untuk menggabungkan dan 'mengorganize' anak muda dari perbagai latar untuk menjadi pemimpin dan menguruskan anak muda itu. Konvoi ini bukan anjuran mana - mana parti politik atau pihak kerajaan tetapi ia 'dikerjakan' oleh anak muda untuk anak muda sendiri.
Program - program dalam konvoi ini juga secara tidak lansung akan menerapkan nilai perjuangan dan semangat kecintaan negara melalui kesedaran betapa anak muda perlu menjadi kumpulan pendesak untuk perubahan.

Keseluruhan program ini menelan belanja yang agak besar, namun masih rendah kerana anak muda yang sama berkonvoi ini hadir atas kesedaran. Mereka mengeluarkan belanja sendiri termasuk membayar yuran. Namun belanja pengurusan seperti lori pengiring, alat ganti dan seumpamanya tetap menelan belanja yang bukan sedikit.

Alhamdulillah ramai yang tampil membantu tetapi tanpa penyumbang besar dana masih diperlukan. Kepada sesiapa yang prihatin diharap dapat membantu. Kepada yg ingin menyumbang, bolehlah menghubungi Yaser (0126794704) atau bank in terus ke akaun Maybank atas nama Angkatan Muda Keadilan Rembau~555126105482. Bantuan semua amat dihargai.

Kepada anak muda yang mahu menyertai konvoi masih ada kekosongan kuota sila hubunig Yaser 0126794704 untuk mendapatkan maklumat lanjut. - cheguBard

Tiada ulasan: