Isnin, 20 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kalau Najib tak cilok, maknanya Israel dan Indonesia yang cilok idea dia ... hahaha

Posted: 20 Dec 2010 10:32 PM PST




logo 1Israel dan 1Indonesia
SECARA KEBETULAN pulak tu Israel dan Indonesia juga menggunakan logo yang sama ... bukan tu saja, slogan pun Indonesia cilok juga ... ada mana2 loyar buruk nak saman Indonesia sebab dah cilok benda ni ???
memang aku menyampah pada Israel dan Indonesia kerana meniru logo 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri aku yang disukai ramai ni ... hahahaha

Gagasan 1Malaysia tidak diciplak - Najib .... hehehehe

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa terkilan apabila ada pihak yang mempersoalkan konsep 1 Malaysia dengan menuduh ia "diciplak" daripada negara lain.

Perdana Menteri mempertahankan konsep yang dibawa sambila menyifatkan dakwaan kononnya "diciplak" adalah satu "pendustaan besar."

"Saya rasa terkilan apabila dituduh konsep 1 Malaysia ini ditiru dari negara lain.

"Itu adalah satu pendustaan besar, kita tidak ciplak konsep 1Malaysia ini," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Tritahunan Ke-25 Cuepacs di Universiti Malaysia (UM) di sini.

Menurut Najib (gambar), konsep yang diperkenalkan beliau adalah sebuah konsep yang berteraskan untuk memberi keutamaan kepada rakyat di negara ini.

"Negara-negara lain boleh ada 'one' (satu) sana, 'one' sini tapi tidak ada Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Mereka boleh satu tapi hanya Malaysia sahaja yang ada 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," tegas di hadapan kira-kira 1,177 perwakilan Cuepacs.

Sebelum ini Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh konsep 1 Malaysia diambil daripada slogan One Israel dan ia menjadi pendebatan antara BN dan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, kerajaan pimpinan beliau akan terus melangkah ke hadapan untuk mencapai realiti bukan sesuatu yang direka.

"Kita melangkah ke hadapan kepada realiti bukan kepada sesuatu yang direka dan kita perlu untuk capai apa yang kita katakan. Bukan tidak berpijak di bumi nyata.

"Amat mudah bila kita buat politik janji tapi apakah politik itu akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?.

"Saya percaya ahli Cuepacs boleh befikir, untuk bangunkan negara mesti datang dengan dasar yang bertanggungjawab bukan sesuatu yang kita cakap sebagai janji tapi tidak berasaskan kepada realiti," katanya.

Dalam ucapan perasmian itu juga, Najib berkata, bagi memastikan matlamat ke arah negara berpendapatan tinggi, kerajaan pimpinannya akan berbelanja hanya mengikut kemampuan.

"Kita nak menuju ke arah negara berpendapatan tinggi dan saya amat komited untuk merealisasikan perkara ini.

"Kita tidak mampu untuk bersikap berbelanja, kita kena ikut kemampuan. Yang penting masa depan terjamin di bawah kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, kerajaan pimpinannya juga akan buat termampu untuk membantu rakyat. "Kita akan buat mana yang termampu, kalau kita tidak mampu kemudian berbelanja ia akan jadi musibah kerana kita melebihi daripada kemampuan sendiri.

"Jadi kita akan buat yang terbaik tapi dalam lingkungan yang termampu," kata Najib.

Menteri Kewangan itu juga berkata, sekiranya kerajaan berbelanja di luar kemampuan negara ia akan memberikan impak yang besar. Najib juga berkata, kedaulatan negara akan terjejas sekiranya negara diperintah oleh badan-badan antarabangsa kerana kecuaian sendiri.

"Kalau nak bonus kita bagi tapi mesti lihat dari segi perspektif, kena lihat dari segi pertimbangannya juga.

"Sudah tentu kita tidak mahu negara ini ditadbir oleh badan-badan antarabangsa, sudah tentu kita mahu kedaulatan negara berada dalam genggaman," katanya.

Beliau turut mengumumkan akan memberikan geran tahunan sebanyak RM2 juta kepada Cuepacs bermula tahun depan.

Selain itu, Najib turut memperuntukkan peruntukan khas sebanyak RM1 juta kepada Cuepacs untuk membaik pulih bangunan institusi itu - TMI

Kemalangan Cameron Highlands - Penerbangan khas hantar mayat pelancong Thai

Posted: 20 Dec 2010 09:46 PM PST

Special flight to fly back bodies of Thai tourists

IPOH, Dec 21 — The Thai Embassy in Malaysia is arranging with the Thai government for a special flight from here to Bangkok to take back the bodies of the 24 Thai tourists killed in a road accident south of here yesterday.

The Thai ambassador to Malaysia, Thana Duangrana, who spoke to reporters at the Forensics Department of the Raja Permaisuri Bainun Hospital here, said the embassy wanted the flight to be made available quickly.

A tour bus carrying 37 Thai tourists heading from Cameron Highlands to Kuala Lumpur crashed onto a divider and overturned at Km15 of the Cameron Highlands-Simpang Pulai Road yesterday, killing the 24 Thais and three Malaysians, who were the drivers and tourist guide.

The 10 injured Thai tourists have been admitted to the Raja Permaisuri Bainun Hospital. — Bernama
BERITA KEMALANGAN DI SINI

Tenang perlu Pembangkang

Posted: 20 Dec 2010 07:04 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Rakyat Johor, terutama mereka yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis perlu berfikir lebih jauh tentang kedudukan mereka kini yang memerlukan suara pembangkang di Johor, bagi membela nasib mereka sendiri.

Suara-suara rakyat masih terlalu banyak yang perlu diketengahkan di dalam persidangan Dun Johor, tetapi ia tidak akan memadai jika suara pembangkang, khususnya dari PAS, hanya diwakili dua kerusi sahaja iaitu Sungai Abong dan Maharani.

Adun Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh (gambar) menegaskan, sedangkan kedua-dua kerusi PAS itu mewakili kawasan bandar dan pinggir bandar.

Jadi, katanya Johor sememangnya memerlukan sekurang-kurangnya satu kerusi bagi mewakili kawasan Felda atau kampung bagi kepentingan rakyat negeri itu.

Menurut beliau, dengan dua kerusi yang diwakili PAS itu, rakyat Johor sudah nampak peranan yang mereka mainkan.

Tetapi, ujarnya jika Dun Tenang yang mewakili kawasan Felda atau kampung juga dimenangi PAS, rakyat juga dapat menilai dengan lebih jauh tentang kemampuan wakil-wakil rakyat PAS yang bukan sahaja boleh mewakili kawasan bandar dan pinggir bandar, tetapi juga bagi kawasan Felda atau kampung di negeri itu.

"Isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat di negeri Johor memang banyak. Setiap kali persidangan Dun berlangsung, saya pasti akan mengemukakan pelbagai soalan dan membahaskan pelbagai perkara bagi kepentingan rakyat. Antaranya ada yang dijawab tetapi tidak tepat. Lebih jauh dari itu, ada yang tidak dijawab langsung.

"Sekiranya Dun Tenang juga diwakili pembangkang khususnya PAS, persidangan pasti akan menjadi lebih bererti kepada rakyat kerana pasti akan lebih banyak lagi perkara-perkara yang akan dibangkitkan oleh pihak PAS bagi kepentingan rakyat. Inilah yang perlu difikirkan lebih jauh oleh rakyat Johor terutama penduduk di kawasan Tenang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, antara beberapa isu yang dikemukakan dalam persidangan Dun Johor penggal lalu yang tidak dijawab oleh kerajaan BN, dengan tepat seperti yang dikehendakinya termasuklah isu-isu yang melibatkan proses permohonan tanah untuk rakyat yang begitu lambat dan perkhidmatan yang baik untuk rakyat.

"Antara isu yang tak dijawab langsung pula termasuklah soalan yang saya kemukakan dalam persidangan baru-baru ini yang menyentuh tentang kenapa belanjawan dari Kerajaan Pusat untuk negeri Johor bagi Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kini baru dibelanjakan sebanyak 60 peratus sedangkan di Perak yang diperintah oleh kerajaan BN kini dah dibelanjakan sehingga 93 peratus.

"Kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku. Peruntukan itu cukup bererti bagi rakyat Johor, tetapi jika ia tidak dibelanjakan dengan baik, ia tentunya merugikan rakyat," katanya.

Dengan dua suara sahaja di Dun Johor yang diwakili PAS, menurutnya, kerajaan BN Johor terpaksa berhati-hati dalam setiap tindakannya.

Tetapi, kata beliau sekiranya Tenang turut diwakili PAS, ia akan menjadi lebih bererti kepada rakyat kerana pelbagai soalan lain sama ada yang melibatkan rakyat Johor keseluruhannya dan untuk penduduk di kawasan yang diwakili wakil rakyat terbabit akan dapat diketengahkan dengan lebih banyak lagi dan dengan lebih berkesan dalam persidangan Dun.

Kawasan Dun Tenang mempunyai 50 peratus kaum Melayu dan 50 peratus bukan Melayu.

Kebanyakan orang Melayu di kawasan itu adalah para peneroka yang tinggal di empat kawasan Felda. Kaum-kaum lain seperti Cina sekitar 38 peratus yang kebanyakannya tinggal di Pekan Labis, manakala India pula 12 peratus.

Kepada orang Melayu khususnya para peneroka di kawasan itu, beliau mengingatkan agar berfikir lebih jauh kerana amat banyak perkara yang menyentuh diri mereka sendiri yang perlu dibela oleh mereka dan mereka hanya akan terbela jika mereka memilih calon PAS untuk mewakili mereka di Dun Johor.

"Antara perkara yang perlu dihalusi oleh mereka termasuklah yang melibatkan kedudukan mereka sendiri yang memiliki 10 ekar tanah untuk diterokai bagi penanaman kelapa sawit tetapi mereka tidak juga senang. Sedangkan jika tanah sebanyak itu dimiliki oleh pihak lain seperti Sime Darby, keuntungan yang diperolehinya sekitar 10 kali ganda.

"Kenapa kejadian itu berlaku? Jawabnya kerana keuntungan itu Felda yang ambil. Sepatutnya peneroka yang dapat. Itulah nasib para peneroka Felda. Jika mereka tidak memilih pembangkang khususnya PAS bagi mewakili mereka khususnya di Dun Tenang, siapa yang hendak membela nasib mereka? Inilah yang perlu difikirkan oleh mereka, khususnya orang-orang Melayu di kawasan itu.

"Bagi kaum lain terutama Cina di kawasan itu, mereka faham dan sedar sebab itulah kebanyakan mereka tidak teragak-agak memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya. Tetapi bagi orang Melayu, mereka bagaikan tak nampak kepentingan mereka memilih Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya orang-orang Melayu khususnya yang tinggal di kawasan Felda terus tertindas oleh pihak pemerintah khusnya kerajaan BN," tegasnya. - HD

Kemalangan di Cameron Highlands -"Kepala mereka pecah dan otak bertaburan di atas jalan"

Posted: 20 Dec 2010 04:18 PM PST


IPOH: "Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter," kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.


Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.

Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.

"Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter," katanya.

Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.

"Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian," katanya.

Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.

"Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan," katanya.

Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.

"Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.

"Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.

"Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan," katanya - Metro




Bas melulu ketika turun bukit Cameron Highlands - Berita Harian

SIMPANG PULAI: "Saya melihat bas persiaran itu terhoyong-hayang dan laju turun bukit membelok selekoh tajam. Selepas itu, bas dua tingkat itu terus langgar konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik ke dalam longkang dengan bahagian bumbung menghentam batu bukit," kata Monat Rahen, antara saksi terawal yang melihat kemalangan itu di Kilometer 15 di sini, pagi semalam. Monat, 19, berkata, dia menyaksikan kejadian itu ketika bersama seorang lagi rakan menaiki kereta dalam perjalanan menghala ke Cameron Highlands. "Kami lihat ada penumpang tercampak keluar dari bas, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Keadaan menjadi cemas apabila kebanyakan penumpang cedera dan menjerit meminta tolong," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang lagi saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata ketika tiba di kawasan kemalangan itu, dia melihat ada seorang warga emas berusia lingkungan 60-an sudah tercampak keluar dari kenderaan itu.

Dia juga melihat mayat bergelimpang atas jalan raya, termasuk ada kanak-kanak terbaring dalam longkang dipercayai tercampak dari bas serta beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik.

"Saya bersama tiga lagi rakan lain dalam perjalanan bercuti di Cameron Highlands menaiki bas henti-henti bersama lebih 10 penumpang lain. Pemandu bas kami terpaksa menghentikan kenderaan selepas laluan itu ditutup. Saya dan penumpang lain berusaha membantu, tetapi keadaan terlalu ngeri.
"Tangisan dan jeritan meminta tolong kedengaran dari bas yang terbalik, selain kelihatan banyak darah di bahagian tempat duduk. Sejurus kemudian, pasukan penyelamat tiba dan saya melihat ada mayat dibawa keluar dari bas berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Ahmad Aminudin Abdul Rahim, berkata ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari, beliau melihat ada beberapa tubuh bergelimpangan di jalan raya dan ada yang terhumban dalam longkang, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan kepala dan tubuh cedera parah, manakala semua mangsa dalam bas tersepit di tempat duduk.

"Saya ada nampak seorang kanak-kanak dalam bas dan mendengar bunyi orang mengerang kesakitan, jadi kami berusaha menyelamatkan nyawa mereka," katanya.

Beliau berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pada jam 12.13 tengah hari, manakala, mangsa terakhir pada jam 2.55 petang, manakala sebahagian besar mangsa duduk di tingkat atas bas berkenaan - BH

Utusan Malaysia yang meloyakan

Posted: 20 Dec 2010 03:53 PM PST

Rasiskah Utusan Malaysia? — Ya memang rasis

December 21, 2010 — Seorang rakan yang juga wartawan akhbar ini mengirim e-mel kepada sebuah syarikat dalam industri pelancongan untuk menawarkan satu bentuk kerjasama. Niat rakan media tadi adalah murni iaitu untuk mempelawa syarikat tersebut menjadi sumber kepada bahan berita bagi ruangannya.

Sepanjang penulis menjadi wartawan, pelawaan sebegitu kebiasaannya akan disambut dengan tangan terbuka.

Ini kerana ia memberi peluang kepada pihak terbabit mempromosikan aktiviti atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai secara percuma. Ia sebenarnya lebih kepada satu situasi menang-menang kerana kedua-dua pihak mendapat keuntungan.

Namun keadaan sebaliknya berlaku kepada rakan wartawan tadi. Pelawaannya bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi turut disertakan dengan sindiran yang sinis dan menyakitkan hati.

Balasan e-mel yang diterima selepas diterjemah ke dalam bahasa Melayu berbunyi lebih kurang begini: "Minta maaf, saya memiliki pandangan yang tidak baik terhadap akhbar ini. Akhbar ini menyebarkan sentimen perkauman dan tidak sepenuhnya benar. Saya tidak boleh membenarkan syarikat ini bekerjasama dengan perkara (perkauman dan tidak sepenuhnya benar) sebegitu."

Kami tidak kisah jika syarikat tersebut menolak untuk bekerjasama. Tetapi untuk mengatakan akhbar ini rasis dan berbohong, ia adalah satu tuduhan yang melampau dan sangat tidak berasas.

Adakah wakil syarikat yang mengirim e-mel balasan itu benar-benar membaca akhbar Utusan Malaysia untuk membuat penilaian sedemikian terhadap akhbar ini?

Penulis berpendapat, wakil syarikat itu sebenarnya langsung tidak pernah meluangkan masa untuk meneliti akhbar ini. Kerana jika beliau berbuat demikian, tuduhan sebegitu tidak akan dibuat secara melulu. Penulis juga sangat yakin, wakil syarikat itu juga tidak pernah membaca akhbar lain termasuk akhbar bahasa ibundanya sendiri iaitu akhbar Cina.

Jika wakil syarikat itu benar-benar membaca dan meneliti akhbar Cina, penulis kira tanggapan beliau terhadap akhbar ini akan berubah serta-merta. Rakan-rakan media di akhbar Cina jangan salah faham dengan kenyataan ini.

Penulis tidak mengatakan akhbar Cina rasis atau menggalakkan sikap perkauman. Tetapi apa yang cuba penulis jelaskan di sini ialah, pada kebanyakan masa, akhbar-akhbar Cina akan menjadi jaguh dan menjuarai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat Cina.

Ini termasuklah dalam soal agama, budaya, bahasa, pendidikan, ekonomi, sosial dan banyak lagi. Justeru, apa bezanya perjuangan akhbar-akhbar Cina itu dengan akhbar Utusan Malaysia? Bukankah akhbar ini juga perlu menjadi suara bagi orang Melayu dalam isu-isu yang berkaitan secara langsung dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera?

Atau mungkin wakil syarikat tadi mahu semua akhbar di negara ini tidak kira berbahasa Melayu, Mandarin, Tamil atau Inggeris hanya fokus kepada masalah masyarakat Cina semata-mata? Baru akhbar di negara ini boleh dikatakan tidak perkauman, tidak berbohong, adil dan bebas?

Apa yang boleh disimpulkan daripada e-mel wakil syarikat itu ialah satu bentuk ketidakfahaman yang jelas orang ramai terhadap peranan media.

Sebagai akhbar arus perdana, Utusan Malaysia menjunjung tinggi semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Itu adalah tanggungjawab yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pengamal media sekali pun.

Begitu pun penulis mengakui akhbar ini terutama selepas Pilihan Raya Umum 2008, agak lantang dan ke hadapan dalam perjuangan berkaitan isu-isu orang Melayu dan agama Islam.

Namun pembaca terutama yang bukan Melayu perlu faham, selepas pilihan raya 2008, terlalu banyak serangan ditujukan terhadap orang Melayu dan agama Islam. Ia termasuk dalam isu bahasa, biasiswa, kuota, ekuiti, kedudukan raja-raja, sehinggalah kepada kesucian kalimah Allah.

Malah, suara-suara sedemikian masih lagi kedengaran sehingga ke hari ini. Sedangkan perkara-perkara itu sudah disebut dengan jelas di dalam perlembagaan sebagai hak-hak istimewa orang Melayu.

Maka, Utusan Malaysia perlu menjelaskan kedudukan sebenar mengenai perkara tersebut kepada khalayak pembaca agar orang ramai tidak dipesongkan daripada hakikat sebenar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan isu tersebut.

Penulis tidak melihat apa yang dilakukan oleh akhbar ini serta akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang lainnya itu sebagai satu tindakan perkauman. Ia sebaliknya lebih kepada tanggungjawab dalam mempertahankan apa yang hak dan memperbetulkan salah tanggapan di kalangan sesetengah pihak yang bersikap oportunis.

Apakah dalam hal ini, orang Melayu boleh berharap kepada akhbar Cina, Tamil atau Inggeris untuk memainkan peranan itu? Begitu pun, penulis tidak menyalahkan wakil syarikat itu kerana penulis yakin beliau tidak berseorangan dalam berpandangan sedemikian.

Ramai sebenarnya yang mendapatkan gambaran yang tidak tepat mengenai Utusan Malaysia. Sentimen politik juga tidak menyebelahi akhbar ini apabila pembangkang boleh disifatkan berjaya membalikkan imej akhbar ini sebagai rasis dan tali barut kerajaan.

Lihat sahaja bagaimana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh pendokong dan peminat akhbar ini sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar kerana kononnya menggunakan fahaman ekstremis.

Sikap pemimpin politik seperti ini yang menyalahkan akhbar kerana melaporkan kepincangan parti dan pentadbirannya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Guan Eng serta pemimpin politik sealirannya tidak boleh mengharapkan media memuji beliau melangit ketika kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di Pulau Pinang tidak diendahkan.

Penulis tidak mahu menulis panjang mengenai sikap ahli politik sebegini kerana cukup faham agenda di sebalik tindakan mereka menghentam akhbar ini. Tetapi pembaca di luar sana perlu lebih realistik dalam menilai akhbar ini dan tidak terikut-ikut dengan sentimen yang dimainkan oleh ahli politik.

Nasihat penulis kepada wakil syarikat tadi serta pembaca lain di luar sana, luangkan masa meneliti kandungan akhbar ini dan fahami apa yang kami perjuangkan.

Penulis yakin jika peranan Utusan Malaysia sebagai "Penyebar Fikiran Rakyat" benar-benar difahami, wakil syarikat tersebut serta ramai lagi yang berpandangan seperti beliau akan menjadi pembaca setia Utusan Malaysia selepas ini. — Utusan Malaysia
MS: Hahaha Meloyakan aku bila membacanya ... sekadar menunggu masa untuk mampos ...

Tawan Negeri Sembilan - DSAI

Posted: 20 Dec 2010 07:31 AM PST

SEREMBAN: Berdasarkan apa yang dialaminya selama beberapa bulan dan tahun kebelakangan ini , seseorang akan menyangka bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berundur.

Namun pemimpin dan pembahas berkarisma ini kembali bangkit, menyebabkan harapan musuh politiknya punah. Musuh politiknya menjangka tidak akan bertahan di dalam krisis pemilihan kongres nasional PKR selain dari keperitan yang dialami semasa perbicaraan kes liwat (termasuk sokongan pemimpin Singapura yang percaya beliau bersalah) dan penggantungan dari Parlimen.

Di dua ceramah terbaru di Negeri Sembilan dan Melaka, hadirin menerima beliau dengan penuh semangat.

Ketika pilihan raya PKR yang berakhir bulan lalu, Datuk Zaid Ibrahim dan S Jenapala menyerang Anwar secara bertalu-talu atas alasan proses pemilihan yang samar. Mereka turut menerima sambutan meluas dari dalam parti. Mereka turut mempertikai legitimasi Anwar sebagai ketua umum PKR.

Ramai penyokong pembangkang termasuk pemimpin PAS dan DAP bimbang terhadap liputan media negatif yang diterima Anwar akan menjejaskan prestasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Para pemimpin tertinggi PKR juga menghadapi kesukaran menerangkan isu Anwar kepada ahli akar umbi kerana media arus perdana melaporkan perihal gelora yang melanda secara meluas.

Menurut sekurang-kurangnya sebuah akhbar Melayu, Anwar telah kehilangan keyakinan sebahagian besar dari anggota partinya.

Pengkritik beliau patut berada di Seremban pada malam Khamis lepas di mana Anwar menerangkan perihalnya kepada umum buat kali pertamanya setelah digantung dari Parlimen. Mereka akan melihat bukti kekuatan sokongan dan hormat akar umbi kepada Anwar.

Laungan sokongan

Berdasarkan saiz hadirin an reaksi kepada ucapan Anwar, pemerhati politik menyatakan tiada pemimpin politik lain yang berkebolehan untuk mengagumkan hadirin yang terdiri dari berbilang kaum.

Kira-kira 5,000 orang Melayu, Cina dan India berkumpul menghadiri ceramah di Kampung Ismail, Seremban. Jumlah ini mengagumkan kerana acara ini ditentukan pada saat terakhir, mendapat kurang publisiti dan hujan lebat menyebabkan tanah berlumpur di tapak ceramah.

Kepimpinan PKR Negeri Sembilan turut hairan dengan sambutan yang diterima untuk ceramah ini.

Hadirin bukan sahaja mendengar malah melaungkan tanda sokongan dan kemarahan sebagai reaksi kepada apa yang diperkatakan oleh Anwar.

Beliau berucap selama 90 minit dan kebanyakan berkisar tentang tuduhan meliwat dan penggantungan dirinya dari Parlimen selaku Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh, bersama dengan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Merujuk kepada laporan Wikileaks yang memetik kata-kata pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew yang berkata bahawa beliau 'masuk secara sedar' ke dalam perangkap liwat, Anwar turut mengkritik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana komennya.

"Saya cabar Kuan Yew dan Dr Mahathir memberi bukti kepada mahkamah," kata Anwar.

Laporan Wikileaks yang sama itu juga turut mengeluarkan kenyataan buruk mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Anwar mencabar Najib agar mempertahankan diri sebagaimana yang dibuat oleh beliau di mahkamah dan rapat umum.

"Wikileaks turut melaporkan perisikan Singapura percaya Najib menghadapi kesukaran berikutan tohmahan bahawa beliau terlibat dalam pembunuhan Anwar," kata beliau.

"Tapi dia kata ini isu kecil dan 'fokus kepada pembangunan'.

"Orang menuduh anda terlibat dalam pembunuhan. Bagaimana anda boleh kata ini isu kecil?"

Arahan untuk menawan NS

Anwar sepatutnya berucap selama sejam dan meninggalkan pentas pada pukul 10 malam kerana dijadualkan berucap di Ayer Molek, Melaka.

Namun galakan dan sambutan hadirin menyebabkan beliau meneruskan ucapannya. Beliau tidak mengendahkan peringatan masa sebanyak dua kali kerana seorang lagi pemimpin PKR turut dijadualkan untuk berucap.

Beliau menamatkan ucapannya pada pukul 10.30 malam selepas mengingatkan pemimpin dan penyokong Pakatan menawan Negeri di dalam pilihan raya akan datang.

Pembangkang hanya memerlukan empat kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Anwar tiba di Ayer Molek pada pukul 11.30 malam dengan hadirin yang lebih kecil dan sekali lagi beliau memukau mereka. - FMT

Tidak Mustahil Pakatan Akan Menang di Tenang - Hadi

Posted: 20 Dec 2010 02:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Meskipun menyedari gelanggang saingan "tidak sama rata", Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu jentera Pakatan Rakyat meningkatkan usaha meraih sokongan pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Sehubungan itu, kata Hadi, tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat yang akan meletakkan calon PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kesemua jentera bekerjasama ke arah itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang, pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008, Jumaat ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata parti Islam itu kini sedang membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Kita ada cawangan di sana, kita kini sedang membuat persiapan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Kita sedar untuk capai kemenangan tidak mudah kerana keadaan padang yang tidak sama rata yang kalau lihat memihak kepada BN.

"Tetapi walaupun tidak sama rata tidak mustahil bagi kita untuk mencapai kemenangan di sana," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Mengenai soal siapa yang akan menjadi calon PAS di DUN Tenang, Hadi bagaimanapun berkata satu mesyuarat akan diadakan bagi menentukan siapa yang akan menggalas tanggungjawab itu.

"Mengenai soal calon kita masih belum tentukan, kita akan adakan mesyuarat dan kita serah kepada PAS Johor untuk menentukan calon.

"Setakat ini kita masih belum putuskan siapa calon kita di DUN Tenang," katanya.

BN dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan akan menurunkan calon masing-masing. BN akan diwakiki Umno manakala Pakatan Rakyat pula PAS.

Kerusi DUN Tenang kosong setelah Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dengan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina 38 peratus dan India 12 peratus.

Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama diadakan di Johor. - The Malaysian Insider

TERKINI : 26 terbunuh kemalangan di Cameron Highlands

Posted: 20 Dec 2010 01:56 AM PST


[mstar] IPOH: Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

Tiada ulasan: