Selasa, 7 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ketua Polis Negara - Mai lah siapa pun, sama saja

Posted: 07 Dec 2010 09:12 PM PST

Rekod buruk pertama KPN

PETALING JAYA: Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memukul dan menahan 52 penunjuk perasaan dalam perhimpunan aman di perkarangan Masjid Negara Ahad lalu mengenai bantahan kenaikan tarif air mencalar integriti dan kredibiliti Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, Tan Sri Ismail Omar.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata, "rekod buruk pertama Ketua Polis baru ini membuktikan bahawa PDRM masih berterusan mengamalkan sikap "double standard" dalam melaksanakan tugas.

"Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa kesemua institusi kerajaan kini, termasuk PDRM dan FRU telah diperkudakan demi kepentingan politik Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata, sikap angkuh kerajaan Pusat yang enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor demi kepentingan rakyat, menunjukkan seolah kerajaan Pusat turut bersubahat dalam 'rompakan besar-besaran hak rakyat' oleh Syabas.

"Sikap tidak adil PDRM, apabila penyokong dan warga Selangor yang ingin menuntut keadilan telah ditahan dan disekat secara ganas dengan menggunakan water cannon dan gas pemedih mata.

"Sebaliknya GAPS (Gabungan Anti Penyelewangan Selangor) yang lebih jelas berunsur perkauman dan mencetuskan provokasi dibenarkan berhimpun dan melakukan huru-hara," terang beliau.

Menurut beliau, profesionalisme PDRM juga layak dipersoalkan kerana bersikap biadap dengan tidak menghormati Masjid Negara sebagai premis rumah ibadah apabila berterusan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan masjid sehinggakan menjejaskan orang awam yang sedang bersolat.

"Perlakuan ganas pihak berkuasa ini benar-benar telah memalukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi membangun, sekaligus amat bertentangan dengan hasrat bersama untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf maju dan kerajaan yang mementingkan rakyat," katanya. - FMT

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 2)

Posted: 07 Dec 2010 04:25 PM PST


11. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb. November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan mendapat tanah seluas 100 ekar setiap orang iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

12. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun iaitu Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah dan Azril Yusri. Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum EXCO meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

13. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

14. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat 50%.

15. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

16. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi dikawasannya di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn. Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

17. Pada 17hb.-18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah seluas 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen Pilihan Raya 1999 dahulu.

18. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km. yang bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal yang tidak boleh melebihi RM40 juta dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

19. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua UMNO Tanjong Karang, JAKS Sdn. Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa keuntungan yang dikaut oleh JAKS?

20. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan

Najib akan terus kurangkan subsidi (naikkan harga barang)

Posted: 07 Dec 2010 04:07 PM PST

Langkah Putrajaya bakal keringkan saku rakyat, ramal The Economist

Oleh Boo Su-LynDecember 08, 2010

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet, demikian menurut laporan The Economist di sebalik spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.

The Economist sendiri menolak cakap-cakap bahawa pilihan raya umum awal meskipun ia meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 ekoran kemerosotan sokongan orang Melayu muda dan moderat.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mac 2013.

"Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015)," kata laporan Intelligence Unit majalah itu mengenai Malaysia dalam edisi terbaru Disember.

Harga bahan api dan gula mengalami kenaikan mulai 4 Disember lalu — kali kedua selepas Julai lalu ekoran dasar pelarasan subsidi oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berperingkat-peringkat mesipun sebelum ini seorang menteri Kabinet mengatakan bahawa tidak akan ada kenaikan harga sehingga hujung tahun ini.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai lalu apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Putrajaya berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan per kapita pendapatan kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020, kata Putrajaya.

Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. "Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

"Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun," katanya.

MTUC juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

Laporan itu juga menjangkakan bahawa kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam beberapa tahun lalu dan meramalkan inflasi tahunan sebanyak 3.4 peratus antara 2011 hingga 2015.

"Risiko inflasi juga akan diakibatkan oleh GST, di mana kerajaan akan berusaha untuk memperkenalkan di bahagian awal tempoh itu," kata laporan tersebut.

"Tetapi pengaruh-pengaruh bukan inflasi juga akan kuat," kata laporan itu dengan merujuk kepada pemansuhan halangan-halangan perdagangan dan integrasi ekonomi serantau yang lebih kukuh.

Malah laporan itu juga meramalkan pertumbuhan lima peratus bagi Malaysia dari 2011 hingga 2015, yang seiring dengan jangkaan Bank Pembangunan Asia sebanyak lima peratus bagi tahun depan.

Bagaimanapun matlamat Najib mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 memerlukan pertumbuhan enam peratus.

Penganalisis-penganalisis mendakwa Model Baru Ekonomi, yang bahagian kedua diumumkan Jumaat lalu kurang memperlihatkan pendekatan-pendekatan khusus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Laporan itu juga menambah, suku ketiga tahun ini menyaksikan pertumbuhan perlahan, yang dijangka akan berterusan pada suku keempat.

Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini selepas suku kedua yang lebih kukuh ekoran permintaan luaran yang lembab dan pengurangan perbelanajaan kerajaan.

Ekonomi bertumbuh 10.1 peratus pada suku pertama dan 8.9 peratus pada suku kedua.

Laporan itu meramalkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi Malaysia tahun ini iaitu kadar enam hingga tujuh peratus yang dianggarkan oleh kerajaan.

Ia juga menekankan pelaburan dan penggunaan swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam lima tahun akan datang.

Malah laporan itu juga meramalkan ringgit akan mengalami peningkatan nilai hampir 10 peratus pada kadar purata tahun 2010.

"Perbezaan kadar faedah positif dengan Amerika Syarikat akan wujud di peringkat awal tempoh kajian (2011-2015), yang mana secara berterusan akan menyediakan sokongan kepada ringgit.

"Oleh itu, kami menjangkakan kadar pertukaran akan kekal sama, mencecah purata tahunan RM2.95:AS$1 pada 2015," kata laporan itu.

Di samping itu laporan tersebut juga menekankan bahawa Bank Negara Malaysia dijangka membenarkan ringgit didagangkan di luar pesisir pada tempoh terkemudian sepanjang 2011 dan 2015, ekoran perkembangan susulan ke arah integrasi ekonomi serantau. - TMI

Bos WikiLeaks ditahan atas tuduhan merogol

Posted: 07 Dec 2010 03:35 AM PST

LONDON - WikiLeaks chief Julian Assange was arrested in London today on suspicion of rape after surrendering to a Swedish arrest warrant, setting up a possible extradition fight that could drag on for months.

Assange, 39, was detained after attending a London police station by appointment at 0930 GMT and is due to appear at City of Westminster Magistrates Court later in the day, the Metropolitan Police said in a statement.

"Officers from the Metropolitan Police Service's Extradition Unit have this morning, Tuesday 7 December, arrested Julian Assange on behalf of the Swedish authorities on suspicion of rape," the statement said.

"He is accused by the Swedish authorities of one count of unlawful coercion, two counts of sexual molestation and one count of rape, all alleged to have been committed in August 2010."

The net has tightened around the Australian former computer hacker since his whistleblower website began releasing thousands of secret US diplomatic cables last week, infuriating Washington and other countries.

Assange's lawyers were not immediately available for comment, but they have said he will fight extradition to Sweden, saying they fear he could then be passed on to the United States from the Scandanavian country. - AFP

"Pindaan Perlembagaan Perak tidak sah - Boleh bawa ke mahkamah" – Aziz Bari

Posted: 07 Dec 2010 01:46 AM PST

Oleh Nazli Ibrahim

EKSKLUSIF PETALING JAYA: Pindaan Perlembagaan Negeri Perak baru-baru ini dianggap sebagai tidak sah dan wajar di bawa ke mahkamah setelah pindaan yang dibuat itu tidak dibacakan beberapa kali dan tidak mendapat sokongan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak terlebih dahulu.

Demikian kata Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Aziz Bari kepada FMT hari ini ketika memberikan pandangan beliau berkaitan isu Pindaan Perlembagaan Negeri Perak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu.

"Kalau isu yang membabitkan giliran kenaikan tahkta, memanglah kuasa Baginda Sultan Perak, tetapi isu ini membabitkan penambahan bilangan pemegang jawatan sekaligus membabitkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri.

"Sebab kalau sudah ada jawatan, tentulah ada elaun dan sebagainya, takkan tidak diberi apa-apa kemudahan, bayaran gaji atau pun elaun. Jadi persoalannya ialah kemampuan kerajaan negeri memikul kos tambahan itu.

"Jadi jelas dalam isu ini ia tertakluk kepada kuasa DUN melalui enakmennya untuk memutuskannya dan ia memerlukan beberapa kali bacaan dan haruslah memperolehi sokongan tidak kurang dua pertiga ahli-ahli dewan," jelas beliau yang berpengalaman lebih 21 tahun mengajar undang-undang.

Aziz berpendapat isu pindaan perlembagaan ini tidak seharusnya timbul jika Barisan Nasional Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengikuti lunas-lunas perlembagaan apatah lagi beliau juga percaya tiada sebarang masalah untuk ADUN dari PAS, DAP dan PKR untuk menyokong usul ini jika pindaan ini dijalankan secara yang sepatutnya.

"Saya tidak rasa usul ini akan mendapat tentangan dari ADUN-ADUN PAS, DAP dan PKR kerana mereka juga mahu membuktikan taat setia kepada raja. Jadi, mengapa pindaan ini dibuat secara terburu-buru sehingga membelakangkan Perlembagaan Negeri?

"Mungkin ADUN-ADUN ini bukanlah membantah usul ini tetapi membantah apabila peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak di belakangkan dan kemungkinan untuk berlaku lagi selepas ini tidak mustahil jika dibiarkan sahaja," katanya lagi.

Bawa ke mahkamah

Beliau juga memberitahu, satu-satu jalan yang ada untuk menyelesaikan pertikaian ini adalah dengan membawa isu pindaan ini samada ke Mahkamah Tinggi atau pun Mahkamah Persekutuan.

"Walaupun kita tahu pada masa ini banyak keputusan mahkamah dalam negara pada masa ini dipertikaikan oleh masyarakat tetapi hanya itulah satu-satunya mekanisme yang ada," ujar beliau.

Sebelum ini, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, satu usul yang dibentangkan oleh Zambry bagi meminda perlembagaan negeri diluluskan oleh dewan undangan negeri itu tanpa mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.

Pindaan tersebut telah mendapat bantahan dari ADUN-ADUN PAS, DAP dan PKR kerana peruntukan enakmen undang-undang negeri mesti dibentang sebelum perlembagaan boleh dipinda.

Enakmen seumpama itu juga memerlukan beberapa kali bacaan di DUN sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga daripada ahli-ahli dewan.

Sementara itu, dalam isu lain yang berkaitan perlantikan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu, Aziz sebelum ini turut menyuarakan pendapatnya berkata,

"Lebih baik mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri mahupun Perdana Menteri bukan Melayu yang menghormati perlembagaan daripada mempunyai Perdana Menteri Melayu yang meletakkan dirinya di atas perlembagaan." - FMT

Rakyat akan terus ditipu oleh rejim Najib

Posted: 07 Dec 2010 12:29 AM PST

Mata lebam Anwar: Kit Siang persoal komitmen Kabinet Najib

Oleh Clara ChooiDecember 07, 2010

Lim Kit Siang.KUALA LUMPUR, 7 Dis — DAP mendesak penjelasan pentadbiran Najib berhubung komitmen Kabinetnya bahawa akan membuka semula siasatan berkaitan dengan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 sambil mendakwa menteri-menterinya membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah.

Penasihat parti Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein merampas tanggungjawab yang diberikan kepada rakan sejawatannya Datuk Seri Nazri Aziz agar mengendalikan perkara berkenaan, dengan mengisytiharkan kes itu sudah pun ditutup.

"Adakah beliau menyebabkan jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat dakwaan baru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?" kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli politik veteran ini merujuk kepada satu surat yang diterima daripada Hishammuddin pada 2 Disember lalu di mana menteri itu menafikan wujudnya sebarang percanggahan dalam kes mata lebam 1998 melibatkan Anwar dan mengisytiharkan kes itu tidak perlu dibuka semula meskipun adanya dawkaan terbaru bukti-bukti telah dipalsukan oleh seorang bekas pegawai penyiasat.

Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.

Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berjumpa dengan Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain.

"Saya dan Rais telah diarahkan oleh Kabinet yang bermesyuarat pada 12 November lalu untuk berjumpa Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan mengenai surat terbuka itu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Buat masa ini, kami sedang menunggu Abdul Gani pulang dari Mekah," katanya.

Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.

Beliau juga mengesahkan ada menghantar e-mel kepada Lim pada 14 April lepas.

Gani hadir pada di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam bagi memfailkan tuduhan berkaitan rasuah ke atas bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Hishammuddin dalam respons bertulis kepada pertanyaan Lim mengenai perkara itu ketika sesi perbahasan Bajet 2011 juga memberitahu Lim, Ahli Parlimen Ipoh Timor bahawa, Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan pemeriksaan mereka ke atas siasatan lama dan mendapati tiada sebab untuk mengesyorkan bahawa bukti palsu telah diberikan.

Lim menimbulkan soalan mengenai isu itu di Parlimen ekoran pendedahan Mat Zain, yang merupakan pegawai siasatan dalam kes Anwar dipukul, dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Ismail Omar pada 8 Oktober lalu, beliau ada maklumat terbaru berhubung insiden mata lebam, yang mengaitkan peranan Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ekoran pendedahan Mat Zain itu, pentadbiran Najib mengarahkan Nazri dan Rais agar menyoal Gani berhubung perkara itu.

Bagaimanapun kata Lim, campur tangan Hishammuddin dalam isu ini menimbulkan keraguan berhubung pendirian kerajaan dalam perkara itu, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada pentadbiran Najib sudah pun memutuskan untuk mengetepikan isu tersebut.

Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin menegaskan, meskipun Mat Zain mendakwa tetapi surat terbukanya tidak mempunyai elemen-elemen yang memerlukan sebarang siasatan susulan polis.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Sehubungan itu Lim mengenakan tekanan ke atas kerajaan dengan menggesa Nazri agar memberikan respons segera berhubung kenyataan terbaru ini.

"Jika beliau sebenarnya telah diarah agar menyiasat dengan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, jadi mengapa perlu ada jawapan sedemikian daripada Menteri Dalam Negeri," katanya.

"Penjelasan daripada Nazri diperlukan untuk mengetahui sama ada menteri-menteri Kabinet tahu apa yang mereka katakan," kata beliau.

Lim menambah, sikap endah tak endah Hishammuddin dalam isu ini menunjukkan Naib Presiden Umno ini tidak berminat dan mahu mengetepikan kes sama sekali.

"Beliau telah mengelak dakwaan yang serius bahawa wujudnya tindakan memalsukan bukti," kata beliau.

"Dalam suratnya kepada saya, beliau tidak merujuk kepada perjalanan prosiding dan beliau hanya bercakap mengenai sabitan kesalahan (bekas Ketua Polis Negara) Tan Sri Rahim Noor. Bagaimana dengan kejadian-kejadian campur tangan?

"Hishammuddin telah mengalih perkara itu," kata beliau.

Dalam suratnya, Hishammuddin memberitahu Lim bahawa tuduhan ke atas Rahim adalah adil dan berdasarkan pada bukti yang ditemui ketika siasatan.

Oleh itu Lim mengecam Hishammuddin kerana dengan jelas cuba mengelak isu yang sebenar, yang perlu diteliti sekarang dan mahu kerajaan menunjukkan komitmennya dengan menyelesaikan isu ini secara menyeluruh.

"Adalah mereka akan membuka semula siasatan?" kata beliau sambil menambah, ia berkait rapat dengan tahap keyakinan rakyat jelata terhadap pentadbiran Najib.

"Ia bukan setakat soal profesionalisme, tetapi tindakan menunjukkan komitmen anda ke atas sistem keadilan jenayah," kata beliau. - TMI
MS: Sorang menteri kata lain, sorang lagi kata lain. Sebab kes ni terjadi pada pihak pembangkang. Aku tak percaya kes mata lebam ni akan dibuka semula.
Adakah mereka sanggup mendakwa gani 4tahil tu? Sampai mampuih la kalau nak tunggu gani didakwa kerana menipu dan selewngkan siasatan mata lebam DSAI. Tak kan kita tak tau macam mana sistem kehakiman kita.
Atau mungkin juga boleh mereka boleh 'gula-gula' kan rakyat. Bawa gani pi mahkamah, Dakwa dia, penghujung nya .... Mahkamah mendapati tiada kes terhadap gani 4tahil ... tutup cerita.
Begitu lah kisah perjalanan sistem kehakiman kita ...
Hahahaha RAKYAT MALAYSIA AKAN TERUS DITIPU OLEH REJIM NAJIB sampai mampuih ...

Tiada ulasan: