Ahad, 26 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Tun Mahathir top 10 Anti Yahudi 2010

Posted: 25 Dec 2010 01:16 PM PST



Sebuah organisasi terkenal Yahudi Amerika telah melancarkan satu senarai top 10 individu-individu di seluruh dunia yang disifatkan sebagai anti Yahudi dan mengeluarkan kenyataan menghina Yahudi 2010.

Personaliti yang dimasukkan di dalam senarai tersebut antaranya ialah bekas UPI Wartawan Senior Rumah Putih Helen Thomas, pengarah filem Oliver stone dan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammed juga Timbalan Menteri Palestin Al-Mutawakil Taha. Individu-individu ini mengungguli tempat pertama hingga ke empat berdasarkan senarai yang dihasilkan oleh organisasi Yahudi Ameria itu.

Apa yang menarik di sini ialah apabila bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir dinobatkan sebagai top 10 anti Yahudi dunia. Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa Tun sememangnya terkenal dengan sikapnya yang anti Yahudi sejak dahulu lagi. Namun apabila namanya dimasukkan ke dalam top 10 senarai anti yahudi 2010 ia agak di luar jangkaan.

Tuan Guru Nik Aziz juga sebelum ini pernah memuji sikap Tun yang menentang dan mengkritik Yahudi secara terang-terangan di dalam persidangan dunia yang dihadirinya. Sikap ini sememangnya suatu sikap yang baik sesuai dengan amaran Allah di dalam Al-Quran bahawa "Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha dengan umat Islam, selagi tidak mengikut agama mereka".

Di bawah ini senarai lain-lain individu anti Semitic 2010. Sila klik untuk membesarkan image.






ReJaM© "Tapi hairan juga ye, Presiden Iran Ahmadenijad yang sering kali menghentam Yahudi di dalam persidangan dunia sepanjang tahun 2010, tidak pula termasuk di dalam senarai Top 10, Apa muslihatnya?"

Apa tindakan ke atas GRO yang ditangkap?

Posted: 25 Dec 2010 12:06 PM PST

Kalau dilihat, setiap minggu ada sahaja berita tentang kejayaan pihak berkuasa menemui sarang-sarang maksiat dan memberkas perempuan-perempuan jalang serta ibu-ibu dan bapak-bapak ayam disiarkan di dada-dada akhbar sebagai salah satu taktik pihak akhbar untuk melariskan jualan akhbar mereka.

Hasil carian ReJaM© pada simpanan berita di Utusan Online untuk tahun 2010 sahaja, menemukan beratus hasil carian tentang keyword "gro" menunjukkan betapa kerapnya laporan berita tentang kejayaan pihak berkuasa memberkas gro-gro di serata Malaysia. Ini bermakna sekurang-kurangnya hampir seratus kali pihak berkuasa telah menangkap gro-gro di Malaysia untuk tahun 2010 sahaja.

Di bawah ini ReJaM© berikan sebahagian kecil keratan berita hasil screenshot yang diambil di Utusan Online. Untuk membuat screenshot sahaja tak mampu ReJaM© nak buat kerana terlalu banyak. Tahun 2010 sahaja sudah begitu banyak berita tentang penangkapan GRO di seluruh Malaysia. Belum lagi keyword-keyword yang lain seperti "pelacur" dan lain-lain. (sila klik untuk membesaran image di bawah ini).



Andai kata keluar 10 berita tentang kes pembunuhan, tentu sekali kita akan dengar sekurang-kurangnya 10 kali juga berita perbicaraan kes pembunuhan tersebut. Begitu juga kes kecurian dan rompakan, 30 kali kes yang dilaporkan tentu sekali akan disusuli dengan sekurang-kurangnya 30 kali juga perbicaraan.

Namun persoalannya di sini, lebih seratus kes penangkapan GRO-GRO ini, untuk tahun 2010 sahaja, mana pula laporan perbicaraannya? Belum dikira kes penangkapan pelacur, belum lagi dikira kes-kes penangkapan yang lama-lama di tahun-tahun yang lalu. Kes penangkapan di tahun-tahun yang lalu pastinya beratus juga. Jadi apa tindakan pihak berkuasa terhadap kes-kes ini semua?

Adakah pihak berkuasa tidak mampu menyediakan bukti untuk mendakwa mereka ini semua? Adakah mereka ini semuanya dibebaskan begitu sahaja? Jadi apa guna mereka ini ditangkap? Sekadar menutup mata rakyat atau bagaimana?

Adakah pihak berkuasa sengaja berbuat demikian kerana menyahut seruan Perdana Menteri Najib untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan di rantau ini?



ReJaM© "Kalau tangkap-tangkap lepas, baik tak payah tangkap, biar je negara ni hancur! Biarkan sahaja bala Allah turun di bumi Malaysia supaya kita semua mampos ditimpa bencana Allah S.W.T"

Satelit India meletup beberapa saat dilancarkan

Posted: 25 Dec 2010 10:07 AM PST

Inilah detik bersejarah saat kejadian dramatik apabila program angkasa India menghadapi halangan terbesar apabila satelit komunikasi canggihnya meletup hanya kira-kira seminit selepas dilancarkan ke angkasa.

Seorang pegawai Organisasi Kajian Angkasa India, ISRO (Indian Space Research Organisation) yang tergamam dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu tidak dapat memberikan alasan tentang punca letupan tersebut, namun seorang pegawai memberitahu bahawa terdapat kesilapan pada tahap kedua pelancaran roket tersebut.

"Roket tersebut pada tahap awal menunjukkan ia berfungsi secara normal. Masaalah mungkin timbul pada tahap kedua pelancarannya ia tidak menerima daya tujahan yang cukup" menurutnya.



Namun begitu seorang lagi pegawai mendakwa, roket tersebut telah mengalami kegagalan sejak di awal pelancarannya lagi.

Satelit GSAT-5P bernilai jutaan pound sterling seberat 310 kg itu, mengikut perancangannya untuk memenuhi keperluan sektor telekomunikasi dan jabatan kajicuaca India.

Roket tersebut dilancarkan ISRO pada jam 4.04 p.m waktu tempatan bersama satelit dari pusat angkasa Sriharikota, 80 km dari Chennai.

Kejadian ini mengimbas kembali kejadian letupan kapal Challenger Space Shuttle pada tahun 1986, roket milik kejajaan India meluncur ke angkasa, sambil memancarkan api jingga yang tebal di bahagian ekornya sebelum ia meletup dan bersepai.

Mujurlah roket ini tidak membawa manusia. Kejadian kapal Challenger yang lalu telah mengorbankan 7 orang krew.

Pelancaran roket tersebut pada asalnya dijadualkan pada 20 November, namun telah dibatalkan sehari sebelum pelancarannya apabila satu kebocoran dikesan pada salah satu daripada injap-injap enjin cryogenic buatan Russia itu.

Kemudian, ujian demi ujian telah dijalankan untuk memastikan kestabilan injap berkenaan. Pihak ISRO akhirnya telah meluluskan pelancarannya pada hari Krismas.

Negara Russia telah membekalkan 7 enjin cyrogenic, dan India telah menggunakan 6 daripadanya sehingga ke hari ini.

Satelit GSAT-5P dijangkakan mampu bertahan selama lebih 13 tahun. Ia mempunyai 36 transponder, penerima dan pemancar automatik untuk tujuan signal-signal komunikasi dan penyiaran.


Sumber: Free Malays




ReJaM© "Kita hanya mampu merancang..."

Albert Einstein hidup kembali muncul di Iran

Posted: 25 Dec 2010 08:44 AM PST


Sekeping gambar yang menunjukkan kemunculan wajah yang sangat dikenali di dunia sains suatu masa dahulu. Seorang individu yang menyerupai 'Albert Einstein' dijumpai di sebuah jalan di negara Iran.

Imej tersebut dipercayai diambil oleh China Central Television (CCTV), menunjukkan seorang lelaki yang begitu serupa dengan wajah saintis terkenal yang sudah meninggal dunia.

Seorang pembaca yang menyedari gambar ini telah memuat turunnya daripada internet.

Photo ini dikatakan begitu hangat dikongsikan di internet oleh pelayar-pelayar internet di negara China.

Pelbagai topik hangat dibincangkan bagi menjelaskan kewujudan gambar ini.

Antaranya ada yang menimbulkan persoalan "Mungkinkah Albert Einstein telah berjaya mencipta mesen masa semasa hayatnya?"

Einstein (1879-1955) merupakan seorang ahli fizik, falsafah dan penulis.

Beliau dianggap sebagai Saintis yang paling berpengaruh dan menjadi ikon Sains dan kebijaksanaan sepanjang zaman, dan juga dianggap sebagai "Bapa Fizik Moden".



ReJaM© "Atuk siapalah yang muka iras-iras Einstein ni?"

Amah Indonesia dera diri sendiri

Posted: 25 Dec 2010 05:19 AM PST

Seorang wanita Arab Saudi yang didakwa sebelum ini atas tuduhan mendera teruk pembantu rumah bangsa Indonesia menafikan tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Malah dia mendakwa bahawa pembantu rumah Indonesia itu mendera dirinya sendiri serta mengatakan bahawa pembantu rumah itu 'tidak normal'.

Janda Arab berusia 53 tahun yang berasal dari Madina itu memberitahu sebuah mahkamah minggu ini bahawa dia tidak pernah menyerang ataupun mendera Sumiati Salan Mustapa, 23, yang telah dimasukkan ke hospital bulan lalu akibat kecederaan teruk pada muka dan kepalanya.



"Anak guam saya telah menafikan semua tuduhan mendera pembantu rumahnya. Pembantu rumah itu telah mencederakan dirinya sendiri dan kami merancang untuk memohon pampasan daripada pihak kerajaan kerana menahan anak guam saya lebih dari sebulan di penjara wanita," menurut kata peguam wanita Arab Saudi, Ahmed Al Rashid kepada akhbar berbahasa arab, Daily Okaz.

Peguam itu juga mendakwa bahawa pembantu rumah itu jelas sekali mempunyai masaalah mental dan beliau juga akan menolak sebarang laporan perubatan yang dikeluarkan di luar daerah jajahan dan membuktikan perkara sebaliknya.

"Saya hanya akan menerima laporan-laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pakar psikiatri di dalam Arab Saudi"

Al Rashid berkata, beliau akan meminta sekali lagi kepada hakim untuk membebaskan anak guamnya atas ikat jamin apabila kes tersebut didengari semula pada hari Selasa depan.

Bulan lalu, akhbar Arab Saudi melaporkan bahawa, seorang majikan yang tidak diketahui namanya telah menggunakan besi panas untuk mendera Sumiati, yang kini berada di hospital bagi menjalani pembedahan merawat kulit kepala dan mulutnya.

Dia telah dibenarkan keluar daripada hospital, namun memerlukan rawatan fizikal dan fisiologi lanjut.

Kes Sumiati ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai di Arab Saudi dan Indonesia yang menjadi ajen penyedia pembantu rumah terbesar.

Malah insiden itu juga telah menyebabkan Indonesia digesa agar berhenti daripada menghantar rakyatnya untuk bekerja ke Arab Saudi, yang kini menempatkan kira-kira 2 juta rakyat Indonesia yang bekerja di dalam pelbagai bidang termasuk pembantu rumah.


Sumber: Free Malays


ReJaM© "La... Amah Indon ni separuh masak rupanya!"

Tiada ulasan: