Ahad, 26 Disember 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar] Artis Berperangai Sundal Pakai Seksi Semasa Anugerah Skrin 2010

Posted: 26 Dec 2010 01:04 AM PST

Rais tegur artis berpakaian seksi

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.






* gambar-gambar dirembat dari internet

Ulasan GB

Sepatutnya artis-artis berpakaian seperti di atas yang kononnya mengikut rrend (mendedahkan bahu sehingga atas dada dan fesyen yang menampakkan buah dada menggelembong) diharamkan terus muncul lagi di kaca televisyen kerana ia amat merosakkan remaja dan penonton.

Malah sepatutnya JAKIM perlu bersuara dan memanggil mereka untuk disekolahkan semula. JAKIM tidur? Rakyat Islam tuntut peranan kamu-kamu JAKIM dan sekalian mufti di hari akhirat nanti.


Rasuah: Anggota Trafik Dipenjara & Denda, Kempen Anti Rasuah Polis Gagal

Posted: 25 Dec 2010 11:45 PM PST

Anggota Trafik Dipenjara 45 Bulan, Denda RM30,000 Kerana Rasuah RM1,500

KUANTAN: Seorang anggota polis trafik berpangkat Sarjan dijatuhi hukuman penjara 45 bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah, masing-masing RM500, antara November tahun lepas dan Januari lalu.

Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Malek Sulaiman, 43, dari Taman Kempadang Baru, di sini selepas mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Abdul Malek didakwa menerima suapan RM500 daripada Teoh Ting Keong di kafe sebuah hotel di sini, kira-kira pukul 5.44 petang pada 15 November tahun lepas sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori milik Teoh yang mengangkut pasir dan didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga, Abdul Malek yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang didakwa menerima suapan masing-masing RM500, juga daripada Teoh atas sebab yang sama di kafe dua hotel berbeza kira-kira pukul 3.39 petang, 17 Disember tahun lepas dan 12.30 tengah hari pada 19 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, bagi setiap kesalahan.

Irwan menjatuhkan hukuman 15 bulan penjara dan denda RM10,000 terhadap tertuduh bagi setiap kesalahan itu dan mengarahkan hukuman berjalan berasingan bermula hari ini.

Terdahulu, Abdul Malek dalam rayuannya menerusi peguam, Syed Azimal Syed Abu Bakar, Mohamad Saifuldin Ab Rahman dan Mohd Rosalman Fithri Salim memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman minima dengan alasan ia adalah kesalahan pertamatertuduh selain memiliki rekod perkhidmatan baik.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmood membantah rayuan berkenaan dan mahu tertuduh dijatuhkan hukuman setimpal memandangkan rasuah adalah kesalahan serius malah tertuduh juga adalah penjawat awam.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara dan mengarahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu dalam kes lain di mahkamah yang sama, seorang bekas Eksekutif Kewangan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dijatuhi hukuman penjara berjumlah tiga tahun dan 11 sebatan selepas didapati bersalah atas 11 tuduhan pecah amanah antara Disember 2007 hingga Mac 2008.

Mohamad Yusnizam Mohamad, 30, dari Kampung Padang di sini dituduh melakukan kesalahan itu membabitkan 11 cek dengan jumlah keseluruhannya kira-kira RM260,700 di pejabat koperasi itu di Sri Kuantan Square, Jalan TelukSisek, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Irwan bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara dan mengarahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Hidayatul Syuhada Shamsudin manakala tertuduh diwakili peguam Muhd Hisham Abdul Rahim dan Zaharman Zainal Abidin. - BERNAMA

Ulasan GB

Bukankah kes di atas BUKTI NYATA bahawa kes rasuah masih berleluasa di kalangan anggota polis dan kempen Anti-Rasuah PDRM satu ketika dulu hanya sandiwara untuk menutup pekung?

Ya, satu baru yang dapat ditangkap dan didakwa. Mungkin yang menerima / meminta rasuah lebih ramai daripada itu. Kelmarin seorang ahli perniagaan mendakwa sekumpulan 11 anggota polis yang seperti binatang telah membelasah dan mencederakannya.

Jenayah berleluasa, sebabnya polis dihinggapi penyakit besar - jenayah rasuah.

Ini amat menghampakan dan mengecewakan rakyat. Habis wang rakyat membayar gaji mereka. Tak cukup-cukup dengan kenaikan gaji yang dah berkali-kali.

Itu pun Najib naikkan lagi gaji polis. Sebab? Jawab sendiri.

Chia Kenalpasti 4 Polis Yang Belasahnya Dalam Kawad Cam

Posted: 25 Dec 2010 09:57 PM PST

Ahi Perniagaan Yang Dibelasah Polis Mengecam Empat Anggota Yang Membelasahnya

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, yang mendakwa dibelasah oleh 11 anggota polis telah dapat mengenalpasti empat dari mereka yang menyerangnya id dalam satu kawad cam.

Chia Buang Hing, 34, yang ditemani peguamnya, tiba di ibu pejabat Petaling Jaya kira-kira jam 11 pagi semalam untuk proses pengecaman anggota polis yang terlibat.

Chia kemudian dapat mengingat empat daripada mereka daripada 30 anggota yang berbaris.

Beliau juga mengenalpasti seorang lagi anggota polis yang menurutnya, hadir waktu kejadian tetapi hanya memerhatikan saja.

Chia sekalipun rasa cemas, beliau perlu berdepan dengan tugas untuk mencari mereka yang menyerangnya.

"Saya amat cemas sehingga termuntah pagi ini sebelum sampai ke sini," katanya.

Kenyataan Chia also juga telah diambil di ibu pejabat polis berkenaan.

Kira-kira jam 11 malam 18 Disember lalu, Chia telah mendakwa ditahan di satu sekatan jalan raya kerana memandu kenderaan tidak mempunya cukai jalan yang sah. Beliau waktu itu sedang memandu dari rumahnya di Tropicana ke Kota Damansara.

Dia dipukul dan menyatakan wang sebanyak RM13,000 miliknya telah diambil oleh kesemua anggota polis terbabit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mohd Adnan Abdullah dipetik berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.

"Tiada siapa mengatasi undang-undang. Jika ada bukti, mereka yang bertanggungjawab akan diheret ke mahkamah," katanya.

Beliau juga mendakwa pihak polis telah mengarahya membuat satu laporan palsu menyatakan beliau tercedera kerana terbabit di dalam kemalangan jalanraya dan jika dia enggan, polis akan mereka dakwaan yang kononnya parang berdarah atau dadah ditemui di dalam keretanya.

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini di SINI. Petikan:


Sikap sesetengah anggota polis yang bertindak seperti "binatang" dengan membelasah rakyat sesuka hati amat perlu dikenakan tindakan disiplin kerana ia mencemarkan imej polis.

Rakyat membenci polis bukan kerana dihasut sesiapa, tetapi adalah lantaran perlakuan sesetangah polis sendiri yang menyebabkan mereka dibenci.

Polis yang sepatutnya mempastikan undang-undang dilaksanakan tiba-tiba meletakkan undang-undang di tangan mereka dan polis yang sedemikian amat wajar diheret ke muka pengadilan, tak kira sebesar mana pun pangkat mereka.

Tetapi apakah mereka dengar ini atau mereka sejenis spesis yang lansung tidak akan indahkan suara rakyat ini?


Rumah Tumpangan 37 Unit Di Batu Feringgi Musnah Dalam Kebakaran

Posted: 25 Dec 2010 08:30 PM PST

Rumah Tumpangan 37 Unit Di Batu Feringgi Musnah

GEORGE TOWN: Sebuah rumah tumpangan 37 unit dan dua rumah kediaman di Kampung Belacan, Batu Feringghi di sini, musnah dalam satu kebakaran pada kira-kira 11.40 pagi Sabtu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) Negeri Mohd Razam Taja Rahim berkata, enam jentera dengan kekuatan 35 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

"Ketika bomba sampai, api sedang marak dan struktur rumah yang berdekatan serta diperbuat daripada kayu, menyebabkan api mudah merebak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadamkan api, dan sejam untuk mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian, kebanyakan pelancong yang menginap di rumah tumpangan itu berada di Pantai Batu Feringghi dan keluar bersiar-siar," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Razam berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, pemilik rumah tumpangan Bayu Senja Maznil Pakir berkata kebakaran tersebut berlaku dengan sangat pantas menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan apa-apa, termasuk barangan milik pelancong yang menginap di situ.

"Saya terkejut dan trauma dengan kejadian ini kerana hilang segala-gala yang saya bina sejak 10 tahun lepas dalam tempoh yang singkat," katanya yang mendakwa kerugian lebih RM500,000.

Sementara itu, ejen pelancongan G.Shanta berkata beliau kehilangan sejumlah pasport milik pelanggannya yang turut musnah dalam kebakaran tersebut.

"Saya panik sebaik saja ternampak api dari rumah tumpangan yang kami sewa itu, kerana semua pasport perjalanan milik pelancong yang saya bawa, berada dalam bilik saya.

"Selain itu, semua barangan peribadi saya juga musnah dalam kebakaran itu," katanya yang sangat sedih dengan kejadian itu.

Kebakaran itu turut menyebabkan kesesakan teruk sepanjang kira-kira 10 kilometer di laluan berkenaan.-BERNAMA

Loji Petronas Kemaman Pula Terbakar

Posted: 25 Dec 2010 08:05 PM PST

Loji minyak Petronas terbakar

Gambar: ASAP masih kelihatan pada sebahagian loji penapis minyak Petronas yang terbakar di Kerteh, Kemaman malam kelmarin

Kemaman – Sebatang paip bocor mencetuskan kebakaran kecil di kawasan loji penapisan minyak milik syarikat Petronas Penapisan Terengganu Sdn. Bhd. (PPTSB) yang terletak di Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman di sini malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengurusan loji tersebut pada pukul 11.54 malam.

Menurutnya, seramai 30 anggota bomba bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Kerteh, Balai Paka dan Balai Kompleks Petronas Kerteh dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Tambah beliau, sepasukan 30 pekerja dari syarikat loji penapisan minyak dikenali sebagai Emergency Response Team (ERT) turut membantu usaha memadamkan kebakaran itu.

"Kami berjaya memadamkan api kira-kira setengah jam kemudian dan menunggu sehingga pukul 3 pagi untuk menjalankan pemeriksaan rapi bagi memastikan api telah padam sepenuhnya," kata di sini semalam. -kosmo

Ulasan GB

Sebab terbakar? GB kata: selagi tak bayar royalti, pesta kebakaran akan terus berlaku di dalam Petronas. Jangan salah faham, GB tidak doakan kebakaran atau apa jua bencana berlaku, tetapi membaca dari apa yang Allah TELAH turunkan, memahaminya dan kemudian melihat sebab-musababnya.

Ulasan GB sebelum ini di SINI.

Keluarga Taib Mahmud Bersembunyi Di London

Posted: 25 Dec 2010 06:35 PM PST

TTempat Persembunyian Keluarga Taib Di London

Bangunan Hampshire House menempatkan flat-flat paling mewah yang mempunyai ruang dalam yang luas yang bersebelahan dengan Hyde Park yang terkenal di dunia. Ianya juga terletak tidak jauh dari Marble Arch dan Oxford Street. Ianya merupakan tempat penginapan peribadi milik keluarga Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud.

Apartmen tingkat bawah yang kerap didiaman oleh keluarga Taib dianggarkan bernilai £8.5 million (RM 43 juta) dengan ruang kediaman seluas 4,000 kaki persegi. Semua ahli keluarga Taib dikatakan kerap mendiami apartmen ini dan berkemungkinan mereka memiliki atau mempunyai akses kepada lebih dari sebuah apartmen, memandangkan ramai mereka dapat menginap di situ pada satu-satu masa.


Singgah di London sebentar dalam perjalanannya ke Mekah

Kami dapat mendedahkan sesuatu yang tidak dilaporkan dalam mana-mana akhbar tempatan di Sarawak pada hari Selasa, semasa Taib bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Haji. Dalam penerbangannya ke Tanah Suci Mekah, beliau didapati melencong ke London terlebih dahulu dan menginap di apartmen mewahnya di Hampshire House.

Sarawak Report mendapati salah satu alasan beliau melencong ke London adalah untuk bertemu dan berkumpul dengan ahli-ahli keluarga sebelum ke Mekah. Kami juga mendapati bahawa sehari sebelum ketibaan beliau, para pekerja di Hampshire House telah melakukan persiapan, dan maklumat yang kami terima, keluarganya telah merancangan untuk mengadakan pertemuan bagi memulihkan ketegangan di kalangan ahli-ahli keluarganya selama ini. Adalah dipercayai juga bahawa pertemuan ini akan mengeratkan persahabatan mereka yang mungkin diketahui oleh para pengundi mereka yang telah mulai bosan dengan mereka, menjelang pilihanraya nanti.

Saudara beliau, Onn Mahmud, yang pernah bertindak sebagai penyelaras perniagaannya, tetapi kemudiannya telah menjauhkan diri dari beliau, telah juga dijemput untuk menghadiri pertemuan keluarga itu. Sejak menjauhkan diri dari ahli keluarga yang lain, Onn kurang menghubungi mereka. Rancangan mengatur pertemuan ini adalah diharapkan supaya setiap ahli keluarga saling maaf-memaafi sebelum mengerjakan Haji ke Mekah. Mereka juga ingin menunjukkan tauladan yang baik kepada para pengundi mereka di Sarawak.

Dilihat di London – Sulaiman Taib

Kami juga mengandaikan Ketua Menteri itu melencong ke Hyde Park kerana beliau dipercayai ingin menemui anaknya. Sehari sebelum ketibaan Ketua Menteri itu di Hyde Park, jurugambar Sarawak Report telah Berjaya merakamkan anaknya yang telah lama menghilangkan diri, iaitu Sulaiman Rahman Taib. Sulaiman tiba di tempat tersebut dengan kereta Mercedes berwarna hitam. Dia kelihatan bergegas masuk ke apartmen itu, yang kami percaya adalah tempat persembunyiannya selama ini.

Sulaiman Taib telah gagal memperlihatkan dirinya di khalayak umum di Malaysia sepanjang tahun lepas, walaupun dia masih seorang ahli Parlimen, di mana 'kehilangannya' telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi. Walau pun umum tertanya-tanya akan kehilangannya, tetapi keluarganya tetap mendiamkan diri dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Dia telah lama tidak menjejakkan kaki ke Parlimen Malaysia atau mengunjungi para pengundinya di kawasan pilihanrayanya, di mana dia boleh dikira sebagai menyalahi tugas dan tanggunjawabnya sebagai penjawat awam yang dibayar gaji yang lumayan menggunkan wang pembayar cukai. Kehilangannya yang dianggap luar biasa itu telah mencetuskan khabar-khabar angin di kalangan umum yang menganggapnya telah meninggal dunia, atau menjalani rawatan penyakit ganjil.

Sarawak Report berasa begitu yakin kerana dapat melakukan khidmat awam dengan mengesahkan bahawa anak Ketua Menteri itu masih hidup, kelihatan sihat dan diandaikan masih mengeluarkan wang gaji menterinya di London. Sebenarnya 'Rahman' dapat ditemui beberapa kali di dalam atau di sekitar London sejak beberapa bulan yang lalu, dan terdapat spekulasi yang mengatakan dia mendapatkan khidmat perubatan yang baik di London, yang tidak terdapat di Sarawak atau Malaysia.

Pekerja Taib menyerang jurugambar kami

Walau pun pada kedudukan sosial yang tinggi dan terkenal, tetapi Taib sekeluarga tetap tidak suka pada cara kami menyiarkan berita mengenai pergerakan mereka, atau mendedahkan harta-harta yang mereka miliki. Rahman Taib yang ternampak jurugambar wanita kami, dan kemudiannya menjelaskan sesuatu kepada para pekerjanya, yang kemudian keluar dari bangunan apartmen tersebut untuk mendekati jurugambar kami itu.

Tidak lama kemudian pemandu keretanya mengasari jurugambar tersebut ketika dia sedang mengambil gambar-gambar penumpang-penumpang wanita yang keluar dari bangunan itu dan masuk ke dalam keretanya. Pemandu Taib telah menangkap leher jurugambar tersebut dan memaksanya memadamkan kesemua gambar dalam kameranya itu sehingga dia diselamatkan oleh seorang yang sedang lalu di tempat itu. Perkara tersebut kini sedang disiasat oleh pihak polis London sebagai kes mendatangkan kecederaan yang disengajakan. Kes seperti ini, walaupun selalunya disembunyikan dari pengetahuan umum di Sarawak, tetap dilarang di UK.

Pada lewat petang hari Selasa, jurugambar berkenaan percaya dia ternampak Ketua Menteri itu bergegas-gegas masuk ke dalam bangunan itu, tidak lama setelah penerbangannya dengan Singapore Airlines mendarat di lapangan terbang Heathrow. Sarawak Report ingin ingin mempelawa sesiapa dari kalangan pembacanya yang memiliki gambar-gambar Ketua Menteri yang lebih jelas semasa beliau masuk atau keluar dari bangunan Hampshire House, 12 Hyde Park Place, dihantarkan kepada kami, dan kami akan berasa bangga untuk memaparkannya untuk tatapan umum.

Siapakah pemilik flat bernilai berjuta-juta pound itu?

Sarawak Report ingin mengetahui dengan lebih terperinci lagi siapakah sebenarnya pemilik flat di tingkat bawah yang kerap didiami oleh keluarga Taib, dan juga merupakan kediaman Sulaiman. Menurut dokumen-dokumen yang terdapat di pejabat Pendaftar Tanah London, harta tersebut dimiliki oleh Sultan Abdul Halim Mu Adzam, salah seorang rakan kongsi Taib dari Malaysia yang pernah menganugerahkan Onn Mahmud dengan gelaran "Datuk".

Hubungan erat kedua-dua keluarga ini, dan siapakah di antara mereka yang memiliki salah sebuah harta yang terkenal di London itu menimbulkan syak wasangka di kalangan umum. Dengan gaji rasminya sebagai Ketua Menteri selama 30 tahun, tidak mungkin Taib mampu memiliki kediaman semewah itu, dan kediaman itu pula hanya sebahagian dari harta-harta yang lainnya. Taib pernah dirakamkan menyebut, "Saya memiliki wang lebih dari yang dapat saya belanjakan".

Ketua Menteri itu juga diketahui kerap menyembunyikan pemilikannya ke atas syarikat-syarikatnya dan juga harta-hartanya dengan meletakkan nama orang lain yang telah bersetuju secara peribadi menyerahkan balik apabila diminta olehnya. Sarawak Report dapat membuktikan beberapa kes di mana beliau meletakkan orang lain sebagai penama untuk memegang saham-sahamnya secara rahsia. Kekeliruan hakmilik rumah-rumah mewah yang diserahkan kepada keluarga Taib oleh Samling di US merupakan salah satu contoh taktik yang telah didedahkan oleh Sarawak Report.

Justeru itu, adakah kediamannya di Hampshire House sebenarnya dimilikinya, tetapi buat sementara waktu didaftarkan menggunakan nama rakannya yang seorang sultan? Jika tidak, dan jika betullah sultan itu yang memiliki kediaman tersebut, kenapakah baginda membenarkan keluarga Taib mendiami rumah tersebut seolah-olah mereka yang memilikinya? Kenyataan dari Ketua Menteri sendiri mengenai perkara ini, dan juga perkara-perkara lain yang melibatkan pemilikan harta yang begitu banyak seperti mana yang telah kami dedahkan selama ini, amatlah kami alu-alukan. -sarawakreport

[Bergambar] Lagi Gambar Sekitar Kahwin Perdana Anjuran Kerajaan Kelantan

Posted: 25 Dec 2010 04:23 PM PST

Menghulurkan bunga untuk isteri tersayang




Kata Tuan Guru, "Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak RM100, alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya, saya letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya, janganlah letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan menjadi sukar..."



YAB Tuan Guru sedang menyampaikan khutbah nikah





Wang tunai sebanyak RM500 daripada pihak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan pemberian wang dinar (RM700) dan wang tunai RM500 untuk setiap pasangan.

YAB Tuan Guru sedang menikahkan pasangan pertama









Salah satu pasangan Orang Asal. Sebanyak 18 pasangan Orang Asal telah dinikahkan di dalam majlis ini. Alhamdulillah.



Majlis Jamuan selepas majlis akad nikah







SUMBER GAMBAR dari FB TGNA. Caption gambar oleh Malaysiaberih


GAMBAR SEBELUM INI

[Bergambar] Kahwin Perdana: 100 Pasangan Diijabkabulkan

[Bergambar] Bertudung Tapi Bogel

Posted: 25 Dec 2010 03:45 PM PST

Bertudung Tapi Betis Didedah


Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.

Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak 'rapus'. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.

Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur'an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya." (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.














Bagaimana Mengesan Kualiti Handfon Melalui Kod IMEI

Posted: 25 Dec 2010 06:45 AM PST

Membaca Rahsia IMEI handphone

Memasuki era perdagangan bebas kita haruslah berhati-hati dalam membeli sesuatu, terutama barang-barang elektronik, hp khususnya karena sekarang banyak sekali penipuan atau bermunculannya hp-hp black market ataupun mungkin juga hp rekondisi, oleh karena itu diperlukan tips untuk mengetahui apakah hp sebuah hp itu benar-benar asli, dibuat dinegara mana dan tentu saja paling penting adalah kualiinya.

Berikut ini sedikit tips untuk mengetahui dinegara mana sebuah hp dibuat serta kualitinya (hanya hp GSM bukan CDMA) :

Langkah pertama : cari no imei hp dgn ketik *#06# Setelah kamu mengetikan code tersebut maka akan muncul 15 angka no siri contoh : 434566106789435.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 02 atau 20 itu berarti hp tersebut dibuat di Asia dengan kualiti yang buruk.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 08 atau 80 itu berart hp tersebut dibuat Jerman dengan kualiti bagus.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 01 atau 10 itu berarti hp tersebut dibuat di Finland dengan kualiti bagus.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 00 itu berarti hp tersebut dibuat di Perancis dengan kualiti paling baik. Dan apabila tidak ada dari salah satu diatas, berarti hp anda tidak tulen dan tidak jelas.

Demikian sedikit tip, semoga dapat membantu agar tidak tertipu.

Anak Kecil Ditemui, Dalam Jagaan Jabatan kebajikan

Posted: 25 Dec 2010 06:00 AM PST

JKM cari ibu, waris kanak-kanak

PULAU PINANG 23 April - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak, Muhammad Syafiq Muhammad Ridzuan, yang ditemui di dalam sebuah kotak.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM, Rossilawati Aminudin berkata, Muhammad Syafiq (gambar) yang beralamat terakhir di Blok 25-8-7, Flat Batu Lanchang, 11600 Jelutong di sini kini berada di bawah jagaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut sejak 1 Februari lalu.

"Diminta ibu kandung atau waris atau sesiapa sahaja yang mengenali kanak-kanak ini tampil untuk memberi maklumat," katanya dalam kenyataan di sini.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Rossilawati atau Mat Zamree Abdul Aziz di talian 04-2264531 atau 04-2277413.

[Bergambar] Kahwin Perdana: 100 Pasangan Diijabkabulkan

Posted: 25 Dec 2010 05:40 AM PST

Ribuan saksikan Kahwin Perdana 100 pasangan

PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Melalui Perkahwinan secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.

Beliau juga berkata ia bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini.

"Dengan terbinanya ikatan perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari dengan tanggungjawab masing-masing"ujar beliau.

Sementara itu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh dikhianati oleh pasangan yang berkahwin.

"Saya amat gembira bila melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dna diharapkan kedua-dua pihak dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada Allah"kata beliau.

Nik Abdul Aziz juga berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudan matang untuk mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila mempunyai suami maupun isteri.

Majlis diserikan lagi dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan


Kahwin Perdana 2010

Kerajaan Negeri Kelantan sekali lagi menerajui perubahan apabila mengorak langkah menganjurkan program 'Kahwin Perdana 2010' bertempat di PUTIK, Kota Bharu hari ini. Kerajaan Kelantan mengorak langkah tampil membawa salah satu jalan penyelesaian ketika masyarakat khususnya muda mudi pada hari ini banyak terjebak dengan maksiat,pergaulan bebas dan penzinaan. Langkah ini patut dipuji dan seharusnya dijadikan contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain dan Kerajaan 1 Malaysia sendiri.

Semua kos perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Kelantan berupa mas kahwin 1 Dinar Kelantan + RM500 + sebuah al-Quran. Seramai 101 pasangan bertuah menyertai program ini. Langkah ini memberi peluang kepada pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, sekali gus menyedarkan rakyat bahawa adat dan budaya masyarakat Melayu dalam proses perkahwinan kadang-kadang menyusahkan proses perkahwinan itu sendiri. Maka ramailah yang mengambil jalan pintas semata-mata untuk menempiaskan nafsu serakah di hotel-hotel murah,di dalam semak, hatta dalam tandas awam sekalipun. Anak-anak luar nikah yang lahir hasil dari serakah mereka ini juga dibuang, ditinggalkan bahkan dilempar kerana mereka hanya berlandaskan nafsu semata-mata.

Islam tidak pernah sesekali menghalang fitrah manusia dan menyediakan jalan keluar yang terbaik, fitrah manusia itu saling menyukai antara lelaki dan perempuan, fitrah manusia itu sukakan syahwat. Islam menyediakan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian berbeza dengan sesetengah agama ciptaan manusia yang menghalang alim ulamak mereka dari berkahwin. Katanya kahwin itu kotor, tidak menyucikan diri dan sebagainya. Hasil dari itu, kita sering terdengar bahawa ada kes-kes alim ulamak mereka ini berzina secara sorok-sorok. Sememangnya syahwat itu adalah fitrah manusia, kenapa menghalang? Secara automatik, ternafilah agama ciptaan manusia ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam Kelantan di atas penganjuran 'Kahwin Perdana 2010' ini. Mudah-mudahan program ini dijadikan program tahunan kerajaan negeri dalam proses melahirkan Ijtima' Muslim, seterusnya Negeri Islam yang diredhai dan diberkati. "Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghofur". -jottumah













Ketegangan Hubungan Malaysia-Indonesia Lambang Kegagalan Najib

Posted: 25 Dec 2010 02:55 AM PST

Kajian: 60 peratus rakyat Indonesia kata tak suka Malaysia

JAKARTA, 25 Dis — Ketika Malaysia dan Indonesia bersiap sedia untuk bertarung pada pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Kuala Lumpur esok, satu hasil kajian menunjukkan hampir 60 peratus rakyat republik itu tidak suka pada Malaysia disebabkan perkembangan semasa.

Hasil kajian yang menemui 1,000 rakyat Indonesia pada September dan Oktober lalu menyebut 59.2 peratus tidak menyukai Malaysia. Kajian itu dikendalikan ketika situasi tegang ekoran siri demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia tiga bulan lalu.

Ketika itu juga wujud cadangan agar Putrajaya memanggil balik duta Malaysia di Indonesia sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.

Ketika itu isu "Ganyang Malaysia" dibawa oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut. Kajian kendalian firma Indonesian Survey Circle (LSI) itu dikeluarkan kelmarin, tiga hari sebelum pasukan kedua-dua negara turun gelanggang pusingan pertama Piala Suzuki AFF.

Malaysia dan Indonesia bertemu di Bukit Jalil malam esok sebelum pertemuan susulan Rabu depan di sini.

Laporan Jakarta Globe menyebut, hasil kajian itu mendapati 59.2 peratus responden dari 100 kawasan di seluruh Indonesia tidak menyukai Malaysia — kadar yang lebih tinggi berbanding dengan sentimen negatif dan tidak senang 46.4 peratus terhadap Amerika Syarikat.

Ia juga mendapati 67.5 peratus responden percaya bahawa hubungan bilateral antara Indonesia dan Malaysia sangat buruk, sekali gus menyumbang kepada sentimen negatif.

Terdapat sekitar 1.1 juta pekerja asing Indonesia di negara sekarang.

Penyelaras kajian itu, Ardian Sopa berkata, sentimen itu berkaitan dengan layanan buruk ke atas pekerja-pekerja asing Indonesia di Malaysia, isu sempadan dan isu warisan budaya seperti batik dan lagu yang dituntut oleh Malaysia.

Beliau juga mengaitkan dengan isu penahanan tiga pegawai maritim Indoneia oleh pihak berkuasa Malaysia di sebalik penahanan nelayan-nelayan Malaysia oleh republik itu beberapa bulan yang lalu.

Ardian juga berkata, kira-kira 60 peratus responden juga kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu-isu hubungan dua hala dan 50 peratus responden percaya kerajaan mereka tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.

Katanya, sentimen kurang senang itu banyak diperlihatkan oleh responden golongan muda dan mereka memperoleh pendapatan yang agak selesa manakala generasi berusia dan memiliki wang yang sedikit kelihatan kurang bermasalah dengan negara jiran Malaysia.

Penemuan signifikan, menurut beliau ialah 63 peratus responden menyatakan kesediaan untuk berperang dengan Malaysia bagi mempertahankan Indonesia. -TMI


Indonesia larang temubual pemain

SKUAD Indonesia tiba di tanah air tengahari semalam tetapi amat mengecewakan apabila pengurusan pasukan itu yang melarang pemain daripada ditemubual pemberita yang membuat liputan pertama sesi latihan mereka di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.

Larangan itu jelas mengecewakan puluhan wartawan termasuk wartawan republik itu yang menunggu setia dalam hujan lebat sejak jam 5 petang hingga tamat sesi latihan kira-kira jam 7 petang.

Cristian Gonzales dan Bambang Pamungkas yang menjadi tumpuan wartawan hanya sekadar melemparkan senyuman dan memberitahu tidak boleh ditemubual ketika disapa wartawan.

Sementara itu, jurulatih Alfred Riedl yang ditemui selepas sesi latihan itu berkata, pasukannya akan tetap menjalani latihan hari ini walaupun ada di kalangan pemainnya menyambut perayaan Krismas. -BH


Ulasan GB

Ketegangan Malaysia-Indonesia adalah hasil kelembapan kerajaan Malaysia sendiri di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Mohd Najib yang tidak mengambil berat serta tidak mengindahkan kepentingan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Diperburukkan dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sendiri yang bersikap "denials syndrome" apabila berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.

Kita cabar Anifah untuk berdiri sendiri di tengah masyarakat Indonesia, tanpa sebarang protokol sebagai menteri. Biar dia dengar dan rasa sendiri apa yang dilakukan oleh masyarakat Indon jika apa yang didakwakan itu benar.

Pendedahan Wikileaks baru-baru ini yang menyatakan seorang amah Indonesia dirogol oleh menteri kabinet kerajaan UMNO BN di era Pak Lah sebagai PM turut memburukkan suasana. Apa tah lagi kes itu disorokkan dan menteri itu tidak diambil apa-apa tindakan. Laporan tersebut di SINI.

Tiada ulasan: