Selasa, 21 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Apa yang Najib merepek nih?

Posted: 20 Dec 2010 08:23 PM PST



Laporan Utusan Malaysia hari ini menunjukkan PM bercakap melalut. PM mengeluarkan kenyataan pelik dan sukar difaham. Tak paham pun apa yang dia cakap. Tolong siapa-siapa pahamkan kat ReJaM© apa maksud kata-kata PM Najib ni? Apa yang dia nak sampaikan nih?

"Negara lain tidak ada satu itu dan satu ini tetapi tidak ada negara lain yang ada 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,"



ReJaM© "Pening kepala aku, nak paham kata-kata Najib ni, nyanyuk ke?"

Pengebom berani mati Taiwan rempuh pelajar sekolah

Posted: 20 Dec 2010 11:55 AM PST


Portal Chinapost melaporkan berita seorang lelaki memandu sebuah kereta sarat dengan 4 tong gas yang telah melanggar 4 orang murid sebelum kereta tersebut dikatakan terbakar.

Namun pemandu kereta berkenaan dikatakan bernasib baik kerana kereta dan tong-tong gas tersebut tidak meletup semasa kemalangan, yang mungkin boleh mengakibatkan tragedi yang lebih buruk, lebih-lebih lagi apabila dipercayai 2 orang murid tersekat di bawah kereta tersebut.

Chinapost menyifatkan ia sebagai kejadian yang luar biasa apabila pengawal keselamatan Sekolah Elementary Puchien, guru-guru dan ibu bapa bertindak cepat memadamkan kebakaran. semua individu yang tercedera termasuk pemandu tidak terkorban.

"Ia sangat dahsyat dan menakutkan," seorang penjaga murid yang menyaksikan kejadian tersebut memberitahu media tempatan. "Syukurlah kereta itu tidak meletup, jika tidak jumlah kematian tidak dapat dibayangkan."

Pemandu yang terbakar teruk ke wad kecemasan, di mana beliau dilaporkan di dalam keadaan yang kritikal. Pemandu yang hanya dikenali sebagai Wu, didakwa melakukan cubaan membunuh diri semalam pada pukul 7:40 a.m, saat kemuncak murid-murid tiba, dan ramai kakitangan fakulti dan staff di kawasan tersebut membimbing murid-murid untuk melintasi jalan untuk ke sekolah.

Menurut pengetua Sekolah Puchien Elementary Wu Yu-Mei, sebuah kereta kecil, berwarna putih diletakkan di seberang jalan berhadapan dengan pintu pagar sekolah tersebut. Secara tiba-tiba melencong ke kiri dan dikatakan menuju ke dalam kampus
meluru ke arah himpunan pelajar, dan melanggar 2 orang berturut-turut sebelum menyebabkan 2 lagi terperangkap di bawah kereta sehinggalah ia berhenti.

Guru-guru yang sedang bertugas meniupkan wisel sebagai tanda amaran, kata seoran pengawal keselamatan Liu. Mereka meluru ke arah kereta serta memecahkan tingkapnya, menjerit kepada pemandu bahawa terdapat dua orang kanak-kanak terperangkap di bawah kereta. Pada waktu ini, api sudah mulai marak di dalam kereta. Orang ramai yang takut mula mengundur akibat terkena bahang dan asap, kata Liu.

Guru-guru bertindak pantas mengambil pemadam api dan terus menghalakan serbuk pemadam api ke arah api yang sedang marak. Orang ramai bersama-sama mengangkat kereta tersebut untuk menyelamatkan pelajar yang terperangkap di bawahnya.

Para pelajar telah dibawa ke Banciao branch of Taipei County Hospital sementara Wu telah dibawa ke Far Eastern Memorial Hospital. Doktor yang merawat kecederaan pelajar-pelajar itu berkata, tiada kecederaan yang boleh mengancam nyawa.

Empat tong gas yang dibawa mengandungi kira-kira 20 liter gas, dengan satu daripadanya diletakkan pada ruangan tempat duduk penumpang hadapan, dua di belakang dan satu lagi di tengah. Sebuah tong gas di bahagian hadapan dikatakan separuh penuh. Polis menjangkakan bahawa Wu telah terlebih dahulu menyimbah dirinya sendiri untuk mengorbankan diri.

Pihak penyiasat telah mengesan tempat tinggal Wu di Bandar Nantou dan bertanya kepada jiran-jirannya yang dikatakan terkejut mendengar berita tersebut.

"Dia sentiasa bersopan santun dan suka menyapa," menurut seorang jiran, namun mengakui bahawa mereka jarang berinteraksi antara satu sama lain, serta tidak mengetahui perihal Wu kecuali pangkal namanya. Mereka sekadar mengetahui Wu berpindah di kawasan tersebut, kira-kira 2 tahun yang lalu. Jiran-jiran telah mengesahkan bahawa kereta putih tersebut milik Wu.

Sumber: Free Malays




ReJaM© "Taiwan pun dah ada pengebom berani mati?"

Kemalangan bas di Simpang Pulai Cameron Highland

Posted: 20 Dec 2010 09:40 AM PST


IPOH 20 Dis. – Sebanyak 28 mayat mangsa nahas bas pelancong yang terbalik ketika menuruni Cameron Highlands di Simpang Pulai di sini dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini petang ini.

Bagaimanapun, pihak hospital hanya mengesahkan 27 daripada mayat itu iaitu 10 lelaki, 14 perempuan, manakala tiga lagi mayat belum dikenal pasti.

Tiga rakyat Malaysia turut terbunuh dalam nahas bas pelancong yang terbabas di Simpang Pulai hari ini.

Ini bermakna jumlah korban dalam tragedi bas tersebut meningkat kepada 28 orang.

Ketiga-tiga mereka adalah pemandu bas tersebut, Omar Shahidan, 48, serta pemandu kedua dan pemandu pelancong yang belum dikenal pasti identiti masing-masing.

Bas tersebut yang bernombor pendaftaran AFX 2266 membawa 34 penumpang warga Thailand ketika kejadian dan dipercayai dalam perjalanan dari Cameron Highlands




ReJaM©

Lelaki Israel arah wanita seludup esctasy dalam perut

Posted: 20 Dec 2010 09:17 AM PST


Seorang wanita Thailand telah ditahan di Bali atas kesalahan menyeludup dadah apabila dia didapati menyeludup hampir 1,300 bungkusan plastik mengandungi pil ecstasy di dalam perutnya, menurut portal Daily Mail.

Shopawat Ueamduean, 24, telah diserahkan kepada sebuah badan pemeriksaan di lapangan terbang Ngurah Rai, apabila pihak keselamatan mendapati seorang wanita yang kelihatan gementar melalui ruang pemeriksaan.

Apabila para pegawai mendapati perutnya keras, wanita itu telah dihantar ke sebuah hospital tempatan yang berhampiran untuk pemeriksaan membawa kepada penemuan 1, 280 biji pil ecstasy di dalam perutnya.

"Pil-pil tersebut di dalam sejumlah bungkusan plastik yang telah ditelan oleh wanita itu sebanyak kira-kira 90 kali" menurut satu kenyataan rasmi kastam Indonesia.

Denga berat 402 gram, ia dianggarkan bernilai kira-kira 448 million rupiah (50,000 dollars, £33,000).

Wanita tersebut yang mendakwa dirinya seorang penari di Bangkok, memberitahu pihak penyiasat bahawa seorang lelaki Israel telah menawarkan wang sebanyak $656 (£424) untuk menyeludup pil berkenaan ke Bali.

Dia kini berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup, ataupun kebarangkalian hukuman mati melalui skuad menembak jika terbukti bersalah di bawah undang-undang anti-dadah yang ketat di Indonesia.


Sumber: Free Malays


ReJaM©

Tiada ulasan: