Ahad, 19 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Gambar pernikahan Taib Mahmud dan isteri Lubnannya

Posted: 18 Dec 2010 09:22 PM PST



Satu kiriman email diterima daripada salah seorang pembaca MiLo SuaM memberikan gambar pernikahan Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dengan isteri barunya yang dipercayai merupakan perempuan Lubnan. Pengirim email ini mendakwa bahawa pihak Ketua Menteri tidak membenarkan gambar wanita arab tersebut untuk diambil gambar. Namun ada pihak yang berjaya merakam video pernikahan tersebut.

Gambar ini dikatakan adalah hasil dari screenshot video tersebut. Sila klik untuk membesarkan image.




ReJaM©"Selamat pengantin baru diucapkan kepada Tan Sri!"

Paderi ditahan suspek penderaan seksual kanak-kanak

Posted: 18 Dec 2010 02:56 PM PST

Seorang paderi gereja Catholic meletak jawatan dari tugasnya apabila dia diberkas kerana disyaki melakukan penderaan seksual ke atas seorang kanak-kanak.

Ketua paderi Southwark, Peter Smith, yang mewakili gereja untuk sidang media yang diadakan minggu lalu, telah memberitahu para jemaah bahawa "dengan penuh kesedihan" beliau terpaksa mengumumkan bahawa "satu pertuduhan telah dibuat terhadap Monsignor Smith melibatkan seorang kanak-kanak".

Seorang jurucakap Polis telah mengesahkan bahawa seorang paderi tua berusia 63 tahun telah ditahan sebagai suspek terhadap kes penderaan seksual dan kini sedang diikat jamin.

Sumber: freemalays.blogspot.com



ReJaM©

Imam masjid dibaham buaya

Posted: 18 Dec 2010 12:34 PM PST


SAMARAHAN 18 Dis - "Itu kaki bapa saya, minta tolong pulangkan," luah Musa Sidi, 40, selepas melihat rahang seekor buaya berukuran panjang kira-kira 5 meter dan lebar 1.5 meter membawa kaki bapanya dalam satu kejadian yang berlaku di Sungai Batang Samarahan di Kampung Reban dekat Serian pagi ini.

Mangsa, Sidi Samad, 66, yang juga imam ketiga Masjid Darul Ihsan kampung berkenaan maut dibaham buaya kira-kira pukul 6.30 pagi ketika sedang menjala udang galah secara bersendirian di sungai berkenaan yang dikenali sebagai habitat reptilia berkenaan.

Musa anak kedua daripada enam beradik itu berkata, dia menerima panggilan daripada salah seorang adiknya mengenai kehilangan bapanya yang tidak pulang-pulang ke rumah pada pukul 10.30 pagi.

Katanya yang baru selesai mengambil bas sekolah yang dipandunya dari bengkel kemudiannya terus bergegas pulang ke rumah dan terus menuju ke lokasi kejadian yang terletak betul-betul di hadapan rumah.

Katanya lagi, pada ketika itu dia bersama dua lagi penduduk melihat seekor buaya sebesar perahu berada kira-kira 30 meter dari tebing sedang timbul dan bergerak mengikuti arus sungai dengan di rahangnya terdapat sesuatu benda yang disahkan kaki bapanya.

''Kali kedua buaya itu timbul di tengah sungai, saya dapati, kedua-dua kaki bapa saya ada di dalam mulut buaya berkenaan.

''Lantas saya memanggil buaya berkenaan dengan harapan haiwan itu akan menyerahkan bapa saya namun buaya itu ia terus hilang dengan mengibas-ngibas ekornya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, penduduk kampung berusaha memburu buaya berkenaan dengan menggunakan perahu. Mereka turut melaungkan azan dan membaca surah Yasin sebagai usaha membantu mengesan Sidi.

Setakat pukul 4 petang ini, usaha mencari imam berkenaan masih diteruskan. Sungai Batang Samarahan juga pernah meragut nyawa kanak-kanak akibat dibaham buaya 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, isteri kepada Sidi, Dayang Salhah Awang Sahrul, 64, memberitahu, suaminya sempat bersarapan pagi dengan hanya meminum kopi bersama tiga yang lain kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum keluar rumah.

Ujarnya yang telah 45 tahun berkahwin, suaminya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu berlaku malah mereka sempat menghadiri majlis kenduri arwah jirannya malam tadi.

''Menyedari suami saya tidak pulang lagi ke rumah, saya bertekad untuk mencarinya bersama anak yang lain namun diberitahu bahawa kakinya ditemui berada di mulut buaya berkenaan," katanya yang redha dengan pemergian suaminya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Supritendan Jamali Umi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber: Free Malays



ReJaM©

Tiada ulasan: