Sabtu, 11 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Jasa UMNO dan Ketuanan Melayu

Posted: 10 Dec 2010 11:34 PM PST


Selama UMNO memperjuangkan orang Melayu di bawah lorong 'Ketuanan Melayu', ramai yang tidak sedar kemajuan besar yang telah dibawa oleh parti tonggak kerajaan ini. Ramai yang sangsi dengan konsep 'ketuanan Melayu' kerana ia tidak selari, atau bercanggah 'contradicted' dengan konsep 'satu Malaysia'. Mana tidaknya, konsep 'satu Malaysia' memperjuangkan perpaduan, namun 'Ketuanan Melayu' lebih kepada bersikap 'rasist' dan hanya memberikan keutamaan kepada Melayu sahaja.

Namun orang Melayu harus sedar bahawa selama ini, kemajuan Melayu sangat-sangat dibantu, dan ditentukan oleh 'ketuanan Melayu' ini. Apa sumbangan UMNO dan 'Ketuanan Melayu' di dalam memperjuangkan nasib Melayu selama 53 tahun di negara ini?

Cuba lihat di bandar-bandar, baik bandar besar atau bandar kecil, di pekan-pekan, baik pekan besar atau kecil. Monopoli pembangunan bandar-bandar dan pekan-pekan ini didominasi oleh orang-orang Melayu! Susah sekali kita nak jumpa Orang dari bangsa lain memiliki premis perniagaan. Carilah mana ada bangunan dan perniagaan milik Cina dan India? Semuanya dimonopoli oleh orang-orang Melayu! Terima Kasih kepada UMNO dan 'Ketuanan Melayu'.

Lihat sahaja bila Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji! Semua kedai-kedai Melayu Islam, di bandar akan bercuti, sehingga bangsa-bangsa lain pening kepala di mana hendak membeli barangan keperluan harian? Lihatlah kuasa ekonomi orang-orang Melayu! Melayu telah memegang kuasa ekonomi negara ini keraja Jasa UMNO dan Ketuanan Melayu! Terima kasih UMNO dan Ketuanan Melayu!

Tiga bangsa majoriti di Malaysia ini adalah Melayu, Cina dan India. Manakala bangsa yang paling ramai antara ketiga-tiga ini (majoriti) adalah bangsa Melayu! Bangsa Melayu terus mendahului bangsa-bangsa lain di dalam menerajui negara baik dari segi ekonomi, politik, bidang profesional dan sebagainya. Wajarlah mengikut logik akal, bangsa yang teramai ini memonopoli semuanya selari dengan perjuangan Ketuanan Melayu! Terima Kasih UMNO dan Ketuanan Melayu!

Banyak lagi kejayaan-kejayaan bangsa Melayu yang boleh dibincangkan hasil konsep ketuanan Melayu bersama parti tonggak negara, UMNO ini. Namun cukuplah beberapa kerat sahaja yang diutarakan bagi menunjukkan betapa ikhlas da berkesannya UMNO 'Ketuanan Melayu' memperjuangkan nasib Melayu. Belum lagi didedahkan betapa kayanya bangsa Melayu dan bagaimana bangsa ini menjadi orang-orang terkaya Malaysia.



ReJaM© "Ketuanan Melayu tidak wajar dipersoalkan kerana ia membawa Melayu ke puncak kejayaan!"

Pelakon Utama Blades, Wesley Snipes dipenjara

Posted: 10 Dec 2010 03:33 PM PST

Pelakon terkenal filem pemburu hantu, Blades Wesley Snipes kini menjalani hukuman penjara selama tiga tahun ke atasnya di penjara federal McKean, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Pelakon berusia 48 tahun yang terkenal dengan wataknya sebagai seorang drakula di dalam filem Blade ini dikatakan bersalah kerana mengelak untuk membayar cukai dalam perbicaraan di Florida pada tahun 2008.

Jurucakap Biro Persekutuan Penjara, Ed Ross, hari Khamis lalu (09/12) mengesahkan bahawa Snipes sudah dimasukkan ke penjara, seraya menambah ''Dia akan melalui proses orientasi dan memulakan hukuman penjaranya''.

Penjara di negara berkenaan di bahagian Pennsylvania bukanlah penjara dengan penjagaan yang ketat malah tidak memiliki pagar di sekelilingnya. Terdapat seramai 300 tahanan yang kini turut sama dipenjara di tempat tersebut.

Seorang jurucakap penjara McKean, Shirley White, mengatakan: ''Kami sedar dia adalah seorang pelakon terkenal, tetapi kami melayannya sama seperti tahanan lain''.

Rayuan

Snipes terkenal dengan wataknya sebagai drakula dalam filem Blade

Dalam sebuah wawancara di television Wesley Snipes mengaku tidak gugup untuk menghabiskan tiga tahun di penjara.

Meskipun telah dimasukkan ke penjara, peguam Snipes mengatakan ada kejanggalan dalam kesnya dan pelakon -yang juga membintangi film White Men Can't Jump dan Demolition Man- ini membuat rayuan.

Snipes sebelum ini membuat rayuan di sebuah mahkamah di Atlanta di negara bahagian Georgia setelah didapati bersalah oleh juri pengadilan Florida. Tetapi rayuannya itu ditolak dan dia harus menjalani masa hukuman di penjara.

Peguam Snipes menilai sepatutnya penahanan aktor yang memperolehi keuntungan jutaan dollar dari serial film Blade ini boleh ditangguhkan dengan wang jaminan sementara menunggu keputusan rayuan yang baru.

Semasa didapati bersalah pada April 2008, hakim mengatakan bahawa keuntungan Snipes mencapai lebih dari US$37 juta selama tahun 1999-2004, tetapi tidak pernah membayar cukai.




ReJaM© "Duit dah banyak pun tak mau bayar cukai apa da?!"

Gula naik harga siapa yang untung?

Posted: 10 Dec 2010 08:44 AM PST

Bila gula naik harga, semua orang bising. Boleh dikatakan semua rakyat bising bila gula naik harga kenapa? Kerana semua orang di dunia ini terutamanya di negara Malaysia ini mengambil gula dalam makanan dan minuman harian mereka.

Baik Doktor, Menteri, Tukang kebun, pencuri, perompak, penyokong kerajaan, penyokong pembangkang, penulis blog, wartawan surat khabar sampailah ke binatang peliharaan, semuanya memerlukan gula.

Bila cerita pasal gula naik, boleh dikatakan semua rakyat Malaysia terkena tempiasnya dan merasa beban kenaikkan ini. Semua rakyat Malaysia termasuklah pendatang asing terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk membeli gula.

Isu utama bila gula naik bukanlah harga yang harus dibayar untuk membeli gula yang berapa sen sahaja naik tu, tapi, bila gula naik banyak lagi barang-barang lain yang akan naik harga dengan alasan gula naik harga! Dari yang patut naik sampailah yang sibuk-sibuk nak naik harga juga.

Siapa yang untung? Jawapannya tentulah Tokey gula! Mana tidaknya, duit setiap seorang rakyat Malaysia masuk dalam poketnya kerana seperti yang dikatakan di atas, tiada seorang pun manusia normal di Malaysia ini yang tidak mengambil gula.

Tak hairanlah tokey gula jadi manusia paling kaya di bumi Malaysia ini!

Ya ReJaM© tahu banyak faktor yang perlu diambil kira untuk membuktikan bahawa tokey gula ini yang mendapat untung besar! Namun pusing mana pun faktanya tetap dia adalah manusia paling kaya di Bumi Malaysia dan semakin kaya bila gula naik harga! Tak percaya kajilah!

Kerajaan macam biasa akan buat alasan atau jalan penyelesaian agar rakyat tak marah bila mereka naikkan harga gula, ini salah satu taktik bodoh yang sudah jelas lagi bersuluh! Inilah peranan media propaganda!

Tengah sibuk-sibuk gula naik harga ada pulak kempen kurangkan gula. Jadi adakah ini alasan kukuh agar harga gula boleh dinaikkan? Bagaimana pula harga barang lain yang ikut naik bila gula naik harga?





ReJaM© "Teori BN=Barang Naik semakin jelas terbukti bukan lagi sekadar postulat"

Protes Mahasiswa di Putrajaya, 3 ditangkap

Posted: 10 Dec 2010 02:23 AM PST

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

student protest arrestMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

students protest against price hike in putrajaya another arrestSeorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

students protest against price hike in putrajaya pm's department

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri kini ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Mstudents protest against price hike in putrajaya policeemorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumbar: Malaysiakini
ReJaM©

Tiada ulasan: