Sabtu, 11 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kementerian Pertahanan berbelanja sakan

Posted: 11 Dec 2010 12:35 AM PST

Di sebalik usaha kerajaan cuba mendapatkan RM1 bilion hasil daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba diperkenalkan dan keputusan mereka menarik balik subsidi ke atas barangan perlu seperti minyak, makanan dan barangan keperluan lain, bagi menjimatkan RM700 juta, namun Kementerian Pertahanan dengan bangganya mengumumkan pada 19 April lalu bahawa kontark RM10.4 bilion akan dimeterai.

azlanTindakan berkenaan bagi memodenkan angkatan tentera dan keselamatan negara selaras dengan Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Kerajaan telah peruntukkan RM21 bilion atau 10.6 peratus daripada perbelanjaan pembangunan untuk tujuan berkenaan," umum Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perjanjian itu bagi mengganti kereta kebal, kapal penyokong pelbagai-guna, jet pejuang dan kapal peronda generasi terbaru.


Semua perbelanjaan itu dijangka diluluskan di Parlimen tanpa banyak perbahasan kerana sebahagian besar maklumat berkenaan akan dianggap rahsia dan memudaratkan keselamatan negara jika terdedah.

kua kia soong book launching 111210 speakersKebimbangan berikut adalah antara perkara yang dibincangkan pada forum sempena pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong (dua dari kanan).

Ia turut dihadiri badan antarabangsa International Physicians for the Prevention of Nuclear War (IPPNW), Datuk Dr Ronald McCoy, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan wakil NGO 'Food Not Bombs' Yuu Han.

McCoy pada forum ini berkata Malaysia memerlukan pelbagai transformasi bagi membolehkan perubahaan ke arah yang lebih baik dilakukan.

"Kerajaan ini telah memerintah selama 53 tahun, terlalu lama berkuasa. Semua polisi dilakukan untuk memenuhi agenda. Sebagai contoh, birokrasi digunakan sebagai alat oleh Umno.

kua kia soong book launching 111210 ronald mccoy"Saya tak nampak kita boleh mengubah semua ini tanpa pertukaran kerajaan." katanya kepada TV Selangor.

Kua dalam bukunya dilancarkan ini mendedahkan mengenai cara negara membelanjakan berbillion ringgit saban tahun bagi menambah kekuatan tentera dan membeli pelbagai senjata dan kenderaan baru.

Katanya, perbelanjaan ketenteraan Malaysia mencetuskan banyak kontroversi seperti pembelian kapal selam Scorpene, skandal kehilangan enjin jet F-5E di Sungai Besi dan pelbagai lagi ketirisan.

Tulisnya betapa 'perlumbaan senjata' antara Malaysia, Singapura, Indonesia di rantau ini mengundang kepada trend kerajaan membelanjakan wang yang banyak setiap tahun atas alasan 'memodenkan' pasukan tentera.

NONEMenurut Kua, rantau Asia Tenggara merupakan satu-satunya rantau di dunia ini yang menyaksikan peningkatan lebih 10 peratus dalam bajet ketenteraan mereka selepas Perang Dingin.

Sivarasa dalam forum itu turut menyatakan betapa Umno sebenarnya tiada Polisi Pertahanan Negara dan ia tidak pernah dibincangkan di Dewan Rakyat.

Malah, katanaya negara juga tiada mempunyai Jawatankuasa Pertahanan Negara di Parlimen dan ia hanya dikawal penuh oleh Menteri Pertahanan.

Beliau turut menceritakan kisah ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ditempelak rakan sejawatan dari Indonesia kerana mengeluarkan kenyataan bahawa pertahanan negara tidak penting.

"Dalam perjumpaan dengan ahli parlimen Asean dulu, beliau (Jazlan) mengatakan Malaysia tiada Jawatankuasa Parlimen dalam hal pertahanan negara kerana negara rasa ia tidak penting. Saya tak perlu bercakap apa-apa," katanya.

azlanMalah Sivarasa sekali lagi memberi contoh perbelanjaan kerajaan yang tampak hanya menguntungkan orang tertentu tanpa mengira nilai sebenar sesuatu peralatan itu.

Menurut Sivarasa, angkatan tentera telah mengeluarkan sebanyak RM 8 billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) pada harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni sedangkan harga pasaran adalah jauh nlebih rendah.

"Mereka nak beli sangat dengan 'Syarikat Kesayangan' Kerajaan. APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu.

"Saya pelik mengapa Malaysia bertegas hendak belanja RM 31.1 juta untuk setiap satu kenderaan ini."katanya.

Perkasa Kecewa

Posted: 10 Dec 2010 08:44 PM PST

Perkasa mendakwa kerajaan mengecewakan rakyat khususnya orang Melayu dengan cara pihak berkuasa mengendalikan kes penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee, malah memberikannya "layanan VIP" di bangunan Parlimen.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini Ismail turut mempersoalkan status kes penyanyi itu, yang turut dikenali sebagai Namewee, sedangkan pengetua-pengetua didakwa mengeluarkan kenyataan rasis terhadap pelajar-pelajarnya sudah dikenakan hukuman.

"Kementerian Dalam Negeri dalam kes Namewee sebenarnya mengecewakan rakyat khususnya umat Melayu.

"Apakah status laporan polis masyarakat terhadap kebiadapan Namewee sedangkan guru yang dihinanya telah dihukum tanpa pembelaan begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan yang teraniaya, lantaran kes yang hampir sama," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Zaini yang juga ahli jawatankuasa pusat Perkasa berkata, "tiba-tiba" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membela dengan memberikannya layanan "VIP", malah mengumumkan Namewee tidak bersalah.

Kelmarin, Namewee (gambar) mengadakan pertemuan dengan Nazri di Parlimen dan memohon bantuan kerajaan untuk membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0.

Permohonan itu disampaikannya ketika bertemu Nazri bagi menyatakan hasratnya untuk berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyatakan niatnya mempromosikan 1Malaysia.

Nazri dipetik berkata, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan Najib semasa mesyuarat Kabinet. Kabinet mengadakan mesyuarat mingguannya semalam.

"Dia (Namawee) hadir berjumpa saya hari ini bagi meminta bantuan kerajaan untuk membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0. serta hasratnya untuk berjumpa Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata, hasrat dan cara bagaimana kerajaan boleh membantu dalam usaha remaja tersebut mempromosi 1Malaysia menerusi muzik itu akan hanya diputuskan selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.

Mengenai sentimen perkauman dan gesaan supaya Namewee dikenakan tindakan, Nazri berkata, rakyat perlu memahami undang-undang dan tidak dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan mengambil tindakan terhadapnya hanya kerana video klip yang dihasilkannya yang didakwa mempunyai unsur hasutan.

"Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain," katanya.

Namewee mencetuskan kemarahan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan berikutan pengeluaran beberapa video kontroversi yang menyentuh isu perkauman.

Namewee pula berkata, beliau tidak berniat menyakiti hati sesiapa melalui klip video tersebut malahan mendakwa beliau adalah rakyat Malaysia yang patriotik dan sayangkan negara.

Beliau berkata, antara video yang dihasilkannya ialah berkaitan Malaysia sebagai negara terbaik di dunia sebaliknya media hanya menyiarkan kesalahan yang dilakukan.

Kerja Gila Umno Lembah Pantai

Posted: 10 Dec 2010 05:22 PM PST

PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.

"Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

"Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah," katanya.

Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.

Manakala Pemuda PAS Lembah Pantai mempersoalkan suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan Surau Al-Falah sebagai surau PAS kerana ramai orang PAS bersolat di situ.


"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya.

"Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," ujar ketuanya, Nasaie Ismail.

Pemuda Lembah Pantai juga mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL.

Ini, katanya kerana apabila pihak surau menghantar memorandum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, wakilnya meminta pihak surau hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai untuk menyelesaikan masalah itu.

"Umno akan memanggil DBKL, Jawi dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno. PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka," jelasnya.

Katanya, Pemuda PAS Lembah Pantai juga mempersoalkan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang kerap mengadakan majlis politik berlogokan Umno di beberapa masjid di Lembah Pantai.

"Lebih baik Umno melihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum rakyat. Saya harap Menteri Wilayah tersebut kerap solat berjemaah di masjid dan surau di Lembah Pantai dan duduk mendengar kuliah-kuliah agama daripada sibuk berpolitik menggunakan masjid," katanya.

Perbezaan Layanan Polis Kafir Dengan Polis Islam

Posted: 10 Dec 2010 04:26 AM PST

Saksikan sendiri bagaimana polis di negara kafir di Jerman melayan penunjuk perasaan dengan sifat perikemanusian. Penunjuk perasaan telah membantah penghantaran sisa nuclear ke Jerman dengan berbaris duduk di atas landasan keretapi. Polis-polis negara kafir ini telah mengangkat penunjuk perasaan ini dengan berhati-hati. Siap tergelak dan tersenyum bila diangkat oleh anggota polis tanpa kekasaran, tanpa gas pemedih mata, tanpa cota.

Bandingkan dengan polis Melayu, polis di negara Islam contoh dunia. Bandingkan polis kafir Jerman dan polis Islam Malaysia. JAKIM, MUFTI, PERKASA, any comment ?

TAK PERCAYA ? Tengok sendiri



Malaysia Waves

Gembleng blogger Pakatan jadi media alternatif

Posted: 10 Dec 2010 04:10 AM PST

Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius terhadap peranan blogger pro Pakatan dalam menyebarkan maklumat yang tepat berhubung Pakatan dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan BN terhadap Pakatan.

Persiapan ini juga, katanya harus dilakukan segera memandangkan terdapat jangkaan PRU akan diadakan tahun hadapan.

Blogger pro Pakatan mestilah digembleng tenaga untuk menjadi media alternatif bagi menjawab serangan BN kepada Pakatan.


"Disebabkan gendang pilihan raya telah dipalu oleh BN, usaha tersebut mestilah disegerakan," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa kedudukan 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa ranking menunjukkan senarai blogger pro kerajaan mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pelayar internet.

Senarai ini menggambarkan blogger pro kerajaan kini berjaya mendominasi media baru dalam melancarkan serangan siber.

Khalil juga berkata, tidak dinafikan blogger pro kerajaan melancarkan serangan terhadap Pakatan secara tersusun dan berstrategi.

Justeru ujarnya, blogger pro Pakatan juga harus dibentuk dan disusun secara lebih teratur dan kukuh untuk membalas serangan itu.

"Saya dapati serangan blogger BN agak berstrategi dan semacam ada kesatuan dan perancangan yang rapi yang dilakukan oleh mereka.

"Kerana itu saya berpandangan usaha dari blogger pro Pakatan juga perlu dengan perencanaan dan strategi secara terancang bagi menawan BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambahnya juga, peranan blogger juga jelas membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas terutamanya menarik minat golongan muda.

Ini juga kerana blogger Pakatan lebih beretika dalam membuat sebarang pendedahan dengan memberikan bukti dan fakta yang jelas, bukan hanya memfitnah.

"Saya melihat semasa PRU ke 12 media pro pembangkang berjaya menarik minat golongan pengundi muda untuk mendapatkan maklumat

"Apalagi segala pendedahan dari blogger Pakatan adalah dengan fakta dan bukan niat untuk memfitnah serta menjaga akhlak Islam.

Katanya lagi, jika Pakatan mengambil ringan usaha ini, tidak mustahil golongan muda beralih kepada BN.

"Jika kita lambat dan silap percaturan mungkin mengakibatkan pengundi yang datang dari kelompok yang mempercayai media ini akan memilih BN," katanya.

Hazayani Zakaria

Jangan gadai maruah PDRM macam nasib Pulau Batu Putih

Posted: 10 Dec 2010 01:57 AM PST

Bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zin Ibrahim menulis surat terbuka kedua kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gamber) agar menjalankan siasatan terperinci berhubung isu keterangan palsu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya tidak mahu melihat "nasib Pulau Batu Putih" berulang lagi.

Dalam surat terbuka kedua yang diserahkan kepada Ismail, Mat Zin berkata, pemalsuan tersebut dilakukan dengan terperinci bagi memenuhi motif-motif tertentu.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan bahawa Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam Anwar, yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider, beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah "muktamad".

Read more

Tiada ulasan: