Jumaat, 10 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pasangan Gay berpeluang lahirkan anak sendiri!

Posted: 10 Dec 2010 12:17 AM PST

Penyelidik kini telah berjaya menghasilkan tikus makmal yang memiliki dua ayah, lantaran itu ia dilihat dapat meningkatkan kebarangkalian untuk pasangan gay mendapatkan anak-anak yang terhasil dari gabungan gen / baka mereka sendiri.

Di dalam satu ujikaji yang dijalankan "pembiakan mamalia bentuk baru", Para penyelidik dari Amerika Syarikat telah menggunakan langkah-langkah di dalam satu siri komplek bagi mengubahsuai "telur jantan" untuk dimasukkan ke dalam rahim tikus betina.

Ibu tikus ini kemudiannya dikacukkan dengan tikus jantan yang normal bagi menghasilkan kandungan atau janin yang terhasil daripada gabungan gen-gen daripada dua ayah, berbeza dengan kejadian semulajadi kandungan yang terhasil daripada kacukan jantan dan betina.

Tikus betina yang mengandungkan 'telur-telur jantan' dari seekor tikus jantan - Ayah A, ini dikacukkan dengan seekor lagi tikus jantan yang lain - Ayah B. Dengan itu anak yang terhasil mewarisi sepenuhnya bahan maklumat genetik dari Ayah A dan Ayah B.

Para penyelidik genetik di sebalik penggunaan teknik pembiakan yang menjadi kontroversi ini mengatakan bahawa teknik ini berpotensi untuk meningkatkan kualiti baka ataupun memelihara species-species yang terancam. Tambah menjadi kontroversi apabila mereka juga mengatakan sekiranya teknik ini boleh dipehalusi lagi,"Satu hari nanti dua orang pasangan lelaki boleh mendapatkan anak-anak daripada baka mereka sendiri".

Bila ilmu dan kebijaksanaan digunakan pada lorong yang salah, nescaya manusia akan cenderung untuk menentang Tuhan!

Sumber: Zon Fikir


ReJaM© "Berita baik bagi gay paling hot di Malaysia!"

Mahasiswa jom demo jangan jadi pondan!

Posted: 09 Dec 2010 09:36 PM PST


Tidak kurang 200 mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Lembah Klang akan mengadakan perhimpunan aman di Masjid Putrajaya bagi membantah kenaikan harga bahan api dan gula selepas solat Jumaat hari ini.

Jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Ahmad Syukri Kamarudin berkata semua mahasiswa diminta untuk berpakaian hitam sebagai tema bantahan mereka terhadap kenaikan 4 dalam 1, minggu lalu.

Katanya antara mahasiswa yang akan terbabit dengan bantahan hari ini adalah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Menurut Ahmad Syukri, selain berhimpun, beberapa pemimpin pelajar akan menyampaikan ucapan sebelum mereka berarak untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kemudian empat orang pelajar akan bertemu dengan wakil perdana menteri untuk menyerahkan memorandum itu. Wakil perdana menteri sedia menerimanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Mahasiswa berbaju hitam itu juga akan membawa beberapa kain rentang dan poster bantahan berhubung kenaikan bahan api dan makanan itu.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.




ReJaM©

Demonstrasi Mahasiswa bantah kenaikkan yuran

Posted: 09 Dec 2010 10:07 AM PST


Mahasiswa bangun menentang kerajaan yang sewenang-wenangnya menaikkan yuran pengajian mereka. Tanpa AUKU, mahasiswa ini bangun menentang dengan gagah berani memperjuangkan hak mereka. Kalau nak memperjuangkan hak pun tak berani, itu bukan mahasiswa namanya, itu maha pondan!

Kerajaan yang hanya mementingkan tembolok mereka sememangnya harus ditentang. Gaji mereka nak banyak! Elaun nak banyak! Kerja nak senang! Orang macam ni kalau buat salah bagi je penerajang! Biar dia tahu suara Mahasiswa, suara rakyat!

Bagi amaran pada pemerintah yang tak ada otak! Ini Mahasiswa golongan cerdik pandai! Bukan senang-senang mau tipu! Ingat ini negara bapak kau ka? Nak tipu pergi tipu lembu! Jangan salah tipu! Jangan tipu diri sendiri! Baru dapat jadi ahli parlimen, dah ada hati nak tipu orang pandai!

Setakat Polis (FRU)? Berapa ketul sangat? Ini Polis semua lembab! Sebab tu tak jadi doktor! Mana boleh lawan mahasiswa bangkit! Mahasiswa bangun menentang kezaliman! Awas Kerajaan Zalim jangan bertindak ikut suka! Nanti orang bijak pandai turun ke jalanan!






ReJaM© "Mahasiswa bangkit bila diperbodohkan!"

Armand Perkasa maki Ketua Bahagian UMNO

Posted: 09 Dec 2010 09:18 AM PST



Terkejut ReJaM© bila ternampak mesej yang ditulis oleh hulubalang Perkasa si Armand ni. Anak buah katak Pasir Mas ini memaki hamun Ketua UMNO Bahagian Dungun dengan mengatakan beliau sebagai sombong, belagak, dan angkuh. Tak tahulah apa yang dimarahkan sangat. Nak tahu lebih lanjut klik di bawah



ReJaM© "Bila UMNO dan PERKASA bertumbuk, Ketuanan Melayu campak ke longkang!"

Selalunya rasuah berlaku melibatkan Polis - Kajian

Posted: 09 Dec 2010 08:01 AM PST

Rasuah di dunia hari ini dianggap lebih teruk berbanding tiga tahun lalu, berdasarkan satu bancian yang telah dibuat.

Sebilangan 56% daripada orang ramai yang ditemuramah di dalam bancian yang dijalankan oleh sebuah badan pemerhati bebas dunia Transparency International mengatakan bahawa negara mereka kini mengalami rasuah yang lebih buruk.

Badan pemerhati bebas itu meletakkan Afghanistan, Nigeria, Iraq dan India di dalam kategori negara yang paling teruk kadar rasuahnya diikuti oleh China, Russia dan kebanyakkannya yang lain adalah negara-negara di Timur Tengah.

Sementara itu menurut bancian sebuah akhbar online, BBC News, menunjukkan bahawa rasuah merupakan masaalah yang paling banyak dibincangkan kebanyakkan orang di dunia.

Kira-kira satu daripada lima orang yang telah dibanci oleh BBC mengatakan bahawa mereka ada berbincang atau memperkatakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan rasuah pada bulan lalu menjadikan rasuah sebagai isu yang paling banyak dibincangkan berbanding isu perubahan cuaca, kemiskinan, pengangguran dan peningkatan harga tenaga dan makanan.

Dalam tinjauan yang telah dibuat oleh Transparency International, parti politik telah dianggap sebagai institusi-institusi paling korup, manakala tinjauan juga menunjukkan bahawa 50% daripada rakyat mempercayai bahawa kerajaan mereka tidak berkesan di dalam menangani masalah itu.

Satu dalam empat daripada individu yang ditinjau mengatakan bahawa mereka telah memberi rasuah pada tahun lepas - Polis merupakan penerima rasuah yang paling lazim.

Kira-kira 29% daripada rasuah dicatatkan diberi kepada polis, 20% untuk pendaftaran dan pegawai , dan 14% untuk ahli-ahli badan kehakiman.

Ahli dan parti politik telah sekian lama dianggap mendahului ranking institusi paling korup. Di dalam senarai Transparency 2004, tahap anggapan ini adalah 71%. Laporan tahun ini pula 80% menganggap ahli politik sebagai paling korup.

Rakyat Afghanistan, Nigeria dan India adalah antara yang melihat tahap rasuah paling tinggi di dalam kehidupan harian mereka.

Sekurang-kurangnya separuh daripada individu yang ditinjau dari negara-negara tersebut di atas dilaporkan memberi rasuah di dalam tahun lalu.

Sementara rakyat di Cambodia (84%) dan Liberia (89%) dilaporkan sebagai rakyat yang paling gemar memberikan rasuah.

Robin Hodess, Pengarah Dasar dan Kajian Transparaency meluahkan kebimbangannya terhadap fakta angka rasuah ini.

"Malang sekali, kejadian rasuah selalunya melibatkan Polis, dan ini benar-benar membimbangkan" Katanya.

Sumber: BBC News
ReJaM© "Kata orang anak Polis selalunya nakal sebab bapak dia bagi makan duit rasuah! Orang kata bukan ReJaM yang kata!"

Bahan api naik, maka tarif elektrik pun naik

Posted: 09 Dec 2010 05:40 AM PST



Menurut laporan berita dari Agensi Berita Kebangsaan BERNAMA, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini mengatakan bahawa tarif harga elektrik akan dinaikkan berikutan kenaikan harga bahan api. Maka di sini jelas, bukan kerajaan suka-suka nak naikkan harga elektrik tapi kerajaan terpaksa.



Harap semua rakyat paham dengan keadaan ini. Kerajaan bukan suka-suka nak naikkan tarif elektrik! Tapi harga elektrik naik disebabkan ada pihak yang telah menaikkan harga bahan api! Maka ini semua bukan salah kerajaan! Tapi yang salah adalah pihak yang menaikkan harga bahan api!

Zaman dulu bolehlah bagi elektrik murah-murah selonggok seringgit! Sekarang zaman dah berubah! Ekonomi negara semakin berkembang! Negara kita makin maju, maka harga elektrik tentulah seiring dengan peningkatan ekonomi Malaysia!

Apa pun rakyat kena ingat pakatan pembangkang tiada jasa di dalam memberikan bekalan elektrik kepada rakyat! Maka apa pun yang kerajaan buat adalah betul! Tiada yang tidak betul melainkan yang betul-betul sahaja!

Soalan: Siapa bagi elektrik?

Jawapan: "UMNO dan Barisan Nasional!"


ReJaM© "Undilah Barisan Nasional, Jangan perjudikan masa depan anda!"

Tarif elektrik naik, jangan demo kalau sayang nyawa!

Posted: 09 Dec 2010 01:01 AM PST


ReJaM© nak nasihatkan kepada rakyat yang mungkin ingin memperjuangkan hak atau membantah kenaikkan tarif elektrik tahun hadapan. Niat ReJaM© bukanlah menolak bantahan secara demonstrasi. ReJaM© tahu inilah salah satu cara yang dilihat berkesan di dalam meluahkan rasa tidak puas hati anda kepada kerajaan yang tidak ambil peduli dengan nasib rakyat!

Tapi korang fikirlah elok-elok sebelum berdemo. Sebelum ni apa dah jadi kepada hadirin yang menyertai demonstrasi air Selangor? Syarikat air SYABAS telah mengupah askar-askarnya (FRU) untuk menyembur peserta demonstrasi air dengan meriam air! Lihat bukti gambar di bawah ini!



ReJaM© bimbang kalau korang join demonstrasi elektrik, nanti Tenaga Nasional Berhad, TNB pulak akan upah tentera-tenteranya (FRU) untuk menyembur rakyat dengan elektrik! Kalau air boleh tahan lagi! Kalau elektrik? Mana mau lari?! Boleh rentung tu gila lu!

Nak ikut demo pilihlah demo yang sesuai, demo kenaikkan harga roti canai ke? Kenyang gak perut kena sembur dengan roti canai!

ReJaM© "Sayangilah nyawa anda!"

Tiada ulasan: