Jumaat, 10 Disember 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Majlis Perajaan Tentukan Siapa Berhak Jadi Sultan

Posted: 10 Dec 2010 12:30 AM PST

Isu Sultan Muhammad V: Terima saja keputusan Majlis Perajaan, kata Nazri Aziz

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pemasyhuran Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, tidak perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan persekutuan kerana Majlis Perajaan lebih berkuasa dalam perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah pemasyhuran iaitu memaklumkan kepada rakyat.

"Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan.

"Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi raja, proses seterusnya ialah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat. Jadi, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak kerajaan pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.

Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.

"Ini hak mereka (pemasyhuran) dan tidak ada kena mengena dari segi mesti mendapat persetujuan, malahan recognition daripada kerajaan pusat pun tidak perlu kerana apa yang diputuskan oleh Majlis Perajaan itulah mesti diterima oleh semua," kata Mohamed Nazri.

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lepas setelah ayahanda baginda menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lepas.

Mohamed Nazri berkata permintaan Tengku Razaleigh tidak perlu diberi perhatian kerana institusi beraja di Kelantan telah wujud sebelum kewujudan kerajaan pusat pada 1957 malah tidak pernah berlaku pemasyhuran sultan perlu melibatkan persetujuan kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri.

"Saya katakan di sini tak ada masalah pun sebenarnya dalam pemasyhuran itu. Jadi, tak kan lah jika hanya seorang, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah tidak berpuas hati kita akan ambil kira pandangan beliau dan tidak pernah berlaku pun rakyat, kerajaan pusat atau kerajaan negeri dilibatkan dalam soal pemasyhuran sultan," katanya.

Beliau berkata isu tersebut juga tidak layak dibawa ke mahkamah khas kerana mahkamah itu hanya untuk membicarakan salah laku seorang raja, bukan untuk membicarakan pertikaian sama ada pemasyhuran itu sah atau sebaliknya.

"Pemasyhuran ini perlu diterima semua. Ia bukan boleh menjadi pertikaian di mana-mana mahkamah pun. Apabila telah dimasyhurkan Tuanku Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan dan dimaklumkan kepada pusat dan kita terima, bukan untuk kita iktiraf pun kerana ia tak perlu pengiktirafan daripada kita (kerajaan pusat)," katanya.

Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. -TMI

3 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Posted: 09 Dec 2010 11:30 PM PST

Tiga maut kereta masuk gaung

KERETA dinaiki tiga lelaki terhumban ke dalam gaung di KM 124.6 di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Pagoh, semalam.

BATU PAHAT: Tiga lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter menyebabkan kereta itu remuk teruk dengan keempat-empat tayarnya ke atas, dalam kejadian di Kilometer 124.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Pagoh, dekat sini semalam.


Mangsa, Sulaiman Besah, 46, beralamat di Bukit Antarabangsa, Ampang; Mohd Ranoorsyam Ab Razak, 27, berasal dari Tumpat, Kelantan dan seorang lagi dikenali sebagai Md Fu'at Ahmad, 53, dari Petaling Jaya, Selangor.

Sulaiman yang baru kembali mengerjakan ibadat haji pada 1 Disember lalu, ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maju Nusa Sdn Bhd iaitu syarikat berkaitan perunding teknologi maklumat dan komunikasi yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku ketika hujan lebat menyebabkan jalan licin sehingga mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit di lebuh raya itu.

Sebuah jentera Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Yong Peng dihantar ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing dan terpaksa mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaannya.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata kejadian berlaku ketika menuruni bukit, kereta berkenaan dipercayai gagal dikawal menyebabkannya terbabas ke kiri jalan.
"Bagaimanapun kereta hitam berkenaan kemudian melanggar besi penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam antara 10 meter hingga 15 meter menyebabkan kereta itu remuk teruk dan ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, " katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh anggota keluarga mereka. -BH

Barang Naik: Rakyat Bakal Demo Lagi

Posted: 09 Dec 2010 10:59 PM PST

Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersedia turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menarik balik kenaikan harga barangan 4-dalam-1 yang diumumkan minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Setiausaha agung PSM, S Artuchelvan ketika dihubungi berkata parti itu bersedia menggerakkan ahlinya menyertai demonstrasi membantah kenaikan yang sedang diteliti oleh Gabungan Anti-Inflasi (PROTES).

Katanya, bantahan itu adalah hak bagi setiap individu tetapi demonstrasi itu perlu diadakan dengan aman.

"Kita kena mengadakan perbincangan dengan gabungan PROTES terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya," katanya dihubungi Malaysiakini.
Mungkir janji

Sementara itu, Penyelaras PROTES Dr Hatta Ramli berkata gabungan itu kecewa kerana kerajaan telah memungkiri janjinya untuk tidak menaikkan harga barangan utama keperluan rakyat tahun ini.

Beliau yang sedang bercuti di luar negara berkata, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat di hujung tahun yang memerlukan perbelanjaan bagi menyediakan keperluan untuk anak-anak bersekolah.

"PROTES akan bincangkan langkah seterusnya kemudian," katanya kepada Malaysiakini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Di Pulau Pinang, setiausaha PAS negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata parti itu sedang memantau kesan kenaikan harga 4-dalam-1 itu sebelum bertindak.

Katanya, sebagai langkah awal, pihaknya menyokong cadangan ketua penerangan PAS, Idris Ahmad yang meminta supaya semua cawangan PAS di seluruh negara menggantung kain rentang membantah kenaikan itu.

"Yang penting, orang nak tahu, orang nak tengok kesan daripada kenaikan harga itu," katanya sambil menambah ia lebih berkesan daripada demontrasi.

Ini kerana, katanya, demonstrasi hanya diadakan "di tempat tertentu, fokus tidak sampai dan memerlukan ramai orang supaya ada kesannya".

Menurut Mohd Fadzil, kos bagi menyediakan kain rentang tersebut murah dan ia boleh diletakkan di tempat tumpuan orang ramai seperti di masjid, pasar awam atau jalan yang menjadi tumpuan rakyat.

"Kain rentang diletakkan di kawasan strategik kerana ia lebih berkesan kepada masyarakat terutama bagi mereka yang tidak sedar atau tidak mengetahui kesan kenaikan tersebut," katanya.

Secepat mungkin

Beliau bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada ketua penerangan negeri supaya mengarahkan kawasan dan cawangan menaikkan kain rentang itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Perak Misbahul Munir Masduki berkata cadangan tersebut "baik dan lebih berkesan" sebagai menimbulkan kesedaran kepada rakyat berhubung kenaikan harga 4-dalam-1 itu.

'Ia mudah dibuat dan menaikkan sepanduk di kawasan strategik di kawasan tertentu di negeri ini... Kita akan laksanakan secepat mungkin kerana isu ini masih baru," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan menggantung kain rentang, bukan satu perkara baru kerana sebelum ini, PAS negeri itu pernah berbuat demikian mendesak DUN Perak dibubarkan.

Beliau akan menyelaras cadangan Idris itu kepada seluruh kawasan di negeri itu yang mempunyai kira-kira 800 cawangan.

Bagaimanapun, pihaknya juga akan berbincang untuk mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut sekiranya perlu.

Manakala setiausaha PKR Perak Datuk Abdul Halim Husin berkata bersetuju dengan kempen tersebut kerana mendakwa media arus perdana "tidak membuat hebahan berhubung kenaikan harga bahan api dan makanan tersebut".

"Saya menyokong sebarang usaha untuk menghebahkan perkara ini. Kerajaan sebut rakyat didahulukan, tetapi pelaksanaannya berlaku sebaliknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Hebahan bantahan itu melalui kain rentang (perlu) kerana kesan (kenaikan) diterima oleh orang ramai".

Konvensyen Pakatan

Abdul Halim menjangkakan kenaikkan harga itu akan dibicangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini, yang mana beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasanya.

Beliau juga setuju supaya diadakan demontrasi membantah kenaikan tersebut bagaimanapun, perkara tersebut perlu kepada perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, bantahan tersbut sebagai cara "untuk menunjukkan kerajaan tidak efisen dalam pengurusan penradbiran negara".

Bagi DAP Perak pula, naib pengerusinya A Sivanesan berkata beliau menyokong demontrasi diadakan bagi membantah kenaikan harga itu, sekiranya kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat.

'Kita tidak ada opsyen. Kita bukan demonstrasi suka-suka. Selama ini kita buat demonstrasi, satu pasu bunga pun tak pernah pecah.

Apa salah berdemo?

"Apa salahnya (berdemonstrasi). Kita bukan berada di Kashmir. Kita berhimpun dengan satu tujuan untuk mendapatkan perhatian kerajaan," katanya.

Sivanesan yang juga ADUN Sungkai berkata beliau akan menggantung sendiri kain rentang di kawasannya dan akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat DAP negeri dua minggu lagi.

"Bukan sahaja murah malah ia untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kerana rakyat tidak ada saluran (untuk membantah). Hanya melalui gantung kain rentang.

"Saya mahu mengajak Melayu dalam Umno atau India dalam MIC mengambil bahagian (dalam usaha ini)," katanya ketika dihubungi.

Ini kerana, kata Sivanesan (kanan), rakyat berpendapatan sederhana menerima kesan daripada kenaikkan itu lebih-lebih lagi menjelang sesi persekolahan di buka awal tahun depan.

Sementara itu, Penyelaras Suara Anak Malaysia (Suaram), E Nalini berkata beliau bersama tujuh orang ahlinya bersiap sedia untuk memantau keadaan di lokasi jika demonstrasi itu diadakan.

Menurutnya Suaram menyokong sebarang langkah sama ada menaikan kain rentang, poster atau demonstrasi untuk menyedarkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan.

"Kita akan pantau anggota polis dan meminta bantuan daripada wakil NGO lain untuk berada di lokasi demonstrasi serta balai polis sekiranya ada orang awam ditahan dalam demonstrasi tersebut," katanya kepada Malaysiakini. -mk


Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN

Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikannya sejak dulu, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh.

Menurut Harkahdaily, Nuridah dilaporkan sebagai berkata BN hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Katanya, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat seperti petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun telah diberi jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan berlaku.
Janji palsu?

"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka," katanya.

"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan.

Malangnya, menurut Nuridah, pada 3 Disember lalu harga petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter. Selain itu, harga diesel juga dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG pula naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Pada hari yang sama, Bernama melaporkan menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

Pentingkan diri sendiri

"Percayakah anda akan kata-kata beliau itu? Ternyata segala janji pemimpin BN tidak boleh dipegang. Itu semua samalah dengan slogan yang diwar-warkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) itu sendiri yang juga tidak boleh dipegang. Sebaliknya, tindak-tanduk para pemimpin BN ternyata tidak pernah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, tetapi hanya menekan dan menzalimi rakyat dalam segala aspek.

"Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji pemimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor mereka itu," kata Nuridah ketika dihubungi.

Katanya, kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, sememangnya amat menyusahkan rakyat pada semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin BN tidak pernah memikirkan masalah rakyat.

Selain itu, Nuridah juga kesal kerana kerajaan pusat turut menzalimi rakyat dalam aspek air, apabila sanggup bertindak untuk menaikkan harga air di Selangor, sehingga memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tegas untuk membantu rakyat yang dizalimi.

Sehubungan itu, katanya, Wanita Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya di bangunan Parlimen semalam antara lain telah memutuskan untuk mengambil tindakan aktif berhubung perkara itu.

Antara lain, mereka akan berjumpa dengan orang ramai untuk mengedarkan risalah untuk menyedarkan orang ramai agar tidak lagi terus tertipu dengan para pemimpin BN dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Selain berjumpa orang ramai di kampung-kampung, mereka juga akan mengedarkan risalah itu kepada orang ramai yang akan pulang bercuti di kampung di plaza-plaza tol, bagi membolehkan rakyat faham tentang realiti sebenar para pemimpin BN yang tidak pernah mementingkan rakyat, tetapi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja.

"Jadi rakyat mesti disedarkan agar tidak lagi memberi undi kepada BN, tetapi kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela," katanya lagi.


Israel Serang Gaza Lagi

Posted: 09 Dec 2010 08:30 PM PST

Israel lancar serangan udara ke Gaza

SEORANG kanak-kanak Palestin melihat kemusnahan di Gaza akibat serangan udara tentera Israel.

GAZA: Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza semalam, beberapa jam selepas roket dilepaskan pejuang Palestin mencederakan seorang lelaki tempatan di kawasan pertanian berhampiran sempadan antara dua jajahan, kata tentera.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata serangan itu disasarkan di tiga tempat berbeza di Semenanjung Gaza, dua daripadanya disahkan pejuang Palestin tapak yang digunakan untuk latihan mereka. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pejuang Palestin melepaskan kira-kira lima meriam lewat kelmarin dan serpihan satu daripadanya mencederakan seorang lelaki. Mangsa dibawa oleh helikopter ke sebuah hospital di Beersheba, namun kecederaannya tidak mengancam nyawa, kata jurucakap itu.

Lelaki itu adalah mangsa pertama akibat serangan roket dilepaskan pejuang Gaza ke Israel sejak Mac lalu apabila seorang buruh tani dari Thailand terbunuh apabila terkena bedilan.

Pejuang di jajahan perairan yang diperintah Hamas secara kerap melepaskan roket menyeberangi sempadan dan meriam ke arah Israel yang jarang menyebabkan kematian.

Israel menggunakan serangan kereta kebal atau udara ke atas sasaran pejuang dan terowong yang digunakan untuk menyeludup barangan dan senjata ke dalam jajahan dikepung dari Mesir. – REUTERS

Remaja Tak Serik Ditangkap Khalwat

Posted: 09 Dec 2010 07:00 PM PST

Tiga remaja tak serik khalwat

ALOR SETAR: Tidak serik! Itu sikap tiga remaja perempuan berusia 14 hingga 16 tahun yang pernah dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki di sebuah motel di Jalan Lencong Barat, di sini, bulan lalu apabila dicekup kali kedua di motel sama kelmarin. (gambar fail)

Mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kira-kira jam 4.15 petang bersama dua remaja lelaki berusia 16 tahun dalam sebuah bilik.

Difahamkan, dua daripada mereka masih bersekolah manakala yang lain sudah berhenti dan sering berpeleseran di sekitar bandar raya ini dengan alasan mahu mencari kerja.

Malah, ketiga-tiga remaja perempuan itu sepatutnya menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Setar, di sini, tetapi tidak serik dan menjalani dua proses perbicaraan kelak.

Ketika ditahan, seorang daripada mereka memberi alasan menemani rakan yang demam, tetapi pihak berkuasa mengesyaki mereka menyewa bilik itu sejak beberapa hari lalu berikutan beg pakaian dan baju yang berselerak.

Selain itu, ada anggota keluarga yang datang menjamin mereka berang sebaik dimaklumkan remaja terbabit dicekup lagi kurang sebulan selepas ditahan kali pertama.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali, berkata sebelum ini pihaknya pernah menahan tiga remaja perempuan itu bersama tiga remaja lelaki lain pada 1 November lalu sebelum mereka ditahan semula dengan dua lelaki lain kelmarin.

Beliau berkata, dua daripada mereka berasal dari bandar raya ini, satu dari Naka, Kuala Nerang, manakala dua lagi dari Kulim.

"Ketika pemeriksaan, seorang remaja lelaki berpakaian lengkap membuka pintu bilik dan apabila diperiksa, terdapat seorang lagi remaja lelaki dan tiga remaja perempuan berbaring atas katil bertingkat di bilik berkenaan.

"Semua mereka tidak mempunyai ikatan mahram atau suami isteri sah dan mengesyaki melakukan maksiat menyebabkan terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. -hm

Populariti Anwar Dan PKR Semakin Merudum

Posted: 09 Dec 2010 06:39 PM PST

Bancian: Populariti Anwar, PKR merudum

Liputan negatif media ke atas krisis dalaman PKR yang berlaku ketika pemilihan parti itu bulan lalu memberi kesan ketara terhadap keyakinan awam kepada parti itu dan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bancian yang dijalankan oleh Universiti Malaya.

Menurut bancian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor itu, 52 peratus daripada 1124 responden berkata konflik dalaman telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR.

Berikutan trend itu, 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak PKR pada pilihan raya akan datang.

Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Daripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan PKR daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.

Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita.

Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti.

"Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan PKR tidak berkesan," petik laporan bancian itu.Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Daripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan PKR daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.

Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita.

Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti.

"Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan PKR tidak berkesan," petik laporan bancian itu. -mk

Ulasan GB

Tidakkah GB benar sebelum ini?

Jual Bayi Dalam Kandungan: Pembeli Tempah Bayi Selepas Melihat Paras Ibu

Posted: 09 Dec 2010 05:30 PM PST

Di sini bukan tempat beli bayi'

KUALA LUMPUR: "Jika rupa paras si ibu cantik, pasti ramai datang ke rumah ini untuk mengambil bayinya sebagai anak angkat," kata isteri pengasas Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Ruzitah Baharum, 42.

Beliau berkata, melalui pengalamannya, kebanyakan pasangan suami isteri yang datang ke rumah itu untuk mengambil anak angkat akan memilih dan menempah terlebih dulu anak dalam kandungan selepas melihat rupa paras si ibu.

"Bagaimanapun, kami tidak membenarkan cara itu (tempahan) kerana sini bukan tempat untuk membeli bayi, sebaliknya rumah amal untuk menjaga kebajikan ibu serta bayi yang baru dilahirkan," katanya ketika ditemui di pusat itu, semalam.

Kewaja memberi perlindungan kepada gadis dan wanita bermasalah, terutama mereka yang menghadapi masalah serius akibat pergaulan terlampau atau terjebak dalam aktiviti tidak bermoral sehingga hamil di luar nikah. Penghuninya akan dilindungi, dibimbing dan dipulih sebelum kembali ke pangkuan keluarga.

Mengenai kes Suzie yang dilaporkan Harian Metro semalam, Ruzitah berkata, setakat ini dia menerima lima khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan bayi dikandung gadis berkenaan.

Katanya, Suzie sudah mula menyesuaikan diri dengan pusat itu dan menjalani proses mendalami Islam dan sudah mahu bersolat.

Dua wartawan Harian Metro berjaya memujuk Suzie, 22, supaya tidak menjual bayi dikandungnya kepada satu pasangan bukan Islam, sebaliknya dihantar ke Kewaja.

Pelayan pelanggan (GRO) itu nekad mahu menjual bayinya kerana mendakwa tidak mampu menjaganya sebaik lahir kelak.

Dalam pada itu, Ruzitah berkata, hampir 500 pasangan dalam senarai menunggu untuk mengambil anak angkat dari rumah berkenaan dan jumlah itu meningkat dari semasa ke semasa.

"Kami memberi keutamaan kepada pasangan yang berkahwin lima hingga enam tahun tapi masih tidak mempunyai zuriat," katanya yang dipanggil mama di kalangan penghuni.

Pihaknya juga, katanya, tidak menggalakkan individu yang belum berkahwin untuk memohon kerana memikirkan nasib kebanyakan bayi terbabit dilahirkan tanpa bapa, jadi biarlah mereka dijaga keluarga yang dapat memberi didikan agama yang sempurna.

Menurutnya, kini terdapat 50 wanita berusia lingkungan 20-an menunggu masa di rumah itu untuk melahirkan anak masing-masing.

"Sebaik bayi dilahirkan di klinik panel terpilih, anak itu bersama ibunya akan dijaga sehingga habis tempoh berpantang. Jika si ibu mahu menjaga sendiri bayinya, kami akan meminta pihak keluarga mengambil mereka.

"Bagi yang tidak mahu menjaga bayinya pula, kami akan mengurus urusan berkaitan pengambilan anak angkat mengikut prosedur yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Ruzitah berkata, pihaknya juga akan menyaring setiap pasangan yang mahu mengambil anak angkat dari rumah itu bagi mengelak kejadian yang tidak diingini pada masa depan.

"Sejak Kewaja ditubuhkan 20 tahun lalu, sudah lebih 3,000 bayi dilahirkan di sini diserahkan kepada keluarga angkat," katanya. -hm


Bayi ditempah RM22,000

INSAF...Suzie menunggu masa untuk bersalin.

KUALA LUMPUR: "Bayi ini sudah ditempah pada harga RM22,000," kata seorang wanita yang kini menunggu masa untuk melahirkan kandungannya itu kepada dua wartawan Harian Metro yang bertemu dengannya di sebuah restoran di Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.

Dia yang memperkenalkan diri sebagai Suzie, 22, berkata satu pasangan suami isteri bukan Islam menyatakan hasrat membeli bayi berkenaan ketika kandungannya masih berusia lima bulan.

Pertemuan tanpa dirancang itu berlaku ketika penulis menikmati makan malam apabila ternampak Suzie bersama seorang rakan sekerjanya mencari meja untuk menjamu selera di restoran sama.

Melihat keadaan Suzie yang sarat mengandung sembilan bulan itu, penulis menawarkan tempat untuk dia duduk semeja.

Dalam perkenalan singkat itu, wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) terbabit mula menyatakan hasrat untuk menjual bayinya sejurus dilahirkan kelak kepada pasangan suami isteri berkenaan.

"Saya sayangkan bayi ini, tetapi kerana kos sara hidup tinggi di ibu kota, saya terpaksa menjualnya," katanya ketika pertemuan itu.

Menurutnya, dia nekad mahu menjual bayi dikandungnya itu kerana berasakan tidak mampu menjaganya apabila dilahirkan kelak.

Selain itu, katanya pasangan terbabit mendakwa akan menanggung segala kos bersalin termasuk pembedahan dan perubatan serta mendapatkan sijil beranak sah buat bayi yang bakal dilahirkannya itu.

Mendengar cerita itu, penulis menasihatinya tidak berbuat demikian dan memujuknya ke Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja) di Gombak, untuk bersalin dan dijaga sepanjang berpantang.

Tiga minggu selepas pertemuan pada awal November lalu itu, Suzie dibawa ke rumah berkenaan selepas dia bersetuju cadangan penulis.

Sebaik tiba di Rumah Kewaja, Suzie kelihatan keberatan untuk tinggal di pusat itu, tetapi selepas dipujuk pemilik rumah perlindungan berkenaan, dia bersetuju menginap di situ dan menjalani kehidupan baru.

Wanita terbabit mengakui terdetik rancangan untuk menjual bayi dalam kandungannya itu selepas teruja dengan jumlah wang ditawarkan pasangan berkenaan.

Menceritakan lebih lanjut, menurut Suzie, dia didatangi pasangan suami isteri itu ketika melepak di Bukit Bintang dan mereka mendakwa sudah berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak.

"Pasangan itu menghampiri saya kerana perasan perut saya besar. Ketika itu, usia kandungan baru lima bulan.

"Saya bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam terkemuka, namun takdir mengubah hidup saya apabila berjumpa teman lelaki yang mendakwa mahu mengahwini dan mengubah diri saya kepada kehidupan lebih baik," katanya ketika ditemui semula di rumah perlindungan itu.

Difahamkan, dia memilih jalan hitam dengan bekerja sebagai GRO selepas terpengaruh kehidupan mewah seorang rakan.

Tambahan pula, Suzie mendakwa dia dilahirkan dalam keluarga pincang dan tidak pernah menerima perhatian serta kasih sayang ibu dan bapa menyebabkannya keluar rumah dan memulakan hidup sendirian.

Menceritakan bagaimana dia boleh mengandung anak luar nikah, Suzie berkata semuanya bermula apabila mengenali seorang lelaki berusia 30-an di kelab malam tempatnya bekerja.

Selama dua tahun hubungan Suzie dan lelaki itu tidak ubah seperti pasangan suami isteri sehingga satu hari dia mengetahui lelaki terbabit sudah berkahwin.

"Saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa isteri teman lelaki saya dan sebaik ditanyakan perkara itu, teman lelaki saya mengaku sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

"Hancur luluh hati ini apabila mengetahui perkara itu, namun kerana sayang kepadanya, saya bersabar sehingga satu hari saya disahkan hamil," katanya.

Namun, apabila mengetahui perkara 'gembira' berkenaan, dia ditinggalkan lelaki terbabit kerana tidak percaya anak yang dikandungnya itu hasil hubungan cinta mereka.

Suzie yang pada mulanya mahu menggugurkan kandungannya 'menyimpan' janin terbabit kerana kononnya mahu teman lelaki bertanggungjawab, tetapi lain jadinya, sehinggalah didatangi pasangan berkenaan yang ingin membeli bayi itu.

Dia yang kini tinggal beberapa hari saja untuk bersalin, mengakui insaf dan tekad untuk membela bayinya itu sendiri selepas diberi suntikan semangat dan bimbingan agama sepanjang tempoh ditempatkan di rumah perlindungan berkenaan. -hm


Foto Menarik Dan Unik Dari Beberapa Bahagian Dunia

Posted: 09 Dec 2010 03:58 PM PST

Foto Menarik Dan Unik Dari Beberapa Bahagian Dunia

Menarik. Ia hanya terdapat di negara yang disebutkan dan tidak mungkin atau sekurang-kurangnya terlalu tipis untuk ditemui di tenpat lain.

Lihatlah beberapa peristiwa yang terjadi di beberapa negara ini sungguh unik dan bisa membuat kita kaget melihatnya..Peristiwa-peristiwa tersebut hanya terjadi di Australia, China, Hawai, Indonesia, India, Texas, Thailand, Jepang, dll... yang sulit untuk ditemukan di negara-negara lain.


Hanya di Australia


Hanya di China


Hanya di Hawai


Hanya di Indonesia


Hanya di Texas


Hanya di Thailand


Hanya di India




Hanya di Jepang



Kenaikan Tarif Elektrik: Petanda BN Akan Ditumbangkan Rakyat

Posted: 09 Dec 2010 07:15 AM PST

Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.- Bernama

Amah Bunuh Isteri Majikan Kerana Cemburu

Posted: 09 Dec 2010 05:30 AM PST

Cemburu punca amah bunuh isteri majikan

SUSPEK kes bunuh warga emas di Kampung Lubuk Tapah dibawa polis ke mahkamah untuk mendapat perintah reman.

KOTA BHARU: Hubungan sulit antara suami dan pembantu rumah warga Indonesia dipercayai punca pergaduhan dan seterusnya pembunuhan ngeri seorang wanita warga emas di di Kampung Lubuk Tapah, kelmarin.

Mangsa Yeap Seok Pen, 60, yang juga mempunyai penyakit parkinson sejak beberapa tahun lalu mengesyaki amah yang juga suspek berusia 21 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, Lee Lai Wing, 64.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mazlan Lazim, berkata mangsa cemburu dengan layanan suaminya terhadap suspek yang dikatakan malas bekerja tetapi suami mangsa tetap memberi layanan yang baik.

"Ketika kejadian, mereka dipercayai bergaduh sehingga ada jiran mendengarnya.
Suspek yang tidak tahan dengan sikap Yeap, mengambil sebilah pisau lalu menikamnya bertubi-tubi di muka," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Melihat mangsa berlumuran darah, pembantu rumah itu melarikan diri.

Semalam, akhbar melaporkan seorang wanita warga emas mati berlumuran darah di ruang tamu rumahnya dipercayai ditikam penyerangnya di Kampung Lubuk Tapah, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu, Yeap dikatakan tinggal berdua bersama seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 21 tahun.

Kejadian itu disedari anak lelaki Yeap, Lee Che Keng, 20-an, yang pulang ke rumah pada jam 2 petang.

Suspek yang ditahan polis kelmarin, direman selama tujuh hari bermula semalam. -BH


Remaja Diserang Sawan Sewaktu Dicekup Berkhalwat

Posted: 09 Dec 2010 04:00 AM PST

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu, di sini, kelmarin, tiba-tiba rebah dan diserang sawan ketika disiasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Keadaan itu menyebabkan anggota penguat kuasa dan teman lelakinya berusia 32 tahun panik apabila mulut remaja terbabit berdarah, lidah tergigit dan seluruh badannya kekejangan.

Berikutan itu, anggota penguat kuasa Jaik terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, serta dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, remaja terbabit dari Tongkang Yard, di sini, ditahan bersama pasangannya dari Hutan Kampung, di sini, dalam operasi sempena Maal Hijrah.

Beliau berkata, lelaki terbabit turut diambil keterangan kerana disyaki bersekedudukan dengan remaja itu sejak malam Selasa lalu di motel berkenaan.

"Ini kes pertama membabitkan kejadian seperti ini, tetapi tindakan pantas anggota kita mengawal keadaan menyebabkan remaja itu dapat diselamatkan.

"Bagaimanapun, kita akan menahan remaja itu sebaik keluar wad untuk diambil keterangan dan hanya dibebaskan dengan jaminan keluarga sehingga menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah," katanya.

Menurutnya, di motel sama, pihaknya turut menahan dua pelajar tahun akhir sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disyaki berkhalwat, kira-kira jam 5.15 petang.

Beliau berkata, remaja perempuan berusia 19 tahun itu memberi alasan tinggal seorang diri kerana baru pulang bercuti di rumahnya di Johor manakala teman lelakinya berasal dari sini hanya datang menemaninya.

"Bagaimanapun, ketika serbuan, pintu bilik mereka tertutup rapat dan apabila diketuk mereka mengambil masa lama sebelum membukanya.

Menurutnya, operasi bermula jam 2 petang hingga 8 malam itu membabitkan 28 anggota yang tertumpu sekitar hotel murah di Jalan Pegawai, Simpang Kuala, Shahab Perdana dan Jalan Lencong Barat, di sini.

Beliau berkata, semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 32 tahun dengan tiga daripada mereka pelajar universiti dan dua pelajar manakala selebihnya bekerja sekitar negeri ini.

"Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1)dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung hingga mendatangkan syak yang jika dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

"Kebanyakan pasangan memberi alasan menumpang di bilik hotel untuk berseronok," katanya. -hm

Isteri Kedua Pengerusi SYABAS Tuntut Cerai

Posted: 09 Dec 2010 02:57 AM PST


Isteri Kedua Pengerusi Syabas Fail Cerai

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Permohonan Justynn Cassandra, 25, difailkan pada bulan lalu dan permohonan tersebut disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang pada Rabu.

Pada prosiding itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Rozali memohon mahkamah memberikan masa selama tiga bulan untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu secara baik.

"Saya dimaklumkan oleh anak guam bahawa mereka masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai permohonan ini," tambah Fakhrul Azman.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn.

"Tempoh tiga bulan adalah terlalu lama kerana mereka sudah tidak bersefahaman. Saya mohon diberikan dua minggu untuk mereka berbincang," katanya.

Ab Malik kemudian membenarkan kes tersebut ditangguhkan sehingga 4 Januari depan untuk Rozali membuat keputusan terhadap permohohan plaintif.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga pada 2006 di Perlis dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan setahun.

Ulasan GB

Isteri kedua berumum 25 tahun. Tak kisah ler sebab gaji anda berjuta setahun. Tapi nama isteri Justynn Cassandra. Apa bangsanya, apa agamanya? Itu pun tak kisah ler. Tapi takkan gaji berjuta pun tak boleh jaga hati seorang isteri lagi? Kalau demikian memang tak berair lah orang Selangor asyik nak tanggung gaji anda seorang sampai SYABAS terpaksa naikkan tarif air.

Mujur memo air dapat diserahkan kepada Agong.

Setiap kebatilan pasti akan terdedah jua. Nak lari mana?

Seks Paksaan - Seorang Suami Didakwa

Posted: 09 Dec 2010 02:00 AM PST

Peniaga dituduh paksa isteri seks

MELAKA: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.

Beliau yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan itu ke atas isterinya yang berumur 29 tahun, di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, di sini sehingga menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu pada kira-kira jam 5 pagi, pada 2 Jun 2008.

Tertuduh dan isterinya kini masih dalam proses perceraian.

Pegawai pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh tetapi selepas mendengar rayuan, Muhammad Hazri membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM6,000.

Beliau kemudian menetapkan 20 Januari 2011 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh melantik peguam bela. -BH

Ulasan GB

Sekadar mencatatkan hadith-hadith

Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Apabila seorang istri bermalam meninggalkan atau menjauhi tempat tidur suaminya, maka malaikat akan mengutuknya sampai pagi."[Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad dan Ad-Darami]

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Demi ALLAH yang jiwaku di tangan-NYA, apabila seorang laki-laki memanggil isterinya tidur ke ranjang, tetapi si isteri enggan (menolak), maka penduduk langit [malaikat] marah kepadanya hingga suaminya memaafkannya."
[Muslim]


Tiada ulasan: