Khamis, 2 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Remaja ditembak mati di Ipoh

Posted: 01 Dec 2010 09:00 PM PST

Lagi kisah remaja mati ditembak, tapi kali ini bukan ditembak oleh Polis, remaja berkenaan mati ditembak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang bersenjatakan pistol. Malaysia ni dah macam dalam cerita filem tembak-tembak Hong Kong dah.

Seorang remaja mati selepas ditembak seorang lelaki bersenjatakan pistol di depan sebuah pasar mini di Taman Bertuah, Kampung Tawas, di Ipoh, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata, Regan a/l Mani, 17, mati di tempat kejadian akibat ditembak tiga das dari jarak dekat dalam kejadian pada 6.30 petang itu.

Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Azisman berkata siasatan polis mendapati penjenayah itu menaiki sebuah motosikal bersama seorang kawannya.

Ketika kejadian, Regan sedang minum bersama beberapa rakannya di hadapan kedai berkenaan, katanya.

Azisman berkata polis belum mengetahui punca kejadian.

Beliau meminta sesiapa yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Ipoh di nombor telefon 05-2451500 untuk membantu siasatan. mk



ReJaM© "Diorang ni banyak terpengaruh cerita Hong Kong kot..."

Bas untuk wanita sahaja RapidKL

Posted: 01 Dec 2010 04:54 PM PST

Malaysiakini melaporkan berita yang dipetik dari akhbar BERNAMA tentang RapidKL yang memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai semalam hingga 31 Disember.

Menurut kenyataan Bas RapidKL semalam, ia adalah tambahan kepada operasi biasa syarikat berkenaan dan menyediakan perkhidmatan berbaloi kepada orang awam.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni).

Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Beliau berkata Rapid Bas Wanita tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada syarikat itu kerana ia akan menggunakan bas tambahan.

Walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan.

Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.



ReJaM©

Anwar dan Nik Aziz sambut seruan Satu Malaysia!

Posted: 01 Dec 2010 03:50 PM PST

Sebelum ini keluar laporan berita di Malaysiakini tentang Anwar Ibrahim akan melantik bukan Melayu iaitu Lim Kit Siang menjadi TPM sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Kenyataan itu kemudiannya disambut baik oleh Mursydul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz sebagai bersetuju dengan cadangan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk memberikan jawatan TPM kepada DAP sekiranya berjaya menawan Malaysia.


Ramai pihak yang menentang kenyataan itu, tidak perlulah dinyatakan di sini kerana anda boleh lihat sendiri di dada-dada akhbar memandangkan isu ini dijangkakan akan menjadi isu hangat untuk melariskan media-media arus perdana.

Namun kalau difikirkan dari satu sudut, ini merupakan satu lagi kejayaan Dato Seri Najib Tun Razak di dalam kempen Satu Malaysia yang dicanangkan selama ini. Ini kerana jelas sekali kedua-dua tokoh terkuat di dalam pakatan pembangkang Malaysia menyambut baik kempen satu Malaysia yang menolak sebarang prejudis terhadap bangsa.

Najib bersusah payah menjalankan kempen Satu Malaysia, sekiranya rakyat menyambut baik kempen itu, bukankah satu kelegaan dan menunjukkan usaha kerajaan selama ini berjaya? Perlu diingat walaupun Anwar Ibrahim dan Nik Aziz merupakan orang kuat pembangkang, namun mereka juga rakyat Malaysia. Sekiranya mereka bukan rakyat Malaysia, masakan boleh menjadi pemimpin pembangkang Malaysia?

Dengan sambutan baik pemimpin pembangkang ini, Najib seharusnya berbangga bukan sahaja kempennya berjaya menarik pemimpin Pakatan Pembangkang, malah mereka turut mempromosikan konsep itu kepada penyokong-penyokong pembangkang yang lain. Kalau pemimpin boleh terima apa lagi penyokong, terutama penyokong fanatik.

Sejak dari Merdeka lagi usaha menerapkan perpaduan tidak pernah lekang dalam rencana kerajaan setiap tahun. Lihat sahajalah dalam setiap kali rancangan Malaysia, dari rancangan Malaysia pertama sehinggalah yang ke sepuluh, kempen perpaduan telah menjadi keutamaan kerajaan. Kini konsep itu mulai diterima secara lebih jelas.



ReJaM© "Penyokong Najib sepatutnya turut berbangga!"

Ular berkepala 7 di Terengganu (Photo)

Posted: 01 Dec 2010 03:21 AM PST


Bagi penduduk yang tinggal di area Terengganu, di daerah Maran (Marang diperbetulkan tertinggal huruf) tentu ada segelintir yang sudah menyedari tentang berita heboh yang disampaikan oleh orang ramai, mengenai kewujudan ular kepala 7. Bermacam versi cerita boleh didengar dari mulut ke mulut tentang kisah ular berkepala 7 ini.

Gambar ular di atas dikatakan sudah sekian lama tersebar melalui sistem blutooth dari handphone ke handphone dan juga mms. Namun begitu kisah sebenar tentang gambar ular berkepala tujuh ini tidak dapat dipastikan kerana pelbagai cerita dan spekulasi ditimbulkan mengenai ular ini.

Ada yang mengatakan orang mengambil gambar ini sempat merakamkan rupa susuk ular ini sebelum bertempiaran lari kerana dikatakan ular ini boleh mengejar mangsanya yang dianggap mengganggu. Apapun kisah ini sekadar hiburan santai yang tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.





ReJaM© "Kalau cerita ni betul kira spesis baru kot ular nih!"

Tiada ulasan: