Merah Hitam |
| Human Right Vs Makkal Sakhty...mana satu pilihan hati? Posted: 19 Dec 2010 07:35 AM PST Bila salah seorang dari ahli keluarga ditahan dibawah ISA, siapakah orang yang paling terkesan?Mestilah anak,isteri dan adik-beradik yang lain.Ketika perasaan risau,susah hati, marah, sedih bertamu dihati kerana kehilangan orang tersayang, segala kesengsaraan itu ditambah pula dengan gangguan polis SB dan persepsi negatif masyarakat....Susah hendak menggambarkan segala kesukaran tersebut...hanya yang pernah mengalaminya saja dapat menceritakan betapa buruknya akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) ini. Pada tahun 2007, suamiku- Mat Sah telah 5 tahun merengkok tanpa bicara di Kem Kamunting.Ketika itu,majoriti yang ditahan adalah orang Melayu Islam yang dituduh sebagai pengganas. Dari maklumat dalaman Kem, hampir tiada bangsa India yang ditahan bertahun-tahun di Kem Kamunting.Adakah ini bermakna orang India kebal dari ISA?....Tiba-tiba, pada bulan Desember tahun itu, 5 lelaki berbangsa India yang dikatakan sebagai pemimpin HINDRAF, membuktikan bahawa diabad 21 ini,ISA masih digunakan tanpa mengenal siapa!!! Penahanan 5 lelaki ini memang menggemparkan seluruh kaum India dan inilah permulaannya mereka tahu diMalaysia ini ada akta zalim ISA! Ini kenanganku bersama isteri P.Uthayakumar, kini sebagai Presiden Parti Human Right (Parti Hak Asasi).Ketika itu,P.Uthaya menjadi teman se blok dengan suamiku di dalam Kem Kamunting.Uthaya dibebaskan pada awal tahun 2009 dan suami dibebaskan pada akhir tahun yang sama.Pada tahun 2009, kesemua 5 pemimpin HINDRAF telah dibebaskan. Mereka ditahan kurang dari 2 tahun!!! Tema Makkal Sakhti yang telah di gunakan untuk menyedarkan rakyat India tentang ISA,telah dijadikan sebuah parti politik dan mendapat restu PM Najib.Parti Makkal Sakhti telah wujud untuk kaum India...setakat manakah keberkesanan parti itu? Kini, 2010, sekali lagi kaum India terpaksa berhadapan dengan dilema bila satu parti baru telah lahir iaitu parti Hak Asasi manusia (Human Right Party). Sebelum PRU 2008, kaum India semuanya bersatu kerana pemimpin mereka ditahan dibawah ISA. Kesatuan itu telah membuktikan bukan kaum India saja, malahan kaum Cina juga turut berganding bahu untuk membuang akta zalim tersebut.... Namun, dengan kehadian 2 party untuk kaum India, yang mana satukan akan menjadi pilhan mereka? Bagaimanakah nasib mereka yang mendakwa disisihkan lebih 50 tahun oleh BN? |
| You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan