labun KulupSakah... |
| Posted: 19 Dec 2010 08:53 PM PST ![]() sarapan di gerai dalam masjid. di dalamnya ada datuk ujang bagong (lelaki tua yang duduk itu). orang kajang kalau tak kenal atuk ni memang patut pindah ke tembeling. seisi hulu langat kenal bekas adun ni. dia otai kajang. jangan korang gaduh dengan dia, orang kajang pasti marahkan kamu. dia bagai bapa di sini. dulu hanya drebar lori sampah. tuhan punya kuasa, dia boleh jadi yb suatu ketika. stylo - rantai emas besar, ada kalimah allah dan muhammad, cincin penuh. beberapa kali masuk wad tapi keluar dan sehat semula. "amalan bersedekah saya yang memanjangkan umur saya." katanya. ada orang sinis menyatakan dia suka menunjuk-nunjuk ketika bersedekah tapi mana kita tahu keikhlasan hatinya? tahun lepas, duit pencen setahunnya telah disedekah ke palestin. sesiapa yang nak jadi yb atau dihormati rakyat harus belajar dari beliau. jangan nyombong dan nak tunggu orang lain menegur kita dulu, dia sebaliknya. ramai penjaja jalanan terhutang budi kerana beliau banyak membela nasib mereka. mungkin kerana asal-usul beliau sebagai orang bawahan membuat beliau mengerti rintihan orang bawahan. yb cikgu lee - adun kajang hari ini menyifatkan datuk ujang adalah kesayangan kajang. pagi itu kami makan percuma. ![]() di dalam gerai itu ada seorang lelaki. dia kemudiannya menegur kami. katanya dia hendak ke dengkil mencari masjid-masjid dan surau. "saya boleh beri ceramah, tazkirah dan macam-macam." katanya. "tak tanya masjid kajang?" tanya aku. "sini layanan kurang." cemiknya. katanya dia muallaf dan baru habis belajar pondok. dengan ilmunya dia boleh mengajar. "tapi berhentilah merokok!" kata sham sebaik saja lelaki itu cuba membakar rokoknya. "perjuangan pertama menahan nafsu merokok!" kata aku. dia terkerenyin tak jadi merokok. * gambar di atas relevan dengan entry ini |
| Posted: 19 Dec 2010 08:43 AM PST 1. otak di kulup pulang berniaga selalu lewat malam. masalah yang sering dihadapi ialah nak parking kereta. ini kerana ada beruk yang suka parking ikut suka dia je. kereta melintang sampai makan dua ruanglah, parking memblok laluanlah...ni pun nak kena ajarka? ks: sepatutnya beruk tak dibenarkan membawa kereta. 2. kulup di otak dalam keadaan belum menjawab segala bantahan bertulis beserta bukti chegubard tentang kecacatan JPP dalam pemilihan pkr, parti itu melantiknya menjadi timbalan setiausaha agung pusat. chegubard yang tewas dalam pertandingan jawatan ketua angkatan muda keadilan kepada shamsul iskandar terus menanti respondari pusat dan sehingga hari ini segala dakwaan beliau dipetisejukkan / tiada jawapan / membisu. lantikan itu disifatkan penyokong chegubard sebagai satu penghinaan kerana cuba menggula-gulakannya dengan jawatan sedangkan yang dimahukan adalah jawapan. ks: yennadey pkr????? ennasurlee? 3. otak berkulup kawanku, seorang reformis otai yang sangat berbakat akhirnya telah menyeberang ke umno. dia yang bakatnya selalu digunakan kawan2 jarang sangat berkira demi perjuangan tetapi setelah mereka menjadi yb, kawanku ni jarang diperlukan. tiada job untuk dia. dia terpaksa bekerja dengan seorang datuk umno demi survival. anak isterinya perlu hidup apatah lagi isterinya sakit hilang upaya. pujukan beberapa kawan gagal mengubah keputusannya. jauh di sudut hati - aku ucapkan syabas kepada dia. selamatkan keluarga kamu dulu. kamulah wira anak isterimu. dia kata dia akan gunakan bakatnya untuk lawan semula PR. aku tak kisah. jika ditakdirkan kami bertemu 1 by 1 di tengah medan tempur, aku takkan halakan pedangku padanya. aku pun sengkek maka itu aku melukis. lukisan di atas bertajuk "penjaja di masjid kajang" menggunakan teknik crosshatching dengan pen teknikal. ia bersaiz 24" x 18" dan berharga rm380. kanvas ini terus boleh gantung tak yah diframe lagi.. untuk membayangkan besar mana, sila lihat gambar jejaka jelita di bawah bersama lukisannya. zunar menawar diri membeli tetapi aku sedikit keberatan untuk menjual kepada sahabat/guru yang dah banyak memberi sesuatu kepadaku. sapa nak beli email ronasina@gmail.comks: jejaka jelita yang berposing ala gedek itu akan berusia 37 tahun 26 disember ini. sekian. |
| You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan