Rabu, 22 Disember 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


PRK DUN TENANG - PR BUAT KEPUTUSAN TEPAT DAN BIJAK

Posted: 21 Dec 2010 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS
PR telah membuat satu keputusan yang tepat dan bijak apabila memilih PAS sebagai parti yang akan mewakili PR di dalam PRK Dun Tenang, Johor nanti. Walaupun pengundi kaum Cina di Dun Tenang lebih kurang 30 %, PAS memang berkemampuan berhadapan dengan Umno/Bn di kerusi tersebut.

PKR sudah tentu belum bersedia untuk bertanding pada ketika ini kerana PKR masih di dalam proses pemulihan dalaman setelah berlangsungnya pemilihan pimpinan di dalam partinya baru-baru ini. DAP juga dilihat tidak bersesuaian bertanding di kerusi tersebut kerana kaum Melayu boleh dikatakan menjadi majoriti di Dun berkenaan.

PAS tiada masalah untuk menarik undi dari kaum Cina kerana sudah tidak menjadi pelik lagi kaum Cina menyokong PAS. Mungkin sedikit masalah bagi PAS adalah untuk menarik undi dari kaum Melayu yang mengaku Islam. Tidak pelik juga jika terdapat orang Melayu yang mengaku Islam masih tidak mahu kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sekian lama. Ini semua adalah kerana mereka telah dilatih dan ditanam di dalam jiwa mereka bahawa hanya Umno sahaja yang memperjuangkan Islam.

Seandainya di dalam PRK kali ini, Umno tewas kepada PAS maka ini bermakna saat kejatuhan Umno semakin hampir. Terlalu banyak isu yang boleh dimainkan oleh PR di dalam kempen yang akan berlangsung nanti. Isu ketuanan Melayu, isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan, isu berkaitan masalah sosial dan keselamatan dan berbagai isu lagi yang tidak mungkin mampu Umno/Bn menjawabnya. Hanya media haprak sahaja yang boleh digunakan oleh Umno untuk menegakkan benang basah mereka.

Justeru itu, PR mestilah menggunakan saluran media yang kita ada untuk menyampaikan segala maklumat dan pendedahan tentang penipuan Umno/Bn. Saya menyeru kepada semua rakan Blogger agar kita bersatu untuk menyerang Umno/Bn dari semua sudut. Kita harus bangkit untuk membantu PR untuk menumbangkan Umno/Bn yang sentiasa mahu menghisap darah rakyat tidak kira Melayu, Cina, India dan semua kaum di negara ini. Umno wajib kita hapuskan dari bumi bertuah ini dan rakyat wajib kita selamatkan./wfauzdin.blogspot.com

APABILA EZAM SESUMPAH TIDAK BERANI BERSUARA TENTANG RASUAH

Posted: 21 Dec 2010 10:33 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah menyebut bahawa rasuah adalah isu negara dan masyarakat, dan tidak seharusnya ia dipolitikkan. Beliau berkata demikian ketika pelancaran bukunya yang bertajuk " Islam dan Persoalan Rasuah'. Ternyata apa yang diperkatakan oleh Ezam sesumpah ini amat bertentangan dengan tajuk buku yang beliau baru lancarkan itu.

Apabila Ezam sesumpah menyebut perkataan Islam di dalam tajuk bukunya, maka semenjak bila rasuah boleh dipisahkan dari hukum Islam? Sudah tentu rasuah ada kaitannya dengan hukum Islam. Jika Ezam sesumpah yakin bahawa rasuah ada kaitan dengan hukum Islam, ini bermakna rasuah juga ada kaitan dengan politik. Bukankah politik tidak dapat dipisahkan dari agama yakni Islam? Kecuali, jika Ezam sesumpah menganut fahaman yang sama dengan puak-puak yang mengasingkan politik dan agama.

Semasa Ezam sesumpah menjadi pejuang rakyat sewaktu berada di dalam Keadilan dulu, isu rasuah tidak pernah henti dari mulutnya di mana-mana beliau berceramah samada di pentas PAS atau PKR. Ini memberi erti Ezam sesumpah ketika itu yakin bahawa rasuah adalah isu politik juga. Bahkan, beliau pernah menyebut di dalam ceramahnya betapa di rumah Najib ada pasu bunga yang besar dan mahal harganya. Untuk apa Ezam sesumpah berkata begitu jika tidak untuk menggambarkan Najib ini terlalu kaya orangnya. Kekayaan itu datangnya dari mana?

Di dalam ceramahnya ketika itu, tidak henti-henti Ezam sesumpah memuji memuja DS Anwar kerana komited dan tegas di dalam membasmi amalan rasuah. Beliau menceritakan bagaimana DS Anwar sewaktu memangku tugas PM dan Presiden Umno ketika Tun Mahathir di luar negara, DS Anwar sempat membentang akta rasuah yang tegas kepada semua termasuk jemaah Menteri. Itulah kehebatan DS Anwar di dalam membenteras rasuah, kata Ezam sesumpah di dalam ceramahnya. Ini memberi erti bahawa amalan rasuah boleh dikurangkan atau dihapuskan dengan penguatkuasaan dan undang-undang. Bagaimana untuk melakukan penguatkuasaan atau undang-undang jika tidak melalui kuasa? Bagaimana untuk mendapatkan kuasa jika tidak berpolitik?

Sebenarnya Ezam sesumpah sudah `malu alah' atau begitu dayus untuk membicarakan rasuah semenjak beliau ber`mazhab'kan Umno. Mulut Ezam sesumpah sudah dikunci rapat untuk menyebut darihal rasuah oleh Najib yang menganugerahkannya Senator. Justeru itu, Ezam sesumpah mencari helah bagaimana untuk menunjukkan betapa rasuah itu bukan isu politik.

Patutlah kita sudah lama tidak mendengar suara Ezam sesumpah yang lantang menyebut tentang rasuah. Kita sudah lali dengan cerita darihal `Anwar, Anwar, Anwar,' dari mulut Ezam sesumpah. Perjuangannya kini hanya untuk memburukkan DS Anwar semata-mata. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar oleh Ezam sesumpah di atas perlantikan Senatornya itu.

Jelas, apa yang kira jangka selama ini amat tepat sekali. Ezam sesumpah yang dulu kita kenali tidak takut berbicara apa jua penyelewengan yang berlaku, kini terlalu jauh berubah. Ezam sesumpah hanya berdaya menyebut tentang peribadi dan hal DS Anwar sahaja. Kesihan Ezam yang telah di`lacur'kan sedemikian rupa oleh Umno. Begitulah pembalasan Allah kepada pengkhianat perjuangan rakyat./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: