MANDOR.BLOGSPOT.COM |
SINGAPURA DAKWA NAJIB PEMIMPIN LEMAH ? Posted: 13 Dec 2010 05:00 PM PST Oleh Suara Keadilan KUALA LUMPUR 12 Dis - Laman web WikiLeaks membuat pendedahan mengenai pandangan pegawai kanan pentadbiran Singapura bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir negara. Pandangan pemerintah Singapura itu terkandung dalam transkrip kabel diplomatik di antara beberapa pegawai kanan Singapura dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat yang didedahkan oleh laman web Wikileaks Dalam laporan akhbar mingguan Australia, The Sunday Age hari ini, akhbar itu mendedahkan perbincangan antara pegawai kanan Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh dengan pegawai Amerika Syarikat. Perbincangan sulit itu bukan sahaja melabelkan Najib sebagai pemimpin lemah tetapi juga menyifatkan pemimpin Umno-BN seperti mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kategori yang sama. Malah pemerintah Singapura melihat Presiden Umno itu sebagai seorang opportunis dan meletakkan faktor imej 'kemerosotan' Malaysia ditangan beliau serta pimpinan Umno-BN yang lemah. Laporan The Sunday Age menyatakan semasa perbincangan yang berlaku pada September 2008, pegawai kanan hal ehwal luar Singapura Bilahari Kausikan memberitahu timbalan setiausaha pertahanan Asia Timur David Sedney bahawa 'keadaan di Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya dicetuskan kemungkinan oleh konflik perkauman yang bakal menyaksikan kaum etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura. "Berikutan kempimpinan yang lemah, adalah menjadi masalah yang nyata kepada Malaysia dan Najib perlu mempertahankan kedudukan politiknya untuk mengelak pendakwaan berhubung pembabitannya dengan kes kata Bilahari Kausikan. Kausikan menyimpul masa depan Najib diibarat telur di hujung tanduk kerana dakwaan pembabitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu. Sebelum itu Peter Ho menganggap politik Najib terus dibayangi skandal pembunuhan kejam tersebut dan sebagai seorang opportunis beliau tidak akan teragak-agak mengambil pendirian kritikal terhadap Singapura jika keadaan mendesak beliau berbuat demikian. Perbincangan pegawai kanan Singapoura dalam transkrip itu juga menyentuh nasib politik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Abdullah. "Pisau politik mengancam menikam Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi yang tidak disukai ramai pihak kerana beliau mencapai kedudukannya melalui perhubungan keluarganya," kata Ho. Pendedahan lebih 250,000 kabel diplomatik negara-negara seluruh dunia oleh Wikileaks telah menyebabkan perasaan tidak selesa di kalangan beberapa kerajaan termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara Timur Tengah. Laman web itu juga mendedahkan sekitar 1,000 transkrip kabel diplomatik berkaitan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia. |
ANWAR SASARAN UTAMA MEREKA SEBELUM PAS Posted: 13 Dec 2010 02:41 AM PST MENGAPA Najib dan kuncu-kuncunya dewasa ini setiap hari menyerang DS Anwar? Mengapa media pencacai seperti TV3 suku dan UTusan Meloya juga melakukan perkara yang sama seperti Najib dan Umno lakukan? Tidak lain tidak bukan, mereka mahu menghancurkan PR keseluruhannya. PR tidak boleh dihancurkan tanpa `membunuh' karier DS Anwar di dalam politik. DS Anwar tidak akan dapat `dibunuh' selagi PKR masih kuat. Justeru itu, PKR mesti dihancurkan terlebih dahulu. Cara untuk menghancurkan PKR adalah dengan memburuk-burukkan kredibiliti DS Anwar sehingga rakyat tidak lagi meyakini PKR. Maknanya DS Anwar dan PKR adalah musuh utama buat Umno. Adakah PAS akan `mati' jika DS Anwar tiada? Sudah pasti jawapannya tidak kerana PAS tidak pernah bergantung nasib dan kekuatan dengan individu. Namun demikian, tanpa DS Anwar PAS tidak mudah untuk mendapat sokongan dari golongan bukan Islam di samping mungkin menjejaskan kerjasama dengan DAP. Sekiranya matlamat Umno untuk `nyahkan' DS Anwar dari politik negara berhasil, maka kerja agak mudah untuk Umno berdepan dengan PAS pula. Umno tahu bahawa PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menggantikan parti mereka yang sekular itu sebagai parti pilihan orang-orang Melayu di masa akan datang. PAS mesti dimusnahkan segera, maka untuk mencapai tujuan itu DS Anwar mesti dihapuskan terlebih dahulu. Umno sedar bahawa PAS tetap utuh tanpa DS Anwar, tetapi PAS mungkin hilang kawannya dari DAP tanpa DS Anwar. Keutuhan PAS tidak akan ke mana tanpa sokongan kaum Cina dan DAP. Umno telah cuba musnahkan PAS dari dalam, ternyata mereka gagal. Umno juga telah berusaha untuk hancurkan PKR dari dalam dan mereka tetap gagal. Kini, sasaran mereka tertumpu kepada DS Anwar. Setiap hari pemimpin Umno dan media mereka akan bercakap tentang keburukan DS Anwar. Apa yang nyata, lagi banyak mereka bercakap tentang DS Anwar, sokongan terhadap Ketua Pembangkang ini semakin kuat. Tidak mustahil, jika mereka berjaya tundukkan DS Anwar, sasaran mereka selepas itu adalah kepada Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Kekuatan dan pengaruh DS Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz dilihat memberi ancaman kepada mereka untuk menghancurkan PR. Kita akan melihat usaha dari Umno akan berterusan untuk memburukkan DS Anwar. Mereka lupa bahawa rakyat mulai sedar betapa Umno tidak lagi boleh diharap dan dipercayai. Jika tidak menipu rakyat, bukan Umno namanya./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan