Selasa, 14 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Relek Sat Sebelum DiKejar Polis Malam Nanti..

Posted: 14 Dec 2010 12:23 AM PST

Gani Patail Bebas - Dah Agak Dah..

Posted: 13 Dec 2010 11:01 PM PST

Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 "sama sekali" dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam jawapan yang sangat dinanti-nantikan di Parlimen hari ini, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka.

Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.

Umno Tetap Akan Kata DAP Menindas Islam

Posted: 13 Dec 2010 09:01 PM PST

Guru KAFA Pulau Pinang pula dapat RM100 lagi

Semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

azlanSelain bayaran khas kepada guru KAFA itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini juga mengumumkan 7,812 anggota perkhidmtan awam Pulau Pinang akan mendapat bayaran bantuan khas sekolah sebanyak RM800.

"Penerimaan RM800 oleh anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.

"Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini," kata Lim dalam satu kenyataan akbar.


"Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam. Dan saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi," katanya.

NONEMenurut Lim, pembayaran berkenaan datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

Pembayaran RM800 setiap orang itu, katanya melibatkan RM 6.25 juta, yang telahpun dibayar kepada pada 1 Disember 2010

"Penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda kerajaan negeri.

"Sumbangan yang diberikan ini melibatkan 20 jabatan negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)," katanya.

NONEKatanya lagi, bantuan khas itu juga diberikan kepada semua kakitangan awam, termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku jawatan utama dan gred khas.

"Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua. Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini," katanya.

Memalukan Malaysia Di Mata Dunia

Posted: 13 Dec 2010 10:10 AM PST

Rampasan Kuasa Jika BN Kalah Dalam PRU-13

Posted: 13 Dec 2010 05:09 AM PST

Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.

"Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan dating?" katanya lagi.


"Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang," kata Mahfuz kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mahfuz merujuk kepada laporan Sabtu lalu memetik Najib berkata, pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan.

"Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.

"Ini menunjukkan bahawa perdana menteri tidak percaya pada konsep pilihan raya. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak akan membiarkan orang lain menang jika BN kalah. Ini satu tamparan kepada pengundi," kata Ahli Parlimen PAS dari Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendesak Najib agar menjelaskan maksud kenyataan beliau, yang menurutnya sebenarnya ia satu bentuk ugutan.

"Najib perlu memberi penerangan yang jelas, jadi kita semua boleh faham. Kami mahukan satu respons terus.

"Jika beliau tidak memberikan respons, ia menunjukkan bahawa beliau tidak sedia untuk melepaskan kuasa (jika kalah)," kata Khalid.

Kini BN memiliki 138 kerusi Parlimen yang memperuntukkan 222 kerusi manakala PR pula 76 manakala enam adalah anggota Bebas dan dua lagi dimiliki Parti Progresif Sabah. MI

MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH NEGARA

Posted: 13 Dec 2010 04:26 AM PST



"TANAM SENDIRI SAYUR KEKANG KENAIKAN HARGA PASARAN"

Baik tak payah ada menteri kalau keputusannya menyuruh rakyat tanam sendiri sayur..
apa la bebal jawapan bagi macam tu..
Rakyat bagi mandat agar menteri buat sesuatu yang lebih baik untuk rakyat...
Rumah Flat macam mana nak tanam sayur??
cuba bagi jawapan sikit...

Bila minyak naik,adakah menteri bebal ini akan bagitau
korek minyak sendiri untuk elak harga minyak naik...

Bila gula naik adakah menteri akan jawab
Perah tebu sendiri elak harga gula naik...

Berapa banyak pengundi Bera tanam sayur??
berapa banyak pengundi Bera ada pelantar minyak sendiri??
Berapa banyak pengundi Bera tanam tebu di rumah??

Aku pun leh jadi menteri macam tu bodoh!!!
Baik Punya!!!!!

Sumber di sini

Wikileaks: Bagaimana pula dengan tuduhan terhadap Najib?

Posted: 13 Dec 2010 04:09 AM PST

KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.

Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.


Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh Wikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan

Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina "meninggalkan" Malaysia dan "menyusahkan" Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Shaaribu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu".

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan "rasuah", "sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand". Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin "membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu". Katanya, putera itu "tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi".

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau "lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear". Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya "berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir".

Peter Ho

Dalam Mac 2008, Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, "Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam UMNO kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga".

Seperti juga rakan sekerjanya, Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Katanya, "Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)".

Tommy Koh

Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai "orang gemuk yang kalah dan merajuk" apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada "kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan".

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa "kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN".

Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

Jika tidak, Perdana Menteri Najib Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung KeADILan, dengan tajuk asal Laporan Sydney Morning Herald dan Kandungan Kabel Diplomatik Singapura: KeADILan menolak pendapat peribadi yang disensasikan.

Kedahlanie

Tiada ulasan: