MANDOR.BLOGSPOT.COM |
`TUAN HAJI SAIFUL' KE MEKAH, MAHATHIR DAN ANWAR PUN KE MEKAH JUGA Posted: 12 Dec 2010 12:11 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MAKA, berceritalah blog pro Umno dan penyokong tegar tuan `Haji Saiful Bukhari' bahawasanya `Haji Saiful' ini memang sebenarnya menjadi mangsa liwat apabila `Haji Saiful' menunaikan Ibadah Haji ke Mekah baru-baru ini. Dalil mereka, jika `Haji Saiful' ini berbohong tentu sekali beliau mendapat `bala bencana' di Tanah Suci Mekah, itu kepercayaan puak Jahilliyah tersebut. `Haji Saiful' ke Mekah menemani neneknya seperti yang dilaporkan oleh Agenda Daily, laman yang pro Umno. Mengapa `Haji Saiful' kembali ke tanahair dengan selamat tanpa `bala bencana' jika benar beliau menfitnah DS Anwar? Itulah yang menjadi dalil puak-puak yang tidak percaya kepada Hukum Islam dan beriman kepada Allah. Memang benar, sesiapa yang ingin menunaikan Fardhu Haji mestilah berada di dalam keadaan bersih hati dan bertaubat dari segala dosa. Tetapi jika ada yang ke Mekah masih dipenuhi dengan dosa, adakah mereka pasti ditimpa bencana ketika beribadah? Jawapannya, memang ada yang menerima bala bencana atau peringatan dari Allah dan ada juga yang tidak. Bukan sedikit yang ke Mekah terdiri dari pemimpin yang zalim dan menentang Hukum Islam tetapi mereka kembali ke tanahair masing-masing dengan selamat, bahkan meneruskan kezaliman mereka dan berterusan menentang Hukum Islam. Bahkan, diceritakan ramai Jemaah Haji yang ke Mekah bahawa di Mekah sendiri pun begitu ramai pencuri yang berkeliaran. Mengapa tidak ditimpa bala bencana ke atas mereka? Tun Mahathir, bukan sahaja melakukan kezaliman ke atas DS Anwar, bahkan menghina Nabi serta Sunnahnya, tetapi Tun Mahathir pergi ke Mekah dan balik dengan selamat. Lupakah kita dengan kisah Tun Mahathir menghina janggut Nabi? Nabi menyimpan janggut kerana ketiadaan pisau cukur diwaktu itu? Jika Hudud dilaksanaka, maka negara tidak boleh maju kerana ramai orang yang akan kudung tangan. Lupakah kita kata-kata Tun Mahathir itu? Beliau ke Mekah dan selamat pulang bahkan masih menentang Islam sehingga kini. Jadi, apa sangatlah penganiayaan atau fitnah ke atas DS Anwar jika mahu dibandingkan dengan fitnah ke atas Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, kita mesti yakin dengan Allah dan hukumnya. Persoalannya, mengapa kes yang berlaku di antara DS Anwar dan `Haji Saiful' itu tidak dibicarakan secara Islam? Mengapa kes Qazaf yang diminta diadakan oleh DS Anwar ditentang habis-habisan? Mengapa tidak rujuk kepada perundangan Islam? Apa ertinya jika kita menunaikan Haji ke Mekah beribu kali sekalipun jika kita tidak menerima Hukum Allah. Adakah Sumpah Laknat itu Hukum Allah? Adakah kebenaran hanya boleh dibuktikan jika seseorang pesalah itu menunaikan Haji ke Mekah? Itu bukan ajaran Islam. Menunaikan Ibadah Haji adalah kewajipan kepada semua Umat Islam yang berkuasa dan mampu mengerjakannya termasuk `Haji Saiful'. Seharusnya setelah kembali dari mengunjungi Rumah Allah dan Makam Rasullullah SAW, beliau sepatutnya lebih lantang menuntut agar kes beliau diadili mengikut peraturan Islam. Harus diingat, kita tidak mengatakan DS Anwar atau `Haji Saiful' benar atau salah, tetapi kita mahu perbicaraan berjalan dengan adil. Di dalam kes Liwat, di dalam Islam kesalahan ini bersamaan dengan kes Zina dan jika ianya berlaku sesama Islam, maka sewajarnya dihakimi mengikut kaedah Islam. Mengapa kaedah ini ditolak? Bagaimana pula dengan DS Anwar serta isterinya ke Mekah sebelum ini menunaikan Umrah? Ketika itu pun beliau sudah didakwa melakukan Liwat. Umrah atau Haji tempatnya tetap sama juga. Mengapa mereka semua selamat kembali ke tanahair? Justeru itu, jangan menjadikan modal pergi Haji untuk menegakkan benang basah atau takut untuk menerima kaedah Islam. Jangan menjadi jahil sedemikian./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan