Blog-list Malaysia |
- Hidup Lagi Katak Nie..
- Zaid Ibrahim Sertai AKIM Dan Bakal PM Malaysia
- Wikileaks - Bernama Tidak Telus Dalam Laporan
- Usaha Terancang Musnahkan Anwar
- Zulkifli Noordin Kemalangan Dan Koma
- Keyakinan Yang Semakin Pudar
- Masa Depan Anwar Makin Kelam
Posted: 12 Dec 2010 10:42 PM PST Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim mendakwa pendedahan WikiLeaks mengenai penilaian Singapura tentang iklim politik Malaysia mengesahkan sikap iri hati berterusan republik itu terhadap negara ini. Pada sidang media pertama selepas kembali daripada cuti sakit selama dua bulan ekoran pembedahan jantung, presiden Perkasa itu berkata, Singapura sudah lama menyimpan dendam terhadap Malaysia. Justeru katanya, kenyataan pegawai-pegawai kanan Singapura sebenarnya menunjukkan "belang" sebenar republik itu yang berpisah dari Malaysia pada 1965. "Saya yakin bahawa mereka (Singapura) sebenarnya cemburu dengan Malaysia kerana mereka tidak gembira dalam banyak hal. "Saya tidak terkejut dengan laporan WikiLeaks mengenai Singapura... mereka yang sebenarnya mengamalkan politik sempit," kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini. |
Zaid Ibrahim Sertai AKIM Dan Bakal PM Malaysia Posted: 12 Dec 2010 09:30 PM PST Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sudah menjadi ahli parti itu, berkuat kuasa pertengahan bulan lalu. Zakaria berkata Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu. Zaid sebelum ini telah menerima notis keluar PKR pada 19 November lalu walaupun pernah mengumumkan akan keluar parti itu pada 16 Disember ini. "Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli Akim, beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu. "Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi," kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Ketika ditanya sama ada Zaid akan bertanding jawatan presiden Akim, Zakaria berkata, ia terpulang kepada bekas menteri kerajaan pusat itu. "Terpulang kepada Zaid sama ada mahu bertanding ataupun tidak, jika mahu bertanding jawatan itu (presiden) saya akan beri laluan. "Keputusan itu juga bergantung kepada keputusan ahli yang lain, saya tidak boleh buat keputusan," katanya. Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur lusa bagi memilih barisan kepimpinan yang baru. "Zaid kemungkinan besar akan menghadiri mesyuarat agung ini," kata Zakaria lagi. Sebelum ini Zakaria berkata beliau sedia memberi laluan kepada Zaid untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya. Beliau juga yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan. Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu. |
Wikileaks - Bernama Tidak Telus Dalam Laporan Posted: 12 Dec 2010 09:15 PM PST Singapura jangan ambil luar konteks, Bernama hanya Anwar Singapura hari ini berkata laporan terbaru yang didedahkan Wikileaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks manakala agensi berita nasional, Bernama hanya mengambil laporan itu dalam konteks Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja. "Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya George Yeo yang dipetik media tempatan republik itu, lapor Bernama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan pemimpin di rantau ini yang didedahkan Wikileaks. Bagi Bernama, laporan itu merujuk kepada pendedahan bahawa Datuk Seri Anwar telah diperangkap dan Anwar masuk ke dalam perangkap itu. Namun, agensi berita itu tidak melaporkan pendedahan lain yang dibuat oleh Wikileaks dalam laporan mereka itu. Antaranya, diplomat Singapura, Bilahari Kausikan dalam satu mesyuarat pada September 2008, memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney berkata: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu". Seorang lagi diplomat Singapura, Peter Ho dalam Mac 2008, mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar. Menurutnya, "Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga". Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, "Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)". - Hrkh |
Usaha Terancang Musnahkan Anwar Posted: 12 Dec 2010 08:25 PM PST Wikileaks: Usaha Jahat Polis Musnah Karier Anwar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata sumber cetek dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Polis Cawangan Khas Malaysia membuktikan Umno begitu terdesak menghalang kebangkitan rakyat. Azmin berkata pendedahan WikiLeaks membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah usaha jahat Polis Malaysia untuk memusnahkan kredibiliti serta karier politik Anwar. Menurut Wikileaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA). "Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa ONA yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar adalah satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura. "Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan," kata Azmin. Ujarnya, kerjasama agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sekian lama berpaksi kepada keuntungan politik kerajaan masing-masing dan bukan keselamatan serantau. "Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ia akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini. "Mereka lebih rela pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura. Justeru tegas Azmin, fitnah kali kedua terhadap ketua umum PKR itu tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik. - btm |
Zulkifli Noordin Kemalangan Dan Koma Posted: 12 Dec 2010 05:48 AM PST |
Posted: 12 Dec 2010 01:58 AM PST |
Posted: 12 Dec 2010 01:47 AM PST Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan gelora besar selepas satu kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor, muncul hari ini, mendakwa bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang sedang dihadapinya. Kabel itu adalah salah satu daripada 250,000 kabel diplomatik di antara Jabatan Negara Amerika dengan kedutaannya di seluruh dunia yang telah didedahkan Wikileaks di Internet. Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel tersebut mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. " Dokumen tersebut menyatakan bahawa mereka memberitahu ONA bahawa mereka membuat penilaian ini berdasarkan ''technical intelligence", yang menurut The Sun-Herald berkemungkinan berkaitan dengan komunikasi yang dipintas. ONA juga mencatatkan sebagai berkata bahawa musuh-musuh politik Anwar merekayasa keadaan dari mana dakwaan liwat muncul. "'ONA menilai, dan rakan sejawatan mereka di Singapura setuju, bahawa 'itu adalah rekayasa dan beliau mungkin menyedarinya, tetapi masuk juga ke dalamnya'," lapor The Sun-Herald yang memetik kabel tersebut. Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. Anwar telah menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai usaha kedua kerajaan BN untuk menjejaskan karier politiknya. Beliau telah dipenjarakan pada 1999 atas tuduhan yang sama. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan