Khamis, 9 Disember 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


NAJIB KERING IDEA, UCAPAN ANWAR PUN DITIRU

Posted: 08 Dec 2010 07:00 PM PST

Ucapan Najib tiru Anwar

KUALA TERENGGANU - Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah meniru kerjasama yang diamalkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sebaliknya ucapan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak itu didakwa banyak meniru cara ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Setiausaha Politik Ketua Umum PKR, Abdul Rahman Yusof berkata, hal itu dapat dikesan jika meneliti keseluruhan ucapan yang disampaikannya.

"Jika kita teliti, ucapan beliau dalam Kongres BN kelmarin banyak meniru cara ucapan disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini terutama dari segi kupasan isu berbangkit, madah dan sebagainya.

"Manakala, dakwaan BN mengatakan PR meniru kerjasama terjalin dalam parti komponen mereka disebabkan kebimbangan mereka terhadap kekuatan PR," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu berkata, kesemua dakwaan itu tidak benar dan ia membuktikan BN semakin ketandusan idea.

"Tidak benar! Kita tidak pernah meniru BN atau UMNO. Kesemua ideologi dalaman PR adalah lahir daripada idea Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Mungkin mereka kini telah ketandusan idea untuk menyerang pihak lawan.

Beliau berkata, tindakan UMNO menangguh pemilihan kepada 18 bulan akan datang menjadi alasan kukuh bahawa parti itu penakut dan tidak layak mempersoalkan mengenai cara pemilihan dan pentadbiran dalaman Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam BN, percakaran antara parti komponen mereka lebih teruk berbanding apa yang berlaku dalam PR khususnya PKR. Cuba lihat, kalau dulu kita tiada Kerajaan Negeri, sekarang kita telah memiliki empat Kerajaan Negeri yang bertanding," katanya.

Ditanya mengenai tumpuan dalam ucapan Pengerusi BN yang lebih memberi penekanan kepada PKR, Abdul Rahman memberitahu ia disebabkan PKR mempunyai kekuatan tersendiri terutama dari segi keanggotaan parti yang berbilang bangsa.

"Mereka bimbang untuk berhadapan dengan ketiga-tiga parti komponen PR sebab itulah mereka juga tidak berani berhadapan dengan kawasan campuran yang mengandungi 60 hingga 70 peratus sahaja penduduk Melayu./Sinar

CHEGU BARD AKUR, TETAPI TIDAK IKTIRAF PEMILIHAN PKR

Posted: 08 Dec 2010 05:00 PM PST

Che'GuBard tidak mengiktiraf keputusan pemilihan KEADILAN 2010

Kenyataan Akhbar
2 Muharam 1432 / 8 Disember 2010

Akur tetapi tidak mengiktiraf keputusan, menolak semua tawaran jawatan lantikan selagi penjelasan bertulis tidak diperolehi.

Saya memohon maaf kepada banyak pihak termasuk media kerana telah mengelak untuk memberikan kenyataan atau sebarang komen pasca pemilihan KEADILAN 2010.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang memberikan sokongan yang amat memberansangkan kepada saya dan barisan calon - calon yang bersetuju dengan dokumen Manifestasi Anak Muda - Penerus Perjuangan Reformasi. Kita telah berjaya menggariskan dengan jelas 3 cabaran terbesar, 3 saran gerak kerja dan 5 pelaksanaan praktikal. Manifestasi Anak Muda Malaysia ialah manifesto yang jelas dan praktikal bagi mereformasi AMK dan seterusnya mampu menyerlahkan politik baru dan reformasi yang dilaungkan.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua teman dari Perlis sampai ke Sabah yang bertungkus lumus menjadi jentera kempen dan pemantau proses pengundian. Kita berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan dalam penuh tekanan 'pengaruh' dan kewangan.

Kita telah berjaya membuktikan tanpa politik naungan dan kewangan yang melimpah kita mampu menang jika semua dijalankan secara telus.

Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini.

Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan KEADILAN 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.

Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.

Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani'.

Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan. Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.

Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan. Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri.

Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti. Saya masih yakin KEADILAN merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun KEADILAN juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti.

TIDAK SEMUA RAJA-RAJA MELAYU AKAN TERPEDAYA DENGAN UMNO

Posted: 08 Dec 2010 09:12 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA media serta pemimpin Umno cuba memainkan isu ketuanan Melayu, maka mereka mengharapkan agar semua Raja-Raja Melayu akan menuding jari kepada PR terutamanya PKR. Harapan Raja-Raja Melayu merasa murka kepada PR, harapan mereka rakyat terutamanya orang-orang Melayu pun turut marah kepada PR dan pastinya akan menolak PR di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Itu matlamat Umno sebenarnya. Kita percaya bahawa tidak semua Raja-Raja Melayu akan terus menerima segala yang keluar di media dan dari mulut pemimpin Umno. Bukan semua Raja-Raja Melayu telah lupa siapakah yang mengaibkan kedaulatan Raja-Raja Melayu suatu ketika. Saya tertarik dengan titah Sultan Kelantan yang tidak terperangkap dengan media haprak itu. Tuanku bertitah bahawa perpaduan berasaskan akidah itu lebih penting dari berbicara dengan perpaduan untuk satu kaum sahaja.

Titah Sultan Kelantan itu amat releven dengan apa yang dikatakan oleh MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz bahawa ketuanan Islam itu lebih bermakna dan menguntungkan daripada menyebut ketuanan Melayu semata-mata. Amat bertuah rakyat Kelantan memiliki Raja yang berprinsip Islam serta MB yang memerintah dengan meletakkan Islam berada di atas pemerintahannya.

Kita berharap agar semua Raja-Raja bijak menilai situasi politik sekarang. Kita tidak mahu institusi Raja-Raja terus dipermainkan oleh mereka yang rakus ini. Mereka hanya ingin bergantung kepada Raja-Raja Melayu tatkala mereka tersepit. Apabila mereka kembali merasa kuat dan gagah, maka terjadilah seperti peristiwa di depan Istana Terengganu di mana kain rentang memaki hamun Sultan Terengganu demi untuk merebut kerusi MB sahaja./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: