Khamis, 9 Disember 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pengasas Facebook Disaman Kali Kedua

Posted: 09 Dec 2010 01:00 AM PST

LOS ANGELES – Sepasang kembar, Tyler Winklevoss dan Cameron Winklevoss yang sebelum ini pernah menyaman pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, pada 2007 sekali lagi memfailkan saman terhadapnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada 2007, Tyler dan Cameron yang berusia 29 tahun menyaman Zuckerberg kerana dia didakwa mencuri idea untuk menghasilkan Facebook daripada mereka.

Dawaan mencuri idea itu dibuat selepas pasangan kembar itu meminta Zuckerberg menghasilkan kod untuk satu rangkaian sosial mereka, Harvard Connection.

Pasangan kembar itu dan Zuckerberg merupakan rakan semasa mereka belajar di Universiti Harvard.

Zuckerberg berusia 26 tahun telah membayar kembar itu sebanyak AS$65 juta (RM204.5 juta) bagi menyelesaikan kes saman yang pertama.

Namun, kini, pasangan kembar itu menuntut ganti rugi yang lebih banyak selepas mereka mendakwa ditipu oleh Zuckerberg mengenai nilai sebenar syarikat Facebook.

Terdapat dakwaan bahawa nilai syarikat tersebut ialah AS$11.5 billion (RM36.2 billion)

Menurut majalah Forbes, Zuckerberg kini menjadi warga Amerika yang ke-35 terkaya dengan anggaran kekayaan AS$6.9 billion (RM21.7 billion).

Saman kedua itu difailkan di sebuah mahkamah di California. – Agensi

Laksanakan Sistem Juri Segera Untuk Tangani Kebobrokan Sistem Kehakiman

Posted: 08 Dec 2010 11:30 PM PST

Sistem Juri Akan Dikembalikan?

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menimbang kemungkinan untuk mengembalikan semula sistem juri yang telah dimansuhkan sejak sedekad lalu, kata Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan pada Rabu.

Malaysia memansuhkan sistem juri pada tahun 1995 ekoran masalah kesukaran untuk mencari juri yang berkelayakan memandangkan rakyat Malaysia tidak terlatih untuk mempertimbangkan bukti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kerajaan kini sedang mempertimbangkan semula rancangan untuk mengembalikan sistem yang diamalkan di negara seperti Amerika Syarikat dan Britain itu.

"Sistem juri adalah sesuatu yang kita sedang pertimbangkan," katanya pada sidang media dan menambah, walaubagaimana pun tiada keputusan dicapai sama ada sistem tersebut akan diperkenalkan semula.

"Satu individu tidak sebagus tujuh individu untuk menentukan masa depan seseorang," katanya merujuk kepada kes yang melibatkan hukuman mati.

"Anda tidak boleh membenarkan seorang individu untuk membuat keputusan. Kadang-kadang ada hakim yang keberatan untuk menjatuhkan hukuman mati yang akan menyebabkan ketidakadilan dalam penghakiman."

Hukuman mati yang dilaksanakan melalui cara digantung adalah hukuman mandatori untuk kesalahan bunuh, pengedaran dadah dan pemilikan senjata api di Malaysia.

Kes terakhir yang dibicarakan oleh juri di Malaysia adalah kes pembunuhan kejam seorang ahli politik yang dibunuh dan dipotong kepada 18 bahagian oleh pasangan suami isteri yang mengamalkan ilmu hitam.

Mereka disabitkan bersalah pada Februari 1995 bersama pembantu mereka dan dihukum gantung sampai mati. -mstar

Ulasan GB

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya sistem juri diperkenalkan semual. Biar ramai yang menentukan kebenaran dan keadilan, bukan hanya ditangan seorang hakim.

Petikan ulasan GB:

Sistem kehaikman yang digunakan di negara ini sudah ketinggalan. Laksanakan sistem juri. UMNO BN takut untuk melaksanakan sistem juri kerana mereka tidak akan dapat memperkudakan institusi kehakiman negara lagi nanti.

Inflasi Diramal Meningkat Tahun 2011

Posted: 08 Dec 2010 10:00 PM PST

Inflasi dijangka meningkat tahun 2011

KUALA LUMPUR: Langkah rasionalisasi subsidi baru-baru ini dijangka tidak akan mempengaruhi kadar inflasi tahun ini tapi langkah rasionalisasi seterusnya akan meningkatkan kadar inflasi pada tahun 2011.

Pemotongan subsidi memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI), demikian menurut CIMB Research dalam laporan yang diterbitkan Isnin lalu.

Sungguhpun impak secara langsung ke atas CPI masih boleh diuruskan, tapi kita harus perhatikan kesannya secara tidak langsung," katanya.

Jumaat lalu, kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga diesel juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM1.80 seliter. Harga gula meningkat 20 sen sekilo dan harga LPG meningkat lima sen kepada RM1.90 sekilo.

"Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata).

"Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos. Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%.

Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011. "Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu.

Apabila dihubungi, ketua ekonomis CIMB Lee Heng Guie menegaskan bahawa kesan inflasi akan lebih dirasai tahun depan.

"Kerajaan dijangka akan mengkajinya setiap enam bulan ketika mana rasionalisasi subsidi diteruskan," katanya, menambah, kadar inflasi akan berlegar di antara 2.5% dan 3% tahun depan.

-theedegefinancialdaily

Harga Tidak Indahkan Aduan: Chegubard Tolak Semua Lantikan

Posted: 08 Dec 2010 08:52 PM PST

Chegubard tolak semua lantikan parti PKR

Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin akan menolak semua lantikan parti itu selagi bantahannya berhubung pemilihan PKR yang berlangsung bulan lalu tidak diberi penjelasan bertulis.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga berkata beliau juga akur tetapi tidak akan mengiktiraf keputusan pemilihan itu.

"Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.

"Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia," kaatnya dalam satu kenyataan.

Pada pemilihan PKR bulan lalu untuk jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham gagal menumbangkan penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, walaupun dikatakan mempunyai sokongan yang meluas.

Menurut beliau, yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang.

"Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu di bawah pemaidani," katanya.

Beliau berkata, pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan pengerusi tetap dengan cara angkat tangan.

"Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.

"Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan.

"Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri," katanya.

Menurut Badrul Hisham, jawatan bukan alasan untuk bekerja dan menegaskan walaupun tidak diberikan jawatan peringkat pusat, beliau akan terus setia dalam memperkasakan PKR.

"Saya masih yakin PKR merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun PKR juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti," katanya. -mk

7 Masjid Berkubah Emas Di Dunia

Posted: 08 Dec 2010 07:40 AM PST

.1. Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina



Masjid Qubbah As Sakhrah atau di kenal dengan Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam bani Umayah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang selesai pada tahun 710M. Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al Aqsa. Sebahagian orang juga menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar.



2. Masjid Al-Askari di Samarra, Irak



Masjid Al-Askari merupakan masjid syiah yang di bangun pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Irak. Namun sayangnya masjid ini hancur pada bulan Februari 2006 akibat tidak langsung dari pencerobohan Amerika Syarikat ke Irak.

3. Masjid Suneri, Lahore, Pakistan



Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gubernur Lahore pada tahun 1753 M.

4. Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei



Masjid yang merupakan bagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang terbuat dari emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang asri ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tamu negara. Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung bisa melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

5. Masjid Sultan Singapura



Tahun 1928, begitu mendapat wang dari Kongsi Dagang Inggeris sebanyak SGD 3000, Sultan Singapura langsung merenovasi sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan antara lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini segera menjadi masjid terbesar di Singapura, dari sekitar 80-an masjid yang ada.

Lain halnya di Singapura. Seberapa pun besar masjid dibangun di sini, tak 1 dB-pun bunyi adzan boleh dilantunkan. “Menganggu ketenangan,” kata seseorang. Meski muslim perlu pengingat solat yang unik seperti adzan, tapi kerana pemerintah tidak memahami kepentingan “adzan” maka adzan dilarang bunyi. Kerana minoriti maka muslim di Singapura diam saja. Diam juga pilihan dan mereka membunyikan adzan lewat speaker dalam ruangan masjid saja: tak sampai keluar.

Satu-satunya (mungkin) masjid yang boleh membunyikan adzan adalah masjid Sultan di sekitar Arab Street. Masjid Sultan adalah masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan national heritage. Oleh sebab itu, ia mendapat perkecualian.

6. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei



Brunei memiliki 2 masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah yang didirikan pertama kali. Mulai digunakan tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya terbuat dari emas 24 karat. Biaya pembangunannya menghabiskan USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali diperhitungkan sebagai salah satu bangunan terindah di dunia.

7. Masjid Dian Al Mahri di Depok, Indonesia



Masjid dengan kubah emas yang terbaru adalah Masjid Dian Al Mahri yang letaknya di Depok, Jawa Barat, tepatnya di Jalan Meruyung, Kelurahan Limo, Kecamatan Cinere, Depok. Masjid ini mulai di bangun pada tahun 1999, dan di rasmikan pada bulan April tahun 2006. Masjid ini merupakan milik peribadi dari Hajjah (Hj) Dian Djurian Maimun Al-Rasyid, seorang pengusaha dari Serang, Banten dan pemilik Islamic Center Yayasan Dian Al-Mahri.

Masjid ini luas bangunannya mencapai 8.000 meter persegi dan berdiri di atas lahan seluas 70 hektare. Secara umum, senibina masjid mengikuti tipologi arsitektur masjid di Timur Tengah dengan ciri kubah, minaret (menara), halaman dalam (plaza), dan penggunaan detail atau hiasan dekoratif dengan elemen geometris dan obelisk, untuk memperkuat ciri keislaman para arsitekturnya. Ciri lainnya adalah gerbang masuk berupa portal dan hiasan geometris serta obelisk sebagai ornamen.

Halaman dalam berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung 8.000 jemaah. Enam menara (minaret) berbentuk segi enam, yang melambangkan rukun iman, menjulang setinggi 40 meter. Keenam menara itu dibalut batu granit abu-abu yang diimpor dari Italia dengan ornamen melingkar. Pada puncaknya terdapat kubah berlapis mozaik emas 24 karat. Sedangkan kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan masjid-masjid di Persia dan India. Lima kubah melambangkan rukun Islam, seluruhnya dibalut mozaik berlapis emas 24 karat yang materialnya diimport dari Italia.




[Bergambar] Satu Dunia Menyaksikan, Bagaimana Polis Boleh Menafikan Kekejamannya?

Posted: 08 Dec 2010 05:00 AM PST

Polis nafi bertindak luar batas undang-undang bagi leraikan demo

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.

"Menteri Besar telah bersetuju dengan cadangan dan nasihat polis bahawa mereka tidak berarak ke Istana Negara dan selepas solat Zuhor di Masjid Negara, beliau telah diberi laluan bagi menyerahkan memorandum itu di Istana Negara," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel bertajuk "Bar Council Slams Cops For Polis-State Mindset" dalam The Malaysian Insider yang menyatakan tindakan polis bagi meleraikan perhimpunan itu kasar dan menindas.

Zulkifli berkata kedegilan sekumpulan penyokong yang masih berkumpul dan berarak menuju ke Istana Negara menyebabkan polis terpaksa bertindak bagi menyuraikan perhimpunan sekaligus mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur

"Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu," katanya.

Ahad lepas, kira-kira 4,000 orang berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Kedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan. — Bernama









Pembunuhan kejam: Amah Ditahan Bantu Siasatan

Posted: 08 Dec 2010 03:00 AM PST

Amah ditahan bantu siasatan kes bunuh

PASIR MAS: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 21 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita di Kampung Lubuk Tapah di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Mazlan Lazim berkata, mayat Yeap Seok Pen, 60, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka oleh anak lelakinya pada jam 2 petang.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh antara jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang semalam dan polis kemudian menahan pembantu rumah wanita itu beberapa jam kemudian.

Katanya, kejadian berlaku ketika wanita yang menghidap penyakit parkinson itu, tinggal berdua bersama pembantu rumahnya itu.

"Kita masih menyiasat motif kejadian dan pembantu rumah itu ditahan dalam sekatan jalan raya di sekitar Cabang Empat Tok Uban, di sini, ketika sedang berjalan kaki pada jam 5.15 petang.

"Kita akan menahannya untuk siasatan lanjut bagi mengetahui punca dia bertindak demikian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, anak mangsa, Lee Chee Keong, 30, berkata beliau terkejut melihat ibunya berlumuran darah dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah ketika datang untuk melawat ibunya itu.

"Sebaik masuk ke dalam rumah, saya terkejut melihat keadaan ibu yang berlumuran darah selain mendapati pembantu rumah warga Indonesia sudah tidak ada," katanya.

Seorang saksi yang juga penduduk kampung berkenaan, Che Noh Haron, 55, berkata beliau melihat seorang wanita berbaju putih dan berseluar jeans paras lutut berjalan kaki secara tergesa-gesa dalam keadaan mencurigakan.

"Saya melihat seorang wanita muda menyandang beg galas berjalan dalam keadaan tergesa-gesa serta mencurigakan kira-kira jam 12.25 tengah hari.

"Ketika itu saya tidak tahu ada kes bunuh dan hanya menyedarinya selepas melihat ramai penduduk kampung mengerumuni rumah mangsa," katanya. -BH

Selepas Isu Air, Memo Pewartaan Kg Warisan Pula Diadukan Kepada Agong

Posted: 08 Dec 2010 01:30 AM PST

Memo Perwartaan Kg Warisan pula untuk Agong

PETALING JAYA: Selepas penyerahan memorandum Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Kembalikan Hak Air Selangor kepada Yang DiPertuan Agong Ahad lalu, satu lagi memo, Memorandum Perwartaan Kampung Warisan pula dijangka diserahkan.

Memorandum yang juga akan diserahkan kepada Parlimen Malaysia ini antara lain menuntut agar tujuh buah kampung di pinggir ibu kota Kuala Lumpur tidak dilenyapkan dalam Deraf KL 2020 dan diisytiharkan sebagai kampung warisan mengikut ciri-ciri kampung tradisional yang dirangka oleh anak-anak kampung itu sendri.

Tujuh buah kampung yang terbabit dalam Deraf KL 2020 ialah, Kampung Bandar Dalam, Padang Balang, Puah, Puah Seberang,

Chubadak, Sg Merali dan Sg Mulia, demikian menurut budayawan pelukis dan penulis, Profesor Dr Siti Zainon Ismail.

Kata beliau, walaupun secara dasarnya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bersetuju untuk memberi pengiktirafan kepada kampung-kampung tersebut sebagai kampung tradisional namun masih terdapat beberapa terma yang harus dikaji semula.

"Penduduk kampung berterima kasih kepada DBKL kerana mendengar keluhan penduduk kampung ini dan DBKL telah pun bersetuju untuk mengiktiraf kampung-kampung ini sebagai kampung tradisional.

Ciri-ciri kampung

"Bagaimanapun penduduk-penduduk tujuh kampung ini berpendapat mereka harus diberikan hak untuk menentukan acuan atau ciri-ciri kampung mereka sendiri. Jadi beberapa cadangan DBKL harus dikaji semula.

"Antara cadangan itu ialah untuk menjadikan jalan raya di kampung terbabit jalan dua hala dan ini menyebabkan beberapa rumah penduduk dan kemudahan seni lain seperti gelangang silat terpaksa di robohkan," ujar beliau kepada FMT hari ini.

Walaupun beliau menjangkakan penyerahan memorandum tersebut akan dibuat tidak berapa lama lagi tetapi tarikh sebenar masih belum diputuskan oleh jawatankuasa bertindak tujuh kampung terbabit.

Sementara itu, Majlis Himpunan Penyair, Seniman, Budayawan 1 Muharam akan diadakan semalam di Madrasah Tarbiyah Kampung Bandar Dalam, Batu 14 Gombak bagi menzahirkan perjuangan penduduk tujuh kampung ini.

Majlis ini bertujuan memberi sokongan terhadap Memorandum Perwartaan Kampung Warisan ini turut didukung oleh ahli akademik, budayawan, sasterawan, pakar undang-undang dan perlembangaan, badan & pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam.

Antara personaliti hadir dalam majlis ialah A. Samad Said, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyarah UIA-Dr. Anuar, Abdul Aziz Abd Rahman (Coalition Save KL), Prof. Dr. Siti Zainon, Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS), Dinsman, Haji Mohd Said (Presiden Anak Melayu Selangor), Pyanhabib, Hishammudin Rais (Tukar Tiub), Tuan Hasni Abas (S/usaha Gerakan Mansuh PPSMI) dan beberapa nama lain lagi.

Selain itu majlis ini turut membabitkan penyertaan daripada JAKIM, JAWI, YADIM, Jabatan Warisan – Mahasiswa UIA dan UM, Tahfiz Darul Furqan, badan-badan NGO lain dan parti-parti politik tanpa mengira ideologi masing-masing. -FMT

Tiada ulasan: