Selasa, 7 Disember 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


MELAYU TIDAK LAGI BOLEH BERGANTUNG DENGAN UMNO

Posted: 06 Dec 2010 11:37 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BANGSA, keturunan, suku atau kaum adalah ciptaan Allah kepada manusia dan ianya wajib disyukuri. Tiada salahnya kita berbangga dengan bangsa Melayu kita, dan amat baik jika kita sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan maruah dan martabat bangsa kita. Seperti kata Presiden PAS, berbangga menjadi bangsa Melayu tidak salah, tetapi menjadikan perjuangan untuk Melayu itu sebagai satu idealogi itu yang salah.

Umno adalah parti berasaskan nasionalis atau bersifat kebangsaan. Walaupun parti tersebut dinamakan sebagai `UMNO' iaitu singkatan dari bahasa penjajah (United Malay National Organisation), namun parti ini mengaku kununnya sebagai wadah perjuangan bagi orang-orang Melayu di negara ini. Lebih 5o tahun, Umno tidak menampakkan kesan yang besar untuk meningkatkan martabat Melayu malahan orang-orang Melayu semakin lama semakin seksa hidup di bawah Umno.

Bukan sahaja kaum Melayu, bahkan negeri-negeri Melayu juga terpinggir di bawah Umno. Lihat sahaja negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Umno yang berkuasa di peringkat Pusat sanggup meminggirkan negeri-negeri ini. Alhamdulillah, apabila PAS berjaya menawan Kedah dan mengekalkan Kelantan, maka PAS sebagai parti yang berjuang atas dasar Islam yang melangkau kaum ternyata berjaya membela nasib orang-orang Melayu di negeri tersebut. Ini bermakna memilih PAS secara tidak langsung bangsa Melayu juga akan terselamat. Memilih PAS, bermakna semua kaum dan agama diberi keadilan yang sewajarnya.

Justeru itu, Umno amat terdesak sekarang kerana mereka melihat PAS hampir berjaya mengambil alih peranan mereka. Umno bimbang jika PKR mampu menawan semua kaum, DAP berjaya mendapat sokongan kaum Cina dan PAS pula beroleh sokongan dari kaum Melayu, maka apa yang tinggal lagi untuk Umno? Masakan Umno mahu bertukar menjadi parti kepunyaan kaum Asli walaupun parti ini menang di Galas kerana kekuatan kaum tersebut di Gua Musang?

Tidak hairanlah Umno sejak kebelakangan ini secara membabi buta menyerang PR dengan mengutip apa jua isu hatta isu agama walaupun Umno teramat jahil jika bercakap di dalam isu agama ini. Pemimpin Umno sekarang sudah kehabisan modal untuk mempamirkan kehebatan parti mereka. Umno masih teraba-teraba untuk mencari di mana letaknya kelemahan PR samada PAS, PKR atau pun DAP. Maka, mereka mencipta berbagai dakyah untuk memburukkan PR dengan menggunakan media kawalan mereka.

Saat kehancuran Umno telah bermula. Pemimpin mereka sudah tidak berdaya lagi untuk memperbaiki negara ini dari berbagai kerosakan. Pelaburan tidak sehebat dulu, ekonomi hancur lebur, pendapatan negara merosot teruk sehingga pemimpin Umno yang ingin menjadi `tuan' di dalam ketuanan Melayu ini tepaksa mengorbankan rakyat dengan kenaikan harga barang. Inilah yang dikatakan `Melayu makan Melayu'. Benarkah anda menjadi `tuan' sekarang?/wfauzdin.blogspot.com

KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PARTI HARUS AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA EXCO ATAU ADUN INI

Posted: 06 Dec 2010 05:00 PM PST

Oleh:WFAUZDIN NS

BENARKAH ada beberapa Exco dan Adun PR yang tidak hadir semasa Perhimpunan Kempen `Selamatkan Air Kita' di Masjid Negara Ahad lepas? Jika benar, dan jika mereka tiada alasan atau sebab yang kukuh, ini merupakan satu tindakan sabotaj terhadap usaha Kerajaan Negeri dan mereka bolehlah dianggap sebagai Wakil Rakyat yang tidak bertanggungjawab langsung.

Saya mohon agar Kerajaan Negeri Selangor serta pimpinan PR menyiasat perkara ini. Sekiranya mereka sengaja untuk tidak hadir tanpa alasan yang kukuh atau keuzuran, maka tibdakan tegas perlulah diambil samada melucutkan jawatan mereka di dalam Kerajaan Negeri atau jawatan di dalam parti. Tindakan mereka memalukan Kerajaan Negeri dan parti mereka, di mana rakyat marhaen sendiri sanggup bersusah payah untuk turun berhimpun sehingga ada yang dikasari dan ditahan, sedangkan Exco atau Adun-Adun ini boleh bersenang lenang di rumah.

Saya berharap tiada Exco atau Adun yang sengaja tidak menyertai perhimpunan itu. Mungkin ada yang tidak kelihatan kerana mempunyai tugas atau alasan yang kuat. Mungkin juga mereka terlibat sebagai orang di sebalik tabir. Kita tidak harus menuding jari sehingga pihak Kerajaan Negeri atau parti menyiasat perkara ini.

Apa pun, tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Perhimpunan semalam walaupun disekat dengan berbagai cara namun berjaya dilaksanakan dengan kekuatan mental rakyat yang bangun menentang kezaliman. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: