Selasa, 7 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia

Jantan Dari Kedah Sekorpun Tak Boleh Pakai

Posted: 06 Dec 2010 07:38 PM PST

Shahanim Ketua Perhubungan UMNO Kedah ?

http://alkerohi.blogspot.com

Beberapa minggu yang lalu Shahrizat Abd Jalil, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia pernah mencadangkan agar wanita diberi peluang menerajui negeri sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Siapakah yang dibayangkannya ?

Ada pemimpin UMNO mahu agar kepimpinan di Sabah dan Sarawak digantikan dengan wanita.

Taib Mahmud dan Musa Aman sudah dikategorikan sebagai pemimpin lapuk dan diibarat bagai 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.

Dimasa yang sama pemerhati politik di Pulau Pinang membayangkan kenyataan Shahrizat itu ditujukan untuk dirinya sendiri.

Anak Mami Penang itu sudah tidak menjadi Ketua Bahagian di Lembah Pantai. Dia mahu mencuba nasib di Pulau Mutiara pula dengan alasan "kaum bertelor" dari kalangan UMNO dan Gerakan sudah tidak bermaya merebut Penang daripada Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat.

"Najib, hang tengok-tengoklah aku yang masih senator. Aku Ketua Wanita UMNO Malaysia ni" masej yang cuba Shahrizat sampaikan pada UMNO dan BN biarpun tidak mendapat respon yang positif daripada Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussin dan Shafie Apdal.

Beliau minta dibayangkan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang - YAB Datuk Seri Shahrizat Bt Abdul Jalil.

Di Kedah pula, ramai yang sedang bermandi bunga nak jadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri.

Esok-esok jika BN menang, ketua inilah diantara yang akan disyor sebagai Menteri Besar Kedah.

Ada yang kata Ghazali Ibrahim pun kata boleh. Dia adalah bekas Ahli Parlimen Padang Terap. Kini Pegawai Khas Najib Bangsawan. Tajul Urus Mohd Zain-di Bahagian Merbok pun nampaknya bersetuju, Jamil Khir Baharom - Penerangan Umno Kedah sedang warm-up dan Mukhriz Mahathir - AJK Umno Kubang Pasu pula dikatakan sudah mendapat restu bapa.

Johari Baharom - Ketua Bahagian Kubang Pasu dok nganga juga, Ahmad Bashah Md Hanipah - Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah dah 'memagak dan bersilat lama' dan Mahdzir Khalid - mantan MB Kedah pun mau.

Puak ni hebat-hebat belaka.

Ada pula kumpulan wanita di Kedah membisik bersetuju dengan cadangan Shahrizat agar kaum Hawa menjadi Ketua Perhubungan UMNO Kedah dan seterusnya Menteri Besar negeri Jelapang padi itu jika BN Menang.

Biarpun Puteri UMNO dikatakan agak kurang mesra dengan pergerakan Wanita, ada bisik-bisik agar Shahanim Mohamad Yusoff diberikan peluang menerajui UMNO Kedah.

Puak UMNO mahu agar politiking sesama tujuh atau lapan calon lelaki UMNO dikurang atau dihapus dengan perlantikan Shahanim.

Tentunya Shahrizat gembira.

Khir Toyo Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Selangor

Posted: 06 Dec 2010 03:45 AM PST

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.

NONEMengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Beliau membuat pengumuman itu dalam blognya hari ini.

Pagi tadi beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.

Khir ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Demonstrasi Air Selangor Berjaya Capai Objektif

Posted: 06 Dec 2010 03:37 AM PST

Kerajaan Selangor dapat kebenaran beli semua syarikat konsesi air

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mendapat kebenaran bertulis pada Jumaat lalu daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk membeli kesemua empat konsesi syarikat air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikutan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka untuk membeli kempat-empat syarikat konsesi air berkenaan bagi melaksanakan plan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu dalam tempoh tiga minggu mulai sekarang.

"Kita akan kemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pembelian dalam tempoh antara dua atau tiga minggu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.

Abdul Khalid berkata langkah untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu serta pendirian kerajaan negeri berhubung isu air, akan dimaklumkan kepada kementerian berkenaan.

Menurutnya beliau berpendapat keputusan Kerajaan Persekutuan memberi sedikit kelonggaran dalam isu air itu untuk mempercepatkan projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi membekalkan sebanyak 1,890 juta liter air mentah sehari ke Lembah Klang.

Sebelum ini, wujud masalah antara kerajaan Selangor dengan Syabas, yang merupakan syarikat pengurusan air di negeri itu, termasuk pertikaian mengenai kenaikan kadar tarif air.

November lepas, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus untuk pengguna air di Selangor menerusi proses penstrukturan industri air di Selangor yang masih dalam rundingan.

Mengikut perjanjian penswastaan industri air Selangor yang ditandatangani oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada 2004, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menetapkan kenaikan tarif air pada kadar 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus lagi pada 2015, katanya.

Pada masa ini, kadar tarif air domestik di Selangor ialah 57 sen bagi setiap 20 meter padu pertama, dan berdasarkan perjanjian konsesi itu, tarif air itu akan meningkat sehingga RM1.17 bagi setiap meter padu pada 2015.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak bersetuju kadar tarif air dinaikkan kerana mendakwa SYABAS tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian konsesi air itu.

Jika konsesi industri air disusun semula, kenaikan tarif air dapat dikurangkan dan harga bekalan itu dapat distabilkan, katanya seperti dilapor Bernama.

0

Tiada ulasan: