MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- KES LIWAT DS ANWAR - BEZA DOKTOR DENGAN BOMOH
- PAS TERENGGANU YAKIN
- JIKA DS ANWAR PULANGKAN PINGAT DAN GELARAN, ZAHRAIN KATAK MAHU KUTIP ?
- Pemimpin bukan Islam guna ayah suci mampu dekati Islam
- MOHON RAKAN-RAKAN BLOGGER LETAKKAN LOGO KEMPEN `KEMBALIKAN AIR KAMI'
- ADA DUA PERHIMPUNAN AHAD INI, KITA LIHAT SIAPA LEBIH RAMAI
- PEMIMPIN UMNO INI MAHU CABAR PAS DENGAN SOALAN YANG MENYESATKAN
KES LIWAT DS ANWAR - BEZA DOKTOR DENGAN BOMOH Posted: 01 Dec 2010 11:00 PM PST Bicara Kes Anwar: Awat Lagu Ni ? Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Sekiranya ada pertandingan "apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini" mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut. Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut juga tidak akan bersimpati kepada Anwar. Yang terbaru kita menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan. Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut. Memang agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan Anwar tersebut. Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful. Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor pakar yang Anwar "hire" bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut Harus diingat saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota klinikal !!! Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa. Keputusan Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya. Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan pendakwa tersebut. Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah. Pertama, Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu 'tercemar' kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka. Kedua, Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen. Ketiga Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa raya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah. Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut . Keempat , Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan. Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah Kelima , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit. Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan. Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya. Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya sebut di atas adakah suatu keajiban akan berlaku di dalam permohonan Anwar terbaru ini. Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu " when we ( judge ) sit to judge , we are in fact being judged." ( Apabila kita kita ( hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi." ) |
Posted: 01 Dec 2010 10:00 PM PST Pas yakin dapat 3-2 dalam PRU13 KUALA TERENGGANU - Pas Kawasan Hulu Terengganu berkeyakinan untuk mendapat 3-2 dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti, mengatasi Barisan Nasional (BN). Setiausaha Pas Kawasan Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, BN hanya boleh menaruh angan-angan untuk memperoleh 5-0, apatah lagi merampas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang dikenal sebagai kubu kuat Pas. Menurutnya, Pas kawasan telah membuat persiapan yang rapi dan berkeyakinan tinggi mengekalkan DUN Manir dan merampas dua lagi kawasan. "Kawasan spesifik memang kita rahsiakan kerana ia strategi kita, tapi apa yang saya boleh katakan, kita telah bersedia sepenuhnya. Malah, sambutan dan penerimaan rakyat terhadap kita sangat memberangsangkan. "Sekarang ini kita cuba untuk tumpukan terhadap program turun padang dan kebajikan bagi memastikan rakyat terus dekat dengan kita. Gelombang peruba-han itu kita sudah nampak ketara, sebab itu kita sangat yakin dengan kekuatan Pas di Hulu Terengganu," katanya. Menurutnya, Pas Kawasan Hulu Terengganu telah bergerak aktif sejak awal tahun lagi dan kini sedang menumpukan usaha menggerakkan jentera di peringkat akar umbi. Usaha menggerakkan jentera kini dibuat lebih agresif dan katanya, tahun depan merupakan tahun gempur dengan pengurusan jentera yang lebih aktif dan berkesan di setiap peringkat. "Kita juga menumpukan usaha turun dari rumah ke rumah bagi bertemu pengundi kita. Kita lihat ada unsur ugutan, iaitu sesiapa yang dilihat bersama Pas, akan dikenakan tindakan seperti tidak mendapat bantuan. "Kita ingin lihat kebenarannya dan harapkan mereka kuat dan tidak terpengaruh janji palsu BN," katanya./Sinar |
JIKA DS ANWAR PULANGKAN PINGAT DAN GELARAN, ZAHRAIN KATAK MAHU KUTIP ? Posted: 01 Dec 2010 08:00 PM PST SIANG tadi aku ternampak Zahrain katak keluar di muka TV, sebelahnya Zul Kulim firaun besar. Belum beliau bercakap lagi, aku dah tau apa `taik' yang bakal keluar dari mulutnya. Terbukti benar kata aku. Zahrain katak `menasihati' raja-raja agar menarik balik gelaran yang dikurniakan kepada DS Anwar Ibrahim. Alasannya adalah semata-mata `ketololan'nya mengulas isu ketuanan Melayu yang kununnya DS Anwar ini mengkhianat orang-orang Melayu dan raja-raja Melayu. Siapa si katak bacul ini untuk mendesak raja-raja Melayu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar? Kerusi yang dia duduk itu pun sepatutnya boleh menebalkan mukanya yang sudah sememangnya tebal itu. Termasuklah si Zul Kulim firaun besar yang duduk di sebelahnya ketika diwawancara oleh media. Betapa bahalolnya Zahrain apabila menyebut sekiranya raja-raja tidak mahu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar, maka DS Anwar hendaklah memulangkan semula gelaran itu. Tidak tahu adab punya MP, dia ingat DS Anwar ini mahu bersifat kurang ajar sepertinya. Jika jiran kita atau sesiapa sahaja yang menghulurkan buah tangan atau makanan kepada kita, kita hendaklah menerimanya dengan ikhlas dan berterima kasih. Jika kita terima, kemudiannya kita pulangkan semula itu kurang ajar, tidak beradab dan sombong namanya. Yang peliknya, orang lain pula sibuk-sibuk suruh jiran kita minta balik pemberian yang dia beri pada kita atau sibuk-sibuk suruh kita pulangkan kembali pemberian jiran kita itu. Kalau tidak gila, bodoh namanya orang itu. Mungkin itulah yang diajar oleh mak bapak Zahrain kepadanya tentang adab. Semua orang tahu, sudah beberapa kali DS Anwar sebut sekiranya beliau diminta memulangkan kesemua anugerah atau pingat yang beliau miliki sekarang, beliau akan suruh isterinya DS Wan Azizah siapkan dulang dan kumpulkan kesemua pingat tersebut dan diletakkan di depan pintu pagar. Jika Zahrain teringin, datanglah kutip nanti. Selama ini Zahrain sangka kesemua gelaran yang ada pada DS Anwar itu diminta oleh DS Anwar? Beliau ingat DS Anwar sepertinya yang kuat mengampu dan membodek untuk hidup? Rakyat menyokong perjuangan DS Anwar bukan kerana gelaran yang ada padanya. Jika diambil kesemuanya pun, tiada sedikit pun kesan ke atas sokongan rakyat terhadap beliau. Terbukti, ketika DS Anwar di dalam Abim kemudian memasuki Umno dengan tanpa gelaran ketika itu, pengaruh DS Anwar sudah cukup kuat. Gelaran tidak boleh membantu apa-apa kepada perjuangan membela nasib rakyat, dan gelaran itu juga tidak akan dibawa ke dalam kubur. Zahrain katak, sama juga seperti Zul Kulim firaun besar tidak habis-habis busuk hati dan dengki kepada DS Anwar. Inilah di antara contoh orang Melayu yang DS Anwar kata tidak boleh diangkat menjadi `tuan' di dalam negara ini. Ketuanan Melayu seperti Zahrain katak, Zul Kulim firaun besar, Ezam sesumpah dan beberapa orang yang busuk hati itu lah yang sebenarnya perosak bangsa Melayu dan menjadikan Melayu dilihat tidak bermaruah. Mereka tiada hujah, lalu keluarlah segala `najis' di dalam perut yang mereka simpan selama ini untuk diluahkan melalui mulut yang Allah anugerahkan kepada mereka. Mereka sepatutnya yang tebal muka menenggek di atas kerusi yang pengundi-pengundinya dahulu tidak redha beliau di situ. Jika mereka benar-benar ada maruah, kosongkan kerusi itu segera. Jawapannya, kirim salam mereka berani berbuat demikian kerana mereka semua adalah dayus dan bacul. / wfauzdin.blogspot.com |
Pemimpin bukan Islam guna ayah suci mampu dekati Islam Posted: 01 Dec 2010 06:00 PM PST BACHOK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan pemimpin bukan Islam yang menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah adalah langkah terbaik untuk menarik golongan itu agar lebih mendekati Islam. Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih kerana menganggap cara pemimpin bukan Islam itu adalah lebih baik berbanding pemimpin Melayu sendiri yang berceramah sesuka hati tanpa merujuk kitab tersebut. "Saya terima kasih kepada bukan Islam membaca al-Quran depan ramai mudah-mudahan terbuka pintu hati dia untuk terima Islam dan banyak saintis bukan Islam peluk agama ini sebab dia baca ayat al-Quran. "Saya bahkan dukacita banyak pemimpin Melayu ceramah tak baca al-Quran. Cakap sesuka hati macam tidak ada dasar di dunia ini yang Tuhan buat betul," katanya ketika ditemui di Masjid Mukim Mahligai, dekat sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam menterjemahkan al-Quran semasa berucap di Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu. Nik Aziz berkata, ada pihak yang 'pandai-pandai buat dasar' mengenai sesuatu perkara meskipun dunia ini adalah milik Allah secara mutlak. Katanya, atas alasan tersebut, Pas sentiasa memberikan ceramah bersama-sama kaum Cina dan India di negara ini untuk memberi kefahaman kepada mereka mengenai agama itu. "Saya sebut bahawa dunia tempat kita duduk ini tidak kita buat, baik bumi yang kita pijak, orang lain yang buat, namanya Allah�kita menumpang jadi macam mana kita pandai-pandai buat dasar atas negeri orang," katanya. Menurutnya, Islam itu dasar yang di dalamnya disebut mengenai ibadat, ekonomi, hal rumah tangga, sosial dan segala-galanya, dan kalau bukan Islam tidak membaca al-Quran bagaimana mereka dapat memahami Islam./Sinar |
MOHON RAKAN-RAKAN BLOGGER LETAKKAN LOGO KEMPEN `KEMBALIKAN AIR KAMI' Posted: 01 Dec 2010 04:00 PM PST Oleh: Mandor Aku menyeru kepada rakan-rakan Blogger, tidak kira dari yang Pro PR atau Pro Umno sekalipun agar sama-sama kita promosikan kempen Kembalikan Air Kami yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 05hb Disember ini. Perhimpunan yang dijadualkan bermula pada jam 12.00 Tgh di Masjid Negara akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Ke Bawah Duli YMM Seri Paduka. Mohon letakkan poster/banner/ logo kempen ini ke dalam blog masing-masing. Mohon juga hebahkan pada Face Book masing-masing. Kempen ini sebenarnya melangkau fahaman politik kerana air amat penting untuk kita semua samada mereka dari parti pemerintah atau pembangkang mahupun yang tidak berparti. Ayuh...kita turun.. |
ADA DUA PERHIMPUNAN AHAD INI, KITA LIHAT SIAPA LEBIH RAMAI Posted: 01 Dec 2010 03:01 PM PST Bukan satu …tapi dua perarakan ke Istana Negara Ahad ini Sebuah kumpulan yang menamakan diri Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan mengadakan perarakan untuk menyerahkan 30 penyelewengan kerajaan Selangor kepada Yang Di Pertuan Agung pada hari Ahad ini, hari yang sama perarakan diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyerahkan memorandum halang kenaikan tarif air. Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin memberitahu Agendadaily mereka juga akan menyerahkan 30 penyelewengan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan Jumaat ini. Menurut Hamidzun, sekurang-kurangnya 5,000 rakyat Selangor akan bersama-sama GAPS untuk mempersembahkan 30 penyelewengan kerajaan negeri itu kepada Yang Di Pertuan Agung. "Kalau Khalid Ibrahim hendak bawa memorandum isu air ke Yang Di Pertuan Agong, kita akan bawa 30 memorandum ini," kata beliau. Sebelum ini media melaporkan, satu kumpulan berbaju merah yang diketuai Khalid Ibrahim akan menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor meminta Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu. Manakala GAPS pula mahu menyerahkan memorandum dan bukti penyelewengan di negeri itu. Jelas Hamidzun, walaupun hari dan waktu perarakan hampir sama dengan kumpulan Khalid Ibrahim, namun pihaknya tidak merancang sebarang pertembungan. "Kita buat program sendiri, tak cadang hendak bertembung dengan sesiapa, kita rakyat hendak mengadap Tuanku untuk mengadu hal," katanya. Beliau memberitahu, sebagai langkah permulaan, Jumaat ini GAPS akan menghantar memorandum 30 penyelewengan itu kepada Sultan Selangor dan pada Ahad pula GAPS akan bawa memorandum itu ke Istana Negara untuk dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong. "Untuk hari jumaat kita berkumpul jam 3 petang di Istana Bukit Kayangan manakala hari Ahad kita akan berkumpul di Masjid Jamek Kuala Lumpur jam 11 pagi," kata beliau. Menurut Hamidzun antara penyelewengan yang akan didedahkan adalah pembaziran kerajaan Selangor apabila ia membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation bernilai RM392 Juta mengunakan wang rakyat. "Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corporation seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN,"katanya. Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah memberitahu Agendadaily bahawa pihaknya menyeru kepada semua ahli Wira Perkasa dan rakyat Selangor untuk bersama-sama menyertai perhimpunan aman tersebut./AgendaDaily |
PEMIMPIN UMNO INI MAHU CABAR PAS DENGAN SOALAN YANG MENYESATKAN Posted: 01 Dec 2010 08:03 AM PST MAKA terserlah lagi kejahilan pemimpin Umno berkaitan agama, apabila Ketua Umno Bahagian Kota Raja iaitu Ir Kamaruzzaman Johari bangkit mengulas isu ketuanan Melayu. Apabila ramai pemimpin Umno mengulas isu tersebut, beliau pun ingin mengulas tetapi ingin nampak hebat maka dikaitkan isu ketuanan Melayu dengan Islam. Cabaran beliau kepada PAS untuk mendapat reaksi PAS di dalam isu ini ternyata mempamirkan kejahilannya. Baca kenyataan beliau di sini. Hajatnya mungkin untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR, kerana Presiden PKR yang mula menyentuh isu ini semasa Kongres PKR baru-baru ini. Sebenarnya Ketua Umno tersebut tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah, bertambah lagi beliau tidak faham apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan teramat jahilnya beliau tentang dasar perjuangan PAS. Apa kena mengena ketuanan Melayu dengan dasar PAS? PAS bukan dasarnya Kebangsaan, PAS dasarnya Islam dan Islam itu lebih menyeluruh melangkaui kaum. Itu beliau kena faham dahulu sebelum ingin mencabar PAS. Lebih menyesatkan lagi, beliau menyebut, "Sekiranya Pas ikhlas mempunyai agenda mahu memperjuangkan agama Islam di negara ini, mereka harus terlebih dahulu ada tanggungjawab dan peranan membela nasib orang Melayu yang beragama Islam bukannya terlibat sama dengan idealisme PKR menghumban Ketuanan Melayu," katanya (Sinar). Maksudnya, Melayu adalah penentu kepada Islam? Ertikata, Islam kena bergantung dengan kaum Melayu? Mati Melayu, maka hancurlah Islam? Di mana pemimpin Umno ini belajar saya tidak tahu. Selama 50 tahun lebih Umno berjuang untuk Melayu kununnya, tetapi di mana kedudukan Islam sekarang? Cuma sekadar diletakkan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi, itu sahajakah perjuangan Umno? Teramat sesat lagi menyesatkan orang yang mendakwa bahawa jika ingin lihat Islam kuat dan berdaulat, kena kuatkan kaum Melayu dahulu. Ini memberi erti Islam itu berada di bawah telapak kaki kaum Melayu, dan pandangan ini satu pandangan yang teramat jahil lagi sesat. Jika beginilah kefahaman beliau terhadap Islam, lebih baik beliau tidak perlu bercakap lagi. Kita bimbang, percakapannya nanti akan merosakkan akidahnya sendiri dan menyesatkan golongan yang jahil. Orang seperti inilah yang ahli-ahli Umno mahu angkat sebagai pemimpin mereka. Oleh yang demikian, tidak perlu PAS menjawab cabaran dari pemimpin Umno ini kerana cabaran beliau itu sendiri sudah cukup menyesatkan. Sebab itu jangan hairan mengapa PAS tidak mahu bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan