Blog-list Malaysia |
- Perangkaan hutang negara: Donald, MP berbalah
- Songkok Tiga Jengkal Tiada Makna Di Sisi Tuhan
- Isu TPM - Umno Sakit Teruk Dan Tiada Harapan Sembuh
- Bapa Gila Babi
- Naik Minyak Untuk Dana PRU 13
Perangkaan hutang negara: Donald, MP berbalah Posted: 02 Dec 2010 01:01 AM PST Ahli parlimen Pakatan Rakyat dan kerajaan sekali lagi bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung perangkaan yang tidak konsisten yang dibekalkan semasa jawapan daripada kementerian-kementerian terlibat mengenai hutang negara. Ketika menjawab soalan daripada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim (kanan) berkata hutang negara adalah wang yang dihutang negara kepada negara asing, dengan lain perkataan adalah hutang asing. "Hutang asing negara menunjukkan trend yang menurun. Pada September 2010, hutang asing jatuh kepada RM227.5 billion," kata Lim. Bagaiamanpun, Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) bangkit dan berkata berdasarkan laporan unjuran perbelanjaan 2011 yang diedarkan kepada ahli parlimen, angka yang diberikan tidak sama. "Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan persekutuan yang belum dibayar adalah RM446.7 bilion," katanya sambil menambah jawapan timbalan menteri itu cuba memperdayakan Dewan Rakyat. Azan berkeras hutang negara membawa maksud jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan dan tidak terhad kepada hutang asing sahaja. Lim, sebaliknya menafikan perkara itu dan berkata definisi Azan adalah silap dan menjelaskan bahawa hutang negara adalah wang yang dihutang kepada negara asing dan bukannya hutang kerajaan persekutuan seperti yang dibacakan oleh Azan yang juga memuatkan hutang domestik atau dalam negara. "Baca la, baca la, angka awak semua salah," kata timbalan menteri itu. Pada sidang akhbar di parlimen lobi kemudiannya, Azan berkata maklumat hutang negara yang diberikan oleh kerajaan sangat menyeleweng. "Maklumat hutang negara sangat menyeleweng, bahkan 100 peratus jauh lebih rendah," katanya. |
Songkok Tiga Jengkal Tiada Makna Di Sisi Tuhan Posted: 01 Dec 2010 08:54 PM PST "Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," "Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? "Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Klik di sini |
Isu TPM - Umno Sakit Teruk Dan Tiada Harapan Sembuh Posted: 01 Dec 2010 06:29 PM PST Isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh media massa merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Demikian penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu berkenaan. "Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. "Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan. Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut. Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik Umno. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya. Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno? 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin". Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno. Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini. Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu? Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup! |
Posted: 01 Dec 2010 06:20 PM PST Lelaki simbah asid kena penjara Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kepada seorang lelaki kerana mendatangkan cedera parah terhadap anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan simbahan asid. Bagi pertuduhan kedua iaitu mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh ditangkap pada 16 Ogos lalu. Hakim M Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu selepas menimbangkan pengakuan bersalah Mat Haizan serta mengambil kira sokongan keluarga itu yang masih melawat mangsa di Penjara Marang walaupun menjadi mangsa perbuatan kejam tertuduh. M Bakri dalam penghakimannya berkata, penjara dalam tempoh panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang akan berubah tetapi kasih sayang keluarga dapat memberi peluang pesalah memulakan hidup baru. "Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana keluarga masih sudi melawatnya di penjara tetapi terpulang kepada isterinya sama ada mahu menerimanya semula atau tidak. "Saya ingin mengingatkan orang yang kuat bukan kerana berjaya mengalahkan berpuluh musuh tetapi mereka yang boleh mengawal nafsu marahnya," katanya. Mengikut kertas pertuduhan, Mat Haizan yang menganggur didakwa sengaja mendatangkan cedera parah terhadap Nurul Dahyatul Fazlinda dengan menggunakan benda melecur iaitu asid, pada jam 1.45 pagi 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu. Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Irfan Firdaus pada tarikh, masa dan tempat sama. Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan tindakan isterinya meminta cerai. Dia dikatakan memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa sebungkus plastik cecair mengandungi asid yang kemudian disimbah kepada mereka. Dalam prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam Faezahnoor Hassan, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud. Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama pada 25 Ogos lalu, selepas mengaku salah menyimbah asid ke atas isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28. |
Posted: 01 Dec 2010 06:38 AM PST Kenaikkan harga petrol yang diumumkan secara tiba-tiba malam tadi bertujuan mengisi kantung Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, tahun depan. Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail melahirkan kebimbangannya berkata tindakan itu akan menyebabkan rakyat makin sengsara menanggung beban tersebut. "Dulu kerajaan Umno-BN beri alasan terpaksa menaikkan harga petrol kononnya disebabkan harga bahan mentah itu di apsaran dunia. "Alasan yang kedua selalu diberikan adalah apabila kadar pertukaran asing melibatkan mata wang Amerika Syarikat telah meningkat. Jadi untuk tidak menanggung kerugian maka kerajaan kata kita terpaksa menaikkan. Apa yang memusykilkan kata Azan, kedua-dua perkara tersebut tidak berlaku. "Dari segi pertukaran asing, Ringgit Malaysia lebih kuat maka bermakna sepatutnya kita lagi untung kerana nilai dollar AS jatuh. "Yang kedua, tidak berlaku pun kenaikkan harga minyak yang besar atau serta merta di pasaran dunia. "Ini merupakan tanda-tanda Umno-BN bersiap-sedia mengumpul dana dengan tujuan mengadakan pilihanraya," ujar beliau. Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata beliau telah menjangkakan kenaikkan tersebut apabila kerajaan Umno-BN menstrukturkan semula subsidi. "Hasil daripada kesan penstrukturan semula akan menyebabkan harga minyak akan naik dan sudah tentu membebankan orang ramai. "Ada banyak pendekatan yang banyak dilakukan, sama ada jangka panjang atau pendek. Jangka pendek adalah penstrukturan subsidi minyak kita cadangkan jangan membabitkan semua orang. Contohnya kata beliau adalah orang berhak mendapat subsidi sepatutnya dikekalkan dan yang berpendapatan tinggi, pemotongan subsidi itu boleh dibuat. "Bagi orang yang benar-benar perlu subsidi, layaklah dia dapat dan orang yang tidak perlu, ok lah dia mampu naik berapa sen pun tapi dari segi bebanan kesan kitarannya harga barang akan naik yang akhirnya longgokan bebanan itu diserahkan semula kepada pengguna. "Malah, saya lihat 'trend' harga minyak akan meningkat dan kita jangkakan ianya akan naik lagi sikit demi sedikit kesan daripada penstrukturan semula subsidi tersebut," ujar Mujahid. Semalam, kerajaan Umno-BN membuat keputusan menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.05 menjadi RM2.15 seliter yang berkuatkuasa tengah malam tadi. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan