Isnin, 20 Disember 2010

KRAI Utara

KRAI Utara


Oh Artis: Ariel, Luna dan Cut Tari berjaya hiasi muka depan majalah manga paling lucah kat jepun...

Posted: 20 Dec 2010 02:24 AM PST

Ariel bersama kekasihnya, Luna Maya dikhabarkan baru sahaja menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun. Peguam Ariel tidak boleh memberikan sebarang komen yang boleh memalukan Ariel dan nama Negara Indonesia. Tambahan lagi apa pun juga berita negatif dimana-mana mahupun yang ini akan mengaitkan Indonesia dan amnya. 

Peguam Ariel juga memberitahu dia baru sahaja diberitahu tentang berita tersebut. Dia tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia dikhuatiri akan membebankan anak guamnya. Dalam majalah yang diterbitkan di negara Jepun itu, kelihatan gambar Luna Maya, Ariel dan Cut Tari sedang memperagakan pakaian seksi sambil beraksi lucah. -
www.izyan.com

Oh Artis: Gambar Perkahwinan Marion Caunter Dan SM Nasarudin

Posted: 19 Dec 2010 08:28 PM PST

Salam Buat Semua,Pertama Sekali Aku Ingin Mengucapkan Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Kepada Pasangan pinang Di Belah Dua,Marion Caunter Dan SM Nasarudin Yang Telahpun Selamat DiNikahkan Pada Malam Tadi (16 Dec 2010) Dan Akan Mengadakan Majlis Bersanding Di Mandarin Oriental Mulai Malam Ini.. Tak Pasti La Pula Berapa Hari Majlis Bersanding Ini Akan Di Adakan.. Tak Kan Sehari Je Kot.. Paling Kurang Pon 3-4 Hari Kan.. Kat Bawah Ni Ada Beberapa…READ MORE

Oh !:: Kenapa Saya Berada di Perkarangan Masjid Negara?

Posted: 19 Dec 2010 08:23 PM PST

Kenapa saya berada di perkarangan Masjid Negara ataupun "berpolitik" di perkarangan masjid? Ini adalah komen yang letak dalam artikel penjelasan saya yang lepas: http://teresakok.com/2010/12/16/video-youtube-yang-berfitnah-terhada p-saya/
Saya berada di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010 adalah kerana jawatankuasa Bertindak Air telah menetapkan perkarangan Masjid Negara sebagai tempat berhimpun…READ MORE

Oh !:: SPR akan umum Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang Jumaat ini

Posted: 19 Dec 2010 07:54 PM PST


KUALA LUMPUR 20 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008, Jumaat ini.

Difahamkan pilihan raya kecil kali ini akan diadakan minggu ketiga bulan depan. SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya sejak kekosongan wujud.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor pada Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi Tenang berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).


"Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Katanya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.

BN dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan akan menurunkan calon masing-masing. BN akan diwakiki Umno manakala Pakatan pula PAS.

Kerusi DUN Tenang kosong setelah Sulaiman meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dengan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina 38 peratus dan India 12 peratus.

Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama diadakan di Johor.


Oh !:: Youngsters' sex video courts controversy

Posted: 19 Dec 2010 09:52 AM PST

A videoclip showing two children believed to be related to each other having sex has has created a stir in Malaysia.
The boy is believed to be about 11 or 12 while the girl is about 13 to 14 years old, reported Malaysian newspaper, Harian Metro.
The video clip was taken by a third person in a hotel room in Butterworth, Penang, and is being spread via mobile phones.
A person who obtained the clip from a friend said: "I can only shake my head in disgust. How will their parents react when they find out?" he asked.
He said the clip was a sign of moral decay and hoped the authorities will take action.-yahoo asia

Oh !:: Calon PAS wakili Pakatan di DUN Tenang

Posted: 19 Dec 2010 08:17 AM PST

Calon daripada PAS akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, sebagai mewakili pakatan pembangkang, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama pemimpin pakatan pembangkang yang diadakan hari ini.

"Semua pemimpin pakatan juga bersetuju untuk bersama-sama membantu calon yang akan dipilih itu merampas kembali kerusi itu daripada Barisan Nasional," katanya ketika menggulung perbahasan di konvensyen pakatan pembangkang kali kedua di Dewan Millenium, di Kepala Batas.

Kerusi DUN Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

- Bernama

Oh !:: Saya tak pernah kata jadi jutawan kerja senang... -Irfan Khairi

Posted: 19 Dec 2010 08:08 AM PST


Soho adalah singkatan kepada 'small office house office.' Ia merujuk kepada perniagaan yang kita usahakan sendiri di rumah kita sendiri.
Secara jujurnya, untuk menjadi "Jutawan" soho ini bukan senang. Saya pun tak pernah kata jadi jutawan kerja senang... orang lain ada la kata senang jadi jutawan - tapi bukan saya ;)
Untuk jadi jutawan...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang....Atau apa sahaja in between!
Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan SoHo anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 - 100,000 pelanggan.
So, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan... berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?
Tetapi here's the good news!
Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM1,000.
Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan soho!
Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small... start a SoHo. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.
Seperti saya kata, untuk menjadi jutawan SoHo seperti saya, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Tetapi, untuk mendapat pendapatan RM2,000-RM3,000 secara SoHo, adalah agak mudah.

Tiada ulasan: