KRAI Utara |
- Oh: KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN?
- Oh !:: Berjudi Di Jirat Cina
- Oh: AFF Suzuki Cup: Malaysia through to Final
- Oh !:: Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Vietnam 2-0
- Oh !:: Press Statement On Wikileaks
- Oh !:: GPS Papago! pertama dengan HD
- Oh Artis: (Gossip) Isu Mawi Kahwin Lagi Timbul, Kali Ini Dengan Izin & Restu Ekin
- Oh !:: Obama berhenti merokok kerana takut bini!
- Oh! Kentaki F**K chiken! (KFC) Ayam ni jijik laa big mama!
- Oh !:: Kenapa Yahudi Amat Berkuasa?
- Oh Artis!:: Ahmad Dhani simpan foto bogel artis di twitternya!
- Oh !:: UK - Price of petrol at pumps reaches a record high
- Oh !:: siapa boleh nafikan, kepandaian yahudi hingga memecah ekonomi dunia. baca sampai abis dan tengok sekeliling kita..
| Oh: KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN? Posted: 19 Dec 2010 06:37 AM PST KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN? Saya terima 2 SMS dari 2 seorang sahabat di Pahang, seorang pensyarah di pusat pengajian tinggi, seorang lagi artis terkenal di KL. Mereka ini setahu saya di mana saja ada seminar atau perjumpaan Pas, dia tidak pernah tidak hadir. Saya terfikir juga apa yang di SMS kepada saya. Ayatnya lembut, berbahasa, tidak seperti saya yang dikatakan tahu 'tutuh' saja. SMSnya: SMS 1: Pas awal-awal lagi sudah bagi amaran jangan sentuh isu negara Islam (macam pihak lain bagi amaran jangan sentuh ketuanan Melayu, kot?- saya) Aduh, sedap juga patukan sahabat saya ini. Saya sangat berharap entry ini dapat dibaca oleh YB Salehhudin mahupun 2 Tuan Guru. ![]() Tuan Guru Haji Hadi Sekiranya menjadi takut kepada Karpal, bererti Pas takutlah juga kepada DAP dan menyertai PR bukan kerana berkewajipan memperkenalkan konsep negara Islam tetapi kerana mahu menang nampaknya. Seperti Kedah sekarang, imej dan dengung-dengung pemertabatan Islamiah sudah semakin sayup. Betulkah? SMS 2: UMNO ATAU BN? AHHH, DUA-DUA SAMA. ![]() Rumah di Kg Abdullah Hukum Assalamualaikum, YB-YB, Dr-Dr dan kawan-kawan,Saya termenung membaca SMS ini. Demikianlah pemerintah yang Umno di dalamnya. Sesekali nak memartabatkan Melayu, Bahasa Melayu, sesekali ketuanan Melayu. Yang kata Melayu haprak pun turut jadi haprak. - azizi haji abdullah | ||||||
| Posted: 18 Dec 2010 07:27 PM PST BUKIT MERTAJAM: Seramai 23 lelaki, termasuk warga emas, ditahan ketika sedang leka berjudi di jirat Cina di Kampung Baru di sini petang Jumaat. Jurucakap polis berkata jirat Cina itu dijadikan mini kasino yang menjadi tumpuan kaki judi pada setiap malam, namun operasi itu tidak dapat diteruskan lagi kerana berjaya dihidu oleh polis hasil maklumat orang ramai dan intipan sejak seminggu lepas. Katanya sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menyerbu tempat berkenaan kira-kira 6 petang semalam. "Kesemua mereka berusia antara 34 tahun dan 70 tahun, ditahan ketika sedang leka berjudi," katanya di sini, Sabtu. Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM900 di atas meja judi, sebiji mangkuk, tiga biji dadu, 78 keping cip judi, tiga buah meja panjang dan 20 buah kerusi. "Hasil pemeriksaan lanjut ke atas semua lelaki yang ditahan itu, polis berjaya merampas RM39,771 wang tunai yang dipercayai digunakan untuk berjudi," katanya. Kesemua yang ditahan kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.-BERNAMA | ||||||
| Oh: AFF Suzuki Cup: Malaysia through to Final Posted: 18 Dec 2010 05:56 PM PST | ||||||
| Oh !:: Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Vietnam 2-0 Posted: 15 Dec 2010 10:28 PM PST KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Malaysia membawa bekal selesa ke Hanoi setelah menumpaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010, yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini. Mohd Safee Mohd Sali menjadi wira negara apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-60 dan 79. Perlawanan timbal balik separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam pada 18 Dis ini. Beraksi di depan 35,000 penyokong, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan selamat pada babak separuh masa pertama. Pasukan Malaysia dan Vietnam masing-masing melakukan asakan demi asakan, namun buntu dalam pencarian gol pertama hingga wisel dibunyikan pada separuh masa pertama. Selepas rehat, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan lebih agresif, namun skuad anak buah K.Rajagobal nyata lebih unggul apabila Mohd Safee menjaringkan gol pertama menerusi tandukan hasil sepakan percuma Safiq Rahim. Gawang Vietnam sekali lagi dibolosi apabila Mohd Safee menjaringkan gol kedua selepas rembatan pada jarak kira-kira dua meter di luar kotak penalti oleh Safiq ditampan penjaga gol, Bui Tan Trong sebelum tersasar kepada wira negara itu yang dengan tenang melakukan rembatan kaki kiri untuk gol kedua Malaysia. | ||||||
| Oh !:: Press Statement On Wikileaks Posted: 14 Dec 2010 03:54 AM PST As legal counsel for Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI), we are of the view that the reporting of the story in the media in particular reference to DSAI's ongoing criminal trial is clearly subjudice and may constitute contempt of court. Commenting on the evidence and the making and publication of statements that relate to the alleged guilt is strictly prohibited. It impinges on the integrity of the trial and the Judge is duty bound to protect the sanctity…READ MORE | ||||||
| Oh !:: GPS Papago! pertama dengan HD Posted: 12 Dec 2010 07:12 PM PST M3Asia Sdn. Bhd. (M3Asia) kini memperkenalkan alat penentu kedudukan global (GPS) Papago! terbaru, H5600, yang dilengkapi dengan paparan skrin berdefinisi tinggi (HD). Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan M3Asia, Lester Neil Francis, H5600 merupakan model GPS Papago!, yang dihasilkan oleh Maction Technologies Inc., yang paling nipis dan yang pertama mempunyai paparan HD. M3Asia, yang merupakan subsidiari M3 Technologies Bhd., merupakan pengedar tunggal sah peranti GPS Papago! di Malaysia. "Dikuasai dengan perisian navigasi terbaru Papago! - Reality 7, peranti ini menawarkan paparan yang realistik dan jelas, di samping paparan tiga dimensi (3D) bangunan dan tugu yang ada di kawasan bandar utama. "Selain itu, ia dimuatkan dengan peta di lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia," katanya ketika ditemui di Ekspo Gaya Hidup Digital 2010 di sini baru-baru ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||||||
| Oh Artis: (Gossip) Isu Mawi Kahwin Lagi Timbul, Kali Ini Dengan Izin & Restu Ekin Posted: 12 Dec 2010 04:22 AM PST Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my. User-agent: *Ya. Ianya timbul semula gara-gara seorang peminat dunia hiburan membawakan berita kurang senang ini ke sebuah forum. Menurut sumber ini, yang juga…READ MORE Allow: / | ||||||
| Oh !:: Obama berhenti merokok kerana takut bini! Posted: 12 Dec 2010 03:44 AM PST ROKOK setiap sedutan membawa padah! mungkin ayat power ni kot yang menakutkan manusia no satu amerika si Barack Obama, atau ayat yang kurang menakutkan ni, amaran kerajaan malaysia merokok menjadikan anu anda seinci pendek! ki3 takdenya aku sesaje reka ayat tu...mana tau kot2 gomen nak pakai ayat aku tu plak nak di tempelkan di bungkusan kotak rokok, glemer la aku! yang sebenarnya camni laaa... Jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs sudah tidak menghisap walau sebatang rokok sejak Mac lalu, . Tetapi, Gibbs tidak pula mengisytiharkan Presiden itu telah berjaya menghentikan tabiat merokoknya secara rasmi, iaitu masalah ketagihan sama yang membelenggu jutaan penduduk AS. "Saya tidak nampak beliau (Obama) menghisap rokok atau menemui sebarang bukti beliau menghisap rokok dalam tempoh lebih kurang sembilan bulan," katanya semasa ditanya mengenai tabiat Presiden itu, kelmarin. Jadi adakah Obama benar-benar sudah berhenti merokok? Gibbs belum bersedia untuk mengesahkannya. "Obama sudah berhenti merokok untuk sembilan bulan, ya. Beliau sedang berusaha kerana ianya sesuatu yang sukar," katanya. Perkembangan terbaru mengenai usaha Obama memerangi ketagihan nikotin itu berikutan penerbitan laporan awam pakar bedah AS yang memberi amaran mengenai risiko merokok, termasuk bagaimana ia boleh meracuni tubuh badan serta-merta. kutipan dari sinar harian semalam 11/12/2010 | ||||||
| Oh! Kentaki F**K chiken! (KFC) Ayam ni jijik laa big mama! Posted: 11 Dec 2010 06:54 PM PST Memalas aku nak bagi salam kat korang semua...tapi, mana boleh dah korang datang jauh2 xkan salam pon xboleh bagi kan, ok2 salam,salam....err lu ada baik ke skang ni bro? err best2 ko memang best bro, apa cite? xdak citer best pon! ooo ko nampak muka aku ni macam orang mabuk todi ker? ooo..biasa la bro! ni rasa meluat sikit ngan ayam KFC ni...ko pikir laa sendiri bro! aku baru jek plan nak pi lepak kat KFC ngan sahabat seperjuangan ( gang piranha - kih3 apasal ko tau tak aku bagi nama dia! kuat melantak laaa depa tu, cam ikan piranha laaa..tubuh kecik, NAFSU cam resaksa!) ...tapi kan, dah putus haid laa gua...dah hilang selera la! cilakak! rasa nak merasa nikmat sehingga menjilat jari tu dah bertukar menjadi rasa nak bakar jer kedai KFC, lepas tu buat demo kat kuala lumpur, cakap korang ni jenis HAPRAK laaa KFC! ehhh..blebering memanjang pon tarak guna jugaaaa..kata mamak roti tempayan, lu kasi tau je laaa deyyy, apa pasai lu baaanyak sakit hati? dey! thambi lu sediri pikir laaa, mana gua tak hot! lu nengok sendiri laaa ini KFC punya kerja...gila laaa, lepas ni tobat aku tak mau dah makan KFC! oiii korang kat luar sana tu pun, STOP ajelah makan KFC...aku naaak muntah jer ngan motto sehingga menjilat jari ni...boleh blah la weiii, tukor je laa moto tu...sehingga menjilat jari kaki busuk bleh laaa...cisss
korang patut berterima kasih ngan si Zerohanz .dio laaah yang bongkarkan isu ni....errr KFC aku tak bertanggung jawab atas isu ni jika merugikan syarikat korang yer! | ||||||
| Oh !:: Kenapa Yahudi Amat Berkuasa? Posted: 11 Dec 2010 07:46 AM PST H anya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku? 1 Yahudi 100 Islam Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman). Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS). Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi. Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi? Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi. Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel. Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi. Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa? Jawapannya: Pendidikan. Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful? Bacaan tambahan: | ||||||
| Oh Artis!:: Ahmad Dhani simpan foto bogel artis di twitternya! Posted: 10 Dec 2010 09:18 PM PST
JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) semalam membuat laporan polis terhadap bintang rock, Ahmad Dhani atas dakwaan menyimpan gambar bogel penyanyi dan pelakon, Dewi Persik (Depe) dalam akaun Twitternya. "Kami membuat laporan terhadap Ahmad Dhani kerana menyimpan gambar porno Dewi Persik. "Berserta dengan itu, kami juga membuat laporan terhadap Dewi," kata Ketua FPI cawangan Jakarta, Habib Salim, ketika ditemui di Balai Polis Metro Jaya. Habib tiba bersama lima wakil FPI dengan membawa gambar berkenaan. Gambar itu antaranya menunjukkan Dewi berbogel dalam satu filem yang pernah dibintanginya serta gambar Julia Perez yang sudah tersebar di media sebelum ini. "Gambar ini adalah bukti. Kami membuat laporan terhadap Depe dulu. "Mengenai Jupe (Julia Perez), kami masih mencari bukti lengkap," kata Habib. - Agensi | ||||||
| Oh !:: UK - Price of petrol at pumps reaches a record high Posted: 10 Dec 2010 01:09 PM PST Petrol prices have hit a record average level of 121.76p for a litre of unleaded petrol, according to the monitors Experian Catalist. Experian Catalist estimates that higher VAT will add 2.5p and fuel duties will add a further 1p a litre to prices. read more | ||||||
| Posted: 10 Dec 2010 12:52 PM PST
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Penulis : Dr. Stephen Carr Leon Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor. |
| You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan