Jumaat, 17 Disember 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Aku nikah orang Taiping je...he he!!

Posted: 17 Dec 2010 08:07 PM PST

Bila pagi2 tadi aku bersiap nak keluar dengan 2 batang cangkul...orang rumah aku tegur..

"Nak ke mana pagi2 ni...?"

"Gotong royong...kalau nak nikah tak bawak cangkul..!!" Aku saja melawak...

"Hmm...yer ler tu..!! Orang lelaki panjang akai...!!" Sambil tersenyum orang rumah aku memberikan peringatan...

"Ehhh...dak ah...kalu teman nak menikah...teman bagi tau!!" Saja nak menambah luka...

Tapi orang rumah aku steady aje...dah hampir 20 tahun dah yob duduk bersama. Masak sangatlah dia dengan perangai aku. Alhamdulillah...

Di tempat gotong royong teman dok buat lawak dengan kawan2 semua kisah kawin lain ni...

"Kau orang guna cangkul aku ni...make sure semua karatnya hilang!!"

"Kenapa?" Tanya Harmain...

"Bukan apa...nak buktikan kat orang rumah aku...aku betul2 pergi gotong royong pagi ni...nanti dia check karat masih ada...susah aku!!" Kami gelak sakan...

Tapi Taib Mahmud tak perlu buat tu semua. Dia dah lama membujang. Bagus bebenor ler ada yang menemankannya. Selamat Pengantin Baru!!

Taib Mahmud dilapor nikah wanita Lebanon
December 18, 2010


KUALA LUMPUR, 18 Dis — Di sebalik spekulasi pilihan raya negeri, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74, dikatakan telah bernikah dengan seorang wanita Arab dipercayai dari Lebanon, berusia 30-an, di Kuching semalam.

Laporan media menyebut majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu disempurnakan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin.

Pemimpin veteran itu dijangka akan mengetuai Barisan Nasional negeri untuk menghadapi pilihan raya negeri, yang akan diadakan bila-bila masa memandangkan mandat semasa akan berakhir Julai depan.

Majlis resepsi perkahwinan tersebut dikatakan akan berlangsung hari ini, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu.

Beliau yang berkahwin dengan Allahyarham pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Abdul Taib berkahwin dengan anak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Dian P. Ramlee memandangkan minat mendalam beliau pada lagu-lagu Seniman Negara itu.

Bagaimanapun, dramatis tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut menyebabkan berita tersebut tenggelam begitu sahaja.

Abdul Taib yang diminta mengulas berita pernikahannya ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Dialog dan Makan Malam Bersama Persatuan-Persatuan Cina di sebuah hotel di sini, sekadar menjawab: "Belum lagi."

He he he...Spot on Mahfuz....

Posted: 17 Dec 2010 12:35 AM PST

Mahfuz: Nazri, Pandikar macam 'penyamun' filem Ali Baba Bujang Lapok
Oleh Syed Mu'az Syed PutraDecember 17, 2010

PETALING JAYA, 17 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Speaker Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia sebagai watak penyamun dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendakwa Pandikar bertindak mengikut arahan dikeluarkan Nazri, dakwaan dinafikan oleh menteri itu.

"Kita berhadapan dengan cerita Ali Baba Bujang Lapok yang mana ketua penyamun (Nazri) dan sarjan pendek (Pandikar).

"Dalam cerita ini sarjan pendek mendengar arahan yang dikeluarkan ketua peyamun. Kita boleh tengok selepas menyamun sarjan pendek ini pergi membaling dadu. Dadu ini semua nombor dua sahaja.

"Dia baling hanya tiga kali sambil menjerit 'siapa yang kena', samalah macam kes ini keputusan cepat dibuat dan sarjan pendek tidak tunggu lama untuk membuat keputusan. Kalau dia baling dadu lebih tiga kali nanti dia pula yang kena," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Mahfuz berkata demikian dengan mengulas keputusan Parlimen yang menggantung empat wakil rakyat Pakatan Rakyat semalam.

Semalam, Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, R. Sivarasa dan Azmin Ali daripada tugas sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan.

Anwar dan Karpal juga hadir pada sidang media itu.

Dalam usul itu, jelas mengatakan Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung daripada tugas mereka sebagai Ahli Parlimen manakala Anwar pula digantung tugas dari jawatan Ahli Parlimen selama enam bulan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

"Inilah yang terjadi yang mana cerita P. Ramlee ini masih wujud dalam zaman masyarakat moden.

"Isu ini akan beri implikasi kerana menafikan hak wakil rakyat untuk mempertahankan diri dan beri keterangan," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, keputusan Parlimen yang tidak membenarkan keempat-empat wakil rakyat Pakatan Rakyat memberikan keterangan akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

"Ini akan beri kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara, pelabur dan masyarakat peniaga melihat perkara ini. Apa jaminan mereka akan dapat keadilan di negara kita?

"Mereka akan hilang kepercayaan kepada kita. Kalau Parlimen tidak boleh beri keadilan, siapa yang akan beri?" soal beliau.

Ali Baba Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu diterbitkan pada 1961, diarah oleh Ramlee dengan berasaskan kisah Ali Baba dari Hikayat 1001 Malam tetapi ditokok tambah dengan unsur komedi.

Jumlah pengundi POS bertambah???????

Posted: 16 Dec 2010 11:14 PM PST

Baru2 ni aku jumpa seorang pegawai kerajaan. Saja sembang2.

Antara topik yang paling menarik ialah, ramai anggota kerajaan la ni kena enrol jadi askar wataniah. Alah...jadi macam KJ. Bagi rambut pendek sekejap. Terutama, katanya kakitangan Kementerian Pertahanan.

Yang lecehnya, bila dah jadi askar wataniah tu makanya bila mengundi kena undi pos. Mak oi!! Macam tu sekali. Di khaborkan juga anggota RELA nak kena undi pos. Tak cukup tu...doktor2, nurse2 dan kakitangan hospital kerajaan seluruh negara juga nak pakai undi pos.

Betul tak betul aku tak tau. Harap2 MP2 dan ADUN2 Pakatan Rakyat dapat siasat dan jika benar, perlu sangatlah kita bertindak untuk menghalang kedurjanaan BN dari diteruskan.

SPR sahkan 177,857 pengundi baru, 50,206 'digantung' kerana dibantah

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Sebanyak 177,857 permohonan pengundi baru telah didaftarkan bagi tempoh Julai hingga 30 September lalu mengikut Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku ketiga 2010 yang diwartakan semalam.

Bagaimanapun sebanyak 50,206 permohonan baru tidak dapat disahkan ekoran bantahan dan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses itu dijangka akan mengambil sedikit masa.

The Malaysian Insider difahamkan selain menyaksikan peningkatan mendadak dalam permohonan baru antara Julai dan September lalu, jumlah bantahan juga turut meningkat.

Bantahan itu membabitkan 37 bahagian pilihan raya, satu jumlah yang dilihat turut mengalami peningkatan.

Bagaimanapun SPR tidak menyenaraikan bahagian-bahagian terbabit, tetapi difahamkan ia antara lain kebanyakannya terdiri daripada negeri Pantai Timur dan utara Semenanjung.

Sebanyak 246,962 orang telah mendaftar sebagai pengundi baru semasa tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun ketiga dari Julai hingga September lepas - kadar paling tinggi dalam mana-mana suku tahun selepas pilihan raya umum 2008.

"Oleh itu, sebanyak 50,206 permohonan baru dan 6,094 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi 37 bahagian berkenaan tidak dapat disahkan dan perlu ditangguh sehingga semua bantahan diselesaikan," kata SPR satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebanyak 1,290 tuntutan melibatkan lapan bahagian pilihan raya Parlimen juga diterima sepanjang pameran itu dan telah dapat diselesaikan dan nama-nama pemilih yang terlibat telah dicadangkan untuk dimasukkan dalam DPT suku ketiga tahun ini.

Menurut SPR, DPT itu mengandungi 205,183 pemilih, termasuk 27,326 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Dengan pewartaan itu, jumlah keseluruhan pemilih berdaftar pada masa ini ialah 11.53 juta orang.

Pada masa yang sama, sebanyak 57,036 orang telah dikeluarkan daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara, katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu berkata SPR belum dapat menyelesaikan 580 bantahan melibatkan 37 Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diterima sepanjang pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga 2010 pada 27 Oktober hingga 2 November lepas.

Kata SPR, orang ramai yang berminat untuk membeli DPT Suku Ketiga ini boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dan sebarang pertanyaan berkaitan hal itu boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88856500 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri

Siapa kaki kelentong???

Posted: 16 Dec 2010 10:18 PM PST

http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/pembohongan-apco.html

Di atas adalah link kepada entry penjilat Anwar nombor wahid satu ketika dulu. Kini dia membela Najib dan menghentam Anwar semahu2nya.

Hari ini Anwar mengeluarkan bukti atas dakwaan 1Malaysia dengan rejim yahudi tersebut.

Kita tunggu reaksi pembela Najib dan UMCO nombor wahid ini.

Anwar furnishes proof on APCO, demands explanation from Najib


Anwar holds up the Israeli gov't contract that names APCO
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

UPDATED A day after he was denied the right to defend himself and slapped with a six-months suspension from Parliament, Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim furnished proof that a controversial U.S. communications firm with clear Zionist links, APCO, was involved in the design of Prime Minister Najib Razak's prized 1 Malaysia platform.

Anwar also exposed the hand of Omar Mustapha Ong, who is widely known to be one of Najib's advisers focusing on the oil-and-gas and media sectors. Omar had last year stirred a ruckus when top Petronas staff objected to his appointment to its Board of Directors.

"For decades, I was tagged as a Jewish agent by the Umno leaders. Now when I provide documents showing the connection between APCO and members of the Israeli secret services like Shin Bet, I am kicked out of Parliament," Anwar told a press conference on Friday.

"Altogether, four Malaysian MPs have been suspended and kept out of Parliament because of APCO. I think both APCO and the Malaysian government owe an explanation to the Malaysian people."

Anwar showed reporters a copy of a letter from international consultung firm GCI addressed to the Israeli government that specifically named APCO as being on the panel of firms that would participate in the contract to conceptualize former Israeli premier Ehud Barack's OneIsrael in the late 1990s.

APCO and Nazri lied

The BN-controlled Malaysian Parliament had suspended Anwar, who is also the Permatang Pauh MP, his colleagues Bukit Gelugor MP Karpal Singh, Gombak MP Azmin Ali and Subang MP Sivarasa Rasiah for 6 months each. The three men had jumped to Anwar's defense during parliamentaryinterractions.

It is against Malaysia's foreign policy to have any dealings with Israel and the appointment of APCO has deeply angered the sensitivites of the Muslims in the country, who wanted Najib to terminate the contract. Najib has however refused to do so and has instead entered into a fresh contract with APCO worth hundereds of millions.

Sivarasa, who was also at the press conference, slammed APCO for lying that it was not involved in OneIsrael. He did not spare Minister in the Prime Minister's office Nazri Aziz either.

"APCO has been proven to have clearly lied. It denied its involvement and later when a copy of contract was produced, it kept silent. Nazri was even worse," Siva told Malaysia Chronicle at the sidelines of the press conference.

"In June, Anwar was given 7 days to explain himself. Then on the day of the hearing, when APCO was also present together with Nazri, the meeting was suddenly postponed. Now months later, out of the blue, the Rights Committeee digs out the case again but APCO officials are no longer required to be present. Just one letter from the firm is enough to nail the 4 of us, while Anwar's defense is not allowed. It appears Umno doesn't want Anwar to be heard - why? Is it to protect APCO or Najib or both? And how come Nazri doesn't remember this? He was there in Parliament with the APCO representative when the meeting was suddenly cancelled."

Afraid of APCO's powerful Jewish connections

Indeed Najib and his wife Rosmah Mansor have been accused of benefitting from the APCO contract. During recent visits to New York, they were lavishly entertained and feted. The firm also scored a meeting with President Obama for Najib.

The Najib administration is now APCO's single biggest client, according to industry information. But pundits doubt it is a matter as simple as perks and junkets that has made Najib and Umno defend APCO so fiercely to the extent that they were willing to lock out 4 Malaysian lawmakers.

They suspect the hidden hand of powerful Jewish brokers, who dictate much of what happens in the global arena with their huge financial resources.

"This is one issue where even the international press will be careful not to show support for Anwar. They have their Jewish investors to mind. So I think Najib knows this but what is most worrisome is, has he and Umno cut some sort of deal with these power brokers and how will Malaysia be impacted," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Malaysia is part of the bustling ASEAN market of 500 million people. Her closest neighbour is Singapore, which despite its pro-U.S. stance actively chokes off any form of political opposition on its shores. If Anwar's Pakatan topples Najib's ruling Umno party, the regional power equation is bound to change.

"From the beginning, I have made it clear. I am not anti-Jewish. In fact, I was even accused of being a Jewish agent by Umno. And this is not about discriminating against Jewish firms and banning contracts with them. This is about hypocrisy - the hypocrisy of the Najib administration, the lies of Umno and sadly APCO as well," Anwar said.

Tiada ulasan: