Jumaat, 17 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


PANAS: Dokumen perjanjian APCO & BN didedahkan kepada rakyat..

Posted: 17 Dec 2010 08:58 PM PST



"Maklumat ini sungguh memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Kini terbukti betapa teruknya kerajaan UMNO BN dan 1Malaysia pimpina PM Najib Razak, kerana sanggup bersekongkol dengan Kerajaan Israel untuk menentukan halatuju pemerintahan negara.

Rakyat perlu sedar dengan situasi ini dan apakah mereka harus menerima kehendak takdir yang sudah terang lagi bersuluh itu agaknya. Pencacai UMNO BN sudah pasti akan menafikan semua ini, namun segala kebenaran akhirnya terserlah jua.



Maka itulah, kita tidak hairan Anwar Ibrahim dihalang daripada membela dirinya mengikut prosedur biasa yang telah ditetapkan. Ini kerana mereka semua takut andainya segala dokumen perjanjian itu didedahkan oleh Anwar dan ini akan memalukan mereka.

Justeru itu, jalan terbaik ialah menggantung terus Anwar daripada hadir ke parlimen untuk tempoh yang agak lama bagi menghalang beliau terus bersuara tentang isu ini. Mujurlah ada rakyat prihatin yang menyebarkan maklumat dokumen tersebut yang kini boleh ditatap oleh seluruh rakyat Malaysia." - Pahang Daily Online (PDO)


1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International













2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri







3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd





BERITA 1. Anwar Kemuka Bukti Syarikat Zionis Apco Penasihat Perdana Menteri

Sehari selepas digantung dari Parlimen, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang cuba ditutup oleh Perdana Menteri Najib Razak mengenai hubung kait Umno-Barisan Nasional, syarikat pro-Zionis Apco Worldwide dan gagasan 1Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu Apco yang mengakibatkan beliau dan tiga lagi ahli Parlimen digantung tanpa diberi peluang membela diri.

Anwar berkata hakikat Apco beroperasi di bawah nama Myteam sejurus untuk menasihati Najib tidak pernah disangkal oleh Perdana Menteri.



"Operasi mereka sebelum itu adalah (di bawah nama) Myteam. (Portal berita) Malaysian Insider memberi keterangan jelas wakil bahawa Apco menasihati Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen (yang mengaitkan) kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian( dengan syarikat Yahudi)," kata Anwar.

"Saya ulangi, 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan bahawa mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM)," kata Anwar.

Selain Anwar, turut digantung enam bulan adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa, dan Pengerusi DAP Karpal Singh.

Anwar menegaskan penggantungan ketiga-tiga rakannya itu amat tidak adil . Contohnya Azmin dihukum hanya kerana menyentuh mengenai surat dari Apco yang digunakan sebagai asas untuk menghukum Anwar.

" Dia tidak menyiarkannya pun. Apa Apco ini? Dewata raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa," kata Anwar.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," tegas Anwar Anwar.

BERITA 2. Umno dan Apco mesti jelaskan, kata Anwar

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan Apco Worldwide, syarikat perhubungan kontroversi yang diupah kerajaan Barisan Nasional yang menyebabkan penggantungan empat ahli parlimen termasuk dirinya yang menurutnya dibuat secara 'tidak adil'.

"Kerana Apco, empat ahli parlimen telah digantung tanpa prosedur. Kita memerlukan penjelasan, bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari Apco," katanya kepada wartawan pada hari ini.

Ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR itu berkata jika Apco sebenarnya badan profesional sebagaimana yang didakwa, ia tidak boleh bersekongkol melakukan kesalahan yang dibuat oleh rejim Umno".

"Saya ingin tujukan ini khas kepada Apco. Anda mendakwa yang anda merupakan badan yang bebas, jadi mengapa melibatkan diri dalam politik Malaysia?

"Saya desak mereka (Apco) agar hentikan kempen politik. Bagaimana mereka boleh jadi syarikat berwibawa apabila mereka mempertahankan sistem korup dan tindakan kejam (kerajaan BN)?

"Apco patut turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi," kata Anwar.

Anwar bersama dengan MP Karpal Singh (Bukit Gelugor), R Sivarasa (Subang) dan Mohd Azmin Ali (Gombak) digantung semalam selama enam bulan dari Parlimen.

Penggantungan dibuat berikutan kenyataan Anwar dilihat sebagai 'berbohong'.

Ketika perbahasan parlimen dalam bulan Mac tahun ini, Anwar mendakwa Apco terlibat dengan kempen One Israel Ehud Barak.
Beliau turut mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa 1Malaysia berasal dari One Israel. Apco telah menafikan dakwaan ini.

Hipokrasi

Menurut Anwar, tujuan beliau mengungkitkan isu Apco ialah untuk mendedahkan hipokrasi Umno.

"Selama lebih sedekad, ketika pilihan raya, saya digambarkan sebagai pro-Yahudi, agen atau alat Yahudi, kerana mempunyai rakan Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu kerana saya konsisten dalam menyatakan bahawa tak kira Yahudi atau Islam. Hindu atau Sikh, semua rakan saya. Saya memilih untuk bersetuju dan tidak bersetuju dengan mereka dalam isu tertentu.

"Saya mahu menunjukkan hipokrasi kerajaan BN. Mereka pergi ke perkampungan Islam dan mengutuk dengan dakwaan bahawa pro-Yahudi dan memalukan saya.

"Tapi mereka sendiri yang membuat perjanjian dengan syarikat yang saya buktikan mempunyai hubungan dengan Israel.

"Tambahan lagi syarikat ini juga mempunyai hubungan dengan mereka yang terlibat dengan Shin Bet Israel (jabatan pertahanan), perisikan Israel dan pasukan tentera Israel," katanya.

Walau bagaimanapun Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak menentang sesiapa yang mempunyai hubungan kerja dengan syarikat Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu. Saya cuma mahu kontradiksi dan hipokrasi pemimpin Umno.

Anwar turut mendakwa Apco telah berbohong beberapa kali ketika menjawab. Beliau menambah Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan tidak sepatutnya mengambil kira kenyataan sebuah syarikat berdasarkan satu surat semata-mata.

Kes lepas

Anwar berkata bahawa beliau membuat tuduhan terhadap Apco berdasarkan bukti dokumen dan siasatan.

"Di dalam beberapa kenyataan Apco, mereka pada awalnya menafikan hubungan dengan Israel. Tapi kemudian mereka menarik balik kenyataan itu.

"Selepas itu terdapat surat baru yang cuba menerangkan bahawa kenyataan pertama dibuat kerana ia merupakan rakan niaga Asero Worldwide.

"Tapi hari ini saya kemukakan dokumen perjanjian di antara kerajaan Israel dan Apco."

Anwar berkata bahawa bukti di tangannya membuktikan kesnya dan kerajaan "tidak boleh berbohong" mengenai penglibatan Apco.

"Apa isunya? Mereka tiada isu sebenarnya, Saya tiada isu, Saya hanya mahu membuktikan bahawa Umno menuduh kita sebagai jahat kerana bekerja dengan Yahudi tetapi mereka sendiri bekerja dengan syarikat yang berkait rapat dengan Israel dan ia bukan urusan sembarangan," kata beliau.

Menjawab dakwaan bahawa beliau diberi masa yang lebih dari mencukupi untuk mempertahankan diri dari digantung, Anwar berkata bahawa beliau langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.

Sementara itu, Karpal Singh berkata bahawa beliau serius untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan berharap dapat berjumpa Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sana.

"Tindakan terhadap Speaker akan difailkan secepat mungkin. Saya berharap untuk berjumpa Speaker di mahkamah.

"Saya hairan Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz) berkata bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai. Tapi ada kes lalu dalam kes Zambry dan Gobind Singh.

Keputusan Dewan Rakyat boleh dipertikaikan di mahkamah. Nazri menggelar saya peguam kelas ketiga… saya mungkin kelas ketiga tapi orang itu tiada kelas," katanya.

Tiada bidang kuasa

Karpal berkata adalah perkara asas untuk memberi peluang didengari. Beliau merujuk kepada kes Pakistan.

Beliau berkata hak sebegitu berasal dari undang-undang Islam yang diakui di dalam Al-Quran. Satu lagi isu, katanya, ialah usul yang diluluskan Parlimen untuk menggantung keempat-empat mereka semalam mengandungi perkataan "ditamatkan tugas sebagai ahli Parlimen."

"Saya tidak rasa Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian. Kita hanya boleh digantung dari tugas di Dewan dan apa yang tertulis di sini melangkaui keadilan semulajadi. Kami akan pertikaikan perkara penggantungan dari tugas di mahkamah," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang berlaku di Parlimen menyerupai watak dalam filem P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok.

"Ada watak yang digelar ketua dan ada '"sarjan pendek" yang menuruti arahan "ketua".

"Dia mempunyai dadu yang hanya ada nombor dua. Ia sama dengan apa yang berlaku semalam. Tidak kira apa yang kita kata, dia (Speaker) sudah pun buat keputusan.

"Semalam, dia buat keputusan spontan tanpa memanggil apa-apa untuk pembelaan. Dia juga tidak bahaskan perkara lain kerana "dadu nombor duanya" akan terdedah," katanya.

Mahfuz berkata ekoran penggantungan ini, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Parlimen dan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Beliau berkata bahawa beliau akan membawa isu ini dan Kesatuan Antara Parlimen dan Kesatuan Eropah. - FMT

Bapa borek anak rintik: Contoh keluarga pemimpin 'ketuanan Melayu' Umno...(video inside)

Posted: 17 Dec 2010 07:12 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Gambar2 ini dirakam ketika sambutan ulang Tahun yg ke-22 Dafi, anak menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob..

Mengikut peminat Dafi, gaya yg ditonjolkan Dafi pada majlis hari jadinya Selalu lalu adalah mirip penyanyi gay Barat, Adam Lambert..mungkin ini natijah dari konsert Adam Lambert yg dibenarkan ke Malaysia Oktober lalu..(klik utk rujuk)..

Mungkin bagi sesetengah penyokong ketuanan Melayu Umno, tiada apa2 kesalahan gambar2 ini..tidak salah menyambut hari kelahiran dengan cara sebegini, bercampur perempuan lelaki, mendedahkan aurat dan berpakaian seksi..

Yang penting, KETUANAN MELAYU terjaga..itu yg mesti dijaga dan dipertahankan...yg lain, tak penting..

Akhir kalam...hidup ketuanan Melayu!!!!..fikir2kan...wallahua'lam...
























Artikel berkaitan:
- SENSASI BERANI! Video cara Umno sambut kemulian Syawal!..(18SX)

Gambar TERBARU Rosmah Mansor kesayangan anda...

Posted: 17 Dec 2010 05:59 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Seperti biasa, penulis akan update gambar2 terbaru Isteri Perdana Menteri kita yang kita 'sayangi'...bersesuaian dengan gelaran 'first Lady' Malaysia..(bukan 'Lady Gaga')..

Gambar di atas adalah gambar ketika mana RM (Rosmah Mansor) menyampaikan anugerah 'Tokoh Buku Negara 2010' kepada Datuk Seri Rais Yatim pada malam Jumaat yg lalu (16 Disember)...tiada bezanya dengan gambar2 terdahulu...rambut stay cool..

Gambar di bawah pula gambar RM ketika melancarkan minyak wangi Melaka jenama "Sutra" di Melaka, 15 Disember lalu...tak diketahui punca dan alasan kenapa kerajaan negeri Melaka dibawah Ali Rustam melantik RM untuk merasmi dan melancarkan minyak wangi Melaka ini...

Apapun, lagak RM ternyata terserlah pada majlis berkenaan mengalahkan PM (Perdana Menteri) sendiri...

Pada hari yang sama juga, RM telah menerima anugerah darjah tertinggi utama negari Melaka iaitu Datuk Seri Utama oleh negeri Melaka..fuh, dahsyat RM kita ini..mungkin korang boleh baca ulasan 'beritasemasa.com' ttg anugerah ini...fikir2kan...;)




















Artikel berkaitan:
- Koleksi artikel/isu bergambar berkaitan Rosmah Mansor

Gambar terbaru Lim Guan Eng yang bikin jumudian Umno sakit hati..

Posted: 17 Dec 2010 04:45 AM PST





Oleh: Pria Malaya

Bagi penyokong fanatik ketuanan Melayu Umno, apa sahaja yg dilakukan oleh musuh mereka, terutamanya DAP adalah salah dan mesti ditentang...

Jika ianya sesuatu yg dilihat buruk, maka dihemburkan kata2 nista dan sumpah seranah..jika ianya sesuatu yg baik, maka dituduhnya pula hanya lakonan dan sandiwara untuk memancing hati rakyat...

Semuanya salah dan tak kena..nasiblah menjadi penyokong fanatik a.k.a jumudian Umno...fikir2kan..;)


'Penangan' WIKILEAKS: Ceramah Anwar mendapat sambutan hangat ribuan rakyat!

Posted: 17 Dec 2010 01:10 AM PST

1. CERAMAH DI TAMAN MELATI 14 DISEMBER

















p/s: Mengikut maklumat, permit ceramah yg dipohon dibenarkan sehingga 12.00 Tengah malam, namun ceramah terpaksa dihentikan awal (jam 10.30) atas arahan pihak polis gara-gara kehadiran orang ramai yang semakin bertambah sehingga melimpah ke luar dewan khemah..

2. CERAMAH DI SEREMBAN 16 DISEMBER 2010











p/s: Suasana ceramah di Seremban malam semalam adalah terbesar selepas PRU umum ke-12 lalu..rakyat dari pelbagai kaum dan latar belakang dilihat berasak-asak menuju lokasi ceramah..suatu situasi yg hebat dalam sebuah negeri kuat Umno!...

sumber gambar: Dari pelbagai sumber

Umno Sabah GOYAH: Pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani sertai PKR

Posted: 17 Dec 2010 12:32 AM PST



Pengasas Umno Sabah, Karim Ghani sertai PKR

Bekas pemimpin Umno Sabah yang juga individu yang bertanggungjawab membawa parti dari Semenanjung ke negeri itu, Datuk Karim Ghani secara rasmi menyertai PKR.

"Saya rasa berbesar hati kerana PKR menerima saya," kata Karim yang sebelum ini pernah bersama Parti Bersatu Kebangsaan Sabah (Usno).

"Saya telah serahkan borang permohonan terus ke ibupejabat PKR."

Menurutnya, beliau sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan beberapa lagi pemimpin cabang di Sabah.


(Berita mengenai pengasas Umno Sabah mendapat reaksi hangat media2 di sana...kalaulah pengasas Umno Sabah pun tak yakin dan keluar parti...)

Ketika ditanya tentang alasan menyertai PKR, beliau berkata alasannya sama apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Umno Sabah.

"Pakatan telah berjanji akan mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak dan berjanji akan menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada kedua-dua negeri ini," kata Karim.

"Ini sama seperti yang saya nyatakan dalam surat perletakkan jawatan kepada Umno Sabah.

"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban'," perlinya.

Karim berkata, janji bahawa autonomi Sabah akan dihormati akan membantu ahli Usno bangkit menentang Parti Bersatu Sabah (PBS). - MK

Pelaburan tertinggi seluruh Malaysia: Terbukti kerajaan PR Selangor mampu mentadbir!

Posted: 16 Dec 2010 11:43 PM PST



S'gor kekal destinasi pelaburan utama

Prestasi pelaburan negeri Selangor dari Januari hingga September lalu, sangat baik dan memberangsangkan dengan jumlah pelaburan yang diluluskan berjumlah RM6.533 billion.

Jumlah pelaburan sepanjang tempoh tersebut, melebihi nilai pelaburan yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2009, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, sebanyak RM2.757 billion atau 42 peratus merupakan pelaburan tempatan manakala 58 peratus atau RM3.775 billion adalah pelaburan asing. Jumlah pelaburan tersebut melibatkan 245 projek yang telah diluluskan, yang mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 38 peratus atau 154 projek adalah projek baru dengan nilai pelaburan melebihi RM2.519 bilion. Manakala 91 projek atau 62 peratus merupakan projek pembesaran dan pelbagaian dengan nilai pelaburan melebihi RM4.013 bilion.


(Ternyata pandangan bahawa Umno/BN shj yg boleh memerintah adalah dakyah dan mitos palsu semata-mata..terbukti kerajaan PR juga mampu mentadbir, malah lebih baik dr Umno/BN...)

"Dengan jumlah pelaburan ini, Selangor mendahului negeri lain di Malaysia dan telah menyumbang sebanyak 31 peratus jumlah keseluruhan pelaburan negara diikuti Johor dan Pulau Pinang," katanya.

Pelabur Jepun penyumbang terbesar dengan pelaburan melebihi RM1.884 bilion, diikuti Cayman Islands dengan RM531.6 juta dan Singapura melebihi RM393.664 juta. Bagaimanapun, tegas menteri besar, dari segi bilangan projek, Singapura mencatatkan jumlah tertinggi dengan 19 projek.

Pada 2009, katanya, Selangor berjaya memperoleh 138 projek dengan pelaburan RM2.718 bilion dan menyediakan 11,059 peluang pekerjaan. Peningkatan jumlah pelaburan ini membuktikan keyakinan pelaburan terhadap Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia, jelas Abdul Khalid.

"Kerajaan negeri akan terus mengambil langkah pro-aktif dengan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan perindustrian sedia ada.



"Anak syarikat kerajaan negeri, SSIC Berhad (Selangor State Investment Centre ) juga sering mengadakan pertemuan-pertemuan dengan para pelabur bagi berbincang secara terus berhubung isu dan masalah yang dihadapi oleh para pelabur untuk diselesaikan segera.

"Kerajaan negeri akan terus mempergiatkan lagi usaha mempromosi selangor sebagai negeri perindustrian dan pelaburan dalam memastikan sektor ini terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pencapaian ekonomi negeri seterusnya berjaya mencapai prestasi pelaburan yang disasarkan," tambahnya. - MK

Berita malang buat Umno: "Tiada kes rasuah MB Kelantan" - SPRM

Posted: 16 Dec 2010 11:19 PM PST



SPRM tutup kes terhadap Nik Aziz, menantu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail tiga kes membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman serta seorang timbalan menteri.

Timbalan Menteri terbabit ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong berhubung kedudukannya dalam sebuah syarikat.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, Pejabat Peguam Negara mendapati tiada kes untuk pertuduhan membabitkan Nik Aziz dan menantunya itu.


(Berita ini pastinya mengundang perasaan kecewa dan perit buat penyokong Umno khususnya blogger fanatiknya..)

Nik Aziz sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu, manakala Abdul Ariffahmi pula berhubung pelantikannya sebagai CEO PMBK.

"Peguam Negara mendapati tiada kes untuk disabitkan tuduhan terhadap Nik Aziz kerana beliau tidak pernah meminta untuk ditaja menunakan haji dan perjalanan menunaikan haji ke Makkah juga tidak dibuat.

"Peguam Negara juga mendapati pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO lebih bersifat penukaran nama jawatan dan Menteri Besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik mana-mana pegawai," katanya.

Beliau juga berkata, SPRM juga mendapati tiada kes membabitkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong daripada tuduhan berlaku percanggahan kepentingan dengan memegang jawatan dalam sebuah firma arkitek berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - BH

Artikel terdahulu:
- SYABAS kerajaan PAS Kelantan: "Penjawat awam Kelantan bersih rasuah" - SPRM

Tiada ulasan: