Kerabu Bersuara ® |
- Teks ucapan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sempena Hari Hak Asasi Manusia
- Kalau Akim Jadi Kita, Kita Jadi Apa?
- Perubahan bukan sahaja musim pilihan raya – Khalid Ibrahim
- Pendedahan Wikileaks tidak penting - Persepsi rakyat lebih ditakuti
- Dr Khir digantung daripada semua jawatan
- Politik WikiLeaks, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat
- Anwar jelajah Malaysia jelas isu Wikileaks
- Bila Perlembagaan tidak diisi
- Saman RM1bilion: MB Terengganu tidak cerdik
- Dr M yakin Lee Kuan Yew tahun tentang kegiatan Anwar Ibrahim
- Betul kata Mahathir, Melayu memang ‘haprak’!
- Tiga tahap perjuangan: tempatan, nasional dan global
- Penganut Bangan Umno Mesti Marah Dengan DAP Isu Doa
- Mukhriz kurang pengalaman jadi pengerusi Umno Kedah
- Jangan kata konspirasi, kata Perkasa kepada Anwar
- Bila Alwi Mendoakan Nik Aziz
- Pendedahan Panas! 4 Orang Pemimpin Umno Jumpa Najib Desak Dakwa Khir!
- Najib Dan Umno Jilat Punggung Singapura Dan Amerika?
- Tunggu Mat Sabu ceramah keangkuhan BN 7 hari 7 malam
- Anak muda dijangka protes Pakatan Rakyat?
- Top Secret - Gambar-Gambar Dalam Kubu Fail WikiLeaks Yang Kebal Nuklear! - 30 Meter Di Bawah Tanah!
Teks ucapan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sempena Hari Hak Asasi Manusia Posted: 13 Dec 2010 08:30 AM PST Teks ucapan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 sempena Hari Hak Asasi Manusia: Teks ucapan sempena Hari Hak Asasi Manusia Hari Hak Asasi Manusia 2010 pada 10 Disember telah mengiktiraf usaha gigih para pejuang hak asasi manusia sejagat yang berjuang untuk mengakhiri diskriminasi kaum, jantina, agama atau hal-hal lain yang tidak selaras dengan prinsip atau nilai-nilai asas kemanusiaan, kebebasan dan keadilan. Selamat datang ke Pulau Pinang, negeri yang merealisasikan kebebasan berucap dengan mewujudkan Dataran Pidato yang pertama seumpamanya di negara ini sejajar dengan ungkapan yang diabadikan ahli falsafah Perancis abad ke-18 Voltaire, "Kami mungkin tidak sependapat dengan anda tetapi kami akan mempertahankan habis-habisan hak anda untuk tidak bersetuju dengan kami". Adalah menjadi satu penghormatan kepada saya apabila dijemput untuk bersama-sama meraikan hari ini dengan anda semua yang saya anggap sebagai perwira dan srikandi kepada semua mereka yang tertindas, dirampas dan dinafikan hak asasi manusia. Bertindak sendirian atau dalam kumpulan di kalangan komuniti sendiri, para pejuang hak asasi manusia berjuang setiap hari untuk mengakhiri diskriminasi menerusi kempen untuk menegakkan kesaksamaan dan keberkesanan undang-undang, melapor serta menyiasat pencabulan hak asasi dan menyokong mangsa. Sementara beberapa pejuang hak asasi manusia begitu dikenali di peringkat global, masih ramai yang wujud tanpa identiti dan selalunya menjalankan kerja berdepan dengan risiko peribadi yang cukup besar sama ada pada diri sendiri mahupun keluarga mereka. Amnesty International adalah salah sebuah organisasi yang berusaha gigih untuk melindungi hak rakyat terutamanya pejuang-pejuang hak asasi manusia. Maraton Penulisan Warkah adalah Inisiatif Global Amnesty International untuk menggerakkan masyarakat agar bersuara mengenai pelbagai penindasan hak asasi manusia yang berlaku di seluruh dunia dalam bentuk surat peribadi. Ini mewujudkan persepaduan global yang mana untuk mengakhiri penindasan hak asasi manusia melangkaui sesebuah negara. Amnesty International percaya bahawa dengan menghantar surat adalah salah satu cara yang paling berkesan kepada seseorang individu untuk menyampaikan keprihatinan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab menindas hak asasi manusia dan mereka yang berada di kedudukan yang boleh mempengaruhi tindakannya. Pada tahun 1997, saya disabitkan atas dakwaan menghasut dan dihukum penjara selama 18 bulan kerana cuba untuk melindungi dan mempertahankan seorang gadis bawah umur yang ditahan walaupun dia sebenarnya adalah mangsa rogol. Adalah mengejutkan bila mana beliau ditahan sedangkan perogolnya terus bebas. Saya menggunakan insiden ini sebagai dedikasi saya dalam keadilan sosial, terutamanya mangsa seks wanita. Semasa tempoh tahanan, Amnesty International mengkategorikan saya sebagai 'Banduan Tidak Bersalah'. Mereka berkempen tanpa penat lelah untuk pembebasan saya. Ahli-ahlinya menghantar petisyen untuk membebaskan saya dan saya telah menerima banyak surat perpaduan ketika dalam tahanan. Surat-surat berkenaan telah menceriakan hari-hari saya ketika dalam tahanan. Saya sangat berterima kasih kepada Amnesty International atas sokongan dan bantuan mereka semasa saat-saat suram saya dalam penjara. Izinkan saya mengulanginya sekali lagi bahawa adalah amat penting untuk menulis surat perpaduan kepada semua banduan tidak bersalah kerana ia akan menyelamatkan banyak jiwa! Surat-surat ini mengingatkan kita bahawa kita bukan berseorangan dalam perjuangan mempertahankan maruah seseorang. Apabila seseorang itu dipenjarakan di dalam sel yang dingin dan sepi, kita terhalang daripada menikmati ketamadunan yang membuatkan kita merasa keseorangan dan terputus hubungan dengan dunia luar seperti tiada sesiapa yang mengambil berat. Justeru, surat-surat ini telah menaikkan semangat, memberikan kita harapan dan juga menggalakkan kita untuk terus melalui liku-liku hari dalam penjara. Mendapat surat-surat dari tempat yang jauh dan dari benua lain berupaya untuk memberikan sedikit kekuatan dan membawa mesej bahawa masih ada orang dari tempat lain yang mengingati banduan tidak bersalah di dalam sel yang sering dilupakan oleh warga tempatan sendiri. Terima kasih kerana telah menyemarakkan semangat saya dan menyalakan semula kepercayaan bahawa perkara yang baik akan pergi kepada mereka yang berbuat baik. Hari ini, penindasan hak asasi manusia masih berlaku di negara kita. Salah satu fenomena utama ialah kematian dalam tahanan. Di Malaysia, ia telah banyak kali berlaku, kematian ini sebenarnya boleh dielakkan jika ada pemantauan secukupnya dan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk para banduan dalam tahanan. "Sejumlah 279 suspek telah ditembak mati oleh polis antara tahun 2000 hingga 2009, sementara 147 meninggal dunia dalam lokap polis dalam tempoh yang sama." ( rujuk Malaysiakini, 28 Jun 2010, 426 kematian dalam tangan polis sejak 2000). Selain daripada itu, salah satu kempen utama Amnesty International ialah Kempen "Demand Dignity", yang mana Amnesty International percaya bahawa rakyat yang tinggal dalam kemiskinan menghadapi penindasan hak asasi manusia kerana keperluan asas mereka tidak dipenuhi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah teraju Pakatan Rakyat telah memberi keutamaan kepada pembasmian kemiskinan tegar dan telah berjaya melakukannya dalam masa setahun sahaja berbanding kegagalan kerajaan negeri terdahulu untuk melakukannya dalam tempoh 51 tahun. Pulau Pinang telah berjaya membasmi kemiskinan tegar dengan melaksanakan program yang diterajui kerajaan negeri untuk membantu keluarga yang miskin tegar dengan pendapatan di bawah RM500 untuk dinaikkan ke paras tersebut agar mereka boleh keluar daripada kepompong miskin tegar. Program ini, sesungguhnya, telah membantu banyak keluarga miskin di Pulau Pinang untuk mendapat bantuan dalam bentuk kewangan. Kita kini sedang memberi tumpuan dalam matlamat jangka panjang untuk membasmi kemiskinan secara menyeluruh. Sebagai negeri pertama yang berjaya membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang, kita juga berharap agar dapat menjadi yang pertama untuk menghapuskan terus kemiskinan tegar di bumi bertuah Malaysia ini. Selain daripada menjadi negeri pertama yang bebas daripada kemiskinan tegar di Malaysia, Pulau Pinang juga akan menjadi negeri pertama yang tidak akan memberikan beg plastik mulai 1 Januari 2011. Pendekatan ini bersama-sama dengan kaedah alam sekitar lain akan membantu matlamat jangka panjang untuk menjadi negeri hijau pertama di Malaysia. Akhir kata, saya ingin merakamkan sekalung tahniah buat Amnesty International dan semua NGO di Pulau Pinang atas usaha gigih untuk menggalak serta melindungi hak asasi manusia. Dengan sukacitanya, saya merasmikan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2010. Sekian, terima kasih. *Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang |
Kalau Akim Jadi Kita, Kita Jadi Apa? Posted: 13 Dec 2010 07:59 AM PST Oleh Mohd Sayuti Omar Hari ini saya makan dengan seorang kawan, aktivis politik yang juga bekas ahli Umno yang kini sudah hilang kepercayaan kepada parti asalnya itu. Beliau menganggap dirinya sudah tidak Umno lagi selepas Umno diharamkantahun 1987. Umno yang ada kini katanya adalah Umno baru yang perjuangannya bukan bersendikan kepada Melayu lagi. Pun begitu kawan ini masih ada hubungan dengan orang Umno. Boleh dikatakan hampir separuh veteran dalam Umno termasuk Najib Razak sendiri adalah kawan baiknya. Katanya juga sebelum Abdullah Badawi menjadi PM dia selalu pekena cendol mamak dengan Abdullah di Puchung. Apa yang saya nak ceritakan di sini bukan fasal dia makan cendol dengan Abdullah atau fasal BN dibawah Najib semakin teruk dan sudah jadi caca merba (mengikutnya), tetapi fasal Zaid Ibrahim. Katanya dia kenal dan rapat dengan Zaib Ibrahim. Dia juga sempat menjadi 'pak pandir' kejatuhan anak kerana menjaja Zaid semasa Zaid menyertai PKR sekejap baru-baru ini. Dia mulanya yakin Zaid boleh jadi pemimpin baik dalam PKR dan seterusnya mengambil kepimpinan parti itu sekiranya berlaku sesuatu terhadap Anwar Ibrahim. Bagaiamana pun katanya beliau sedih kerana apa yang beliau harapkan itu tidak menjadi kenyataan. Zaid yang disangkakan tebu rupakan teberau yang batang nampak molek tetapi isi tak leh makan. Baiklah cerita yang hendak diungkapkan di sini fasal zaid nak tubuh parti baru. "Dia ada ajak aku joint sama dia. Katanya duit tak ada masalah. Tapi aku tak mahu.." ceritanya. "Apa nama partinya, Akim ke?" tanya saya. Saya dapat tahu Zaid sudah beli parti Akim. Zaid ini memang suka beli membeli. Semasa nak bertanding jawatan timbalan presiden Umno baru lalu dia beli sebuah surat khabar tabliod bernama Mingguan Era milik seorang kawan saya dari Kota Bharu, Kelantan. Entah sempat terbit ataupun tidak tidak diketahui. Bila dia sudah kalah sebelum bertarung dikatakan dia beli pula parti Akim. Cerita dan sejarah Akim saya sudah ulas dalam blog ini semalam. Kawan yang mengakui rapat dengan Zaid itu mengiyakan pertanyaan dan agakan saya. "Iya dia beli Akim tetapi ditukar nama menjadi parti Kita. Akupun dia ajak..." ceritanya lagi. Saya hanya menganguk saja. Dalam hati mengucapkan selamat berjuang kepada Zaid. Masa makan banyak kami bualkan fasal Zaid yang tidak elok dicatatkan di sini. Biarlah saya simpan dan anggap apa yang kawan itu ceritakan tidak betul. Sedang makan saya mengira sendiri bagaimana Zaid nak gerakan parti Akim itu. Saya juga terfikir apakah boleh Zaid tukar jadi parti Kita seperti mana beritahu kawannya itu. Untuk apa Akim jadi Kita? Dah kalau Akim jadi Kita, kita nak jadi apa pulak. Saya tidak fikir kita akan jadi kita melainkan kita akan jadi dia. Esok Akim akan mengadakan persidangannya. Dalam persidangan itu Zaid akan dinobatkan sebagai presiden. Kalau tidak salah Zaid akan jadi presiden yang ke empat. Mudah-mudahan Zaid akan berjaya membawa Akim sebuah parti yang penuh demokratik dan seterusnya membaiki politik Malaysia menjadi bersih dan suci. Biarlah kali ini Zaid akan kekal lama dengan Akim atau Kita. Jangan pula selepas ini Zaid akan buat hal dan akan beralih ke parti lain. Mudah-mudahan Zaid Ibrahium tidak akan mengukut jejak Inchek Ibrahim yang melompat dari satu parti ke satu parti. http://msomelayu.blogspot.com |
Perubahan bukan sahaja musim pilihan raya – Khalid Ibrahim Posted: 13 Dec 2010 06:00 AM PST KUALA SELANGOR, 13 Dis – Kerajaan Negeri Selangor sentiasa membawa perubahan yang memanfaatkan rakyat dan bukannya membuat perubahan hanya semasa musim pilihan raya seperti yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelumnya, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. "Macam dulu, sebelum pilihan raya kata 'setuju', lepas pilihan raya, 'tak tahu', ataupun sebelum pilihan raya buat jalan, lepas itu habis pilihan raya, jalan tak siap pun dia tinggalkan. Masalah sebeginilah yang kita mahu selesaikan," kata Khalid pada Program Turun Padang Pemimpin Negeri Selangor Bersama Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kuala Selangor yang diadakan di Kolej Inspen, Kuala Selangor hari ini. Beliau berkata, kerajaan negeri sedar JKKK mengharapkan satu perubahan yang cukup besar dan bukannya perubahan yang hanya berlaku setiap kali adanya pilihan raya kerana projek pembangunan yang dijalankan secara tiba-tiba, semata-mata untuk mendapatkan undi tidak berkualiti dan ada juga para kontraktor yang diupah pada masa itu masih tidak dibayar. Katanya lagi, ada juga wakil rakyat dahulu yang 'pejam mata', sanggup meluluskan projek mengusahakan tanah simpanan kerana takut tidak mendapat undi, sedangkan tanah tersebut tidak boleh digunakan untuk apa-apa projek. Khalid seterusnya menjelaskan kepada hadirin bahawa kerajaan negeri Selangor telahpun memperuntukkan kira-kira RM600 juta untuk pembangunan seluruh negeri Selangor dan daripada jumlah itu, kira-kira RM200 juta diperuntukkan, khusus untuk pembangunan masyarakat Islam. "Peruntukan yang paling besar, hampir RM200 juta adalah untuk pembangunan pendidikan, perumahan, warga miskin, bagi masyarakat Islam, iaitu satu pertiga daripada keseluruhan bajet," kata beliau lagi. Selain itu, beliau juga memberitahu berkenaan peningkatan elaun ketua kampung kepada hadirin. "Elaun ketua kampung, kita dah setuju, kita telah buat pengumunan bahawa, oleh kerana kita mahu sama ratakan pendapatan ketua kampung, jadi kita tingkatkan elaun ketua kampung kepada RM800," kata beliau di hadapan kira-kira 300 ketua kampung dan ahli JKKK dari seluruh daerah Kuala Selangor. Program yang bertujuan mendapatkan maklum balas terus daripada rakyat berkenaan pentadbiran kerajaan negeri di daerah Kuala Selangor ini turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, para Ketua Jabatan Kerajaan Negeri, jurutera dan wakil daripada Majlis Daerah Kuala Selangor(MDKS) serta wakil Pejabat Tanah Daerah. |
Pendedahan Wikileaks tidak penting - Persepsi rakyat lebih ditakuti Posted: 13 Dec 2010 05:30 AM PST Dengan cerita-cerita terbaru yang kita dengar khususnya tentang pendedahan Wikileaks tentang persepsi Singapura terhadap kepimpinan negara kita serta keyakinan yang tuduhan keatas Anwar itu benar, menjadi topik panas yang sedang dimainkan oleh banyak pihak untuk mengambil kesempatan untuk ber'politicking' yang sensasi. Pandangan Singapura terhadap kepimpinan kita itu memang dijangka kerana negara itu memang sebuah negara yang mempunyai hubungan 'hate love' sejak dari dulu lagi. Singapura memang dari dahulu memerhatikan kita dalam semua perkara. Singapura memang mempunyai 'diplomatic complication' dengan Malaysia dan politik Singapura memang tidak boleh berfikiran luar dari pemikiran Lee Kuan Yew. Kita diMalaysia tidak payah untuk mendapatkan maklumat dari Singapura bagaimana pemimpin kita melaksanakan tanggungjawab. Itulah sebabnya didalam pilihanraya yang lalu BN tunjangan UMNO itu hampir tumpas dan sekarang ini belum lagi nampak bayangan yang BN akan lebih diterima rakyat kali ini. Saya telah menulis tentang pimpinan yang hanya berjuang untuk kepentingan peribadi yang telah mengheret rakyat untuk berpecah belah dengan membelah perpaduan yang kita nikmati sebelum ini. Bagi rakyat, mereka sudah jelak dengan keadaan ini. Wikileaks juga melaporkan yang Anwar memang melakukan apa yang pertuduhkan keatas beliau. Anwar bukannya seperti pemimpin DAP atau PAS yang tidak mempunyai kontroversi peribadi yang besar. PAS dan DAP tidak mempunyai pertuduhan yang begini besar seperti yang dialami oleh Anwar. Samada Anwar bersalah atau sebaliknya bukan menjadi persoalannya tetapi sebagai seorang yang dianggap pemimpin setidak-tidaknya oleh pengikut beliau, Anwar wajar memahami hakikatnya seseorang yang menghadapi persepsi seperti yang beliau alami tidak boleh menjadi ketua kerajaan negara, terutamanya negara kita ini. Anwar sepatutnya bersara dan berikan kepimpinan kepada sesiapa yang mampu menggantikan beliau. Anwar tidak wajar membawa negara dan rakyat dalam keadaan serba salah dan berterusan meminta rakyat menyebelahi beliau untuk menyelamatkan politik peribadi beliau. Kita sepatutnya memberikan fokus untuk membina negara secara politik dan pembangunannya, bukannya menumpukan masa untuk mempertahankan beliau dari tuduhan yang beliau hadapi sekarang. Beliau sepatutnya berehat sementara beliau menyelesaikan masalah undang-undang yang beliau hadapi. Jika beliau didapati tidak bersalah maka barulah beliau kembali aktif dan bolehlah menggunakan premise PKR sebagai landasan untuk perjuangan beliau. Rakyat sedang menghadapi masalah yang lebih besar yang lain dari masalah peribadi Anwar sendiri. Kalaulah 'law makers' dari PKR menumpukan usaha membina politik dan lebih 'condusive' ianya akan lebih membawa munafaat kepada negara dan rakyat. Ahli-ahli Parlimen dari PKR dan PR perlu memainkan peranan untuk mencari kepimpinan negara yang sebenar-benarnya 'viable' uuntuk mentadbir rakyat yang dahagakan kepimpinan sekarang ini dari memperjuangkan masalah peribadi Anwar semata-mata. Malahan usaha mencari kepimpinan yang 'viable' ini bukan sahaja perlu dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen PR malahan ahli-ahli Parlimen dari BN sendiri. Dengan keadaan yang kita saksikan pada hari ini ramai berpendapat yang BN tidak akan mampu untuk mencari penyelesaiannya kerana msing-masing hanya menjaga kepentingan peribadi dan tidak berani untuk menerima risiko dari perjuangan sebenarnya. Mereka lupa jika mereka tidak mampu mencari kepimpinan yang diterima rakyat, kedudukkan mereka sendiri tidak boleh dijamin selepas pilihanraya umum yang akan datang. Bagi saya siapa sahaja yang berani melakukan perkara yang drastik dengan niat dan bertujuan untuk memperbaikki masa depan negara merekalah yang akan menjadi pemimpin-pemimpin dimasa hadapan. Kita mendengar rungutan dari 'law makers' dari kedua-dua belah pihak kerana tidak berpuas hati dengan politik hari ini, tetapi mereka hanya mengeluh dan tidak berbuat apa-apa. Setakat mengeluh sahaja tidak akan membawa apa-apa perubahan yang kita harapkan. Mengeluh merupakan dosa besar dan mana-mana ibu bapa yang memahami hakikat dosa mengeluh itu, mereka tidak akan lupa untuk menasihati anak-anak didikan mereka untuk tidak mengeluh. Bukankah kita semua tahu yang perjuangan yang paling besar ialah melawan diri kita sendiri? Perjuangan untuk melawan nafsu nafsi sendiri itu merupakan perjuangan kita sehingga kita menutup mata diakhir kalam nanti. Itu pun tugas kita yang asas sebagai manusia yang diberikan oleh tuhan untuk menjaga kerahsianNya? Bukakah Tuhan telah mewujudkan Iblis untuk kita lawan habis-habisan sehingga keakhir hayat? Bukankah itu adalah dugaan seumur hidup kita? Jika kita masih terdampar dihadapan kebatilan, tidak berani berjuang sebagaimana yang dituntut itu melambangkan keingkaran kita untuk tunduk kepada perintah Tuhan? Masakan kita berani mendiamkan diri dan hanya melihat sahaja kebatilan yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya memimpin kita kearah kebenaran itu? Masalah yang kita hadapi sekarang bukan masalah kecil. Kita tidak boleh mengatakan setiap tuduhan terhadap kepimpinan kita sebagai fitnah dan bertujuan untuk menghancurkan kita. Kita perlu bertanya kepada diri kita samada apa yang diperkatankan oleh pihak lain itu benar atau sebaliknya? Apa yang didedahkan oleh Wikileaks terhadap kepimpinan kita itu mesti kita bandingkan dengan apa persepsi diri kita sendiri terhadap pemimpin-pemimpin kita. Salahkah Wikileaks jika diperkatakannya yang pemimpin kita rasuah dan terlibat dengan itu dan ini kerana sesungguhnya itu pun persepsi rakyat terhadap kepimpinan kita sekarang. Saya ingin mengulangi sekali lagi…'we have to start the nation anew' seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita semasa mereka membentuk negara dan sistem politik kita dahulu. Jika tidak dilakukan sama-samalah kita tengok yang negara kita tidak akan berupa sebuah negara yang merdeka lagi. Jika keadaan itu sampai maka amat susah bagi kita untuk membinanya kembali. Yang akan menanggung kebebalan kita sekarang ini adalah anak-anak dan cucu kita dimasa hadapan. Percayalah. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/12/lapuran-wikileaks-tidak-penting.html |
Dr Khir digantung daripada semua jawatan Posted: 13 Dec 2010 05:15 AM PST SHAH ALAM, 13 Dis – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo digantung daripada semua jawatan parti yang dipegangnya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam atas tuduhan rasuah minggu lalu. Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan tindakan tersebut sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Parti dan tidak ada hubungan dengan pertimbangan kepentingan politik Barisan Nasional(BN). "Sesiapa sahaja yang didakwa atau menunggu kes mahkamah, akan digantung jawatannya dalam parti, seperti yang dilakukan sebelumnya," katanya. Menurut Tengku Adnan, tindakan serupa telah diambil terhadap ahli Umno yang lain pada 2009, dan walaupun mereka kemudian didapati tidak bersalah, kedudukan mereka tidak dikembalikan. Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, menerima surat dari ibu pejabat Umno berhubung penggantungannya itu pada 8 Disember, dua hari selepas dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berhubung penjualan tanah yang menjadi tapak rumah mewahnya. Kini, tugas Khir diambil alih oleh timbalannya, Datuk Ramli Norani. Ramli, 63 tahun, sebelum ini merupakan bendahari Umno bahagian Sungai Besar. |
Politik WikiLeaks, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat Posted: 13 Dec 2010 05:00 AM PST Oleh Haris Zalkapli Pendedahan WikiLeaks tentang komunikasi perisikan Singapura dengan Australia yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tuduhan liwat sekali pandang tidak menjelaskan apa-apa yang konkrit. Maklumat yang didedahkan itu menunjukkan bahawa pihak tertentu di Singapura dan Australia percaya dengan tuduhan terhadap Anwar, berdasarkan risikan mereka. Kenyataan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail bahawa maklumat WikiLeaks tentang Anwar disensasikan tidaklah keterlaluan, disebabkan nilai berita itu kepada pihak tertentu untuk kepentingan politik. Pihak peguam Anwar pula menganggap pendedahan maklumat itu sebagai subjudice memberi amaran supaya media tidak menerbitkannya. Tetapi kesan maklumat itu menyumbang kepada permainan persepsi yang sedang berlangsung di media, menjelaskan mengapa sebuah akhbar propemerintah meletakkan berita itu di muka hadapan, walaupun tidak melaporkan dengan lebih lanjut isu itu (ini walau bagaimanapun tidak akan menghentikan pemain-pemain media baharu pro-Umno daripada memperpanjangkan isu ini untuk membina dan mengukukan persepsi negatif). Ini kerana WikiLeaks ditakuti oleh semua pemain politik, sama ada kerajaan atau pembangkang. Sekiranya satu pendedahan maklumat yang negatif bagi pihak lawan disambut sebagai fakta sahih akan memerangkap diri sekiranya pendedahan memanfaatkan lawan pula berlaku. Sekiranya diperhatikan, kedua-dua pihak tidak segera mengambil kesempatan daripada pendedahan WikiLeaks, walaupun boleh memberikan mileage yang besar. Pendedahan melibatkan syarikat Malaysia yang dikaitkan dengan Iran dan komunikasi pegawai Amerika Syarikat dengan pegawai Malaysia berhubung sebuah bank Iran tidak disambut seperti biasa oleh pembangkang. Pada masa sama, pihak pemerintah juga tidak kelihatan seperti memperakui maklumat pendedahan itu, mungkin sebagai satu langkah untuk tidak memberi kredibiliti kepada WikiLeaks. Dilaporkan masih banyak kawat melibatkan Malaysia diperolehi WikiLeaks. Kemungkinan untuk maklumat itu nanti mendedahkan keburukan pemimpin – atau mana-mana ahli politik Malaysia – tidak dapat ditolak. Disebabkan pertimbangan inilah kedua-dua pihak kerajaan dan Malaysia tidak mahu memberikan WikiLeaks kredibiliti seperti yang biasa dilakukan terhadap laporan dari Barat yang menguntungkan, kerana potensinya untuk menjejaskan sesiapa sahaja. Berhubung perang persepsi yang sedang berlangsung pada masa ini, pendedahan itu tidak dapat dielakkan daripada memberi kesan kepada Pakatan Rakyat dan bukan hanya Anwar dan PKR. Menjelang konvensyen Pakatan yang bakal diadakan tidak lama lagi, perkembangan ini menuntut satu penilaian kritikal di pihak Pakatan disebabkan kesan manipulasi maklumat itu kepada gabungan ini. Konvensyen itu nanti perlu fokus pada apa yang ingin dicapai dan dikemukakan kepada rakyat, dan tidak menjadi medan menangani maklumat WikiLeaks itu dan tertumpu kepada isu Anwar semata-mata. Tindakan menyalahkan pihak lain semata-mata tanpa menjelaskan bagaimana menanggapi maklumat daripada pihak ketiga itu hanya akan mencetuskan satu imej negatif bagi pihak PKR. Mengabaikan terus pendedahan itu dengan harapan isu tersebut akan berlalu begitu sahaja juga bukan sesuatu yang tepat, kerana maklumat itu akan tetap memberikan kesan. Maklumat ini mungkin bukan yang terakhir didedahkan WikiLeaks yang mampu menjejaskan Pakatan. Dalam hal ini, Pakatan tidak boleh kelihatan seperti ketakutan atau terdesak mempertahankan diri dengan cara yang tidak berwibawa seperti mengemukakan teori konspirasi yang berlebihan. Pakatan perlu memberi tumpuan pada rakyat dan bukan individu-individu dalam aliansi ini. |
Anwar jelajah Malaysia jelas isu Wikileaks Posted: 13 Dec 2010 04:45 AM PST Harakahdaily KUALA LUMPUR, 13 Dis: Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks, hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini. Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan. Turut akan berucap di majlis itu nanti adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob. Wikileaks melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa, musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah memasuki perangkap itu. Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan sebarang komen dari Najib mengenai hal ini. Namun begitu, Anwar telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka memberikan bukti ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan ia adalah kerja para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura. Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini. Selepas ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula. Mula-mula beliau akan berucap di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan. Selepas ceramah itu, beliau akan bergegas ke Markas PAS Paya Dalam, Air Molek, Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut berucap bersama beliau. Pada 17 Disember, beliau akan turun pula ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan Bera, Mengkarak, Bera, Pahang. Pada 18 Disember pula, Anwar akan turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu beliau akan menyertai Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina Perkampongan Juru, Batu Kawan, Pulau Pinang. Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang. Keesokan harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. |
Posted: 13 Dec 2010 04:30 AM PST Oleh Dr Abdul Aziz Bari Salah satu sebab mengapa minggu lalu saya mengatakan isu Timbalan Perdana Menteri (TPM) Cina tidak penting ialah kerana soal-soal yang dikaitkan dengan jawatan itu, khususnya hidup mati Islam dan Melayu, bukan bidang kuasa orang politik; sebaliknya peranan dan kerja raja-raja, baik secara peribadi yakni melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja, mahupun atas kapasiti kolektif mereka di bawah Majlis Raja-Raja. Oleh itu sama ada kerajaan dipegang orang Melayu atau tidak, perkara-perkara itu tidak akan terjejas. Sebenarnya raja-raja diberi kuasa penting; bukan sahaja melindungi peruntukan perlembagaan yang berkenaan, tetapi juga memantau pelaksanaan sebagaimana diperuntukkan Perkara 38(5) dalam soal kedudukan istimewa Melayu yang dikandung oleh Perkara 153. Tetapi itu semua tidak menjadi kenyataan dan raja-raja dianggap simbol dan lambang sahaja. Ini tidak salah. Tapi dalam soal-soal yang disebut tadi raja-raja bukan sekadar lambang. Sebab itu perkara-perkara tadi tidak boleh dipinda tanpa perkenan raja-raja sebagaimana disebut perlembagaan di bawah Perkara 159(5). Malangnya orang politik, baik UMNO atau Pas, tidak melihatnya begitu. Bagi mereka kuasa politik adalah segala-galanya. Sebab itu Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Harun Taib contohnya dilaporkan menyebut, orang Cina yang hendak dilantik TPM perlu masuk Islam dan berakhlak mulia. Mungkin mereka kata begitu kerana bimbang UMNO akan memutarbelitkan kenyataan mereka. Apa pun kelmarin Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu TPM akan diselesaikan mengikut kerangka Perlembagaan. Tentang UMNO pula kita semua maklum, setelah kecundang di lima negeri dalam PRU 2008, dengan tiba-tiba begitu prihatin kepada kedudukan raja-raja, Islam dan Melayu. Sebelum itu UMNO berasa merekalah segala-galanya. Raja atau Perlembagaan tidak penting. UMNO mendakwa tanpa mereka Melayu akan hanyut sedangkan syarat MB Melayu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu itu adalah ketetapan Perlembagaan. Ertinya sama ada UMNO wujud atau tidak Melayu tetap di situ. Kita masih ingat bagaimana pentadbiran Mahathir menghina raja-raja. Saya telah beberapa kali menyebut betapa seorang bekas menteri besar UMNO dengan bangganya mengatakan kedudukan istimewa Melayu itu ialah kerana UMNO, bukan Perlembagaan. Kekeliruan peranan dan kuasa timbul kerana Perlembagaan tidak diisi dan dilaksanakan. Saya telah beberapa kali menyebut Perlembagaan ini adalah manual atau buku panduan yang perlu dibaca mereka yang memerintah negara. Begitu juga bagi yang bercita-cita hendak berbuat demikian. Meskipun ia bukan sebuah dokumen sakral dan suci sifatnya ia satu-satunya dokumen yang mengikat kita semua. Memang kita tidak puas hati atau selesa dengan semua peruntukannya. Tetapi inilah satu-satunya dokumen yang kebanyakan kita kenal dan faham. Saya juga sudah menyatakan sekiranya hukum Islam hendak dilaksanakan pun Perlembagaan tidak menghalangnya. Apa yang penting ialah rakyat menerima dan menyokong hukum itu, memahami dan mengisi Perlembagaan. Perlu ingat, kita hendak memerintah atau melaksanakan Islam di Malaysia bukan di Mesir, Arab Saudi atau memerintah United Kingdom atau India. Dalam kerangka Perlembagaan sekarang yang meneruskan peranan khalifah ialah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja. Bukan Perdana Menteri, menteri besar atau ketua menteri. Saya tahu ada yang ragu dengan pandangan ini, tetapi mengapa kita boleh menerima Kesultanan Uthmaniah yang runtuh pada 1924 itu sebagai khalifah yang terakhir? Umumnya kualiti pemimpin mereka lebih kurang sama saja dengan apa yang kita ada sekarang. Dalam isu TPM ini pemimpin Pas, khususnya yang berusia dan enggan memahami Perlembagaan, jelas membuang masa dan membelakangkan slogan Pas untuk semua yang parti itu uar-uarkan selama ini. Sebab itu ada yang membuat jenaka; sebelum pilihan raya mereka kata "Pas untuk semua". Tetapi selepas menang tindak-tanduk mereka memberi isyarat, "semua untuk Pas". Dalam isu TPM ini mereka belum tentu menang pun. Seorang penulis Cina berpendapat, dalam isu TPM ini pendirian Pas sama sahaja dengan Perkasa, NGO Melayu yang banyak membuat kerja politik UMNO. Isu TPM ialah isu Perlembagaan. Sebab itu kita perlu menanganinya melalui peruntukan dan lenggok Perlembagaan. Kalau kita bawa perspektif lain kita akan jadi keliru. ** Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 21 tahun |
Saman RM1bilion: MB Terengganu tidak cerdik Posted: 13 Dec 2010 04:15 AM PST Khairul Azlam Mohamad KUALA TERENGGANU, 13 Dis: PAS menyifatkan dakwaan kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap berniat jahat, berkepentingan politik Umno serta kenyataan yang tidak cerdik. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa kerajaan negeri sekarang terpaksa menanggung beban kerana kecuaian kerajaan PAS bermotif politik. Baginya, Ahmad seorang yang tidak cerdik kerana tidak tahu membezakan antara kerajaan dengan parti politik. "Kenyataan Mat (Ahmad) Said bahawa kerajaan Terengganu hari ini terpaksa menanggung beban hasil dari kecuaian Kerajaan PAS yang menyebabkan disaman RM1 bilion oleh Syarikat Riyapadu Sdn Bhd itu bermotif politik. "Saya merasakan sebagai seorang Menteri Besar, saya rasa 'Mat Said' ini tidak reti beza antara kerajaan dengan parti politik. Sebab kerajaan ini satu entiti dan parti ini satu entiti yang lain. "Rakan-rakan dia dalam Umno pernah kata Mat Said ini 'bodoh' tetapi saya tidaklah sampai ke tahap itu untuk kata dia seorang yang bodoh. Tetapi, saya rasa dia (Ahmad) tidak cerdik sikit dalam hal ini," jelasnya yang merupakan bekas Exco kerajaan negeri. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Seri Intan di sini, hari ini. Menurutnya, Ahmad disifatkan kurang cerdik kerana menyalahkan PAS sedangkan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di mahkamah. Katanya, jika proses mahkamah belum selesai dikhuatiri boleh menimbulkan subjudis serta persepsi yang salah. "Kes ini dia boleh menimbulkan subjudis sebenarnya kerana proses mahkamah belum selesai tetapi gambaran yang diberi oleh akhbar ini, seolah-olahnya kerajaan ini terpaksa tanggung beban RM1 bilion. "Ini satu persepsi yang salah kerana proses mahkamah belum selesai lagi. Kes ini sekarang di Mahkamah Tinggi, selepas ini Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan," ujarnya. Menurutnya, isu tersebut cuba dipolitikkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional dengan melabelkan PAS sebagai yang bertanggungjawab. Hadir sama pada sidang media tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. |
Dr M yakin Lee Kuan Yew tahun tentang kegiatan Anwar Ibrahim Posted: 13 Dec 2010 04:00 AM PST PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu. "Ya memang…saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Globalizing Malaysians in 2020" di Universiti Tenaga Nasional di sini hari ini. Menurut laporan akhbar, pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008. Sementara itu, dalam syarahannya, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia terutamanya golongan muda harus menanam nilai-nilai jati diri yang kuat dalam menghadapi perkara yang kurang baik kesan dari ledakan globalisasi. Katanya keterbukaan bukan bermakna sikap seseorang individu juga harus terbuka termasuk menghalalkan perkara yang songsang. "Jika anda seorang Muslim, anda harus kekal dengan amalan-amalan dan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim," katanya. "Persiapkan diri dan anak-anak anda dengan nilai-nilai yang baik mulai sekarang. Anda harus mempunyai interpretasi sendiri terhadap makna globalisasi agar kesan baiknya turut memihak kepada anda," katanya. -Bernama ni la melayu umno mudah lupa! anak tokey arak wal bersih licin..warak don wabarqak! melayu mamak mudah lupa! |
Betul kata Mahathir, Melayu memang ‘haprak’! Posted: 13 Dec 2010 03:45 AM PST Oleh: Mat Zain Mat Isa Banyak sebab yang membuatkan Tun Dr Mahathir Mohamed tersenyum sendiri kebelakangan ini. Selain kejayaan diraihnya sepanjang menerajui pemerintahan, mantan Perdana Menteri itu juga hingga kini mampu mengekalkan pengaruh dan populariti di kalangan anak-anak buahnya. Buktinya, masih banyak kata-kata dan saranan beliau dalam berbagai aspek pemerintahan negara diterima pakai oleh pelapis kepimpinannya. Apa yang tergambar menerusi keghairahan anak-anak buahnya menjulang isu ketuanan Melayu dua minggu kebelakangan ini menghidangkan senario lebih menyeronokkan buat Mahathir. Paling membuatnya girang ialah apabila yang menjadi sasaran utama balunan dan kutukan khalayak yang mendakwa sebagai para pejuang Melayu sehari-dua ini ialah manusia yang paling dibencinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tidak dapat dibayangkan betapa gembira bukan kepalang bekas Presiden Umno itu apabila bekas timbalannya kini digelar pengkhianat bangsa, perosak negara, dan berbagai lagi label tidak enak. Barangkali membuak-buak dadanya untuk bersuara dan mengingatkan khalayak umum kembali kepada label sama yang pernah diucapkannya dulu terhadap Anwar. Hati Mahathir mungkin amat berharap akan ada orang yang sedar dan akui kebenaran kata dan tindakannya lebih sedekad dulu. Sama halnya dengan apa yang diucapkannya baru-baru ini mengulas fitnah demi fitnah terpaksa dihadapi Anwar dalam kes liwat. Media melaporkan Mahathir sebagai berkata, pertuduhan terhadap bekas timbalannya itu membuktikan segala tindakannya terhadap Anwar pada 1998 adalah betul. Kini, Mahathir agaknya sekali lagi berharap ada pihak menyebarluas kesimpulannya itu. Media sejak dua minggu lalu galak meligan Anwar dan isterinya yang juga Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, sebagai pengkhianat bangsa dan perosak negara. Ia bertolak daripada ucapan Wan Azizah di Kongres Keadilan, 27 November, yang antara lain menyeru agar rakyat meninggalkan konsep ketuanan Melayu sepertimana diamalkan Umno. Ucapan itu diperakui Anwar, seraya membelek tahap pencapaian ekonomi dan sosial orang Melayu selepas lebih separuh abad di bawah teraju Umno dengan konsep ketuanan Melayunya. Bagai diduga usikan itu membangkitkan emosi melulu khalayak pendukung Umno. Media arus perdana dikuasai parti itu pula memanipulasi isu itu untuk mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap pakatan pembangkang, khususnya Keadilan dan Anwar sendiri. Seruan meninggalkan ketuanan Melayu itu ditafsirkan sebagai mengusik hak istimewa orang Melayu. Wan Azizah dan Anwar dianggap menghina bangsa sendiri. Label itu sudah membuatkan Mahathir tersenyum. Masakan kita sudah lupa bahawa ungkapan paling hina terhadap bangsa Melayu datangnya daripada bekas Presiden Umno itu sendiri? Bukankah dia pernah melabelkan Melayu sebagai 'haprak'! Kamus Dewan mengkategorikan haprak di dalam kelompok 'bahasa kasar'. Ia ditakrifkan sebagai kata makian yang bermaksud tidak bergunanya seseorang. Mahathir melabelkan bangsanya sendiri dengan sifat amat hina itu. Setitis peluh Pemuda Umno pun tak tumpah, seurat bulu roma pejuang Melayu pun tak luruh membantah ucapan paling menghina bangsa mereka itu. Reaksi amat berlawanan kini terhasil dari ucapan Wan Azizah. Ia malah diseret kononnya turut menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu yang dijamin Perlembagaan. Disebabkan penafsiran sewenangan itu, Anwar, Wan Azizah dan partinya dilabel penderhaka pula. Persepsi umum cuba dibentuk kononnya jika pembangkang dipilih menerajui negara, kedudukan Raja-Raja Melayu bakal tergugat. Bantahan demi bantahan bertali arus di serata negara. Di antara yang ghairah membantah itu, ada pula yang sampai menuntut agar imuniti Raja-Raja Melayu dikembalikan. Mereka menggesa kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan. Hanya dengan itu, kata mereka, dapat menjamin institusi terbabit terus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini, seraya merujuk kepada ucapan Wan Azizah. Mahathir sekali lagi boleh tersenyum melihat reaksi pertubuhan Melayu itu. Senyumnya itu bukan semata-mata kerana manusia paling dibencinya semakin diganyang anak-anak buahnya, tetapi kerana ia terlepas dari menjadi sasaran dalam isu tersebut secara spesifik. Semua kita maklum bahawa pemain utama menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu ialah Mahathir sendiri. Beliau bertanggungjawab mencetus dan menggerakkan usaha meminda Perlembagaan Persekutuan agar kekebalan itu dinafikan. Tidak sedikit ketegangan dan kekeruhan terhasil oleh tindakannya itu. Anehnya, tidak ada pula mana-mana pihak berani melabelkan Mahathir sebagai 'penderhaka' kepada istana. Sebaliknya kini, persepsi cuba dibentuk kononnya imuniti itu perlu dikembalikan semata-mata kerana merasa tercabar oleh ucapan Wan Azizah dan pendirian Anwar. Sekali lagi, Mahathir boleh tersenyum. Gelagat para pembantah itu ikut membuktikan kebenaran kata-katanya dulu, bahawa 'Melayu mudah lupa'. Mereka lupa betapa yang menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu ialah Mahathir, tetapi yang dikaitkan dengan salahlaku itu kini ialah Anwar dan isterinya pula. Seluruh episod itu tambah membuatkan Mahathir tersenyum sendiri. Kesimpulan diambil para pejuang Melayu itu turut membenarkan kata-katanya dulu, bahawa Melayu memang 'haprak'! |
Tiga tahap perjuangan: tempatan, nasional dan global Posted: 13 Dec 2010 03:23 AM PST Oleh Abu Firdaus Ketika memasuki tahun baru hijrah ini ada baiknya difikirkan semula mengenai soal-soal idealisme perjuangan, iaitu baik di peringkat tempatan, nasional dan global. Setelah mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tidak lama dahulu, maka perlu juga membuat perkiraan mengenai apa yang telah berlaku sepanjang tahun lalu dan apa pula yang dijangka pada tahun depan. Idealisme perjuangan adalah jelas iaitu untuk menegakkan Islam. Sememangnya soal-soal apa yang dimaksudkan dengan Islam, politik Islam, parti Islam dan Negara Islam akan terus dibahsakan dari dahulu dan akan datang. Perbahasan ini akan mencerminkan pemahaman setiap aktivis Islam terhadap agamanya menurut pengalaman masing-masing dan persekitaran yang masa kini> Tentulah ada perbezaan tanggapan seorang aktivis masa kini berbanding dengan mereka yang terlibat pada tahun 1980-an dahulu, umpamanya. Tetapi apa yang perlu dipertimbangkan ialah menerima perbezaan pendapat dan usaha untuk pemahamannya diteruskan hin ggalah ke akhir hayat seseorang. Untuk memudahkan pemahaman perjuangan, boleh dilihat perjuangan itu pada tiga peringkat iaitu tempatan, nasional dan global. Apa yang dimaksudkan dengan tempatan ialah keadaan yang berlaku di sekitar tempat tinggal seseorang. Bagaimana perjuangan Islam itu diterapkan pada peringkat tempatan. Tentunya ia berkaitan dengan surau dan masjid di kawasan sendiri. Di peringkat parti pula ialah pada tahap cawangan PAS setempat. Sementara ia pula dikaitkan denhgan keadaaan DUN serta hubungannya dengan kerajaan tempatan dan negeri. Dikaitkan pula dengan peringkjat kawasan PAS dan Parlimen yang seterusnya dilanjutkan ke peringkat nasional. Pada nasional, isu-isu berhubung parti juga perlu sentiasa nilai. Kritikan dan analisis politik mengiatkan pemahaman dan tindakan yang perlu diambil sebagai aktivis perjuangan Ilsam. Tetapi tentunya perlu akur mengenai hadirnya perbezaan pendapat dan memelihara saf perjuangan dalam hubungannya dengan parti. Kecintaan terhadap parti adalah penting dalam hal ini. Sebagai aktivis Islam, perhatian bukan setakat di peringkat nasional, tetapi turut mengambil kira apa yang berlaku di peringkat global. Faham perkembangan sekeliling. Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat umpamanya. Geopolitik dan kaitan dengan Israel umpamanya. Gelagat Amerika di Iraq dan Afghanistan umpamanya. Ini perlu perhatian dengan tumpuan lebih kepada peringkat serantau. Apa yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina akan sentiasa menjadi perhatian para aktivis Islam. Sememanbgnya kekalahan di Galas mendukacitakan para pendokong parti. Tetapi analisis terhadap keklalahan itu perlu dilihat dalam pelbagai sudut, mungkin ia merupakan isu tempatan dan kaitannya dengan nasional. Ia juga membawa persoalan kepadfa prestasi kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan. Ia bukan soal menang dan kalah dalam puilihan raya. Perasaan gembira apabila p[arti sendiri dapat mengalahkan parti itu lawan. Untuk berasa gembira dibolehkan tetapi ia perlu idisedari bukanlah bola sepak di mana kemenangan adalah satu hiburan. Politik berbeza. Ia wahar dilihat dari sudut amal agama dalam menjalankan amanah sebagai seorang Islam. Maka apa yang berlaku di Galkas janganlah diperbesar-besarkan daripada sepatutnya. Tetapi tidaklah wajar diperkecilkan sehingga ia langsung tidak diambil kira dalam perjalanan perjuangn yang panjang dan bermakna ini. Sebagai parti politik kemenangan dalam apa saja pilihan raya sememangnya penting. Cara sistem demokrasi dijalankan juga harus difahami dan diterima. Perlu diingat bahawa rakyat yang mengundi hanyalah manusia yang membuang undi menurut rsa hatinya ketika hari pembuangan undi itu. Apa yang bberlaku di otak masing-masing dengan pengaruh semasa kempen atas persepsi, sama ada betul atau salah mewarnai pilihannya. Apabila undi yang diterima oleh calon PAS lebih rendah daripada piak lawan, maka kalahlah beliau. Itu sistemnya tetapi tentulah bagaimana kekalahan itu berlaku adalah disebabkan oleh banyak faktor yang hanya boleh dibuat andaian-andaian tertentu dan dari pelbagai sudut. Tetapi melihat sepanjang tahun lalu, PAS sebagaiparti sememangnya menghadapi pelbagai cabaran yang menjadi tamparan. PAS di setiap negeri, baik di mana ia turut mkentadbir: Kelantan, Kedah dan Selangor mengalami pelbagai cabaran sengit. Sebarang kelemahan perlu diterima secara berlapang dada tetapi pada wajtu yang sama menghargai pencapaian yang juga tidak boleh dinafikan. Perlu diingat bahawa Malaysia masih tidak sepenuhnya menghormati semangat demokrasi dengan memberi parti lawannya lapangan yang adil, maka sudah tentu asakan yang diterima PAS adalah tidak seimbang. Tetapi di sudut lain pula, rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mendapat pembelaan yang kuat kerana kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang sentiasa berusaha terbaik untuk mentadbir. Sementara negeri-negeri Barisan Nasional akan dilindungi oleh media dan jentera persekurtuan yang dikuasai mereka hingga pihak pembangkang di negeri-negeri itu tidaklah dapat berusaha aktif seperti mana pembangkang di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tetapi apa jua strategi dalam politik, ia perlu dilakukan secara berlapang dada. Kesilap[an sendiri perlulah diterima dan kemudian dibaiki derngan dihebihkan kepada rakyat. Taktik politik adalah penting tetapi juga kewaspadaan kepada tindakan. Apa juag yang berlaku idealisme perjuangan PAS adalah lebih tinggi darjatnya daripada lain-lain parti baik dalam Pakatan Rakyat apatah lagi berbanding dengan parti-parti komponen Barisan Nasional. Islam yang membezakan PAS daripada yang lain. |
Penganut Bangan Umno Mesti Marah Dengan DAP Isu Doa Posted: 13 Dec 2010 03:00 AM PST Pertama kali doa dibaca di konvensyen DAP Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman. Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat. Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya. Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti, demikian menurut kenyataan pejabat ketua menteri Pulau Pinang. Puluhan ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir di konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat. Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana DAP sebelum ini. DAP sering dituduh cauvinis kaum kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini. Konvensyen kali ini turut menyaksikan lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon yang bertanding untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah. Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik calon tunggal Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menganggotai jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012. Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther. |
Mukhriz kurang pengalaman jadi pengerusi Umno Kedah Posted: 13 Dec 2010 02:30 AM PST Oleh Muda Mohd Noor ALOR SETAR: Pemimpin Umno Kedah boleh menerima sesiapa sahaja menjadi pengerusi baru termasuk anak mantan perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathiz yang juga ahli Parlimen Jerlun. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan perlantikan pengerusi Umno Kedah pada 28 Disember. Ketika ini, pengerusi Umno Kedah disandang oleh Datuk Shafie Apdal, naib presiden Umno dari Sabah sejak April 2009. Bagaimanapun, Setiausaha Umno Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad berkata, belum masa lagi untuk melantik Muhkhriz sebagai ketua perhubungan negeri Kedah. "Beliau belum belajar banyak lagi, masih kurang pengalaman. "Menjadi pengerusi Umno di negeri Kedah yang kalah ini bukan tugas mudah, kerana tugasnya adalah untuk merampas semula negeri ini dari PAS," katanya ketika dihubungi hari ini. Mukhriz, timbalan menteri perdangangan antarabangsa merupakan anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Shamsuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mukhriz menjadi ketua perhubungan Umno Kedah jika dilantik jawatan itu. Menurut Shamsuddin, ada pemimpin lain yang lebih layak dari Mukhriz untuk menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah. "Datuk Johari Baharum (ketua bahagian Kubang Pasu) lebih layak kerana beliau sudah lama dalam politik Kedah," katanya. Ketua Umno Pendang, Datuk Rozai Shafian pula berkata, Umno bahagiannya boleh menerima sesiapa untuk menerajui kepimpinan Umno negeri. Katanya, telah menjadi kelaziman presiden Umno memilih pengerusi sesebuah negeri. "Kita terima Mukhriz. Kalau beliau layak menajdi timbalan menteri, tentulah beliau layak jadi ketua perhubungan Umno Kedah," katanya. |
Jangan kata konspirasi, kata Perkasa kepada Anwar Posted: 13 Dec 2010 02:00 AM PST Oleh Patrick Lee KUALA LUMPUR: Pada hari pertama di Parlimen, ahli parlimen bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyeru pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak menggunakan alasan konspirasi berikutan dari pendedahan laman web Wikileaks. "Saya tak tahu samada ia perangkap atau tidak… Bagi saya apa yang penting ialah apabila kita melakukan sesuatu yang salah dan pihak lain mengambil kesempatan untuk memerangkap kita, kita tidak boleh menuduh pihak lain melakukan konspirasi," ujar presiden Perkasa tersebut kepada wartawan di lobi parlimen hari ini. Menurut laman web Wikileaks, perutusan kabel sebuah jabatan di Amerika Syarikat bertarikh November 2009 mendedahkan bahawa para pegawai Singapura percaya bahawa Anwar bersalah kerana melakukan liwat. Pendedahan ini ditulis di dalam satu mesej di antara pihak perisikan Singapura dan agensi Australia yang mendakwa, "Anwar memang telah melakukan perbuatan seperti mana yang dibicarakan." Ekoran dari pendedahan tersebut, Anwar menuduh pasukan polis dan Cawangan Khas sebagai petualang yang menyebabkan pendedahan tersebut. Sementara itu, Ibrahim yang berehat selama dua bulan setelah menjalani pembedahan pintasan jantung, menyatakan bahawa beliau tidak terkejut dengan reaksi Anwar. Beliau turut menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Wikileaks. "Saya langsung tidak terkejut (dengan Anwar). Kita telah berbincang mengenai beliau selama bertahun lamanya, malah sejak waktu (mantan perdana menteri) (Tun Dr) Mahathir Mohamad sehingga dia dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri," kata Ibrahim. "Langkah terbaik untuk beliau adalah untuk menyaman (Wikileaks). Saya tidak tahu (bagaimana untuk berbuat sedemikian) dari sudut undang-undang apa, tetapi itulah langkah terbaik untuk beliau. Ahli parlimen lantang tersebut turut mengkritik kerajaan kerana tidak mengambil tindakan terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee yang juga dikenali sebagai Namewee. |
Posted: 13 Dec 2010 01:44 AM PST SEKEJAP tadi seorang rakan bloger memberi tahu yang Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Alwi Che Ahmad menyindir Nik Aziz Nik Mat supaya terus menjadi MB Kelantan sehingga mati. Bloger berkenaan nampaknya kurang senang dengan kenyataan sinis Alwi itu. Saya sungguh tidak tahu di mana kenyataan Alwi itu keluar. Selepas beliau bagi tahu ianya ada dalam Mingguan Malaysia hari baru saya membacanya. Saya tidak merasa apa-apa dengan kenyataan Alwi itu. Apa yang beliau katakan itu benar. Soal MB itu uzur tidak menjadi masalah, yang penting dia berkemampuan menjadi MB. Di sini saya rasa Alwi ikhlas mengeluarkan kata-kata demikian. Cuma akhbar itu saja yang selamanya membenci Nik Aziz mentafsirkan Alwi sebagai sinis. Siapa tahu ada perubahan berlaku dari dalam diri Alwi. Baru ini beliau ke Makkah. Nik Aziz juga berada di Makkah. Siapa tahu mereka berjumpa di Multazam ataupun sama-sama sai dari Safar ke Maruah. Siapa tahu Alwi mengunjungi Tok guru di penginapan atau sebaliknya. Apakah kerana pertemuan itu telah menimbulkan kesinsafan kepada keduanya. Alwi dilahirkan di tanah suci Makkah. Tidak mungkin sebagai orang yang tali pusatnya luruh di tanah suci sanggup memperli atau mengejek orang lebih tua. Bapa Alwi, Haji Che Amat seorang tok guru. Sebagai anak tok guru Alwi tentu tahu adat dan tamakninah. Tahu menjaga mulut dan tidak menggalakkan permusuhan dan merindui perdamaian. Mungkin selepas berlaku pertemuan antara Alwi dengan Tok Guru itu menyebabkan terbuka pintu fuadnya untuk mendoakan supaya Tok Guru sihat dan terus menjadi MB. Ataupun Alwi memang sedar bahawa sukar untuk Umno Kelantan hendak rampas Kelantan selagi Umno dipimpin oleh Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussein. Jadi daripada Umno terus kalah ditangan mereka berdua lebih baik mendoakan Nik aziz sihat dan terus memimpin Kelantan. Wujud perbezaan dalam Umno apabila Alwi menjadi ketua pembangkang berbanding dengan Annuar Musa jadi ketua pembangkang dulu. Tidak kedengaran Nik Aziz kecewa dan marahkan Alwi seperti mana Nik Aziz pernah kecewa dan menghalang Annuar dari mencelah ketika beliau berucap. Apapun saya akan cuba mendapatkan penjelasan Alwi kenapa dan untuk apa tiba-tiba beliau mengharapkan Nik Aziz teru sjadi MB Kelantan. Sesungghnya dari maklumat yang saya ketahui ada perubahan dari dalam Alwi sejak akhir-akhir ini. Mujurlah... Ataupun perubahan itu disebabkan tersebarnya desas desus kononnya Alwi akan dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno Malaysia! http://msomelayu.blogspot.com/ |
Pendedahan Panas! 4 Orang Pemimpin Umno Jumpa Najib Desak Dakwa Khir! Posted: 12 Dec 2010 06:00 PM PST HAHHAHAHAHAH. Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan. 4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini? [Seterusnya] |
Najib Dan Umno Jilat Punggung Singapura Dan Amerika? Posted: 12 Dec 2010 05:30 PM PST Bolehkah Dipercayai Pendedahan Wikileaks? Oleh Mohd Sayuti Omar PENDEDAHAN laman bebas Wikileaks mengenai isu politik Malaysia khasnya pembabitan baka Perdana Menteri ke 7, Anwar Ibrahim dalam isu liwat jangan mudah ghairah untuk mempercayainya. Pendedahan laman itu yang memetik beberapa pegawai Singapura mempercayai apa yang didedahkan itu boleh jadi satu perangkap kepada politik negara ini sendiri. Tidak mustahil juga pendedahan itu satu konpirasi melibatkan pembayaran wang beratus juta ringgit. Ingat, manusia sanggup melakukan apa saja bila sudah terdesak dan demi mempertahankan kekuasaan. Mungkin pihak UBN merasa senang dengan pendedahan laman berkenaan. Blog blog tajaan UBN akan memperdagangkan hal itu segila-gilanya. Mereka boleh menguatkan lagi hujah untuk memburukkan Anwar yang kini dijalan dengan pelbagai cara. Media UBN telah memungguh semua sampah sarap dan pemuda sepak kertas untuk menimbus dan membusukkan Anwar. Kalaulah semut ataupun burung dapat bercakap memburukkan Anwar, pasti media masa akan menyedut dan menggunakan pakai cakap mereka. Semua manusia telah digunakan media pro UBN untuk memburukkan Anwar. Namun hasilnya nampak masih belum sampai kemuncak. Mungkin ada rancangan media Malaysia untuk menterjemahkan kicauan burung ataupun kokok ayam, atau katak bagi mengukuhkan tuduhan ke atas Anwar. Tidak mustahil akan keluar dalam akhbar atau tv, ayam atau burung atau katak akan dipetik kenyataannya yang memburukkan Anwar. Kenapa saya melarang agar jangan ghairah dengan pendedahan Wikileaks itu? Apakah Wikileaks selamanya akan memburukkan peribadi Anwar? Belum tentu! Iya sebuah laman bebas yang menyaring 250,000 kebel diplomatik Amerika Syarikat. Gambaran diberikan bahawa laman berkenaan profesional dan mengetahui segalanya. Dan kenapa pula kita mudah akur dan tunduk kepada badan-badan bebas yang penuh propaganda seperti Wikileaks itu? Ingat juga pada mulanya ia dijalankan secara percuma. Tetapi bila ia sudah menjadi perhatian dunia, laman itu akan berharga berbillion ringgit. Sesiapa yang ingin mendedahkan sesuatu untuk kepentingan politik akan sedia membayar laman berkenaan. Dalam politik hari ini hanya mereka mempunyai wang saja mampu berada di atas dan memegang kuasa. Pada saya kemunculan Wikileaks adalah strategi musuh Islam. Ia bukan saja musuh negara ini tetapi Islam seluruhnya. Kalau dari sisi lain dengan pendedahan laman bebas itu ia memberi gambaran Amerika itu sendiri mengetahui luar dan dalam sesebuah negara dan juga individu di mana-mana saja. Dalam erti kata lain Wikileaks dan Amerika terus menjalani propaganda dan perang saraf mereka bagi melemahkan negara dan kuasa lain. Mereka nampak bergaduh tetapi hakikatnya mereka bersekongkol untuk mengugut dunia. Bagi mereka yang ghairah menerima pendedahan laman berkenaan harus berhati-hati dan waspada. Jangan ghairah sangat. Saya bimbang ia akan terbalik kod (istidraj) nanti. Apa kata kalau selepas ini Wikileaks atau laman-laman blog dunia yang lain mendedahakan pula apa yang berlaku ke atas jisu-isu lain termasuk pembunuhan wanita Mongolia yang dibunuh kejam di hutan simpan di negara ini dua tahun lepas itu? Apakah kita boleh menolaknya begitu saja? Dengan mempercayai Amerika mengetahui setiap apa yang berlaku dalam seluar kita, termasuk juga dalam seluar dalam isteri kita, kita percaya kes pembunuh Altantuya juga berada dalam kabel diplomatiknya. Bila-bila masa ia akan terbongkar. Apakah selepas Wikileaks mendedahkan jenayah itu nanti kita akan memperacayanya? Amerika hanya menanti masa saja untuk mendedah apa-apa rahsia kita kalau kita tidak sedia mengikut telunjuknya. Kalau misalnya dalam pendedahan itu (pembubunah Altantuya) ia membabitkan pemimpin negara yang berkuasa sekarang ini, apakah kita akan mempercayainya. Atau kita akan menganggap pendedahan itu satu fitnah pula? Hendaknya jangan ada sikap double standard dalam menerima pendedahan Wikileaks ataupun maklumat yang dimiliki oleh Amerika ini. Kalau hari ini kita percaya maka esok juga kita kena percaya apa yang akan didedahkan. Jangan... kalau ia dedah mengenai keburukan oposisi kita mudah menerimanya dan kalau ia mendedah kelakuan pemimpin pemerintah kita buat-buat buta untuk melihatnya. Dalam tilikan saya pendedahan penglibatan Anwar dalam isu liwat semacam ada urusan jual beli dan strategi lebih lanjut. Ia melibatkan kewangan yang besar. Tunggulah.. Jadi semua pihak hendaklah tidak mudah mempercayai pendedahan Wikileaks itu dan anggaplah ia hanya permainan kuasa dunia yang ingin mencaturkan politik dunia saja. Kita boleh akui dunia luar itu lebih maju dan moden daripada kita, tetapi kita tidak dapat merasakan apakah nawaitu mereka ke atas kita benar atau tidak. Saya yakin selamanya Amerika akan memperkudakan kita. Maka semua pihak perlu berhati-hati jangan sampai menggit jari tertelan air liur. Kita jangan kehilangan banyak orang yang berpotensi untuk jadi pemimpin. http://msomelayu.blogspot.com/ |
Tunggu Mat Sabu ceramah keangkuhan BN 7 hari 7 malam Posted: 12 Dec 2010 05:00 PM PST Oleh ZULKIFLI YAHAYA Konvensyen Barisan Nasional 2010 baru lalu memberitahu seluruh rakyat jelata bahawa Pilihanraya Umum Ke 13 akan diadakan bila-bila masa sahaja. Seperti biasa muncullah peramal-peramal politik yang membuat andaian mengenai tarikh pilihanraya. Bagi Perdana Menteri congaknya sangat mudah, iaitu beliau akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen di waktu BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Buat masa ini peluang BN sangat tidak cerah kerana sokongan bukan Melayu belum memihak kepada BN, sedangkan undi bukan Melayulah yang membantu mereka mengekalkan kuasa di Pusat sejak sekian lama. Masalah kedua ialah undi golongan muda. Isu perkauman Melayu yang Umno pasakkan kepemikiran rakyat saban hari, hanya menjauhkan parti itu dari bukan Melayu dan mungkin menarik sedikit sokongan golongan tua Melayu, tetapi tidak pada golongan pengundi muda yang lebih moderat serta tidak terikat dengan politik kepartian. Golongan muda sudah terlalu jauh dari 'zaman Jepun' dan '13 Mei'. Mereka adalah golongan yang terdedah kepada maklumat maya. Umno boleh menggunakan media-media primitif tunggangan mereka untuk menakutkan golongan katak bawah tempurung yang tidak kenal internet, tetapi sukar untuk menyebarkan propaganda kepada golongan muda. Waktu zaman Jepun, anak dara dilarang keluar rumah takut diambil oleh tentera Jepun. Ancaman itu memang menakutkan anak dara Melayu kerana keganasan tentera Jepun berlegar dalam masyarakat. Di zaman ini, anak dara tidak takut lagi untuk keluar rumah walaupun terlalu banyak ancaman perogol yang lebih ganas dari Jepun. Bahkan hari ini ada anak dara yang membonceng motorsikal 'perogol' mereka sendiri. Demikian situasi zaman berubah. Ancaman perkauman mungkin berkesan selepas '13 Mei' tapi bukan sekarang. Golongan muda hari ini tidak boleh dimomok ancaman perkauman kerana ancaman itu langsung tidak menakutkan mereka. Golongan muda juga bijak untuk bertanya kembali Umno, "Mengapa sekarang baru sibuk bincang hak Melayu yang terhakis dalam pelbagai bidang, setengah abad berkuasa apa Umno buat?" Bukan Melayu dan golongan muda begitu menggusarkan BN. Nampaknya walaupun Najib sudah memukul gendang perang, pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa saja, tetapi waktu terdekat ini masih bukan masanya. Apatah lagi ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menegaskan bahawa mereka belum tentu akan mengikut Pusat membubarkan DUN dalam waktu yang sama. Kenyataan oleh SPR (yang dianggap sebagai 'parti komponen' BN ke 14) bahawa penjawat awam juga mungkin disenaraikan sebagai pengundi pos membayangkan langkah terdesak mereka untuk mengekalkan kuasa melalui cara yang tidak demokrastik. Setiap 10 tahun biasanya SPR akan melakukan persempadanan semula pilihanraya. Setelah hampir satu dekad, nampaknya SPR masih menyepi. Dulu PAS berhempas pulas membantah langkah SPR memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu sesuka hati ke dalam kawasan yang dianggap 'kawasan tradisi PAS'. Jawapan yang diberikan SPR waktu itu ialah, itu kelemahan parti politik tertentu yang tidak mendapat sokongan dari pelbagai kaum. Jawapan itu untuk mengenakan PAS. Kini adakah strategi yang diguna SPR itu akan berulang lagi kerana jika dilakukan, ia menguntungkan Pakatan Rakyat kerana undi bukan Melayu tidak lagi berpihak kepada BN? Satu lagi pendedahan berguna yang dibuat Najib dalam Konvensyen BN itu ialah pengakuan terbuka beliau bahawa BN sebagai parti yang terlalu lama berkuasa mempunyai empat penyakit utama iaitu; khayalan (delusion), kelupaan (amnesia), kejumudan (inertia) dan keangkuhan (arrogance). Dalam huraiannya Najib memberitahu bahawa delusion adalah kerana merasa khayal bahawa BN akan menang sampai bila-bila. Penyakit amnesia kerana mereka sudah lupa asal usul perjuangan. Penyakit inertia kerana BN enggan membuat perubahan dan pembaharuan dan penyakit arrogance kerana tidak boleh terima teguran rakyat. "Sesungguhnya semua penyakit tersebut terutama penyakit keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah," ujar Najib. Semua jentera penerangan Pakatan Rakyat hendaklah mengambil pendedahan Najib perihal sifat BN ini untuk diterangkan kepada seluruh rakyat jelata, sehingga rakyat sudah tidak berselera lagi untuk melihat BN. Keangkuhan, misalnya, adalah sifat yang boleh dihuraikan secara panjang lebar. Antaranya ialah keangkuhan BN yang mendakwa kononnya mereka sahaja yang layak di atas muka bumi Malaysia ini untuk menjadi pemerintah, keangkuhan BN menggunakan media-media untuk memperbodohkan rakyat dengan pelbagai pembohongan dan melakukan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, keangkuhan BN menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara demokratik, keangkuhan BN menangkap rakyat yang disyaki bersalah dibawah ISA tetapi tidak mendakwa mereka di mahkamah, keangkuhan BN menggantung Ketua Pembangkang Parlimen selama enam bulan, keangkuhan BN menggunakan pihak keselamatan untuk membelasah penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai demonstrasi sebaliknya memberi layanan istimewa kepada penyokong BN yang menyertai perhimpunan haram, keangkuhan BN menyalahgunakan semua jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka, keangkuhan BN mengalihkan peruntukan Pusat dan menyalurkan melalui ketua Umno Bahagian dan bukannya Kerajaan Negeri, keangkuhan BN menyekat royalti minyak di Kelantan, keangkuhan BN memenangi pilihanraya kecil melalui rasuah dan ugutan serta 1001 cerita keangkuhan lagi. Mohamad Sabu boleh bercerita mengenai keangkuhan BN saja, tujuh hari tujuh malam. Pengerusi BN telah mengaku di hadapan rakyat bahawa parti mereka bermasalah, habis rakyat nak sokong apa lagi? |
Anak muda dijangka protes Pakatan Rakyat? Posted: 12 Dec 2010 04:45 PM PST Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Demonstrasi membantah kenaikan melampau tarif air di Selangor baru-baru ini menunjukkan beberapa petanda menarik. Penyertaan proaktif golongan muda untuk turut berarak dan menuntut hak - termasuk daripada kelompok mahasiswa yang secara jelas dilarang terbabit dengan apa jua kegiatan politik dalam dan luar kampus - mencuit perhatian saya. Tanpa kehadiran mereka, kemeriahan perhimpunan mungkin terjejas teruk. Tidak gentar dengan ugutan dan gertakan, ternyata anak-anak muda ini sedia "bertempur", meredah tembakan gas pemedih mata dan basah dihujani pancutan water cannon. Idealisme mengungguli kebenaran terpasak kukuh dalam jiwa dan minda. Dan inilah warisan mahasiswa zaman berzaman yang cukup membanggakan; tradisi mencabar dan sedia turun ke gelanggang mempraktikkan ilmu yang dikutip dari bilik kuliah, interaksi meluas dan pembacaan mendalam. BUKAN SEKADAR SATU PESTA Berlarian di jalan-jalan raya dikejar FRU bukannya sekadar satu pesta yang menyeronokkan. Ia memerlukan komitmen dan kesedaran. Isu yang mahu diperjuangkan perlu dihadam dan diperhalusi. Dimensinya pelbagai dan merangkumi pelbagai aspek. Daripada tuntutan proses pilihan raya adil dan bebas, menjangkau desakan pemansuhan akta zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara, bantahan kenaikan harga minyak, juga tanpa melupakan problem dalam kampus seperti isu PTPTN, kemudahan asrama, akta universiti, sudut pidato, partisipasi politik. Sesekali melepaskan amarah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat menentang sikap neo-imperialisme kuasa besar itu. Kali ini bukan sekadar menentang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus pada tahun 2009, diikuti 25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan 5 peratus (2021), yang pastinya membebankan rakyat, malah secara umumnya mahu mengembalikan hak air air kepada rakyat, selain membetulkan kesalahan dalam penswastaan industri perkhidmatan air. Desakan turut dibuat agar sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terlebih dahulu. Amalan kronisme yang menjadi budaya politik Umno-BN juga ditentang habis-habisan. Berbanding siri perhimpunan raksasa sebelum ini, juga di lokasi sama, iaitu perkarangan Masjid Negara (juga Dataran Merdeka dan kompleks Sogo) menuju Istana Negara, pembabitan orang muda pada 5 Disember lalu jelas mendominasi suasana. Biarpun diterajui pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, namun anak-anak muda ini saya yakin bukannya hanya mengikut melulu. Ia didorong atas sikap tanggungjawab yang penuh makna, demi mencapai kebaikan dan manfaat umum. Mereka mendahulukan kepentingan bersama meskipun terpaksa berdepan ancaman dan penguatkuasaan Auku yang mengongkong. Lebih menarik apabila lima hari kemudiannya, pada Jumaat, 10 Disember, mereka sekali lagi berkumpul atas solidariti semangat kemahasiswaan di hadapan Masjid Putrajaya, menuju Jabatan Perdana Menteri. Medan kali ini lebih "terkepung" dan berisiko. Bagaimanapun ia bukan kali pertama mahasiswa memilih gelanggang Putrajaya. Sudah beberapa kali anak muda terpelajar ini memprotes secara lantang di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi, antara lain, menuntut sistem pilihan raya kampus yang adil, telus, tidak memihak dan benar-benar bebas daripada pengaruh dan campur tangan Urusetia Hal Ehwal Pelajar. MENGANGKAT SUARA MASYARAKAT TERTINDAS Mesejnya tetap sama, mengangkat suara masyarakat tertindas untuk didengari secara lebih jelas oleh elit penguasa. Mahasiswa mahu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Najib Razak kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula, yang diumumkan secara tiba-tiba. Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini. Mahasiswa pasca Auku juga tidak kurang hebatnya mempamerkan daya juang yang kental, menyelongkar kezaliman, membongkar penganiayaan, membela golongan miskin dan tertindas. Perobohan kawasan setinggan tanpa belas-kasihan, seperti di Kg Berembang, Ampang beberapa tahun lalu menjadi saksi. Ia mengingatkan beberapa batu tanda sejarah kegemilangan gerakan pelajar terdahulu, misalnya peristiwa Telok Gong dan Tasek Utara. Penglibatan mahasiswa sebagai pemangkin gelombang reformasi 1998 juga tidak boleh dilupakan sehingga ada yang dipecat daripada universiti. Mereka bagai pembawa obor kesedaran, yang tiada berkepentingan. Saya tetap yakin, jika ruang dan kesempatan diberikan, golongan mahasiswa hari ini tetap akan membawa panji-panji yang sama seperti generasi 1960-an dan awal 1970-an dahulu. Namun, sesuatu yang pasti, penguasa yang korup sentiasa menganggap masyarakat terpelajar sebagai seteru yang perlu dijinakkan. Peraturan makin diperketat, lingkungan disempitkan dan ruang perdebatan dikecilkan. Pemimpin universiti pula dipilih daripada kalangan pengampu dan kaki bodek. Masing-masing berlumba dan bersaing untuk memuaskan kehendak menteri. Persoalan yang timbul, apakah minat dan kecenderungan positif mendekati gelodak rasa masyarakat ini benar-benar melebar di kalangan warga kampus, atau golongan yang sensitif dan prihatin ini tersudut dalam kelompok minoriti di menara gading? Mungkinkah sebahagian besar yang lain masih leka dengan rutin harian yang mementingkan diri sendiri semata-mata, atau langsung tidak terdorong untuk memahami pergolakan dan keresahan komuniti sekitar? MELUNTURKAN KOMITMEN Ada juga yang bimbang dengan suasana persekitaran yang turut melunturkan komitmen dan kesedaran anak muda sebagai agen perubahan, terutama selepas keluar daripada alam kampus. Memang diakui fenomena ini sentiasa berputar dalam lingkaran yang sudah diduga. Generasi yang begitu aktif dengan gerakan pelajar zaman 60-an dan 70-an pun dijangkiti wabak sama. Realiti dunia sebenar hanya menghakis daya juang yang dibekalkan di institut pengajian tinggi. Asakan kehidupan yang cukup rencam itu sering mengelirukan dan ramai idealis kampus kecundang. Jika direnung perangkaan yang menunjukkan kira-kira 4.5 juta orang yang layak berdaftar sebagai pengundi tetapi masih belum berbuat demikian, tercetus kerisauan tentang kesedaran berpolitik anak-anak muda zaman sekarang. Lebih malang apabila dikatakan senario menunjukkan orang Melayu mencatat nisbah terlalu rendah berbanding bukan Melayu dalam pendaftaran sebagai pengundi baru selepas pilihan raya umum 2008. Manakala di kalangan parti politik, menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar, lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas tsunami politik, Mac 2008, dengan DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina. Senarai punca dan alasan belia Melayu bersikap tidak peduli mungkin panjang, seperti himpitan Auku, budaya hedonisme dan pengaruh materialisme. Minat mereka untuk turut serta dalam agenda politik, termasuk dalam kegiatan paling minimum seperti pendaftaran sebagai pengundi, berada pada tahap yang cukup membimbangkan. Saya tidak pasti apakah anak-anak muda yang kelihatan prihatin dengan persoalan politik dan bersedia untuk berdemonstrasi memperjuangkan isu-isu rakyat sudah mendaftar sebagai pengundi. Perkembangan pesat teknologi maklumat, arus globalisasi dan kemunculan kuasa siber memang mendorong pembentukan masyarakat yang lebih terbuka dan berpemikiran kritis. Ya, zaman penguasa menakrifkan segalanya buat rakyat sudah berakhir. Media "arus perdana" hilang sengat dan bisanya. Anak muda tidak perlu lagi turun bersesak-sesak mendengar pidato politik, sekadar menonton YouTube dari bilik tidur atau membaca berita-analisis terbaru yang segar daripada laman web dan blog. Pelbagai maklumat yang tidak ditapis boleh dilayari dengan mudah dan cepat. Soalnya, mengapa dalam situasi yang begitu selesa dan secocok dengan amalan demokrasi yang matang (tanpa mengetepikan halangan dan sekatan masih berterusan, namun kita sudah ada jalan keluar), tiba-tiba kita dihadapkan dengan fenomena golongan muda (terutama orang Melayu) yang dikatakan tidak berminat dengan politik? Walhal, bagi penganalisis politik, perubahan di peringkat persekutuan hanya dapat dilakukan dalam pilihan raya akan datang jika kesedaran datang secara serentak daripada semua kaum, khususnya masyarakat Melayu. Sederap langkah diperlukan, bukannya satu kaum menolak BN sementara kaum yang lain masih mempertahankannya, seperti ditunjukkan dalam pilihan raya 1999 dan 2008. TREND POLITIK MAHASISWA CINA Secara lahiriah, kelihatan generasi muda bukan Melayu, terutama masyarakat Tionghua, seperti tidak mengambil hirau politik kepartaian. Mereka lebih prihatin dengan kegiatan ekonomi. Mahasiswa Melayu lebih berminat berpolitik khususnya dalam mengidentifikasikan diri dengan parti siasah tertentu. Justeru, di mana silapnya sehingga masyarakat Melayu dikatakan yang paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi? Walhal parti-parti politik Melayu lebih banyak menjalankan aktiviti - dan ia tidak bermusim sifatnya - berbanding parti-parti lain. Begitu juga dengan kegiatan di kampus, yang dikuasai mahasiswa Melayu. Atau, mungkin keadaan sebenarnya tidak seperti yang dijangkakan itu? Pelajar Cina mungkin lebih selektif beraktiviti tetapi "kesedaran politiknya" jauh lebih matang? Pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat, daripada semua parti komponen, harus meneliti secara mendalam kecenderungan dan budaya politik anak-anak muda ini. Kesetiaan mereka terhadap parti tidak sepekat generasi lebih dewasa. Golongan ini lebih mudah beralih arah jika dasar atau sikap sesebuah parti (atau pemimpinnya) dilihat tidak serasi lagi dengan mereka. Jika mereka berasa dikesampingkan atau tidak diambil peduli, usaha rendahkan keupayaan mereka untuk melakukan "undi protes". Sokongan pada musim pilihan raya terdahulu sama sekali tidak mengikat mereka untuk terus mengundi parti atau calon yang sama untuk pilihan raya akan datang. Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang, hujung minggu ini wajar memberi tumpuan khas terhadap gelagat anak muda dalam berpolitik. Selain merumuskan deraf manifesto awal pilihan raya umum ke-13 dan membincangkan isu-isu kritikal yang membantut kemajuan negeri-negeri yang diperintah Pakatan, usaha menggerakkan kesedaran orang muda, sekurang-kurangnya untuk mendaftar sebagai pemilih, seterusnya terlibat aktif sebagai agen reformasi, tidak boleh dilewat-lewatkan. Pendedahan bahawa laman-laman sesawang atau blog pro-BN semakin popular mungkin satu petanda bahawa masyarakat kini lebih dahagakan maklumat atau perkembangan baru, meskipun ia disalurkan oleh "media lawan". Keghairahan ingin tahu itu cuba dimanfaatkan oleh strategis Umno. Ia bukanlahlah sesuatu yang patut digeruni. Pakatan tidak perlu gentar dengan maklumat walaupun ia mendedahkan kelemahan kerajaan negeri yang dikuasainya ataupun membongkar karenah dalaman parti yang cuba diselindung. Kelemahan harus segera diatasi dan ditangani. Anak muda yang diasuh dengan keterbukaan, integriti dan ketelusan tidak mahu daya intelektual mereka diperbodohkan. Zaman untuk mengangguk dan menerima tanpa bahas sudah berlalu. |
Top Secret - Gambar-Gambar Dalam Kubu Fail WikiLeaks Yang Kebal Nuklear! - 30 Meter Di Bawah Tanah! Posted: 12 Dec 2010 04:07 PM PST |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan