Kerabu Bersuara ® |
- Sebaran: Demo Bantah Penswastaan Air Selangor!
- Pilihanraya Raya Ke 13 Tahun Depan
- Ketuanan Melayu - siapa salah?
- Umno bijak sembunyikan krisis dalaman – Penganalisis
- Umno bijak sembunyikan krisis dalaman – Penganalisis
- Dr Lo Lo: Apa kesudahan nasib penduduk Kampung Baru?
- Bekas Pegawai Khas MB Selangor Diarah Bela Diri Tuduhan Tipu
- Penduduk Telok Kumbar bakal peroleh rumah lebih selesapo
- ROS sahkan pendaftaran parti AKIM
- Melayu! Dulu Kini Dan Selamanya Ditipu Oleh UMNO
- Pakatan Rakyat hormati titah Sultan
- Seorang tertuduh kes penipuan PKFZ mohon 26 tuduhan pilihan digugurkan
- Anwar ramal PRU-13, Mac depan
- Anwar : Isu Ketuanan Melayu sengaja diputar belit Umno-BN
- Permohonan halang DBKL roboh surau
- Tiada istilah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan hanya Ketuanan Raja, kata pakar
- ‘Third Force’: PAS anggap sifat sementara, DAP lihat serius
- Ketuanan Melayu: PKR Bayan Baru dakwa Zahrain khianat, bukan Anwar-Azizah
- Persatuan Sejarah: Kembalikan Pulau Pinang kepada Kedah
- Biodata Pengasas Wikileaks
- Anwar pertahan pendirian PKR tolak konsep Ketuanan Melayu
- Kempen derma Tabung Serambi Mekah, esok
- Sultan lantik ahli Dewan Diraja Selangor
- Umno Kedah
- "Tuan" hanya untuk Yang DiPertuan Agong – Anwar
Sebaran: Demo Bantah Penswastaan Air Selangor! Posted: 04 Dec 2010 09:00 PM PST |
Pilihanraya Raya Ke 13 Tahun Depan Posted: 01 Dec 2010 04:00 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar TIDAK ada alasan paling afdal kenapa Umno menangguhkan selama 18 bulan pemilhan pemimpin di semua peringkat dalam parti berkenaan melainkan untuk mempersiapkan diri bagi pilihan raya umum ke - 13. Walaupun Najib Razak menafikan ia tidak ada kena mengena dengan pemanggilan pilihan raya umum, tetapi umum akan melihat dan terfikir ke arah itu. Kenapa pemilihan dalam Umno perlu ditangguhkan kalau bukan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya. Apa lagi Najib memberi alasan penangguhan itu bagi mengelakkan herlakunya pergelutan dalam Umno. Kenapa harus takut kepada pergelutan? Bukankan itu bermakna Umno mahukan tempoh tenang bagi mengatur strategi menghadapi pilihan raya? Ertinya demam pilihan raya umum kini sudah bermula. Batuk-batuk atau selesema yang menjadi siptom sudah pun ada. Maka awas. Yang pastinya kalau diadakan pemilihan pemimpin keadaan Umno tidak akan tenteram. Kalau pun kemelutnya tidak sama dengan kemelut dalam PKR semasa proses pemilihan baru-baru ini, ianya akan hampir-hampir sama. PKR adalah terlahir dari tulang rusuk Umno. Kalau PKR digambarkan kelam kabut, (gila babi) sampai bertumbuk pecah bibir mulut, apa lagi Umno. Umno adalah induknya tentunya gen jahatnya tebal berbanding dengan PKR. Sudah termaktub dalam sejarah pemilihan Umno dipoloti - dicemari, dengan rasuah. Malahan ada pemimpin yang dibatalkan pertandingan kerana didapati rasuah. Atau pun dinafikan bertanding. Rasuah adalah termasuk sebahagian rukun dalam pemilihan Umno. Yang melakukan rasuah dalam Umno bukan peringat budak-budak saja, tetapi ia terbawa ke peringat orang tua. Pemilihan pemimpin dalam Umno semacam tidak sah kalau tidak main duit - rasuah. Rasuah adalah nadi kepada Umno. Mungkin kerana menyedari keadaan itu, maka Najib perlu menangguhkan pemilihan dalam Umno. Beliau tidak mahu Umno dalam keadaan berceperaian. Najib tidak mahu pemilihan dalam Umno mewujudkan suasana tidak kondusif buat Umno. Kenapa Umno memangguh proses itu? Kalau tidak ada mengadakan, tidak mungkin Umno menangguhkan proses berkenaan. Penangguhan itu bagi mengelakkan Umno berserabut. Itu saja. Penangguhan pemilihan pemimpin Umno itu adalah signal jelas mengenai pilihan raya. Jadi pihak Pakatan Rakyat jangan mudah terpesona dan percaya dengan apa dikatakan Najib itu. Adalah silap besar kalau Pakatan Rakyat masih meriba tangan tanpa berbuat sesuatu bagi menghadapi pilihan raya. Untuk tujuan ini mungkin Pakatan Rakyat sudah boleh kenal pastikan siapakah calon-calon yang akan mereka turunkan. Imbasan untuk mengenali pasti wibawa calon dan kelemahan calon juga sudah boleh dilakukan. Jangan tunggu sampai saat akhir nanti terpilih lembu dan beruk ataupun katak pula. Sebenarnya masa untuk Najib dan Umno masih panjang. Masih ada dua tahun lagi. Penggal ke 12 parlimen akan tamat pada Mac 2013. Bagaimana pun dipercayai beliau tidak akan mengguna sepenuhnya tempoh itu. Najib perlu mengadakan pilihan raya bagi memastikan sejauh mana sokongan ke atasnya. Najib faham yang kuasa yang ada pada Umno dan BN kini, adalah kuasa yang dimandatkan rakyat kepada Abdullah. Najib belum teruji dalam serba serbi. Pilihan raya ke -13 ini adalah ujian penting buatnya. Beliau harus meman ggil pilihan raya bagi menguji kedudukannya. Dakwaan negara ada perubahan, enonomi berkembang dan rakyat menyokong slogan 1 Malaysia perlu diuji segera. Najib tahu kalau setakat retorik saja ia tidak akan ke mana. Seronok juga untuk melihat pilihan raya itu nanti sejauh mana Najib berjaya menjadi nokhoda. Makanya disebabkan Najib merasakan masa kini adalah peluang agak baik untuk BN dan beliau, maka beliau perlu memanggil pilihan raya. Saya setuju dengan ramalan Anwar Ibrahim yang pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Kata Anwar ialah pada Mac 2011. Tetapi saya tidak kira ianya akan diadakan pada Mac. Dalam tempoh kira-kira empat bulan ini BN belum sedia. Kalau BN buat dalam jangka masa ini rasanya BN bukan saja kehilangan kuasa 2/3 di Parlimen tetapi turut kehilangan kerajaan. Tetapi kalau Mac ini Sarawak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun)nya mungkin ada kulihnya. Mungkin juga Najib akan menjadikan pilihan raya Dun Sarawak sebagai kayu pengukurnya. Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan petunjuk yang konkrit. Ada banyak sebab mengapa BN menang di dua kerusi itu yang jelasnya ia bukan kerana kekuatan BN atau transformasi dilakukan Umno sudah menjadi kenyataan. Sebaliknya kalau BN menang besar dalam pilihan raya Sarawak ia boleh jadi pilihan raya akan dipercepatkan. Najib mahukan jadikan kemenangan itu sebagai semangat. Tetapi bagaimana pula kalau banyak kerusi BN jatuh di Sarawak? Ini merimaskan Najib dan mungkin pilihan raya akan dilambatkan sehingga mencecah ke tahun 2013. Bagi Pakatan Rakyat mereka tidak perlu banyak menduga bila pilihan raya akan diadakan. Yang penting mereka perlu bersedia. Pakatan perlu merasakan pilihan raya akan diadakan esok juga. Makanya Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia dari sekarang dan jangan asyik mengulas mengenai kekalutan ataupun kecemasan BN untuk berpilihan raya. Nanti kerana asyik dok ulas orang kita pula yang merana. Sabree Shafii tentu seronok membaca catatan ini. [wm.kl. 7:30 pm 01/12/10] |
Ketuanan Melayu - siapa salah? Posted: 01 Dec 2010 03:00 PM PST Firman Allah SWT (Surah Al Hujuraat, ayat 13): "Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal." Persoalan penegasan Allah ini telah disebutkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam posting blognya sebelum ini (1 Oktober 2010): "Satu-satu bangsa itu akan menjadi hebat apabila bangsa itu mencapai tahap kemuliaan dan diperkasakan dengan ketakwaan. Kemuliaan bermakna beriman dengan penuh yakin dan istiqamah kepada ajaran Islam. Sementara takwa merupakan ukuran kehebatan dan keperkasaan bangsa itu berusaha menegak apa yang diperintah (perkara maaruf) di sisi Allah dan sentiasa meninggalkan malah mencegah daripada melakukan apa yang dilarang (perkara mungkar) di sisi Allah. Maknanya nilai bangsa itu akan dipandang hebat apabila ia mencapai tahap kemuliaan dan ketakwaan menurut acuan Allah SWT. Bukannya hebat bangsa itu kerana namanya atau kuatnya semangat perkauman Melayu atau Cina atau India dan sebagainya." Maka di sisi agama, nilai Melayu mahupun ketuanan yang dicanangkan tidak mempunyai apa-apa makna sekiranya kekuatan nilai akidah Islamiah tidak dijadikan teras. Sejarah Islam cukup mengukirkan ketamadunan bangsa di dunia Islam adalah berpaksi nilai-nilai tamadun berteraskan agama. Meskipun, bangsa Arab yang majmuk di Madinah seera kepimpinan Nabi Muhammad SAW turut menikmati sifat madaniah yang aman dan sejahtera. Ketuanan Melayu milik elit Soalnya kenapa pemimpin Umno tidak yakin dengan kekuatan Islam sebalik terus bebal dengan nilai-nilai ketuanan bengsa bukan Islam? Mungkin jawapan yang munasabah kerana segolongan elit Melayu di dalam Umno tidak yakin dengan kekuatan ketuanan Islam, atau memang mereka sedia menjadi hamba kepada fahaman kebangsaan, atau kerana mereka memang tidak nampak realiti kekuatan teras ajaran Islam dalam konteks kontemporari. Lalu dilihat soal ketuanan Melayu hanya permainan Umno untuk tujuan hidup (survival) elit mereka. Seorang pensyarah IPTA tempatan memberi komen spontas atas isu Umno layakah sebagai tuan bagi orang Melayu telah mempertikaikan beberapa tindakan tidak bermaruah pemimpin Umno yang mengruskan kepentingan negara dan rakyat Melayu. Katanya, selama ini orang melayu sudah tertipu apabila sempadan bahagian pilihan raya tidak ditambah di negeri-negeri 'the Malay belt' meneybabkan jumlah kerusi parlimen dan Dun orang Melayu tidak ditambah sejak 30 tahun lepas. Amat mengejutkan lagi apabila menafikan orang Melayu di Kelantan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus apabila memunggah minyak dan gas dari perut bumi Kelantan dinaikkan di Thailand dan Terengganu. Ia berlaku semata-mata kerana Kerajaan Negeri Kelantan adalh kerajaan parti PAS. Nampak jelas maruah ketuanan Melayu sudah dijadikan alat bagi kepentingan elit penguasa kalangan Umno. Kalau demikian, bagaimana Umno boleh jadi tuan kepada orang Melayu? Melayu dalam Perlembagaan Berdasarkan kenyataan tersebut, turut dilihat kegagalan Umno mewakili sifat ketuanan Melayu ialah dalam konteks menjaga Islam sebagai agama bagi orang Melayu. Lantaran itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan dalam suatu responsnya, turut mempertikaikan "ketuanan Melayu yang diperjuangkan Umno, lantaran Umno sendiri gagal mendaulatkan Islam. Sedangkan Islam adalah sebagai agama dan identiti bangsa bagi orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan (Perkara 160). Menurut Tuan Guru, soal agama Islam dalam konteks Umno ialah dari segi kelantangan pemimpin dan menteri Umno yang sangat marah kepada pemimpin DAP (sebelum) dan pemimpin KeADILan (terbaru) kerana membaca ayat al-Quran. Sedangkan dari segi Islam, al-Quran itulah penyambung hidayah Allah untuk insan yang belum Islam. Cuba rujuk semula sejarah, bagaimana kisah Saidina Omar al-Khattab mula tertarik dengan ajaran Islam dan kemudian memeluk Islam setelah membaca ayat-ayat suci al-Quran di rumah adik kandungnya. Soal Islam yang diperundangkan di dalam Perlembagaan tersebut telah menjelaskan kedudukan orang Melayu amat rapat kaitannya dengan Islam adalah tidak boleh dipertikaikan. Justeru nilai ketuanan Melayu tiada soal lagi, mesti berpaksikan Islam. Perkara 160 mengenai tafsiran Melayu menyatakan: "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian. Sehubungan itu, pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari turut menegaskan hakikat Islam adalah agama persekutuan yang sepatutnya diperundangkan dan diamalkan di dalam setiap segi kehidupan di Malaysia ini. Kenapakah pemimpin Umno memandang sepi kenyataan ini? Justeru itu, sifat pemimpin Umno termasuk juga kolumnis Sinar Harian, Aziz Deraman (1 Disember 2010) agaknya sangat marah kepada Datin Sri Wan Azizah kerana mengeluarkan kenyataan "ketuanan Melayu ditongsampahkan dan ketuanan Melayu itu sebagai slogan digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa." Realiti atau tidak, betul atau salah dan benarkah Wan Azizah mengungkap kata-kata sedemikian bukan soalnya. Apa yang harus diungkitkan di sini benarkah Umno, pemimpin Umno, aktremis ketuanan Melayu dan pihak-pihak pencinta Melayu sudah cukup kuat memperjuangkan nasib Melayu sebagai tuan dalam negara ini? Ketuanan tetapi dhaif Suatu realiti yang mudah dilihat dan direnung ialah isu kedaifan orang Melayu dalam negara ini. Hakikatnya kedaifan Melayu telah menjadi modal politik berterusan golongan elit Umno sebagai penguasa atas semua urusan pembangunan negara dalam segenap kali pilihan raya. Soalnya, realiti kedaifan itu salah siapa, puncanya di mana dan kenapa? Dalam konteks elit penguasa yang menguruskan isu-isu kedaifan itu, ia adalah terpikul pada bahu pemimpin Umno yang berkuasa. Kenapa sepanjang Umno berkuasa sudah lebih 50 tahun) Melayu sebagai tuan terus daif dan logikkah kedaifan Melayu dipersalahkan ke atas pihak pemimpin politik yang tidak berkuasa? Atau, adilkah kedaifan itu patut dipersalahkan ke atas bahu orang Melayu yang daif itu sendiri. Lihat sahaja impak penguasaan parti Gerakan bersama Umno sebelum ini di Pulau Pinang. Natijahnya sudah berapa luas tanah-tanah kepunyaan Melayu sudah bertukar tangan kepada orang lain. Tidak kurang pula terlalu rendahnya kesedaran politik Melayu Pulau Pinang, sehingga sekarang ini tidak kurang daripada 200 ribu pemuda-pemudi Melayu yang tidak mendaftar sebagai pemilih. Belum dikira lagi sejumlah ribuan projek ekonomi atas kuota Melayu-Bumiputera sedia dijaja dan dialibabakan. Di manakah hebatnya Umno menjaga ketuanan bangsanya sendiri? Fikirlah untuk menukar ketuanan Orang Melayu masih lemah dalam ekonomi. Sedangkan kerangka kemajuan kononnya sudah dibina oleh pemimpin negara––zaman Tun Razak menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan zaman Najib diperkenalkan pula Model Ekonomi Baru (MEB) yang tiakpun baru! Persoalannya, apakah kegagalan DEB dan MEB nanti adalah kerana orang (Melayu) yang daif tak pandai nak membebas diri dari daif kepada maju? Maka, adakah benar segolongan elit penguasa sebenarnya gagal menterjemahkan agenda bertindak untuk mendaulatkan nilai-nilai ketuanan Melayu seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan? Jika persoalan ini diteliti dengan rasional, adalah benar dakwaan Wan Azizah itu. Realitinya, segolongan elit yang berkuasa gagal, bukan orang Melayu yang menanggung kedaifan itu yang gagal. Adatnya yang daif bergantung kepada elit dan segala-galanya yang elit boleh melakukan yang terbaik untuk membantu yang daif. Provokasi murahan Apa pun, ucapan Wan Azizah berkenaan ketuanan Melayu itu telah menjadi bahan provokasi yang tidak bermaruah pada muka depan Utusan Malaysia (1 Disember 2010). Akhbar yang pro-Melayu itu cuba membangkit kemarahan pembaca terhadap Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Lebih-lebih lagi pada tag-linenya tertulis "Anwar, Wan Azizah wajar diusir kerana tolak ketuanan Melayu." Lalu mendapat reaksi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sinar Harian & Utusan Malaysia, 1 Disember 2010) yang menganggap kenyataan Wan Azizah boleh menimbulkan keresahan rakyat. Sebenarnya, bukan rakyat yang resah sebaliknya pemimpin Umno yang berada dalam keresahan kerana nilai-nilai ketuanan Melayu yang menjadi buah keramat politik Umno sedang dilodehkan. Justeru tidak berbangkit soal Wan Azizah perlu memohon maaf secara terbuka kepada Raja-Raja Melayu (seperti diasak oleh beberapa NGO pro-Umno) kerana yang diungkitkan oleh Wan Azizah bukan ketuanan dalam konteks Raja-raja Melayu, tetapi ketuanan Melayu yang dislogankan oleh pemimpin Umno. Maka, mungkinkah isu ketuanan Melayu bakal menyaksikan MCA, Gerakan dan MIC berpaling? Ketuanan Islam Tiada apa dengan ketuanan Melayu. Ia tidak lebih daripada permainan slogan pemimpin Umno demi nyawa dan survival politik. Justeru Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyarankan kita semua kembali menegaskan komitmen untuk mendirikan ketuanan Islam bagi semua kaum di Malayia. Ini kerana ajaran Islam adalah rahmat untuk sekalian alam (rahmatal-lil'alamin). Maka, Mujahid Yusof (2010) menulis dalam bukunya "Kita kan orang Malaysia" juga menggagaskan Melayu selaku keturunan tidak mungkin mendahului Islam! Hakikatnya Melayu memerlukan Islam untuk bangkit sebagai tuan yang mencipta semula tamadun bangsa. Maka selama ini, Umno yang salah kerana terus bebal dengan slogan menjaga elit mereka kononnya membela Melayu dengan nilai ketuanan bangsanya. Apa pun, bangsa yang kuat beragama adalah memiliki ketuanan yang sejati, iaitu ketuanan Islam yang berpaut sepanjang masa pada kehendak Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati semua umat yang cintakan Islam dan bangsanya yang sentiasa beragama. http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2010/12/ketuanan-melayu-siapa-salah.html |
Umno bijak sembunyikan krisis dalaman – Penganalisis Posted: 01 Dec 2010 07:06 AM PST Oleh Jamilah Kamarudin PETALING JAYA: Keputusan Umno menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) selama 18 bulan sehingga tahun 2012 mungkin memberi petanda parti itu mahu menyembunyikan kelemahan krisis dalamannya sementara menghadapi pilihan raya Sarawak dan umum (PRU) dalam masa terdekat. Pengajaran daripada proses 'ketelusan' pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akhirnya hanya menampakkan kelemahan sendiri, Umno dilihat mengambil langkah selamat untuk menunda pemilihan yang sepatutnya berakhir pada tahun depan bagi memberi laluan kepada pimpinan baru meneraju parti sepanjang penggal 2011/2014. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr P Sivamurugan berkata, penangguhan itu menguatkan lagi spekulasi tentang tarikh pilihan raya Sarawak yang dijangka berlaku seawal Mac tahun depan manakala PRU 13 pula diramalkan pada suku terakhir tahun yang sama. Menyifatkannya sebagai satu percaturan yang baik bagi mengelak Umno kehilangan sokongan rakyat serta pengaruh antara parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya nanti, Sivamurugan bagaimanapun berkata keputusan itu umpama 'ubat penahan sakit' yang hanya bersifat sementara. "Saya percaya keputusan Umno itu mungkin hendak mengelak permusuhan dalaman parti yang boleh mengganggu peluang BN memenangi pilihan raya. "Untuk memenangi sesuatu pilihan raya tak semestinya perlu bergantung kepada kelemahan parti lawan. "Kalau Umno tak bertindak sebegini mungkin mereka berhadapan krisis dalaman yang serius sebab kalau parti sendiri tak kuat bagaimana nak lawan pihak musuh (dalam pilihan raya)," katanya kepada FMT hari ini. Umno enggan amal budaya politik terbuka dr-abdul-aziz-bariPendapat sama turut disokong Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang secara terbuka mengkritik Umno kerana masih enggan mengamalkan budaya keterbukaan politik untuk setiap ahlinya. Membandingkannya dengan PKR yang mengamalkan sistem pemilihan demokrasi satu ahli satu undi, kedegilan Umno mengekalkan 'status quo' katanya hanya menampakkan lagi tanda-tanda wujudnya pergelutan antara 'kem Najib' dan 'kem Muhyiddin' dalam parti itu. Aziz juga berkata, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bimbang kedudukannya akan terancam jika pemilihan MT Umno akan diteruskan kerana sukar meletakkan calon pilihan semasa pilihan raya nanti sekaligus menghalangnya daripada terus mengekalkan kuasa dalam parti. Ini kerana katanya 'pertarungan' dalam pemilihan MT Umno itu nanti bakal menjadi tiket penting bagi pemenang dan barisan pilihannya menerajui parti itu sekaligus menjadi kuasa penentu dengan parti komponen lain dalam BN. "Jika mereka meneruskan pemilihan MT Umno, individu yang memenanginya ada kuasa besar untuk mengukuhkan pengaruh dan menentukan individu yang berada dalam badan kuasa perundangan (Parlimen) dan eksekutif (Kabinet). Masalah budaya politik naungan "Umno sejak dari dulu lagi terkenal dengan masalah budaya politik naungan dan cantas-mencantas sesama ahlinya. "Hala tuju politik mereka tidak akan kemana-mana jika sistem pemilihan 'autokrasi' mereka masih tetap tidak berubah," katanya. Hal ini ditambah dengan pandangan Dr Sivamurugan yang berpendapat parti 'Ketuanan Melayu' itu masih belum bersedia menghadapi pilihan raya yang sama. Ini kerana katanya berdasarkan keputusan mesyuarat tertinggi Umno semalam yang mahu mengadakan rombakan dalam badan perhubungan negeri, kursus cawangan kepada ahlinya serta merancang mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk berkempen tentang pencapaian yang dilakukan BN sejak tahun 2008. "Mereka perlukan masa…begitu juga dengan MIC yang mahu melihat sama ada presiden barunya Datuk G Palanivel mampu menerajui parti dengan baik dan mengembalikan semula kepercayaan pengundi masyarakat India dalam tempoh terdekat ini," katanya. Namun beliau percaya MIC mungkin 'terselamat' daripada tekanan krisis pemilihan yang boleh menggugat imej BN untuk menghadapi PRU 13 memandangkan parti itu akan mengadakan pemilihannya pada tahun 2012. Dr Aziz bagaimanapun menolak pendapat penangguhan pemilihan MT Umno itu adalah satu langkah yang baik untuk parti itu terus kekal relevan sebagai parti yang mempertahankan kedudukan kaumnya dalam Perlembagaan. "Tidak semestinya langkah (penangguhan) itu baik jika politik dalaman Umno masih ditahap lama malah ia akan terus menjadi barah dan membusung sehingga tidak mampu diselamatkan lagi," katanya. Isu nasional ramonPendapat Dr Aziz itu disokong dengan kenyataan Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam bahawa penangguhan pemilihan MT Umno itu tidak akan memberi impak yang besar kepada keputusan pilihan raya Sarawak dan PRU 13 sekiranya isu nasional masih tidak dapat diselesaikan. Beliau merujuk isu nasional kepada masalah kestabilan ekonomi negara, isu Sabah dan Sarawak, keberkesanan Program Transformasi Ekonomi (ETP), ketelusan kerajaan BN memerangi rasuah serta beberapa isu lain yang membelenggu negara sejak tahun 2008. Tokoh ekonomi itu berkata, apa yang penting adalah prestasi yang dibuktikan serta manifesto yang sudah dilaksanakan barisan kepimpinan Najib sejak PRU 12 yang lalu. "Rakyat bukannya mahu melihat politik perkauman terus dimainkan untuk memenangi sesebuah pilihan raya kerana mereka tahu politik sempit itu hanya akan menimbulkan ketidakharmonian pemerintahan demokrasi negara. "Sebaliknya rakyat sekarang sudah celik dan bijak menilai apa yang kerajaan BN janjikan selama ini untuk membela rakyat dan memajukan ekonomi negara," katanya. |
Umno bijak sembunyikan krisis dalaman – Penganalisis Posted: 01 Dec 2010 07:06 AM PST Oleh Jamilah Kamarudin PETALING JAYA: Keputusan Umno menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) selama 18 bulan sehingga tahun 2012 mungkin memberi petanda parti itu mahu menyembunyikan kelemahan krisis dalamannya sementara menghadapi pilihan raya Sarawak dan umum (PRU) dalam masa terdekat. Pengajaran daripada proses 'ketelusan' pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akhirnya hanya menampakkan kelemahan sendiri, Umno dilihat mengambil langkah selamat untuk menunda pemilihan yang sepatutnya berakhir pada tahun depan bagi memberi laluan kepada pimpinan baru meneraju parti sepanjang penggal 2011/2014. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr P Sivamurugan berkata, penangguhan itu menguatkan lagi spekulasi tentang tarikh pilihan raya Sarawak yang dijangka berlaku seawal Mac tahun depan manakala PRU 13 pula diramalkan pada suku terakhir tahun yang sama. Menyifatkannya sebagai satu percaturan yang baik bagi mengelak Umno kehilangan sokongan rakyat serta pengaruh antara parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya nanti, Sivamurugan bagaimanapun berkata keputusan itu umpama 'ubat penahan sakit' yang hanya bersifat sementara. "Saya percaya keputusan Umno itu mungkin hendak mengelak permusuhan dalaman parti yang boleh mengganggu peluang BN memenangi pilihan raya. "Untuk memenangi sesuatu pilihan raya tak semestinya perlu bergantung kepada kelemahan parti lawan. "Kalau Umno tak bertindak sebegini mungkin mereka berhadapan krisis dalaman yang serius sebab kalau parti sendiri tak kuat bagaimana nak lawan pihak musuh (dalam pilihan raya)," katanya kepada FMT hari ini. Umno enggan amal budaya politik terbuka dr-abdul-aziz-bariPendapat sama turut disokong Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang secara terbuka mengkritik Umno kerana masih enggan mengamalkan budaya keterbukaan politik untuk setiap ahlinya. Membandingkannya dengan PKR yang mengamalkan sistem pemilihan demokrasi satu ahli satu undi, kedegilan Umno mengekalkan 'status quo' katanya hanya menampakkan lagi tanda-tanda wujudnya pergelutan antara 'kem Najib' dan 'kem Muhyiddin' dalam parti itu. Aziz juga berkata, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bimbang kedudukannya akan terancam jika pemilihan MT Umno akan diteruskan kerana sukar meletakkan calon pilihan semasa pilihan raya nanti sekaligus menghalangnya daripada terus mengekalkan kuasa dalam parti. Ini kerana katanya 'pertarungan' dalam pemilihan MT Umno itu nanti bakal menjadi tiket penting bagi pemenang dan barisan pilihannya menerajui parti itu sekaligus menjadi kuasa penentu dengan parti komponen lain dalam BN. "Jika mereka meneruskan pemilihan MT Umno, individu yang memenanginya ada kuasa besar untuk mengukuhkan pengaruh dan menentukan individu yang berada dalam badan kuasa perundangan (Parlimen) dan eksekutif (Kabinet). Masalah budaya politik naungan "Umno sejak dari dulu lagi terkenal dengan masalah budaya politik naungan dan cantas-mencantas sesama ahlinya. "Hala tuju politik mereka tidak akan kemana-mana jika sistem pemilihan 'autokrasi' mereka masih tetap tidak berubah," katanya. Hal ini ditambah dengan pandangan Dr Sivamurugan yang berpendapat parti 'Ketuanan Melayu' itu masih belum bersedia menghadapi pilihan raya yang sama. Ini kerana katanya berdasarkan keputusan mesyuarat tertinggi Umno semalam yang mahu mengadakan rombakan dalam badan perhubungan negeri, kursus cawangan kepada ahlinya serta merancang mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk berkempen tentang pencapaian yang dilakukan BN sejak tahun 2008. "Mereka perlukan masa…begitu juga dengan MIC yang mahu melihat sama ada presiden barunya Datuk G Palanivel mampu menerajui parti dengan baik dan mengembalikan semula kepercayaan pengundi masyarakat India dalam tempoh terdekat ini," katanya. Namun beliau percaya MIC mungkin 'terselamat' daripada tekanan krisis pemilihan yang boleh menggugat imej BN untuk menghadapi PRU 13 memandangkan parti itu akan mengadakan pemilihannya pada tahun 2012. Dr Aziz bagaimanapun menolak pendapat penangguhan pemilihan MT Umno itu adalah satu langkah yang baik untuk parti itu terus kekal relevan sebagai parti yang mempertahankan kedudukan kaumnya dalam Perlembagaan. "Tidak semestinya langkah (penangguhan) itu baik jika politik dalaman Umno masih ditahap lama malah ia akan terus menjadi barah dan membusung sehingga tidak mampu diselamatkan lagi," katanya. Isu nasional ramonPendapat Dr Aziz itu disokong dengan kenyataan Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam bahawa penangguhan pemilihan MT Umno itu tidak akan memberi impak yang besar kepada keputusan pilihan raya Sarawak dan PRU 13 sekiranya isu nasional masih tidak dapat diselesaikan. Beliau merujuk isu nasional kepada masalah kestabilan ekonomi negara, isu Sabah dan Sarawak, keberkesanan Program Transformasi Ekonomi (ETP), ketelusan kerajaan BN memerangi rasuah serta beberapa isu lain yang membelenggu negara sejak tahun 2008. Tokoh ekonomi itu berkata, apa yang penting adalah prestasi yang dibuktikan serta manifesto yang sudah dilaksanakan barisan kepimpinan Najib sejak PRU 12 yang lalu. "Rakyat bukannya mahu melihat politik perkauman terus dimainkan untuk memenangi sesebuah pilihan raya kerana mereka tahu politik sempit itu hanya akan menimbulkan ketidakharmonian pemerintahan demokrasi negara. "Sebaliknya rakyat sekarang sudah celik dan bijak menilai apa yang kerajaan BN janjikan selama ini untuk membela rakyat dan memajukan ekonomi negara," katanya. |
Dr Lo Lo: Apa kesudahan nasib penduduk Kampung Baru? Posted: 01 Dec 2010 06:00 AM PST KUALA LUMPUR, 1 Dis – Pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial, akan menyebabkan penduduk Kampung Baru kehilangan hak penempatan di situ, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah. Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC). Ini menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bangunan komersial. Bercakap kepada TV Selangor, Dr Lo Lo membidas Umno-BN yang sering melaung-laungkan konsep Ketuanan Melayu tetapi gagal mempertahankan tanah warisan Kampung Baru. "Saya terkejut dengan pindaan ini, dan tidak menjangkakan perkara tersebut akan timbul dalam pindaan kali ini, kerana sebelum ini penduduk-penduduk Kampung Baru sering dijanjikan untuk memiliki hartanah di Kampung Baru dan tetap akan boleh tinggal di sana. "Jadi kalau 100 peratus komersil bermakna tiada 'residential area', maknanya tidak ada kawasan kediaman dan ini bermakna semua penduduk Kampung Baru terpaksa keluar daripada Kampung Baru," katanya. "Kesan jangka masa panjang ialah mereka akan kehilangan warisan bangsa, di mana menerusi Ketuanan Melayu, Umno mempertahankan tanah kampung pun tidak mampu, jadi tidak guna Ketuanan Melayu dilaung-laungkan. "Jadi dari segi tindakan, mereka tidak melakukan apa yang sewajarnya sebagai parti memerintah," katanya lagi. Tambah Dr Lo Lo, beliau berharap rang undang-undang tersebut diterangkan kepada penduduk Kampung Baru sebelum dibentangkan di parlimen. Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya. "Saya tidak mengharapkan rang undang-undang ini dibentang di parlimen selagi tidak diterangkan dan dikemukakan kepada penduduk Kampung Baru untuk mendapat feedback dan pandangan mereka" ujarnya. |
Bekas Pegawai Khas MB Selangor Diarah Bela Diri Tuduhan Tipu Posted: 01 Dec 2010 05:45 AM PST Oleh SALWA SHA'ARI SHAH ALAM: Bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor,Mohd Yahya Mat Shari diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat. Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh memanggil Mohd Yahya Mat Shari untuk membela diri selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan untuk dijawab tertuduh. Mohd Yahya, 43, didakwa menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis tersebut yang diadakan bagi meraikan pemerintahan Pakatan Rakyat yang mencecah hari ke 100. Perbuatan tertuduh sebagai pengarah sambutan itu didakwa telah mendorong Abdul Karim menyerahkan RM50,000 kepadanya di Gardenia Coffee House, Hotel Quality, Bangunan Perangsang di sini antara pukul 1 dan 3 petang, 4 Jun tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan. Pada prosiding Rabu, Azhaniz Teh juga melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei tahun lalu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie. Pertuduhan kedua dilakukan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Azhaniz Teh membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Abdul Khalid yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-21. Semasa itu, pemeriksaan utama terhadap Abdul Khalid dikendalikan sendiri oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa. Azhaniz Teh seterusnya menetapkan 16 dan 17 Februari depan untuk pembelaan yang dijangkakan akan mengemukakan lapan saksi. Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Roziza Sidek manakala tertuduh diwakili peguam-peguam Ahmad Nizam Hamid dan T. Suresh. |
Penduduk Telok Kumbar bakal peroleh rumah lebih selesapo Posted: 01 Dec 2010 05:30 AM PST Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Syarikat pemaju perumahan, KL Metro Group telah bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan kira-kira 60 buah rumah penduduk di Telok Kumbar, Pulau Pinang apabila mencapai persetujuan dalam perbincangan dengan wakil penduduk, Yusmadi Yusoff baru-baru ini. Menurut Yusmadi yang merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau, persetujuan penangguhan tersebut berjaya dicapai setelah pihak pemaju bersedia menawarkan kediaman lebih selesa kepada para penduduk terbabit. Isnin lalu, sebuah jentolak dan pekerja-pekerja syarikat pemaju dengan dipantau oleh pasukan keselamatan bersedia memulakan kerja-kerja meroboh rumah-rumah yang didiami penduduk sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi. "Saya telah berbincang dengan penduduk-penduduk yang terlibat terlebih dahulu dan ternyata mereka lebih gembira jika ditawarkan kediaman yang lebih selesa," kata beliau. "Perbincangan antara saya yang diberi mandat oleh penduduk di situ dengan pemaju akhirnya telah mencapai persetujuan agar penduduk-penduduk di kawasan itu diberikan rumah yang selesa. "Pada masa ini, kami dalam proses untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk penduduk-penduduk yang telah menduduki kawasan ini semenjak zaman nenek moyang mereka lagi, lebih 100 tahun," kata beliau. Yusmadi juga memberitahu, beliau sebagai wakil rakyat penduduk kawasan itu mengambil pendirian untuk tidak menolak arus pembangunan di kawasan itu tetapi menolak pembangunan yang menjadikan rakyat sebagai mangsa. 'Muafakat pembangunan' "Saya mengalu-alukan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi hendaklah melibatkan masyarakat setempat, tidak membelakangkan dan apatah lagi memangsakan mereka. Ini yang saya namakan 'muafakat pembangunan'," katanya lagi. Beliau juga berterima kasih kepada pemaju yang mahu mendengar rintihan penduduk Telok Kumbar di sini dan bersedia untuk menawarkan kediaman selesa berbanding pampasan RM30,000 yang ditawarkan sebelum ini. "Saya berterima kasih dan menghargai pemaju yang mahu mengambil kira nasib penduduk-penduduk Telok Kumbar ini dan pemaju lain juga harus lebih prihatin dengan nasib masyarakatnya berbanding keuntungan semata-mata. Selain itu beliau turut memberitahu, Undang-undang Tanah Negara perlu dikaji semula bagi mengelak kejadian-kejadian seumpama ini berlaku lagi. "Di negara ini, apabila mahkamah membuat keputusan, dengan sekelip mata boleh dianggap penceroboh walaupun mereka telah mendiami rumah itu semenjak zaman berzaman," ujar beliau. Disamping itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan isu ini diputar-belitkan oleh media arus perdana pro Umno-Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri seperti yang kerap terjadi sebelum ini. Selain sebagai Ahli Parlimen muda dari Parti Keadilan Rakyat yang berpandangan jauh, beliau juga merupakan seorang peguam yang lebih senang dikenali sebagai 'pemudah cara masyarakat' lantaran aktivitinya memberikan khidmat nasihat tentang perundangan kepada masyarakat. |
ROS sahkan pendaftaran parti AKIM Posted: 01 Dec 2010 05:15 AM PST KOTA BARU, 1 Dis – Parti Keadilan Islam Malaysia (AKIM) boleh bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah di negara ini, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat. Katanya, ini berikutan anggota jawatankuasa parti itu berjaya menyelesaikan isu dalaman parti berkenaan dengan kerjasama jabatannya baru-baru ini. "Oleh itu tidak timbul parti politik itu tidak boleh menjalankan aktivitinya kerana diragui status pendaftarannya dengan jabatan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Sukan, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keraguan orang ramai, khasnya pemerhati politik terhadap kesahihan status parti berkenaan berikutan berlakunya pergolakan dalaman pimpinan parti itu. Wan Rahimah berkata Akim didaftarkan sejak lebih 15 tahun lalu atas nama Presidennya Hanafi Mamat, dengan dianggotai jawatankuasa parti peringkat pusat. Beliau tidak menolak berlakunya pergolakan di peringkat pimpinan dalam parti itu tetapi ia berjaya diselesaikan secara kekeluargaan dengan kerjasama jabatannya. "Sehingga ini tidak timbul parti itu bergerak secara haram dan tidak sah kerana ia mengikut perlembagaan parti, seperti yang ditetapkan mengikut Akta Pertubuhan," katanya. Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini disebut-sebut akan menyertai AKIM tetapi dipersoalkan status kesahihan parti itu. – Bernama |
Melayu! Dulu Kini Dan Selamanya Ditipu Oleh UMNO Posted: 01 Dec 2010 05:00 AM PST jangan pertikai hak Melayu jangan ungkit keistimewaan Melayu jangan cabar Malayu Demi mengjaga perut pemimpin Melayu Melayu makan Melayu memang pelik namanya tetapi ada disebalik nama.. Melayu Dulu Kini Dan Selamanya Memperbodohkan Kaum Sendiri Siapa Punya Kerja? Sebuah parti politik yang kononya memperjuangkan hak melayu tetapi sebaliknya menindas dan menipu hak2 kaum sendiri! nama parti pun mat saleh siapa yang gubal hak raja-raja? tanya lah umno! mereka mesti tahu |
Pakatan Rakyat hormati titah Sultan Posted: 01 Dec 2010 04:45 AM PST SHAH ALAM, 1 Dis - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafie menegaskan Pakatan Rakyat atau Pakatan, menerima dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah berhubung segelintir individu yang mempersoalkan institusi Raja-raja Melayu dan keperluannya dalam sistem pemerintahan kini. Shuhaimi berkata, sejarah membuktikan Umno yang menghancurkan Melayu dan Kesultanan Melayu, mengurangkan kuasa Melayu serta tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu. Beliau berkata, pencabulan kuasa-kuasa istana berlaku sebanyak tiga kali pada zaman Tun Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno. "Apa yang dititahkan oleh Sultan, kita hormati prinsip dan pada masa yang sama kita mengharapkan mereka yang berada di belakang yang membuat draf atau teks ucapan perlu memahami apa yg diperjuangkan Pakatan. "Saya nak jelaskan, kelompok sebenarnya yang menghakis kuasa adalah di bawah pimpinan Mahathir Mohamad dulu," katanya. Shuhaimi berkata demikian ketika dihubungi SelangorKini bagi mengulas isu berhubung titah Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah, melahirkan dukacita kerana ada segelintir masyarakat yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya Melayu, sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, kerelevanan Institusi Raja-raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara. Menurut Shuhaimi, Pakatan tetap mendukung Perlembagaan Negara dan menolak cubaan Umno untuk memutar belit isu Ketuanan Melayu demi kelangsungan politik parti itu yang semakin rapuh. |
Seorang tertuduh kes penipuan PKFZ mohon 26 tuduhan pilihan digugurkan Posted: 01 Dec 2010 04:30 AM PST SHAH ALAM, 1 Dis – Seorang daripada tiga individu yang dituduh melakukan penipuan di dalam pelaksanaan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah memfailkan permohonan supaya kesemua 26 pertuduhan pilihan yang dikenakan ke atasnya digugurkan. Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad memberitahu Mahkamah Sesyen Klang, yang bersidang di sini, hari ini bahawa Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, 52, telah memfailkan permohonan itu Isnin lepas. Dzulkifli berkata, oleh itu pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah supaya diberikan masa bagi menjawab permohonan Stephen. Hakim Asmadi Ahmad kemudiannya menetapkan 11 Januari 2011 bagi mendengar permohonan Stephen. Stephen, bekas Pengurus projek Kuala Dimensi Law Jenn Dong, 52 dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 49 dari BTA Architect mengaku tidak bersalah pada 8 Nov lepas atas 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi bagi dua projek di PKFZ. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di OSK Trustees Bhd, Plaza OSK Ampang antara 30 Jun 2006 sehingga 20 Jun 2008. Ketiga-tiga mereka didakwa menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa kerja-kerja infrastruktur elektrik untuk sistem 33kV bagi PKFZ, Pulau Indah telah dilaksanakan sedangkan mereka mengetahui bahawa kerja-kerja itu tidak dilaksanakan. Mereka juga didakwa menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa sistem elektrikal 33kV ke Precint 2 dan Precint 8 bagi PKFZ telah dilaksanakan sedangkan mereka mengetahui kerja-kerja itu tidak dilaksanakan. Tindakan mereka itu didakwa telah mendorong OSK Trustees untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta. Selain itu, Stephen dan Tan juga mengaku tidak bersalah pada 8 Nov lepas terhadap dua lagi pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees di antara 31 Julai 2007 dan 8 Oktober 2008 dengan memperdaya syarikat pemegang amanah itu untukmempercayai bahawa sistem 33kV ke Precint 2 dan Precint 8 bagi PKFZ telah dilaksanakan. Justeru, tindakan mereka telah mendorong OSK Trustees membayar RM5.42 juta kepada Kuala Dimensi. Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan. Sebelum ini, Stephen dan Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan asal menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007. Tan dan Law pula menghadapi 24 pertuduhan asal menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi melibatkan dua projek yang sama antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008. Stephen di dalam afidavit sokongannya berkata beliau telah dinasihatkan oleh peguambelanya, Hisham Teh Pok Teik bahawa kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah tidak berasas. "Sepanjang pengetahuan saya OSK Trustees Bhd tidak ada mengadu kepada saya atau KDSB (Kuala Dimensi) bahawa mereka telah diperdaya atau ditipu," katanya. Sebaliknya OSK Trustees dalam kenyataan dikeluarkan oleh Financial Daily bertarikh 10 November 2010 berkata ia tidak menyedari tentang apa-apa penipuan. Pada proseding hari ini, Law diwakili oleh peguamnya Tan Hock Chuan manakala Tan diwakili oleh Datuk V.Sithambaram. -Bernama |
Posted: 01 Dec 2010 04:15 AM PST KUALA LUMPUR 1 Dis - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bakal diadakan pada Mac 2011 depan, ramal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramalan itu tegas beliau, ekoran pengumuman presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa pemilihan Umno ditangguhkan selama 18 bulan. Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) tetapi tidak berani mengadakan pemilihan kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya. Umno yang sepatutnya mengadakan pemilihan pada Mac 2011 telah menangguhkan selama 18 bulan yang dilihat pemerhati politik memberikan signal akan berlakunya PRU pada tempoh tersebut. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat daripada rakyat. Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum PRU diadakan. "Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyat untuk buat keputusan," katanya. |
Anwar : Isu Ketuanan Melayu sengaja diputar belit Umno-BN Posted: 01 Dec 2010 04:00 AM PST KUALA LUMPUR, 1 Dis – Umno-Barisan Nasional (BN) melalui lidah rasminya, Utusan Malaysia cuba memutarbelitkan fakta berhubung isu ketuanan rakyat yang dibangkitkan oleh Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN ) , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam persidangan Kongres KEADILAN Nasional, minggu lalu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan kenyataan tersebut berkata, isu mengenainya bukanlah isu baru tetapi telah diterangkan dalam satu perhimpunan di Kampung Baru, dua tahun lalu. "Dalam Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang kita perkenalkan, kita menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia hanya menguntungkan segelintir walaupun permasalahannya adalah terdiri daripada majoriti masyarakat Melayu/Bumiputera dan di kalangan orang Cina dan India miskin yang menjadi teras program kita. "Jikalau kita lihat maksud 'tuan', ia bermakna yang berkuasa atau yang memiliki, jadi bagaimana pula tentang kedudukan orang Iban, Kadazan, Cina dan India. "Kita menolak ketuanan yang cuba diputarbelitkan Umno-BN dan Utusan sebagai cuba menolak Perlembagaan Negara. Apa yang jelas ujar beliau, setiap ucapan dan pendirian KEADILAN dan Pakatan Rakyat (Pakatan) mengenai isu bahasa Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Raja-raja Melayu, tidak pernah dibangkitkan malahan dipertahankan. "Yang 'tuan' itu adalah kedudukan raja dan sebab itu disebut Yang Di-pertuan Agong, Yamtuan Negeri Sembilan. Kedudukan itu kita tidak dipertikaikan. Justeru, beliau berharap agar isu tersebut tidak dipolitikkan serta tidak menipu dalam memutarbelitkan fakta kerana pengaruh kedudukan dan pegaruh Melayu kononnya hendak dipadamkan adalah tidak benar disebabkan Melayu/Bumiputera masih kekal majoriti. |
Permohonan halang DBKL roboh surau Posted: 01 Dec 2010 03:45 AM PST KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ahli jawatankuasa Surau An-Nur Taman Setiawangsa di sini hari ini, memfailkan saman pemula terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi memohon deklarasi bahawa DBKL tidak berhak untuk merobohkan surau itu. Saman itu, yang difailkan melalui Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, menamakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan DBKL sebagai defandan pertama dan kedua. Dalam saman itu mereka memohon perintah mahkamah supaya defendan mengekalkan tapak asal Surau An-Nur atau menyediakan satu tapak baru bagi surau itu yang sama keluasannya iaitu 8,000 kaki persegi. Mereka juga memohon deklarasi bahawa tindakan kedua-dua defendan melalui wakil atau ejen mereka yang cuba menanggalkan dan mencabut kemudahan tempat wujud dan kemudahan lain adalah tidak sah, terbatal serta menyalahi peruntukan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi surau itu Mohd Yusof Wazir memberitahu pemberita jawatankuasa juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada meneruskan kerja meratakan tanah di surau itu. Surau berusia 20 tahun itu boleh memuatkan lebih 100 orang jemaah. -Bernama |
Tiada istilah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan hanya Ketuanan Raja, kata pakar Posted: 01 Dec 2010 03:30 AM PST KUALA LUMPUR, 30 Nov — Istilah ''Ketuanan Melayu'' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya ''Ketuanan Raja'' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. "Sebelum ini tidak pernah disebut ''Ketuanan Melayu'' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan Cuma ''Ketuanan Raja'' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama malam ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lepas. Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi ''bangsa bermaruah'' atau ''Melayu bermaruah''. Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum. "Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya. Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin sependapat dengan Khoo bahawa istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu. Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, beliau berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini. "Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. ''Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan ''Ketuanan Anwar''. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya. Beliau berkata Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Shamsul Amri berkata jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek. "Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya. Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum. — Bernama |
‘Third Force’: PAS anggap sifat sementara, DAP lihat serius Posted: 01 Dec 2010 03:00 AM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 1 Dis — Pakatan Rakyat menyifatkan penyertaan gabungan terbaru dikenali sebagai 'Third Force' dalam pilihan raya umum ke-13 boleh menjejaskan peluang gabungan tiga parti komponen itu merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). Namun begitu, pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat kewujudan 'Third Forced' ini perlu dipastikan dahulu matlamat dan tujuan ia ditubuhkan. "Memang kalau ada pihak ketiga yang ingin letakkan calon dalam pilihan raya, ia akan beri kesan iaitu undi akan pecah. "Kita tidak mahu lihat pihak ketiga ini keluar sebagai calon yang bertanding dalam pilihan raya. "Tapi kalau benar-benar berlaku kita perlu menghadapinya kerana kita tiada kuasa nak halang," kata Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook ketika dihubungi The Malaysian Insider. Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah bagaimanapun berkata Pakatan Rakyat yang diterajui PKR, PAS dan DAP perlu mengenalpasti sejauh mana 'Third Force' ini akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum nanti. Beliau juga berkata, peluang Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan lebih cerah sekiranya ia hanya melibatkan pertandingan dua penjuru sahaja. "Sekarang kita tidak tahu siapa mereka, kita juga tidak tahu bagaimana pengaruh yang mereka ada. Jadi kita harap ia tidak berlaku. "Kita masih mahu supaya dalam pilihan raya kita harap ia pertandingan satu lawan satu iaitu antara BN dan Pakatan Rakyat kerana kalau ada pihak ketiga ia tidak menguntungkan Pakatan Rakyat tetapi akan memihak kepada BN," katanya. Loke juga berkata buat masa sekarang tidak perlu untuk Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dengan 'Third Force'. "Buat masa ini tidak perlu perbincangan kerana kita tidak tahu siapa mereka ini, siapa yang berada di belakang mereka jadi lebih baik kita tidak pedulikan dulu. "Bila ia benar-benar wujud dan kita tahu siapa ahli-ahlinya baru kita akan berfikir semula. Buat masa sekarang tidak perlu lagi," katanya. Pendapat Loke mendapat sokongan daripada Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang mengatakan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya akan terjejas sekiranya 'Third Force' menyertai pilihan raya umum. "Mengenai 'Third Force' ini saya rasa kita kena lihat apa peranan mereka, adakah mereka akan bertanding dalam pilihan raya atau tidak? Kalau bertanding ia akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat. "Ini kerana kalau ada pertandingan tiga penjuru, ia akan memecahkan undi dan kita percaya ia akan jejaskan peluang Pakatan Rakyat. "Jadi saya harap dalam pilihan raya umum nanti ia masih pertandingan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Rakyat," katanya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga berkata adalah lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat memastikan terlebih dahulu siapa yang berada dalam 'Third Force'. "Tapi buat masa ini kita masih tidak dapat lihat apa matlamat, tujuan, cara kerja dan modus operandi mereka. Sama ada wujud atau tidak pun kita tidak tahu kerana sehingga kini kita hanya dengar sahaja. "Kita tidak boleh buat keputusan lagi, kita tunggu sahaja kumpulan ini benar-benar ada ataupun tidak. Kita tunggu sejauh mana kekuatan dan pengaruh mereka dan siapa di belakang kumpulan ini," katanya. Pua juga berkata Pakatan Rakyat bersedia untuk menerima mana-mana kumpulan yang boleh memberikan kelebihan kepada gabungan tiga parti itu. "Kita terbuka kepada semua yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, mengenai 'Third Force' ini kita masih tidak tahu dengan jelas lagi jadi tidak boleh buat rumusan dulu. "Apa-apa kita tunggu dulu kumpulan ini muncul, kemudian baru kita cakap," katanya. Sebelum ini bekas timbalan presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata Pakatan Rakyat perlu mengadakan perbincangan dengan 'Third Force' untuk mengetahui matlamat sebenar gabungan tersebut ditubuhkan. Ini kerana menurut Syed Husin, kemungkinan besar 'Third Force' untuk menampung ahli-ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan parti Melayu terbesar itu. "Apa yang kita lihat Tun Dr Mahathir Mohamad pun ada mengatakan Perkasa adalah 'Third Force' yang mana selama ini kita lihat ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menampung ahli Umno yang tidak suka Umno. "Bahkan kewujudan 'Third Force' ini dilihat semata-mata untuk menampung ahli Umno dengan hasrat mereka tidak pergi kepada Pakatan Rakyat. "Jadi kita perlu berjumpa dan mengadakan perbincangan untuk mengetahui apa matlamat mereka," katanya selepas merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Jumaat lalu. Namun beliau setakat ini masih tiada ancaman daripada 'Third Force'. Bagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, kewujudan 'Third Force' dalam politik negara hanya disifatkan sebagai sementara yang tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada Pakatan Rakyat. "Dalam sejarah PAS sendiri kita telah melalui liku-liku perjuangan dan kita berpengalaman menghadapi golongan yang kecewa dan serpihan daripada parti. "Bagi PAS kita melalui semua pengalaman itu yang mana kita sudah pernah hadapi banyak kumpulan seperti itu. "Bukan kita nak berbangga diri tapi bagi PAS parti yang wujud daripada serpihan ini tidak akan kekal lama kerana mereka wujud daripada rasa kekecewaan terhadap parti," katanya. Beliau menjelaskan kekuatan sesebuah parti politik bergantung kepada matlamat perjuangan bukan ditubuhkan kerana perasaan. "Bagi kita mungkin kumpulan ini hanya penting pada waktu itu sahaja, akhirnya parti besar yang terbukti akan berjaya. "Kita meraikan semangat mereka untuk berjuang tapi mereka harus lihat kepada perjalanan sejarah dan pilih jalan terbaik mereka. "Secara peribadi ia hanya faktor sementara sahaja, datang dan pergi," katanya. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata PAS bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk 'Third Force'. "Bagaimanapun kita tidak keberatan untuk menemui mana-mana pihak untuk berjumpa atau mengadakan perbincangan. "Saya tiada masalah tentang kumpulan ini tapi bagi saya itu adalah warna-warni politik. "Kita tidak tahu apa kesannya, kita lihat dulu nanti bagaimana kesan kumpulan ini. Lagipun mereka belum tentukan pendirian mereka," katanya. Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata 'Third Force' akan "layu" dalam perjuangan mereka kerana tidak mempunyai sebarang matlamat yang jelas. Beliau juga menolak bahawa kewujudan 'Third Force' ini akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya. "Ia belum tentu beri kesan kepada Pakatan Rakyat, lagipun kita tidak tahu siapa mereka ini. "Kalau kita lihat dari segi sejarah di seluruh dunia dan Malaysia sendiri, kumpulan-kumpulan sebegini akan layu begitu sahaja. Kumpulan ini tiada matlamat dalam perjuangan mereka. "PAS ada matlamat dalam perjuangan, kalau kumpulan ini nak sertai PAS kita boleh pertimbangkan," katanya. Malah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata rakyat tidak akan menyertai mana-mana kumpulan yang ditubuhkan hanya kerana kecewa terhadap parti yang disertai sebelum ini. "Kumpulan in wujud kerana rasa tidak berpuas hati kepada parti yang disertai mereka sebelum ini. Bagi saya mereka tiada matlamat dan akan layu. "Lagipun kumpulan ini tidak boleh bertahan, mereka tiada matlamat perjuangan bagaimana nak bertahan? Wujud semata-mata kerana rasa tidak puas hati. "Jadi kita anggap ia tidak akan beri kesan kepada Pakatan Rakyat. Saya rasa rakyat juga boleh menilai perkara ini, adakah rakyat mahu menyokong kumpulan yang tiada matlamat ini? Kalau nak bincang pun kita tidak tahu siapa mereka," katanya Abdul Halim. |
Ketuanan Melayu: PKR Bayan Baru dakwa Zahrain khianat, bukan Anwar-Azizah Posted: 01 Dec 2010 02:30 AM PST KUALA LUMPUR, 1 Dis — Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru mendakwa bekas ketuanya Datuk Seri Zahrain Hashim membawa politik murahan dengan mendesak agar pingat "Datuk Seri" dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditarik balik. "PKR Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain yang sekarang ini menjadi pencacai Umno dan Barisan Nasional (BN). Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia," kata ketuanya, Sim Tze Tzin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Sim, Adun Jerejak menegaskan, Zahrain yang keluar PKR awal tahun ini mengkhianati mandat rakyat yang diberikan sebagai Ahli Parlimen parti itu dengan melompat keluar parti. "Beliau mengkhianati prinsip perjuangan PKR yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua. "Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi lebih ghairah mengikut (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati pingat Datuk Seri yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum. "Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu," kata Sim. Bagaimanapun jelas Sim, PKR Bayan Baru tidak ingin memperlekehkan isu pingat kerana ia adalah penghargaan hak dan kuasa Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri. "PKR Bayan Baru ingin mengingatkan semua pemimpin Umno-BN dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. "Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi menggadai negara," kata beliau. Zahrain merupakan bekas ketua PKR Bayan Baru. Semalam, Zahrain mencabar Anwar, bekas ketuanya agar menyerahkan gelaran "Datuk Seri" jika terus-menerus menolak konsep "Ketuanan Melayu". Zahrain membuat cabaran atas alasan tindakan Anwar menolak konsep itu bersamaan dengan langkah mempertikaikan Raja-raja Melayu, yang kedaulatannya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Wakil rakyat Bebas ini berkata jika Anwar dan orang-orangnya di PKR masih "tebal muka" untuk kekal dengan gelaran masing-masing, beliau akan memohon agar Raja-raja Melayu yang menganugerahkan gelaran dan darjah agar melucutkan. Sim juga menambah, PKR memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan keadilan untuk semua. "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan Umno yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain. "Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib kelompok ramai Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, India, Orang Asli dan Cina masih tetap terabai. "Pakatan Rakyat akan terus berjuang membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar Umno-BN," katanya. |
Persatuan Sejarah: Kembalikan Pulau Pinang kepada Kedah Posted: 01 Dec 2010 02:00 AM PST ALOR SETAR, 1 Dis — Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786. Pengerusinya Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan. "Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. "Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Beliau berkata perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam. — Bernama |
Posted: 01 Dec 2010 01:30 AM PST * Nama Penuh : Julian Paul Assange * Lahir : 1971 * Tempat Lahir : Townsville. Queensland, Australia * Pekerjaan : Ketua Pengarang dan jurucakap Wikileaks * Seorang wartawan, pengaturcara dan aktivis internet * 2003 - 2006 : Belajar fizik & matematik dari Universiti Melbourne * Akhir 1980an : Menyertai kumpulan penggodam di kenali sebagai "subversif-subversif antarabangsa" dengan nama pena "Mendax" * Ibu bapanya mengendalikan syarikat teater bergerak * 1991 : Menjadi buruan Polis Australia sehingga rumahnya di Melbourne diserbu * Dia boleh mengakses komputer milik universiti di Australia, syarikat telekomunikasi Kanada Nortel dan pertubuhan-pertubuhan lain * 1992 mengaku bersalah atas 24 tuduhan menggodam dan di bebaskan dengan ikat jamin berkelakuan baik dan denda sebanyak AU$2100 * Tidak pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungannya dengan teman wanitanya pada 1989 * 1997 menulis buku bertajuk Underground: Tales of Hacking, Madness and Obsession on the Electronic Frontier * 2009 menang anugerah Sam Adams daripada Persekutuan Sam Adams bagi Integriti dalam perisikan * September 2010, Julian Assange diundi sebagai orang nombor 23 di kalangan "50 Tokoh Berpengaryh di Dunia 2010" oleh majalah British, New Statesman. * Dalam majalah Utne Reader terbitan November / Disember menamakan Assange sabagai salah seorang "25 Tokoh Berwawasan Yang Merubah Dunia" * 12 November mendahului undian dalam majalah Time sebagai "Tokoh Tahun 2010" sumber: Utusan Malaysia bertarikh 1 Disember 2010 |
Anwar pertahan pendirian PKR tolak konsep Ketuanan Melayu Posted: 01 Dec 2010 01:00 AM PST Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 1 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan pendiriannya menolak konsep "Ketuanan Melayu" sambil menjelaskan, ungkapan yang menjadi polemik itu merujuk kepada amalan "tuan dan hamba" dalam masyarakat. Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu turut membidas kritikan sesetengah pihak terhadap pendirian partinya — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak konsep tersebut dengan mendakwa ia telah diputarbelitkan seolah-olah mereka tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Justeru Penasihat PKR ini mencela pemimpin-pemimpin terbabit terlalu tergopoh-gopoh dan tidak tepat dalam kenyataan dibuat mereka terhadap komponen PR itu. "Saya berharap jika mereka mahu mempolitikkan isu ini, sama ada Umno atau Utusan Malaysia, itu hak mereka, tetapi saya berharap mereka tidak akan membohongi atau memutar belit kebenaran seolah-oalh bagi menggambarkan bahawa kami ini kurang Melayu, hanya kerana menolak konsep itu. "Saya merasakan kenyataan mereka ini tidak tepat dan terlalu kasar," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen petang ini. "Berhubung kenyataan oleh presiden parti (Dr Wan Azizah), yang mana bukan sesuatu yang baru, kami pernah menjelaskan sebelum ini dalam kongres PKR dan agenda ekonomi Malaysia, bagaimana kami menolak Dasar Ekonomi Baru kerana ia hanya melindungi satu segmen masyarakat kita dan orang Melayu, Cina dan India yang miskin dipinggirkan. "Jadi kalau kita melihat pada maksud tuan dalam Ketuanan Melayu, tuan bermaksud seseorang yang ada kuasa, seseorang yang ada milikan, seseorang berada dalam keutamaan teratas. Jadi, jika Melayu adalah tuan, maka bagaimana dengan kedudukan kaum-kaum lain... Iban, Cina dan India?" katanya. Anwar juga menjelaskan rujukan langsung tuan adalah kepada kedudukan Raja-raja Melayu, bagaimana mereka diberi gelaran "Yang Dipertuan" atau "Yamtuan" bagi menggambarkan kedudukan mereka. Jadi, menurut beliau, berlawanan kepada ungkapan tuan ialah hamba. "Jadi bila kita bercakap mengenai ketuanan Melayu, soalan saya ialah ini — bagaimana dengan kaum-kaum lain?" kata beliau. Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu harus "ditinggalkan" kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri. Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu. "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. "Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai," katanya. Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Bagaimanapun seruan itu didakwa Umno sebagai usaha untuk meraih sokongan bukan Melayu selain cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman parti itu. Antaranya, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru rakyat harus berwaspada dengan strategi terbaru parti pembangkang tersebut yang cuba "menggula-gulakan" anggota bukan Melayunya, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pula menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai "kacang lupakan kulit" kerana meminta agar konsep "Ketuanan Melayu" ditolak. Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah turut menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai "pelacur politik" apabila sanggup menolak konsep tersebut semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan daripada orang bukan Melayu. Bagaimanapun malam kelmarin pada majlis penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar menggesa PR memperluaskan mesej konsep "Ketuanan Rakyat" di kalangan pengundi di negeri-negeri dikuasai perikatan tiga parti itu ekoran serangan Umno mengenai isu itu sejak Sabtu lalu. Mengambil pendirian isterinya Dr Wan Azizah itu, Anwar mendakwa konsep "Ketuanan Melayu" telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin elit dari Umno-BN. "Tanggungjawab negeri-negeri (pimpinan Pakatan Rakyat) ialah untuk menegaskan pendirian dalam soal konep Ketuanan Rakyat," kata Anwar dalam ucapan penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri Pakatan Rakyat di sini malam tadi. "Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu," katanya. Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan pendirian lantangnya dengan menegaskan konsep "Ketuanan Melayu" telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik. |
Kempen derma Tabung Serambi Mekah, esok Posted: 01 Dec 2010 12:45 AM PST Rizal dan Mohd Nor KOTA BHARU, 1 Dis: Kerajaan Kelantan telah membelanjakan sejumlah RM2 juta kepada rakyat Kelantan yang ditimpa bencana dan musibah sepanjang tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Tabung Amanah Darulnaim (Tabung Serambi Mekah), Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan berkenaan diberikan kepada semua mangsa bencana alam, termasuk banjir dan kebakaran. "Ketika kerajaan negeri menghulurkan sumbangan kepada rakyat, kita juga ingin rakyat yang berkemampuan juga turut serta membantu golongan yang memerlukan ini. "Kita ingin berkongsi masalah dengan mereka yang menerima bencana dari Allah, mudah-mudahan kita semua diberikati-Nya," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. Menurutnya, sumbangan yang diperolehi dari para dermawan termasuk individu, syarikat-syarikat swasta dan agensi kerajaan negeri melalui tabung ini telah disalurkan pada mereka yang memerlukan. Sumbangan dari semua pihak sangat diperlukan sebagai alternatif menambah dana ekoran kerajaan pusat masih membisu berhubung tuntutan wang royalti Kelantan. Selain itu ianya juga sebagai satu saluran bagi memberi peluang kepada para dermawaan dan individu prihatin bersama kerajaan negeri membantu mangsa ditimpa musibah. "Kita harapkan wang royalti, kerajaan Pusat sehingga kini juga masih membisu berhubung tuntutan kita, jadi sama-sama kita bantu membantu," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz akan melancarkan kempen kutipan derma sempena ulang tahun ke-20 Tabung Serambi Mekah, jam 9.30 pagi esok di Dewan Kompleks Balai Islam Lundang. Sehubungan itu, kerajaan negeri menyeru orang ramai termasuk dermawan hadir pada pelancaran tersebut. Orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan derma tersebut melalui akaun yang telah disediakan oleh kerajaan iaitu Akaun Bank Islam – 3018010028774 (sumber halal) dan 3018010045654 (sumber tidak halal). Tabung tersebut juga dikenali dengan nama Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim telah ditubuhkan pada bulan Febuari 1991 di bawah Seksyen 9 (1) dan 9(3) akta acara kewangan (1957) disemak (1972). Ia diwujudkan dengan bermatlamat untuk membangunkan individu atau orang ramai yang miskin lagi dhaif, mereka yang ditimpa mala petaka, penyakit kronik disamping itu ia juga untuk menampung projek sosioekonomi rakyat. |
Sultan lantik ahli Dewan Diraja Selangor Posted: 01 Dec 2010 12:30 AM PST KLANG, 1 Dis — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melantik Ahli Dewan Diraja Selangor pada satu istiadat di Balairong Seri Istana Alam Shah di sini. Pelantikan mereka berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 30 November 2013. Tiga Ahli Ex-Officio Dewan Diraja Selangor yang menerima watikah pelantikan ialah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid. Empat ahli dari waris yang lain, lima Orang-Orang Besar dan enam Orang Tua-Tua turut menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor. Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris Temenggong Selangor Tengku Muhamad Yusof Shah, Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah, Tengku Indera Setia Selangor Tengku Ahmad Shah dan Tengku Besar Putra Selangor Tengku Ismail Shah. Antara Orang-Orang Besar itu termasuk Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah, Engku Setia Lela Bestari Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah. Bagi Orang Tua-Tua pula termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf dan Tan Sri Ambrin Buang. — Bernama |
Posted: 01 Dec 2010 12:00 AM PST Oleh Nobisha Beberapa hari lepas seorang pimpinan UMNO Kedah menghubungi saya. Dia minta saya menulis di blog ini mengenai seorang pemimpin UMNO Kedah yang dikatakan layak menggantikan Dato' Seri Shafie Afdhal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Saya tak pasti berapa ramaikah bloggers yang dihubunginya dan adakah mereka menulis mengenai pemimpin tersebut. Apa pun, saya menganggap pemintaan itu sebagai satu pengiktirafan kepada bloggers; walaupun saya tak fikir apa yang ditulis oleh bloggers itu memberikan impak yang besar kepada keputusan yang bakal dibuat oleh presiden parti itu dan Majlis Tertinggi UMNO. Sampai sekarang, saya tidak menulis mengenai pemimpin itu. Malah, saya tidak membuat apa-apa ramalan pun mengenai calon pengerusi badan perhubungan UMNO negeri-negeri. Penyakit yang ada di kalangan sesetengah ahli UMNO ialah mereka menganggap bahawa perlantikan ketua adalah segala-galanya. Seolah-olah apabila ketua baru dilantik, maka semua masalah yang ada dalam parti itu selesai dengan sendiri. Apabila ada ahli UMNO yang berfikiran sedemikian, maka akhirnya mereka memeluk tubuh dan menanti ketua baru. Saya tidak mengatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO tidak penting. Kita dapat lihat bagaimanakah UMNO di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak. Memang, pemimpin penting. Namun untuk meletakkan segala-galanya di atas pundak pemimpin saya fikir tidak adil. Saya tak pasti apakah yang boleh dilakukan oleh Dato' Seri Mahadzir Khalid, Dato' Johari Baharum, Dato' Mukhriz Mahathir, Dato' Paduka Ahmad Bashah Hanifah, Dato' Seri Jamil Khir Baharum atau Dato' Latt Shariman Abdullah (nama-nama yang disebut sebagai berpotensi menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah) untuk "menaiktarafkan" UMNO di negeri itu. Terdahulu, saya pernah menulis mengenai betapa Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak cukup dekat di hati rakyat negeri ini dan usaha Barisan Nasional untuk mengambilalih kepimpinan negeri bukanlah sesuatu yang mudah. Terus-terang saya katakan siapa pun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru, tak banyak yang boleh dilakukan sekiranya pemimpin dan ahli-ahli parti peringkat akar umbi masih "longleh." Atas sebab itulah maka saya katakan bahawa usaha Majlis Tertinggi untuk mengadakan kursus kepada kepimpinan akar umbi adalah suatu langkah yang betul. Sebahagian ADUN dan Ketua Bahagian di Kedah perlu disekolahkan semula mengenai perjuangan parti. Mereka harus didedahkan kepada bukan sahaja idealisme perjuangan, namun lebih dari itu strategi pemasaran politik yang semakin canggih. Kaedah lama yang jumud sudah tidak sesuai lagi. Tanpa menafikan nama-nama yang dilontarkan sebagai berpotensi menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, biar saya katakan bahawa dari segi keutamaannya, UMNO Kedah perlu mengubah pemimpin akar umbi terlebih dahulu sebelum mengubah kepimpinan negeri. Berbicara mengenai hal yang sama, saya ingin menyentuh mengenai isu penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan. Betul, pemilihan dalam UMNO boleh memberikan implikasi negatif kepada peluang Barisan Nasional untuk menang PRU13 nanti – lebih-lebih lagi sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. Kalau tak percaya, tanya PKR. Namun, saya juga melihat pemilihan parti memberikan peluang kepada UMNO untuk mencantas kayu buruk dalam parti itu. Pindaaan perlembagaan parti yang dibuat pada tahun 2009 lalu, memudahkan usaha mencatas kayu buruk ini. Dalam konteks UMNO Kedah, saya fikir banyak kayu buruk yang perlu dicantas! http://nobisha.com/home/ |
"Tuan" hanya untuk Yang DiPertuan Agong – Anwar Posted: 30 Nov 2010 11:30 PM PST Oleh Muda Mohd Noor PARLIMEN KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan 'Tuan' hanya boleh digunakan oleh Yang DiPertuan Agong dan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. "Kita lihat 'Tuan' adalah untuk kaum yang memiliki kuasa. Kalau Melayu itu 'Tuan', bagaimana dengan kaum Cina, Kadazan dan kaum yang lain,?" tanya beliau. Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Anwar berkata, "dalam prinsip Perlembagaan, agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja kita tidak bangkitkan." "Pengalaman saya bersama PAS dan DAP, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, Raja-raja Melayu kita terima. Ini diputar belitkan oleh Umno dan (akhbar) Utusan (Malaysia). Saya harap jangan menipu seolah-olah kita golongan yang menolak Melayu," katanya. Dalam sidang media tersebut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan bahawa beliau akan melantik tokoh DAP, Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Dasar Pakatan Rakyat Anwar berkata, bukan bidang kuasa beliau untuk melantik sesiapa menjadi timbalan perdana menteri. Tapi dasar Pakatan Rakyat, kita tidak menolak mereka berdasarkan kepada bangsa dan ras. "Mengapa hendak nafikan hak orang Melayu, Cina, India, Kadazan sebagai timbalan perdana menteri 1, 2, 3?," soal beliau. Mengulas desakan ahli Parlimen Bebas, Datuk Zahrain Mohd Hashim supaya gelaran "Datuk Seri" dilucutkan, Anwar berkata, beliau tidak merayu untuk mendapatkan gelaran itu. "Saya bukan tulis surat merayu supaya diberikan gelaran Datuk Seri. Tuanku memberi anugerah ini, saya menjunjung kasih kepada Tuanku. Yang pertama saya dapat dari Sultan Pahang, selepas itu menyusul yang lain," katanya menambah, beliau mempunyai tujuh atau lapan gelaran. Dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, Zahrain yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang mencabar Anwar supaya menyerahkan gelaran "Datuk Seri" kerana mendakwa ketua pembangkang itu menolak Ketuanan Melayu. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan