alkerohi |
Pak Lah dapat naik tren, KJ terlepas bas ? Posted: 01 Dec 2010 09:12 AM PST Pada bulan Ogos 2008, mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi yang juga merupakan bapa mertua Khairy Jamaludin dikatakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan rel di ibu negara dengan tak semena-mena 'kerabat' [panjat] rel LRT tersebut. Kenapa ? Nilai "tidak puas hati"nya Pak Lah itu, wang RM4 bilion dikhaskan oleh kerajaan Malaysia pada masa itu untuk tujuan penambahbaikan pengangkutan awam berkenaan. Ini pula tindakan KJ. Dia berjalan kaki ke parlimen kerana perkhidmatan pengangkutan awam - terutama sekali bas pada hematnya, tidak ada atau tidak menunjukkan prestasi yang baik agaknya. Harap-harap KJ ni ikhlas. Buatlah apa yang patut KJ, asalkan rakyat betul-betul didahulukan. Kain culas di atas peti, Ditekat jangan diberi jangan; Sudah ikhlas dalam hati, Diumpat jangan dipuji jangan. (Ihsan : The Star) |
Petrol : UMNO dan BN harap lembu pengguna tidur Posted: 30 Nov 2010 09:53 PM PST Harga petrol RON97 naik lagi. Harga barang-barang keperluan harian masyarakat Malaysia juga naik dalam senyap. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional gembira kerana mempunyai 'rakyat' yang bisu, pekak dan buta terhadap hak-hak mereka sebagai pengguna. UMNO dan BN mendoakan agar "lembu-lembu pengguna" terus tidur seolah-olah seperti mereka dalam kekenyangan. UMNO dan BN juga menaruh harapan yang tinggi supaya parti politik itu tidak akan tertanya-tanya apatah lagi mencari-cari - adakah pengguna bijak di Malaysia. |
You are subscribed to email updates from alkerohi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan