Ahad, 5 Disember 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


SUHAKAM Bantah Tindakan Polis Tahan Peserta Demo

Posted: 05 Dec 2010 12:43 AM PST

Tidak padan polis tangkap peserta himpunan

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan polis menangkap para peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air tidak berpadanan dengan apa yang dilakukan oleh rakyat.

Katanya, para peserta himpunan tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, lagipun sekarang bukan masa darurat.

Tambahnya, mereka hanya menyertai perhimpunan aman dan tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi hanya tidak mempunyai permit sahaja.

Menurutnya, keadaan yang berlaku itu tidak sebagaimana di London yang boleh mengadakan himpunan secara aman.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa kesal dengan pihak polis yang menangkap peserta himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas itu.

Beliau beserta Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari turut mengadakan perbincangan dengan pihak polis supaya tidak terus menahan para peserta sebagaimana yang dijanjikan.

"Tetapi sangat malang apabila polis menggunakan kekerasan menahan pseserta himpunan," ujarnya.

Menurutnya, pihak polis memberi jaminan akan membebaskan mereka yang ditahan dan tidak akan menangkap peserta yang mahu bersurai sekitar jam 3.30 petang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor akan membawa usul pada persidangan Dewan Rakyat nanti berhubung penangkapan peserta himpunan aman itu.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mempersoalkan tindakan polis menahan peserta kerana pada awalnya berjanji memberikan kerjasama.

Beliau kesal kerana polis sedia memberi kerjasama kepada peserta himpunan untuk berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pemimpin Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa polis bahawa memberi kerjasama kerana pihak Istana Negara sedia menunggu rombongan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan pihak polis mengikut arahan siapa di sebalik penangkap yang dilakukan itu.

Menurut Suaram, sekitar 70 orang ditahan pada himpunan aman itu yang difahamkan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi dan Cheras. -harakahdaily

Berita Sebelum Ini

[Kemaskini] Demo Air Berjaya, Memo Berjaya Diserahkan

[Bergambar] MB Selangor Rafak Sembah Nyatakan Bantahan, 47 Peserta Ditahan - updated

[Kemaskini] Demo Air, Polis Tembak Gas Pemedih Mata


[Kemaskini] Demo Air Berjaya, Memo Berjaya Diserahkan

Posted: 05 Dec 2010 12:23 AM PST

MB Selangor serah Istana Negara memo, polis guna gas pemedih lerai perarakan

Peserta himpunan protes air berarak dari kawasan Masjid Negara ke arah Istana Negara. — Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Perarakan himpunan aman protes isu air Selangor berakhir dengan pertembungan antara para peserta dan polis, tetapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dengan kawalan pasukan keselamatan.

Khalid menyerahkan memorandum sebagaimana dirancang kepada Istana Negara untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekitar 2.30 petang tadi.

Kumpulan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) juga menyerahkan mereka kepada Istana Negara dengan polis hanya membenarkan dua kereta menuju ke Istana Negara dari kawasan Stadium Merdeka-Dewan Perhimpunan Cina di Jalan Maharajalela.

Terdahulu polis menghalang perarakan sekitar 1,000 penyokong kumpulan protes air Selangor daripada meneruskan hasrat mereka menuju ke Istana Negara.

Kumpulan itu yang meninggalkan kawasan Masjid Negara sekitar 1.50 tengah hari, ditahan selepas bergerak sejauh 200m.

Ekoran tindakan polis itu, kumpulan itu merempuh sekatan polis di kawasan bangunan KTMB dan menyebabkan anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.

Tinjauan mendapati pasukan FRU melepaskan gas dan air pemedih mata terus-menerus selama setengah jam apabila peserta terus mahu berarak ke arah Istana Negara.

Anggota polis menahan salah seorang peserta himpunan protes air di kawasan bangunan KTMB. — Gambar oleh Jack Ooi

Pasukan polis mengenakan sekatan lalu lintas sejak pagi tadi di beberapa kawasan di Lembah Klang bagi menghalang kehadiran penyokong kedua-dua kumpulan GAPS dan protes air Selangor.

Anggota FRU terus melepaskan gas pemedih mata ke atas penyokong protes air berhampiran stesen kereta api lama dekat Masjid Negara. Sekurang-kurangnya 10 tembakan dilepaskan sehingga 2.05 petang tadi.

Pihak polis memberi kata dua kepada peserta perarakan agar bersurai secara aman dan jika tidak akan menggunakan kekerasan untuk menyuraikan mereka.

Ketika kumpulan itu tidak berganjak dengan pendirian mereka, FRU terus melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Sekitar pukul 2.30 petang, FRU terus melepaskan air pemedih mata, menyebabkan sebahagian besar peserta melarikan diri ke arah Masjid Negara.

Mesej menerusi Twitter oleh seorang pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor menyebut Khalid telah menyerahkan memorandum bersama 250,000 tandatangan kepada Istana Negara sekitar 2.30 petang.

Bagaimanapun menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok, polis telah menghalang rombongan delegasi daripada merakamkan sesi penyerahan memorandum.

Selepas Menteri Besar Selangor menyerahkan memorandum polis mula mengambil tindakan terhadap peserta himpunan dan sehingga 3 petang tadi, kira-kira 50 orang ditahan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dilihat mengadakan perbincangan dengan polis agar membebaskan peserta-peserta yang ditahan. -TMI





Berita sebelum ini:

[Bergambar] MB Selangor Rafak Sembah Nyatakan Bantahan, 47 Peserta Ditahan - updated

[Kemaskini] Demo Air, Polis Tembak Gas Pemedih Mata


[Bergambar] MB Selangor Rafak Sembah Nyatakan Bantahan, 47 Peserta Ditahan - updated

Posted: 04 Dec 2010 11:58 PM PST

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan rakyat negeri merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga air oleh Syabas, harakahdaily dipetik.

Rakyat, tegasnya menentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan kepura-puraan pihak berkenaan dalam isu air.

"Dengan ini kami rakyat negeri Selangor berkumpul merakfak sembah kepada Duli Tuanku menyatakan bantahan," ujarnya ketika berucap di perkarangan Masjid Negara, sebentar tadi.

Beliau bersama kepimpinan kerajaan negeri menunju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tambahnya, pihak terbabit hendaklah mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor.

Ini, katanya kerana lebih 150,000 telah menandatangani bantahan dari rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terhadap Syabas yang mahu menaikkan tarif air.

Harakahdaily juga turut melaporkan kira-kira 15,000 orang yang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga air oleh Syabas di pekarangan Masjid Negara terpaksa berpecah kerana disuraikan dengan semburan air dan gas oleh pasukan polis.

Ini ekoran pihak polis menghalang semua laluan menunju ke Istana Negara.

Mereka yang berkumpul sejak sebelum waktu Zohor pada mulanya berada dalam suasana tenang sementara menunggu ketibaan pemimpin Kerajaan Selangor untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkesempatan menyampaikan ucapan yang sebahagiannya adalah daripada kandungan memorandum itu kepada orang ramai.

Pihak polis membenarkan rombongan beliau dengan tiga buah kereta ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Sebaik sahaja anggota rombongan meninggalkan kawasan Masjid Negara, pihak polis mulai menyurai peserta himpunan aman itu termasuk menggunakan gas pemedih mata dan semburan air daripada jentera water cannon.


Penyokong baju merah ditangkap

Dianggar sekitar 47 penyokong baju merah ditahan manakala yang lainnya 'berlindung' di dalam Masjid Negara apabila polis menyerbu untuk menyuraikan kira-kira 2,000 penyokong perhimpunan bantahan kenaikan harga air di Selangor.

Menurut ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, 32 orang dibawa menaiki trak pertama manakala 15 lagi dibawa menaiki trak kedua.

Mereka ditahan selepa kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila penyokong baju merah itu enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung.

Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air. -mk












Berita sebelum ini

[Kemaskini] Demo Air, Polis Tembak Gas Pemedih Mata

[Kemaskini] Demo Air, Polis Tembak Gas Pemedih Mata

Posted: 04 Dec 2010 10:55 PM PST

Penyokong baju merah sedang berarak menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong, malaysiakini dipetik.

Mereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak sekurang-kurangnya dua gas pemedih mata ke arah mereka.

Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara.Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak

Berikutan itu, sebahagian peserta meneruskan perarakan manakala yang lainnya kelihatan berpatah balik ke arah Masjid Negara.

Difahamkan juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi tadi.

Sehingga jam 1 tengahari tadi, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.

Mereka dilihat membawa plakad bertulis 'kembalikan hak rakyat', 'tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'.

Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.

Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.











Pakai Baju Merah : Dr Nasir Hashim & Arutcelvan Ditahan

Posted: 04 Dec 2010 09:18 PM PST

Presiden PSM, Dr Nasir Hashim dan setiausaha agungnya, S Aruthcelvan antara tiga orang yang ditahan kerana didapati memakai baju merah, lapor malaysiakini.

Mereka ditahan pada kira-kira jam 11.30 pagi di sekitar KL Sentral. Ketika ditemui, Nasir memberitahu Malaysiakini: "Saya tak pasti (ditahan). Polis halang saya (bergerak) sebab pakai baju merah."

Apabila dihubungi setengah jam kemudiannya, Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara mengesahkan mereka ditahan dan dibawa ke balai polis Petaling Jaya.

"Mereka kata ianya perhimpunan haram. Tapi kami hanya tiga orang sahaja," katanya.

Sementara itu malaysiakini turut melaporkan kira-kira 200 penyokong Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) mula berhimpun di Stadium Merdeka mulai jam 11.50 pagi ini.

Manakala pihak polis memberi mereka tempoh sehingga jam 12.10 tengahari ini untuk bersurai.

Mereka yang berkumpul itu kebanyakannya wanita dan golongan muda.

Mereka yang berpakaian hitam itu melaungkan `1Malaysia' dan 'Daulat Tuanku'.
Mereka merancang untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mengandungi dakwaan penyelewengan oleh Kerajaan Pakatan Selangor.

Pengerusi Gaps, Hamidzun Khairuddin yang tiba kira-kira jam 12 tengahari, memberitahu bahawa mereka sedang berunding dengan pihak polis sama ada dibenarkan berarak ke Istana Negara.

Sementara itu, Hamidzun memberitahu sidang akhbar bahawa pihaknya menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta supaya dapat dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja dan berharap suasana di Selangor bertambah baik.

Pihaknya berharap pemimpin politik dari Pakatan Rakyat dan BN supaya menumpukan perhatian kepada ekonomi negeri Selangor dan "bukan mempamerkan kehebatan politik".

Mengenai perubahan tempat mereka berkumpul ke Stadium Merdeka, Hamidzun berkata: "Kita hormati nasihat selepas berundingan dengan polis untuk pastikan keadaan terkawal dan aman".

Ditanya sama ada peserta yang hadir hari ini terdiri daripada ahli Wanita dan Pemuda Umno, beliau berkata: "Tidak sama sekali, mereka rakyat Selangor dan ahli NGO negeri Selangor".

Ditanya jangkaan 2,000 peserta yang tidak menjadi kenyataan, beliau berkata: "Ini merupakan kecemerlangan pasukan polis yang berjaya atur dengan baik".

Malah menurutnya, perjalanannya dari Shah Alam mengambil masa dua jam untuk sampai ke Stadium Merdeka.

"Ramai sahabat yang tersangkut dalam kesesakan," tambahnya.

Sementara itu, selepas berunding dengan pihak polis, tidak ada perarakan tetapi wakil Gaps menaiki dua buah kereta untuk menyerahkan memorandum tersebut ke Istana Negara.

Hamidzun menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Istana Negara pada kira-kira jam 12.40 tengahari tadi.

Sebentar Lagi KL Bergegar

Posted: 04 Dec 2010 06:39 PM PST

Protes air Pakatan, GAPS anti-Selangor mahu polis tindak profesional

Penganjur ingin mengelakkan tindakan polis menggunakan anggota FRU dan gas pemedih mata untuk meleraikan peserta. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Kedua-dua kumpulan yang merancang mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini sudah bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk tindakan pihak berkuasa yang dijangka akan berusaha menghalang usaha mereka.

Himpunan kedua-dua kumpulan ini dilihat akan mengulangi tindakan polis menggunakan anggota FRU dan gas pemedih mata untuk meleraikan peserta anti-ISA dan pro-ISA di ibu negara pada Ogos 2009.

Namun, kali ini kedua-dua kumpulan — Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan kumpulan anti-kenaikan harga air anjuran kerajaan Selangor berharap pihak berkuasa terutamanya polis dapat menjalankan tugas dengan adil dan profesional bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

GAPS, gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pula akan menyerahkan memorandum berhubung 30 penyelewengan yang didakwa berlaku di Selangor, di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara itu, demonstrasi aman dan perarakan anjuran kerajaan Selangor bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menentang kenaikan harga air di negeri itu dan mereka akan bergerak dari Masjid Negara ke Istana Negara selepas solat Zohor dan solat hajat.

"Kita akan berkumpul di Masjid Negara pada pukul 12 tengah hari, kemudian kita akan menunaikan solat Zohor, diikuti solat hajat.

"Selepas itu baru kita akan bergerak ke Istana Negara, perarakan ini akan diketuai Menteri Besar, barisan Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jentera parti Pakatan Rakyat, ketua-ketua kampung, mahasiswa dan orang ramai," kata penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Badrul Amin, semua persiapan akhir sudah dibuat dan dijangkakan kira-kira 20,000 orang dari seluruh negara akan menyertai demontrasi aman dan perarakan itu.

Tambahnya, kira-kira 500 pegawai keselamatan terdiri daripada Unit Amal PAS, Bridget Keselamatan PKR, Penyelaras Komunikasi dan Solidariti Anak Muda akan mengawal dan menjaga keselamatan sepanjang demonstrasi itu diadakan.

"Kita sudah kerahkan 500 pegawai keselamatan kita untuk menjaga keselamatan semasa demonstrasi ini berjalan, kesemua pegawai keselamatan ini ditempatkan di sepanjang perjalanan menuju ke Istana Negara.

"Walaupun polis akan mengawal keadaan esok (hari ini) dan mungkin juga akan melakukan sekatan di beberapa jalan kita harap pegawai keselamatan kita ini dapat menjalankan tugas dan menunjukkan kepada penyokong laluan yang betul menuju ke sana (Istana Negara)," katanya.

Badrul Amin turut meminta supaya semua penyokong yang menyertai perarakan berkelakuan baik dan tidak termakan dengan provokasi yang mungkin akan dilakukan GAPS.

"Kepada penyokong saya minta supaya mereka bersabar, berdisiplin, mengikut arahan dikeluarkan, jangan berkelakuan tidak elok dan jangan termakan dengan provokasi yang dibuat pihak satu lagi.

"Kita juga harap supaya pegawai keselamatan kita dan pihak polis dapat mengawal keselamatan agar rancangan murni kita akan berjalan lancar," katanya.

Namun bagi GAPS lain mula jadinya apabila kumpulan itu masih belum mempunyai lokasi untuk berkumpul dan masih menunggu kebenaran daripada pihak polis.

Menurut Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin, pihaknya masih belum mempunyai lokasi untuk berkumpul dan masih mengadakan perbincangan dengan pihak polis.

"Bagaimanapun kita akan berkumpul pada pukul 11 pagi, tempat kita belum tahu.

"Kita akan tetap teruskan usaha ini dan mengenai lokasi tiada masalah, kita akan pastikan tempat itu," katanya.

The Malaysian Insider difahamkan mereka akan berkumpul di Jalan Bellamy, berhampiran Istana Negara.

Hamidzun berkata dijangkakan 3,000 orang akan menyertai perarakan untuk menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Persiapan akhir kita sudah buat, arahan juga sudah dikeluarkan dan kita jangkakan 3,000 penyokong akan mengiringi kita ke Istana Negara.

"Yang penting, kita ingin menyampaikan hasrat ini tentang 30 perkara penyelewengan kerajaan Selangor.

"Saya juga minta agar kita tidak akan bertembung dengan kumpulan satu lagi bagi mengelak sebarang kejadian berlaku," katanya sambil berkata akan menyerahkan memorandum itu sebelum ataupun selepas kumpulan antikenaikan harga air menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga turut meminta supaya polis dapat menjalankan tugas dengan baik dan profesional bagi menjaga keselamatan awam.

"Kita harap polis dapat menjalankan tugas mereka dengan baik, jangan halang perarakan yang kami ingin lakukan.

"Sila hormati hak kami untuk mendapat keadilan bagi seluruh rakyat Selangor," katanya.

Kelmarin, Hamidzun berkata GAPS akan berkumpul di Masjid Jamek sebelum berarak ke Istana Negara.

Kedua-dua kumpulan ini boleh dibezakan dari aspek pemakaian yang mana GAPS akan memakai baju berwarna hitam manakala kumpulan antikenaikan harga air akan memakai baju berwarna merah.

Palsukan Tandatangan - Satu Jenayah Serius

Posted: 04 Dec 2010 06:30 PM PST

Menuntut penjelasan Saifuddin Nasution

Belum sempat kering luka-duka pemilihan PKR selepas enam bulan yang begitu menyakitkan, selepas kami akur menghormati parti dengan memejam mata kepada salahlaku pemilihan PKR, selepas melihat pimpinan mengiktiraf ketidakadilan menyelubungi pemilihan PKR, PKR diserang lagi.

Satu demi satu isu melibatkan parti ditimbulkan. Kali ini bekas Setiausaha Agung, Datuk Salehuddin Hashim mendakwa Ibu Pejabat parti telah menggunakan nama dan tandatangan beliau untuk mengeluarkan satu surat palsu yang dijadikan bukti untuk menghalang Jenapala dari bertanding jawatan timbalan presiden semasa pemilihan baru-baru ini.

Jika benar dakwaan Datuk Salehuddin, maka parti akan sekali lagi berdepan dengan permasalahan. Imej parti akan bertambah buruk dan kredibiliti parti akan tercemar lagi.

Menggunakan tandatangan dan nama orang lain adalah salah, pecah amanah dan jenayah.

Saya percaya Ibu Pejabat tidak seberani itu untuk memalsukan tandatangan dan nama orang lain, apatah lagi nama seorang Setiausaha Agung secara memandai-mandai. Tetapi sesudah melihat bagaimana Ibu Pejabat mengendalikan pemilihan PKR, saya mula ragu-ragu kebarangkalian wujudnya kebodohan yang memberanikan Ibu Pejabat Parti untuk bertindak sedemikian.

Minit mesyuarat Biro Politik pada 30 Ogos 2009 menunjukkan kes Jenapala masih lagi dibincangkan. Ini bermakna Jenapala masih lagi anggota parti. Surat pemecatan Jenapala pula bertarikh 2 Febuari 2009.

Pimpinan parti hingga sekarang seolah terkelu lidah dan terus membisu, enggan memberi penjelasan barang secebis pun bagaimana percanggahan tarikh ini boleh timbul.

Secacat-cacat surat pecat yang pernah saya tengok, tiada yang secacat surat yang membuang Jenapala dari jadi ahli. Mesyuarat MPP mana satu yang memutuskan untuk dia dipecat pun tidak dinyatakan dalam surat itu!

Itu sahaja sepatutnya sudah cukup asas untuk mencurigai kesahihan surat itu. Tidakkah surat itu dibelek dan diusulperiksa oleh YB Saifuddin sebelum dia mengetengahkan surat itu kepada pihak mahkamah sebagai sebahagian dari afidavit balas beliau?

Melihat dakwaan dengan fakta yang dikemukakan dan keengganan Parti untuk memberi hujah balas mengenai fakta-fakta tersebut, semuanya mengundang kegelisahan ramai ahli bawahan dan penyokong parti tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Apakah benar Ibu Pejabat menggunakan nama dan tandatangan Datuk Salehuddin untuk mengeluarkan surat palsu? Jika benar, siapakah yang bertanggungjawab?

Dakwaan dan salahlaku sebegini amat serius dan bukanlah perkara yang boleh diambil enteng. Apatah lagi PKR sebagai sebuah parti reformasi gerakan rakyat yang menjunjung nilai-nilai murni.

Lebih malang lagi perkara-perkara sebegini mengundang pihak polis untuk bertandang di dalam Ibu Pejabat parti dan boleh mengheret parti ke mahkamah. Satu-persatu isu akan timbul dan sudah tentu akan menjejaskan kredibiliti parti serta menghakis keyakinan rakyat dan ahli-ahli.

Peringatan saya kepada pemimpin parti bahawa di dalam Pakatan Rakyat, PKR adalah yang paling lemah. Lemah dari segenap aspek berbanding PAS dan DAP. Satu persatu cerita negatif PKR menjadi sensasi politik.

Sudah tentu tempiasnya juga memberi kesan kepada PAS dan DAP. Sekiranya cerita buruk PKR timbul berterus-terusan, tentu ini akan mengundang kemarahan PAS dan DAP.

Oleh itu, Setiausaha Agung, Sdr YB Saifuddin Nasution hendaklah menjelaskan kepada semua ahli dan penyokong parti: apakah sebenarnya yang telah berlaku? -mk







Kelab Gadis Songsang Malaysia Di Facebook

Posted: 04 Dec 2010 05:30 PM PST

Kuala Lumpur: 'Sweet', 'Less', 'Lessy' dan 'Noty' antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.

Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat 'galak' mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.

Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.

Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.

Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan 'sealiran' serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.

Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia.

Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan. -hm


Cari kepuasan diri

KUALA LUMPUR: Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook.

Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.

Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai 'kelab' lesbian di alam siber itu.

Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.

"Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.

"Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri.

"Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata.

"Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks 'ringan' sesama sendiri. Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya," katanya yang ditemui Metro Ahad.

Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.

"Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur. Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan.

"Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan. Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita," katanya.

Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudkan di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja.

Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.

"Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih.

"Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain. Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri," katanya.

Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang 'sealiran' dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.

Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.

"Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai 'kelab' yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya.

"Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya.

"Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu," katanya. -hm


Rumah Dirempuh Sebuah Bas Ekspres

Posted: 04 Dec 2010 04:40 PM PST

Bas rempuh rumah

PASIR MAS: "Bang! Rumah kita kena langgar bas!" jerit Wan Meriam Wan Idris, 43, kepada suaminya, Zakaria Dollah, 66, sebaik rumah mereka dirempuh sebuah bas ekspres yang terbabas dalam kejadian di Kampung Wakaf Merah, Tendong, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, kediaman dihuni 11 beranak terbabit rosak di bahagian anjung selepas dirempuh sebuah bas ekspres yang turut menyebabkan Toyota Corolla SE milik keluarga itu remuk di bahagian belakang.

Bagaimanapun, semua penghuni rumah, termasuk Wan Meriam dan sembilan anaknya berusia 18 bulan hingga tiga tahun, terselamat kerana mereka tidur di bahagian atas dan bawah rumah.

Menceritakan kejadian itu, Zakaria berkata dia yang berada di dalam tandas terkejut mendengar teriakan isterinya mengenai kemalangan membabitkan sebuah bas di depan rumah mereka.

"Saya terkejut mendengar suara isteri memberitahu mengenai kejadian itu. Ketika itu saya hanya terdengar bunyi penggera kereta dan dalam keadaan panik, saya bergegas ke luar rumah dan mendapati sebuah bas ekspres berada di anjung rumah.

"Kami bernasib baik kerana ketika kejadian, tiada siapa di anjung rumah berkenaan kerana semua anak kami berada di bahagian atas dan tingkat bawah rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Zakaria yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan di pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, mengakui menghadapi kesukaran menjalankan perniagaan berikutan kenderaan digunakan untuk mencari rezeki kerosakan teruk.

"Kejadian ini menyebabkan saya bercuti seketika kerana kerosakan kereta turut membantutkan sumber pendapatan kami selain diguna untuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah.

"Hampir 10 tahun kami mendiami rumah peninggalan keluarga dan tidak pernah berlaku kejadian seperti ini (dirempuh)," katanya.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, keluarganya mengalami kerugian kira-kira RM 80,000 termasuk kerosakan rumah dan kereta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haliludin Rahim mengesahkan menerima laporan kira-kira 5.45 mengenai kejadian bas ekspress yang merempuh sebuah rumah di Kampung Wakaf Merah, Tendong.

Beliau berkata, ketika kejadian bas ekspres yang mempunyai 26 orang penumpang itu dalam perjalanan ke Kota Bharu dari Pulau Pinang.

"Dipercayai, pemandu bas itu mahu mengelak sebuah kereta yang dari arah bertentangan dan memotong sebuah lori.

"Berikutan itu, pemandu dipercayai terbabas dan merempuh rumah mangsa sebelum melanggar bahagian anjung serta kereta yang diletakkan di bahagian anjung," katanya. -hm

Menakjubkan: Foto-foto Replika Kapal Nabi Nuh

Posted: 04 Dec 2010 03:44 PM PST

Semalam GB telah membuat posting mengenai penemuan bahtera Nabi Nuh a.s.

Kini, dikisahkan mengenai seorang Belanda, Johan Huibers, yang telah membangunkan replika perahu Nabi Nuh a.s. yang sudah ditemukan tersebut berdasarkan ukuran-ukuran detail seperti dijelaskan di dalam beberapa kitab samawi.

Kitab Al-Quran mempunyai satu surah khusus mengenai kisah Nabi Nuh iaitu Surah Nuh yang mengandungi 28 ayat.

Manakala di dalam surah Hud ayat 40 – 41 pula ditemui ayat berikut:


"Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Terbayanglah bagaimana dahulu gelombang banjir yang sangat besar dan menakutkan dan umat Nabi Nuh dengan ratusan pasang binatang berada didalamnya: zirafa, gajah, singa, buaya, zebra, bison dan lain-lain.

Dan banjir besar itu datang lagi di zaman - kini dengan namanya Tsunami. Apakah "bahtera" itu simbolik kepada ajaran-ajaran yang telah diturunkannya kepada kita, maka lantas dengannya kita dapati semasa tsunami berlaku, maka terdengar kisah masjid-masjid masih berdiri kukoh tidak terhentam oleh gelombang tsunami tersebut? Wallahu 'alam.

















Qatadah telah menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari [Sahih al-Bukhari nombor 4869], "Allah SWT telah mengekalkan kapal Nuh supaya ia sampai kepada pengetahuan generasi awal umat ini".

Posting berkaitan:

Menakjubkan: Bahtera Nabi Nuh a.s. Telah Ditemui

Lagi Kereta Terbakar, 3 Rentung

Posted: 04 Dec 2010 07:01 AM PST

Tiga rentung kereta rempuh treler di Rembau

Gambar: ANGGOTA polis melihat kereta yang remuk dan rentung selepas melanggar belakang sebuah treler di KM241 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas hala utara awal pagi tadi. Dalam nahas itu, tiga mangsa turut rentung apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar itu. - Foto Dzulkeffli Mustapha

REMBAU - Dua penumpang dan seorang pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi mati terbakar apabila kenderaan mereka dipercayai merempuh belakang sebuah treler di Km 241.1 berhampiran plaza tol Pedas-Linggi menghala ke utara pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Yusof Samad berkata, kereta terbabit yang datang dari arah Melaka dikatakan melanggar belakang treler panjang itu yang sedang bergerak perlahan di lorong sebelah kiri ketika membawa jengkaut.

"Rempuhan itu menyebabkan kereta terbabit terbakar dan mangsa-mangsa mati rentung. Kita mengeluarkan dua mayat yang sudah rentung di bahagian hadapan serta satu lagi di tempat duduk belakang kereta berkenaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.09 pagi mengenai kemalangan itu sebelum mengejarkan sebuah jentera bersama sembilan anggota ke tempat kejadian.

Mayat mangsa yang belum dikenali dihantar ke Hospital Seremban. - Bernama

Pendakwaan Tutup Kes Bunuh Aaliyah Ayman

Posted: 04 Dec 2010 06:14 AM PST

Pendakwaan Tutup Kes Bunuh Aaliyah Ayman

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan pada Jumaat, menutup kes pendakwaan terhadap seorang warga Sudan yang dibicarakan atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, pihaknya menutup kes selepas semua 13 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

"Pihak kami menawarkan sembilan saksi pendakwaan yang tidak dipanggil kepada pihak pembelaan," tambahnya.

Saksi-saksi yang tidak dipanggil terdiri daripada anggota-anggota polis, doktor dan juga beberapa orang awam.

Bagaimanapun, peguam J.Kuldeep Kumar yang mewakili tertuduh memberitahu, mereka tidak berminat untuk memanggil mana-mana saksi yang ditawarkan.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menetapkan hujahan di akhir pendakwaan didengar pada 6 Januari depan manakala 17 Januari dijadualkan sebagai tarikh keputusan sekiranya tiada sebarang penjelasan diperlukan.

Beliau juga mengarahkan Kuldeep untuk bersiap sedia dengan pembelaan kerana mahu pembelaan dibuat sehari selepas keputusan, sekiranya tertuduh dipanggil untuk membela diri atas tuduhan itu.

Abdul Alim juga kelihatan agak keberatan untuk membenarkan permohonan Kuldeep supaya diberikan sedikit masa untuk berbuat demikian.

Mohannad Taha (gambar), 25, dituduh membunuh Aaliyah antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober lalu di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, dekat sini.

Dia yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar kini berhadapan dengan hukuman mati, jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohannad Taha didakwa untuk kali pertama di Mahkamah Majistret Putrajaya, dekat sini pada 23 Oktober lalu manakala perbicaraan di Mahkamah Tinggi bermula pada 6 September lalu.

Perbicaraan sebelum ini menyaksikan ibu kanak-kanak malang itu, Ellina Maulad Mahather, 25, memberitahu Aaliyah ditinggalkan di bawah jagaan tertuduh semasa dia keluar bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat pembinaan.

Ellina yang pernah bekerja sebagai pelayan kelab malam juga memaklumkan tertuduh cuba menghalangnya daripada membawa mangsa ke hospital kerana bimbang akan ditangkap dan dituduh mengakibatkan kecederaan tersebut.

Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, dekat sini, Dr Abdul Karim Tajudin, 61, pula berkata terdapat 34 kesan kecederaan di tubuh badan mangsa termasuk kesan cubit atau dipulas di bahagian tundunnya.

Abdul Karim menambah, kesan lebam yang diakibatkan oleh pukulan didapati pada bahagian punggung manakala kesan seperti tumbukkan di bahagian belakang badan.

Selain itu, Aaliyah yang hanya seberat 10.58 kilogram juga patah dua tulang rusuk sebelah kiri, ditumbuk di mulut, digigit pada bahagian tangan, ditampar dengan kuat di telinga dan tangannya digenggam atau dicengkam dengan kuat.

Mangsa juga cedera di bahagian dahi dan terdapat darah beku di bawah kulit kepala serta keadaan kuku yang kebiruan menunjukkan kekurangan oksigen dalam darah. -mstar


"Dacing Berat Sebelah" Kata Gerakan.

Posted: 04 Dec 2010 05:08 AM PST

Gerakan: Bubar komponen BN, tubuh parti tunggal

Timbalan presiden Gerakan, Chang Ko Youn (gambar) berkata membubarkan parti-parti komponen BN adalah langkah pertama bagi menamatkan politik perkauman di negara ini.

"Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini.

"Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya," kata Chang.

Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.

"Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja.

Dacing berat sebelah

"Ini akan menjadi satu lompatan besar ke arah politik bersatu rakyat Malaysia," katanya semasa menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan, pagi ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, pula tidak memperdulikan kata-katanya dengan terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.

"Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil," katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya "diboloti oleh satu atau dua parti sahaja
".

"BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?" soalnya.

Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu "proses pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai "menjalani pemeriksaan badan yang lengkap".

"Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno) bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus dengan pemilihan sendiri.

"Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti jika tidak ada pemilihan diadakan?

"Jadi bagi mencergaskan semula dan memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada pemilihan dan tidak menundanya," kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula.

Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan. -mk

Bas Wanita: Kenapa Ragu Untuk Akui Kebaikan Islam?

Posted: 04 Dec 2010 03:25 AM PST

Bas khas wanita tempelak ejekan

Pelbagai pihak, termasuk PAS, mengalu-alukan langkah terbaru Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) memperkenalkan bas khas untuk penumpang wanita di beberapa laluan sekitar ibu negara.

Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan langkah itu tepat pada masanya dan amat sesuai dengan senario semasa di mana ramai penjawat awam dan swasta dari kalangan wanita menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi balik ke pejabat.

Pengasingan pengangkutan mengikut gender tidak syak lagi menghindari mereka daripada sebarang kemungkinan menjadi sasaran gangguan seksual, terutama tatkala bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Difahamkan perkara itu memang menjadi antara dorongan pihak Bas RapidKL memperkenalkan bas khas itu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, pihaknya kerap menerima aduan daripada pengguna terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah kepada gangguan seksual.

Justeru, katanya, perkhidmatan khas itu bertujuan memberi keselesaan dan memastikan keselamatan penumpang wanita ke destinasi masing-masing.

Untuk itu, katanya, tempoh percubaan perkhidmatan itu dilaksanakan sebulan bermula Rabu. Ia melibatkan tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81 (Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8 (Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni).

"Tahniah atas perkhidmatan bas Rapid KL khusus untuk wanita. Satu peningkatan yang terpuji dan akan memberi faedah yang banyak kepada kaum wanita. Teruskan usaha-usaha baik ini," demikian pula reaksi Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, sepertimana dipetik Harakahdaily.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan langkah itu sebagai bijak dan mesra wanita sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum hawa.

"Saya percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah seperti jenayah seksual, ragut dan sebagainya," kata ketuanya, Nasrudin Hassan.

Meski pun langkah terbaru di sektor pengangkutan awam negara itu wajar dialu-alukan, bahkan dianggap tepat pada masa, penulis sendiri merasakan ia agak ketinggalan. Pendekatan sebegitu sepatutnya telah dilaksanakan lama dulu.

Kalau lah tidak kerana sikap negatif khalayak penguasa negara terhadap apa juga pendekatan dan langkah pembaharuan diperkenalkan pemerintahan negeri diterajui PAS, nescaya sudah banyak pemurnian sebegitu berlaku dalam pelbagai sektor hidup masyarakat kita.

Malangnya, disebabkan kongkongan sentimen politik kepartian yang terlalu tebal, Barisan Nasional (BN) diterajui Umno yang menguasai kerajaan Pusat sering menilai setiap langkah atau pembaharuan diperkenalkan parti lawan secara serong.

Selaku penguasa ke atas segenap saluran media dan sebaran am, BN juga tidak memberi ruang dan peluang untuk PAS memperjelaskan kemurnian sesuatu langkah diperkenalkannya, terutama di Kelantan dan Terengganu suatu ketika dulu.

Lalu khalayak umum dibiarkan tanpa maklumat tepat mengenai pembaharuan berkenaan. Bahkan, ada ketikanya mereka tergamak mempersenda sesuatu keputusan dibuat kerajaan pimpinan PAS, walau pun yang dipersendakan itu sebenarnya memang bertepatan dengan suruhan agama Islam.

Memburukkan keadaan, para penjuak BN dan kalangan yang tidak ada pemahaman yang jelas mengenai hukum dan peraturan Islam ikut menambahkan kekeliruan. Tafsiran dan ulasan mereka, yang ada ketikanya tersasar jauh dari hakikat letakduduk perkara, menyebabkan persepsi negatif terhadap Islam semakin membukit.

Pengalaman PAS memperkenalkan beberapa peraturan Islam di kesempatan memerintah dua negeri di Pantai Timur itu banyak berdepan ejekan dan persendaan, terutama para pendukung BN.

Di antara peraturan yang menjadi bahan momokan mereka ialah usaha PAS memperkenalkan pengasingan gender di tempat awam. Ia termasuklah mewujudkan tempat duduk berasingan bagi wanita dan lelaki bukan mahram sama ada di majlis, perhimpunan umum atau pawagam.

Begitu juga kaunter berasingan mengikut gender di pasaraya dan gedung beli-belah. Salon unisex juga ditiadakan dan dipastikan pekerja wanita hanya melayan pelanggan wanita, begitulah sebaliknya.

Usaha menguatkuasakan peraturan itu dipersendakan khalayak yang mengaku Islam sendiri. Sebilangan mereka bersuara membantah atas nama perjuangan kebebasan hak wanita. Kononnya peraturan sebegitu menggambarkan persepsi serong terhadap kaum Hawa, terutama dikaitkan dengan subjek seks.

Ada juga cerdik pandai yang menganggap usaha PAS melaksanakan pengasingan gender di tempat awam sebagai kerja remeh-temeh dan tidak perlu diutamakan.

Malah ada pengulas di media tergamak mempersenda usaha memperkenalkan peraturan sedemikian. Ada yang sangat nakal menelah kononnya pemimpin PAS merasa perlu diwujudkan peraturan pengasingan itu kerana mereka terlalu memikirkan soal seks sehingga sukar menahan nafsu bila bergaul dengan wanita.

Ada pula secara sinikal mengandaikan, berdasarkan peraturan dibuat kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu itu, maka ditakdirkan parti itu berjaya memerintah Malaysia, nanti semuanya akan dibuat pengasingan mengikut gender.


"Nanti akan ada teksi khas untuk wanita sahaja, bas untuk wanita, keretapi untuk wanita, dan besar kemungkinan kapalterbang pun khas hanya untuk penumpang wanita saja," ujar mereka penuh senda.

Maha Benar Allah Ta'ala dengan janjinya bahawa kebenaran itu, meski pun kelihatan tidak berdaya atau dipersenda, akan tetap menguasai suasana walau pun ia mungkin memakan masa. Sebaliknya, kebatilan itu biar pun kelihatan elok dan gagah akan runtuh dan lenyap.

Kini terbukti persendaan itu telah menjadi kenyataan. Kita telah diperkenalkan dengan bas khas untuk wanita, sebelum pun sempat PAS menguasai Putrajaya.

Langkah ini malah bukan yang pertama seumpamanya. April lalu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan komuter khas untuk golongan wanita bagi menjamin keselamatan dan keselesaan mereka.

Ada pun teksi khas untuk wanita bukan perkara sukar diwujudkan. Perkhidmatan serupa sebenarnya telah diperkenalkan beberapa negara termasuk Rusia, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Brazil, Mexico, Iran dan India sejak awal 2007.

Indonesia pula mendahului negara lain melancarkan perkhidmatan bas eksklusif untuk wanita, juga pada 2007. Manakala sebuah syarikat penerbangan Jepun pada tahun sama memperkenalkan pengasingan tempat duduk wanita dan lelaki dalam pesawat-pesawatnya.

Mereka mungkin tidak melaksanakannya di atas dasar memenuhi tuntutan Islam, tetapi atas hasrat mengelakkan gangguan seksual.

Namun, apa salahnya alang-alang kita juga berhasrat berbuat serupa, mengapa tidak diperbetulkan niat atas tujuan menuruti suruhan agama? Kenapa takut mengakui bahawa ajaran Islam itu memang membawa kebaikan untuk manusia? -harakahdaily

Berita Sebelum Ini

Bas Wanita: Langkah Wajar Yang Terpuji

Esok, Sejarah Himpunan ISA Bakal Berulang

Posted: 04 Dec 2010 01:30 AM PST

Protes air Pakatan, GAPS anti-Selangor esok ulangi himpunan ISA 2009?

Pemimpin GAPS berarak untuk menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor di Shah Alam petang semalam. — Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Pertembungan dua kumpulan yang bercadang menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di sini esok dilihat sebagai ulangan peristiwa himpunan anti-ISA dan pro-ISA yang diadkaan di ibu negara Ogos 2009.

Namun kali ini membabitkan dua kumpulan yang dinamakan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) manakala kumpulan satu lagi adalah kerajaan Selangor yang menganjurkan demonstrasi dan perarakan menentang kenaikan harga air di negeri itu — dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

GAPS, gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pula akan menyerahkan memorandum berhubung penyelewengan yang berlaku di Selangor yang kini di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kedua-dua kumpulan ini boleh dibezakan dari aspek pemakaian yang mana GAPS akan memakai baju berwarna hitam manakala kerajaan Selangor ataupun boleh dikenali sebagai kumpulan antikenaikan harga air akan memakai baju berwarna merah.

Penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memastikan semua penyokong yang menyertai perarakan berkelakuan baik dan tidak termakan dengan provokasi yang mungkin akan dilakukan GAPS.

"Kepada penyokong saya minta supaya mereka bersabar, berdisiplin, mengikut arahan dikeluarkan, jangan berkelakuan tidak elok dan jangan termakan dengan provokasi yang dibuat pihak satu lagi.

"Memang tujuan mereka (GAPS) untuk buat provokasi tapi biarlah. Kita buat kerja masing-masing, tapi saya anggap mereka ini salah siaran bila nak serahkan memorandum pada hari yang sama dengan kerajaan negeri.

"Bagi saya lebih baik mereka balik sahaja, tidak perlu buat kacau di sana,"
katanya.

Beliau berkata, semua penyokong akan berkumpul di Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor dan solat hajat sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum yang akan diketuai Khalid.

Tambah Badrul Amin, dijangkakan seramai 20,000 orang terdiri daripada Exco kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jentera parti Pakatan Rakyat, ketua-ketua kampung, mahasiswa dan orang ramai akan menyertai perarakan itu.

"Respons sehingga hari ini amat hebat, kita anggarkan 20,000 orang akan menyertai perarakan ini," katanya.

Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir dalam kenyataannya hari ini menyeru semua rakyat Selangor untuk bersama-sama mengiringi Khalid untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Bagi PAS Selangor saya ingin menyeru seluruh ahli dan penyokong parti serta rakyat negeri ini agar bersama mengiringi Menteri Besar Selangor dan barisan Exco kerajaan negeri dalam menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Ahad ini (esok).

"Penyerahan memorandum secara aman kepada Yang di-Pertuan Agong itu nanti akan merupakan simbol kesepaduan rakyat negeri Selangor dan rakan-rakan di Wilayah Persekutuan dalam menutut agar bekalan air di negeri ini dikembalikan kepada rakyat melalui kerajaan negeri.

"PAS Selangor yakin rombongan secara aman itu akan berjaya melaksanakan tugas mereka dan mengharapakan tidak ada mana-mana pihak yang mencetuskan provokasi atau gangguan sehingga menggagalkan hak bersuara rakyat dalam negara yang mengamalkan demokrasi ini," katanya.

Beliau berkata respons positif daripada rakyat Selangor akan membuktikan keprihatinan rakyat bahawa mereka mahu agar pengurusan air diserahkan kembali kepada kerajaan negeri pimpinan Khalid.

"Penyerahan semula pengurusan air kepada kerajaan negeri akan menjamin pengurusan yang lebih efisyen di samping terus menikmati 20 meter padu pertama air percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Ketika ditanya mengenai permit, Badrul Amin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada polis tetapi sehingga kini masih tiada jawapan.

"Kita sudah beritahu polis dan juga pegawai istana yang akan menunggu kita untuk menyerahkan memorandum tersebut.

"Selain itu, saya juga minta supaya polis dapat bekerja dengan profesional ketika perarakan ini diadakan," katanya.

Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin pula berkata, pihaknya masih belum menetapkan waktu perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.

Langkah itu menurut Hamidzun, adalah untuk mengelakkan pertembungan di antara penyokong GAPS dan penyokong kempen kenaikan harga air di Istana Negara.

"Ini bukan pertempuran. Kita adalah masyarakat yang bertamadun di Malaysia," katanya yang masih belum menetapkan masa untuk perhimpunan tersebut.

"Saya harap kalau mereka boleh buat pada sebelah pagi, kita buat pada sebelah petang. Kalau mereka buat lepas sembahyang Zohor mungkin kita buat lepas sembahyang Asar. Tapi kalau boleh lagi cepat lagi bagus.

"Yang penting, kita ingin menyampaikan hasrat ini tentang 30 perkara penyelewengan kerajaan Selangor," katanya. Menurut Hamidzun, GAPS akan berkumpul di Masjid Jamek terlebih dahulu sebelum ke Istana Negara.

"Kita bercadang untuk berkumpul di Masjid Jamek secara aman, mungkin selepas bersolat kita akan buat keputusan menyerahkan memorandum pada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Ketika ditanya mengenai larangan polis supaya tidak mengadakan perhimpunan pada hari itu, Hamidzun berkata, ini adalah negara bebas dan demokrasi sambil menjelaskan hak untuk berkumpul termaktub dalam Perlembagaan.

"Hak untuk berkumpul itu ada, tapi pada masa yang sama kita akan menghormati undang-undang lain. Kita akan berhubung dengan pihak keselamatan dan polis nanti.

"Kita sebenarnya tidak bercadang untuk mengadakan perarakan kerana yang penting memorandum harus disampaikan pada Yang di-Pertuan Agong walau apa cara sekalipun," katanya.

Sementara itu, polis mengingatkan orang ramai di sekitar Lembah Klang agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana penganjur tidak memiliki permit untuk berbuat demikian.

Justeru, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.

"Perhimpunan itu akan disertai dua kumpulan yang akan berarak dari Masjid Negara dan Stadium Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan ke Istana Negara.

"Polis juga percaya ada pihak-pihak tertentu terlibat menggalakkan orang ramai menyertainya," katanya.

Justeru katanya, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 berkenaan perhimpunan tanpa permit. -TMI

Ulasan GB

Dengan pengumuman kenaikan harga minyak, diesel, gula dan gas malam tadi, perhimpunan ini dijangka akan mendapat sambutan dari rakyat.

Tiada ulasan: