Ahad, 5 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kandungan Memo Kepada Agong

Posted: 04 Dec 2010 11:47 PM PST


Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,


Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS"), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.

Polis Terus Mengganas Ramai Ditangkap

Posted: 04 Dec 2010 11:37 PM PST

Kira-kira 47 penyokong baju merah ditahan manakala yang lainnya 'berlindung' di dalam Masjid Negara apabila polis menyerbu untuk menyuraikan kira-kira 2,000 penyokong perhimpunan bantahan kenaikan harga air di Selangor.

Menurut ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, 32 orang dibawa menaiki trak pertama manakala 15 lagi dibawa menaiki trak kedua.

Mereka ditahan selepa kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila penyokong baju merah itu enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung.

Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air.

Memo Kepada Agong - Foto Sekitar Masjid Negara

Posted: 04 Dec 2010 11:24 PM PST













Polis Iringi Perarakan Baju Merah Dengan Gas Pemedih Mata

Posted: 04 Dec 2010 10:36 PM PST

Penyokong baju merah sedang berarak menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak sekurang-kurangnya dua gas pemedih mata ke arah mereka.

Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara.Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak

Berikutan itu, sebahagian peserta meneruskan perarakan dan berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air di hadapan stesen lama KTM.

Manakala yang lainnya kelihatan berpatah balik ke arah Masjid Negara.

Difahamkan juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.


Sebelum itu, Khalid membaca kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kemudiannya, penyelaras perhimpunan tersebut, Badrul Amin memberitahu yang menteri besar Selangor itu akan diiringi polis ke Istana Negara.
Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi tadi.

Sehingga jam 1 tengahari tadi, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.

Mereka dilihat membawa plakad bertulis 'kembalikan hak rakyat', 'tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'.

Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.

Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Serah Memo Kepada Agong - Antara Dua Darjat

Posted: 04 Dec 2010 09:05 PM PST

Demo air baju merah: Dr Nasir, Arutchelvan ditahan

Presiden PSM, Dr Nasir Hashim dan setiausaha agungnya, S Aruthcelvan antara tiga orang yang ditahan kerana didapati memakai baju merah.

Mereka ditahan pada kira-kira jam 11.30 pagi di sekitar KL Sentral.

Ketika ditemui, Nasir memberitahu Malaysiakini: "Saya tak pasti (ditahan). Polis halang saya (bergerak) sebab pakai baju merah."

Apabila dihubungi setengah jam kemudiannya, Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara mengesahkan mereka ditahan dan dibawa ke balai polis Petaling Jaya.

"Mereka kata ianya perhimpunan haram. Tapi kami hanya tiga orang sahaja," katanya.

Perhimpunan baju hitam selesai, selamat serah memo pada Agong


Kira-kira 200 penyokong Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) mula berhimpun di Stadium Merdeka mulai jam 11.50 pagi ini.

Manakala pihak polis memberi mereka tempoh sehingga jam 12.10 tengahari ini untuk bersurai.

Mereka yang berkumpul itu kebanyakannya wanita dan golongan muda.

Mereka yang berpakaian hitam itu melaungkan `1Malaysia' dan 'Daulat Tuanku'.

Mereka merancang untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mengandungi dakwaan penyelewengan oleh Kerajaan Pakatan Selangor.

Pengerusi Gaps, Hamidzun Khairuddin yang tiba kira-kira jam 12 tengahari, memberitahu bahawa mereka sedang berunding dengan pihak polis sama ada dibenarkan berarak ke Istana Negara.

Baju Hitam klik di sini

Perkasa Nafi Tak Ada Telor

Posted: 04 Dec 2010 08:58 PM PST

Serah memo: Pemuda Perkasa tidak sertai GAPS hari ini, nafi boikot



Malaysia Insider

Kamilah Penyamun Di Dalam Ini Negeri

Posted: 04 Dec 2010 05:39 AM PST

Takziah Buat Pak Bakaq Sekeluarga

Posted: 04 Dec 2010 05:11 AM PST

BERITA SEDIH.

ANAK PAK BAKAQ [BLOGGER PENARIK BECA] YANG BERUMUR 16 TAHUN, MENINGGAL DUNIA BARU SEKEJAP TADI. SUDAH HAMPIR SEBULAN BERADA DI HKL KERANA SAKIT JANTUNG.

DOAKAN DIA DARI KALANGAN ORANG YANG SOLEH, DAN MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH DI AKHIRAT KELAK.. AMIN !!!!

ini SMS dari Pak bakaq;

"Tolong doa [agar] Allah ampunkan anak saya, dia dah tidak ada"

Al-Bakistani

Bloglist Malaysia mendoakan semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin..

Agong Beri Lampu Hijau.. Polis Macammana Pulak?

Posted: 04 Dec 2010 03:44 AM PST

Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

Lagipun, katanya perhimpunan itu terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.

"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.

"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.

"Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis," kata Badrul Hisham ketika dihubungi.


Beliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.

"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.

"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu," katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS.

"Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." kata beliau di siaran TV Selangor di Shah Alam hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

Kaduk Naik Junjung

Posted: 04 Dec 2010 01:45 AM PST


Tahan Wan Azizah ikut ISA - Mujur mangkuk ni bukan menteri keselamatan dalam negeri. Jika tidak habis semua dengan lembu sekali dia masukkan ke dalan ISA.. Mkini

Tiada ulasan: