Rabu, 8 Disember 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kali Ini Aku Nak Sokong Najib

Posted: 08 Dec 2010 10:51 PM PST

Assalamualaikum dan salam blogger,Tadi saya terbaca satu berita kat bernama pasal satu kenyataan Najib yang sangat -sangat betul walaupun keluar dari mulut seorang Najib,keh keh keh.
maka kali ini saya ingin mengumumkan saya menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Najib.Tapi saya sedikit kecewa kenapa kenyataannya tidak sama dengan tindakannya.

Ini kenyataannya yang dilaporkan oleh Bernama.
Masyarakat Harus Promosikan Islam Secara Bersungguh-Sungguh - PM
8 Disember -- Perdana Menteri berkata masyarakat harus mempromosikan Islam secara bersungguh-sungguh dan memperkenalkan Islam yang betul kepada dunia.

Datuk Seri Najib berkata masyarakat dunia tidak perlu takut dan bimbang atau fobia terhadap Islam kerana agama itu tidak jahat dan tidak ganas, seperti yang dicatatkan dalam perlembagaan tertinggi Islam iaitu Al-Quran.

Perdana menteri turut menyeru umat Islam supaya menguasai media untuk perbetulkan persepsi masyarakat dunia bahawa Islam sebenarnya merupakan agama yang betul, indah, menarik.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan stesen televisyen Islam pertama negara, TV al-Hijrah di kompleks Pusat Islam di ibu negara malam tadi.


tapi ini tindakannya selama ini
Upacara puja Patung di hari pahlawan
Membiarkan Isterinya hina islam
macamni ke cara Islam yang betul??


-Kenyataan menghina Islam-



20hb April 1983 kepada para wartawan:  "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan."

Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

Dakwaan Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo atas perlakuan bertentangan dengan ajaran Islam. Rujuk akuan bersumpah berikut : atau (klik di sini akuan 1, akuan 2)

Klik untuk besarkan gambar


-ijoks2009-
Ikut apa saya kata ,jangan ikut apa saya buat,macam pernah dengar ayat tu kan.hehehe


Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

7 Wasiat

Posted: 08 Dec 2010 03:15 PM PST

- Pesanan Ulama' -

PhotobucketIbrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Wallahualam.

Sumber www.isuhangat.blogspot.com

Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat.
saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah..
Maklumat lanjut klik disini

Cari N3 lama-lama disini

Tokguru sakit Tenat??

Posted: 08 Dec 2010 04:05 AM PST

Mungkin dah kemaruk (biasa) sangat dengan cerita fitnah, sampai Tok Guru sakit pinggang pun dikatakan Tok Guru nazak...

Tak cukup dengan itu dilontanya kata2 keji supaya cepat mati dan sebagainya..ini cara 'ketuanan melayu' ajar?..sebelum ini punyalah tunjuk 'alim..



Peliknya, dalam blog2 pro-Umno duk sibuk dengan berita fitnah tok guru sakit, tiba2 sebuah blog Umno, Ruang Bicara Faisal pula menjaja fitnah dalam bentuk yg lain..kali ini, difitnahnya Tok Guru berlakon sakit...


(Fitnah bertali arus dikalangan blog2 pro Umno..mungkin utk mengejar ranking blog..)

-Berita sebenar-
KOTA BAHARU: Khabar angin kononnya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini tenat di hospital adalah tidak benar dan beliau hanya mengalami sakit di bahagian pinggang, kata anak keduanya, Nik Omar.

"Ayahanda saya sihat, Alhamdulillah…kesan balik Makkah menunaikan haji ayahanda mengadu sakit di bahagian pinggang sahaja.

"Alhamdulillah (beliau) boleh ke masjid dan sembahyang berjemaah (tetapi) dalam keadaan duduk," katanya kepada pemberita di rumah Menteri Besar itu di Pulau Melaka di sini hari ini.


(Gambar ceria Tok Guru ketika menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah oleh KDYMM Sultan Muhammad V kelmarin..)

Nik Aziz bagaimanapun tidak menemui pemberita kerana sedang diurut.

Pada pukul 12 tengah hari, beliau dibawa ke Hospital Pakar Perdana di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mursyidul Am PAS itu sempat menunjukkan isyarat bagus kepada jurugambar ketika berada dalam kenderaan yang membawanya itu.

Beberapa blog sejak semalam melaporkan bahawa Nik Aziz tenat dan dimasukkan ke sebuah hospital di sini untuk rawatan.

Ini kerana beliau tidak hadir pada beberapa upacara rasmi, terbarunya malam tadi, bagi merasmikan pengisytiharan Majlis Daerah Ketereh sebagai Majlis Perbandaran Islam.

Nik Omar berkata masalah kesihatan ayahnya sebenarnya juga tidak mengganggu urusan kerajaan negeri.

"Kalau bercuti pun ayahanda tetap ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa tugasnya," katanya.

Nik Omar berkata sebagai anak beliau lebih mengetahui masalah kesihatan yang berlaku terhadap bapanya itu.

"Tak perlu sampai nak menerima rawatan di hospital sebelum ini. Kalau demam tu lainlah dan ini cuma sakit orang tua. Dan mengenai blog yang mendakwa ayahanda sakit tenat itu sayapun tak baca lagi," katanya.

Nik Aziz, 79, menjadi Menteri Besar sejak 1990 dan pernah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara beberapa tahun lalu-Bernama- 
Sumber : http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com


Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Permohonan Maaf

Posted: 08 Dec 2010 02:25 AM PST

Assalamualaikum,salam blogger.
Akhir-akhir ini saya tak dapat mgupdate blog macam selalu disebabkan masaalah line streamyx yang selalu brake down.oleh kerana itu juga saya tidak dapat membuat kunjungan balas pada teman-teman blogger yang mengunjungi blog ini.Segala kesulitan amat dikesali...

Disebabkan masaalah keewangan saya juga terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat.
saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah..
Maklumat lanjut klik disini


Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: