Jumaat, 3 Disember 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Maklumat Untuk Muslim (Penting!)

Posted: 03 Dec 2010 05:48 PM PST

Assalamualaikum dan salam blogger bagi yang belum memasuki dunia persaudaraan Islam.
Dalam hidup kita sehari-hari ,bermacam cubaan dan ujian yang kita hadapi kadang-kadang menyebabkan kita jadi lesu tidak bermaya dan bersemangat.namun sebagai orang islam kita masih ada Allah tempat bermanja dan mengharapkan bantuan.

hari ini saya nak berkongsi sedikit tips dengan pembaca tentang satu cara menghilangkan stress melalui solat yang saya belajar dari seorang ustaz muda yang pernah berguru dari beberapa orang guru pondok di kelantan sebelum dia ke mesir.

Caranya ialah dengan solat sunat 4 raakat satu salam,tanpa tahiyat awal.(Setiap solat hajat yang 4 rakaat memang tak perlu tahiyat awal).Setiap rakaat dibaca surah Al-Ikhlas(Qulhuallahuahad).-baca sampai habis.jgn Qulhuallah saja,hehehe-
Rakaat pertama selepas baca Al-fatihah, baca surah tu 40 kali.
rakaat kedua 30 kali
rakaat ke tiga 20 kali
rakaat keempat 10 kali.
Semua sekali seratus bacaan.

dan seelok-eloknya semasa bacaan alfatihah ,bila sampai pada ayat "iyyakana'bud wa iyya ka nastain"(pada engkaulah kami mengabdikan diri dan pada engkaulah kami memohon pertolongan)berdoa dalam hati secara ringkas jangkamasa setu tarikan nafas.jagan lama sangat nanti putus bacaan fatihah.tak perlu mukadimah doa terus je sebagai contoh doa bujang susah "ya Allah ya tuhanku kurniakanlah pada aku seorang LAGI isteri solehah untuk teman hidupku"

Jika anda ada apa-apa hajat yang besar elok sangatlah buat solat hajat 100 qul ini selama 3 malam berturut-turut.saya cadangkan kita sama-sama buat untuk kemenangan Islam dan pejuang-pejuangnya dalam pilihanraya nanti.

Apa sumbangan kita untuk martabatkan Islam di malaysia,kita puasa itu untuk kita secara peribadi.Kita kemekah buat haji dan umrah tiap-tiap tahun,itu amalan peribadi.pahala untuk kita.nak berjuang takut kena tukar.nak derma takut budget kurang.

Satu je cara yang kita boleh buat ialah dengan doa dan solat hajat.kalau itupun malas nak buat.Apa yang kita nak jawab depan Allah nanti bila kita ditanya apa yang kita buat untuk menegakkan Islam di malaysia yang makin hari makin terhakis dan dianaktirikan.

Blog ini untuk di lelong klik pada gambar


Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: