Isnin, 6 Disember 2010

Era Pasca

Era Pasca


PECAH BERITA - BN LUMPOH!!! TAK JADIK PILIHAN RAYA LA TU!

Posted: 06 Dec 2010 12:48 AM PST

Betul aku cakap! BN LUMPOH.... Pasai apa lumpoh? kompem la pasai dok mentekedarah duit orang banyak sangat... sikit-sikit dah lah.. wakaka

Aku rasa dengan berita ini Najib nak buat PRU kene tangguh jugak lah... tangguh macam nak buat Perhimpunan Agung Umngok... kahkahkah

lantaklah korang... sendiri carik nahas sendirik tanggung...

kahkahkah... camni nye katun pun ada... cerita katun nih mungkin terjadik di Sabah serawak akan datang... kahkakhah

klik SHOW untuk baca berita...




SAPP keluar BN bukan kerana merajuk
Mon, Dec 6, 2010Dalam Negeri
Oleh: Mail Mathew


KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN kerana tidak sanggup melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam kepimpinanan BN, kata Timbalan Presiden sapp, Datuk Eric Mojimbun.
Tegasnya, teguran yang dibuat oleh parti-parti kecil dalam BN khususnya, SAPP, langsung tidak diambil peduli oleh mereka, walaupun tujuan SAPP adalah ikhlas demi melihat kelangsungan pentadbiran dan kepimpinan BN menuju ke arah landasan yang betul.

"Kita bukan merajuk tetapi tindakan kita mahu menyelamatkan rakyat dan negeri ini dari terus menuju kemunduran yang berterusan, kerana kita dalam 47 tahun bersama membentuk Malaysia hak asasi kita mengikut dalam Perlembagaan terus terbiar, maksudnya kita rakyat Sabah terus dibelenggu kemiskinan," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis induksi ahli-ahli baru SAPP kawasan Kemabong di Hotel Perkasa dekat sini pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Frankie Chong Yu Chee, mantan Menteri Kewangan semasa kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Ahli Majlis Tertinggi Steven Gaimin dan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman, Rudy Sulaiman Mairi.

Eric seterusnya menegaskan bahawa selagi kepimpinan SAPP masih berada dalam BN selagi itu hak parti itu bersuara lantang untuk menyuarakan sesuatu perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat khususnya di Sabah tidak digalakkan malah dilabel sebagai menentang dasar perjuangan kerajaan BN.

Tegas beliau, SAPP tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap kelibat segelintir pemimpin bersifat kuku besi Kuala Lumpur berhubung penyelesaian masalah pendatang asing tanpa izin (PATI), kad pengenalan palsu, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa sehingga sehingga kini masalah tersebut masih tergantung.

"Perjuangan SAPP semata-mata untuk membela rakyat Sabah dalam usaha mahu memertabatkan bangsa dan maruah negeri selain meningkatkan taraf hidup rakyat dengan harapan lambat laun rakyat akan terkeluar daripada kepompong kemiskinan," tegas Eric.

Eric yang juga Ahli Parlimen Sepanggar seterusnya menegaskan, bahawa agak malang sekali laporan media baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila Bank Dunia mengatakan Sabah merupakan negeri yang termiskin di Malaysia.

"Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya, siapa lagi kalau bukan tindak tanduk pemimpin pemimpin Umno di Semenanjung yang suka membazir dan menggunakan peruntukan yang berlebihan untuk kroni-kroni mereka tetapi tidak sampai kepada sasaran tepat. Siapa yang menjadi mangsa? Sudah tentunya kita di Sabah kerana pembangunan tidak sampai.

Kalau sampai pun lambat," tegas beliau dengan nada kesal sambil merujuk beberapa kawasan di pedalaman yang penduduknya merungut kerana jalanraya rosak terok tidak dinaik taraf malah rakyat mendakwa setiap hari bergelut dengan lumpur.

Terdahulu, wakil peserta Induksi Kemabong yang juga mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kemabong Saul Salleh yang telah menyertai SAPP sebulan lalu berkata, beliau tidak sanggup lagi bersekongkol dengan perjuangan Umno yang sering dicurigai rakyat keikhlasannya terhadap membangunkan kawasan di situ.

Katanya, cukuplah Umno bertapak di situ selama empat penggal namun untuk meneruskannya sudah tidak ada kemungkinan lagi kerana mereka telah muak dengan kelibat buruk kepimpinan Umno selama ini ibarat pepatah ada mengatakan "Bertuan di mata, ber 'Raja' di mulut dan ber 'Sultan' di hati".
Sebaliknya tegas Saul, rakyat jelata di peringkat akar umbi sudah faham dengan jelas bahawa mereka (rakyat) memerlukan perjuangan sebuah parti tempatan seperti SAPP kerana hanya parti tempatan sahaja yang mengerti masalah rakyat di Sabah dan mampu menyelesaikan masalah mereka.

GAPS (Gerakan Anti Penyelewengan Selangor) perdajal KHIR TOYO

Posted: 05 Dec 2010 10:46 PM PST

sape tak tau cerita pasai GAPS yang baru ditubuhkan tak sampai seminggu kendian membuat satu perARAKkan secara haram dengan jaminan keselamatan oleh Polis untuk menghantar Memorandum kepada Agung.... semua orang tau citer.. mana tak tau nya citer macam citer pak Kadok.. kahkahkah... 

Seramai 50++ orang telah berjaya menghantar memorandum bukti-bukti penyelewengan Selangor terkumpul selama seminggu GAPS ditubuhkan..kahkahkah baru tubuh jer... tapi bukan itu aku nak cerita... tak sampai seminggu jugak selepas memorandum di hantar, pihak SPRM yang terkenal ngan balacinya pada UMNO tetiba dakwa KHIR TOYO dalam isu rumah tangga bango Wak Khir... gile Cepat... kahkahkah

Sape yang tau isik memorandum PERKASA/GAPS? mereka gi perdajai Wak Khir aku rasa... Wak Khir yang selama nih kebal tetiba lepas GAPS antar Memoerandum terus kene dakwa... kahkahkah bagus-bagus... kahkahk

anyway 2-2 depa (GAPS ngan KHIR) memang takleh pakai... Drama ngan Katoon kuat... kahkahkah

gagah macam katon... Sampin dia tu kalau aku pakai 3kali lilit kut... kahkahkah WIRA taik kucing...

berita Wak Khir pulak berbunyik camnih... cambiase tekan show... ok bebeh!

Apa Sudah Jadi??? Mana Geng Songkok Tinggi?? Satu Lagi Pilihanraya Kecil?? Kah Kah Kah...

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo akan dikenakan tuduhan di Shah Alam hari ini berhubung isu pembelian dua lot tanah, dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah banglo ketika menerajui kerajaan negeri.

Beliau dijangka akan tuduh membeli dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau.

Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.

Dua tahun lalu Dr Khir (gambar) didakwa oleh Pakatan Rakyat membina "istana" di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta.

Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas — yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni — didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsuddin juga akan dikenakan tuduhan hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Khir ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Dr Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dr Khir menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.

LAGI GAMBAR BUKTI UMNO DAYUS!

Posted: 05 Dec 2010 08:48 PM PST

ini negara-negara pengeluar minyak.. nak kata apa wei!?
ini 30May 2008, sekarang pun tak naik-naik lagi.. MESIA dari 2008 - 2010 berapa kali naik weh!?

mari tanya mereka ape kes?

BERIKUTAN DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG PIHAK PERHILITAN TELAH MENGENAL PASTI 3 EKOR MONYET INI ADALAH DALANG UTAMA DALAM ISU TERSEBUT..WALAU APA PUN YANG DIBANTAH OLEH RAKYAT...KE TIGA-TIGA EKOR MONYET INI MENGAMBIL LANGKAH

1. MEMEKAK KAN TELINGA
2. MEMBUTAKAN MATA
3. MEMBISU DAN MENGAUTA ISU TERSEBUT

WALAU APA PUN YANG TERJADI..MEREKA TETAP MENDAPAT SOKONGAN KUAT DARI WARGA HUTAN KHUSUSNYA.....ITULAH KEKUATAN MEREKA...

PECAH BERITA: sayfool kini dah jadik HJ SAYFOOL...

Posted: 05 Dec 2010 07:42 AM PST

Hj Sayfool sedang bergurau senda.. wakaka

kahkakhah orang balik hj cerita lah cerita keinsafan yang dapat dari Mekah, ini tak! ada pi cerita dia bersumpah mubahalah di MEKAH... kalau camtu nye kes.. senang perompak ngan perogol kat arab... lepas romak rogol... g sumpah "sumpah aku tak buat"... wakaka ingat camtu leh lepas? kalau itu macam kes baik tak payah ada Hakim kat dunia nih... 

tak payah ALLAH cipta hukum... mudah saja orang yang nak pedajai PM negara dia... g Mekah sumpah mubahalah kata die di rogol PM negara dia... abih cerita... wakakak

baca kat sini.. klik Show

aku petik dari agenda daily yg dimiliki oleh UMngok Altantunya...

tajuk depa tulis: Mohd Saiful mengaku di Mekah kejadian liwat...

Masih ingat Muhabalah atau sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008?.

Ekoran itu pelbagai tohmahan serta tuduhan dilemparkan sesetengah pihak malah juak-juak penyokong Anwar menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Tambahan pula angkat sumpah itu berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Malah pemimpin PAS yang sudah bersekongkol dalam pakatan rakyat turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi macam-macam alasan termasuk kaedah sumpah Mohd Saiful memegang al-Quran juga tidak tepat, bahkan Mohd Saiful dianggap bodoh berbuat demikian.

Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu.

"Ia suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 sebelum ini.

Ada menganggap kes itu menyamai zina dan perlu diadili di Mahkamah Syariah.

Kerana kes itu juga, pegawai Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi diusung PKR berkempen ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan kenyataan beliau hanya diarah hadir ke majlis itu bagi menyempurnakan angkat sumpah Mohd Saiful di hadapannya. Justeru itu semakin ramai terutama mereka yang taksub kepada Anwar tidak mempercayai kebenaran sumpah laknat Mohd Saiful.

Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam.

Cerita ini sengaja Agendadaily timbulkan semula selepas mendengar Mohd Saiful ada mengaku kejadian tersebut memang menimpannya.

Lebih menarik pengakuan itu dibuat di Mekah, ketika beliau menunaikan haji ke tanah suci baru-baru ini.

Mohd Saiful dijangka pulang ke negara dalam masa beberapa hari ini.

Menurut maklumat diperolehi, Mohd Saiful kebetulan bergerak bersama-sama rombongan jemaah dari Johor.

Sudah tentu ada antara mereka mengenali beliau selepas pengakuan itu tambahan pula kes dakwaan liwat terhadap Anwar di mahkamah belum berakhir.

Barangkali kerana ragu dengan pelbagai cerita fasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, ada antara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu.

Mohd Saiful dalam menjawab persoalan itu, mengakui semua yang menimpa dirinya itu memang benar.

Cerita jemaah Johor ini diberitahu kepada Agendadaily oleh timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Fuad Zakarsi yang turut mengerjakan haji baru-baru ini.

Bagi sesetengah pihak pengakuan Mohd Saiful ini bukanlah benda pelek atau sesuatu yang baharu tetapi ambil kira pengakuannya di Tanah Suci Mekah dan tambahan pula beliau sedang mengerjakan rukun Islam ke lima itu, maka mustahil segala yang menimpa dirinya adalah rekaan atau dibayar pihak tertentu dalam apa dikatakan agenda untuk menjatuhkan Anwar.

Ramai umat Islam percaya, mereka yang menunaikan haji atau berada di Tanah Suci tidak boleh berkata sembarangan apatah lagi bercakap bohong.- 4/12/2010
Jangan Percayalah apa yang depa nak tulis tu... soklan mudah pun depa tak jawab la nih, nak tunjuk baik kate sayfool sumpah kat mekah pulak... hangpa jawab dulu bagaimana orang berumur 25 tahun boleh diliwat dengan orang berumur 61 tahun tanpa ada paksaan? kalau betul di liwat sudah tentu suka sama suka... jika suka sama suka cuba try hukum orang yang mengaku tu dulu... jangan semberono nak tuduh jer..

Jika sumpah boleh selesaikan masalah, takyah zaman Nabi dulu diadakan Makamah... baik Nabi suruh bersumpah jer... selesai masalah... UMNGOK BANGANG! wakakaka!

Tiada ulasan: