Era Pasca |
- “Aku Sangap Lubang” – Apa Kejadahnya nih? RAES ANK YATEM?
- GERAMNYE AKU NGAN PAKCIK POLIS NIH..... baginda SABAR baginda!
- NIK AZIZ SOKONG HAPUSKAN KETUANAN MELAYAU! kahkahkah CAYALAH TG!!
“Aku Sangap Lubang” – Apa Kejadahnya nih? RAES ANK YATEM? Posted: 01 Dec 2010 09:02 PM PST Apa kejadahnya filem terbitan Ahmad Idham semenjak dua ini? Baru-baru ini kontroversi dialog "Nasik lemak 50 sen" dalam filem Cuti-Cuti Cinta, sekarang nie ada pulak dialog "Aku sangap lubang" dalam filem Aku Masih Dara. Apa dah tak ada idea nak buat dialog yang lagi bermutu ke? Ini confirm satu teknik murahan nak tarik penonton pergi tengok filem dia. Dan kalau anda tengok trailer di atas, ada satu dialog yang berbunyi lebih kurang begini:- Sekarang ini pun ramai yang pakai tudung sebab nak sembunyikan love bite What the fish? Dialog ini boleh timbulkan kontroversi. Kami faham genre filem ini adalah komedi tapi janganlah membuat dialog yang boleh mendatangkan persepsi negatif terhadap wanita bertudung. Dan rasanya tak ada pompuan kat dunia ini yang tiba-tiba pakai tudung semata-mata nak cover lovebite. Dah la si mak budak tue cakap sejuk hati tengok anak pakai tudung tapi sendiri tak pakai tudung. Macam agak tak logik kan? Kami tak boleh nak kritik lebih-lebih filem Aku Masih Dara nie sebab tak tengok full lagi cerita ini. Apa pun kalau anda berminat, bolehlah pergi tengok di pawagam bermula 16 Disember ini. Apa pun kami harap Ahmad Idham boleh buat filem yang bermutu sedikit lepas nie. Janganlah asyik buat filem kontroversi murahan macam nie. khakptui ketuanan melayu! camni ke jaga orang melayu? sangap lubang ke? menteri ngan pengarah sama je... sorang buat filem, sorang lulus siar... credit pada beautiful nara |
GERAMNYE AKU NGAN PAKCIK POLIS NIH..... baginda SABAR baginda! Posted: 01 Dec 2010 06:51 PM PST adush.. adush... pasai ape ngan pakcik polis bukan ngan aku... apa kurang nye aku? jelousnye... kene saman tak? kalau kene nak tolong bayarkan.... pasai Noradanish abang baginda tak berkira punya... hik! nanti kite sambung chatting2 ye Noradanish... hik! kene prank lagi ngan gomen... Saman trafik diskaun 50% mereka sembang, Berita gembira buat pesalah trafik yang liat untuk membayar saman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan akan memberikan insentif istimewa kepada golongan itu dengan diskaun sehingga 50 peratus berkuat kuasa hari ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Laman Web Rasmi PDRM, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari bermula dari tarikh ia dikeluarkan akan diberikan insentif potongan 50 peratus daripada nilai kompaun. kahkahkahkah |
NIK AZIZ SOKONG HAPUSKAN KETUANAN MELAYAU! kahkahkah CAYALAH TG!! Posted: 01 Dec 2010 06:13 AM PST APA LAGIK UMNGOK NAK SPIN? DALAM PARLIMEN DEPA TANYA PAS, "sanggupkah PAS ikut PKR hapuskan ketuanan MELAYAU nih?" ini salah sedikit jawapan dari TGNA... kahkahkah IDOP ketuanan RAKYAT!! mesti jelous PRESIDENT MCA ngan MIC dan jugak GERAKAN pasai depa dok dalam BN 100 tahun pun belum tentu dapat jadik TPM.... kahkahkah TULAH SOKONG lagi UMNGOK dengan KETUANAN UMNGOK nyer... kahkahkah berita, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam. "Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa. "Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini. Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri AnwarIbrahim yang mencadangkan Lim dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa. Menurut Nik Aziz, pakatan Rakyat mempunyai kelebihan kerana PAS sebagi parti Islam bertanggungjawab menegur mana-mana parti dalam gabungan itu berhubung perkara berkaitan Islam. Justeru, sebarang perbalahan jika Pakatan Rakyat melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam tidak timbul. "Bagi saya, MCA dan DAP sama saja kerana kedua-dua parti tidak mempunyai elemen Islam. Tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat ada kelebihan kerana PAS boleh tegur," katanya. -malaysiakini- |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan