DUNIACACAMARBA |
- Kajian: Seks Dua Kali Seminggu Baik untuk Lelaki
- Polis Selamatkan Hamba Seks Jurulatih Yoga
- Saintis Buktikan Kelemahan Sistem Nombor Pin
| Kajian: Seks Dua Kali Seminggu Baik untuk Lelaki Posted: 30 Dec 2010 06:31 AM PST Lakukan seks dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko lelaki diserang sakit jantung. Kajian terbaru yang melibatkan 1000 lelaki ini mendapati aktiviti seks yang kerap mempunyai kesan yang baik untuk jantung lelaki, walau bagaimanapun kajian itu tidak pula mengkaji kesan aktiviti seks terhadap kesihatan jantung wanita. Kajian itu mendapati lelaki yang kerap melakukan seks 45% kurang berisiko menghidap penyakit jantung yang mengancam nyawa berbanding dengan lelaki yang hanya melakukan seks sekali sebulan atau kurang daripada itu. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Institut Penyelidikan New England di Massachusetts itu merekodkan aktiviti seksual lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun. Kumpulan lelaki ini menyertai projek jangka panjang yang dipanggil Kajian Jangka Hayat Lelaki Massachusetts yang dimulakan sekitar tahun 1987. Dalam tempoh 16 tahun, setiap lelaki yang menyertai projek ini ditanya tentang kekerapan mereka melakukan seks dan mengesan tanda penyakit jantung pada mereka dalam tempoh tersebut. Dalam kajian ini, pasukan penyelidik mengambil kira faktor risiko seperti umur, berat badan, tekanan darah, dan paras kolesterol responden. Hasilnya, jantung lelaki yang didapati kerap melakukan seks lebih sihat. Menurut penyelidik, aktiviti seks dapat memanfaatkan kesan fizikal dan emosi terhadap badan. Lanjut di sini. * Untuk orang sudah berkahwin sahaja. |
| Polis Selamatkan Hamba Seks Jurulatih Yoga Posted: 29 Dec 2010 08:30 PM PST Polis menahan seorang jurulatih Yoga berusia 54 tahun kerana menjadikan tiga orang wanita sebagai hamba seksnya sejak sebulan lalu. Penahanan lelaki itu dibuat semalam selepas sepasukan polis membuat serbuan di rumahnya di sekitar Kuala Kubu Baru. Dua daripada hamba seks jurulatih yoga itu berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 20 tahun. Ketika ditemui, kesemua mangsa dirantai pada katil di rumah berkenaan. Menurut polis, kesemua mangsa diperkosa dan didera secara seksual berulang kali. Mereka dilaporkan hilang sekitar bulan November lalu. Pihak polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejak mangsa selepas satu laporan polis dibuat oleh salah seorang bapa mangsa pada 30 November lalu. Modus operandi penjenayah terbabit ialah memujuk mangsa ke rumahnya sebelum bertindak menahan mereka. Menurut Ketua Polis Selangor, dalam serbuan itu, pihak polis turut menemukan dua paket yang dipercayai dadah jenis syabu dan beberapa alat permainan seks. Tambah beliau, jurulatih yoga itu merupakan buruan polis dan memiliki rekod jenayah. Berita asal di The Star. * Gambar sekadar hiasan (Gambar berkenaan tentang kes pesta seks ketika sambutan Tahun Baru 2009.) |
| Saintis Buktikan Kelemahan Sistem Nombor Pin Posted: 29 Dec 2010 04:20 PM PST Saya petik: [Kosmo] CAMBRIDGE - Bank-bank di Britain didakwa cuba menyembunyikan kelemahan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang terdapat pada kad kredit dan debit, lapor sebuah akhbar semalam. |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan