Khamis, 9 Disember 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ah, Cerita Pemuda Ini Lagi! Kali Ini Lagi "Hebat"!

Posted: 09 Dec 2010 08:45 AM PST


"Hebat" pemuda ini! Saya ada menyentuh hal pemuda ini dalam beberapa kiriman.

Pemuda ini pernah menghina lagu Negaraku, mempersendakan azan, memaki hamun orang dalam lagu rapnya, "menyerang" TNB, dan tidak fasih berbahasa kebangsaan, namun ironinya dia mengaku dirinya begitu patriotik dan mendokong semangat 1Malaysia.

Walaupun dikecam hebat, akhirnya pemuda ini diangkat menjadi hero oleh sesetengah anggota masyarakat dan pemimpin negara terutamanya daripada pihak pembangkang. Kini, pemuda ini seolah-olah menjadi simbol 1Malaysia. Ironi sungguh!

Semalam diberitakan di The Sun bahawa pemuda ini berjumpa dengan Nazri Aziz di pejabatnya. Semasa bertemu dengan Nazri, Namewee mengadu bahawa dia sukar mendapatkan geran bantuan untuk membiayai filemnya, Nasi Lemak 2.0. Semasa pertemuan itu, pemuda ini turut menyatakan keinginan untuk bertemu dengan PM untuk membantunya menjayakan Kempen 1Malaysia melalui muzik. Wah!

Dalam pertemuan singkat itu, Nazri menyatakan bahawa Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee sering "disalah faham dan disalah tafsir" oleh media. Sebelum ini, Nazri memaklumkan bahawa Pejabat Peguam Negara mengesahkan bahawa Namewee tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Biar apapun niatnya, saya masih kurang berminat dengan pemuda ini. Baca pandangan saya tentang pemuda ini dalam beberapa kiriman di bahagian Kiriman Berkaitan di bawah ini.

Sekilas pandang, orang India dan Melayu tidak menyangka bahawa pemilik blog ini warganegara Malaysia.

[Gambar-Panas] Wanita yang Failkan Tuduhan Jenayah Seksual terhadap Pengasas WikiLeaks Disyaki Ejen CIA

Posted: 09 Dec 2010 05:00 AM PST

Anna Ardin

Sofia Wilen
Heboh diperkatakan di laman blog dan di Twitter bahawa salah seorang wanita yang memfailkan tuduhan terhadap pengasas WikiLeaks, iaitu Anna Ardin, 31, mempunyai kaitan dengan CIA dan jika benar, hal itu mengesahkan bahawa tuduhan yang dikenakan terhadap pengasas WikiLeaks itu adalah sebagai salah satu usaha untuk menghalang pendedahan dokumen rahsia milik kerajaan AS di laman yang diasaskan oleh Julian Assange itu.

Sebelum bercerita tentang kedua-dua wanita ini, eloklah melihat tuduhan yang dikenakan terhadap pengasas WikiLeaks ini. Menurut tulisan David Edwards, Julian Assange dituduh berdasarkan dakwaan bahawa beliau melakukan hubungan seksual tanpa menggunakan kondom dan bukanlah tuduhan merogol seperti yang dilaporkan oleh media. Hal ini turut diakui oleh pendakwa Sweden bahawa Julian Assange tidak dikehendaki atas tuduhan merogol namun atas dakwaan yang digelar "hubungan seks secara mengejut (sex by surprise) atau seks yang tidak dijangka (unexpected sex) seperti yang dinyatakan kepada AOL News.

Siapa Anna Ardin? Menurut Israel Shamir dan Paul Bennets yang menulis di CounterPunch, Anna Ardin berkemungkinan mempunyai hubungan dengan kumpulan Anti-Castro, antikomunis yang dbiayai oleh AS.  Semasa di Cuba, Anna bekerja dengan Las damas de blanco, kumpulan feminis yang anti-Castro. Menurut Professor Michael Seltzer kumpulan itu diketuai Carlos Alberto Montaner yang mempunyai kaitan dengan CIA.

Israel Shamir dan Paul Bennet turut menyatakan bahawa Anna seorang yang berhaluan kiri, malah mereka turut mendakwa Las damas de blanco dibiayai sebahagiannya oleh AS dan pertubuhan itu disokong oleh Luis Posada Carriles yang merupakan ejen CIA seperti yang didedahkan oleh sebuah dokumen sulit bertarikh 1976.

Semasa temu ramah dengan Al Jazeera, Assenge mendakwa tuduhan yang dikenakan terhadapnya itu merupakan kempen untuk memburuk-burukkannya. Malah beliau mendakwa bahawa pihaknya telah diberi amaran bahawa Pentagon telah merancang untuk menggunakan taktik kotor untuk menggangu/memusnahkan hasil kerja WikiLeaks. Assange juga pernah diberi amaran tentang perangkap seks yang mungkin dirancang untuk memerangkapnya.

Tuduhan seksual yang dikenakan terhadap Assange bermula apabila beliau  tiba di Stockholm pada 11 Ogos lalu. Anna menjemput Assenge ke pangsapurinya sementara dia menziarahi ahli keluarganya selama beberapa hari. Apabila pulang ke pangsapurinya, Anna dan Assange melakukan hubungan seks. Kedua-duanya mengakui bahawa hubungan seks itu dilakukan dengan menggunakan kondom, namun kondom itu didapati bocor.

Pada 20 Ogos, Anna pergi ke balai polis untuk membuat tuduhan bahawa Assange dengan sengaja membocorkan kondom tersebut semasa mereka sedang melakukan hubungan seks. Lebih menarik, wanita kedua yang menuduh Assange ialah kawan kepada Anna yang dikenali Sofia Wilen, 26. Menurut polis, Sofia merupakan wanita pertama membuat laporan polis untuk "mengenakan" Assange.

Menurut Edwards, Anna Ardin juga pernah menerbitkan artikel tentang tujuh langkah untuk membalas dendam terhadap teman lelaki yang curang. Menarik bukan? Malah ketika pertuduhan ini dilaporkan di seluruh dunia, laman sesawang Gawker turut menimbulkan kesangsian bahawa Anna Ardin sebenarnya bekerja dengan CIA./www.duniacacamarba.blogspot.com



Kerana WikiLeaks, Pengodam Seluruh Dunia Serang Mastercard & Visa

Posted: 09 Dec 2010 02:25 AM PST

Saya petik:
[Mstar] ZURICH: Para pengodam komputer yang marah dengan tindakan syarikat gergasi kad kredit menghentikan urusniaga mereka dengan laman web kontroversi WikiLeaks telah mengodam laman web Mastercard dan Visa semalam.

Ia adalah tindakan membalas dendam dengan kedua-dua syarikat berkenaan.

Kumpulan "tanpa nama" itu mendakwa bertanggungjawab "menyerang" dan mengodam laman web kedua-dua syarikat kad kredit itu sehingga laman web itu "lumpuh" demikian menurut laporan AFP.
Malah mereka mendakwa, kini lebih 4,000 pengodam di seluruh dunia sedang menumpukan tenaga dan perhatian untuk menyerang dan mengodam secara kordinasi mana-mana pihak yang mengisytiharkan anti agenda WikiLeaks.

Kumpulan itu juga mendakwa telah mengodam laman web sebuah bank pos Swiss kerana menutup akaun pengasas WikiLeaks Julian Assange.

"Pengodam dari seluruh dunia telah mengodam Visa.com atas nama WikiLeaks...," kata satu mesej daripada kumpulan itu dalam laman Twitter.

WikiLeaks bagaimanapun dengan segera melalui jurucakapnya, Kristinn Hrafnsson memberitahu AFP bahawa mereka tiada kena mengena dengan tindakan para pengodam itu.

WikiLeaks telah menimbulkan kemarahan kerajaan di seluruh dunia dengan menyiarkan beratus ribu data/maklumat hasil kutipan dan komentar para diplomat Amerika di kedutaan-kedutaan mereka berkaitan kerajaan dan para pemimpin di negara mereka berada.

Selepas WikiLeaks merayu sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan "perjuangannya" , Mastercard dan Visa terus mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membekukan semua urusniaga dan transisi wang yang melibatkan WikiLeaks.

Mastercard mendakwa serangan para pengodam itu tidak memberi kesan besar ke atas perkhidmatannya.

Dalam kenyataannya kepada BBC, Mastercard berkata: "Sementara kita menyaksikan terdapat sedikit gangguan kepada beberapa perkhidmatan yang berasaskan internet tetapi secara keseluruhannya, para pemegang kad masih boleh terus menggunakan kad mereka untuk sebarang urus niaga selamat."

Dalam pada itu, peguam terkenal Britain, Geoffrey Robertson, yang memiliki reputasi sebagai pembela kepada mereka yang dinafikan hak-hak asasi, berkata beliau akan membawa kes Assange ke mahkamah sekiranya Kerajaan Britain bercadang untuk mengekstradisi pengasas WikiLeaks itu ke Sweden untuk berhadapan dengan dakwaan mencabul kehormatan dan juga merogol....

Tugasan APCO Sejak Beberapa Bulan Lalu

Posted: 09 Dec 2010 01:00 AM PST


Saya petik:
Kami tahu perkara yang anda lakukan ketika musim panas yang lalu. Anda mengatur sesi fotografi dan rakaman video ditambah dengan acara-acara yang diorganisasikan untuk Wanita Pertama Malaysia. Anda juga mengatur acara-acara untuk Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Dan anda mengkoordinasi dan menganjurkan lawatan Perdana Menteri Malaysia ke AS. Dan semua itu dilakukan dengan melibatkan berjuta-juta RM  kos daripada wang pembayar cukai Malaysia.
Raja Petra Kamarudin


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYZOJnXfAYT3cfVnJL_sp7P1FUioiAOGN_l1YqU835wIlsGx1YTEZr13k9OCKm8_fCMHyA9Pgzx6e2DjH5ybmT3aEkskYbOfyB0r-_MZBstQ6hQlDCp7wQrLdYC2uVzzTHNuPVfIdn3yaS/s1600/1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2nYDkhckq9Aelbb_wcfAwqOUlpAfUH-u1Hy3wuTVvgZ8VRaHSGMB8XxBiSHFcpoSei3t_aQMNZanPMLfURNN1H_TvG37lfzkRPe7rAU9c19OzlDqkZSke_TTcn5JyFd378hG3r40RjQnb/s1600/2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqSiplzeJsDvVQ7dpH9aQG2VGS5hJ7jkbpEZ-GjVC4Fc4Ecx2gQhy1SgbUbUtRD1JspVZAo2X9SC0SCcOkD9HYnEMB9GO43icG_cGHVm4F7vVtajtLhpvt22baGw4FDGJBAGA1awH0sh_j/s1600/3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYbMPg-NtNnXjrsSoIIJXyQ0ve6pg1tiCoLd3eJhNLBQeuWIZm8HZwQ5oAu23JO00iYsBKS3PluScsLjcpXoNVG9fS4kTWD5bKl2vVD6qbvjOAww7McvWqdJ_F2LfF5zGGBRm3vzlKfoIo/s1600/4.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidKrzW311Z9CTMjUzq1Y5vTV7e8gUOyiXzICMoiTnaqDYcNb6r1Huhvl4qsWCrUkoZfkzTNg3mtZLB5OcV3WqTniK8IUHBmO-7r_zwGeQiZaEUKArTNnsW4O3HomD5gEBGPS0uK293H8ay/s1600/5.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhr5OSbJ-NB7OW6v4E0ZZ4F6MTJbY1hDtwKGsST5cf7J_XIk2vzh88PJ7IsHtaNvuWe4rBmPYq66ACUrEofsGXRelELbFNktCzU9GE0y6lWKWLET4s-aQXag_VflLznqXu8aDQGhByTWC2h/s1600/6.jpg

Lelaki Ini Didakwa Lakukan Seks Ganas Sehingga Mencederakan Isterinya

Posted: 08 Dec 2010 08:00 PM PST

Saya petik:

[BH] MELAKA: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu. 

Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi. 

Beliau yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan itu ke atas isterinya yang berumur 29 tahun, di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, di sini sehingga menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu pada kira-kira jam 5 pagi, pada 2 Jun 2008.

Tertuduh dan isterinya kini masih dalam proses perceraian.

Pegawai pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh tetapi selepas mendengar rayuan, Muhammad Hazri membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM6,000.

Beliau kemudian menetapkan 20 Januari 2011 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh melantik peguam bela.-
Nasir Abd Wahab

Berkaitan:

P/s: Jika dibuktikan bersalah, pemuda ini mungkin terpengaruh oleh perlakuan yang dipaparkan dalam video lucah. Orang macam ini haram berkahwin!

Pesan saya kepada suami-suami, hayatilah terjemahan ayat 19 Surah An Nisa' ini: Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).




WikiLeaks Dedah Bahawa Pesta Liar Sesuatu yang Biasa di Arab Saudi

Posted: 08 Dec 2010 06:15 PM PST

Saya petik:
[HM] RIYADH: Arab Saudi mungkin sebuah negara yang mengamalkan peraturan Islam ketat, tetapi di sebalik kediaman mewah ahli bangsawan negara itu tersembunyi pelbagai kejelikan seperti pesta seks, dadah dan arak.

Berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan laman sesawang WikiLeaks, cara hidup konservatif mungkin boleh dilihat di jalanan saja, tetapi secara tersembunyi, suasana malam di Arab Saudi dipenuhi aktiviti mendebarkan.

"Pelbagai jenis hiburan tersedia, termasuk pelacur, alkohol, dadah dan seks, tetapi ia berlaku secara tertutup," kata kenyataan dibuat pada November tahun lalu itu.

Menurut kabel diplomatik itu lagi, kejelikan berkenaan berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti maksiat tidak berani bertindak apabila majlis itu dianjurkan keluarga diraja Arab Saudi.

Catatan dibuat pegawai konsulat AS itu memberikan gambaran sebuah parti Halloween diadakan dengan dihadiri kira-kira 150 orang.

Kebanyakan pengunjung, kata kabel itu, berusia di antara 20-an dan 30-an.

Suasana parti itu pula dikatakan tidak ada beza dengan pesta diadakan di luar Arab Saudi.

Katanya, setiap kali parti dianjurkan, ia dipenuhi dengan hidangan arak, pasangan muda-mudi menari secara bebas dan deejay dijemput khas sibuk menghiburkan pengunjung.

Parti Big Jeddah itu juga sering dihadiri pelacur - perkembangan baru yang semakin lazim di negara berkenaan.

Seorang daripada pengunjung pesta itu memberitahu konsulat AS berkenaan, penganjur parti itu mengadakan majlis keraian untuk meraikan keluarga bangsawan atau menjemput mereka semata-mata menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan.

Disebabkan kos menyeludup arak agak tinggi - kira-kira RM1,300 sebotol bagi vodka Smirnoff - memaksa sesetengah penganjur mengisi semula bekas berkenaan dengan arak murah tempatan.
Sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Islam, sebarang aktiviti menghasilkan atau menjual arak di Arab Saudi adalah dilarang. Jika dilakukan dan ditangkap, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara.

Bagi pengedar dadah pula, undang-undang Arab Saudi memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah. - AFP

P/s: Propaganda atau tidak, budaya hedonisme kini sudah menjajah generasi muda tanpa mengira sempadan politik, agama, dan negara!

* Gambar sekadar hiasan. Gambar ini dikatakan suasana sebuah parti di Lubnan.

Alahai, Hakim Syariah Dicekup KHALWAT!

Posted: 08 Dec 2010 04:41 PM PST

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.

Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

"Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

"Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh," katanya ketika dihubungi, semalam.

Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.

Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.

Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

"Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

"Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan," katanya. - Idris Musa

P/s: Hakim mahkamah syariah ditangkap khalwat. Logiknya, hukuman untuk mereka sepatutnya lebih berat dan tegas!

Cerita berkaitan dengan khalwat:
* Remaja Terkena Sawan Ketika Ditahan Khalwat

[HM] ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu, di sini, kelmarin, tiba-tiba rebah dan diserang sawan ketika disiasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Keadaan itu menyebabkan anggota penguat kuasa dan teman lelakinya berusia 32 tahun panik apabila mulut remaja terbabit berdarah, lidah tergigit dan seluruh badannya kekejangan.


Berikutan itu, anggota penguat kuasa Jaik terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, serta dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, remaja terbabit dari Tongkang Yard, di sini, ditahan bersama pasangannya dari Hutan Kampung, di sini, dalam operasi sempena Maal Hijrah....

P/s: Mujur tidak ............ Mudah-mudahan mereka bertaubat!

Tiada ulasan: