DIALOG RAKYAT |
- 2,000 pelajar Malaysia Timur Tengah dihimpit masalah kewangan
- Kenalilah Ketuanan Melayu Umno
- Nurul Izzah pertikai DBKL mahu roboh ‘surau pembangkang’
- Inflasi dijangka meningkat tahun 2011
- Penduduk penempatan semula Bakun protes terhadap jalan raya rosak
- Sabah tarikh balik elaun RM300 untuk penduduk miskin
- SPDP kekal 8 calon pilihan raya negeri
- MP Australia pantau kes Liwat II
- Saksi: Kereta Aminulrasyid himpit kereta polis
- Bimbang diroboh, 80 kariah bermalam di surau
- Chegubard tolak semua lantikan parti PKR
- Speaker gantung wakil Pakatan Rakyat lagi
- Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN
- Hindraf saman k'jaan atas tahanan tidak sah
- Jawatan TPM: Pakatan Rakyat Amal Dasar Terbuka, Angkat Tokoh Wibawa, Berjasa Kepada Negara
- Speaker Tolak Usul Tergempar Bincang Usaha Parlimen Gantung Anwar
- Dakwaan Terhadap Khir Toyo Hanya Sekelumit Dosa Terhadap Rakyat Selangor
- Pilihanraya Setelah Anwar Di Penjara!
- Lebih Baik Semua Rakyat Jadi Pengundi Pos
- Ng Suee Lim :Masalah beg plastik dibendung bersama
- Sidang Dewan Rakyat dilanjutkan hingga 16 Dis
- Tukang kebun sekolah mati gemparkan pelajar sedang hadapi SPM
- Juara ‘Sehati Berdansa’ : Sein dan Nana sah bercerai
- Masalah pusat pelupusan sampah akan selesai
- Penahanan Khir Toyo: Sandiwara atau ‘korban’ politik?
| 2,000 pelajar Malaysia Timur Tengah dihimpit masalah kewangan Posted: 09 Dec 2010 06:18 AM PST KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Putrajaya supaya mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi pelajar-pelajar yang menuntut di rantau Timur Tengah yang sehingga kini masih gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Majlis Belia Malaysia dan Majlis Perundingan Melayu turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Timur Tengah terutamanya kepada kira-kira 2,000 pelajar di Mesir. Turut terlibat dalam usaha itu syarikat milik pelakon dan pengacara AC Mizal iaitu AC Konsortium Sdn Bhd. Pada sidang media hari ini, turut dilancarkan ialah Tabung Kecemasan Pendidikan yang berfungsi untuk membantu pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman kerajaan. Menurut Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman, tabung itu diwujudkan kerana sehingga kini masih belum ada kata putus terhadap nasib pelajar di Mesir yang kini menghadapi masalah kewangan. "Kebanyakan pelajar ini gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan, menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut di sana, saya juga difahamkan bagi tahun pertama kos pengajian ditanggung oleh ibubapa masing-masing. "Menurut maklumat yang saya terima, kerajaan bersetuju sekiranya pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka akan menerima bantuan daripada kerajaan, tapi sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak bertanggungjawab," katanya. Tambah Dr Ma'amor, terdapat beberapa pelajar cemerlang di Mesir amat memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di sana. Namun, tambah beliau sehingga kini kerajaan masih belum memberi kata putus berhubung status pinjaman mereka. "Jumlah sebenar pelajar ini saya belum dapat lagi, tapi mereka ini amat memerlukan bantuan kewangan. Jika mereka gagal menerima bantuan menjelang Januari ini, mereka terpaksa pulang ke Malaysia tanpa menghabiskan pengajian mereka. "Melalui tabung ini kita sasarkan RM30,000 untuk membantu pelajar-pelajar ini, saya percaya dalam tempoh tiga minggu ini kita akan dapat mengumpul jumlah tersebut sebelum disalurkan kepada mereka. "Buat masa terdekat ini kita sasarkan RM30,000 dulu kerana pelajar-pelajar ini amat memerlukan bantuan, tabung ini juga kita akan teruskan sampai bila-bila," katanya. Dr Ma'amor berkata, selain sumbangan daripada rakyat sumbangan daripada GLC amat diperlukan bagi membantu menampung kos pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang dianggarkan mencecah puluhan ribu. "Kita akan bantu semua pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara tidak terhad kepada pelajar di Timur Tengah sahaja. "Sebab itu kita memerlukan sumbangan daripada semua pihak termasuk GLC untuk menghulurkan bantuan melalui tabung yang kita tubuhkan ini. "Saya percaya GLC ini akan menghulurkan bantuan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara," katanya. Tambah Dr Ma'amor, satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan itu tersebut dan sekiranya Najib gagal mencari jalan penyelesaian pihaknya akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong. "Kita akan jumpa Perdana Menteri untuk bincangkan perkara ini sekiranya beliau juga tidak boleh mencari jalan penyelesaian kita akan membawa perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya. Sebarang maklumat mengenai Tabung Kecemasan Pendidikan boleh didapati di www.tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com dan bantuan juga disalurkan melalui akaun bank atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia nombor akaun 1437-0003-7710-50 (CIMB). | ||
| Kenalilah Ketuanan Melayu Umno Posted: 09 Dec 2010 02:29 AM PST Ustaz Idris Ahmad Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah. Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini. Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu. Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno? Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini. * Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak * Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh? * Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadapan dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau. * Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato' Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%. * Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah. * Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera. * Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini. * Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno. * Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat | ||
| Nurul Izzah pertikai DBKL mahu roboh ‘surau pembangkang’ Posted: 09 Dec 2010 12:22 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR ─ Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu meroboh Surau Al-Falah (Lama) yang dilabel "surau pembangkang" secara tiba-tiba sedangkan premis itu pernah menerima bantuan pihak berkuasa tempatan itu. Nurul Izzah (gambar) mendesak pihak berwajib menjelaskan sebab yang mendorong DBKL mahu merobohkan surau tersebut. "Baru dua bulan DBKL sendiri mengecat bangunan (surau) ini (sehingga) cantik dan indah, malah Ketua Pengarah DBKL sendiri dilaporkan pernah hadir program pada Ramadan lalu... tiba-tiba notis ini dikeluarkan dengan mereka tidak melayan memorandum dan surat-surat ahli kariah ini. "Kami minta perundingan dan serah surat kepada DBKL tetapi surat-surat kami tidak dijawab hitam putih daripada Menteri Wilayah. "Sekurang-kurangnya jawab surat-surat penduduk setinggan di sini dan berunding dahulu dengan mereka jika mahu meneruskan hasrat ini," ujar Nurul Izzah ketika ditemui di kawasan surau itu awal pagi ini. Sejak 8 pagi tadi, Nurul Izzah bersama-sama lebih 70 orang berhimpun di pekarangan surau tersebut memprotes hasrat DBKL tersebut. Surau itu yang dijadual untuk dirobohkan hari ini ditangguhkan dengan jaminan mulut DBKL, kata pengerusi surau Jasni Abdullah. Jaminan mulut diberikan dua hari lalu walaupun notis 30 hari agar mengosongkan surau yang DBKL berakhir hari ini. "Setakat ini, pihak penguat kuasa (DBKL) hanya memberi jaminan lisan untuk tidak merobohkan surau pada hari ini sahaja, esok belum tentu lagi. "Saya ada dengar label itu (surau pembangkang) tetapi surau ini hanya buat kuliah dan kalau baca ayat-ayat al-Quran terkena batang hidung pihak tertentu biasalah," kata Jasni kepada The Malaysian Insider. Jasni bagaimanapun komited untuk berunding dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusup supaya surau itu yang dibina 12 tahun oleh DBKL sendiri tidak dirobohkan. "Kita akan terus menggunakan saluran diplomasi untuk berbincang dengan (Ketua) Pengarah DBKL dan Menteri Wilayah sendiri walaupun surat-surat serta memorandum yang kita hantar tidak pernah dibalas oleh mereka. "Jaminan lisan tidak cukup, kita nak satu jawapan rasmi, kita tak setuju (hasrat merobohkan surau) tiba-tiba notis DBKL ini ditampal di surau ini," ujarnya lagi. Pada 16 November lalu, ahli kariah menghantar memorandum memohon penarikan notis DBKL, tetapi tidak dijawab sehingga hari ini. Ahli kariah turut menghantar surat memohon perbincangan dengan Raja Nong Chik dan Salleh pada 24 November lalu, namun tidak berjawab. Kelmarin, DBKL memberi jaminan untuk tidak merobohkan surau tersebut pada hari ini. Lanjutan itu, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR menyifatkan wujud campur tangan ahli politik tertentu di sebalik usaha merobohkan surau tersebut. "Secara permulaan ini, ini adalah arahan daripada Menteri Wilayah Persekutuan. "Saya kira ada elemen politik dalam perkara ini, yang mungkin arahan Menteri Wilayah kerana surau ini dikenali aktif melaksanakan aktiviti agama dan masyarakat yang bagi mereka dianggap 'surau pembangkang'," ujarnya lagi. Sehubungan itu, Nurul Izzah bercadang menghantar surat khusus untuk berbincang status surau tersebut kepada Raja Nong Chik dalam masa terdekat. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya pula bercadang melancarkan demonstrasi di Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat esok dan menyerahkan satu memorandum protes kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Penduduk tempatan pula berkata akan membuat kawalan keselamatan secara bergilir-gilir ke atas surau itu. | ||
| Inflasi dijangka meningkat tahun 2011 Posted: 08 Dec 2010 11:55 PM PST FREE MALAYSIA TODAY
Pemotongan subsidi memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI), demikian menurut CIMB Research dalam laporan yang diterbitkan Isnin lalu.
Sungguhpun impak secara langsung ke atas CPI masih boleh diuruskan, tapi kita harus perhatikan kesannya secara tidak langsung," katanya. Jumaat lalu, kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga diesel juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM1.80 seliter. Harga gula meningkat 20 sen sekilo dan harga LPG meningkat lima sen kepada RM1.90 sekilo. "Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata). "Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos. Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%. Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011. "Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu. Apabila dihubungi, ketua ekonomis CIMB Lee Heng Guie menegaskan bahawa kesan inflasi akan lebih dirasai tahun depan. "Kerajaan dijangka akan mengkajinya setiap enam bulan ketika mana rasionalisasi subsidi diteruskan," katanya, menambah, kadar inflasi akan berlegar di antara 2.5% dan 3% tahun depan. -theedegefinancialdaily | ||
| Penduduk penempatan semula Bakun protes terhadap jalan raya rosak Posted: 08 Dec 2010 11:54 PM PST KUCHING: Para penduduk penempatan semula empangan Bakun yang bosan dengan keadaan jalan raya yang rosak akibat lori-lori balak sejak sedekad yang lalu, mengadakan demonstrasi minggu sudah. Lebih 100 penduduk menghalang perjalanan beberapa buah trak yang mengangkut kayu balak dari menggunakan jalan raya di Pusat Penempatan Semula Bakun di Sungai Asap, Belaga, Rabu lalu.
Para penduduk itu yang dibebankan dengan masalah kekurangan aktiviti ekonomi dan lain-lain setelah berpindah dari tanah nenek moyang mereka, bertindak sendiri setelah aduan kepada kerajaan dan syarikat-syarikat balak tidak dipedulikan. Diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Masyarakat Bakun, Dr Ellie Luhat, para peneroka itu membawa poster dan sepanduk yang berbunyi: Kerajaan Bina, Tauke Rosakkan: Kami, rakyat merana. Apa jadahnya?" Sepanduk lain berbunyi: "Pembalakan haram buat jalan Bakun perangkap maut". Ellie berkata, tindakan syarikat-syarikat balak ini menggunakan jalan raya untuk kepentingan mereka telah menyebabkan kerosakan teruk, kerugian besar dan kesengsaraan yang tidak terhingga terhadap rakyat. "Apa yang telah mereka lakukan seperti menjahanamkan apa yang kerajaan telah bina untuk para peneroka dan tindakan mereka merugikan dana dan wang kerajaan. Tempoh dua minggu "Kami beri mereka tempoh dua minggu untuk memperbaiki jalan itu," kata Ellie, menambah bahawa protes mereka sebagai langkah awal perjuangan dan tindakan selanjutnya. Menyifatkan tindakan syarikat-syarikat pembalakan sebagai perosak, beliau berkata, "akan ada lagi demonstrasi. Kami tidak mempunyai apa-apa di sini dan akan lakukan apa yang boleh bagi membetulkan keadaan ini." "Kami mahu membantu kerajaan menyelesaikan masalah satu dekad yang lampau," katanya, menambah bahawa beliau bertemu dengan beberapa pemimpin politik termasuk Perdana Menteri Najib Tun Razak berhubung perkara ini. Ellie berkata, rakyat sangat terseksa dan hilang warisan budaya, tanah pertanian, pokok buah-buahan dan tanah "temuda" mereka untuk memberi laluan kepada pembinaan empangan Bakun. Beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah mereka dan salah satu tindakan segera yang perlu diambil ialah memperbaiki jalan raya yang rosak. Para peneroka yang ditempatkan semula itu terpaksa menggunakan jalan alternatif yang berbahaya yang mengakibatkan berlakunya beberapa kemalangan," katanya. "Kami tidak mahu dilayan secara yang berbeza. Tidak boleh ada "double standard". Ellie berkata mereka sangat mengharapkan supaya jalan raya itu diperbaiki dalam tempuh dua minggu kerana Hari Krismas semakin hampir dan ramai yang akan kembali ke kampung halaman mereka dengan menggunakan jalan raya itu. | ||
| Sabah tarikh balik elaun RM300 untuk penduduk miskin Posted: 08 Dec 2010 11:52 PM PST KOTA KINABALU: Beratus-ratus penduduk warga emas beragama Kristian yang menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 seorang di beberapa daerah di Sabah tidak lagi menerima "elaun" itu tanpa sebarang notis. Seorang penduduk berusia 69 tahun dari Kota Belud berkata, kali terakhir beliau menerima elaun itu ialah bulan Ogos tahun ini.
Kini, menghadapi hari Krismas yang suram, beliau berkata, "kami perlukan sedikit wang. Hari Krismis menjelang tiba……kami perlukan sedikit wang." "Apabila saya datang ke pejabat daerah Kota Belud hari tu untuk bertanya mengenai bantuan itu, saya terperanjat apabila diberitahu oleh seorang kakitangan di situ bahawa saya tidak layak mendapat bantuan itu kerana saya mempunyai telefon bimbit dan jam tangan," katanya. Warga emas itu berkata, bukan beliau seorang sahaja yang menerima nasib yang sama di Kota Belud. Beliau berkata, kakitangan seksyen kebajikan memberitahu warga emas yang lain bahawa akan dibuat "tapisan" baru terhadap "rumah-rumah" untuk memastikan sama ada mereka layak untuk menerima bantuan itu. Kajian ringkas terhadap warga emas mendapati ramai di antara penerima "bantuan warga emas" di Kota Belud menerima bantuan itu, kali terakhir pada Julai atau Ogos tahun ini. Kajian itu juga mendapati kebanyakan daripada mereka yang menerima elaun itu yang diberhentikan adalah penduduk Kristian manakala penduduk Islam terus menerima bantuan itu sejak empat bulan lalu. Keadaan tidak menentu Kerajaan persekutuan menambah bantuan kebajikan kepada negeri, yang diperkenalkan tahun sudah, dari RM90 kepada RM300 untuk menampung keperluan kebanyakan keluarga, terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya. Di bawah skim itu, mereka yang berusia 60 tahun ke atas layak memohon bantuan kebajikan itu. Garis panduannya menyebut hanya seorang ahli, sama ada suami atau isteri, boleh menerima bantuan itu walaupun terdapat beberapa pengecualian berhubung beberapa kes tertentu. Seorang lagi warga emas dari Kota Belud, yang tidak lagi menerima bantuan itu tanpa sebarang notis sejak Ogos, tidak pasti apa yang harus dibuat kerana diberitahu untuk menunggu elaun RM300 itu yang tidak kunjung tiba. "Mungkin Barisan Nasional sudah memberhentikan pemberian wang itu tapi kenapa orang lain terus dapat?," soal warga emas berusia 78 tahun ini yang enggan menyebut namanya. Adalah difahamkan beberapa orang ibu tunggal dan mereka yang kurang upaya telah tidak lagi menerima elaun mereka sejak Ogos atau September. | ||
| SPDP kekal 8 calon pilihan raya negeri Posted: 08 Dec 2010 11:51 PM PST KUCHING: Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) akan mengekalkan semua lapan calonnya pada pilihan raya negeri yang akan datang, kata Presidennya William Mawan Ikom. Beliau bagaimanapun berkata, pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) berhak untuk menentukan calon sesebuah kawasan itu sekiranya mereka mendapati terdapat maklumat bahawa peluang BN untuk menang di kawasan berkenaan adalah sukar.
Menurutnya, tidak semestinya setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu akan mempertahankan jawatan masing-masing kerana ia bukan milik sesuatu individu sebaliknya kerusi berkenaan adalah milik BN. "Selain itu, SPDP juga bersetuju untuk mengikut pendekatan baru yang diamalkan parti iaitu dengan memilih calon yang mempunyai potensi untuk menang di sesuatu kawasan itu tanpa mengira kedudukannya," katanya di sini hari ini. Ketika ini, SPDP diwakili lapan ADUN yang terdiri daripada Mawan (Pakan), Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Peter Nyarok Entrie (Krian), Wong Judat (Meluan) dan Rosey Yunus (Bekenu). Selain itu, SPDP turut diwakili Slyvester Entri Muran (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Nelson Balang Rining (Ba'Kelalan). Kerja keras Dalam pada itu, Mawan memberitahu, BN Sarawak terutamanya SPDP akan bekerja keras untuk menangani kempen pembangkang yang ketika ini semakin tersusun. Ujarnya, keadaan tersebut berbeza dari apa yang berlaku pada pilihan raya negeri pada 2006 kerana pembangkang telah membawa cara-cara berpolitik di Semenanjung ke negeri ini. "Namun kita tidak akan membiarkan sahaja pembangkang terus memutar belit sesuatu isu kerana BN juga boleh melakukan perkara yang sama kepada mereka," tegas beliau. Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya parti politik di Sarawak aktif mendaftarkan pengundi baru, Mawan berkata parti komponen BN di negeri ini telah memulakan langkah tersebut. Ujarnya, BN menyedari bahawa tanggapan ramai yang mengatakan pihak pembangkang telah berjaya mendapat pendaftaran pengundi baru yang agak besar dan sebaliknya berlaku pada BN. Namun tegasnya, BN tidak akan mendedahkan usaha pendaftaran itu walaupun parti telah memulakan usaha pendaftaran tersebut secara besar-besaran kerana ia sebahagian daripada strategi parti. | ||
| MP Australia pantau kes Liwat II Posted: 08 Dec 2010 11:47 PM PST MALAYSIA KINI Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus mempertikai kredibiliti kerajaan dan sistem kehakiman negara berhubung kes liwatnya apabila mengundang Anggota Parlimen Bebas Australia Selatan, Senator Nick Xenophon untuk memantau perbicaraan itu dan mengadakan sidang media di lobi Parlimen hari ini. Anwar, ketika memperkenalkan tetamunya itu berkata, kehadiran Xenophon ke Kuala Lumpur adalah untuk memerhati perbicaraan kes liwatnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat."...Oleh kerana perbicaraan itu telah ditangguhkan ekoran permohonan kita untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya, beliau memutuskan untuk berada di Parlimen bagi memerhatikan prosiding dan perbincangan," katanya. Xenophon yang juga seorang peguam berkata, tuduhan liwat terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu harus dikendalikan secara adil kerana perjalanan kes itu turut diperhati masyarakat dunia. Beliau adalah antara 50 anggota Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.Xenophon berkata kerajaan Malaysia seharusnya memberikan maklumat tepat mengenai perbicaraan ketua pembangkang itu dan tidak cuba menyembunyikan pencabulan yang berlaku. "Isu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim menjadi perhatian rakyat Australia dan seperti mana yang anda tahu, 61 ahli parlimen Australia telah menandatangani notis kebimbangan mengenai perbicaraan beliau. "Saya rasa isu yang harus difokuskan adalah keadilan dalam perbicaraan. Saya juga adalah peguam dan saya terkejut dengan kekurangan prosedur keadilan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim," kata Xeonophon. | ||
| Saksi: Kereta Aminulrasyid himpit kereta polis Posted: 08 Dec 2010 11:44 PM PST BERNAMAMahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini diberitahu bahawa Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak di kepala, bukan sahaja ingkar arahan polis supaya memberhentikan kereta yang dipandu, malah bertindak menghimpit kereta peronda polis sehingga hampir terbabas di tepi jalan. Konstabel Mohd Izham Mahayadin yang bertugas di cawangan kereta peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Seksyen 11 di sini, berkata beliau telah memberi arahan kepada pemandu Proton Iswara putih bernombor pendaftaran BET 5023 supaya memberhentikan kenderaan di tepi jalan tetapi pemandu kereta itu enggan berbuat demikian malah meningkatkan kelajuan pemanduannya. "Kereta Iswara itu memintas kami dalam keadaan laju di Persiaran Dato' Menteri berhampiran dengan Kompleks PKNS dan pemandu kereta peronda Koperal Azhar Hashim terus kejar kereta Iswara setelah memberitahu kereta itu telah langgar lampu isyarat merah. "Azhar telah pasang siren dan lampu beacon manakala saya telah keluarkan arahan melalui mikrofon di kereta peronda kira-kira tiga kali supaya pemandu kereta Iswara itu perlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan tetapi tidak ada tanda untuk berhenti malah nampak semakin laju," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar. Mohd Izham memberi keterangan pada perbicaraan Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas. Jenain, 48, didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Saksi ke-28 pendakwaan itu berkata setelah kereta Iswara itu enggan berhenti, beliau dan Azhar terus mengejar kenderaan tersebut sehingga berlaku himpit-menghimpit antara mereka di Persiaran Masjid. "Ketika kereta kami cuba memintas ke arah kanan kereta Iswara, kereta itu menghimpit kami supaya kami tidak dapat memotongnya dan perkara itu berlaku kira-kira tiga kali. Ada ketika kereta peronda kami hampir terbabas naik ke pembahagi jalan," katanya sambil menambah beliau turut meminta bantuan daripada kereta peronda polis lain yang berada berhampiran. Seterusnya, Mohd Izham berkata tiba di simpang empat lampu isyarat berhadapan dengan Hotel Concorde di Seksyen 9, kereta Iswara tersebut sekali lagi melanggar lampu isyarat merah dan membelok masuk ke Persiaran Kayangan di mana sebuah lagi kereta peronda polis dilihat turut mengejar kereta Iswara tersebut. Saksi itu berkata ketika di Persiaran Kayangan, kedua-dua kereta peronda tersebut beberapa kali cuba memintas kereta Iswara itu namun gagal sehinggalah mereka tiba di Bulatan Kayangan di mana kereta Iswara tersebut sekali lagi gagal berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. "Di Bulatan Kayangan, kedua-dua kereta peronda dalam keadaan bersaing di kiri dan kanan di belakang kereta Iswara itu. Apabila kami cuba menghimpit, kereta Iswara itu menghimpit kembali menyebabkan kereta peronda hampir terbabas. "Ketika kereta peronda saya berada di belah kanan kereta Iswara itu, saya telah keluarkan separuh badan saya dan lepaskan tembakan ke arah tayar kanan belakang kereta itu. Saya tidak pasti berapa das tembakan saya lepaskan tetapi selepas saya pulangkan semula senjata kepada stor persenjataan barulah saya dimaklumkan 10 butir peluru telah digunakan semasa tembakan itu," katanya. Sementara itu, Muhamad Azamuddin Omar, 15, rakan Aminulrasyid yang turut berada di dalam kereta dipandu mangsa semasa kejadian, ketika menyambung keterangannya berkata beliau pada bila-bila masa tidak pernah melihat parang di dalam kereta Iswara itu. Ketika Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd. Ghani menunjukkan sebilah parang yang merupakan barang kes dalam perbicaraan itu, saksi ke-29 pendakwaan itu berkata beliau tidak pernah melihatnya. Parang itu ditemui oleh polis di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid, lapor Bernama. Muhamad Azamuddin seterusnya berkata beliau telah membuat laporan polis di IPD Shah Alam pada malam kejadian bagi membersihkan nama beliau dan mangsa yang dituduh sebagai penyamun. Saksi itu bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam Salim Bashir, yang mewakili Jenain, bahawa polis mungkin mempunyai andaian bahawa beliau dan Aminulrasyid adalah penyamun berdasarkan kepada tindakan mangsa lari daripada polis dan penemuan parang dalam kereta Iswara itu. Ditanya mengapa Aminulrasyid enggan memberhentikan kenderaan walaupun disuruh berbuat demikian oleh polis, Muhamad Azamuddin berkata: "Saya rasa Aminulrasyid takut... dia tak nak menyusahkan maknya dan dia tak nak buat hal sebab ini kali pertama buat hal paling teruk." Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar disambung esok. | ||
| Bimbang diroboh, 80 kariah bermalam di surau Posted: 08 Dec 2010 11:41 PM PST MALAYSIA KINI Bimbang surau Madrasah Al Falah Kg Kerinchi di Kuala Lumpur yang berusia lebih 12 tahun akan dirobohkan, kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan. Semuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan."Dua tiga hari sebelum ini, saya menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL memberikan jaminan mulut, bahawa mereka tidak akan merobohkan surau ini," kata pengerusi surau Jasni Abdullah. "Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan," katanya sambil menambah ia mula beroperasi sejak 1998. Menurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.Ini kerana, kata Jasni, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka turut menunai solat hajat supaya surau berkenaan tidak dirobohkan. Menurutnya, pada mulanya, berasa terkejut setelah mendapat notis sebulan yang lalu daripada DBKL untuk merobohkan surau tersebut. Tambahan pula, surau tersebut mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu. Berikutan penerimaan notis berkenaan, pihaknya menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu. Namun pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak berkenaan.Penduduk juga kata Jasni, menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu. Bagaimanapun, setakat hari ini, masih belum menerima sebarang maklum balas. "Saya masih lagi dalam proses perundingan dengan DBKL," katanya. Ditanya sama ada surau ini dicadangkan dirobohkan kerana dilabel sebagai kubu penyokong PAS, Jasni berkata beliau ada mendengar mengenai perkara tersebut. Namun, beliau menafikan perkara itu dan berkata surau berkenaan bebas daripada dipengaruhi parti politik. Sebelum itu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata beliau berharap pihak DBKL dan menteri menjawab persoalan aduan pihak penduduk mengapa surau ini mahu dirobohkan."Pihak surau menggunakan saluran diplomasi, tetapi tidak surat (mereka) dijawab," katanya dalam sidang media di surau berkenaan. Menurutnya, pihak surau ada mengadu berhubung perkara ini kepadanya, tetapi Nurul Izzah meminta mereka berhubung terus dengan pihak berkuasa supaya "tidak ada elemen politik". "Tapi surat mereka tidak diendahkan," katanya. Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat kepada Raja Nong Chik memohon penjelasan berhubung perkara tersebut. Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR meluangkan masa kira-kira sejam sejak 8 pagi, di surau berkenaan - yang terletak dalam parlimennya. Kira-kira 70 orang termasuk mahasiswa dan wartawan berada di surau berkenaan. Setakat jam 10.30 pagi, tiada pegawai penguatkuasa DBKL hadir ke surau berkenaan. Bagaimanapun, terdapat dua pegawai polis di surau ini. | ||
| Chegubard tolak semua lantikan parti PKR Posted: 08 Dec 2010 11:38 PM PST MALAYSIA KINI Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin akan menolak semua lantikan parti itu selagi bantahannya berhubung pemilihan PKR yang berlangsung bulan lalu tidak diberi penjelasan bertulis. Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga berkata beliau juga akur tetapi tidak akan mengiktiraf keputusan pemilihan itu."Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan. "Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia," kaatnya dalam satu kenyataan. Pada pemilihan PKR bulan lalu untuk jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham gagal menumbangkan penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, walaupun dikatakan mempunyai sokongan yang meluas.Menurut beliau, yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. "Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu di bawah pemaidani," katanya. Beliau berkata, pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan pengerusi tetap dengan cara angkat tangan."Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu. "Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan. "Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri," katanya.Menurut Badrul Hisham, jawatan bukan alasan untuk bekerja dan menegaskan walaupun tidak diberikan jawatan peringkat pusat, beliau akan terus setia dalam memperkasakan PKR. "Saya masih yakin PKR merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun PKR juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti," katanya. | ||
| Speaker gantung wakil Pakatan Rakyat lagi Posted: 08 Dec 2010 11:37 PM PST MALAYSIA KINI Dua Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi Chuan Aun dan Fong Po Kuan, digantung daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat sehingga 2.30 petang kerana gagal mengawal emosi masing-masing semasa sesi soal-jawab. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, membuat keputusan itu selepas kedua-dua Ahli Parlimen terbabit mempersoalkan tindakannya yang tidak membenarkan Ooi (DAP-Jelutong) (kiri) meneruskan soalan tambahan berhubung kontrak yang diberikan kepada Bumiputera dalam projek menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang. Pandikar Amin yang sejak awal pagi menegur ahli Dewan agar mengemukakan soalan tambahan yang jelas dan padat berkata, soalan Ooi tidak mempunyai kaitan dengan soalan asal mengenai projek tersebut."Duduk. Yang Berhormat tak dengar apa saya kata. (Tindakan) salah. (Soalan tambahan) tak kena mengena dengan soalan asal. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menggunakan kuasa saya untuk merehatkan (wakil) Jelutong. Balik semula pada 2.30 petang," katanya. Ooi sebelum itu meminta Timbalan Menteri Pengangkutan menjelaskan mengapa projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tergendala sehingga ke tahun 2011. Semalam, Pandikar turut menggantung enam ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mempersoalkan tindakan beliau menghalang Anwar daripada membela diri di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung hubungan Umno dan firma perunding berkaitan Israel, Apco Worldwide. | ||
| Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN Posted: 08 Dec 2010 11:27 PM PST ![]() MALAYSIA KINI Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikannya sejak dulu, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh. Menurut Harkahdaily, Nuridah dilaporkan sebagai berkata BN hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Katanya, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat seperti petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun telah diberi jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Janji palsu? "Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka," katanya. "Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan. Malangnya, menurut Nuridah, pada 3 Disember lalu harga petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter. Selain itu, harga diesel juga dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG pula naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini. Pentingkan diri sendiri "Percayakah anda akan kata-kata beliau itu? Ternyata segala janji pemimpin BN tidak boleh dipegang. Itu semua samalah dengan slogan yang diwar-warkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) itu sendiri yang juga tidak boleh dipegang. Sebaliknya, tindak-tanduk para pemimpin BN ternyata tidak pernah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, tetapi hanya menekan dan menzalimi rakyat dalam segala aspek.
Katanya, kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, sememangnya amat menyusahkan rakyat pada semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin BN tidak pernah memikirkan masalah rakyat. Sehubungan itu, katanya, Wanita Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya di bangunan Parlimen semalam antara lain telah memutuskan untuk mengambil tindakan aktif berhubung perkara itu. Antara lain, mereka akan berjumpa dengan orang ramai untuk mengedarkan risalah untuk menyedarkan orang ramai agar tidak lagi terus tertipu dengan para pemimpin BN dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Selain berjumpa orang ramai di kampung-kampung, mereka juga akan mengedarkan risalah itu kepada orang ramai yang akan pulang bercuti di kampung di plaza-plaza tol, bagi membolehkan rakyat faham tentang realiti sebenar para pemimpin BN yang tidak pernah mementingkan rakyat, tetapi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja. "Jadi rakyat mesti disedarkan agar tidak lagi memberi undi kepada BN, tetapi kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela," katanya lagi. | ||
| Hindraf saman k'jaan atas tahanan tidak sah Posted: 08 Dec 2010 10:46 PM PST Hafiz YatimPeguam dan pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), P Uthayakumar and M Manoharan hari ini mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana tahanan yang tidak sah dan dikurung selama 514 hari mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2007. ![]() Uthayakumar yang juga adalah ketua Parti Hak Asasi Manusia dan Manoharan, yang merupakan ADUN Kota Alam Shah menuntut pampasan RM100 juta daripada enam defendan. Mereka termasuk Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, komanden kem tahanan di Taiping, tempat mereka ditahan dan pihak kerajaan. Kedua-dua peguam itu memfailkan saman berkenaan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang berlangsung esok. Mereka ditahan pada 13 Disember 2007 selepas menganjurkan perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur bagi mengketengah masalah masyarkat India yang didakwa dipinggirkan oleh kerajaan.Kedua-dua plaintif mendakwa ditahan tanpa perbicaraan selama dua tahun mulai 13 Disember 2007 di tempat tahanan perlindungan di Taiping di bawah ISA 1960. | ||
| Jawatan TPM: Pakatan Rakyat Amal Dasar Terbuka, Angkat Tokoh Wibawa, Berjasa Kepada Negara Posted: 08 Dec 2010 10:43 PM PST
| ||
| Speaker Tolak Usul Tergempar Bincang Usaha Parlimen Gantung Anwar Posted: 08 Dec 2010 10:42 PM PST
| ||
| Dakwaan Terhadap Khir Toyo Hanya Sekelumit Dosa Terhadap Rakyat Selangor Posted: 08 Dec 2010 10:42 PM PST
| ||
| Pilihanraya Setelah Anwar Di Penjara! Posted: 08 Dec 2010 04:19 PM PST Oleh Hj Subky Latif APAKAH mungkin Pilihan Raya Umum Sarawak diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke 13? Inilah jawapan yang sedang dicari oleh sekalian pemerhati. Ia sudah diagak oleh media bahawa kedua pilihan raya itu akan diadakan serentak. Ia bererti pilihan raya umum disegerakan dalam tahun 2011. Ia disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai suatu ramalan. Tetapi ia tidak dinapikannya dan tidak juga disahkannya. Maka kemungkinan tahun depan itu tidak boleh ditolak. Apa pun Tun Dr. Mahathir mengingatkan Perdana Menteri Najib jangan gopoh, kerana masih banyak bagi membuat persiapan. Kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil jangan dijadikan petunjuk sangat bahawa suasana sudah memihak semula kepada BN. Pernah Perdana Menteri Edward Heath tertipu oleh iklim politik yang baik baginya untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut di Great Britain. Angka ekonomi yang baik di England ketika itu dikira memihak kepadanya bagi mengadakan pilihan raya. Masa matang bagi pilihan raya itu masih banyak. Justeru yakinnya pada ramalan sedap itu Heath mengadakan pilihan raya mengejut. Rupanya ia jadi penamat kepada kuasanya. Maka bila agaknya pilihan raya ke 13? Adakah diserentakkan dengan pilihan raya Sarawak yang tempohnya hampir matang? Ia banyak bergantung kepada bila kes liwat-2 diselesaikan. Pilihan raya Sarawak tidak boleh ditangguhkan. Sama ada mahkamah sempat menyelesaikan kes itu atau tidak, pilihan raya Sarawak jalan terus. Jika ia selesai sebelum pilihan raya Sarawak, maka pilihan raya serentak mungkin diadakan. Jika tidak selesai, maka ada masa bagi semua pihak membuat persiapan. Maka perhatian sekarang ialah bilakah mahkamah akan berakhir? Pada Anwar Ibrahim kes liwat-2nya itu adalah lanjutan konspirasi politik yang lalu. Ia adalah dikira usaha bagi memenjaranya lagi. Dalam dua pilihan raya umum yang Anwar dijadikan banduan, maka Barisan Nasional berjaya mempertahankan pretasi baiknya. Bila keluar saja dia dari penjara sekali pun dia masih dalam idah bila pilihanraya umum ke12 diadakan, dia dapat mendorongkan ledakan tsunami atas keputusan pilihan raya itu. Bagi mengelakkan tsunami berulang, mungkin lebih parah, maka dipercayai konspirasi memenjarakannya semula dirancang. Manusia hanya merancang. Tetapi manusia tidak berupaya menentukan rancangan itu berjaya atau tidak. Konspirasi sekurang-sekurangnya boleh mengganggu tumpuan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Orang-orang yang buta maklumat dan kurang hidayat mudah dikelirukan oleh gema konspirasi itu. Ia tidak mengelirukan semua orang, tetapi ia mengelirukan setengah orang. Antara yang sudah dikelirukan itu adalah aktivis reformasi. Mereka putus asa, lalu tidak menyambung kempen reformasi. Tetapi ia tidak mematahkan kempen meneruskan reformasi. Kempen reformasi berjalan terus, tetapi sudah ada kecederaan. Kalau Anwar dapat dipenjarakan segera, kekeliruan akan bertambah dan kecederaan pun bertambah. Tetapi harapannya ialah supaya reformasi itu terbengkalai. Bagaimana pun gerakan anti konspirasi muncul sebagai sebahagian dari kempen melucutkan kuasa Putrajaya yang sudah lama goncang dan beertambah goncang. Kesan kempen anti konspirasi itu lebih ketara di peringkat antara bangsa. Banyak pihak di dunia tidak mengira dakwaan kes liwat-2 itu suatu yang jenuin. Ia sepatutnya tidak diadakan. Baik golongan apa yang dikatakan anti keganasan global dan golongan kontra anti keganasan global, adalah sepakat kes itu tidak diperlukan. Dakwaan itu tidak popular bagi Amerika, tidak populer bagi Nato dan Kesatuan Eropah, tidak pupuler bagi Hisbullah Lubnan, tidak popular bagi Turki pimpinan Erdogen dan ulama dunia yang diketuai oleh Syaikh Yusuf Qardawi. Amerika dan Hisbullah Lubnan itu adalah berseteru tetapi mereka sekata bahawa kes Anwar itu bukan kes yang jenuin. Justeru itu kuasa di Putrajaya amat cemas kalau Anwar berangkat ke luar negeri. Anwar tidak perlu keluar negeri untuk memberitahu pekung konspirasi dalam negeri. Pro anti konspirasi itu tahu untuk berbuat apa seperti apa yang mereka tahu tentang wanita anti junta Myanmar. 20 tahun wanita itu terkurung, tidak ke mana-mana, apa yang terjadi padanya dalam kurungan itu bergema di dunia seluruhnya. Sementara pemimpin wanita Burma itu sudah keluar dari penjara, Anwar pula sedang berdepan dengan proses untuk dipenjara atau tidak. Banyak yang percaya dia tidak dapat mengelak dari dipenjara lagi. Sementera dia belum dipenjara, dia boleh pergi ke mana-mana dalam negara ini. Dan di mana-mana pun dia mendapat sambutan baik. Semua orang mahu menengoknya dan mendengarnya. Antara yang suka mendengarnya ialah penyokong BN yang selalu mendengarnya semasa dia bersama BN dulu. Maka buah mulutnya tetap dirasa berbisa oleh penunggu-penunggu di Putrajaya. Sekali pun sama naik Najib suami isteri untuk menghadapi Anwar suami isteri, selagi Anwar bebas ke sana ke sini, tetap ia suatu yang menyusahkan Najib dan isterinya. Walau pun BN menang tiga pilihan raya kecil masa setahun ini, Dr. Mahathir tetap merasakan jangan Najib tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya baru. Kalau boleh pilihan raya Sarawak itu sendiri patut ditangguhkan. Kerana tempoh matang pilihan raya Sarawak hampir tamat, tiada cara ia dapat ditangguhkan. Terpaksalah ia diadakan juga. Tapi kalau boleh, ia juga patut ditangguhkan. Itulah yang dirasakan oleh Dr. Mahathir dan itulah mesej yang disampaikannya kepada Najib. Mungkin Dr. Mahaathir tidak tahu apa yang Najib tahu, tetapi Mahathir sendiri ada kebimbangan dengan suasana menjelang pilihan raya akan datang. Walau pun media arus perdana memberikan gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan yang tertekan, tetapi tetap Mahathir tidak begitu yakin pilihan raya itu wajar dicepatkan. Apa yang Mahathir tunggu? Ialah untuk melihat Anwar dipenjara lagi. Kemungkinan Anwar dipenjarakan itu memerlukan masa yang lambat, maka tunggulah kemungkinan itu dulu. Jika pilihan raya diadakan sebelum Anwar dipenjara, ia bererti negara ada pilihan calon Perdana Menteri. Dia adalah calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti. Tiada peraturan dapat menyekatnya jika dia belum disabitkan bersalah. Walaupun dia menghadapi kes, tetapi selagi mahkamah tidak menjatuhkan dia bersalah, maka dia belum bersalah. Dalam keadaan demikian dia boleh menjadi calon Perdana Menteri. Tetapi kalau dia dipenjarakan, maka dia sudah tidak lagi boleh jadi calon Perdana Menteri. Apabila dia tidak boleh calon Perdana Menteri, maka Pakatan belum ada calon yang sepakati bagi menjadi Perdana Menteri. Dalam keadaan itu macam-macam boleh berlaku. Pengundi mahu tahu siapa calon Perdana Menteri kalau Pakatan menang pilihan raya? Apabila rakyat tidak nampak siapa bakal Perdana Menteri itu, maka ia memberi banyak pilihan kepada pengundi. Apa gema Anwar dipenjara lagi, adalah hal yang lain, tetapi yang penting ialah BN mahu meraih keuntungan dari kekosongan calon Perdana Menteri Pakatan. Itulah perlu ditunggu dulu sehingga perbicaraan itu selesai. Kalau ia cepat selesai maka mudahlah pilihan raya diadakan segera. | ||
| Lebih Baik Semua Rakyat Jadi Pengundi Pos Posted: 08 Dec 2010 04:12 PM PST KELAB GREENBOC
Pemuda PAS sangsi SPR jadikan golongan profesional pengundi posKUALA LUMPUR — Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos — tambahan kepada sistem yang ada sekarang dan dipertikaikan Pakatan Rakyat. Sayap PAS itu berpendapat menggunakan sistem undi pos terhadap golongan profesional terbabit menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat. "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menegaskan undi pos adalah talian hayat kerajaan Umno-BN. "Cadangan SPR seakan mahu menambah jangka hayat pemimpin Umno-BN terutama di kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti komponen BN dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan Umno-BN dalam PRU ke-13?" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Sambil menegaskan sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat, pemimpin muda ini mempersoalkan apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan mereka. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar semalam dipetik berkata, pihaknya sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa pilihan raya dalam kategori pengundi pos. Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan. Kata beliau, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian. Mengikut Akta Pilihan Raya, hanya empat kategori rakyat layak membuang undi pos iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang bertugas di luar negara, pelajar sepenuh masa dan keluarga kumpulan berkenaan. "Dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, daftar pemilih SPR tidak sama dengan daftar pemilih tentera, serta kertas undi boleh dserahkan di mana-mana termasuk di kompleks beli-belah. "Bagaimana kertas undi yang dipos dua hari sebelum mengundi mampu dipulangkan balik tepat pada masanya tanpa berlau kesilapan," kata Fadhil sambil menambah, hampir setiap pilihan raya kecil atau umum, kemenangan besar calon BN diraih melalui undi pos dan terlalu sedikit yang mengundi calon pembangkang. "Mungkinkah semua anggota tentera adalah ahli BN atau pengundi tegar BN di mana-mana kawasan?" katanya lagi. Dalam kes anggota tentera, kata beliau, pihaknya mempersoalkan keperluan SPR menjadikan golongan ini sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang tidak mendesak sedemikian. "Dalam keadaan aman dan tenteram sebeginilah, ruang demokrasi perlu dibuka seluas-luasnya dengan memberi peluang anggota tentera mengundi sebagaimana pengundi yang lain," katanya. Menurut Fadhil, alasan SPR mahu menjadikan kumpulan profesional sebagai pengundi pos hanya semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk mengundi kerana terlalu sibuk bekerja adalah alasan yang tidak boleh diterima. "Golongan ini bekerja mengikut jadual dan syif. "Dewan Pemuda tidak fikir sekiranya mereka turun mengundi mengikut jadual sepertimana golongan profesional yang lain, menyebabkan operasi kerja mereka terjejas. "Kalaulah mereka tidak berpeluang mengundi kerana sedang bekerja, mereka tidaklah mewakili golongan majoriti yang perlu dijadikan sebagai pengundi pos," katanya lagi. Dalam hal ini, kata beliau, SPR perlu mengelak hari bekerja sebagai hari mengundi sepertimana yang dibuat ketika beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini. "Ini lebih menyukarkan semua golongan bekerja untuk turun mengundi," kata beliau lagi. Jelas beliau, sekiranya SPR berkeras juga mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos, Dewan Pemuda PAS mengesyorkan agar menjadikan semua golongan profesional sebagai pengundi pos. "Bukan setakat itu, mahasiswa yang layak mengundi, penoreh getah, pekebun, pemandu teksi dan bas, nelayan, peniaga dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai pengundi pos memandangkan semua golongan ini sibuk bekerja dan tidak mampu meninggalkan tempat kerja mereka untuk turun mengundi. "Dengan demikian, mudahlah BN meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 akan datang," katanya lagi. -TMI Semua rakyat jadi pengundi pos | ||
| Ng Suee Lim :Masalah beg plastik dibendung bersama Posted: 08 Dec 2010 04:08 PM PST SELANGOR KINI SEKINCHAN – Penduduk di sekitar Sekinchan disaran supaya bekerjasama bagi membendung masalah beg plastik yang dikatakan bersepah di pesisiran pantai kawasan tersebut, jika tidak perkara ini akan mengundang pencemaran yang tidak diingini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, menyeru supaya tabiat membuang sampah terutamanya plastik beg, hendaklah dikikis oleh penduduk supaya amalan buruk ini tidak diwarisi oleh anak-anak mereka. "Maka saya seringkali menyeru penduduk-penduduk dan nelayan-nelayan agar memberi kerjasama supaya jangan membuang sampah merata dan menjaga kebersihan sama-sama," jelasnya. Menurut Ng lagi, pendekatan seperti ini dilakukan kerana kebanyakkan kawasan sekitar Sekinchan adalah berada di luar kawasan zon majlis dan ini menyebabkan kurangnya penguatkuasaan dalam memantau masalah sampah ini. Ketika ditanya mengenai apakah tindakan yang boleh diambil bagi menangani isu pembuangan beg plastik merata-rata, beliau sering mengadakan program gotong royong bersama penduduk kampung. Akhbar The Star hari ini melaporkan tentang masalah beg plastik yang mencemarkan kawasan pantai di sekitar Sekinchan. | ||
| Sidang Dewan Rakyat dilanjutkan hingga 16 Dis Posted: 08 Dec 2010 04:07 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berakhir pada 15 Dis ini dilanjutkan sehari lagi iaitu sehingga Khamis, 16 Dis 2010. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee sebelum bermula sesi soal jawab pagi ini memaklumkan bahawa tambahan itu diperlukan bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan-urusan kerajaan yang lain diselesaikan. "Satu perutusan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) selaku Ketua Majlis memaklumkan bahawa kerajaan memohon supaya Dewan Rakyat yang sedang bersidang yang akan berakhir pada 15 Dis 2010 ditambah satu hari lagi iaitu sehingga 16 Dis 2010," katanya. Permohonan itu dilakukan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat, katanya. | ||
| Tukang kebun sekolah mati gemparkan pelajar sedang hadapi SPM Posted: 08 Dec 2010 04:05 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist Sentul di sini yang sedang bersiap-sedia untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) awal pagi tadi gempar apabila menyaksikan tukang kebun sekolah berkenaan mati selepas terjatuh di atas lantai simen. Difahamkan ekoran kejadian kira-kira 8 pagi itu, para pelajar diberikan masa untuk menenangkan diri mereka sebelum memulakan kertas peperiksaan. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata tukang kebun itu K. Thagaraj, 58, dilaporkan terjatuh ketika berjalan berhampiran bangunan kelas menyebabkan kepalanya terhantuk di lantai dan mati di tempat kejadian. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut," katanya. Beliau berkata dari maklumat yang diberikan keluarganya, Thagaraj menghidap sakit jantung dan masalah buah pinggang. | ||
| Juara ‘Sehati Berdansa’ : Sein dan Nana sah bercerai Posted: 08 Dec 2010 04:03 PM PST ![]() SELANGOR KINI SHAH ALAM – Juara program 'Sehati Berdansa' musim ketiga, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, dan isterinya, Noor Diyana Muhammad atau Nana bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini. Memetik laporan Bernama, Sein, 27, melafazkan cerai selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Negeri Selangor 2003. Prosiding perceraian dijalankan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin. Pasangan itu menjuarai musim terakhir program realiti itu yang merupakan pertandingan tarian khusus untuk pasangan selebriti. Peguam Syarie, Zuri Zabudin Budiman yang mewakili Noor Diyana, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu atas alasan pasangan itu tidak lagi dapat menjalani kehidupan bersama kerana tiada persefahaman. Zuri berkata pasangan suami isteri itu masih tinggal serumah tetapi tidak lagi tidur bersama dan telah wujud perbalahan yang berpanjangan antara mereka. "Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk rundingan oleh keluarga masing-masing tetapi tidak ada keputusan dicapai untuk memperbaiki hubungan. Memandangkan defendan (Sein) dikenali ramai jadi mohon kebenaran untuk bercerai cara baik," katanya. Sejurus Sein melafazkan talak, Zainor memerintahkan Noor Diyana menjalani tempoh edah selama tiga kali suci bermula hari ini. Zainor juga memerintahkan Sein dan Noor Diyana mendaftarkan perceraian mereka di Jabatan Agama Petaling Jaya dan membatalkan surat nikah. Pasangan itu yang bernikah pada Julai 2006 dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1. Mahkamah turut merekodkan persetujuan bersama Sein dan Noor Diyana merangkumi nafkah edah, mutaah, hak penjagaan dan lawatan anak-anak serta perbelanjaan persekolahan dan perayaan kedua-dua anak mereka. Pasangan itu juga bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan berhubung harta sepencarian mereka. Zainor berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menyelesaikan isu perceraian mereka secara baik dan mengikut peraturan. "Sebagaimana bila bernikah, begitu juga bila nak bercerai, datang kepada institusi yg bertanggungjawab iaitu mahkamah. Dalam Islam setiap masalah ada penyelesaian, semasa nak nikah ambil cara baik dan bila nak lepas, lepaskan cara baik," katanya. | ||
| Masalah pusat pelupusan sampah akan selesai Posted: 08 Dec 2010 03:59 PM PST SELANGOR KINI JENDERAM HULU -Masalah bau busuk terpaksa dihidu oleh penduduk sekitar Jenderam Hulu dan Pinggiran Putra akan selesai tidak lama lagi, apabila pengusaha pusat pelupusan sampah haram berkenaan berjanji akan menghentikan aktiviti pembuangan sampah disitu. Ahli Majlis Perbandaran Sepang atau MPS, Foo Weng Fui berkata, MPS tidak boleh menutup sewenang-wenangnya pusat pelupusan berkenaan, namun satu tindakan kompaun telah dikenakan kepada pengusaha. Pihak MPS telah mengenakan kompoun sebanyak RM1,000 kepada pengusaha yang juga merupakan pemilik tanah pusat pelupusan sampah haram berkenaan. MPS juga telah membawa perkara itu ke pengetahuan Pejabat Tanah daerah Sepang dan difahamkan tindakan susulan akan diambil. Tindakan pengusaha pusat pelupusan sampah itu salah disisi undang- undang selain mengganggu ketenteraman awam kerana pusat pelupusan sampah itu menyebabkan bau busuk dan menyebabkan ketidakselesaan penduduk sekitar. Difahamkan setiap hari, lebih 20 lori sampah yang membawa sisa buangan dari sekitar Semenyih, Bangi, Beranang dan Sepang dibuang di pusat pelupusan sampah haram berkenaan yang beroperasi sejak lebih tiga bulan lalu. | ||
| Penahanan Khir Toyo: Sandiwara atau ‘korban’ politik? Posted: 08 Dec 2010 03:56 PM PST WarkahDailyAkhirnya kena juga Khir Toyo. Namun perbicaraan itu belum lagi dapat dipastikan akan ketelusannya. 6 Disember lepas, Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah. SPRM menahan Khir Toyo di pejabatnya di Shah Alam sebelum dibawa ke mahkamah. Laporan Malaysiakini, Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam. Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh. Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. ADUN Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan Manakala Shamsuddin juga didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo. Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah. Namun kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Azhanis menetapkan ikatjamin sebanyak RM750,000 tiap seorang. Tidak mustahil ada udang di sebalik batu. Tak pelik jika ianya hanyalah sandiwara Barisan Nasional (BN) sebelum menghadapi pilihanraya. Konon depa bersungguh-sungguh membanteras perlakuan rasuah dalam BN. Konon BN cuba untuk pembaharuan. Mungkin ada rakyat yang tertawan dengan lakonan itu. Yang pasti, pendakwaan itu hanyalah bagi yang sudah tidak berjawatan dan mungkin dengan kata lain, orang yang sudah tidak diperlukan lagi dalam Umno-BN. Dah jadi tabiat BN, mana-mana aktivis politik BN yang sudah tidak diperlukan akan 'dikorbankan' untuk memberi gambaran kepada rakyat, BN sudah kembali 'suci'. Sejarah telah membuktikan, boleh dikatakan yang kena dakwa kebanyakannya adalah yang sudah tidak berjawatan. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Anwar, ketika memperkenalkan tetamunya itu berkata, kehadiran Xenophon ke Kuala Lumpur adalah untuk memerhati perbicaraan kes liwatnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat.
Beliau adalah antara 50 anggota Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.
Semuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.
Menurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.
Namun pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak berkenaan.
Sebelum itu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata beliau berharap pihak DBKL dan menteri menjawab persoalan aduan pihak penduduk mengapa surau ini mahu dirobohkan.
Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga berkata beliau juga akur tetapi tidak akan mengiktiraf keputusan pemilihan itu.
Pada pemilihan PKR bulan lalu untuk jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham gagal menumbangkan penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, walaupun dikatakan mempunyai sokongan yang meluas.
Beliau berkata, pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan pengerusi tetap dengan cara angkat tangan.
"Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri," katanya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, membuat keputusan itu selepas kedua-dua Ahli Parlimen terbabit mempersoalkan tindakannya yang tidak membenarkan Ooi (DAP-Jelutong) (kiri) meneruskan soalan tambahan berhubung kontrak yang diberikan kepada Bumiputera dalam projek menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang.
Pandikar Amin yang sejak awal pagi menegur ahli Dewan agar mengemukakan soalan tambahan yang jelas dan padat berkata, soalan Ooi tidak mempunyai kaitan dengan soalan asal mengenai projek tersebut.
Fong (DAP-Batu Gajah) kemudiannya bangun mempertikaikan keputusan Pandikar Amin itu malah meminta Speaker juga keluar berehat seketika menyebabkan turut mengarahkan beliau keluar Dewan sehingga 2.30 petang. 
Menurut Harkahdaily, Nuridah dilaporkan sebagai berkata BN hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya. 
Pada hari yang sama, Bernama melaporkan menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini.
"Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji pemimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan
Selain itu, Nuridah juga kesal kerana kerajaan pusat turut menzalimi rakyat dalam aspek air, apabila sanggup bertindak untuk menaikkan harga air di Selangor, sehingga memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tegas untuk membantu rakyat yang dizalimi.


GEORGETOWN - Pakatan Rakyat tidak melihat sebarang masalah dengan pemimpin berkaliber dan terbukti kebolehannya seperti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul tergempar Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali untuk membincangkan usaha Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk menggantung Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Parlimen tanpa diberi peluang membela diri.
KUALA LUMPUR - Dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian tanah lot banglo dikenakan terhadap Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak mengambarkan keseluruhan kesalahan yang telah dilakukan mantan Menteri Besar Selangor itu.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan