Jumaat, 3 Disember 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Angkara Pendedahan "Cinta Syyhh", Uncle Seekers & Bapanya Disaman Oleh Bekas Pemaisuri Agong

Posted: 03 Dec 2010 06:08 AM PST

Seperti yang dijangka! Saya petik:
[UM] KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. 

P/s: Walau apapun tindakan yang mahu diambil, namun "kerosakan telah berlaku".

Lebih Separuh Remaja Mengaku Pernah Berzina

Posted: 03 Dec 2010 04:00 AM PST

Jangan nafikan bahawa remaja Malaysia juga begini. Dahulu ada fakulti sebuah universiti membuat kaji selidik dan hasilnya amat mengejutkan. Namun, keputusan kaji selidik itu dibangkang oleh pelbagai pihak yang menghidap penyakit sindrom penafian kronik. Walaupun kaji selidik itu hanya melibatkan responden yang kecil jumlahnya, namun janganlah sesekali meminggirkan/menafikan keputusannya.

Hari ini terbukti apabila gejala buang bayi kian berleluasa, begitun juga fenomena seks bebas dalam kalangan remaja. Lebih menggusarkan apabila Sekolah Harapan dibuka khusus untuk remaja yang hamil anak luar nikah yang bukan sahaja gagal menangani masalah ini, malah pembukaan sekolah itu menggalakkan lagi remaja berzina.

Saya petik:
[HM] JAKARTA: Lebih separuh daripada remaja Jakarta mengaku berzina, kata Agensi Perancang Keluarga Kebangsaan, semalam.

Hasil kajian dilakukan agensi itu menunjukkan, daripada 100 remaja ditemui, 51 mengaku tidak lagi dara. 
Walaupun begitu, ketuanya, Sugiri Syarif, berkata jumlah itu masih rendah berbanding bandar raya lain seperti Surabaya (54 peratus) dan Medan (52 peratus).

Di Bandung pula, kadarnya adalah 47 peratus.

"Kajian menunjukkan, sebanyak 2.4 juta pengguguran janin dilakukan di Indonesia setiap tahun, 800,000 daripadanya membabitkan remaja," katanya, semalam.

Satu kajian lain pula menunjukkan, 37 peratus daripada 1,160 mahasiswa di Yogyakarta mengaku pernah hamil di luar nikah. - Agensi

P/s: Tidak menghairankan apabila negara Indonesia sering dilanda bencana alam yang dashyat jika dilihat betapa hebat negara itu diserang dengan pelbagai macam gejala budaya hedonisme. Jadi, ambil iktibar. Jangan biarkan Malaysia juga berada dalam senarai negara yang bakal menerima bala Allah yang Maha Dashyat!

[Terkini] Takziah, Harga Petrol. Diesel, Gas, & Gula NAIK!!

Posted: 03 Dec 2010 02:40 AM PST


HADIAH TAHUN BARU! Saya petik:

[MK] Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.



P/s: Berita sebegini sifatnya tidak akan keluar dalam blog pro-UMCO. Mereka sanggup berkorban demi Najib! SYABAS yang merampas hak rakyat Selangor pun mereka sokong!

Kutipan Filem 2 Alam Sebelum 2 Hari Tamat Skim Wajib Tayang

Posted: 03 Dec 2010 12:13 AM PST

RM2 Juta???

Sehingga 30 November 2011, filem yang digah-gahkan oleh produsernya hanya mengutip sebanyak RM350 ribu. Itulah kutipan yang dapat diperoleh filem ini sebelum Skim Wajib Tayang tamat 2 hari dari tarikh itu (2/12). Filem ini mula ditayangkan pada 18 November 2011.

Jika begitu, bagaimana produsernya boleh mengeluarkan kenyataan bahawa filem itu berjaya mengutip RM2 juta pada hari pertama?

Samanlah Jika Cerita Zina ADUN PAS Ini Tidak Benar!

Posted: 02 Dec 2010 06:00 PM PST




Semalam sebuah blog pro-UMCO (P. Gomo) menyiarkan beberapa gambar poster yang mendakwa seorang ADUN PAS ditangkap khalwat dalam keadaaan yang mengaibkan.

Menurut blog itu, kumpulan yang menyebarkan segala isu berkaitan dengan ADUN PAS ini dikenal dengan nama Nadi Rakyat. Penggerak utama Kumpulan Cyberwar pro-Kerajaan BN ini diketuai oleh Saudara Azmy Awang Kelana Jaya.

Blog itu turut mencabar ADUN yang terlibat mengambil tindakan saman kepada pihak yang mendedahkan hal ini:

Kenapa Adun PAS Tak Saman sahaja
kepada mereka yang buat pendedahan ini?
SAMAN JIKA ANDA TIDAK SALAH.

Anda tahu apa implikasinya jika pendedahan begini tidak disekat dengan laporan polis atau saman? Jika tiada apa-apa tindakan diambil, maka mungkin separuh daripada pembaca media mesra UMCO ini akan menerima apa-apa tulisan tanpa memikirkan kesahihannya. Alasan mereka mudah: "Kalau tidak betul, sudah tentu ADUN PAS ini akan menyaman pihak terbabit".

Sebelum ini, blog yang sama turut mengaitkan YB Salahuddin Ayup dengan kes yang sama. Mereka gelar YB ini dengan nama Din Puduraya. Begitu juga dengan Mat Sabu yang turut dikaitkan dengan kes yang amat mengaibkan ini. Sebuah blog lain pula pernah menyiarkan artikel-artikel yang mengaitkan skandal Anwar dengan Shamsidar. Tiada juga tindakan diambil untuk menafi atau menyekatnya.

Keadaan ini amat-amat membimbangkan kerana blog-blog tersebut menerima kunjungan sekitar lima angka sehari. Bayangkan impaknya kepada maruah pemimpin dan PR secara keseluruhan. Kata orang, "cerita fitnah ini lama-lama jika tiada yang menafikan akan dianggap betul oleh orang ramai". Saya bersetuju dengan tindakan bekas calon PAS di DUN Galas yang mengambil tindakan proaktif untuk menyekat cerita fitnah tentang dirinya. Tindakan yang tegas itu dapat menghentikan terus fitnah daripada tersebar dari blog ke blog dan seterusnya ke laman sosial seperti Facebook.

Orang mungkin tertanya-tanya sebab blog pro-UMCO begitu rancak dengan pengunjung hari ini. Salah satu sebab, cerita sensasi bersifat mengaibkan pemimpin/agensi/parti PR semakin galak disiarkan dalam blog mereka. Sudahlah belum tentu kebenarannya, tulisan pula diselang seli dengan kata-kata makian dan kesat. Mengapa cerita tersebut kian berleluasa? Kerana tiada tindakan diambil oleh orang/parti yang terlibat untuk menafikan atau mengambil tindakan undang-undang kepada jurublog. Cerita-cerita begini menggamit pengunjung (rata-ratanya mungkin remaja atau golongan muda), dalam masa yang sama, cerita begini menimbulkan persepsi buruk kepada PR.

Apabila Utusan menyiarkan senarai blog baru-baru ini, banyak yang terkejut melihat perkembangan blog pro-UMCO sejak akhir-akhir ini. Jika zaman Reformasi dan sebelum PRU12 blog PR "menguasai" alam siber, kini kelompok blog UMCO mendominasi ranking trafik Alexa. Walaupun senarai penuh itu boleh dipertikaikan (Duniacacamarba pun layak masuk) namun lihatlah senarai 20 tertinggi, rata-rata dikuasai oleh blog-blog pro-UMCO.

Saya kadang-kala melayari blog-blog pro-UMCO. Satu-satunya perkara yang menarik minat/perhatian saya ialah kesungguhan mereka membina rangkaian/jalinan blog yang menyokong kerajaan. Blog-blog yang sudah mempunyai trafik yang tinggi mengambil inisiatif untuk membuka ruang/senarai blog-blog penyokong kerajaan yang baru bertapak di alam siber. Mereka mempromosi blog-blog tersebut sehinggalah blog-blog itu mencapai hit yang tinggi.

Hal sebegini kurang dipraktikkan (ada sebahagian kecil yang mengambil insiatif, bukan semua "sombong") oleh jurublog PR. Rata-rata jurublog PR yang sudah popular merasakan blog mereka begitu eksklusif sehingga blog-blog kecil/baharu dipinggirkan. Ada jurublog baharu yang meminta agar blog mereka dipautkan di blog popular PR, namun permintaan itu tidak diendahkan. DUNIACACAMARBA pernah juga mengalami keadaan yang sama apabila permintaan untuk bertukar pautan tidak diendahkan oleh blog-blog pro-PR yang kunun-kununnya hebat di pentas siber. Sikap begini sebenarnya amat merugikan mereka, malah sudah tentu impaknya turut terpalit pada PR.

Justeru, saya  mengambil inisiatif untuk bertukar-tukar pautan dengan jurublog yang lain agar rangkaian/jalinan blog yang menyokong PR semakin berkembang (blog peribadi, saya tolak. minta maaf). Walaupun maklum balasnya agak kurang memberangsangkan namun terdapat pertambahan pautan setiap hari. Saya masih meneruskan inisiatif ini, jadi bagi yang berminat untuk bertukar-tukar pautan, tinggallah alamat blog anda di ruangan "Sembang dan Pesanan" di atas.

Cinta Gila Atuk 56 Tahun dengan Remaja 13 Tahun

Posted: 02 Dec 2010 04:33 PM PST

Saya petik:
[HM] BATU PAHAT: "Saya tahu kamu suka sama suka, tetapi gadis ini masih kecil dan bertaraf cucu kepada kamu. Selagi mangsa berusia bawah 16 tahun, undang-undang negara mengklasifikasikan tindakan kamu sebagai kes rogol.

"Kamu sepatutnya melindungi serta menasihatkan gadis ini dan bukan memujuknya melakukan hubungan seks," kata Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukum kepada seorang warga emas orang kurang upaya (OKU).

Tertuduh, Mohd Sairi Munajar@Munajat, 56, yang cacat kedua-dua tangannya dipenjara 10 tahun dan enam sebatan semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja berusia 13 tahun di asrama pekerja di Kampung Dalam, Ayer Hitam pada Oktober 2009.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, tertuduh sepatutnya melindungi dan menasihatkan gadis berkenaan daripada melakukan perbuatan negatif, tetapi keadaan sebaliknya berlaku.

Beliau berkata, kes rogol membabitkan mangsa di bawah umur semakin berleluasa dan hukuman lebih tegas perlu dikenakan sebagai peringatan dan amaran kepada masyarakat.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman berkenaan kepada tertuduh yang juga seorang tukang kayu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sairi dituduh merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun sembilan bulan di Asrama Pekerja Kilang, Syarikat Berjaya Perniagaan Kayu Kayan T dan Y di Batu 19, Kampung Dalam, Ayer Hitam, di sini, pada jam 11.30 malam, 24 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh merogol mangsa di tempat sama antara jam 2 petang hingga 11 malam pada 25 Oktober tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan...... - Ibrahim Isa

Tiada ulasan: