DIALOG RAKYAT |
- Proses naik taraf Darul Quran jadi kolej universiti peringkat akhir
- Nik Aziz: PAS sedia hadapi pilihan raya umum bila-bila masa
- MBE: MPEN syor laksana GST, susun semula pendapatan cukai individu
- Petrol RON95 dan diesel naik lima sen, gula mahal 20 sen
- Muhyidin Takut Kejahatan Terbongkar.
- Salahuddin persoal kenaikan harga minyak
- Tiada penafian keluar PKR oleh Chegu Bard
- Projek Terbengkalai: Akta Pemajuan Perumahan dipinda
- Sebutan rayuan kes ‘Rosmah Puaka’ di Mahkamah Tinggi 8 Disember
- Wan Azizah pukul tepat sasaran "kelemahan" Umno
- Satu lagi mangsa rompakan Abu Sayyaf
- KDN ada maklumat mengenai firma yang didedahkan oleh WikiLeaks
- Pulau Pinang juga tunjuk minat ambil alih operasi pelabuhan negeri
- Palanivel bakal jadi presiden MIC kelapan minggu depan
- Polemik Ketuanan Melayu: Raja-raja terikat pilihan rakyat, kata PAS
- Isu APCO: Jawatankuasa Parlimen enggan benar Anwar beri keterangan
- BAPAK selesai 30 peratus aduan warga FELDA
- Empat Negeri Dapat Ketua Polis Baru
- Polis Masih Siasat Kes Khianat Masjid, Gereja Di Petaling Jaya
- Memo Air : Angkat Ketuanan Rakyat, Humban "Ketuanan Melayu"
- Politik kemiskinan ala-Ketuanan Melayu UMNO
- Najib Takut Hadapi Pemilihan Umno
- Perkuat Parti Dahulu, Usah Sibuk Bincang Hal Putrajaya
- MPK bakal ambil tindakan atas MCA
- Kerajaan Pakatan Selangor laksana pelan tindakan bantu rakyat tidak mampu lunas tunggakan bil air
Proses naik taraf Darul Quran jadi kolej universiti peringkat akhir Posted: 03 Dec 2010 03:15 PM PST BERNAMA PUTRAJAYA — Proses menaiktaraf Darul Quran untuk menjadikannya sebuah Kolej Universiti kini sedang dalam peringkat akhir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata dengan pengiktirafan itu, ia akan memartabatkan lagi peranan Darul Quran sebagai institusi bagi melahirkan pelajar tahfiz al-Quran. "Sekarang kerja-kerja perancangan akademik daripada segi meningkatkan prasarana lain sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pada April lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya sedang berusaha untuk meningkatkan taraf Darul Quran dengan menjadikannya sebuah Kolej Universiti atau Universiti yang berupaya melahirkan graduan sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran. Terdahulu, Jamil Khir menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, manakala Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diwakili Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof Dr Musa Ahmad. MoA itu adalah lanjutan kepada Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani pada tahun lepas bagi membolehkan pelajar dari Darul Quran menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan kepujian dari USIM. Pada masa ini, seramai 68 pelajar sedang mengikuti program berkenaan. Mengulas mengenainya, Jamil Khir berkata ia merupakan satu kerjasama yang bijak untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ijazah dalam bidang hafazan al-Quran di negara sendiri. | ||||||||||||
Nik Aziz: PAS sedia hadapi pilihan raya umum bila-bila masa Posted: 03 Dec 2010 03:11 PM PST BERNAMA KOTA BARU — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata partinya bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa berikutan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan yang sepatutnya bermula tahun depan. Malahan beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata partinya tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya umum lebih awal kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia. "Kita bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa daripada sekarang jika ia diadakan lebih awal seperti digembar-gemburkan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini Nik Aziz (gambar) berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan pada penghujung tahun depan berikutan pengumuman Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pemilihan Umno sehingga 18 bulan. Beliau berkata PAS juga sudah mempunyai calon-calon yang berkebolehan untuk diketengahkan pada pilihan raya umum biarpun parti itu pernah tewas buat pertama kali dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November lepas. Dalam pilihan raya kecil DUN itu, calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad, dengan majoriti besar 1,190 berbanding pilihan raya umum 2008 lepas. Calon PAS, Allahyarham Chek Hashim Sulaima, yang meninggal dunia pada 27 September lepas, memperoleh majoriti hanya 646 undi. BN memperoleh kemenangan besar pertama dalam pilihan raya kecil itu setelah tewas kepada PAS dengan majoriti tipis dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 2009. Kemenangan BN di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dikatakan menjadi sandaran untuk BN mengadakan pilihan raya umum tahun depan kerana keyakinan rakyat semakin beralih kepada BN berbanding pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan pakatan pembangkang memperoleh lima negeri dan BN hanya mendapat majoriti mudah berbanding dua pertiga majoriti dalam Parlimen pada 2004. Nik Abdul Aziz turut menafikan dakwaan kononnya kekalahan PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas bukan disebabkan faktor calon yang ditolak pengundi kerana pernah kalah dalam pilihan raya sebelum itu. Namun beliau mengakui kemungkinan kesilapan strategi berkempen punca calon BN memperoleh majoriti lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi calon PAS pada pilihan raya umum 2008. | ||||||||||||
MBE: MPEN syor laksana GST, susun semula pendapatan cukai individu Posted: 03 Dec 2010 03:10 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Bagi meningkatkan kecekapan sistem cukai, pentadbiran Najib diminta melaksanakan pembaharuan cukai termasuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mengurangkan beberapa insentif cukai syarikat dan menurunkan kadar cukai selaras dengan negara-negara jiran. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) juga mencadangkan agar kerajaan menyusun semula cukai pendapatan individu supaya kurang regresif, menurunkan kadar cukai dan menggabungkan kredit cukai pendapatan individu kepada beberapa kategori yang lebih kecil. Selain itu MPEN juga mencadangkan pengurusan cukai dan kadar kepatuhan cukai ditingkatkan serta mengasingkan semua hasil daripada sumber minyak sebagai hasil khas yang dimasukkan ke dalam akaun atau tabung khas. Dalam meningkatkan kawalan perbelanjaan, MPEN mencadangkan langkah pembaharuan perbelanjaan, termasuk memperkenal pengurusan nilai dalam perancangan perbelanjaan untuk memastikan kerajaan mendapat nilai daripada wang yang dibelanjakan, mewujudkan dasar dan peraturan perolehan yang telus untuk menggalakkan persaingan harga yang lebih baik dan membantu mengawal perbelanjaan. MPEN turut mencadangakan supaya menyesuaikan saiz sektor awam bagi mengurangkan perbelanjaan emolumen dan memperbaharui sistem pencen sektor awam bagi mengurangkan liabiliti luar jangka kerajaan. "Khasnya, kemasukan baharu dalam perkhidmatan awam seharusnya perlu menyertai skim pencen berbayar, dan skim pencen itu perlu juga menangani isu berkaitan kemasukan ke dalam dan keluar daripada sektor awam secara fleksibel seperti yang dicadangkan dalam pembaharuan sektor awam," kata MPEN dalam Model Baru Ekonomi untuk Malaysia Bahagian Akhir: Langkah Dasar Strategik yang dikeluarkan di sini hari ini. Majlis itu juga mencadangkan kajian semula subsidi dan bayaran pindahan. Sementara itu, MPEN mencadangkan supaya institusi fiskal dikaji semula dengan tujuan untuk memperkukuh peranan dan fungsi mereka. Majlis itu menjelaskan penggunaan baki keseluruhan sebagai petunjuk kepada dasar fiskal negara tidak mencukupi dan ia memberi syarat yang salah kepada penggubal dasar kerana saiz dan ketidaktentuan hasil minyak negara. "Defisit keseluruhan Malaysia mungkin rendah, memberi gambaran yang kerajaan sedang mengukuhkan kedudukan kewangannya sedangkan sebenarnya mungkin terdapat risiko rangsangan dan pada masa yang sama terdapat kemungkinan pengurangan perbelanjaan yang drastik bila harga minyak merudum," katanya. MPEN mencadangkan kerajaan mengguna pakai baki bukan minyak bersama-sama dengan agregat bukan minyak lain di samping agregat biasa dalam penggubalan dasar fiskal. Satu lagi cadangan penting ialah kerajaan melaksana "Laporan mengenai Pematuhan Standard dan Kod (ROSC) mengenai Ketelusan Fiskal", katanya. "Ini merupakan penilaian sejauh mana penggubalan dasar fiskal kerajaan dilihat dari segi ketulusan dan keberkesanannya berdasarkan piawaian amalan terbaik antarabangsa. Dalam jangka panjang, perkara-perkara yang perlu dilaksanakan termasuk menyediakan rangka kerja belanjawan jangka sederhana dan jangka panjang dan memperbaiki penyebaran maklumat mengenai kewangan awam," kata MPEN. Selain itu MPEN juga mengesyorkan supaya Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (NDPC) perlu diaktifkan semula bagi menyelaras dan mengkaji semula dasar kementerian dan agensi kerajaan di peringkat pusat, negeri dan kerajaan tempatan. Tindakan itu adalah sejajar dengan pendekatan kerajaan yang menyeluruh, kata MPEN. MPEN berkata NDPC baharu itu perlu diaktifkan semula untuk memberi tumpuan terhadap penggubalan dan pelaksanaan dasar, bukan secara eksklusif kepada proses perancangan pembangunan. "Bagi memastikan keberkaitan yang lebih baik dalam pembentukan dan fasa pelaksanaan dasar-dasar nasional impak tinggi, jumlah jawatankuasa perlu dikaji semula dan dirasionalisasikan," katanya. MPEN berkata peranan baharu dan fungsi NDPC, termasuk menyemak cadangan dasar pelbagai kementerian dan agensi, penelitian yang lebih intensif ke atas inisiatif dan dasar sektoral daripada pelbagai kementerian atau agensi membuat keputusan dasar, memantau pelaksanaan dasar dan keputusan kerajaan dan menyediakan maklumat berkaitan untuk rakyat yang sesuai dan mereka bentuk pelarasan dan intervensi tambahan yang diperlukan serta langkah-langkah untuk memastikan pelaksanaan dasar akan terus kekal ke arah mencapai keputusan-keputusan yang diingini. | ||||||||||||
Petrol RON95 dan diesel naik lima sen, gula mahal 20 sen Posted: 03 Dec 2010 03:07 PM PST TERKINI PUTRAJAYA— Harga petrol RON95 sah mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai tengah malam ini — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib. Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter. Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter. Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair (PLG) kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang. Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi. Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga. RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini. The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan produk-produk itu akan mengalami kenaikan mulai tengah malam ini. Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion. Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, pelarasan subsidi diperlukan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan. "Kami melakukan yang ini (pelarasan subsidi) untuk memastikan defisit kita dapat dikurangkan. Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. "Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita)," kata beliau pada majlis taklimat pengumuman pelarasan subsidi di pejabatnya petang tadi. Kata beliau, walaupun ada kenaikan lima sen, harga jualan RON95 dan juga LPG serta diesel dan gula masih rendah berbanding di Indonesia. "Lebih rendah berbanding Singapura dan Thailand," katanya. Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. "Salah satu pendekatan untuk mengurangkan kos ialah merasionalkan subsidi kita sebab subsidi keseluruhan Malaysia adalah paling tinggi berbanding negara lain. Subsidi kita tidak sasarkan pada (kumpulan) rakyat miskin," katanya. Oleh itu kata beliau, penjimatan daripada pelarasan subsidi akan digunakan untuk pembiayaan pembangunan luar bandar, pendudukan, pengangkutan bandar dan bidang-bidang lain dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama. Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini. Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram. | ||||||||||||
Muhyidin Takut Kejahatan Terbongkar. Posted: 03 Dec 2010 02:53 PM PST Ustaz Idris Ahmad Parti Islam Se-Malaysia PAS mendakwaTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang penyelewingan kerajaan BN akan terbongkar sehingga beliau mengingatkan pemimpin pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara supaya tidak terjebak dengan fitnah yang ditabur oleh media yang menyokong pembangkang. Tan Sri Muhyidin bercakap seolah-olah kerajaan pada hari ini tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap media pembangkang jika ada unsur fitnah. Berapa banyak Akta yang ada di Malaysia, seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti Kolej, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang boleh bertindak. Nampak sangat kerajaan BN pada hari ini takut dengan bayang-bayang. Tan Sri Muhyidin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewengan Umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui. Siapa tidak tahu Malaysia negara rasuah. Siapa tidak tahu Malaysia mempunyai khazanah negara yang banyak tetapi dibolot oleh pemimpin sehingga rakyat derita. Rakyat akan dapat tahu lebih banyak setelah kerajaan BN tumbang nanti, sebagai mana yang telah diselongkarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini Timbalan Presiden Umno buat-buat lupa, pada hal media Umno yang melemparkan fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti memfitnah Dato' Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak, memutarkan berita bacaan doa kepada YAB Lim Guan Eng dalam khutbah, wang untuk warga emas yang beragama Islam difitnah daripada wang judi. Tan Sri Muhyidin hanya membuang masa bercakap kepada orang yang cerdik di kalangan pelajar. Mereka ini dengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pelajar bukan orang yang bodoh, mereka golongan terpelajar. Segala tuduhan,pelajar tidak telan bulat-bulat, dan mereka tidak rela untuk diperbodohkan oleh pemimpin Umno. Mereka pergi dengar kerana dipaksa rela, bukan suka rela. Timbalan Presiden Umno boleh berleter apa sahaja yang beliau mahu, apabila pelajar balik membuka internet untuk menyaring apa yang didengar tadi. Inilah untungnya zaman multimedia, dunia tanpa sempadan. Tetapi zaman langit terbuka ini menjadi mimpi ngeri pada pemimpin Umno, kerana dalam sekelip mata segala fitnah yang mereka lemparkan kepada pembangkang akan mendapat jawapan sebenarnya | ||||||||||||
Salahuddin persoal kenaikan harga minyak Posted: 03 Dec 2010 01:17 AM PST
| ||||||||||||
Tiada penafian keluar PKR oleh Chegu Bard Posted: 03 Dec 2010 01:07 AM PST PETALING JAYA: Ketua Cabang Rembau, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin hari ini enggan mengulas lanjut terhadap khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan parti itu. "No komen buat masa ini, tapi yang pasti saya dan anak-anak muda yang mendukung prinsip keadilan tetap teruskan perjuangan sama ada dengan jawatan atau tidak," menurut beliau dalam satu mesej yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas kepada FMT hari ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard menyatakan pendirian beliau untuk menolak semua jawatan yang kemungkinan akan ditawarkan kepada beliau oleh kepimpinan pusat PKR nanti. "Saya dah tetap pendirian tolak keputusan pemilihan, tolak semua jawatan lantikan dan terus berjuang," tulis beliau dengan ringkas. Bagaimanapun khabar angin ini semakin heboh diperkatakan apabila Chegu Bard dikatakan gagal dihubungi sama ada oleh media mahupun oleh teman-teman rapat beliau sejak awal minggu ini. Sementara itu, bekas pengurus kempen Chegu Bard, Zulkifli Ibrahim pula memberitahu FMT, beberapa teman rapat mereka turut mengadu akan kesukaran untuk menghubungi Chegu Bard akhir-akhir ini. Bagaimanapun Zulkifli juga memberitahu beliau sempat bertemu Chegu Bard dalam satu program bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Simpang Ampat, Nibong Tebal baru-baru ini. Teruskan perjuangan Menurut Zulkifli, Chegu Bard ketika itu hanya meminta teman-teman dan anak-anak muda lain agar meneruskan perjuangan dan enggan mengulas panjang tentang khabar angin itu. "Saya juga ada bertanyakan tentang khabar angin itu dengan dia. Tapi Chegu Bard semacam tidak mengiyakan atau menafikan desas- desus itu. Cuma beliau ada berpesan agar rakan-rakan anak muda tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan. "Tapi jelas apa yang saya lihat, Chegu Bard tidak menunjukkan tanda-tanda seorang yang patah semangat walaupun telah ditewaskan dengan cara penipuan semasa pemilihan," katanya lagi. Sementara itu, Zulkifli turut meragui kenyataan pemimpin-pemimpin parti bahawa siasatan tentang penyelewengan dalam pemilihan tetap dijalankan meskipun kongres parti telah berakhir. "Sebelum ni seorang saksi dari Sabah telah bertemu dengan salah seorang calon Naib Presiden. Kemudian saksi tersebut telah dibawa ke ibu pejabat untuk memberi keterangannya. "Tetapi malangnya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) enggan mengambil kenyataan saksi tersebut dengan alasan pada ketika ini parti haruslah menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Umum ke 13," ujar Zulkifli lagi. "Malahan sesiapa yang ada ketika pengundian dengan mengangkat tangan untuk jawatan Pengerusi Tetap AMK dijalankan dalam Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) pasti nampak penipuan mereka," kata Zulkifli. | ||||||||||||
Projek Terbengkalai: Akta Pemajuan Perumahan dipinda Posted: 03 Dec 2010 01:06 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 bagi menangani projek perumahan terbengkalai di negara ini. Menterinya Datuk Chor Chee Heung berkata pihaknya sedang dalam proses mengkaji pindaan agar peruntukan khusus diwujudkan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pemaju perumahan yang gagal menyiapkan projek perumahan.
"Sungguhpun begitu, KPKT buat masa kini ini tetap melakukan penguatkuasaan dengan peruntukan sedia ada di bawah akta itu dengan kaedah seperti penyiasatan dan pemeriksaan atas laporan pemantauan projek, kompaun dan pendakwaan, senarai hitam pemaju dan pengarah syarikat," katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Chor berkata beberapa langkah dilakukan bagi menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai termasuk melaksanakan pemantauan dan penyelarasan yang lebih rapi dengan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai. Beliau berkata pasukan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan tiga kumpulan kerja itu menumpukan kepada penetapan dasar kemajuan perumahan negara, pemantapan pemulihan projek dan penguatkuasaan undang-undang. Mengena projek perumahan terbengkalai, katanya perundingan dengan pihak berkepentingan dalam pemajuan perumahan sentiasa diadakan seperti pemaju perumahan, pembiaya, Persatuan Pembeli-Pembeli Rumah (HBA) serta Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan (REDHA). Sementara itu, sebanyak 161 projek dengan jumlah 50,614 unit rumah yang diisytiharkan terbengkalai dilaporkan sehingga Selasa lepas. "Daripada jumlah tersebut, terdapat 5,573 unit (11 peratus) merupakan rumah kos rendah dan 8,687 unit (17 peratus) rumah kos sederhana," katanya. Beliau berkata pihaknya sedang menangani masalah ini dan setakat ini sebanyak 51 projek itu dapat disiapkan, 58 dalam peringkat pemulihan dan bakinya masih lagi mencari kontraktor penyelamat. | ||||||||||||
Sebutan rayuan kes ‘Rosmah Puaka’ di Mahkamah Tinggi 8 Disember Posted: 03 Dec 2010 01:05 AM PST PETALING JAYA: Sebutan rayuan bagi kes 'Rosmah Puaka' yang membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada 8 Disember depan. Rayuan itu dikemukakan pihak pendakwaraya terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah dibawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.
Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat,pencerobohan jenayah dan vandalisme. Namun hakim Rozana Ali Yusoff membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut. Rozana dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaraya gagal membuktikan premis penting dalam pertuduhan yang boleh mengaitkan semua tertuduh melakukan khianat dan mempunyai niat yang sama. Beliau juga berkata siasatan forensik yang dilakukan terhadap bahan api serta rekod panggilan telefon juga tidak dapat mengaitkannya dengan tertuduh. Hakim semak nota keterangan "Dalam proses kes sebegini hakim biasanya akan menyemak nota keterangan, petisyen yang difailkan, serta beberapa dokumen penghakiman yang lain. "Jika semua dokumen yang diperlukan lengkap, kemungkinan hakim akan tetapkan tarikh untuk dengar rayuan…namun semuanya terpulang pada hasil perjalanan kes Rabu depan," kata peguam mewakili Shazni Mohd Razlan Jalaluddin ketika dihubungi FMT. Kelima-lima pelajar terbabit sebelum ini didakwa dibawah Seksyen 427 atas tuduhan menyimbah petrol di atas permaidani – yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor – dan menconteng didinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam (API) dengan tulisan 'Rosmah Puaka' 24 Jun tahun lalu kira-kira jam 4 pagi. Mereka didakwa turut menconteng perkataan "C4", "Bini Puaka", dan "pembunuh Altantuya" didinding API dengan tulisan merah sebelum kedatangan Rosmah Mansor ke universiti itu bagi menghadiri satu majlis rasmi. Manakala bagi Seksyen 436/511, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama. Mereka juga menghadapi pertuduhan menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 kanun yang sama. | ||||||||||||
Wan Azizah pukul tepat sasaran "kelemahan" Umno Posted: 03 Dec 2010 01:02 AM PST Oleh Kim Quek Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail memukul tepat sasaran "kelemahan" Umno apabila beliau mengibaratkan konsep 'Ketuanan Melayu' sebagai ideologi songsang, yang menjadi tempat penggantungan Umno sejak bertahun-tahun lamanya. Ketika menyampaikan ucapannya pada Kongres Tahunan parti 27 November lalu, beliau berkata, konsep 'Ketuanan Melayu' digunakan oleh golongan elitis Melayu untuk memperdaya orang-orang Melayu bagi mengekalkan kuasa politik mereka.
Namun hasilnya, majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera tetap miskin dan hidup seperti 'melukut ditepi gantang' walaupun Umno memerintah lebih 53 tahun. Menyeru orang-orang Melayu supaya membuang jauh-jauh ideologi itu, beliau berkata, konsep "Ketuanan Melayu" hendaklah ditinggalkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi saling hormat menghormati di antara kaum. Mengikut standard demokrasi, seruan Wan Azizah untuk membuang faham perkauman harus dipuji sejajar dengan nilai fundamental yang diterima oleh setiap masyarakat di dunia ini. Meskipun Malaysia terlepas dari kutukan dunia seperti mana yang dialami oleh dasar apartheid Afrika Selatan, suatu ketika dahulu, namun penyakit rasis masih kekal sebagai satu wabak yang menghancurkan integrasi nasional dan membantut perkembangan ekonomi. Ketuanan Melayu tak dapat dipertahankan Mungkin atas kesedaran bahawa 'Ketuanan Melayu' tidak dapat dipertahankan di mata dunia maka Umno kelihatan kehilangan punca bagaimana untuk respon terhadap asakan tanpa duga daripada Wan Azizah. Untuk mendiamkan diri bermakna membenarkan kata-kata Wan Azizah dan ini boleh membawa padah dan masalah besar kerana melalui hasutan rasis sebeginilah Umno berharap dapat merentangi halangan pilihan raya umum akan datang. Jadi, bagaimana mungkin Umno dapat membebaskan diri dari mendokong konsep 'Ketuanan Melayu'?. Di samping itu, selagi Umno terus mempertahankan ideologi lapuk ini bermakna menarik kritikan dan penghinaan dari dunia luar. Ini tidak dapat dielak, memandangkan penggunaan peralatan komunikasi moden yang mampu membawa berita dan maklumat dengan sekelip mata maka kritikan dari masyarakat antarabangsa sukar untuk dibendung. Jadi, selepas pulih dari kejutan yang dibuat oleh Wan Azizah, respon mula mencurah datang daripada para pemimpin tertinggi Umno tetapi alasan yang diberi sama ada tidak relevan atau mereka cuba mengelak dari menyentuh isu sebenar dan malah tidak ada yang berani berdepan dengan Wan Azizah. Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan tegas daripada Wan Azizah itu sebagai langkah "menyelamatkan kapal yang sedang tenggelam" dan mengembalikan sokongan orang ramai selepas pepecahan dalam pemilihan parti PKR. Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno Zahid Hamidi pula berkata Wan Azizah "cuba mengalihkan perhatian rakyat dari masalah serius dalam partinya." Beliau berkata PKR mahu mengambil hati masyarakat Cina dan India bagi mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya umum akan datang. Sekali lagi, beliau mengelak dari menyentuh isu 'Ketuanan'. Kerja kotor Perkasa Seperti yang dijangka, kerja kotor ini dilemparkan kepada sayap ultra rasis Umno, Perkasa untuk menjawabnya. Ketua Pemudanya Arman Azha Abu Hanifah menyerang Wan Azizah dengan menyifatkan beliau sebagai "pelacur politik." Beliau berkata beliau (Wan Azizah) dan pemimpin Melayu PKR yang lain terhutang budi kepada dasar 'Ketuanan Melayu' atas pencapaian profesional mereka dan sekarang ini mereka telah mengkhianati bangsa Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang Cina dan India. Lebih menarik, sikap kurang ajar dan tidak sensitif yang diperlihatkan Arman dengan menghentam para pemimpin Melayu yang lain menjustifikasikan seruan Wan Azizah untuk menolak mentaliti 'Ketuanan Melayu' bagi memulih semula penghormatan dan harga diri bangsanya. Kenyataan beliau menyifatkan Wan Azizah sebagai "pelacur" merupakan satu penghinaan terhadap bangsanya sendiri. Kenyataan beliau bahawa orang-orang Melayu tidak mampu mencapai kemajuan tanpa mendapat layanan istimewa disebabkan bangsa merupakan satu lagi penghinaan terhadap bangsanya sendiri. ESOK: Bukti jelas perkauman Umno | ||||||||||||
Satu lagi mangsa rompakan Abu Sayyaf Posted: 03 Dec 2010 12:58 AM PST LAHAD DATU: Polis sedang menyiasat satu lagi rompakan di perairan Sabah yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf dari Selatan Filipina. Dalam insiden terbaru di perairan laut Lahad Datu, di sebelah timur Sabah, enam anggota bersenjata yang menggunakan bot laju menaiki kapal Malaysia dan melarikan bahan petrol dan peralatan.
Bot tunda dari Tawau milik Syarikat One Up Sdn Bhd sedang menarik tongkang berisi 1,700 ton metrik kayu balak dalam perjalanan ke Sandakan. Menurut sumber, sekumpulan enam lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah bot tunda memaksanya berhenti di Tambisan di perairan Tungku dekat sini Sabtu lalu kira-kira jam 2.30 petang. Mengaku mereka dari kumpulan Abu Sayyaf, dengan bersenjatakan dua rifel M16 dan senapang separa automatik, mereka melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah bot tunda itu apabila ia tidak berhenti. Tekong bot tunda itu akhirnya berhenti apabila peluru terbang berdekatan awak-awak dan mengena kipas dan enjin bot tunda itu. Lima daripada lanun itu kemundian menaiki bot dan merompak wang tunai dan telefon bimbit daripada tekong dan empat awak-awak yang lain, kesemuanya berbangsa Bugis dari Indonesia dan memiliki permit kerja Malaysia. Mereka juga mengambil alat Sistem Kedudukan Global (GPS), 7,000 liter diesel, enam bateri dan beberapa silinder gas masak. Seorang awak-awak mendedahkan bahawa salah seorang daripada lelaki itu ketawa dalam bahasa Melayu yang fasih: "Terima kasih, kami akan datang lagi malam ini." | ||||||||||||
KDN ada maklumat mengenai firma yang didedahkan oleh WikiLeaks Posted: 03 Dec 2010 12:53 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai maklumat mengenai dua firma Malaysia yang terlibat dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China tetapi tidak boleh diumumkan sehingga mendapat pengesahan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kes itu masih baru lagi dan KDN akan mengambil pendekatan terbaik kerana ia melibatkan keselamatan dalam negara iaitu mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi perisikan dari luar negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan KDN. "Setakat ini saya belum terima laporan terkini mengenai dua firma berkenaan, saya akan mengadakan perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa terdekat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Hishammudin berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Wikileaks sebagai berkata Amerika Syarikat menamakan dua firma Malaysia terlibat dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China. Wikileaks adalah sebuah laman web yang memberi maklumat dalam pelbagai perkara termasuk yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi. Hishammudin berkata KDN tidak boleh bekerja secara bersendirian untuk menangani kes melibatkan dua firma itu, dan oleh itu KDN akan turut meminta kerjasama beberapa pihak seperti Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang terletak di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, dan Wisma Putra. "Sebelum kita (KDN) membuat sebarang kenyataan dan pendirian, kita perlu mengambil kira hubungan dua hala antara Malaysia dan negara-negara yang terbabit dalam kes ini kerana isu keamanan dan keselamatan negara," katanya. Beliau juga berkata, KDN telah meminta PDRM untuk menimbang mewujudkan satu unit jurucakap khas untuk memberi maklumat kepada media dan orang ramai dalam kes-kes berprofil tinggi. "Penubuhan jurucakap khas ini merupakan satu unit tambahan kepada pusat Pusat Media dan Facebook PDRM yang dilancarkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 21 September lepas. "Penubuhan jurucakap khas ini diwujudkan untuk memastikan siasatan itu dijalankan secara telus, ia tidak menjejaskan siasatan," katanya, sambil menambah bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan mengetuai dan mengawal selia unit jurucakap khas tersebut. Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun kementerian itu mempunyai sistem kawalan keselamatan data pertahanan negara yang ketat, namun masih ada lagi sesetengah pihak yang cuba menceroboh dan membocorkan rahsia itu kepada umum. Katanya, sejak penubuhan kementerian itu, ada penggodam yang sentiasa mencari jalan untuk menembusi sistem keselamatan itu bagi kepentingan tertentu. "Kita sentiasa meneliti jika maklumat-maklumat pertahanan negara terkeluar dari simpanan. "Ini kerana saya fikir tidak ada mana-mana pemimpin bersetuju jika maklumat pertahanan keselamatan keluar sebagai satu dokumen yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas menutup Majlis Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat kementeriannya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Wikileaks yang mendedahkan maklumat-maklumat diklasifikasikan sebagai sulit negara atau organisasi kepada umum. Dalam reaksinya, Ahmad Zahid berkata kementeriannya akan melakukan penyiasatan terperinci terhadap laporan itu dengan kerjasama Kementerian Luar bagi meneliti aspek undang-undang yang boleh dilakukan dan diambil bagi menghentikan aktiviti itu dijalankan. "Seperti apa yang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kata semalam, kita akan siasat kesahihannya. "Jika ianya melibatkan mana-mana syarikat yang didaftarkan di dalam Majlis Industri Pertahanan, Keselamatan dan Penguatkuasaan, kita akan lakukan langkah-langkah tertentu supaya tidak langgar piagam dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya. Menurutnya, pihaknya sentiasa memantau mana-mana aktiviti dalam dan luar negara yang dilihat membahayakan keselamatan dari segi pendedahan maklumat atau kebocoran dokumen sulit pertahanan negara. | ||||||||||||
Pulau Pinang juga tunjuk minat ambil alih operasi pelabuhan negeri Posted: 03 Dec 2010 12:49 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Pulau Pinang juga menunjukkan minat mahu mengambil alih Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada Putrajaya, yang dilaporkan menerima beberapa tawaran menguasai pelabuhan utara Semenanjung ini yang mempamerkan keuntungan sejak kebelakangan ini. The Malaysian Insider difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengemukakan bidaan kepada pemilik PPSB - Kementerian Kewangan baru-baru ini. Turut memperlihatkan minat ialah tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Siew Ka Wai, yang kedua-duanya rapat dengan pentadbiran Najib. "Pulau Pinang sudah pun mengemukakan tawaran mendapatkan PPSB. Ia yakin bahawa boleh melakukan kerja yang lebih baik berbanding pengurusan semasa," kata sumber kerajaan negeri kepada The Malaysian Insider. PPSB memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM77.74 juta pada tahun lalu, meningkat daripada RM22.70 juta yang dicapai pada 2008 meskipun pulangan merosot kepada RM268.54 juta berbanding RM277.04 juta pada 2008. Sumber-sumber kerajaan negeri memberitahu Lim mampu membawa cukup ahli perniagaan dan pakar untuk menguruskan PPSB yang kini memerlukan dana bagi mendalamkan saluran pelabuhan itu dan memodenkan dermaga. "Lim mempunyai beberapa idea untuk menyusun semula pelabuhan dan membolehkannya beroperasi dengan lebih baik," kata sumber itu dengan mengatakan bahawa Pulau Pinang memiliki tanah pelabuhan dan perairan, dan sebenarnya mempunyai kata dalam soal menentukan siapa sebenarnya memiliki PPSB. Rakan-rakan Lim dari DAP memberitahu Parlimen pada 24 November lalu bahawa Putrajaya seharusnya tampil menjelaskan sama ada Syed Mokhtar telah membeli pengurusan PPSB, yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno, antaranya Pengerusi PPSB Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dan pengarah urusannya Datuk Ahmad Ibnuhajar. Konglomerat Syed Mokhtar diberikan lesen penyedia rangkaian 4G baru-baru ini manakala satu lagi subsidiarinya berminat untuk mendapatkan Lebuh Raya Utara-Selatan. Bagaimanapun Syed Mokhtar berhadapan dengan saingan daripada pengendali pelabuhan Siew, tokoh industri prokerajaan yang baru-baru ini memperluaskan syarikat media Red Berry untuk menyertakan bersama akhbar tabloid The Malay Mail, Bernama TV dan akhbar harian Malaysian Reserve. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim pula merupakan pesaing kepada kerajaan pusat Barisan Nasional (BN), yang baru-baru ini melantik Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai pengerusi badan kawal selia pelabuhan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC). PPC mengeluarkan lesen kepada PPSB untuk mengendalikan pelabuhan itu yang diswastakan pada 1 Januari 1994 iaitu ketika Pulau Pinang ditadbir oleh BN. Kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri berubah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Ahli Parlimen Tony Pua mengemukakan persoalan semalam berhubung pengambilalihan PPSB oleh Syed Mokhtar dan menuntut penjelasan sepenuhnya daripada kerajaan mengenai proses penswastaan. Wakil rakyat Petaling Jaya Utara ini menekankan bahawa operasi pelabuhan itu diselubungi salah guna dan penyelewengan sebagaimana disebutkan oleh Laporan Audit Negara 2009 dan akan disiasat oleh oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara dalam dua minggu ini. Dengan merujuk kepada laporan spekulatif Business Times Singapura Oktober lalu, Pua berkata, jika pengambilalihan menjadi kenyataan, ia akan menjadi satu lagi tindakan bertentangan dengan banyak janji kerajaan yang mahu bertindak telus dan penuh akauntabiliti, yang dijanjikan oleh Model Ekonomi Baru (MEB) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pua juga menggambarkan langkah itu sebagai satu lagi proses penswastaan "ala-Dr Mahathir" dan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengadakan tender terbuka bagi pembida terbaik membangunkan pelabuhan tersebut. Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang merasakan "dihina dan ditipu" apabila penyerahan Pelabuhan Pulau Pinang tidak dilakukan secara terbuka. Justeru, beliau menggesa agar Ketua Pegawai Eksekutif PPSB digantung ekoran laporan salah guna dan penyelewengn dalam operasi pelabuhan. | ||||||||||||
Palanivel bakal jadi presiden MIC kelapan minggu depan Posted: 03 Dec 2010 12:48 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR ─ Datuk G.Palanivel akan mengambil alih kepimpinan MIC daripada Datuk Seri S. Samy Vellu minggu depan, menjadikan beliau presiden kelapan parti berusia 64 tahun itu. Samy Vellu yang meneraju parti itu selama hampir 31 tahun dijadual menyerahkan baton kuasa MIC kepada Palanivel selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Isnin ini. "Penyerahan kuasa akan dilakukan sama ada hari Isnin atau pada satu majlis khas pada Selasa," kata sumber dalaman parti kepada Bernama, di sini hari ini. Naib Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam akan dilantik ke jawatan No. 2 parti. Palanivel, 61, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan sedang melakukan persediaan untuk mengambil alih kerusi No. 1, kata sumber tersebut. Samy Vellu dijangka memberi taklimat kepada Palanivel mengenai hal ehwal parti selain menyerahkan semua dokumen penting MIC sama ada pada Isnin atau Selasa, kata sumber dalaman parti itu lagi. Palanivel yang juga bekas editor di Bernama, akan meneraju kepimpinan MIC pada ketika negara bersedia dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya umum lebih awal iaitu diramal pemerhati politik pada awal tahun depan. Bekas setiausaha akhbar Samy Vellu ketika menjadi Menteri Kerja Raya dari 1979 hingga Mac 2008 itu akan berdepan dengan tugas menyediakan parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. MIC hanya berusia tiga tahun ketika Palanivel dilahirkan. Ketika itu parti tersebut dipimpin Budh Singh yang meneraju MIC dari 1947 hingga 1950, selepas menggantikan presiden pertama John A. Thivy yang memimpin parti dari 1946 hingga 1947. K. Ramanathan merupakan presiden ketiga dan meneraju MIC tidak sampai setahun sebelum diambil alih K.L Devaser. Presiden kelima dan keenam ialah Tun V.T. Sambanthan dan Tan Sri V. Manickavasagam. Jika empat presiden terawal hanya memimpin MIC bagi tempoh yang singkat iaitu kurang daripada tiga tahun, Sambanthan dan Manickavasagam masing-masing mengepalai parti itu lebih enam tahun atau dua penggal. Presiden ketujuh iaitu Samy Vellu memegang rekod sebagai presiden paling lama meneraju MIC iaitu selama 31 tahun sejak 1979. Palanivel yang akan menggantikan Samy Vellu bakal menghadapi pemilihan presiden yang dijadual pada Mac atau April 2012. | ||||||||||||
Polemik Ketuanan Melayu: Raja-raja terikat pilihan rakyat, kata PAS Posted: 03 Dec 2010 12:43 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM ─ Pemimpin-pemimpin PAS menuduh Datuk Seri Nazri Aziz "mengaibkan" institusi Raja-raja Melayu apabila mengheret sistem diraja dalam debat "Ketuanan Melayu" dan "Ketuanan Rakyat". Malah pemimpin-pemimpin PAS juga berkata, seseorang Sultan mempunyai obligasi untuk memenuhi kehendak rakyat yang dibuat menerusi pilihan raya dan meletakkan kepentingan mereka mengatasi kepentingan sendiri. "Sebagaimana rakyat terikat dengan baginda (Sultan), begitu juga sebaliknya," kata ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider. "Raja berperlembagaan beraja... sangat jelas bahawa kepentingan rakyat baginda mengatasi dan mendahului kepentingan baginda," kata beliau. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut mengecam Nazri dan menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu cuba melaga-lagakan Raja-raja Melayu dengan keputusan pilihan raya dibuat rakyat Malaysia. "Bagi saya, kenyataan Nazri itu seakan mahu menghasut Raja-raja supaya tidak menghormati keputusan rakyat negara kita," katanya. "Ini akan mengurangkan kedaulatan dan pengetahuan Raja-raja kita yang berada dalam (era) demokrasi mengenai Ketuanan Rakyat. Nazri mengaibkan Raja-raja," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini. Dzulkefly juga mendakwa Nazri "berniat jahat" kerana mentafsir "Ketuanan Melayu" sebagai kedaulatan Raja-raja Melayu. "Bila anda bercakap mengenai Ketuanan Melayu, jangan kaitkan ia dengan Ketuanan Sultan. Ia sesuatu yang buruk dan berniat jahat," katanya. "Jangan mengheret Sultan ke dalam debat getir Ketuanan Melayu lawan Ketuanan Rakyat," kata beliau. Sebelum ini, Nazri memberitahu pemimpin-pemimpin PKR bahawa "Ketuanan Rakyat" tidak memberikan kuasa mutlak kepada mereka untuk memutuskan pemimpin-pemimpin kerajaan sambil mengingatkan Raja-raja Melayu masih dianggap sebagai tertinggi dalam sistem raja berperlembagaan di Malaysia. Dzulkefly bagaimanapun menekankan bahawa keputusan dibuat Sultan harus mencerminkan sentimen rakyat memandangkan Sultan bukan raja yang berkuasa mutlak.Kata beliau, jika rakyat mahukan sesuatu atau sebaliknya, raja berperlembagaan demi kepentingan negara dan kedudukan baginda sebagai raja, perlu mengambil kira perkara keperluan tersebut. "Ini bermakna baginda bukan (raja) mutlak," kata beliau. Beliau juga menambah, Sultan terikat kepada peruntukan perlu memperakui bahawa apa jua pindaan yang disyorkan ke atas Perlembagaan oleh Parlimen menerusi kuasa majoriti dua pertiga. "Hakikatnya rakyat juga boleh meminda Perlembagaan, dengan syarat mempunyai majoriti dua pertiga sama ada yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) ataupun pakatan Rakyat, dan raja perlu merestui dan memperakuinya," kata Dzulkefly lagi. Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, konsep Ketuanan Melayu harus "ditinggalkan" kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri. Selain Dr Wan Azizah, beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menolak konsep itu. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendiriannya menolak konsep "Ketuanan Melayu" sambil menjelaskan, ungkapan yang menjadi polemik itu merujuk kepada amalan "tuan dan hamba" dalam masyarakat. Semalam Mahfuz berkata, dalam kes di Perak, menjadi tanggungjawab Sultan untuk mendukung parti politik yang memperoleh majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). "Sultan boleh memilih parti yang dipilih majoriti. Sultan tidak boleh memilih yang lain. Ini menunjukkan Sultan itu perlu mematuhi pilihan diperbuat rakyat," kata Mahfuz. Mahfuz dan Dzulkefly berpendapat bahawa Raja-raja Melayu sentiasa mempertahankan keputusan yang dibuat oleh pengundi. "Rakyat yang membuat keputusan dalam pilihan raya. Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menafikan pilihan dibuat oleh rakyat ketika pilihan raya," kata Mahfuz. "Malah, saya melihat Raja-raja Melayu sendiri menghormati keputusan yang dibuat oleh pengundi," tambahnya. Beliau juga mendakwa Umno menghasut Raja-raja Melayu agar "bertelagah" dengan rakyat berhubung hak-hak demokratik untuk memilih kerajaan. "Mereka menghasut raja-raja untuk bertelagah dengan rakyat, yang diberi hak dalam sebuah negara demokrasi untuk menentukan kerajaan mereka," kata Mahfuz. Dzulkefly menegaskan bahawa "Ketuanan Rakyat" akan sentiasa dilindungi oleh "Ketuanan Sultan". "Ketuanan Rakyat juga akan sentiasa mendukung Ketuanan Sultan," katanya. Beliau menambah, Sultan diberi mandat untuk melindungi bukan sahaja kedudukan khas orang-orang Melayu, tetapi juga hak sah kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan. "Anda perlu baca Artikel 153 dengan satu nafas," kata Dzulkefly. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustaffa Ali bersetuju dengan pendapat pemimpin PAS itu bahawa kuasa Sultan adalah terbatas kerana baginda hanya boleh melantik seorang perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti Parlimen. "Sultan boleh melantik sesiapa baginda mahu menjadi perdana menteri. Tetapi Sultan tidak boleh melantik seseorang yang tidak mempunyai majoriti," kata Mustaffa. Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan konsep "Ketuanan Rakyat", sebaliknya mengemukakan "Ketuanan Islam". "Saya bersetuju dengan Ketuanan Islam. Ia tidak berdasarkan kaum," kata beliau. | ||||||||||||
Isu APCO: Jawatankuasa Parlimen enggan benar Anwar beri keterangan Posted: 03 Dec 2010 12:27 AM PST PETALING JAYA - Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen memutuskan untuk tidak membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan berhubung kenyataannya mengaitkan 1 Malaysia dengan gagasan One Israel tujuh bulan lalu. Langkah jawatankuasa itu, yang diumumkan hari ini, dilihat usaha tergesa-gesa untuk menggantung Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat daripada Parlimen, kata Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, jawatankuasa yang berpengaruh itu memutuskan untuk hanya bergantung pada surat firma perhubungan awam APCO dan tidak memanggil saksi-saksi lain termasuk Anwar untuk memberikan keterangan. Keputusan itu menyebabkan Karpal dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa memutuskan untuk keluar mesyuarat jawatankuasa itu. "Saya dan Siva tiada alternatif tetapi untuk menarik diri," kata Karpal pada sidang media di sini petang ini. Laporan The Malaysian Insider minggu lalu melaporkan, Anwar (gambar) kemungkinan akan digantung daripada Parlimen ekoran syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasaan mengaitkan gagasan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan One Israel yang dibawa bekas perdana menterinya Ehud Barak. Malah sesetengah pihak melihatnya sebagai usaha strategik Barisan Nasional (BN) untuk mengeluarkan Anwar buat seketika menjelang pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan. Selain itu, langkah tersebut didakwa sebagai tindakan balas ekoran keputusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengeluarkan wakil-wakil BN dari Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Anwar sebenarnya telah dipanggil oleh jawatankuasa itu pada 8 Jun lalu tetapi ditangguhkan sesi mendengar keterangan selepas beliau mendesak agar diiringi oleh peguam - bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenivasan. Beliau kemudian dibenarkan diiringi oleh Ambiga dengan dikenakan syarat-syarat ketat iaitu tidak dibenarkan bercakap ketika prosiding. Pun begitu, prosiding Anwar ditangguhkan dan perkara itu tidak dibangkitkan sehingga pagi ini. Pada 22 April lepas, ekoran usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar berhubung dakwaan beliau kononnya konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Apco Worldwide. Apco Worldwide yang menafikan dakwaan itu dilaporkan berkata kerajaan Malaysia menggunakan khidmat mereka selepas konsep 1Malaysia diumumkan oleh Najib dan dakwaan penglibatan firma itu dalam kempen One Israel adalah palsu. Jawatankuasa yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu dianggotai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee selain Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa dan Karpal. | ||||||||||||
BAPAK selesai 30 peratus aduan warga FELDA Posted: 03 Dec 2010 12:25 AM PST BERNAMA ALOR SETAR: Sebanyak 30 peratus daripada 717 aduan yang dikemukakan oleh masyarakat FELDA melalui Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas biro itu ditubuhkan. Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail, berkata daripada 717 aduan yang dibuat, 600 adalah kes membabitkan aktiviti dan perancangan tanah rancangan FELDA dan bakinya adalah kes peribadi yang Bapak tidak boleh masuk campur. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Felda Lubuk Merbau, 60 kilometer dari sini, hari ini selepas memberikan taklimat cadangan penyusunan semula GWGF di bawah Model Baru Ekonomi, Sosial dan Pendidikan untuk generasi baru FELDA bagi 20 tahun akan datang dan sambutan Hari Keluarga peringkat Kedah dan Perlis. Seramai 10 orang dilantik menganggotai BAPAK. Mereka terdiri lima orang anak FELDA dan lima orang dari GWGF untuk membuat penilaian dan meneliti masalah-masalah yang dikemukakan. "Ada masalah yang boleh kita selesaikan dengan cepat dan ada juga masalah yang ambil masa. Bagaimanapun kita akan adakan mesyuarat setiap bulan bagi membincang dan menyelesaikan segala masalah yang dikemukakan," katanya. Beliau berharap, masyarakat FELDA akan menggunakan BAPAK bagi mendapatkan maklumat balas ke arah memajukan lagi tanah rancangan FELDA di samping menjaga keharmonian dalam kalangan peneroka. | ||||||||||||
Empat Negeri Dapat Ketua Polis Baru Posted: 02 Dec 2010 04:03 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR: Komander Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Datuk Chuah Ghee Lye dilantik sebagai Ketua Polis Melaka yang baru menggantikan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkuatkuasa serta merta, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan hari ini. Ismail berkata, Mohd Rodwan pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman. Sementara itu, beliau turut mengumumkan pertukaran dan pelantikan tiga lagi Ketua Polis negeri yang berkuatkuasa serta merta termasuk Timbalan Pengarah 11 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Seniro Asisten Komisioner Datuk Tajudin Md Isa yang dilantik sebagai Ketua Polis Perlis bagi menggantikan Deputi Komisioner Ghazali Md Amin yang dilantik sebagai Setiausaha PDRM Bukit Aman sejak 29 Oktober lepas. Ismail berkata, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan, Senior Asisten Komisioner Datuk Jamshah Mustapa dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu menggantikan Datuk Mohd Shukri Dahalan yang dipindahkan ke Perak sebagai Ketua Polis baru negeri itu. Mohd Shukri menggantikan Datuk Zulkifli Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur pada 29 Oktober lepas, kata Ismail kepada pemberita selepas mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SSP) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Bukit Aman di sini. Ismail berkata, pertukaran tersebut adalah lanjutan daripada penstrukturan semula kenaikan pangkat dan pertukaran ketua dan timbalan ketua polis negeri yang dilakukan baru-baru ini, dan ia dibuat berdasarkan pengalaman masing-masing bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan. "PDRM berusaha untuk memperkukuhkan struktur serta perkhidmatan pegawai dan anggota dengan sokongan daripada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam," katanya. Menyentuh mengenai mesyuarat hari ini, Ismail berkata mesyuarat itu turut membincangkan langkah-langkah bagi memperkemas prosedur dan memperlihatkan ketelusan dalam urusan tatatertib, serta disiplin di kalangan anggota PDRM. "Usaha ini penting bagi menunjukkan keseriusan polis dalam mengambil tindakan terhadap anggota dan pegawai yang melakukan salah laku sekaligus meningkatkan tahap profesional dan kepercayaan anggota masyarakat terhadap pasukan polis," katanya. | ||||||||||||
Polis Masih Siasat Kes Khianat Masjid, Gereja Di Petaling Jaya Posted: 02 Dec 2010 03:59 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis masih menjalankan siasatan ke atas kejadian penemuan empat kepala babi hutan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya pada Januari lepas. Beliau berkata, kes-kes itu disiasat atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat dan sengaja menimbulkan suasana tidak harmoni. Dalam kejadian itu, dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron manakala dua bungkusan dengan kandungan sama serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa. Hishammuddin berkata, kes di Masjid Jumhuriyah itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membinasakan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana tempat sembahyang manakala kes di Masjid Al Imam Al Tirmizi disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang bertanyakan mengenai perkembangan terkini siasatan kes itu yang berlaku dalam kawasan Parlimennya termasuk kejadian serangan bom petrol di tiga gereja di kawasan yang sama. Menjelaskan kejadian serangan bom petrol di tiga iaitu Gereja Assumption, Jalan Templer, Gereja Life Chapel di Seksyen 17 dan Gereja Good Shepherd Luthern di Jalan Othman juga pada Januari lepas, Hishammuddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu cuba melakukan khianat dengan api atau benda letupan. | ||||||||||||
Memo Air : Angkat Ketuanan Rakyat, Humban "Ketuanan Melayu" Posted: 02 Dec 2010 03:58 PM PST
Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) menyeru seluruh rakyat Selangor kalangan generasi muda dan setiap golongan untuk turun mengiringi Menteri Besar Selangor bagi menghantar memorandum air kepada Yang DiPertuan Agong pada 5 Disember ini ke Istana Negara. AMK Selangor mengajak semua rakyat bangkit menyatakan pendirian mengangkat ketuanan rakyat marhaen, ketuanan petani pesawah dan peladang, ketuanan pemandu teksi, ketuanan pekerja awam dan swasta, ketuanan peneroka kota dan desa dan menghumban agenda "Ketuanan Melayu" yang dipergunakan segelintir elit dan korporat untuk mengaut kekayaan demi kepentingan diri sendiri. Ketuanan ini lebih mulia daripada agenda "ketuanan Melayu" yang kini gagal memartabatkan bangsa Melayu malahan mengkhianati Melayu dan rakyat Malaysia. Inilah saat penting seluruh rakyat Selangor bangkit menyatakan hak bahawa rakyat adalah tuan dan menjadi "hamba" kepada segelintir pemimpin dan korporat yang berselindung di sebalik agenda "ketuanan Melayu". AMK gesa agar mobilasi kekuatan ini dizahirkan dengan turun bersama-sama mengiringi Menteri Besar Selangor ke Istana Negara sebagai titik tolak perjuangan memartabatkan ketuanan rakyat agar pengurusan air dikembalikan semula kepada rakyat. Ayuh kita gerakkan rakyat pada 5 Disember ini dan bersama ribuan rakyat berkumpul di Masjid Negara samada menggunakan kenderaan awam, sewa atau persendirian. Detik itu kita nobat jadikan saat Ketuanan Rakyat adalah sejarah penggerak kebangkitan seluruh rakyat Malaysia. *Kenyataan media oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (gambar kiri) selaku Ketua AMK Selangor merangkap Timbalan Ketua AMK Malaysia. | ||||||||||||
Politik kemiskinan ala-Ketuanan Melayu UMNO Posted: 02 Dec 2010 03:53 PM PST
Aku tahu benar rasa keperitan kerana miskin semenjak kecil lagi. Ibu yang mengajar otak durianku erti kemiskinan. Ibu mengopek udang. Kakak mengopek udang. Aku satu-satunya anak jantan "keluarga tanpa ayah" juga mengopek udang. Di tempat perempuan mengopek udang dan berbicara panjang lebar mengenai politik kehidupan harian dan politik suami isteri, aku seekor jantan wujud tanpa disedari untuk satu tempoh yang agak panjang kerana ibuku menurunkan kromosom X yang terlampau berpengaruh terhadap rupa wajahku. Maka mengalirlah di seluruh susuk tubuhku keinginan untuk melepaskan diri daripada belenggu gelanggang kewanitaan yang hanya aku sedar kemudian hari. Kromosom X yang diturunkan oleh ibu kepada aku bukan sahaja mengubah cara aku menguruskan rambut otak durianku, tetapi yang paling berharga buat diriku ialah cara bagaimana aku mengharungi, merasai dan memahami kemiskinan sebelum aku sempat membaca karya Edward Said yang membuka mataku terhadap wacana orientalisme. Jangan kita menghakimi kemiskinan orang Melayu dengan kaca mata orientalisme sehingga terpedaya dengan mentaliti pemikiran kolonialis lampau dan masa kini. Lebih kurang begitulah salah satu dimensi penafsiranku terhadap teguran Allahyarham Syed Hussein Alatas yang meskipun pada satu ketika dahulu berderingan kuat dari jauh tetapi kini semakin sepi dan lembut suaranya. Siapakah "kolonialis masa kini" dalam konteks politik kemiskinan domestik hari ini? Bacalah paparan berita media perdana saban hari. Perhatikanlah senarai syarikat yang mendapat projek besar setiap kali pengumuman dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Telitilah ke mana perginya hasil ekonomi negara setiap tahun Belanjawan Negara diumumkan oleh Menteri Kewangan. Kebarangkalian kumpulan-kumpulan orang yang sama mendapat projek besar terlalu tinggi. Secara ringkas, dalam kalangan kumpulan tersebut, ada yang bergelar "kelompok Umnoputra", ada juga yang bergelar "kelompok GLC", yakni mereka yang berselindung di sebalik syarikat kerajaan berkaitan kerajaan. Kumpulan-kumpulan sedemikianlah yang berbicara kuat mengenai pembasmian kemiskinan. Bahawa Dasar Ekonomi Baru masih diperlukan bagi mencapai objektif kerajaan berdasarkan statistik kerajaan mengenai kadar kemiskinan di Malaysia seperti berikut: Pembasmian Kemiskinan Yang Telah Dilakukan Kerajaan BN
Bahawa Model Ekonomi Baru wajar dilihat sebagai kesinambungan Dasar Ekonomi Baru kerana Kerajaan Persekutuan yang kononnya prihatin terhadap kemiskinan rakyat akan meneruskan projek dan program yang dapat membantu dan menaik taraf status golongan rakyat dalam kategori 40% berpendapatan rendah. Tidak cukup setakat retorik mengaitkan politik kemiskinan dengan program ekonomi yang sebenarnya lebih menguntungkan sekumpulan "kelompok Umnoputra" dan "kelompok GLC". Kelompok-kelompok elit seumpama yang kononnya prihatin dengan kemiskinan rakyat bawahan acap kali mengaitkan "Ketuanan Melayu UMNO" dengan politik kemiskinan. Bahawa "Ketuanan Melayu UMNO" merupakan pembela orang Melayu maka akan membawa penyelesaian kepada kemiskinan orang Melayu. Oleh kerana tidak berupaya menjalani proses transformasi diri secara yang berimpak, maka "kelompok Umnoputra" terus-menerus membawa wacana "Ketuanan Melayu UMNO" ke seluruh pelosok desa dan berbicara tanpa segan silu mengenai politik kemiskinan. Tetapi yang jarang-jarang sekali dianalisi dalam mesej politik kemiskinan seumpama ialah: Pertahankan "Ketuanan Melayu UMNO" maka dipertahankan kepentingan "kelompok Umnoputra". Pertahankan kesinambungan politik kemiskinan ala-Dasar Ekonomi Baru meskipun dalam penjelmaan terbaru seperti Model Ekonomi Baru maka dipertahankan kepentingan "kelompok Umnoputra". Lihatlah senarai projek permulaan (EPP) yang ditandatangani sempena pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Program transformasi bukan mimpi, projek mana satu merupakan program pembasmian kemiskinan?
Sebab itu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kiri) ketika menyampaikan syarahan di Universiti Nasional Australia (ANU) pada 15 November 2010 berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri hanya menumpukan perhatian kepada projek mega yang mengenyangkan kelompok kroni UMNO-Barisan Nasional tanpa perincian kepada program untuk membasmi kemiskinan tegar dan projek berteraskan kebajikan rakyat. Jika aku orang Melayu yang hidup papa dan merana, setiap kali aku membaca berita atau mendengar pembesar politik berbicara mengenai kewajaran kelangsungan Dasar Ekonomi Baru dan Ketuanan Melayu pada abad ke-21, akan ku dapatkan segera pembesar suara, menghadapkannya ke arah akhbar atau pembesar politik tersebut, lalu aku memekik dengan kuat sekali: Hentikanlah ketaksuban berpolitik yang kononnya dapat menyelesaikan masalah kemiskinan orang Melayu dengan menggadaikan maruah orang Melayu. Melayu bermaruah tidak lahir dalam konteks politik kemiskinan ala-Ketuanan Melayu UMNO. Melayu bermaruah akan lahir dalam konteks baru Ketuanan Rakyat yang berjiwa rakyat dan berpaksikan keperluan golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum. *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU). | ||||||||||||
Najib Takut Hadapi Pemilihan Umno Posted: 02 Dec 2010 03:51 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS NAJIB akhirnya mengaku jika pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat ini, akan berlaku ketegangan dan kekecohan, cuma beliau yakin Umno mampu atasinya. Sebab itu beliau menangguhkan pemilihan di dalam Umno. Terbukti PKR lebih berani dari Umno. PKR berani menghadapi pemilihan walaupun memang ada berlaku sedikit kekecohan tetapi tidak satu pun yang melibatkan rasuah politik wang Najib bimbang, jika Umno mengadakan pemilihan ini bermakna bukan sahaja berlaku kekecohan tetapi banyak wang yang akan keluar. Najib amat bimbang setelah mereka bersama media haprak menyerang PKR baru-baru ini, bila tiba masa pemilihan Umno keadaan berkali ganda lebih teruk dari PKR. Bukan Najib tidak tahu, Umno tidak boleh lahirkan pemimpin jika tidak ada wang. Ketua Pemuda Umno sendiri terpalit dengan rasuah politik. KM Melaka pun begitu. Adun Bagan Pinang, Isa Samad pun lebih kurang. Tidak mustahil muka-muka baru yang akan naik dengan wang ringgit di dalam Umno nanti. Itulah yang amat ditakuti oleh Najib. /wfauzdin.blogspot.com | ||||||||||||
Perkuat Parti Dahulu, Usah Sibuk Bincang Hal Putrajaya Posted: 02 Dec 2010 03:37 PM PST KELAB GREENBOC Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu TEMERLOH: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS. Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya. Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum. "Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat," kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat. "Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut. "Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya," katanya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan. Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara. "Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR. "Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. "Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada," ujar beliau. Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya. Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja. "Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini. "Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari," Tuan Ibrahim memberikan amaran. Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara. "Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina," ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi. "Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat? "Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi," katanya. Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini. -harakahdaily Ulasan GB Kita berterus-teranglah. GB bukanlah ornag yang mendewakan mana-mana pimpinan, hatta TGNA sekalipun. Kerana Khalifah Abu Bakar sewaktu wafatnya Rasulullah s.a.w. dan ketika umat Islam berkecamuk sesama sendiri, setelah mengucapkan puji syukur kepada Tuhan Abu Bakr berkata: "saudara-saudara! Barangsiapa mau menyembah Muhammad, Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mau menyembah Tuhan, Tuhan hidup selalu tak pernah mati." Demikian jelas larangan mendewakan makhluk. Sekalipun kita dianjur dan diarahkan untuk berselawat ke atas Nabi, namun kita tidak boleh mendewakannya sehingga ke tahap boleh mensekutukan Allah s.w.t. seperti dilakukan oleh umat Kristian terhadap Nabi Isa a.s. Dan sewaktu idea UG berkumandang, GB adalah salah seorang penentang utama idea berkenaan. Walaupun ramai juga yang mengambil sikap menentang GB, akhirnya kebenaran itu tertegak, UG tumbang cuma mungkin belum dikuburkan. Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai salah seorang pemimpin yang mendokong gagasan UG berkenaan menyebabkan hilangnya "respek" GB kepadanya waktu itu. Ditambah pula dengan "penghakiman" yang beliau lakukan terhadap kes Hassan Ali dan Khalid Samad yang pada pemerhatian GB, tidak menepati neraca kebenaran dan keadilan. Dan banyak hal yang GB kurang dapat menerima cara beliau memimpin sekalipun beliau seorang Naib presiden PAS. Namun keyakinan GB, mereka yang menegakkan kebenaran dan keadilan akan pasti diperlihatkan oleh Allah s.w.t. tentang kebenaran itu bersandarkan dengan doa agar Allah menunjukkan kebenaran itu kebenaran...dan kebatilan itu kebatilan... Sekarang GB mengambil sikap "bersetuju" dengan TITM apabila beliau berkata benar bahawa "Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu". Apatah lagi Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan" Tetapi GB berharap TITM sudah komited untuk tidak membawa UG lagi. Benar katanya, hentikan diskusi ke Putrajaya kerana Putrajaya bukan matlamat! Ia masih lagi peringkat "wasilah". Wasilah tempat untuk menegakkan kalimah tauhid. Jika PR naik ke Putrajaya tetapi membawa sistem yang sama seperti UMNO BN, maka perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tidak mempunyai nilai apa-apa, tak kira siapa pun PMnya. Apa tah lagi jika kita menawan Putrajaya dengan kaedah yang tidak dibenarkan oleh agama seperti menipu dan sebagainya. GB pernah menulis komen di SINI dengan memetik sebuah hadith: ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga. Yang perlu kini seperti GB katakan sepertimana yang diungkap oleh TITM di atas, GB dah katakan sebelum ini iaitu: Dengan ramalan pilihanraya lebih awal, ahli-ahli Pakatan Rakyat dibebankan dengan memikul "stress" - sedangkan ia tidak perlu penyakit itu boleh dielakkan. Apa guna memikul balak di dalam perjalanan yang panjang untuk membina jembatan sedangkan sungainya belum kelihatan? Bukankah itu kerja si Bebal? Bukankah masa ini sebaik-baiknya digunakan memperkukohkan dan membersihkan parti, menyusun strategi dan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kualiti ilmu dan kemantapan berorganisasi supaya PR "benar-benar" memenuhi fungsi kerajaan menanti? Galas & Batu Sapi juga baru kalah, inikan pula nak ke Putrajaya! Bangun dari tidur wahai blogger PR. Ayyan tafi'a bihi | ||||||||||||
MPK bakal ambil tindakan atas MCA Posted: 02 Dec 2010 03:36 PM PST SELANGOR KINI SHAH ALAM – Majlis Perbandaran Klang atau MPK akan mengambil tindakan saman fitnah RM100 juta terhadap MCA berhubung dakwaan parti komponen BN tersebut bahawa majlis perbandaran berkenaan bercadang membina dataran pandamaran bernilai RM9 juta. Keputusan untuk menyaman MCA dibuat selepas satu mesyuarat Ahli Majlis Perbandaran berkenaan di Klang, semalam. Beberapa Ahli Majlis menuntut tindakan saman dikenakan terhadap MCA kerana mencemarkan nama baik dan integriti Majlis Perbandaran berkenaan memandangkan dakwaan yang dibuat memberikan tanggapan palsu bahawa MPK membazirkan wang rakyat. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ketika dihubungi SelangorKini berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai tindakan saman yang bakal dilaksanakan. "Saya diberitahu MKP akan adakan satu PC hari ini, tetapi kandungan PC saya masih tidak tahu. Untuk maklumat lanjut tentang apa isu yang mereka bangkitkan, boleh bertanya kepada MPK sendiri. "Secara am, isu yang dibangkit 2-3 minggu lalu, bekas Adun Pandamaran mengatakan bahawa pihak MPK akan membangunkan Pandamaran Square dengan jumlah sembilan milion ringgit. Mereka menyatakan ini pembaziran dan sebagainya. "Menerusi Ahli Majlis, isu ini belum lagi diputuskan, masih lagi dalam perbincagan awal sahaja, masih awal belum ada angka atau apa-apa, tetapi mereka fikir apa yang dikeluarkan oleh mantan Adun bahawa memberi gambaran kepada orang ramai, kononnya ada salah laku kuasa, pembaziran wang dan gambaran buruk. "Oleh itu saya fikir MPK telah buat keputusan untuk memberi keterangan yang sebenarnya apa yang berlaku," katanya. Menurut Charles lagi, MCA tidak sepatutnya bertindak melulu mendakwa projek berkenaan dalam peringkat pembinaan di samping memberikan kenyataan yang mengelirukan serta memberikan gambaran bahawa pembaziran atau pun penyelewengan telah berlaku. "Ini masih dalam perbincangan awal sebenarnya, tetapi macam mana orang yang tidak berkait dengan proses ini boleh tahu nombor sembilan milion, ada gambar dan sebagainya, jadi macam mana dia boleh tau?" soalnya hairan. | ||||||||||||
Kerajaan Pakatan Selangor laksana pelan tindakan bantu rakyat tidak mampu lunas tunggakan bil air Posted: 02 Dec 2010 03:24 PM PST Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal atas tindakan terbaru Syabas yang menghukum lebih 800 penghuni Pangsapuri Desa Pandan selepas beberapa penduduk terbabit tidak mampu membayar tunggakan mereka. Tan Sri Khalid, menjelaskan, rancangan pengambilalihan aset-aset milik konsesi air digerakkan kerana kerajaan negeri menyedari pengusaha air hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Bantuan untuk golongan yang tidak mampu menjelaskan tunggakan bil air mereka akan disalur menerusi tabung yang membiayai skim pemberian air percuma 20 meter padu. "Apabila pemilikan pengurusan air dalam kerajaan, kerajaan mempunyai dana kebajikan, di mana ia boleh dilakukan (untuk membantu rakyat yang tidak mampu membayar tunggakan bil air)," kata beliau di satu sidang akhbar di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini. Tan Sri Khalid melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Syabas menghukum kesemua penghuni blok pangsapuri yang terjejas, walhal isu ini boleh diselesaikan secara matang dan bertimbang rasa. "Syabas mendapati ia akan mengurangkan keuntungan mereka, sebab itu Syabas tidak teragak-agak memotong sebab takut dia tidak mendapat keuntungan," komen beliau. Tan Sri Khalid berharap Kerajaan Persekutuan dan pengusaha konsesi air dapat berkerjasama dengan kerajaan negeri bagi memecahkan kebuntuan rundingan pengambilalihan aset air. "Itulah sebabnya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada 2006 bersetuju pengurusan air diberikan kepada kerajaan negeri. Ini bukan di Selangor saja, di Negeri Sembilan sudah dilakukan dan di Melaka pun sudah dilakukan. Tapi boleh jadi sebab Selangor di bawah Pakatan, Kerajaan Persekutuan enggan melakukannya," tegas Khalid. SELANGOR KINI SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor, akan melaksanakan pelan tindakan untuk membantu rakyat Selangor yang tidak berkemampuan untuk melunaskan tunggakan bil air, sebaik sahaja ia diberikan kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih pengurusan air negeri ini daripada Syarikat Bekalan Air Selangor atau Syabas dan tiga syarikat konsesi lain. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan