Isnin, 13 Disember 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perkasa cadang suruhanjaya diraja pantau ekuiti Bumiputera

Posted: 13 Dec 2010 03:40 PM PST

BERNAMA


Ibrahim menyaran agar Muzium Pahlawan Melayu dan Kesultanan Melayu diwujudkan. — gambar fail

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mencadangkan satu suruhanjaya diraja atau sebuah jawatankuasa pemandu ditubuh bagi memantau pencapaian ekuiti Bumiputera.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata badan itu penting bagi memastikan ekuiti 30 peratus penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dicapai dalam usaha negara menjadi negara maju pada 2020.

Badan itu juga perlu bertanggungjawab memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja Melayu berhubung hal-hal berkaitan dengan ekonomi Bumiputera, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Hari ini merupakan hari pertama anggota Parlimen Pasir Mas itu hadir pada persidangan Dewan Rakyat setelah bercuti sejak 18 Oktober lepas kerana menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Selain cadangan itu, beliau juga menyarankan supaya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mewujudkan Muzium Pahlawan Melayu dan Kesultanan Melayu yang dapat dijadikan sumber pendidikan kepada generasi muda serta sebagai produk pelancongan.

Bajet 2011 dilulus tanpa sebarang drama

Posted: 13 Dec 2010 03:30 PM PST

BERNAMA


Bajet 2010 hampir ditolak tahun lepas akibat kehadiran rendah ahli parlimen BN. — gambar fail

KUALA LUMPUR— Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) berjumlah RM212 bilion tanpa sebarang masalah.

Berbeza dari tahun lepas, Bajet 2011 diluluskan kira-kira 7.25 malam apabila bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Husni Hanadzlah menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut hadir dalam Dewan Rakyat.

Bajet 2010 melalui detik mencemaskan di mana bacaan kali ketiga rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja pada pukul 11.15 malam, 14 Disember 2009.

Berdasarkan undian belah bahagian yang dilakukan, menyaksikan 66 undi, termasuk undian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong daripada anggota Parlimen BN dan 63 undi membantah daripada anggota Parlimen pembangkang.

Najib pada 15 Oktober lepas membentangkan Bajet 2011 yang mencadangkan peruntukan RM212 bilion, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan untuk 2010. Daripada jumlah itu RM162.8 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk pembelanjaan pembangunan.

Terdahulu Kementerian Dalam Negeri teruk "diasak" beberapa anggota Parlimen yang tidak puas hati dengan jawapan Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berhubung isu saman ekor.

Jawapan Abu Seman bahawa kerajaan tetap dengan keputusan untuk mengekalkan tindakan saman ekor membangkitkan pelbagai reaksi daripada anggota dewan yang rata-rata menggesa kerajaan memansuhkan tindakan itu kerana ia disifatkan menyusahkan rakyat selain bertentangan dengan slogan "Rakyat didahulukan".

Abu Seman turut "diserang" apabila mengakui tidak mempunyai maklumat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak mengenai kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak yang membabitkan isu saman ekor Ogos lepas.

Dalam kes itu, mahkamah memutuskan JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Berdasarkan kes tersebut, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) serta Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) mengasak Abu Seman mengenai isu kesahihan tindakan menyenarai hitam pesalah trafik itu dari segi undang-undang kerana pesalah tidak dipanggil untuk membela diri sebelum tindakan tersebut dikenakan.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula berkata kerajaan harus berani membuat perubahan atau perlu menerima padah tindakan itu, sementara Datuk Muhamad Aziz (BN-Sri Gading) pula menyifatkan kerajaan boleh membuat perubahan itu sekiranya mahu.

Asakan-asakan itu bagaimanapun disambut dingin Abu Seman yang menjelaskan kebanyakan isu itu telah dijawab sebelum ini, lantas meneruskan penggulungannya bagi menjawab isu-isu lain

Jangan ambil kisah dakwaan WikiLeaks, kata Najib

Posted: 13 Dec 2010 03:25 PM PST



Najib meminta rakyat Malaysia agar membuktikan mereka boleh mencapai kejayaan. — gambar fail

KUALA LUMPUR— Datuk Seri Najib Razak, dalam komen pertama mengenai laporan pendedahan WikiLeaks, meminta rakyat Malaysia tidak menghiraukan cakap-cakap yang menyentuh hubungan negara jiran serantau, sebaliknya mahu memfokus usaha mencapai matlamat negara.

Laporan akhbar Australia, The Sun-Herald menyiarkan kandungan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel itu, catatan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

"Kita boleh membuktikan kepada jiran-jiran kita, meskipun kadangkala mereka membuat kenyataan memperlekehkan tentang kita, bahawa rakyat Malaysia boleh mencapai (kejayaan)," kata Najib ketika berucap pada majlis kutipan derma Yayasan Perubatan 1 MCA di sini malam ini.

"Pencapaian terbesar ialah apabila kita menjadi negara maju menjelang 2020," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sebahagian daripada sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Kelmarin, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang "amat dikesali" ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington.

Diplomat Amerika Syarikat di Kuala Lumpur juga melahirkan sentimen yang sama kepada Wisma Putra meskipun mereka memandang berat tuduhan liwat kedua yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turtu disebutkan oleh laporan The Sun-Herald.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa "Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten."

Singapura dan Malaysia berpisah pada 1965, hanya dua tahun selepas membentuk Malaysia. Kini mempunyai hubungan kuat tetapi tidak membenarkan akhbar masing-masing diedarkan di negara mereka.

Terdahulu Bernama melaporkan, Singapura menyatakan bahawa laporan terkini WikiLeaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan.

"Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang," kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar hari ini.

"Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini," kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan "bukan cakap-cakap atau mengumpat".

Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan "menyusahkan" Singapura.

Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, "masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa."

Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut.

Seorang lagi pegawai diplomatik bernama Peter Ho pula dikatakan mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dia juga mendakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan ditikam dalam Umno kerana tiada orang yang menyukainya kerana beliau naik dalam politik akibat pertalian keluarga.

Ho juga didakwa mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya dan menyifatkan Najib seorang yang suka mengambil kesempatan.

Soalan yang rakyat mahukan jawapannya...

Posted: 13 Dec 2010 12:30 AM PST

Kua Kia Soong

Pada tahun 2008, pemimpin pembangkang mendesak supaya satu siasatan dijalankan terhadap pembelian 12 helikopter Eurocopter bernilai RM2.3 bilion yang mereka dakwa dilakukan secara tidak betul.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterKementerian Pertahanan didakwa lebih membayar RM1.4 bilion ketika membeli pesawat itu dari Eurocopter untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pengadu mendakwa Malaysia menandatangani surat hasrat untuk membeli 12 helikopter Eurocopter EC725 Cougar pada harga RM2.3 bilion, sedang Brazil hanya membayar AS$1.2 bilion untuk membeli 50 unit model yang sama.

Soalan yang rakyat Malaysia mahu jawapannya ialah: Apakah kerajaan Malaysia membeli pesawat terbaik dari segi nilai wang?

Apakah ada kajian kesesuaian dilakukan untuk membandingkan harga dan fungsi helikopter berkenaan?

Dan mengapa ada isu berhubung pembelian pesawat tersebut sehingga memerlukan Jawatankuasa Kira-kira Awam melakukan siasatan?

Tahun sebelumnya pada lewat 2007, ketua audit negara telah membentangkan satu laporan di Parlimen, mendakwa bahawa satu kontrak untuk membina kapal tentera laut diberikan kepada PSC-Naval Dockyard, anak syarikat Penang Shipbuilding & Construction Sdn Bhd, yang dimiliki Tan Sri Amin Shah Omar Shah, menghadapi masalah serius.

Syarikat Malaysia itu dikontrakkan untuk menyerahkan enam bot peronda kepada Tentera Laut pada 2004 dan penghantarannya selesai pada April 2008.

Mereka seharusnya merupakan sebahagian daripada 27 bot peronda luar pantai yang menelan belanja RM24 bilion. Kontrak ini turut merangkumi hak untuk menyelenggara dan memperbaiki semua kapal tentera laut. Bagaimanapun, hanya dua kapal peronda telah diserahkan pada pertengahan 2006.

malaysia military navy teluk sepanggar naval base sabah 030908 02Terdapat 298 aduan yang direkodkan terhadap dua bot tersebut,
berhubung beratus-ratus item yang tidak lengkap. Harga asal kontrak RM5.35 bilion melambung kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.

Menurut ketua audit negara, ia berpunca daripada kegagalan salahurus kewangan yang serius dan ketidakmampuan teknikal kerana PSC tidak pernah membina, kecuali kapal pukat tunda atau bot polis, sebelum diberi kontrak tersebut oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan tersebut mendapati nilai kontrak seharusnya hanya RM4.9 bilion dan dua bot yang diserahkan itupun didapati cacat.

Ibrahim Ali kembali ke gelanggang...

Posted: 13 Dec 2010 12:20 AM PST

Joseph Sipalan

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kembali ke Parlimen selepas selama sebulan berihat dan mengambil kesempatan itu untuk "membuktikan" bahawa beliau masih 'garang' untuk kembali ke gelanggang politik tanahair.

NONESambil membidas penulis blog dan penyebar khabar angin kononnya
beliau sedang koma dan tenat, ahli parlimen Pasir Mas itu berkata sudah waktunya baginya menyangkal desas-desus mengenai kesihatannya.

Oleh itu, katanya, beliau hadir di Parlimen untuk membuktikan yang beliau sudah sihat, walaupun doktornya menasihatkan beliau berihat tiga bulan lagi.

Hari ini adalah kali pertama Ibrahim kembali mengikuti sidang Parlimen selepas menjalani pembedahan pintasan jantung Oktober lalu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, Ibrahim sambil berseloroh berkata, beliau kasihan dengan mereka mengharapkan beliau meninggal dunia atau berada dalam koma.

Menurut Ibrahim lagi, beliau tidak duduk diam selama cuti sakit, sambil menyatakan beberapa rancangan yang beliau dan PERKASA akan lakukan dalam masa terdekat ini.

Katanya, adalah aneh Malaysia tidak mempunyai muzium untuk memperingati pahlawan negara dan sultan, dan lebih penting lagi insiden seperti Rusuhan 13 Mei.

Beliau mengambil contoh 'Museum Holocaust' di Jerman, yang menurutnya menggambarkan banyak kejahatan yang dilakukan pemimpin Nazi, Adolf Hitler dalam Perang Dunia II.

"Kita perlu mewujudkan muzium 13 Mei. Lihatlah ia secara positif.

"Kita perlu menceritakan kisah sebenar supaya generasi muda dapat mengetahui siapa yang memulakan semuanya, siapa yang membakar bendera Malaysia pada 10 Mei, siapa yang mencetuskan rusuhan," katanya.

Ibrahim juga mencadangkan Majlis Raja-Raja mengambil langkah proaktif dan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk memantau kemajuan kerajaan dalam mempromosikan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

Menurutnya, majlis tersebut perlu berbuat lebih banyak lagi untuk menggalakkan agenda bumiputera, selaras dengan dengan matlamat negara untuk menjadi negara maju pada 2020.

Ibrahim berkata, PERKASA akan menghantar memorandum dan surat kepada Majlis Raja-Raja, meminta supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja, atau sekurang-kurangnya sebuah jawatankuasa pemandu.

Langkah itu, tegasnya, akan dapat memastikan pencapaian 30 peratus penyertaan menyeluruh bumiputera dalam ekonomi apabila negara mencapai status negara maju.

Ibrahim mengakui bahawa kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa ekonomi bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Namun, tegasnya lagi, sebuah badan bebas masih diperlukan untuk memantau kemajuannya.

Isu kesihatan di Sarawak perlu diberi keutamaan

Posted: 13 Dec 2010 12:13 AM PST

taib11Oleh Dhia Daniel

KUCHING: Satu langkah proaktif harus diwujudkan segera oleh kerajaan pusat di negeri ini bagi menangani isu perkhidmatan kesihatan, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut beliau dalam kebanyakan situasi, ada sesetengah program yang dirancang oleh Kementerian Kesihatan tidak dapat dilaksanakan dengan mudah di Sarawak ekoran ia terlalu unik berbanding negeri-negeri lain.

" Kita lihat sahaja program 1 Hospital di setiap daerah contohnya. Bagi Sarawak yang cukup luas dan tidak tentu keadaan geografinya saya takut ia tidak dapat dilaksanakan.

"Tambahan pula bukan mudah untuk mendapatkan khidmat doktor sekarang. Hampir setiap negara berdepan dengan kekurangannya.

Oleh sebab itu saya sarankan perlu ada langkah bijak (daripada kerajaan pusat) untuk memastikan kita dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak terutama di luar bandar," katanya dalam majlis ulang tahun ke-100 perkhidmatan Hospital Negeri Sarawak di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Morshidi Ghani dan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kesihatan Malaysia Dato Dr. Azmi Shafie.

Taib berkata kadang-kadang setiap keluasan daerah di negeri ini hampir menyamai keluasan sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Justeru itu, ia akan menjadi kekangan terhebat kepada kerajaan pusat sekiranya masih mahu meneruskan program terbabit.

"Untuk masa akan datang, saya rasa kita perlu tahu bahawa Sarawak ini memerlukan layanan berbeza daripada kerajaan pusat. Anda tidak boleh lagi menyamakan ia dengan negeri-negeri lain di Semenanjung yang mungkin mudah dihubungi melalui jalan darat atau mungkin kerana penduduknya dekat-dekat.

Perkhidmatan doktor udara

"Bagi kita di sini, langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah memastikan setiap
perkhidmatan doktor udara dan juga perkhidmatan tele hospital bergerak diperbaiki secepat mungkin bagi memastikan ia kena dengan keadaan muka bumi dan juga kepadatan penduduk di seluruh Sarawak.

"Tetapi untuk melakukannya, kita harus ada tiga atau empat tahap perkhidmatan perubatan dan mereka ini juga harus pandai mengendali masalah dengan cukup efektif.

"Saya yakin bila ada perancangan teliti seperti ini kita mampu menjimatkan masa selain memberi kelebihan kepada rakyat untuk tidak membelanjakan wang yang begitu banyak semata-mata kerana berubat. Tambah lagi kita juga tidak perlu menambah kakitangan perubatan," jelasnya.

Terdahulu, Taib memberitahu sektor perubatan di negeri ini telah berkembang dengan pesat sejak adanya kemudahan-kemudahan moden dan juga pertambahan tenaga kerja professional.

"Saya masih ingat kalau dulu ratio untuk seorang doktor kepada pesakit ialah satu untuk lebih 2,000 pesakit. Namun kini (allhamdullilah) kerana setiap doktor hanya perlu merawat 600 pesakit walaupun kependudukan kita makin bertambah.

"Jadi ini adalah perkembangan yang baik untuk Sarawak," tegasnya sambil berkata dalam masa terdekat rakyat juga akan melihat lebih banyak perubahan dalam sektor itu termasuk pembinaan hospital umum kedua di kawasan Petra Jaya dan juga Institut Jantung Sarawak, di Kota Samarahan.

Kes liwat Anwar: Pendedahan WikiLeaks ‘sub judice’, kata peguam bela

Posted: 13 Dec 2010 12:11 AM PST



KUALA LUMPUR — Kabel diplomatik Amerika Syarikat bukan sahaja menggegarkan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi juga perbicaraan kes liwat keduanya dengan peguam-peguam beliau memberi amaran berita mengenainya boleh dianggap sebagai 'sub judice'.

Peguam Sankara Nair berkata, beliau dan peguam utama pasukan pembela Karpal Singh telah mengadakan perbincangan awal berhubung pendedahan WikiLeaks berhubung maklumat ejen-ejen risikan yang mempercayai bahawa kejadian melibatkan Anwar adalah sesuatu yang "diperangkap", tetapi Ketua Pembangkang itu telah "memasuki" perangkap tersebut.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan rakan saya Karpal Singh berhubung perkara ini. Satu perkara, kami merasakan bahawa sebenarnya adalah 'sub judice' jika membawa berita-berita (seperti) ini kerana ia boleh memberi kesan ke atas integriti perbicaraan.

"Jika anda melihat dengan betul-betul, berita itu diterbitkan menerusi pihak ketiga. Dalam bidang perundangan, ia hanya cakap-cakap melainkan ia dibuktikan sebaliknya," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.

Tuduhan kali pertama dikenakan sedekad yang lalu, selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Sankara berkata, beliau perlu berunding dengan Anwar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Pagi semalam, sebaik sahaja berita mengenainya disiarkan, Anwar menggunakan Twitter untuk mengetepikan pendedahan WikiLeaks bahawa perisikan Australia percaya beliau terlibat dalam kes liwat keduanya, dengan mengatakan sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia.

Ketua Pembangkang ini tidak membalas panggilan telefon The Malaysian Insider untuk mengulas laporan akhbar Australia, The Sun-Herald tetapi memberikan respons menerusi akaun Twitter apabila ditanya oleh beberapa pengikutnya.

"Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada," kata Anwar.

Dalam respons terdahulu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, "sumber? SB Malaysia ha ha."

Pendedahan WikiLeaks mendominasi aliran mesej Twitter di Malaysia hari ini dengan ahli-ahli politik dari Barisan Nasional (BN) dan pengikutnya memberikan respons ke atas pendedahan terbaru ini.

Sankra juga berkata, kenyataan Anwar itu bukan sesuatu yang tidak standard kerana laporan risikan tidak boleh digunakan sebagai asas berita atau maklumat, malah fakta-fakta dalam laporan ini lazimnya boleh mengelirukan atau tidak benar sama sekali.

"Saya sebahagian daripada (pernah berada dalam) cawangan itu (khas polis), saya tahu mengenainya. Perkara terakhir anda lakukan ialah percaya pada laporan risikan, anda tidak boleh membuat dakwaan begitu sahaja, melakukan sedemikian satu tindakan meneka dan cakap-cakap sahaja," kata Sankara.

"Seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah," tambah Sankara.

Peguam itu berkata, hakim perbicaraan kes liwat kedua ini Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mempunyai kuasa untuk memanggil pertubuhan berita tempatan yang melaporkan pendedahan itu dan memberikan mereka surat tunjuk sebab.

"Hakim boleh memanggil akhbar-akhbar (media terbabit) dan boleh meminta mereka menjelaskan mengapa mereka menulis berita itu, dan di mana buktinya. "Situasti di sini sama seperti kes Utusan di peringkat perbicaraan," kata beliau.

"Kami mahu mengelakkan perkara-perkara tidak berasas terhadap anak guaman kami ketika perbicaraan ini. Ia menjejaskan isu," kata Sankara.

Lewat petang semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata pihaknya memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat didedahkan WikiLeaks mengenai komen-komen bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan kes liwat Anwar.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi WikiLeaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterima pakai ataupun sebaliknya.

"WikiLeaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

"Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan antara ahli-ahli diplomat.

"Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee dan agensi perisikan negara itu," katanya.

The Sun-Herald dalam laporannya kelmarin berkata, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu - tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

"Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuakn itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar," lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

Wikileaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa "Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten."

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Ia menyebut, "Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang."

Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.

"ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat," kata kabel itu.

WikiLeaks sahkan Singapura terus cemburu Malaysia, kata Ibrahim Ali

Posted: 13 Dec 2010 12:09 AM PST



KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim mendakwa pendedahan WikiLeaks mengenai penilaian Singapura tentang iklim politik Malaysia mengesahkan sikap iri hati berterusan republik itu terhadap negara ini.

Pada sidang media pertama selepas kembali daripada cuti sakit selama dua bulan ekoran pembedahan jantung, presiden Perkasa itu berkata, Singapura sudah lama menyimpan dendam terhadap Malaysia.

Justeru katanya, kenyataan pegawai-pegawai kanan Singapura sebenarnya menunjukkan "belang" sebenar republik itu yang berpisah dari Malaysia pada 1965.

"Saya yakin bahawa mereka (Singapura) sebenarnya cemburu dengan Malaysia kerana mereka tidak gembira dalam banyak hal.

"Saya tidak terkejut dengan laporan WikiLeaks mengenai Singapura... mereka yang sebenarnya mengamalkan politik sempit," kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Merujuk kepada pendedahan itu, Ibrahim juga mendakwa Singapura mempunyai kepentingan diri untuk menyebabkan keadaan huru-hara di Malaysia.

"Saya merasakan mereka mempunyai agenda sendiri dan mereka mempunyai sekutu-sekutu mereka di Malaysia. DAP sebahagian daripada PAP (Parti Tindakan Rakyat) Singapura," katanya lagi.

"Mereka hanya mahu menyebabkan keadaan huru-hara di Malaysia sebab mereka tidak berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian Malaysia," kata Ibrahim.

Mengenai pendedahan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak terkejut dengan pendedahan itu.

"Apa yang perlu kejut? Ini satu isu yang sudah lama dibincangkan, sejak zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad) menjadi perdana menteri.

"Jika Anwar menyangkal fakta, beliau sepatutnya menyaman WikiLeaks, lebih-lebih lagi beliau suka menyaman orang.

"Apa yang menghairankan ialah Nik Aziz, Hadi bertindak seperti mereka tidak terkejut dengan pendedahan," kata beliau yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 atas tiket PAS.

Semalam, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berharap risikan teknikal yang disebut dalam WikiLeaks, menyentuh kes liwat melibatkan Anwar, penasihatnya, dapat didedahkan pada umum memandangkan ia menjadi sandaran Singapura dalam membuat kesimpulan mereka.

Kata beliau, pendedahan WikiLeaks bahawa fitnah liwat terhadap Anwar merupakan satu rekayasa polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang enteng dan mengesahkan kenyataan bahawa ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi.

"Lebih memeranjatkan menurut pendedahan WikiLeaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja serta dengan bersahaja mengeyakan fitnah tersebut kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA)," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurut laporan The Sun-Herald kelmarin, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu - tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

"Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuakn itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar," lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.

Tuduhan kali pertama dikenakan sedekad yang lalu, selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Anwar, yang mengetuai Pakatan Rakyat belum lagi mengulas pendedahan terbaru oleh akhbar Australia ini.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa "Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten."

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Ia menyebut, "Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang."

Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.

"ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat," kata kabel itu.

Zaid Ibrahim sudah sertai Akim

Posted: 13 Dec 2010 12:08 AM PST



KUALA LUMPUR — Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sudah menjadi ahli parti itu, berkuat kuasa pertengahan bulan lalu.

Zakaria berkata Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu.

Zaid sebelum ini telah menerima notis keluar PKR pada 19 November lalu walaupun pernah mengumumkan akan keluar parti itu pada 16 Disember ini.

"Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli Akim, beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu.

"Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi," kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika ditanya sama ada Zaid akan bertanding jawatan presiden Akim, Zakaria berkata, ia terpulang kepada bekas menteri kerajaan pusat itu.

"Terpulang kepada Zaid sama ada mahu bertanding ataupun tidak, jika mahu bertanding jawatan itu (presiden) saya akan beri laluan.

"Keputusan itu juga bergantung kepada keputusan ahli yang lain, saya tidak boleh buat keputusan," katanya.

Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur lusa bagi memilih barisan kepimpinan yang baru.

"Zaid kemungkinan besar akan menghadiri mesyuarat agung ini," kata Zakaria lagi.

Sebelum ini Zakaria berkata beliau sedia memberi laluan kepada Zaid untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya.

Beliau juga yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu.

Wikileaks: Bagaimana pula dengan tuduhan terhadap Najib?

Posted: 12 Dec 2010 10:21 PM PST

MERDEKA REVIEW

KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.


Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew (gambar kanan) and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh Wikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan

Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina "meninggalkan" Malaysia dan "menyusahkan" Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Shaaribu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu".

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan "rasuah", "sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand". Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin "membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu". Katanya, putera itu "tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi".

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau "lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear". Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya "berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir".

Peter Ho

Dalam Mac 2008, Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, "Khairy Jamaludin (gambar kanan) akan ditikam di dalam UMNO kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga".

Seperti juga rakan sekerjanya, Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Katanya, "Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)".

Tommy Koh

Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai "orang gemuk yang kalah dan merajuk" apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada "kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan".

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa "kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN".

Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim (gambar kiri) perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

Jika tidak, Perdana Menteri Najib Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung KeADILan, dengan tajuk asal Laporan Sydney Morning Herald dan Kandungan Kabel Diplomatik Singapura: KeADILan menolak pendapat peribadi yang disensasikan

Rasuah ancaman sebenar negara: Kos pertahanan terlampau tinggi, Ronald McCoy

Posted: 12 Dec 2010 10:18 PM PST

Chen Shaua Fui

Untuk beberapa dekad kebelakangan, Malaysia (atau Malaya) hanya berdepan dengan dua ancaman luar, iaitu Perang Pasifik dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia, tidak cukup untuk menjustifikasikan kos pertahanan atau kelengkapan ketenteraan yang terlampau tinggi, kata Ronald McCoy. Sebaliknya, beliau berpendapat bahawa ancaman negara kita yang sebenar adalah pertentangan antara kaum dan berleluasanya gejala rasuah.

Ronald McCoy (gambar kanan) ialah seorang doktor yang menentang senjata neuklear, menyandang jawatan Presiden Malaysian Physicians for Social Responsibility. Beliau berkata, ancaman dalaman yang berlaku termasuklah Darurat, tragedi berdarah 13 Mei dan sebagainya. Oleh sebab ancaman sebenar adalah dari dalaman, terutamanya pertentangan kaum, maka adalah tidak wajar seandainya kita perlu membelanjakan kos yang terlampau tinggi untuk kelengkapan ketenteraan.

53 tahun yang lalu menyaksikan negara kita yang berpecah-belah dengan politik perkauman yang bermaharajalela, dan didominasi kaum Melayu. Ronald McCoy menganggap bahawa kita tidak seharusnya menumpu kepada "perpaduan Melayu", "perpaduan Cina" atau "perpaduan India", kerana ini akan membuat kita untuk menumpu kepada "perpecahan Malaysia".

Dalam pada itu, usaha untuk memulihkan semangat keadilan dalam kehakiman, pentadbiran yang baik, sistem pendidikan yang sempurna adalah mustahak, katanya.

Terlalu lama UMNO-BN berkuasa

Ronald McCoy menjelaskan, banyak institusi kerajaan telah dikuasai UMNO-BN, sehingga menjadi kerajaan autokrasi yang terlalu lama berkuasa. Mereka boleh mengekalkan kuasa dengan akta yang diluluskan, untuk menjayakan agenda mereka. Misalnya, sistem perkhidmatan awam yang seharusnya bersikap neutral dijadikan alat UMNO-BN, sehingga negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berdepan dengan sabotaj daripada mereka.

Juga, isu kematian dalam tahanan yang semakin ketara, namun komuniti doktor di Malaysia tidak cukup besar untuk mendedahkan bagaimana tahanan dibelasah sehingga mati oleh polis. Jadi, Ronald McCoy tidak melihat apa-apa peluang untuk memperbetulkan keadaan yang sedia ada, selain menukar kerajaan.

Beliau sedar bahawa ini bukan sesuatu tugas yang enteng, tetapi rakyat harus cuba untuk melakukannya.

Ronald McCoy berkata sedemikian dalam satu forum berjudul "Ke arah Dasar Pertahanan Alternatif dalam Budaya Aman" (Towards Alternative Defence Policy in Culture of Peace), diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, Sabtu yang lalu.

Forum ini diadakan sempena pelancaran buku baru Pengarah SUARAM, Kua Kia Soong, "Questioning Arms Spending in Malaysia". Ahli panel yang lain termasuklah Kua Kia Soong, ahli parlimen Subang R.Sivarasa, dan anggota Food Not Bomb, Yuuhan. Pengacara untuk forum yang yang menarik kehadiran kira-kira 50 orang ini ialah Susanna George.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari laporan penuh.

Mohd. Sabu: Media negara amalkan demokrasi terpilih

Posted: 12 Dec 2010 10:07 PM PST

Nazar Hashim

Tindakan media arus perdana dalam negara ini yang tidak telus dalam melaporkan perkara sebenar menyebabkan mereka berada pada tangga ke-166 dalam senarai kebebasan dunia.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar kanan) ketika menyampaikan ceramah penerangan beliau di Dewan JKKK, Pajak Song, Kepala Batas, Seberang Perai Utara semalam.

Menurut beliau lagi, sikap "double standard" yang diamalkan oleh media perdana menyebabkan mereka tidak dapat membezakan antara fakta, kebenaran dan kebatilan.

"Apabila mereka tidak dapat membuat pertimbangan yang bijak, maka akhirnya yang menjadi mangsa adalah kebenaran. Yang lebih parah lagi apabila wujudnya ketidaktelusan dalam menyampaikan maklumat."

"Malah demokrasi yang diamalkan oleh pihak media yang condong kepada pemerintah, hanya menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai sesuatu yang benar. Manakala parti lain yang berada dalam negara ini, walaupun sah dari segi perundangan akan dianggap sebagai tidak sah kepada mereka," ujarnya lagi.

Mohamad Sabu juga menyelar sikap kerajaan yang menjadikan demokrasi sebagai momokan sedangkan pada konsep sebenar ia tidak dilaksanakan.

Tambahnya lagi, demokrasi yang diamalkan oleh media luar negara seperti Indonesia, Filipina dan kebanyakan negara luar adalah lebih baik jika dibandingkan dengan sistem amalan yang dilaksanakan dalam negara oleh kerajaan sedia ada.

"Sebagai bukti kita dapat lihat bagaimana peranan berat sebelah yang dimainkan oleh media milik kerajaan. Semasa pilihan raya diadakan mereka akan menggunakan media untuk menghentam parti lawan seperti PAS, PKR dan DAP."

"Sedangkan kita tidak diberi ruang dan peluang untuk membela diri. Mereka boleh membelasah kita tanpa henti. Sekelumit masa pun tidak mereka berikan untuk menyatakan visi dan misi kita untuk memperjuangkan hak dan membela nasib rakyat."

"Sekiranya keadilan mahu dilihat terbentuk dan dilaksanakan dalam negara, maka rakyat harus segera membuat reformasi dalam pilihan raya umum yang akan datang. Hanya melalui mandat rakyat sahaja kita mampu merubah ketidakadilan yang ada dalam negara, " katanya lagi.

Dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah dengan menyekat maklumat parti lawan seperti Pakatan Rakyat (PR) bukan satu perkara baru yang diamalkan dalam negara ini. Walau bagaimanapun dengan perkembangan siber terkini, maklumat kepada rakyat dapat dirobos melalui sistem yang ada tanpa perlu menaruh harapan yang tinggi kepada BN sebagai parti pemerintah untuk melebar-luaskan penyiaran maklumat bagi pihak PR.

Katanya lagi, Perhimpunan Agung UMNO yang seringkali diberikan liputan meluas oleh TV3 adalah bukti ketara bagaimana berlakunya diskriminasi media terhadap PR maupun parti politik yang tidak sehaluan dengan pemerintah.

"Namun begitu, PR tidak akan mengamalkan ketidakadilan yang menjadi amalan mereka menyelinap masuk seandainya tampuk pemerintahan berada dalam kekuasaan kita menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan datang."

"PR akan tetap mempraktikkan keadilan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira kedudukan entiti, ras dan agama yang mereka anuti bagi memberi keadilan dan pembelaan yang sewajarnya," tegasnya lagi.

Majlis anjuran PAS kawasan Tasek Gelugor itu turut di hadiri oleh kepimpinan PAS, PKR dan DAP.

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

Ummi Hafilda.. Jadilah seorang adik yang baik...

Posted: 12 Dec 2010 10:03 PM PST

Oleh SECJDM3P044

"Dalam kenyataan Media oleh Saudara Amir Ghazali Ketua AMK Pulau Pinang ini, beliau menyeru Ummi Hafilda agar bertaubat dari terus dipergunakan oleh pihak yang kini kelihatan amat takut untuk kehilangan kuasa, Takutlah kepada Allah yang maha berkuasa bukan takut kepada pihak yang berkuasa dan malulah kepada para Malaikat yang beribadat hanya kerana Allah bukannya beribadat selama 7 hari 7 malam hanya kerana untuk muncul semula memburuk-burukkan abang kandung sendiri..

KENYATAAN MEDIA

Kenapa harus bertaubat jika hanya mempertikaikan "Ketuanan Melayu"?

Ummi Hafilda dalam wawancaranya dengan Utusan atau Mingguan Malaysia semalam (12 Dec) telah menggesa Abangnya Azmin Ali Timbalan Presiden PKR agar bertaubat hanya kerana Abangnya itu telah menentang konsep "Ketuanan Melayu".

Ketuanan Melayu itu membawa maksud Kekuasaan orang-orang Melayu ataupun Kekuasaan Raja-Raja Melayu.

Ummi Hafilda seharusnya tahu dan sedar siapakah yang telah menentang dengan cara menghakis "Ketuanan Melayu" itu sebelum menyeru abangnya Azmin agar bertaubat.

Pada tahun 1983 Akta Tanah telah diubah, perubahan yang dilakukan ini bagi membolehkan tanah-tanah milik orang Melayu dijual kepada bukan Melayu dan Kerajaan juga boleh mengambil alih tanah milik orang Melayu atas nama pembangunan.

Pada tahun yang sama juga imuniti atau kekebalan Raja-Raja Melayu juga telah ditarik bagi membolehkan mereka didakwa di Mahkamah jika melakukan kesalahan.

Kedua-dua perkara besar diatas telah dilakukan oleh seorang Pemimpin dari UMNO iaitu Tun Mahathir, beliau telah melakukan perkara tersebut seharusnya Mahathir lah yang perlu diminta bertaubat oleh Ummi Hafilda kerana Mahathir telah secara jelas menentang "Ketuanan Melayu".

Ummi Hafilda juga telah berkata adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia dilingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa, tetapi tidakkah Ummi Hafilda tahu bahawa mendedahkan keaiban abangnya itu juga merupakan satu dosa?

Kenapa perlu Ummi Hafilda menggunakan Media Massa untuk menyeru agar abangnya Azmin Ali bertaubat, tidak bolehkah beliau sebagai adik menemui atau meghubungi abangnya itu untuk menasihatkan dan memintanya untuk bertaubat?

Untuk apa beliau mendedahkan keaiban abangnya (jika ada) dan menyeru agar beliau bertaubat melalui media tunggangan UMNO itu selain dari untuk menjatuhkan maruah dan memalukan abangnya sendiri?

Tidakkah Ummi Hafilda sedar kenyataannya yang telah disiarkan oleh Media UMNO dengan tajuk besar "Taubatlah Azmin" itu bakal mengundang persepsi yang negative dari masyarakat terhadap abangnya sendiri? Kerana Taubat itu biasanya dikaitkan dengan kesalahan yang besar dalam Islam.

Jikapun Azmin Ali dikatakan bersalah kerana bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dalam menyembunyikan fakta sebenar berkaitan isu tuduhan liwat sebelum ini Mahkamah mana yang telah mengatakan Anwar telah bersalah kerana tuduhan liwat?

Sebagai adik yang baik Ummi Hafilda sewajarnya menyembunyikan segala keburukan abangnya itu jika ada dari pengetahuan masyarakat bukannya mendedahkannya kepada khalayak ramai.

Dalam wawancara itu juga Ummi Hafilda telah bersumpah untu kesekian kalinya yang jumlahnya mungkin hanya beliau yang tahu. Sumpahnya " Wallahi Wabillahi Wataalahi" dalam aurat yang tidak dijaga atau ditutup dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam apakah hukumnya pula?

Yang pastinyakemunculan semula Ummi Hafilda kali ini bolehlah diumpamakan sebagai senjata lama yang digunakan semula oleh pihak UMNO/BN dalam meneruskan seranganterhadap PKR yang Ketua Umumnya DS Anwar Ibrahim, Presidennya DS Wan Azizah dan Abangnya Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden.

Dan sepatutnya yang harus bertaubat disini ialah Ummi Hafilda sendiri, bertaubatlah dari terus memburukkan saudara sedarah daging sendiri.

Bertaubatlah juga dari terus dipergunakan oleh pihak yang kini kelihatan amat takut untuk kehilangan kuasa, Takutlah kepada Allah yang maha berkuasa bukan takut kepada pihak yang berkuasa dan malulah kepada para Malaikat yang beribadat hanya kerana Allah bukannya beribadat selama 7 hari 7 malam hanya kerana untuk muncul semula memburuk-burukkan abang kandung sendiri..

Jadilah sebagai seorang adik yang membolehkan abangnya merasa bangga mempunyai adik yang sedemikian..

Amir Ghazali
Ketua AMK Pulau Pinang"

Bila Perlembagaan tidak diisi

Posted: 12 Dec 2010 09:52 PM PST

Oleh Dr Abdul Aziz Bari

Salah satu sebab mengapa minggu lalu saya mengatakan isu Timbalan Perdana Menteri (TPM) Cina tidak penting ialah kerana soal-soal yang dikaitkan dengan jawatan itu, khususnya hidup mati Islam dan Melayu, bukan bidang kuasa orang politik; sebaliknya peranan dan kerja raja-raja, baik secara peribadi yakni melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja, mahupun atas kapasiti kolektif mereka di bawah Majlis Raja-Raja. Oleh itu sama ada kerajaan dipegang orang Melayu atau tidak, perkara-perkara itu tidak akan terjejas.

Sebenarnya raja-raja diberi kuasa penting; bukan sahaja melindungi peruntukan perlembagaan yang berkenaan, tetapi juga memantau pelaksanaan sebagaimana diperuntukkan Perkara 38(5) dalam soal kedudukan istimewa Melayu yang dikandung oleh Perkara 153.

Tetapi itu semua tidak menjadi kenyataan dan raja-raja dianggap simbol dan lambang sahaja. Ini tidak salah. Tapi dalam soal-soal yang disebut tadi raja-raja bukan sekadar lambang.

Sebab itu perkara-perkara tadi tidak boleh dipinda tanpa perkenan raja-raja sebagaimana disebut perlembagaan di bawah Perkara 159(5).

Malangnya orang politik, baik UMNO atau Pas, tidak melihatnya begitu. Bagi mereka kuasa politik adalah segala-galanya. Sebab itu Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Harun Taib contohnya dilaporkan menyebut, orang Cina yang hendak dilantik TPM perlu masuk Islam dan berakhlak mulia.

Mungkin mereka kata begitu kerana bimbang UMNO akan memutarbelitkan kenyataan mereka.

Apa pun kelmarin Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu TPM akan diselesaikan mengikut kerangka Perlembagaan.

Tentang UMNO pula kita semua maklum, setelah kecundang di lima negeri dalam PRU 2008, dengan tiba-tiba begitu prihatin kepada kedudukan raja-raja, Islam dan Melayu.

Sebelum itu UMNO berasa merekalah segala-galanya. Raja atau Perlembagaan tidak penting. UMNO mendakwa tanpa mereka Melayu akan ha­n­yut sedangkan syarat MB Melayu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu itu adalah ketetapan Perlembagaan. Ertinya sama ada UMNO wujud atau tidak Melayu tetap di situ.

Kita masih ingat bagaimana pentadbiran Mahathir menghina raja-raja. Saya telah beberapa kali menyebut betapa seorang bekas menteri besar UMNO dengan bangganya mengatakan kedudukan istimewa Melayu itu ialah kerana UMNO, bukan Perlembagaan.

Kekeliruan peranan dan kuasa timbul kerana Perlembagaan tidak diisi dan dilaksanakan.
Saya telah beberapa kali menyebut Perlembagaan ini adalah manual atau buku panduan yang perlu dibaca mereka yang memerintah negara. Begitu juga bagi yang bercita-cita hendak berbuat demikian.

Meskipun ia bukan sebuah dokumen sakral dan suci sifatnya ia satu-satunya dokumen yang mengikat kita semua. Memang kita tidak puas hati atau selesa dengan semua peruntukannya. Tetapi inilah satu-satunya dokumen yang kebanyakan kita kenal dan faham.

Saya juga sudah menyatakan sekiranya hukum Islam hendak dilaksanakan pun Perlembagaan tidak menghalangnya. Apa yang penting ialah rakyat menerima dan menyokong hukum itu, memahami dan mengisi Perlembagaan.

Perlu ingat, kita hendak memerintah atau melaksanakan Islam di Malaysia bukan di Mesir, Arab Saudi atau memerintah United Kingdom atau India.

Dalam kerangka Perlembagaan sekarang yang meneruskan peranan khalifah ialah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja. Bukan Perdana Menteri, menteri besar atau ketua menteri.

Saya tahu ada yang ragu dengan pandangan ini, tetapi mengapa kita boleh menerima Kesultanan Uthmaniah yang runtuh pada 1924 itu sebagai khalifah yang terakhir?
Umumnya kualiti pemimpin mereka lebih kurang sama saja dengan apa yang kita ada sekarang.

Dalam isu TPM ini pemimpin Pas, khususnya yang berusia dan enggan memahami Perlembagaan, jelas membuang masa dan membelakangkan slogan Pas untuk semua yang parti itu uar-uarkan selama ini.

Sebab itu ada yang membuat jenaka; sebelum pilihan raya mereka kata "Pas untuk semua". Tetapi selepas menang tindak-tanduk mereka memberi isyarat, "semua untuk Pas".

Dalam isu TPM ini mereka belum tentu menang pun. Seorang penulis Cina berpendapat, dalam isu TPM ini pendirian Pas sama sahaja dengan Perkasa, NGO Melayu yang banyak membuat kerja politik UMNO.

Isu TPM ialah isu Perlembagaan. Sebab itu kita perlu menanganinya melalui peruntukan dan lenggok Perlembagaan. Kalau kita bawa perspektif lain kita akan jadi keliru.


** Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 21 tahun

Kemelut Air: Kerajaan Pusat usah berlengah dalam membuat keputusan

Posted: 12 Dec 2010 09:48 PM PST

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan digesa tidak melengah-lengahkan usaha menyelesakan kemelut air yang membabitkan Syabas dan syarikat konsesi lain demi memastikan rakyat Selangor diberikan hak untuk menikmati air pada harga yang berpatutan.

Khalid ketika menjawab soalan pemberita

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan memberikan semula tawaran untuk mengambil alih aset empat syarikat konsesi itu pada harga enam bilion ringgit.

Kini terpulang kepada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan tidak ada pihak yang berlengah untuk mengembalikan hak mengurus air kepada rakyat Selangor.

"Selesai atau tidak, rakyat sudah tahu, jadi bererti rakyat akan memantau sama ada keikhlasan Kerajaan Persekutuan untuk menentukan penyelesaian air ini memberi manfaat kepada rakyat.

"Jadi pada kita, lagi lama Kerajaan Persekutuan ini membuat keputusan, lagi banyak kemarahan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan," katanya.

Tan sri Khalid berkata demikian pada majlis jamuan sempena perhimpuan rakyat menyerahkan Memorandum Bantah Kenaikan Air.

Lima belas ribu orang menyertai perhimpunan itu yang menyaksikan polis melepakskan gas pemedih mata dan pancutan air ke atas ribuan rakyat Selangor yang berhimpuan secara aman.

Meskipun provokasi polis itu, Tan Sri Khalid berjaya menyampaikan memorandum yang ditandatangani oleh 150,000 orang kepada wakil yang di Pertuan Agong.

Sebahagian peserta yang hadir pada majlis tersebut

"Terima kasih dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di rumah Menteri Besar ini… semua ini adalah hasil perjuangan reformasi yang bersungguh-sungguh," katanya.

Kerajaan Selangor kini sedang menyediakan dokumen tawaran untuk mengambil alih asset empat syarikat konsesi air di negeri ini.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri mengemukakan harga tawaran yang munasabah bagi membeli keempat-empat syarikat konsesi air terbabit.

Penduduk Taman Mawar lega dapat geran hak milik

Posted: 12 Dec 2010 09:46 PM PST

SELANGOR KINI

AMPANG – 329 pemilik unit rumah Taman Mawar, Ampang, menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor hari ini menyerahkan geran hak milik kepada mereka setelah menanti selama 26 tahun.

Rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah yang dihadapi

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata, kerajaan negeri tidak akan membiarkan rakyat dibeban dengan kegagalan pemaju menyempurnakan amanah yang diberikan, selain menyifatkan pemberian geran tersebut sebagai hadiah tahun baru.

"Kita juga telah menurunkan cukai tersebut kepada seringgit sahaja. Jadi mereka tidak perlu bayar. Dari segi premium kita bagi nominal yang paling rendah kepada mereka. Setakat ini mereka perlu bayar RM682.50 untuk kediaman dan RM723.50, untuk perniagaan.

"Dari segi premium kita hilang hasil pun tidak apa, tapi yang penting penduduk mendapat tanah ataupun hak milik mereka," ujar beliau di Majlis Penyerahan Hak Milik kepada penduduk Taman Mawar, Ampang.

Pada tahun 1984, sebanyak 143 unit rumah murah, 90 unit rumah teres dua tingkat, 71 unit rumah link dua tingkat dan 25 unit perniagaan telah siap dibina dan diserahkan kepada pembeli walaupun tanpa Sijil Layak Menduduki (CF).

Kegagalan Syarikat Musytari Development Sdn Bhd membayar premium sebanyak RM317,508.50 dan hutang cukai berjumlah RM40,152.50 sebelum ini mengakibatkan geran hak milik tidak dapat dikeluarkan kepada pemilik.

Iskandar yang juga Adun Chempaka berkata, kerjasama daripada Pejabat Tanah Hulu Langat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor menubuhkan jawatankuasa bertindak memudahkan urusan pemilikan geran hak milik penduduk.

Sah! Pilihanraya umum akan diadakan pada 5 Mei 2011 tapi…

Posted: 12 Dec 2010 09:40 PM PST

Oleh: Ust Saiful Bahri

Tiada siapa boleh memaksa Robert Mugabe untuk mengumumkan tarikh pilihanraya diadakan pada 2011 bagi menyelesaikan permasalahan politik di Zimbabwe. Keputusan berada ditangannya.

Bahkan pilihanraya diadakan dipadang yang tak sama rata, penuh tipu-helah bagi mengekalkan kuasa beliau. Kata wakil parti Movement for Democratic Change, MDC pimpinan Morgan Tsvangirai, pembangkang terbesar di Zimbabwe yang dipimpin oleh Robert Mugabe.

Di Malaysia, tarikh pilihanraya hanya diketahui oleh PM, Najib Tun Razak sebagai satu strategi pilihanraya demi kemenangan BN. Ia menjadi teka-teki dan rahsia yang tidak diketahui oleh rakyat.

"Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. Keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang,'' katanya.

Najib tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia ketika di Phnom Penh di perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP).

Itulah demokrasi ala Malaysia. Takde beza dengan Robert Mugabe, pemimpin kuku besi Zimbabwe. Tidakkah Malaysia mengikuti Negara Mahaguru beliau seperti Amerika Syarikat yang telah lama mengumumkan bahawa PRU USA akan diadakan pada Selasa, 11 November 2011. Manakala bagi negara Scotland telah mengumumkan tarikh membubarkan parlimen mereka dan akan diadakan pemilihan PRU pada 5 May 2011.

Begitulah kebanyakan negera-negara Eropah bahkan kebanyakan Negara-negara Afrika, Negara yang dikatakan mundur dan tidak maju telah mengumumkan tarikh pilihanraya. Negara yang 1st Lady mereka sanggup datang menghadiri Persidangan Wanita Pertama anjuran Rosmah. Kalau mereka tahu bahawa mereka lebih kehadapan daripada Malaysia dalam demokrasi ini, tentu mereka tidak datang sebagaimana 1st Lady Negara-negara lain. Berikut tarikh pilihanraya antara Negara yang telah mengumumkan bagi tahun 2011.

1/9/2011 Sudan Referendum

1/23/2011 Central African Republic General
1/31/2011 Niger Presidential (1st Round) and Legislative
January 2011 Mauritania Legislative/Local
2/11/2011 Niger Presidential (2nd Round)
2/18/2011 Uganda General
2/20/2011 Chad Parliamentary
3/20/2011 Central African Republic General (2nd Round)
4/10/2011 Peru General
April 2011 Burkina Faso Local
April 2011 Djibouti Presidential
April 2011 Nigeria Legislative, Regional, Presidential
5/8/2011 Chad Presidential
May 2011 Fiji Parliamentary
Spring 2011 Yemen Parliamentary
June 2011 Turkey Parliamentary
August 2011 Guyana General
September 2011 The Gambia Presidential
September 2011 Guatemala General
10/11/2011 Liberia General
10/23/2011 Argentina Presidential
October 2011 Bulgaria Presidential
October 2011 Cameroon Presidential
October 2011 Kyrgyzstan Presidential
11/6/2011 Nicaragua General
11/27/2011 Democratic Republic of Congo Presidential/Legislative
November 2011 Croatia Parliamentary
December 2011 Gabon Parliamentary
December 2011 Russia Parliamentary

Misi tahun ini terlaksana

Posted: 12 Dec 2010 09:38 PM PST

SINAR HARIAN ONLINE

SHAH ALAM – Misi untuk membantu rakyat Selangor untuk meningkatkan taraf hidup sedang diusahakan dan hasilnya adalah positif.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Teresa Kok berkata, ianya meliputi usaha menarik pelaburan ke negeri Selangor.

Menurutnya, melalui usaha menarik pelabur ini telah banyak memberikan manfaat terutamanya membuka peluang pekerjaan yang lebih luas.

"Kita telah mengenal pasti beberapa pelabur dari China dan Korea dan kita akan terus berhubung dengan mereka untuk memastikan mereka melabur dengan kita.

"Jumlah pelaburan pada tahun ini adalah memberangsangkan berikutan ekonomi dunia yang semakin baik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya mengenai misi untuk tahun depan, beliau akan memfokuskan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kita akan berusaha untuk memastikan kerusi yang dimenangi pilihan raya lalu dikekalkan.

"Jika kita memenangi PRU tahun depan, itu merupakan pencapaian yang terbesar," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata beliau berusaha menaik taraf infrastruktur Kampung Baru.

Menurutnya, peruntukan 5.4 juta akan digunakan sebaiknya untuk membaiki kemudahan itu termasuk pembaikan jalan, saliran longkang serta pembinaan jambatan.

"Projek masih dalam proses pelaksanaan dan akan diteruskan secara bersepadu supaya rakyat mendapat kemudahan yang sewajarnya.

"Kerajaan terdahulu gagal menjalankan tanggungjawab dan tidak mengambil berat masalah rakyat," katanya.

Katanya, beliau juga telah berjaya membantu menyelesaikan masalah penduduk yang tinggal lebih 60 tahun berkaitan hak milik tanah di Kampung Baru.

"Setakat ini, kita berjaya membantu lebih 400 keluarga yang membuat permohonan hak pemilikan tanah.

"Usaha akan diteruskan termasuk membantu mereka membuat permohonan," katanya.

Katanya, untuk strategi tahun hadapan, beliau fokus untuk melaksanakan projek kecil seperti infrastruktur dan kempen membaca.

"Kempen membaca akan diteruskan berikutan sambutan yang menggalakkan. Harapan kita agar minat membaca dapat dipupuk dan menarik minat untuk belajar.

"Fokus kita adalah masyarakat luar bandar. Setakat ini lebih 13 buah kampung telah mengikuti kempen ini antaranya Kampung Bagan, Sekinchan dan Kampung Baru, Seri Kembangan," katanya.

Gabus sokong Dr Khir

Posted: 12 Dec 2010 09:36 PM PST

SINAR HARIAN ONLINE

SABAK BERNAM – Pengundi muda Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang di sini menubuhkan Gagasan Bertindak DUN Sungai Panjang (Gabus) bagi menyatakan sokongan penuh terhadap UMNO Bahagian Sungai Besar berikutan pendakwaan yang dikenakan ke atas pemimpinnya, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Pengerusi Gabus, Mohd Safar Abdullah berkata, sokongan itu juga sebagai bukti komitmen dan kepercayaan mereka terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu.

Menurutnya, Gabus kini disertai hampir 200 terdiri daripada pengundi muda ditubuhkan khusus untuk menyatakan sokongan padu terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sungai Besar.

"Sebagai pengundi kita juga terkesan dengan situasi yang berlaku, kerana itu kita bangkit bagi melancarkan gerakan menyeru pengundi DUN Sungai Panjang dan ahli UMNO khususnya untuk terus menyokong kepimpinan UMNO dan BN Sungai Besar," katanya ketika ditemui sempena Majlis Perjumpaan Dr Mohamad Khir bersama jawatankuasa empat peringkat di Dewan Simpang Lima di sini, semalam.

Dalam majlis itu, Gabus turut menyerahkan satu memorandum menyatakan sokongan yang ditandatangani lebih 300 pengundi muda kepada Dr Mohamad Khir.

Mohd Safar berkata, Gabus turut menyelar tindakan pihak tertentu yang cuba untuk menggugat keharmonian dan perpaduan UMNO bahagian itu.

Keputusan UMNO prosedur biasa

Posted: 12 Dec 2010 09:34 PM PST


SINAR HARIAN ONLINE


SUNGAI BESAR – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akur dengan keputusan kepimpinan UMNO pusat yang menggantung jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sehingga kes pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, selesai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu berkata, beliau menerima surat penggantungan itu pada 8 Disember lalu dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa.

Menurutnya, keadaan tidak berubah hanya kepimpinan UMNO Bahagian itu kini diterajui Timbalannya, Datuk Ramli Norani.

"Program akan diteruskan seperti biasa dan saya akan terus memberikan kerjasama serta berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Beliau semalam secara rasmi menyerahkan tugas Ketua UMNO bahagian Sungai Besar kepada Ramli.

Pengumuman itu dibuat dihadapan pimpinan dan jawatankuasa empat peringkat UMNO bahagian Sungai Besar yang hadir di Dewan Simpang Lima sempena perjumpaan UMNO bahagian berkenaan di sini.

Dr Mohamad Khir berkata, pemilihan timbalannya sebagai pemangku jawatan berkenaan bertepatan bagi meneruskan gerakan program antara UMNO bersama parti komponen lain di kawasan DUN Sekinchan.

"Rakyat di DUN Sungai Panjang tidak perlu bimbang kerana saya akan tetap meneruskan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat di sana, apa yang penting, keazaman Barisan Nasional (BN) untuk merampas Sekinchan perlu diteruskan.

"Saya cukup yakin beliau (Datuk Ramli) mampu meneruskan kesinambungan aktiviti yang dirancang sebelum ini, jawatan bukan satu masalah kerana perpaduan itu lebih penting dan walaupun saya bukan lagi ketua bahagian, dengan sokongan barisan kepimpinan UMNO di semua peringkat yang tetap teguh bersatu, saya yakin kita dapat memulangkan kembali kerusi Sekinchan kepada BN," katanya.

Ramli,63, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Bendahari UMNO bahagian Sungai Besar selama lima tahun bermula 2004 sebelum menang dalam pemilihan 2008 untuk kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.

Dr Mohamad Khir menyifatkan keputusan pimpinan BN memilih Pemangku Ketua UMNO bahagian itu dari kalangan 'orang dalam' adalah tepat.

"Timbalan ada, jadi tidak perlu kita babitkan orang luar kerana kita tidak mahu wujud pula perpecahan antara ahli," katanya.

Bagi Ramli, ia merupakan satu tanggungjawab besar untuk membuktikan kepada kepimpinan tinggi BN bahawa kerjasama erat di semua peringkat bahagian itu terus kukuh bagi menjamin calon BN dapat dikekalkan semula pada pilihan raya akan datang

Menurutnya, kerjasama semua pihak yang telah di susun rapi antara UMNO dan parti kompenan seperti MCA, MIC, IPF dan Gerakan sebelum ini akan terus ditingkatkan bagi mengukuhkan lagi BN di Sungai Besar.

"Saya ni nampak sahaja garang dan kasar, tetapi sebenarnya tidak, seperti harimau dan singa yang sifatnya garang tetapi masih boleh dijadikan kawan pada pertunjukan pentas, begitu juga dengan saya, boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja," katanya dengan berseloroh.

Singapura Anggap Najib Pemimpin Lemah, Opportunis

Posted: 12 Dec 2010 03:51 PM PST

Oleh Suara Keadilan

najib_altantuyaKUALA LUMPUR 12 Dis - Laman web WikiLeaks membuat pendedahan mengenai pandangan pegawai kanan pentadbiran Singapura bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir negara.

Pandangan pemerintah Singapura itu terkandung dalam transkrip kabel diplomatik di antara beberapa pegawai kanan Singapura dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat yang didedahkan oleh laman web Wikileaks

Dalam laporan akhbar mingguan Australia, The Sunday Age hari ini, akhbar itu mendedahkan perbincangan antara pegawai kanan Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh dengan pegawai Amerika Syarikat.

Perbincangan sulit itu bukan sahaja melabelkan Najib sebagai pemimpin lemah tetapi juga menyifatkan pemimpin Umno-BN seperti mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kategori yang sama.

Malah pemerintah Singapura melihat Presiden Umno itu sebagai seorang opportunis dan meletakkan faktor imej 'kemerosotan' Malaysia ditangan beliau serta pimpinan Umno-BN yang lemah.

Laporan The Sunday Age menyatakan semasa perbincangan yang berlaku pada September 2008, pegawai kanan hal ehwal luar Singapura Bilahari Kausikan memberitahu timbalan setiausaha pertahanan Asia Timur David Sedney bahawa 'keadaan di Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya dicetuskan kemungkinan oleh konflik perkauman yang bakal menyaksikan kaum etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura.

"Berikutan kempimpinan yang lemah, adalah menjadi masalah yang nyata kepada Malaysia dan Najib perlu mempertahankan kedudukan politiknya untuk mengelak pendakwaan berhubung pembabitannya dengan kes kata Bilahari Kausikan.

Kausikan menyimpul masa depan Najib diibarat telur di hujung tanduk kerana dakwaan pembabitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Sebelum itu Peter Ho menganggap politik Najib terus dibayangi skandal pembunuhan kejam tersebut dan sebagai seorang opportunis beliau tidak akan teragak-agak mengambil pendirian kritikal terhadap Singapura jika keadaan mendesak beliau berbuat demikian.

Perbincangan pegawai kanan Singapoura dalam transkrip itu juga menyentuh nasib politik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Abdullah.

"Pisau politik mengancam menikam Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi yang tidak disukai ramai pihak kerana beliau mencapai kedudukannya melalui perhubungan keluarganya," kata Ho.

Pendedahan lebih 250,000 kabel diplomatik negara-negara seluruh dunia oleh Wikileaks telah menyebabkan perasaan tidak selesa di kalangan beberapa kerajaan termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara Timur Tengah.

Laman web itu juga mendedahkan sekitar 1,000 transkrip kabel diplomatik berkaitan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

RPK tubuh gerakan 'perbaiki' Malaysia

Posted: 12 Dec 2010 03:48 PM PST

Hazlan Zakaria

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) hari ini mengumumkan bahawa "kuasa ketiganya" - dikenali sebagai Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) - tidak akan mencuri undi dari Pakatan, tetapi sebaliknya bermatlamat untuk "memperbaiki" apa yang rosak di Malaysia.

raja petra Live telecast of the MCLM Forum in London"Apakah MCLM ini? Nah, jawapan saya ialah KISS: Keep it simple, stupid. Kami adalah sekumpulan tukang-baiki. Dan anda mengatakan ada beberapa perkara yang rosak di Malaysia, seperti parlimen. Kami akan memperbaikinya," katanya semasa siaran langsung webcast dari London malam ini.

Beliau bercakap di satu forum yang kelihatan berlangsung di sebuah hotel di London, anjuran MCLM untuk menjelaskan mengenai gerakan itu dan misinya.

Menurut RPK (kanan), MCLM merupakan satu kumpulan yang dikumpul olehnya dan orang lain yang berpusat di Malaysia, seperti peguam yang juga penulis blog, Harris Ibrahim.

RPK mengetuai gerakan itu, dengan Yolanda Augustines (bawah) sebagai setiausaha manakala Farouk A Peru mengetuai inisiatif maklumatnya. Haris dan yang lainnya menganggotai jawatan MCLM.

Menurut MCLM, ia akan memulakan satu kempen untuk mendidik rakyat
Malaysia mengenai kebebasan awam mereka, yang juga akan merangkumi penerbitan sebuah akhbar rasmi yang akan diedarkan kepada masyarakat.

yolanda augustine raja petra Live telecast of the MCLM Forum in LondonRPK menjelaskan bahawa MCLM tidak akan 'mencuri undi' sepertimana yang dibimbangi oleh sesetengah parti politik, tetapi sebaliknya ia akan membantu parti-parti politik untuk mengetengahkan calon-calon terbaik dengan mencadangkan mereka yang mampu berkhidmat dan mendidik masyarakat.

"Mereka mengeluh yang mereka tidak dapat mencari calon yang tepat. Nah, kita memberi mereka calon yang tepat," katanya.

Dengan cara ini, beliau percaya ia akan "memperbaiki" situasi di Malaysia di mana calon-calon yang berkhidmat di Parlimen, menurutnya, kini berkualiti rendah.

"Tujuan kami bukanlah untuk memenangi pilihan raya. Tujuan kami adalah membawa pembaharuan kepada sistem politik," tegasnya.

Nizar lancar buku krisis politik di Perak

Posted: 12 Dec 2010 03:45 PM PST

Hazlan Zakaria

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini melancarkan buku yang diterbitkan lamanweb popular Loyarburok.com yang memperincikan peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN yang menyaksikan penyingkiran beliau dan Pakatan Rakyat di Perak.

loyarburuk nizar and supportersBuku yang bertajuk 'Perak: A State of Crisis' merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, terutamanya yang menyokong perjuangan Nizar untuk mengembalikan kuasa kerajaan Pakatan selepas peristiwa tersebut.

Ia turut memuatkan empat analisis khas oleh pakar-pakar seperti bekas hakim Datuk NH Chan dan pakar perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi mengenai krisis perlembagaan yang berlaku.

Nizar yang diberi nama jolokan menteri besar rakyat oleh pihak penganjur, tiba di tempat pelancaran buku itu di Annexe Gallery di ibunegara, dengan diberi sambutan meriah oleh para penyokong Loyarburok.com, rakan politik dan para aktivis.

Antara mereka yang hadir memberi sokongan ialah bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan; pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham serta penyumbang bahan untuk buku tersebut.

Najib gelabah rakyat bangkit

Posted: 12 Dec 2010 03:43 PM PST

Idris Ahmad

PAS nampak Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13.

Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selama dua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuanya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun.

Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untuk mendapat sokongan majoriti kerana masih ada lagi rakyat yang belum berpuas hati terhadap BN.

Rakyat mula membuat perbandingan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai hasil yang banyak tetapi mampu membuat kebajikan kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah dan sebagainya.

Rakyat sudah membayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat dengan hasil yang begitu melimpah ruah, maka banyak lagi kesenangan rakyat akan diperolehi.

Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri BN yang memerintah. Sebaliknya rakyat hanya dapat kenaikan harga barang, petrol, gas dan akan datang pula kenaikan tarif elektrik.

Taktik serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melindungi masalah dalaman BN yang begitu parah. Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sebaliknya berakhir dengan perang mulut antara Umno dan MCA mengenai isu ketuanan Melayu.

Slogan 1Malaysia nampaknya tidak berapa menjadi untuk menjadi umpan kepada pengundi bukan Melayu untuk bersama dengan BN, maka jalan keluarnya ialah dengan menyerang Pakatan Rakyat.

Hari ini Datuk Seri Najib mendakwa siapa yang mengatakan Felda bankrap pengkhianat bangsa. Apabila peneroka sudah mempunyai kekuatan dan celik maklumat hasil daripada perjuangan PAS yang menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) untuk generasi kedua, maka banyak tembelang Umno BN sudah terbongkar.

Barisan Nasional tidak boleh menipu generasi kedua peneroka kerana mereka adalah generasi yang bermaklumat dan terpelajar. Sekarang mereka bangkit menuntut hak mereka, selama ini bapa mereka diperah seperti kilang sawit memerah buah sawit, yang peneroka dapat hanya hampas ini yang menjadi kemarahan Datuk Seri Najib.

Provokasi: Jangan terpedaya taktik Umno BN

Posted: 12 Dec 2010 03:42 PM PST

Fakhri Ali

KEPALA BATAS: Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi mengingatkan rakyat Pulau Pinang supaya tidak terpedaya dengan taktik yang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam isu meraih simpati bagi kemenangan BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Katanya lagi, Umno dan BN akan menggunakan pelbagai bentuk provokasi dan strategi bagi meraih semula sokongan kepada mereka.

"Di negeri Kedah, Umno dan BN tidak sedar mereka merupakan pembangkang. Begitu juga di Pulau Pinang dan Selangor. Oleh kerana mereka belum merasakan betapa peritnya menjadi pembangkang maka kesukaran yang mereka hadapi menjadi trauma yang begitu tragik sekali.

"Oleh kerana itu rakyat harus terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) bukan saja di negeri-negeri yang telah berjaya dimenangi dalam pilihan raya umum yang lalu, sebaliknya menambahkan sokongan kepada usaha PR untuk menerajui Putrajaya," ujarnya semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Pajak Song, Kepala Batas, semalam.

Beliau juga membidas kerajaan yang sedia ada menerajui negara kerana memperalatkan SPR dan SPRM untuk mencapai aspirasi politik mereka dengan cara yang tidak telus dan berani.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya bersikap berkecuali. Mereka ini memberi khidmat kepada rakyat. Bukannya bertindak sebagai sebuah parti politik yang menyebelahi. Apabila SPR sendiri menodai amanah yang diberikan kepada mereka, sudah pasti rakyat semakin hilang kepercayaan kepada institusi tersebut.

"Begitu juga dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang seharusnya tidak berpihak dalam mendakwa mana-mana individu yang terlibat dalam kesalahan rasuah dan penyelewengan.

"Namun begitu jumlah yang telah mereka dakwa boleh dkira dengan jari jemari, jika mahu dibezakan dengan jumlah lapuran yang telah dibuat samada oleh individu maupun oleh PR sendiri," tegasnya lagi.

Menurut beliau lagi dengan adanya mandat di peringkat pusat maka segala perancangan besar untuk membela rakyat dan negara, dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan dalam jangkamasa panjang.

Oleh kerana itu mandat rakyat bagi mengekalkan negeri yang dimenangi oleh PR seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Perak harus dikekalkan kemenangan tersebut disamping memenangkan PR di seluruh negara.

Tiada ulasan: